Join Gossip Rakyat

Saturday, May 19, 2012

PANAS: ARTIS LELAKI POPULAR KENA BELASAH TERUK..??


Pelakon Remy Ishak dikatakan cedera di kepala apabila dia secara tidak sengaja di tusuk oleh Beto Khusyairy ketika sedang berlakon adengan kejar mengejar di dalam filem Bravo 5 di Tapah, Perak baru-baru ini… Akibat tusukan hujung senapang di kepala itu Remy Ishak telah menerima 5 jahitan di dahi bagi menutup luka berkenaan..

“Perkara sudah hendak jadi, saya tidak salahkan sesiapa pun. Kami pun tidak sangka ia berlaku kerana ketika sesi latihan, semuanya berjalan dengan lancar.

“Ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa di mana, muncung senapang Beto telah tercucuk ke arah dahi saya secara tidak sengaja,”



Walau bagaimanapun Remy Ishak dilaporkan selamat dan berada di dalam keadaan baik setelah mendapat rawatan pada hari sabtu yang lalu…

Sumber: MyGosip


GR kata: Nasib baik tang dahi, kalau tang mata kes naya tu bro...apa pun doakan semoga cepat sembuh.

LIVE: HIMPUNAN ISLAM INI KALAHKAN HIMPUNAN PAS DAN #Bersih!!


Inilah perhimpunan umat Islam yang sebenar demi mempertahankan agama Islam yang suci. Islam adalah agama yang suci, tapi dizaman sekarang umat Islam sendiri yang memalukan dan mempermainkan Islam demi kepentingan peribadi.

GR sekarang berada di Ijtima' Tabligh K.Lumpur di Masjid Jame' Sri Petaling. Lebih 20,000 umat Islam berkumpul di sini mendengar ceramah agama tentang kehebatan Allah S.W.T, usaha pengorbanan Nabi-nabi dan para sahabat demi memperkembangkan agama Islam ke seluruh dunia seluruh alam.


Inilah himpunan umat Islam yang sebenar tidak seperti himpunan puak-puak PAS. Dalam himpunan ini tidak ada ceramah politik, memaki hamun sesama umat Islam, bercakap kotor seperti yang pembaca biasa dengar dalam ceramah-ceramah politik mereka. Apakah Islam yang ingin dibawakan oleh PAS?? Sedangkan Islam mereka permainkan begitu saja. Wajarkah ostad-ostad PAS perjuangkan Islam?? Hakikat sebenar mereka buat demi meraih undi dan kepentingan peribadi mereka sendiri. Pembaca nilailah sendiri dan renung-renungkan....


GR kata: Umat Islam harus bersatu demi cintakan agama Islam itu sendiri. Amalkan selalu sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian kita....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

COUNTDOWN @HariBelia2012 4 HARI LAGI!! #HBN2012


Tinggal 4 hari lagi, JANGAN LUPA! Datanglah ke Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya pada 23 - 27 Mei 2012. Banyak acara menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Bagi belia-belia yang berminat dengan sukan lasak dan ekstem, acara berpakaian uniform dan lepak santai korang boleh sertai seperti tertera di bawah :








Keterangan lanjut boleh ke website HBN dan Facebook HBN




GR kata: Datang jangan tak datang...tak datang korang rugi!!!

Friday, May 18, 2012

BONGKAR: AGENDA JAHAT SEBENAR DAP PADA MALAYSIA..!! #PRjahat


Kenalkah anda manusia yang tertera gambarnya di atas ini. Beliau ialah Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.

Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangs Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik. Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian Agama Rasmi.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.

6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis Antara Agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

Sumber: Assassin


GR kata: Pembaca baca dan nilailah sendiri. Jika ada rasa sayang dan cintakan agama, bangsa dan negara buatlah keputusan yang bijak. Jangan menyesal kemudian hari nanti....

PANAS: NAIB PRESIDEN UMNO LANGGAR KUBU KUAT PAS BAGAN DATOH!!


GR baru menerima kiriman gambar dari kawan di Bagan Datoh memberitahu GR bahawa Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah GEMPUR kubu kuat PAS di kawasan Sungai Tiang Tengah.

Sebelum itu YB DS Zahid Hamidi telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Istiqamah, Sg Darat. Masjid puak-puak PAS tu...Selepas solat YB Datuk Seri beramah mesra dengan jemaah di situ. Steady lah YB...Hi hi hi

Selesai solat Jumaat, YB Datuk Seri makan bersama penduduk Sg Tiang Tengah dan selepas itu beliau merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Sg Tiang Tengah. Lihat gambar yang GR terima.


GR kata: Terima kasih pada pengirim berita dan gambar di atas. Nizar Lambai makin poning kepalo...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 5 HARI LAGI, ARTIS HEBAT DALAM & LUAR NEGARA AKAN GEGARKAN @HariBelia2012


Kepada peminat-peminat artis Malaysia dan luar negara, JOM datang beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei 2012. Antara artis yang akan membuat persembahan Anuar Zain, Yuna, Shila Hamzah, Aizat, Stacy, artis Indonesia Wali Band, Rossa dan ramai lagi.

