Saturday, January 19, 2013

@rafiziramli BODOH BETUL, MAIN CAKAP AJE TUDUH SANA TUDUH SINI! PADA HAL TAK TAU FAKTA, BILA ORANG DAH BAGI FAKTA TAK PERCAYA! ITULAH PERANGAI PAKATAN RAKYAT!!


Sebagaimana tajuk di atas begitulah artikel kali ini. Pakatan Rakyat seringkali mengulangi pembohongan demi pembohongan melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Ini adalah satu kaedah propaganda yang jahat amalan REJIM YAHUDI bagi meracuni pemikiran orang-orang Islam agar hidup dalam pertelagahan yang berpanjangan.

Selain daripada fitnah-fitnah yang lain, fitnah terbaru yang melibatkan Isu LTAT dengan niat untuk menyerang Institusi Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan.

Saksikan video pencerahan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi yang menangkis dengan fakta fitnah-fitnah oleh Pakatan Pembangkang. Seandainya isu tersebut bukan fitnah, beranikah Rafizi Ramli berhadapan dengan Menteri Pertahanan bagi menempelak huja-hujah beliau.





GR kata: Rafizi bongok!!

Friday, January 18, 2013

Orang Melayu Harus Bersatu - Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu bersatu sekarang bagi memastikan kerajaan sedia ada kembali mendapat sokongan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Perdana Menteri berkata, seruan itu dilakukan kerana pihaknya mendapati orang Melayu pada masa ini tidak bersatu dan tidak memberikan sokongan penuh kepada kerajaan.

Beliau berkata, keadaan itu boleh menyebabkan kemungkinan orang Melayu di negara ini akan hilang pengaruh dalam kerajaan.

''Orang Melayu perlu bersatu dengan tujuan satu, bersatu dengan tujuan berlainan susah juga. Melayu tidak bersatu sekarang, sebab itu saya cakap macam itu tadi, mereka tidak menyokong penuh kerajaan. Oleh sebab itu, mereka perlu bersatu sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir berkata, dalam menghadapi pilihan raya umum, orang Melayu mempunyai ruang untuk membuat keputusan sama ada yang boleh memberikan kebaikan kepada mereka atau sebaliknya.

Dalam hal ini beliau menjelaskan, bagi meramalkan apakah masa depan orang Melayu, hanya terdapat dua pilihan bagi kaum tersebut untuk membuat keputusan iaitu bagi yang sedar akan bertindak mempertahankan kedudukan sekarang.

Keduanya kata beliau, orang Melayu yang tidak sedar menganggap mereka juga akan maju sebagai rakyat Malaysia tanpa memberikan penekanan kepada soal identiti kemelayuan.

''Bagi pendapat saya walaupun sudah ada orang Melayu berjaya tetapi umumnya ramai yang tidak berjaya. Mereka mungkin tidak akan berjaya kalau tidak diberikan tongkat atau pertolongan.

''Kita percaya kejayaan orang Melayu menakjubkan tetapi belum tahu kalau tidak diberikan pertolongan dari awal mereka akan berjaya," katanya.

Beliau berkata, generasi baharu kini didapati merasakan ketakutan dan perasaan tertekan orang Melayu ketika bersatu melawan Malayan Union sudah tidak ada lagi kerana perkara yang dikehendaki oleh mereka sudah tercapai.

''Kesedaran timbul dengan ditekan, bila ditekan kita respons, maka akan rapatkan barisan dan bersatu padu dan wujudnya perpaduan. Inilah yang dapat menolak Malayan Union sehingga akhirnya British terima cadangan Persekutuan Tanah Melayu," katanya.

Justeru katanya, masa depan orang Melayu pada hari ini bergantung kepada kebolehan mereka membuat pertimbangan berasaskan kepada apa yang telah berlaku pada masa lalu.

''Orang Melayu kena fikir mendalam tentang bagaimana untuk menyelamatkan dan memajukan masa depan kita. Bagi negara demokrasi, banyak bergantung kepada pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

''Kalau kita bertindak berasaskan kepada emosi dan perasaan kebencian, saya yakin masa depan tidak terjamin. Bagaimanapun sebaliknya, jika kita fikir secara mendalam berasaskan sejarah dan pengalaman, saya yakin kita boleh membuat pilihan bijak, sekali gus masa depan selamat," katanya.

GR kata: Renungkan demi masa depan agama, bangsa dan negara....

ISU TANAH KELANTAN: NIK AZIZ SIBUK NAK SAMAN, JAWABLAH KATA ULAMA' HERO!!


