Saturday, July 28, 2012

VIDEO: NIZAR LAMBAI KENA SMACK DOWN KAW-KAW!! @Zahid_Hamidi




Inilah cerita sebenar bekas MB Perak Nizar Lambai. Beliau hanyalah menteri boneka yang dicontrol oleh DAP dan PKR. Fakta yang dikeluarkan untuk memburukkan kerajaan BN dan pemimpinnya semuanya fakta yang BODOH. Tengoklah perangai BANGANG yang dia buat mengenai memfitnah tentang pembelian no. plat kenderaan WWW1 yang dibeli oleh DYMM Sultan Johor.

Apa pun korang tengok vide di atas yer dan fikirkanlah secara matang pemimpin seperti pakatan Haprak kah yang kita inginkan mentadbir negara ini. Jawapannya...tepuk dada tanyalah hati.


GR kata: Nizar Lambai otak kat lutut tue yang bodoh piang....

HOT NEWS: ARSENE WENGER NAK BELI GOAL KEEPER MALAYSIA??


Ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias yang beberapa kali menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi Arsenal pada aksi persahabatan kelmarin, mendapat pujian pengendali Gunners, Arsene Wenger.

Dia menyifatkan pemain yang mewakili Negeri Sembilan itu sebagai 'fantastik'.

Jaringan gol cantik Mohd. Azmi Muslim dari jarak 25 meter memang detik istimewa perlawanan tersebut, namun tidak kurang penting ialah peranan Farizal yang memastikan skuad Datuk K.Rajagobal tidak dibelasah. Pada aksi persahabatan tahun lalu, Arsenal mengalahkan skuad kebangsaan 4-0.

"Penjaga gol (Farizal) sememangnya fantastik dan pandai membaca permainan," puji Wenger ketika Gunners dibelenggu krisis penjaga gol sejak beberapa tahun ini sehinggalah kemunculan Wojciech Szczesny.

Farizal, 26, kini merupakan pencabar Khairul Fahmi Che Mat untuk posisi No. 1 gawang kebangsaan apabila mempamerkan tahap ketenangan tinggi di samping bijak menghidu ancaman lawan di sepanjang perlawanan.

Hanya kelekaan pertahanan menyebabkan Farizal tewas dua kali menerusi gol Thomas Eisfeild dan Chukwuemeka Aneke pada tiga minit akhir perlawanan.

Salah satu insiden yang memperlihatkan keupayaan Farizal adalah pada minit ke-66 apabila pemain kelahiran Pahang itu bijak meluru keluar untuk menggagalkan percubaan Benik Afobe ketika berdepan satu lawan satu.

Lain-lain pemain kebangsaan turut mencuri tumpuan Wenger termasuk tonggak pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd. Razak, dua penggerak jentera tengah iaitu kapten Safiq Rahim dan Gary Steven Robbat serta pemain sayap kiri, S.Kunanlan.

"No. 7 (Aidil) saya minat kekentalan pertahanannya, begitu juga dengan No.8 (Safiq). No.15 (Gary) beraksi cemerlang sebaik dia dimasukkan dan No.16 (Kunanlan)... secara keseluruhannya, ramai pemain bagus saya dapat lihat (dalam pasukan Malaysia)," ujarnya.


GR kata: Tahniah pasukan Harimau Malaya...korang main memang best aritue!!

Friday, July 27, 2012

PAS TAKUT DENGAN DAP UNTUK LAKSANAKAN HUDUD!!


Nasrudin Hassan Tantawi tetap mengatakan bahawa Karpal Singh sudah berlembut pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud dan boleh berbincang dengan Pas mengenainya.

Karpal bertegas bahawa ini tidak benar dan pendiriannya tidak berubah sejak dahulu lagi. Siapa bercakap benar dan siapa berbohong? Logiknya tentulah tuan empunya badan (Karpal) lebih mengetahui hati, fikiran dan pendiriannya sendiri.

Apa yang jelas daripada perbalahan Ketua Pemuda Pas dan Pengerusi DAP ialah polemik hukum hudud antara keduadua parti ini tetap meruncing walaupun sudah berlarutan 20 tahun. Lebih jelas ialah tuduhan bahawa Umno sebagai punca kerajaan Pas tidak boleh melaksana hukum hudud di Kelantan adalah tidak benar.