Nak tau lebih lanjut tengok di bawah dan pi jer Facebook HBN dan juga website HBN :




GR kata: Datang jangan tak datang!!!

PANAS: VIDEO NURUL IZZAH NAMPAK TUTTTT...??

Hiasan

Apa nak jadi lah dengan YB Nurul Izzah ni, ada saja perkara yang boleh dikatakan tidak elok dibuat oleh beliau. Inikah perangai seorang pemimpin..??? GR tak nak ulas panjang, lihatlah sendiri video beliau di bawah :





GR kata: Terbaiklah pada siapa yang hasilkan video ini...kepada Pakatan Haprak, inilah lirik sebenar yang korang sorokkan..?? He he he

TERKINI: DEBAT @Khairykj vs @rafiziramli, KITA TENGOK SIAPA YANG KENA?? #debatPTPTN


Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini. Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi. Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.

"Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani). - SH


GR kata: Tak serik-serik lagi budak Rafizi ni yer...He he he

Thursday, May 17, 2012

TIMB KPN MAHU TOSAI GARING DARI AMBIGA..??


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ‘menerima’ cadangan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk mempromosi tosai di hadapan rumah beliau. Bagaimanapun, Khalid memberitahu portal Free Malaysia Today bahawa rancangan untuk memasang gerai di hadapan kediamannya agak ‘tidak sesuai’.

“Saya tinggal di kawasan rumah teres. Jadi, memasang gerai di hadapan rumah saya akan menganggu laluan trafik dan akan menyukarkan jiran-jiran. Selain itu, kawasan rumah saya adalah kawasan yang berbukit dan agak curam. Jadi, bahan-bahan seperti kari dan dhal mungkin akan tertumpah,” gurau Khalid.
Khalid, mengakui bahawa beliau adalah peminat besar tosai, mencadangkan agar kumpulan NGO, Warga AMAN, menyediakan gerai di kawasan berdekatan dengan rumah beliau bagi mendapatkan lebih ‘sambutan’.

“Saya boleh jemput jiran-jiran dan juga pegawai-pegawai saya untuk turut memeriahkan gerai mereka. Tetapi, penganjur perlu memastikan tosai mereka sedap,” tambah Khalid.

Khalid sempat menyatakan bahawa beliau amat menyukai tosai telur, dan berharap agar pihak penganjur dapat ‘menyediakannya’ pada Ahad ini. Semalam sebuah gabungan yang disertai 20 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India merancang untuk mendirikan sebuah gerai tosai di depan kediaman Khalis pada Ahad ini.

Pergerakan yang digelar WargaAMAN itu akan menyediakan tosai percuma bermula 10 pagi di rumah Khalid di Jalan 2/7G, Taman Bukit Teratai, Ampang. Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan bagaimanapun mendakwa yang acara itu ‘tiada kaitan’ dengan gerai burger yang didirikan di depan rumah pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan peniaga burger telah menganjurkan protes di depan rumah Ambiga dengan mengagihkan 200 burger kepada orang ramai.

Dianjurkan oleh sebuah NGO yang digelar Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), mereka mendirikan gerai untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap perhimpunan Bersih pada 28 April lalu di mana Ikhlas mendakwa perhimpunan tersebut telah mengganggu mata pencarian mereka.

Berikutan itu, Khalid, ketika ditanya mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap pemilik gerai burger, telah menjawab bahawa ia tidak salah untuk duduk di depan rumah sesiapa pun dengan syarat mereka tidak mengganggu penghuni-penghuni kediaman tersebut.

“Selagi mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti menceroboh hartanah persendirian, kita tidak akan mengambil tindakan,” jelas Khalid.

Dalam perkembangan berkaitan, WargaAman menegaskan bahawa acara yang akan diadakan di depan rumah Khalid pada hari Ahad ini bukanlah protes tetapi lebih kepada acara ‘promosi tosai.’

”Kami bercadang untuk mempromosikan tosai…rakyat Malaysia seolah-olah sudah lupa tentang hidangan yang telah diklasifikasikan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Malaysia. Maka, acara itu lebih kepada kempen kesedaran…ia lebih kepada memperkenalkan hidangan daripada memprotes,” tambah Barathidasan.

Selain daripada hidangan tosai percuma, orang ramai juga akan diajar bagaimana membuat tosai yang sedap, katanya.

“Memandangkan Khalid telah berkata apa yang beliau katakan..kami memilih rumahnya. Ini adalah jaminan yang beliau berikan. Tambahan pula, beliau adalah anggota polis nombor dua di negara ini..ia sangat selamat di luar rumahnya,” katanya berjenaka. - mynewshub


GR kata: Steadylah Timb Ketua Polis Negara, takder gelabang macam Ambiga tu. He he he

PERGHHH! NAZMI FAIZ MASUK DALAM AKHBAR EROPAH TU!!