Sudah hampir sebulan pendedahan telah pun dibuat mengenai Isu Tanah Kelantan seluas 10,526 ekar ini dan sehingga hari ini jugalah Nik Aziz, Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham masih berdiam diri. Sebelum itu GR ingin bertanya pada mereka ini, "Lu orang suruh blogger Pisau.Net mohon maaf secara terbukakan? Kenapa lu orang TAK NAK JAWAB secara terbuka mengenai isu ini?"

Mengenai penyelewengan Tanah Kelantan ini mungkin ada sedikit kesilapan, di mana permintaan jawatan Menteri Besar Perak yang jika secara logiknya DAP yang memegang jawatan tersebut. Kita juga tahu perlantikan Menteri Besar adalah di bawah kuasa Sultan. Pada 13 Januari 2013, blogger Pisau.Net telah pun membuat pembetulan mengenai isu ini. Boleh baca DI SINI.

Hari ini HarakahDaily cuba untuk memusingkan kenyataan sebenar apa yang diperbetulkan oleh blogger Pisau.Net. Depa ni tak faham atau pun tak reti membaca?? Pembetulan yang dibuat adalah percanggahan fakta mengenai isu penyelewengan tanah ini dari segi ada wujudnya 'RASUAH DALAMAN' dari segi PAS untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak itu sendiri.


Tanah yang seluas 4x lebih besar Putrajaya ini yang kita semua ketahui rakyat Kelantan mempersoalkan kenapa boleh menjadi hak milik orang luar iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham? Syarikat Upayapadu Sdn Bhd adalah 100% milik mereka berdua dan mereka juga telah mengaku syarikat ini milik mereka. Jika Nik Aziz kata tidak mengetahui apa-apa sebarang proses pemilikan tanah ini berlaku, sedang YIK dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri. JAWAB NIK AZIZ! JAWAB!!

KENAPA NILAI PAJAK TANAH KE UPAYAPADU HANYA RM 1 JUTA TAPI NILAI SEBENAR RM 78 JUTA??

Berapa nilai tanah ini dan berapa harga Upayapadu yang dibeli oleh Ngeh dari Tengku Wong? Ini satu persoalan yang Ngeh enggan jawab. Malah dia banyak menghabiskan masa cuba mengelak-elak enggan menjawab. Betulkan Ngeh??

Ada iklan yang mengiklan harga tanah di Gua Musang pada harga berikut :


Kalau diguna nilai itu untuk 10,526 ekar, itu dah  RM168.4 juta. Kalau tanah itu tanah balak, nilai balak dalam tanah itu boleh diambil kira dalam kiraan tanah tersebut.


Menurut Broker Amos Tan, ada 9,500 ekar tanah balak yang boleh menjana 20 ribu tan balak :


Getah ada 1,000 ekar pokok getah yang sudah berumur 4 tahun yang dah boleh ditoteh tahun depan.

Berapa pula nilai dan ekaran keluaran kelapa sawit?

Kelapa sawit dah dapat hasil 3,000 tan setahun pada tahun ke 3 dan meningkat ke 8-10 ribu tan setahun. Kire sajalah dengan nilai kelapa sawit setan?

Senang saja cakap Upayapadu boleh menjana beberapa juta dalam setahun? Dengan konsesi yang dikatakan 70 tahun, bukankah agak murah bagi harga RM 36.8 juta.

YIK hanya dapat RM100 seekar setahun bagi tanah 10,526 ekar yang dengan ini hanya menghasilkan RM1,052,600 setahun.

Ini adalah sesuatu yang boleh disiasat kerana Nik Amar mengatakan YIK perlu membayar gaji sebanyak RM6.5 juta sebulan untuk 2 ribu guru bagi 92 sekolah bagi 35,000 anak murid.

Setahun nak pakai RM 78 juta atau lebih. Bukankah tanah 10 ribu ekar boleh jana pendapatan yang boleh menampung perbelanjaan itu!!


GR kata: Jawab dulu Pok Nik, jangan sibuk nak saman jer. Jangan fitnah tu makan diri sendiri balik!!
 

MANUSIA IBLIS! APA DOSA BAYI KECIL INI??


Sedih, nak menangis pun ada bila lihat gambar yang GR perolehi dari rakan FB. Kenapa ada manusia yang bersifat lebih kejam dari binatang sanggup melakukan sebegini rupa? Apa dosa bayi kecil ini sehingga sanggup dibuang lepas tu dimasukkan pula di dalam botol? DASAR IBLIS!!!

