Tuesday, May 15, 2012

TERKINI: ORANG KUAT DAP KELUAR PARTI!! #DAPhancur #PRmenipu


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP. Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti.

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah.

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam.


GR kata: Orang kuat pun keluar parti...ini ker yang depa kata boleh membela nasib rakyat??

No comments:

Artikel pelbagai