GR ingin ucapkan TAHNIAH kepada pemain bola sepak Harimau Muda ini Nazmi Faiz yang sekarang di Portugal dalam usaha mendapat tempat dalam pasukan yang memanggil beliau untuk diwakili. Bukan senang nak masuk paper tu, akhbar luar negara tu...Cayalah bro.

Apa pun GR doakan semoga apa yang diinginkan akan tercapai. Pada Nazmi buatlah yang terbaik demi mengharumkan nama negara di mata dunia.

Selanjutnya KLIK DI SINI


GR kata: Harumkan nama negara tak per, jangan macam ada sorang tu pi buruk-burukkan nama negara di luar. Apa celop??

#HBN2012 TAWAR PELUANG JADI USAHAWAN-CEPAT HADIR BERAMAI-RAMAI! @HariBelia2012


Keterangan lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Golongan Belia juga boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya. Datanglah beramai-beramai pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.

PANAS: PM @NajibRazak TAWA GEMBIRA...ANWAR MAKIN PENING KEPALA!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berada ribuan kilometer jauhnya dari tanah air, namun nampaknya interaksi beliau dengan pengikut laman Twitternya di sini hujung minggu lepas, masih bermain dalam fikiran beliau.

Dalam entri terkini blognya, Najib meluahkan kegembiraannya bertemu rakan-rakan media sosial beliau, terutama pengikut ke-500,000 laman Twitternya pelajar bernama Anwaruddin Izzuddin, 15, dari Hartamas ketika bersarapan di Restoran Chawan di Bangsar.

"Kami membincangkan pelbagai perkara ketika menikmati hidangan nasi lemak, ubi kayu rebus dan telur separuh masak. Kami bercakap mengenai Malaysia, bola sepak dan makanan termasuk bagaimana ubi kayu menjadi makanan ruji ketika penjajahan Jepun," tulis beliau dalam laman blog www.1Malaysia.com.my.

Perdana Menteri kini berada di New York bagi lawatan kerja empat hari selepas mengakhiri lawatan ke United Kingdom, di mana beliau antaranya menghadiri resepsi yang dihoskan pewaris takhta Britain, Prince Charles, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford.

Najib berkata beliau mendapati tetamu beliau pada sarapan itu memiliki semua sifat baik untuk generasi rakyat Malaysia akan datang, "dengan sikap optimis dan kesungguhan mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati di negara kita."

Merujuk kepada Anwaruddin, Najib berkata:

"Beliau dan saya berkongsi kesukaan kepada aktiviti sukan 'mountain biking' dan beliau bertanya bagaimana saya mengekalkan gaya hidup sihat. Saya beritahu beliau yang saya mengamalkan rejim kesihatan malah masih melakukan senaman apabila dalam perjalanan termasuk ketika dalam penerbangan!

"Adalah suatu yang menggembirakan apabila mendengar betapa pentingnya sukan dalam hidup beliau. Saya berharap keghairahannya itu dikongsi oleh ramai lagi pelajar lain."

Perdana Menteri berkata "sarapan di luar talian itu" secara keseluruhannya satu pertemuan yang menyenangkan dan beliau berharap dapat terus berhubung dengan rakan media sosial beliau sama ada dalam talian mahupun di luar talian.

"Saat itu suatu yang signifikan bagi saya kerana saya baru menerima 'hit' 'likes' yang ke sejuta pada laman Facebook dua hari sebelumnya," kata beliau.

Najib berkata sebagai seorang yang menilai media sosial suatu kaedah yang amat penting untuk berhubung dengan rakyat, beliau bersyukur dengan sokongan dan maklum balas yang berterusan serta mengalu-alukan idea untuk inisiatif masa hadapan untuk dipaparkan sama ada menerusi komen pada blog atau Twitter atau Facebook.

Terdahulu, pada Rabu, Najib menghantar mesej menerusi Twitter, mengucapkan "Selamat Hari Guru" sambil mengharapkan golongan itu terus tekun dalam mempromosikan pendidikan di negara ini.

(Selamat menyambut Hari Guru 2012 kepada semua guru di Malaysia. Semoga terus berusaha dengan gigih dalam memperjuangkan pendidikan negara.) - BERNAMA


GR kata: Inilah contoh pemimpin yang dekat dengan hati rakyat...

BAR COUNCIL BERAT SEBELAH! JADI BALACI PAKATAN HAPRAK..??


Jelas sekali Majlis Peguam melalui usul yg diluluskan pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lalu, telah mengeluarkan kenyataan berat sebelah dan berniat jahat. Sedari awal Majlis itu telah menjatuhkan hukuman, apabila mereka mengutuk polis yg dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak polis didakwa tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam. Mereka menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak terburu-buru tanpa memberi masa untuk orang ramai bersurai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yg menyebabkan puak-puak Bersih merusuh.