Nak lari ke mana manusia yang bersifat Iblis nie? Lambat laut tau jugak siap perilakunya. Jangan ingat boleh lepas begitu saja. Inilah bila buat suatu perkara, ingat sedapnya saja. Bila dah sedap jadi macam ni, buang saja macam sampah. Ingat!! Bayi ini tidak berdosa, kalau tak nak sekali pun sebab lahirkan anak luar nikah janganlah buang sana sini. Allah S.W.T lihat apa yang kita lakukan....

Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini hingga tertangkapnya mereka yang bersifat Iblis nie. Gejala sosial seperti ini perlu dibendung walau apa cara sekali pun. Lagi satu jangan MEMPOLITIKKAN perkara seperti ini kerana ini bukan salah siapa pun...salah diri kita sendiri!!!


GR kata: Bayi adalah anugerah Allah S.W.T berikan, mereka juga ingin hidup di dunia ini.

Thursday, January 17, 2013

DUNIA IKTIRAF PIMPINAN @NajibRazak, ANWAR MAKIN PENING KEPALA!!


Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.

Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan. Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.

Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP


GR kata: Negara luar nampak kebaikannya...rakyat negara sendiri masih ramai yang buta mata, buta hati kerana terpedaya dengan cakap seorang kaki penipu!!

HOT: #PRU13 JATUH BULAN MAC 2013?

Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin membubarkan Parlimen bagi membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-13 sebelum 21 Mac ini.

Timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk pembubaran itu pada bila-bila masa antara 20 Februari hingga 20 Mac.

Pihak dalaman mengambil perhatian bahawa 21 Mac adalah merupakan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tamat selepas penggal lima tahun.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor mengangkat sumpah pada 21 Mac. Oleh itu, penggal itu tamat pada tarikh yang sama tahun ini.

"Kami menjangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meminta Parlimen untuk dibubarkan mungkin sebelum tarikh 21 Mac ini," kata sumber berkenaan.

Sumber itu mengatakan bahawa Najib tidak mahu membenarkan DUN Johor tamat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan boleh melibatkan banyak implikasi undang-undang dan beberapa isu lain.

Seorang pegawai Barisan Nasional (BN) berkata, membenarkan penggal DUN Johor tamat akan menghantar mesej yang salah bahawa parti pemerintah tidak bersedia untuk berhadapan dengan pengundi.

Pegawai itu bagaimanapun menunjukkan bahawa ini tidak bermakna pilihan raya umum akan diadakan pada 21 Mac atau sebelum itu.

"Perdana Menteri dijangka membuat beberapa lawatan luar negara yang penting dalam bulan Februari ke tempat-tempat strategik yang penting kepada Malaysia serta menghadiri persidangan serantau dan pelbagai hala di mana negara kita adalah pesertanya," kata beliau.

Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Negara-Negara Islam dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Februari dan pemimpin Malaysia jarang terlepas mesyuarat ini.

Difahamkan bahawa Najib dijadualkan untuk ke satu lagi lawatan luar negara tidak lama selepas Tahun Baru Cina.

Ini bermakna Najib hanya mempunyai tempoh 30 hari untuk pilihan raya kerana beliau tidak mungkin akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat selepas Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari.

Difahamkan bahawa penasihat beliau telah memberitahunya untuk mengelakkan menyingkatkan sambutan perayaan, dengan Tahun Baru Lunar yang tradisinya disambut selama 15 hari.

Di atas semua faktor ini, menurut sumber dalaman, Najib mungkin akan mengumumkan pembubaran parlimen antara 20 Februari dan 20 Mac - sekali gus tiada lagi keistimewaan dengan elemen kejutan.

GR kata: Semua kena siapa siaga mood perang telah ditiupkan....

ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM..BAPAK JENIS APA MACAM NIE!!


PETALING JAYA: Seorang pemandu lori sanggup menjual tiga anaknya untuk membayar hutang akibat perjudian.

Ibu kanak-kanak, Liew Kim Yow, 27, berkata lelaki berusia 25 tahun yang merupakan teman lelaki kerana mereka tidak berkahwin secara sah, telah mencadangkan pada September menyerahkan anak mereka kepada ibunya kerana ingin bekerja di Singapura.

Pasangan tersebut tinggal bersama-sama di Serendah, Hulu Selangor, selama tujuh tahun. Liew yang menganggur, tinggal di rumah untuk menjaga anak-anak manakala kekasihnya bekerja sebagai pemandu lori.

Tetapi selepas tiga bulan, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana rancangan mereka untuk berpindah ke Singapura tidak menjadi kenyataan dan dia terus memberi alasan setiap kali dia mahu melihat anak-anak mereka.

