Tuesday, September 6, 2011

KJ sedia sahur cabaran debat dgn Mat Sabu!!!


YB Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. “Saya akan berada di sana,” kata KJ menerusi mesej Twitternya semalam sambil menambah, jemputan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima. “Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata KJ menerusi Twitternya.

Sunday, September 4, 2011

KATA-KATA YAB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK PEMERGIAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL!!!

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu,Somalia,sebagai seorang wira Malaysia “yang mewakili negara untuk memberi bantuan di mana sahaja diperlukan”.Sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku, Najib berkata: Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi. Allahyarham bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas dan terbaik mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia.”

Bercakap kepada Bernama semalam, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak berkata,lawatannya ke Perth, Australia disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam semalam bagi membolehkan beliau berada di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dari Mogadishu hari ini. Katanya lagi, "Allahyarham seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,”


Gambar Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan kelmarin oleh rakan setugasnya beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Mogadishu,Somalia.

~ AL - FATIHAH ~

Al - Fatihah...


Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam semalam.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Pasukan Kelab Putra 1Malaysia serta media termasuk jenazah Allahyarham akan tiba di TUDM Subang pd jam 9.00 pagi esok, ketibaan mereka semua akan disambut oleh YAB Perdana Menteri serta Menteri-menteri yg lain...TAHNIAH kepada wira2 kita yg telah menabur jasa di bumi Somalia sehingga terpaksa mengadai nyawa..berikan sokongan padu pd mereka semua..
.

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya.

p/s : Inna lilla wainna lilla hilirodjiun, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tergolong dengan golongan yang soleh. Salam Takziah kepada keluarga Allayarham. Al-Fatihah...



Artikel pelbagai