Bagaimana badan yg sepatutnya bertindak profesional boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu, yang sama senada dengan kenyataan yang dilaungkan pihak pembangkang dipentas-pentas ceramah mereka selama ini. Apa yg tidak mereka jelaskan ialah bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Bagaimana agresifnya puak-puak pendemo itu mengalih serta menceroboh halangan yg dipasang pihak berkuasa itu. Bagaimana ganasnya puak-puak Bersih itu menyerang kereta peronda polis serta polis bermotosikal yang melalui kawasan itu.

Majlis itu juga tidak menyebut, bahawa ada kepalanya seperti S. Ambiga dan Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin politik pembangkang meniupkan kata-kata kecaman dan semangat yang kemudiannya mengundang mereka bertukar menjadi liar dan ganas. Apakah anggota polis patut membiarkan perusuh masuk sambil memukul muka, kepala dan tubuh badan mereka dengan topi keledar, kayu, atau pelbagai benda berbahaya??

Apa perasaan Majlis Peguam jika orang ramai bertindak menceroboh dan merosakkan bangunan mereka yang berdekatan Dataran Merdeka itu? Tindakan polis menembak gas pemedih mata itu pun bertujuan untuk menyuraikan perusuh daripada bertindak melampau terhadap pihak berkuasa. Itu pun dilakukan setelah Polis memberi amaran berulang kali melalui pembesar suara, namun tidak pernah diendahkan oleh mereka yang sudah naik gila itu.

Kalaulah benar, Majlis Peguam kena tunjuk cara paling sesuai untuk Polis berhadapan dengan peserta himpunan yang bertindak ganas. Jangan hanya pandai mengkritik tindakan polis tetapi langsung tidak membantu dari segi buah fikiran untuk bertindak mengajar peserta demonstrasi berbaju kuning itu. Nampak sangat Majlis Peguam berat sebelah dengan memihak kepada perusuh. Sedangkan pihak Datuk Bandar Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sudah mendapat injunksi mahkamah supaya Dataran Merdeka jadi kawasan larangan.

Polis telah pun menyiarkan bukti-bukti yg menyaksikan peserta perhimpunan itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak polis terlebih dahulu sebelum pihak berkuasa itu bertindak. Mengapa Majlis itu tidak pernah mahu mengambil kira sebarang laporan yg juga telah dikeluarkan olih pihak Polis yg telah dilakukan pihak perusah terhadap mereka?

Jelas sekali usul yg diluluskan Majlis Peguam pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lalu sebagai berat sebelah. Keputusan Majlis Peguam itu pun bukan 100 peratus daripada suara semua peguam. Ia hanya keputusan kumpulan pro-pembangkang. Ini terbukti kerana wujud suara-suara anggota Majlis Peguam sendiri yg tidak berpuas hati dengan badan itu, malah mereka telah memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi hari ini untuk membatalkan usul mesyuarat tersebut.

Peranan Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yg didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yg terbabit, bukan peranannya cuba masuk campur urusan politik. Bagaimana pandangan dan sokongan baki ahli Majlis Peguam yg mempunyai hampir 14,000 anggota. Kehadiran hanya 1,270 orang anggota bukanlah mewakili kehendak suara majoriti peguam Malaysia.

Apa pun rakyat dan Majlis Peguam patut memberi kerjasama kepada enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, bukan membuat tuduhan yang tidak berasas dan boleh dipertikaikan.


GR kata: Peguam pun tak adil, rosaklah macam ni. Baik jadi kerani buang masa belajar tinggi-tinggi...

Wednesday, May 16, 2012

PANAS: RAKYAT NAK BERDEMO NO HAL! APA CITE NI?? #HBN2012

 

Timbalan Perdana Menteri mengajak golongan muda supaya duduk berbincang dengan mesra bersama kerajaan dalam menyuarakan suara hati masing-masing. Menyifatkan pendekatan itu lebih baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui platform Parlimen Belia Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), anak muda zaman ini boleh terlibat dalam menggubal dasar membabitkan negara.


"Tidak perlu susah payah berdemonstrasi, himpun sana sini, hanya membuang masa kerana kita boleh duduk berbincang dengan baik. Kerajaan sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan anak muda kerana percaya golongan itu mampu memacu negara ke arah lebih maju," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2012 di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed. - Kosmo



GR kata: Datang jangan tak datang..ajak kawan-kawan dan sedara-mara semua ke Putrajaya pada 23-27 Mei 2012.

HOT STORY: NYAWA PAS DIHUJUNG TANDUK..!! #PRhancur


Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam PAS berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum HUDUD tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan. Kumpulan parasit di dalam PAS pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yg begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.