"Dia memberitahu saya sebelum ini bahawa seseorang telah menawarkan kepadanya RM50, 000 untuk mengambil anak kami dan RM20, 000 untuk anak perempuan sulung kami. Saya memberitahunya bahawa tidak kira betapa miskin kita, kita tidak boleh menjual anak-anak kita, "katanya pada Pengaduan Awam MCA dan Jabatan Perkhidmatan sini Selasa.

Pada 23 Disember lalu, dia membuat laporan terhadap lelaki itu di balai polis Serendah.

Yiew terkejut apabila mendapati bahawa teman lelakinya telah membuat laporan pada Oktober mendakwa bahawa anaknya hilang sejak Mei lalu. Menafikan bahawa dia pernah meninggalkan rumah, Liew berkata, teman lelakinya adalah seorang kaki judi dan sebelum ini pernah dikejar oleh lintah darat namun hutang tersebut dibayar oleh keluarganya.

Namun lelaki tersebut kini menghilangkan diri. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan itu. Ketua Biro Pengaduan Awam, Datuk Seri Michael Chong menggesa mereka yang mengambil kanak-kanak tersebut untuk menghubunginya dengan segera.

"Oleh kerana terdapat tiada perintah mahkamah bagi anak angkat, ia adalah tidak sah. Jika 'ibu bapa angkat' enggan tampil ke hadapan, kita akan membawa mereka ke mahkamah, "katanya.

Beliau berkata bahawa jika bapa kanak-kanak itu didapati telah "menjual" mereka, dia boleh dikenakan di bawah kesalahan penyeludupan manusia. Aduan Awam MCA dan Jabatan Perkhidmatan boleh dihubungi di 03-2203 3888.


GR kata: Bapak macam nie elok sebat jerk...

Wednesday, January 16, 2013

NIK AZIZ DAN PAS BANTU DAP SEBARKAN AJARAN KRISTIAN DI MALAYSIA!!


Ramai yang sudah pun mengetahui bahawa sebahagian besar pemimpin tertinggi DAP berbangsa Cina adalah penganut agama Kristian. Malah ramai juga yang tahu betapa bertegasnya DAP dalam agenda Kristianisasi. Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.

Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus. Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang. Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia.

Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yg berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yg merasa janggal untuk ke gereja yg sama. Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yg menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.

Apa yg sebenarnya terjadi ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yg berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yg diperjuangkan mereka.

Agenda Kristian DAP, seperti yg telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yg telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yg lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yg mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yg paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai2 versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yg mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yg lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yg meragukan yg melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut :

1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.

2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing2 digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yg mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.

3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yg sama.

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yg memberikan naungan kepada puak evangelists ini yg berpusat di Subang Jaya. Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya:

:- RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011,

:- RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011,

:- RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan

:- RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yg paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin2 DAP pula, termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera. Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yg dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yg menampilkan tokoh2 Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yg berkait dan berangkai. Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yg tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya.

Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana. Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.


GR kata: Umat Islam dan Melayu harus bersatu...

KALIMAH ALLAH: DUA KENYATAAN PEMIMPIN PAS YANG DAH SEWEL!!


Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat :

08 Januari 2013
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

15 Januari 2013
Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai Tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai Tuhan Yang Satu, Yang Maha Berkuasa."

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu :


04 Januari 2013
PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."

15 Januari 2013
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.




GR kata: Fikir dan nilai secara matang....

SAH!! NIK AZIZ MAKIN TUA MAKIN NYANYOK TAK RETI MEMBACA! @NajibRazak


Nak kata buta huruf mustahil la pulakkan, takkan seorang Menteri Besar tak reti membaca...pelik benar bunyinya tu kan? Tapi bila lihat keratan surat di atas yang diupload sendiri di Fan Page Facebook Nik Aziz pembaca nilailah sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh...mana tidaknya dah kantoi bersekongkol dengan DAP yang mahukan Kalimah Allah S.W.T boleh digunakan dalam kitab bible inilah jadinya. Bila keputusan Majlis Syura PAS yang memutuskan kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunapakai dalam Bible, Nik Aziz cuba untuk 'coverline' silap beliau.

Lihat surat di atas, terang-terang surat tersebut palsu. GR nak tanya satu soalan pada Nik Aziz :

1. Jika sebarang surat rasmi yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri atau pun Menteri Besar bukankah surat tersebut ada LETTERHEAD??


Itu saja soalan GR yang mahu Nik Aziz jawab. Korang semua pun tahukan, tapi tak tau lah pencacai PAS dan Pakatan yang buta kayu atau buta huruf pasal surat menyurat nie. Betul tak? Hi hi hi....