Sejak 1993-94, Pas menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai penghalang Kanun Jenayah Syariah II yang dalamnya terkandung hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat rupanya masih trauma dengan kandungan surat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mengancam akan mengambil tindakan jika Pas meneruskan hajat mereka itu.

Tapi itu dua dekad lalu. Tun Dr Mahathir sudah lama bersara dan tidak berkuasa lagi. Apa lagi yang nak ditakutkan? Jika berani kerana ALLAH, kenapa takut kepada manusia?

Hakikat sebenarnya ialah cabaran Pas dalam usaha melaksanakan hudud kerana tentangan kuat dan total DAP, bukan Umno. Ketika enakmen ini dibawa ke Dun Kelantan pada 1994, kesemua 36 Ahli Dewan yang hadir telah menyokong, termasuk dua Adun Umno iaitu Wan Mohd Najib Wan Mohamed (Limbongan) dan Nordin Salleh (Sg Pinang). Yang tidak mengundi ialah Nik Aziz, sebab berada di hospital. Baru-baru ini, apabila seorang wakil rakyat Umno mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud memandangkan Kelantan gagal, saya turut menyokong cadangan itu.

Dalam hal ini, pendirian Umno konsisten. Kita menyokong hukum ALLAH. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hindarilah hukum selama kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya.”(Riwayat Ibn Majah) Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman.” (Riwayat Tarmidzi) Umno berpendirian bahawa rakyat perlu diberi penjelasan dahulu serta cukup kepakaran dan prasarana sebelum melaksanakan hukum ini.

Beberapa prinsip asas ini saya ulas dengan panjang dan boleh ditonton dalam YouTube. Sebaliknya, DAP bermatimatian menentang pelaksanaan hudud. Kenyataan Karpal bahawa Pas kena langkah mayat dia dulu adalah yang paling diingati dan masih dirujuk sehingga ke hari ini.

Karpal pernah minta Yang di- Pertuan Agong guna kuasanya di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat pandangan Mahkamah Agung sama ada Perlembagaan boleh dipinda untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.

Lim Kit Siang berpendapat hukum hudud tidak demokratik dan bercanggah dengan hak asasi manusia. Katanya, Pas tidak menghormati hak bukan Islam. Bangkangan DAP berjaya sehingga Pas tidak berani memasukkan agenda negara Islam dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pembangkang.

Pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya berhati-hati apabila bercakap pasal hudud dan lebih selesa ia tidak dibangkitkan. Beberapa ilmuwan dan tokoh perundangan Islam juga berpendapat bahawa undangundang hudud yang didrafkan oleh Pas banyak kelemahannya. Tan Sri Ahmad Ibrahim berkata hudud Pas bukan sahaja bercanggah dengan

Perlembagaan malah dengan pandangan Mazhab Shafiedan Hanafi. Prof Datuk Dr Mahmud Saedon Awang Othman berkata hukum hudud di Kelantan tidak lengkap, sempit dan boleh mengundang pelbagai masalah. Prof Mohd Hashim Kamali, Prof Dr Syed Hussein Alatas, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Chandra Muzaffar semuanya pernah mengeluarkan pendapat menentang hudud ala Pas.

Misalnya, undang-undang hudud di Terengganu ketika Pas memerintah (1999-2004) tidak  sama dengan hudud di Kelantan. Manakala, Pas Kedah pula beri pelbagai alasan tidak boleh melaksana hudud di negeri itu, termasuk mahu menunggu Kelantan melaksanakannya dahulu. Walaupun ternyata tidak mampu, Pas masih menjajakan isu ini sebagai bahan kempen dalam ceramah, terutama bila tiba musim pilihan raya. - SH


Soalnya: Jika benar nak laksana, bagaimana PAS berani ker nak lawan bantahan DAP dan PKR dalam keadaan PAS adalah parti terkecil dari segi kerusi dan pengaruh dalam PR?