Dengan ini ramai meramalkan kekalahan teruk PAS dalam pilihan raya umum 2004 bakal berulang kembali sekiranya isu perbezaan ideologi antara parti itu dengan DAP gagal diselesaikan segera. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, perbezaan itu juga semakin jelas sejak kebelakangan ini sehinggakan PAS dilihat cuba kembali membangkitkan isu hudud kerana parti itu kini mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu.

‘‘Identiti Pas mula terhakis sejak mereka memperjuangkan agenda Negara Kebajikan berbanding Negara Islam seperti yang pernah dilaungkan oleh mereka satu ketika dahulu. Apabila sokongan kepada mereka semakin merosot, mereka terpaksa menggunakan isu hudud sebagai satu cara untuk menarik sokongan orang Melayu,". katanya.


GR kata: PAS IS DEAD...

TERKINI: WAHHH!! CIKGU-CIKGU DAPAT DURIAN RUNTUH!!! @MuhyiddinYassin @NajibRazak


KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat berkuatkuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. - Utusan




GR kata: TAHNIAH kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Jasamu tetap dikenang sampai bila-bila...Selamat Hari Guru!!

#SkandalAzminAli: ORANG KANAN KATA 100% MUKA SI DIA..??




GR kata: Orang yang paling rapat takkan tak kenal boss lama dia, betul tak??

BONGKAR! KERAJAAN BN KANTOI TAK BELA NASIB RAKYAT?? @NajibRazak


Ini adalah penulisan seorang pelajar yang GR terima, agak-agaknya berapa ramai yang mampu berfikir seperti beliau...

Bukti kezaliman 42 tahun UMNO dari tahun 1970 sehingga 2012! Di bawah ini merupakan nukilan seorang pelajar perempuan dari Universiti Utara Malaysia yang terlalu kesal dengan kerajaan Malaysia.

Saya akan senarai kan satu per satu. Mesti baca!
-Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion.
-Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225.
-Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
-Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
-Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah
-Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
-Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
-Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
-Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
-Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
-Jumlah subsidi setahun RM33 billion.

Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang, tua muda dan pelbagai kaum. Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat, whoaaa...letih tangan mahu taip.

NKRA..7 bidang keberhasilan wa tak mahu tulis. Terlalu banyak... lu orang cari sendiri.

Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf. GLC spt Tabung Haji , Felda , Felcra , PNB, , PERKIM , KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway , Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO.

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM, wujudkan sekolah khas untuk anak yatim , Rumah anak2 yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin , subsidi baja kepada petani , subsidi diesel kepada nelayan woooo ...jahat sungguh kerajaan ! Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia , Mujahideen Afghanistan , beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti...

wooooooo ... kejamnya kerajaan ! pehh,kezaliman bertimpa2 :) Itu pasai satu dunia sudah cakap. BN kerajaan paling berjaya di dalam dunia..

Kami tidak akan menghina org yang buruk.. kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan UMNO... kenapa kalo makan mesti kenyang... cubala kalo lepas makan kita kesejukan ke?? kita dah boring asal makan kenyang.

Ya Allah kejamnyeeee........ takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bg makan.... duduk pun x bebumbung, x skolah anak2 aku, UMNO tak pernah buat skolah, yang ade pun untuk anak2 UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng2 UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun UMNO2 aje, yang dapat kerjapun orang2 UMNO jer… mmg kroni betul la.... kenapa KEJAM sangat nihhh.....!!!! semua salah umno kejam sangaat kerajaan ni….

Ini utk orang UMNO. Boleh guna masa kempen. Cai PR memang tak faham...sebab dia orang punya otak banyak kecik. Kalau motor itu CC banyak kecik serupa itu Honda C70.

Intan Delina
Universiti Utara Malaysia (UUM)



Baca juga DI SINI


GR kata: Kredit pada mahasiswi ini...satu luahan yang baik dan ikhlas sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tuesday, May 15, 2012

KISAH BENAR: NEELOFA SAY 'I LUV U' PADA SIAPA TU..?? #HBN2012


Inilah kalau dah jadi artis kesayangan atau menjadi kegilaan ramai peminat. Apa saja yang dibuat akan dilihat dari seluruh sudut aspek dalaman mahu pun luaran. Kontroversi demi kontroversi yang melanda artis cantik molek ini siapala lagi kalau bukan Neelofa. GR respect dengan perwatakan beliau dan hasil kerja beliau sebagai pelakon, pengacara, modeling dan juga sebagai usahawan.

Sebelum ini Neelofa dikaitkan mempunyai hubungan 'cinta' bersama seorang pelakon popular. Tapi itu hanya khabar angin saja. Terbaru, GR ada melihat Neelofa meluahkan rasa kasih dan sayangnya pada seseorang...siapakah LELAKI yang bertuah itu??? Lihat di bawah :



He he he...jangan marah yer...rupa-rupanya ucapan selamat malam Neelofa pada peminat-peminatnya. Mesti ada yang sentapkan...jangan mareeee, selingan sebelum tidoooo.. Kih kih kih




GR kata: Dengar citer Neelofa pun akan HADIR pada Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012. Pada peminat Neelofa apa lagi....datang jangan tak datang tau!!!