Pada Nik Aziz, mengaku sajalah bila dah buat silap tu. Anda tu dikategorikan sebagai ulama'...takkan ulama' perangai busuk macam ni. Apa hukumnya asyiknya menipu jer yer Nik Aziz? Atau pun Nik Aziz ni jenis cakap apa pun semuanya 'DIJAMIN SYURGA'?? Kalau senang jer main tulis surat baik main surat cintan cintun yer tak....


GR kata: Surat rasmi tapi rujukan pada pemandu? Power betul driver tu kan. Keh keh keh....

BAB NIE PENCACAI PAKATAN CUKUP SUKA..!!


Kalau sebut pasal duit semua orang suka betul tak. Jangan kata suka siap sanggup berebut kalau tiba-tiba ada saudagar kaya ker tabur duit di khalayak ramai confirm kita semua serbu betul tak? Tapi ramai juga orang kata kalau bab duit ni boleh putus saudara dan sahabat. Inilah lumrah hidup dan seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita.

Dalam kita bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi ada juga pihak yang tak bertanggungjawab cakap macam-macam. Duit yang kita terima itulah rasuah, duit haramlah, tak bau Syurgalah dan macam-mcam lagi...tapi dalam pada itu mereka ini yang dahulu ke depan untuk menerima bantuan yang diberikan. Inilah dia manusia yang tak faham erti bersyukur.

Gembiran melihat adik-adik kecil kita pada hari ini, sekali lagi Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri telah pun sekali lagi MENUNAIKAN janji mereka dalam Bajet 2013. Bantuan persekolahan RM 100 telah diberikan pada seramai 4.98 juta pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

Bantuan ini diberikan untuk kali kedua pada tahun ini adalah kerana pandangan yang baik diberikan oleh ibu bapa yang bersyukur dengan bantuan yang sama diberikan pada tahun lepas. Dengan bantuan ini juga dapat meringankan beban mereka dalam membeli keperluan sekolah anak-anak mereka lebih-lebih lagi diperingkat awal persekolahan.

GR nak beritahu pada mereka yang mengatakan bantuan ini adalah gula-gula politik BN dan juga gula-gula pilihanraya hentikan jelah. Yang berebut ambil pun kalau tak bersyukur pun tak tau lah. Inilah kerajaan zalim yang korang duk kata sejak dulu kan. Kerajaan zalim tapi menjaga serta membantu kebajikan rakyatnya. Macam mana tu?? Fikir-fikirkanlah yer masing-masing dah besar panjang.....


GR kata: Puak yang tak bersyukur ni elok kita bagi depa semua apa??

Tuesday, January 15, 2013

PANAS: ADUN PAKATAN RAKYAT DITANGKAP POLIS? APA KES??


SUBANG JAYA  - Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini, diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin.

Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.

“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Teoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.

“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - Harian Metro


GR kata: Betul ke tidak, kita tungguuuuuu....

PANAS: ANGKARA AARON AZIZ SAYA DICERAIKAN SUAMI!!


Ini mungkin kisah paling sadis anda dengar hari ini berkaitan peminat dunia hiburan kita hari ini, seorang suami lafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati Aaron Aziz.

Mangga Online hari ini menulis yang seorang lelaki berusia 50′an telah melafazkan talak satu terhadap isterinya yang di’syaki menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz.

“Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam & Hawa”

“Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya. Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri”

“Saya rasa diri saya tak dihargai lagi,” ujar lelaki itu di’mahkamah menurut sumber kepada laman hiburan tersebut.

Tidak kami 100% pasti yang perkara ini benar benar terjadi tetapi jika ianya benar, bukan satu tindakan bijak buat lelaki tersebut untuk melafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati seorang selebriti.


GR kata: Hebat betul aura artis ni bila dah popular kan...

KELUHAN: KHALID IBRAHIM PUNYA PASAL, GR YANG TANGGUNG RISIKONYA!!


Masih berkisarkan cerita mengenai 'KEHEBATAN' MB Selangor TS Khalid Ibrahim ini. Malam tadi GR mengeluarkan artikel mengenai KEJAYAAN yang beliau telah lakukan pada rakyat khususnya di Selangor dan juga Bdr Tun Razak.

Pada hakikatnya ramai yang melenting dan menyindir bahawa artikel yang GR keluarkan malam tadi berbau lucah. GR mohon maaf jika ada yang berfikiran demikian tapi jika di adaptasikan maksud yang sebenarnya mungkin ramai juga yang mengerti apa yang Khalid Gagap ini telah buat rakyat merana. Artikel tersebut boleh baca DI SINI.

Jika kita semua lihat sejak Khalid Ibrahim memegang jawatan ahli parlimen, ADUN dan juga MB Selangor apa yang beliau lakukan untuk kebaikan dinikmati oleh rakyat? GR ingin menyentuh di kawasan Bdr Tun Razak kerana beberapa pembaca yang mengatakan artikel-artikel yang dikeluarkan sebelum ini artikel bodoh semuanya.

GR tak nak ulas panjang sebab dah berkali-kali perkara yang sama...hasilnya Khalid Ibrahim tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat. MOHON TAN SRI JAWAB SOALAN DI BAWAH :

1. Apakah fungsi ahli parlimen di Bdr Tun Razak? Tugas dan mandat yang diberikan oleh rakyat kenapa tak laksanakan dengan penuh tanggungjawab?

2. Apakah fungsi pejabat ahli parlimen di Bdr Sri Permaisuri? Rakyat mahu adukan masalah pada siapa jika pintunya selalu ditutup?

3. Kenapa jika ada sebarang bantuan dari ahli parlimen, penerimanya hanya diberikan pada golongan terpilih saja sebagai contoh mereka yang taksub pada PKR saja. Inikah keadilan namanya?

4. Di mana pembangunan untuk kebaikan rakyat BTR seperti yang dijanjikan pada PRU 12 yang lepas?

5. Kawasan peniaga makanan di Bdr Sri Permaisuri di hadapan deretan kedai diberikan jaminan oleh Khalid Gagap untuk dinaiktaraf kepada yang lebih baik, sejak memegang jawatan Ahli Parlimen BTR hingga sekarang indah khabar dari rupa. Kenapa?

6. Tiada sebarang bantuan untuk anak muda dibangunkan. Kemudahan yang dibangunkan adalah hasil dari pihak lain. Kenapa YB makan gaji buta?

7. Adakah YB ambil mudah berkhidmat di BTR kerana K.Lumpur ini di bawah pentadbiran kerajaan pusat? Sebab itu YB boleh goyang kaki...macam tu ker??

8. Bantuan untuk warga emas dan golongan kurang mampu yang dijanjikan masih belum dikotakan?


Mungkin ada yang membaca blog ini terpedaya dengan tajuk yang ajak berbau lucah, tapi apa yang ingin disampaikan pada pembaca ialah tugas dan perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh YB2 dari Pakatan Haprak ini kepada rakyat. Mungkin dikalangan pembaca ada yang menerima nasib yang sama seperti rakyat di Bdr Tun Razak dan mereka ini telah buka mata kerana undi mereka pada PRU 12 hanyalah sia-sia.

Semua lapisan masyarakat Bdr Tun Razak harus sedar, jika diberikan mandat sekali lagi kepada YB seperti Khalid Ibrahim ini nasib serupalah yang korang akan terima. Sudah hampir 5 tahun memerintah jadinya macam tu juga...nak tambah lagi 5 tahun ker? Korang fikirlah sendiri yer...

Lihat video di bawah, keluhan rakyat untuk renungan kita bersama :




GR kata: Rindulah nak jumpa Khalid Ibrahim....

Monday, January 14, 2013

HOT: KHALID IBRAHIM LEBIH SUKA 'AIR MAZI' DARI MINUM AIR BERSIH!!


Apa nak jadi dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim nie. Hebat juga bila dah jadi MB Selangor sekarang nie yer, bukannya apa sebelum ini Khalid Gagap ni Pakatan Haprak berjaya mentadbir Negeri Selangor dengan jayanya. Hasil pendapatan negeri melimpah ruah sampai dengan hanya kata-kata saja.

Jawatan yang beliau pegang memang banyak dan salah satunya Ahli Parlimen Bdr Tun Razak. Banyak perkara yang beliau janjikan pada rakyat BTR sampai sekarang tidak ada satu pun yang ditunaikan. Paling menarik dengan isu air yang jadi sekarang, masih nak berdolak dalih lagi ker? Dari bagi air percuma kepada rakyat Selangor dan akhirnya rakyat sendiri yang menerima balanya.

Mau makan, minum dan memasak gunakan air apa YB?? Air longkang kah atau air lombong kah?? Mohon jawab YB, jangan gagap sangat bila jawab tu yer...


Masalah tiada air ini sudah semakin berlarutan sehinggakan menyusahkan rakyat. Apa yang Khalid Ibrahim buat semuanya dilepaskan kepada SYABAS. Bukan SYABAS tak boleh buat kerja, pelbagai cadangan diberikan tapi Khalid Ibrahim kenapa tidak mahu ambil cadangan baik ini untuk dilaksanakan....bukan untuk siapa pun, untuk masa depan rakyat juga.