TRANSFORMASI BELIA, BELIA PELAPIS NEGARA!! #HBN2012 @HariBelia2012


Himpunan Jutaan Belia (23 - 27 Mei 2012) hanya tinggal 8 hari lagi, merupakan hari Himpunan Belia Negara yang terbesar sejak program ini diperkenalkan pada tahun lepas.

Usaha secara berterusan dari cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak yang meletakkan agenda belia dalam tranformasinya mengilhamkan himpunan terbesar sebegini.

Himpunan Jutaan Belia bukan sahaja satu program,satu acara yang direncana ringkas untuk golongan belia tetapi agenda transformasi dalam pembangunan belia yang disusun khas kerana golongan ini adalah aset yang terpenting bagi melahirkan kepimpinan masa hadapan.

Agenda besar negara juga meletakkan transformasi terhadap gologan belia ini adalah umpama meletakkan yang hak kepada tempatnya kerana belia merupakan produk pruduktif dalam usaha kerajaan membela golongan belia secara berterusan.


GR kata: Belia adalah harapan dan pelapis negara... Datang jangan tak datang!!

VIDEO PANAS: SEORANG IMAM MASJID KANTOI BEROMEN..??


Dalam menjelang pilihanraya yang kita semua tidak tahu bila tarikh sebenarnya, ada saja video-video skandal yang muncul di dunia maya. Yang terbaru video ini, dikatakan video seorang Imam Masjid yang membuat perkara terkutuk. Berita yang GR terima individu dalam video ini adalah seorang Imam dari parti PKR. Benar atau tidak...GR tidak boleh berikan sebarang komen. Mohon pihak berkuasa siasat kesahihan video ini.

Lihat video ini di bawah dan pembaca nilaikan sendiri :





GR kata: Kalau betul video ini seorang Imam dari PKR, nak kata apa lagikan...pemimpin diaorang pun 2 x 5....

TERKINI: VIDEO PUAK #Bersih KURANG AJAR PADA PM @NajibRazak DI LONDON!!

Adakah ini budaya rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat-sifat hormat menghormati antara satu sama lain, apatah lagi pemimpin bila berada di luar negara. Apakah mereka ini sudah lupa dengan apa yang mereka kecapi selama ini adalah hasil titik peluh siapa??

GR rasa, orang yang memekik-mekik seperti BERUK di London itu sepatutnya dilucutkan kerakyatan mereka dan biar mereka berada di London untuk selamanya. Atau pun mereka ini dibayar oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya untuk membuat kacau dalam majlis YAB Perdana Menteri sebentar tadi. Yang memekik tu berapa kerat jer, adakah menunjukkan sokongan majoriti?? Ternyata TIDAK dan mereka ini hanyalah BALACI TUNGANGGAN pada Pakatan Haprak saja. Sedarlah sikit, korang tu bukan malukan Malaysia, tapi malukan diri sendiri..!!!

Lihat video di bawah :





GR kata: Tak sedar diri...kurang ajar!! Itulah Pakatan Haprak...!!!


TERKINI: ORANG KUAT DAP KELUAR PARTI!! #DAPhancur #PRmenipu


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP. Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti.

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah.

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam.


GR kata: Orang kuat pun keluar parti...ini ker yang depa kata boleh membela nasib rakyat??

AL-KISAH 'BLOGGER JALANAN' YANG MEROYAN TAK TENTU PASAL! @HishammuddinH2O @NajibRazak


Semalam dunia alam maya telah digemparkan oleh seorang yang menggelarkan dirinya 'blogger jalanan' siapa lagi kalau bukan blogger No.1 negara Papagomo. GR pun tidak pasti apa yang beliau meroyan tak tentu pasal sampai sebegini rupa. Bukankah sebagai seorang yang ada nama, No.1 negara haruslah menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakan seperjuangan seangkatan dengan beliau. Itu pendapat GR kerana masing-masing dalam aliran yang sama...membantu Kerajaan dan sekaligus membantu Barisan Nasional memenangi PRU-13 nanti.

Semua sudah tahu bahawa UMNO telah pun menyambut ulangtahunnya yang ke 66 dan selama tahun inilah UMNO membela rakyat Malaysia. Pembangunan demi pembangunan yang dibuat untuk negara demi untuk kebaikkan negara dan juga rakyat. Tetapi kenapa kita masih nak berada ditakuk yang lama, masih mahu cuba untuk memburuk-burukkan sesama sendiri?? Kenapa dan kenapa?? Bukankah musuh kita yang sebenar ialah Pakatan Haprak yang jika mereka menang pilihanraya nanti habis punahlah negara ini ditangan mereka seperti apa yang terjadi negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka.