Atas perkara yang semakin membebankan rakyat ini, Ops Baldi di Flat Sri Penara, Bandar Tun Razak. Pemuda UMNO telah agihkan 1000 botol mineral water (5 liter) tanpa mengira warna kulit dan parti yang dianuti.


Menurut Datuk Rizalman Mokhtar :

"Kita berharap dgn pemberian sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan sedikit masalah mereka terutama penduduk Flat Sri Penara, Bdr Sri Permaisuri yang memerlukan air bersih utk minum".

"Kita juga berharap agar penduduk di sini dapat bersabar dan semoga krisis air ini dapat diselesaikan segera."


GR diberitahu penduduk Flat Sri Penara ini adalah kubu kuat PKR. Mana perginya Ahli Parlimen Bdr Tun Razak yang mereka sanjung tu? Jangan kata nak turun padang tengok dan bantu selesaikan masalah rakyat, hantar bantuan apa pun tak ada. Akhirnya rakyat hidup dalam keadaan tak terurus...badan busuk nak mandi pun susah apatah lagi makan minum.

Lihat video di bawah keluhan orang PKR, kasihan pun ada jugak tapi inilah hasilnya bila kita undi Pakatan Haprak :





GR kata: Jom mandi kat umah Khalid Gagap lah..umah dia besar mesti banyak air kan!!

HOT: TAHNIAH MAT SABU AKAN RAMPAS JAWATAN PRESIDEN PAS DARI HADI AWANG??


Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada Sabtu lepas telah pun berakhir. Masih menjadi tanda tanya GR dan juga rakyat Malaysia, adakah perhimpunan seperti ini akan kerap diadakan lebih-lebih lagi belum PRU 13 lagi. Berapa kalikah ianya akan dilakukan, adakah setiap bulan, minggu atau pun tahun? Dengan mengadakan himpunan seperti ini adakah mencapai matlamat yang diinginkan atau pun hanya mengakaburi pemikiran serta nasib rakyat saja??

GR terbaca artikel dari portal penipu rakyat HarakahDaily yang mengucapkan tahniah pada Mat Sabu kerana berjaya menarik 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA berhimpun di dalam dan luar Stadium Merdeka. Persoalannya di sini adakah benar jumlah rakyat Malaysia yang hadir seramai 1 juta?? Jika kita fikir secara rasional jika 1 juta rakyat yang hadir, bagaimana keadaan sekitar dalam dan luar stadium tersebutkan. Lihat gambar yang sebenar dari sumber yang boleh dipercayai bukan gambar yang diedit kerana mahukan sokongan. Sanggup menipu rakyat, dan harus diingat wahai Mat Sabu...rakyat tidak bodoh macam yang hang selalu cakap dalam ceramah, fikir jugakan otak jangan gunakan pungkok. Perli Anwar Ibrahim ker? Hi hi hi


Setelah membaca artikel di atas, GR pun bertanyakan pada sumber dalam PAS mengenai kesahihan ini. Beliau mengatakan apa yang Mat Sabu lakukan sekarang adalah cara beliau melobi awal untuk menjadi Presiden PAS yang akan datang. Aik? Takkan dengan mengetuai demontrasi membolehkan beliau layak menjadi presiden? Orang-orang PAS ada sebilangan mereka dah tak berpuas hati kerana sudah mula sedar fahaman Mat Sabu jauh tersasar.

Mengenai perhimpunan pula, beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama :

1. Kenapa baru sekarang Pakatan Haprak mengatakan mereka berjaya mengadakan perhimpunan yang boleh dikategorikan aman? Tidak seperti Bersih 1.0 hinggalah Bersih 4.0?

 2. Kenapa baru sekarang mereka mengiktiraf kerja pihak Polis yang berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam ketika perhimpunan berlangsung?

3. Kenapa baru sekarang mahu bezakan perhimpunan ini berjaya berbanding dengan yang lepas? Kenyataan pada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini pun mereka kata berjaya?

4. Tugas Unit Amal PAS disanjung tinggi untuk kali ini dan sama juga dengan perhimpunan yang lepas-lepas? Kawalan keselamatan yang sama pada yang lepas kenapa tidak boleh digunapakai sejak dahulu lagi?

5. Kenapa masih tidak boleh mematuhi syarat yang diberi persetujui oleh Pakatan dan pihak Polis? Syaratnya Pakatan sendiri yang tahukan...sebab diaorang yang buat.

6. Kenapa perhimpunan Pakatan Haprak adakan masih tidak mencapai target yang diinginkan??

7. Perhimpunan khas untuk Shamsidar, tapi di mana kelibat beliau tidak muncul-muncul??


Soalan-soalan yang GR tujukan khas untuk puak Pakatan jawab. GR bukan nak sentuh di sini jumlah kehadiran tapi inilah yang mereka kata dengan ego sekali bahawa rakyat bersama mereka. Jika rakyat bersama mereka kenapa keseluruhan rakyat Malaysia menyahut serta bersama kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia ke arah negara maju. MOHON JAWAB!!

Jika mereka kata perhimpunan khas untuk Shamsidar ini berjaya, apa jasa Shamsidar untuk Malaysia? Apa yang beliau buat sehinggakan rakyat Malaysia harus mengangkat beliau? Anwar hanya gunakan rakyat untuk tutup kes beliau dengan Shamsidar seperti yang telah didedahkan oleh Nala. Buat kerja perlulah gentle wahai Anwar, barulah layak dipanggil pemimpin. Bukannya jadi pemimpin yang syok sendiri.

Mat Sabu berjaya?? Berjaya dari segi apa? Puak PAS Solat Zohor di stadium pun Mat Sabu tak boleh perbetulkan, malah menyokong...ini yang dikatakan berjaya?


Mazhab mana yang PAS gunakan yer? Dalam PAS bersolat boleh berkiblatkan Anwar atau pun Nik Aziz yer sebab itu 'DIJAMIN' masuk Syurga yer? Na'uzubillah....kita doakan mereka ini bertaubat dan Allah S.W.T bukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kalau dalam stadium tu kan ada arah kiblat, takkan tak der suraukan? Ikut arah yang telah ditunjukkan lagi senang....solat apa zip zap macam ni. Ini yang Mat Sabu kata berjaya yer....Syabas bro!!! Hancussss.....


GR kata: Mat Sabu jadi Presiden, puak PAS pun benci. Macam mana tu??

Sunday, January 13, 2013

Mana Janjimu Dulu Pada Kami Wahai Khalid Ibrahim? #PRmenipu

Hampir 200 ibu bapa dari kawasan Parlimen Gombak berhimpun secara aman semalam bagi menuntut kerajaan Selangor membayar bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terbukti gagal menyalurkan bantuan tersebut sejak memerintah pada tahun 2008 dan apabila hendak dilaksana, pelbagai syarat pula dikenakan.

"Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah dengan baik dan adil," katanya selepas menghadiri perhimpunan berkenaan yang diadakan di dataran Uptown Taman Seri Gombak di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Said Anuar Said Ahmad dan Pengerusi Bertindak Tabika Parlimen Gombak, Mohd. Nordin Tahir.

Tegas Sohaimi, dalam manifesto, Khalid berjanji akan memberikan bantuan RM50 sebulan kepada murid prasekolah tetapi menetapkan syarat hanya taman asuhan yang berdaftar dan pendapatan keluarga bawah RM1,500 yang layak menerimanya.

"Kalau hendak bantu, kenapa perlu letak syarat dan tidak beri sama rata. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan bantuan kepada semua pihak tanpa mengira parti," tambahnya lagi.

Sementara itu, Said Anuar yang juga Koordinator Tuntutan Janji Manifesto Selangor berkata, pihaknya akan mengumpulkan maklumat jumlah penerima bantuan RM50 itu sebelum menyerahkan memorandum tuntutan kepada Khalid.

GR kata: Janji tak sudah...apa pun tak boleh!!

LEPAS OSTAD GUAN ENG, PAS ADA OSTAD BARU UNTUK 'BERDAKWAH'! #KL112


Apa sudah jadi...Islam dipermainkan macam permainan video game. Apa puak PAS nak kata dengan Ostad Superman nie? Bangsa lain berkelakuan menghina cara pemakaian umat Islam.

Nak menunjukkan bangsa Cina DAP menyokong PAS, tapi yang jadi sebaliknya pula. PAS mengamalkan Islam yang serupa siri cerita Superman kah?

Sebelum ini kita lihat Ostad Guan Eng pun mengeluarkan 'fatwa politiknya'...ianya disokong oleh PAS. Kenapa tidak ada sebarang teguran walhal sudah jelas ianya tiada dalam ajaran Islam yang sebenar.

Rakyat harus sedar...Islam semakin hancur di dalam PAS apatah lagi dalam Pakatan Haprak. Belum lagi mereka memerintah Malaysia sudah timbul pelbagai fatwa yang boleh menyesatkan umat Islam. Fikirkanlah demi masa depan kita dan peliharalah kesucian agama Islam ini. Allah S.W.T hanya satu, tiada yang lain dan juga boleh diperbandingkan.


GR kata: Parti Ajaran Sesat. Kiblat pun tonggang langgang....

Artikel pelbagai