Screen shot di atas menunjukkan apa yang menjadi ketidakpuashatian si Blogger Jalanan ini. Beliau mengatakan bahawa cybertroopers BN gagal. Pada pendapat GR senang saja, jika kita melihat sesuatu hasil kerja yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia itu perkara yang baik untuk rakyat apa salahnya kita sama-sama bantu promosi perkara yang baik. Tidak perlu tuding jari ini salah siapa dan siapa. Kita sebagai yang menyokong kepimpinan kerajaan BN, apa saja yang baik perlu kita bantu. Betul tak?? Tidak perlu meroyan sana sini salahkan sesiapa...Video ini tidak salah kita LIKE untuk sama-sama kita bantu. Betul tak..??

GR ingin sarankan kepada rakan seperjuangan diluar sana, seharusnya kita rapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan sesiapa. Janganlah berdengki antara satu sama lain. Jangan busuk dan burukkan antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang peperangan kita yang sebenarnya ialah UMNO/BN akan memenangi sekali lagi dengan majoriti yang besar dalam pilihanraya ke 13 nanti. Tidak perlu menyalahkan kawan-kawan blogger dari Unit Media Baru (UMB) kerana bukankah anda wahai Blogger Jalanan dahulu pun bersama UMB. UMB telah berjaya menghasilkan cybertroopers yang berkaliber dan ilmu yang diajar amat bermanfaat untuk semua.

GR hanya memberikan pendapat apa yang terbuku dihati. GR harap si 'Blogger Jalanan' ini tunjukkanlah contoh yang baik. Janganlah mendabik dada dengan ranking yang ada. Bukan rangking yang kita mahukan tapi kepercayaan dan keyakinan pembaca akan terkesan dengan apa yang kita tulis demi membantu kepimpinan kerajaan sekarang iaitu Barisan Nasional (BN). Fikir-fikirkanlah bukan selama-lamanya kita akan berada di atas, hidup ini umpama roda....

Baca juga DI SINI, KLIK SINI dan DI SINI


GR kata: Teringat kata-kata dalam filem P.Ramlee, "Lu punya nasib lu makan, wa punya nasib wa makan...ape salahnya makan sama-sama"...

Monday, May 14, 2012

EXTREAM BIKE DAN GADGET WORLD GEGARKAN @HariBelia2012 #HBN2012


Kepada peminat-peminat Extreme Game Bike, jangan lepaskan peluang tunjukkan bakat korang di Pertandingan Basikal Lasak Ekstream di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012 ini. Pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan menanti korang...Datanglah beramai-ramai!!!



Kepada peminat-peminat gadget tu, inilah masa korang datang tengok gadget-gadget yang terbaru dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Diskaun yang hebat menanti korang. Di gadget world korang boleh dapat peralatan elektronik, PC, gadget, karnival foto cun (Photo World), barangan gadget secara lelong bermula dari RM1, pertandingan Fastest Texting Competition dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012.

Maklumat lanjut boleh ke Facebook HBN 2012 atau layari website HBN :




GR kata: Datang jangan tak datang!!!

PANAS: LAGI PUSAT JUDI DI SELANGOR! MB @Khalid_Ibrahim JOIN SEKALI..?? #MBmalas


Memandangkan berjudi dengan hanya satu klik masih tidak mencukupi, laman web perjudian kini menawarkan nilai taruhan serendah RM8 kepada rakyat Malaysia. Ketika pertaruhan sukan secara dalam talian menjadi kebiasaan di kalangan pelanggan dengan bola sepak dijadikan taruhan utama, laman web perjudian haram telah memperluaskan aktiviti tersebut termasuk bidang politik dan hiburan.

Pautan di jaringan media sosial membawa kepada laman web di mana pengguna hanya perlu mendaftar dengan wang pendahuluan serendah RM50 menerusi pemindahan secara talian, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit atau mesin deposit tunai (CDM). Hasil serbuan ke atas rumah pertaruhan di Lembah Klang baru-baru ini, sindiket itu kini cuba menarik pelanggan secara dalam talian menerusi laman media sosial popular seperti Facebook dan Twitter.

Malah beberapa remaja berpusu-pusu ke pusat Interent sebagai sebahagian daripada peningkatan trend laman web tersebut yang membenarkan sesiapa saja berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Sehingga 90% pertaruhan melibatkan bola sepak terutamanya saingan Liga Perdana Inggeris. Namun pertaruhan turut terbuka kepada acara hiburan terkemuka.

Sebagai contoh, dalam pertandingan American Idol, peserta Philip Philips (1.83) adalah bookie pilihan untuk menewaskan Jessica Sanchez (2.85) dan Joshua Ledet (4.50) untuk memenangi final tahun ini. Bidaan RM100 untuk Ledet - peserta underdog- akan membawa pulangan sebanyak RM350 jika penyanyi itu meraih gelaran juara. Taruhan yang ditawarkan laman web ini adalah secara bermusim dan mengikut trend popular.

Salah satu taruhan lain terhangat adalah pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di antara calon pilihan Barack Obama (1.35) untuk mengekalkan tempat di White House dengan pencabar terdekatnya, Mitt Romney. Dengan khabar angin yang mengatakan bahawa pilihan raya umum di Malaysia semakin hampir, beberapa pelanggan menjangka laman web tersebut turut menawarkan pertaruhan terhadap perkara itu.

Sama ada ahli-ahlinya boleh berdepan masalah dalam perjudian secara online, salah satu daripada laman web tersebut menyatakan bahawa sesetengah bidang kuasa undang-undang tidak memaklumkan kelulusannya. Laman web itu mengelakkan daripada sebarang implikasi undang-undang dengan menyatakan bahawa ahli-ahlinya harus bertanggungjawab dalam menentukan sama ada pertaruhan secara talian adalah sah di negara ini.

Beberapa laman web bagaimanapun, mengumpan pelanggan dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana mereka beroperasi dari luar negara. Malah sebuah laman web turut mendakwa bahawa pelanggan tidak perlu bimbang apabila berjudi secara dalam talian kerana penguatkuasaan yang lemah gagal mengesan sindiket antarabangsa. - mStar


GR kata: Inilah kejayaan negeri Selangor yang dibanggakan oleh Pakatan Haprak..!!

PANAS: TANAM ANAK HIDUP-HIDUP!! MALAYSIA KER..??


Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup. Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.

Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika.

Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu. Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.

Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut. Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”

Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.” Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan. “Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.

Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat. Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin. Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. - HM


GR kata: Syukur alhamdulillah hidup di Malaysia yang aman dan cukup makan pakai semuanya...

BONGKAR: @AzminAli KENA TERAJANG DENGAN 'ORANG SENDIRI'..??


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendakwa isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah angkara 'orang dalam' parti itu sendiri yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.

Fauzi mendakwa, beliau mempunyai bukti bahawa rakaman video seks berkenaan merupakan antara komplot terancang oleh kelompok tertentu dalam PKR yang tidak senang dengan kedudukan Azmin dalam parti.

"Ini 'sepak terajang' dalam PKR sendiri. Saya boleh tunjuk bukti macam mana usaha terancang mereka untuk jatuhkan Azmin. Banyak surat layang dihantar kepada saya dan ia bermula sejak pemilihan parti pada 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fauzi berkata, Azmin dilihat berseorangan dalam menghadapi isu video seks serta berkaitan keluarganya apabila tiada seorang pun pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan beliau sehingga hari ini.

"Sebagai seorang rakan rapat beliau, terus-terang saya amat simpati dengan Azmin terutama yang mutakhir dalam isu keluarga dan isu penyebaran video seks.

"Dalam isu ini, nampak sikap pilih kasih. Sebelum ini kita lihat dalam isu seks melibatkan Anwar dan Elizabeth Wong, ramai pimpinan PKR mempertahankan kedua-duanya, tetapi dalam isu Azmin, beliau berseorangan menghadapinya," katanya.

Menurutnya, masalah dalam PKR berpunca daripada tindakan kumpulan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menyingkirkan kumpulan bekas ahli UMNO untuk menguasai parti itu. - UM


GR kata: Dalaman PKR pun tak satu hati macam mana nak memimpin rakyat dan negara..??

PANAS: AWEKS CUN TUNJUK PUSAT, SALAH UMNO?? #UMNO66 #PRtipu


Lihatlah gambar di atas, 2 gambar yang berbeza. Oleh kerana pemimpin Pakatan Haprak panas bontot mereka telah mengarahkan pencacai mereka membuat sesuatu untuk memberi persepsi yang buruk pada masyarakat pada sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 pada hari Jumaat lepas. Ini gambar aweks-aweks di UMNO 66 tahun ker?? Lihat di bawah :


Oleh disebabkan gambar inilah, puak-puak Pakatan Haprak mula meroyan dan pening kepala dengan semangat perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO yang hadir menyambut Hari Ulangtahun UMNO ke 66. Jika kita lihat gambar aweks-aweks di atas, sudah terang-terang gambar tersebut sudah dimainkan di media maya, betul tak?? Itukan gambar aweks-aweks penyokong bola sepak Kelantan yang datang ke stadium menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

Inilah hasil KEBODOHAN puak-puak Pakatan Haprak, mereka rasa gambar yang mereka superimpose ini rakyat boleh percaya sewenang-wenangnya. Ternyata mereka GAGAL dan hanya mempunyai agenda tersendiri dan peribadi demi meraih undi simpati rakyat. Fikir-fikirkan....


GR kata: Ulangtahun UMNO 66 ada LIVE kat tv..kat tv boleh superimpose ker??He he

Artikel pelbagai