TAHNIAH! ZED ZAIDI DAN ISTERI DAPAT BABY BOY!! @rozaidijamil


Isteri Zed Zaidi lahir bayi lelaki. Tahniah diucapkan kepada pelakon Zed Zaidi apabila isteri beliau, Natalia selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana kira - kira pukul 9.30 pagi Jumaat.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32 berkata anaknya diberi nama Ryan Ziqry dilahirkan seberat 4.32 kilogram.

"Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat dan keadaan isteri juga baik,"

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata." ujarnya.

Sementara itu, Zed Zaidi menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan mulia ini adalah satu keberkatan bagi dia dan sekeluarga pada bulan Ramadhan.


GR kata: Tahniah bro...selamat jadi bapak bro!!

SIRI 2 #IsuAirSelangor : PEMIMPIN PAKATAN DOLAK DALIH, RAKYAT YANG JADI MANGSA!!


Isu Air di Selangor masih belum ada penyelesaiannya lagi dan baru-baru ini kerajaan Selangor berhasrat untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selepas mendakwa syarikat berkenaan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat, menarik juga bunyinya itu. Adakah dengan cara pengambilalihan ini kerajaan Selangor yakin dapat menyelesaikan masalah air di Selangor? Boleh percaya ker???

Seperti biasa alasan yang diberikan cukup mudah, Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap mendakwa SYABAS adalah punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang.

Katanya, ketidakmampuan SYABAS itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM 2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Khalid Gagap mendakwa lagi, laporan audit yang dilakukan oleh kerajaan negeri, SYABAS juga tidak melaksanakan perbelanjaan modal mereka dengan baik. Senangnya puak pakatan ni nak lari dari masalahkan.

Persoalannya, mampukah kerajaan Selangor memberi jaminan sekiranya mereka mengambil alih tugas-tugas SYABAS ini, rakyat di negeri Selangor akan dapat ‘lari’ daripada masalah bekalan air? Masalah air ini boleh dibuat main macam main dam haji ker? Rakyat perlukan air yang bersih untuk kegunaan harian. Barisan kepimpinan pakatan Haprak negeri Selangor boleh ker minum atau gunakan air yang kotor. Jawablaaaaaa...!!!
Apa yang GR katakan tentang Isu Air di Selangor ini adalah mengenai fakta, bukannya hentam keromo untuk mencari kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor. Tapi ini adalah hakikat yang sebenar. Jika mereka ini adalah sebuah parti yang tidak mempunyai cacat celanya, semuanya dalam keadaan baik manakan boleh ada masalah seperti ini betul tak? Sudahlah janji-janji  PRU 12 yang ditaburkan pada rakyat masih TIDAK DITUNAIKAN. Lagi mau cakap banyak ka??

Sebagai contoh, perkhidmatan kutipan sampah kerajaan Selangor sendiri tidak mampu untuk menguruskan kerja mengutip sampah dengan baik apabila khidmat itu diambilalih tahun lepas. Mereka siap belanjakan RM200 juta untuk membeli lori kompaktor, tetapi pengurusan mengutip sampah menjadi lebih teruk daripada dahulu. Macam mana tue? Takkan itu semua salan UMNO/BN?

Senang betul si Khalid Gagap ni cakap, isu air tidak meruncing di Selangor seperti yang disangkakan. Hakikat sebenarnya rakyat mula mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan yang sering TERPUTUS setiap kali mereka memerlukan keperluan air tersebut.

Lihat video di bawah :



Khalid Gagap nie boleh buat lawak lagi, beliau dakwa Selangor ada 7 buah empangan dan bekalan air tersebut cukup sangat dan sampai melimpah ruah. Kalau sampai melimpah kenapa rakyat mengeluh?? MB apa macam ni tahap pemikiran macam budak sekolah. Lepas tu si penasihat ekonomi Selangor tu pulak buat apa goyang kaki saja ka??

Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca sekalian, telah berlaku penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu dibeberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.

Keadaan itu berlaku kerana tekanan air rendah dan ada tempat tidak mendapat bekalan terutama di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat melibatkan seramai kira-kira 1 juta pengguna.

Kalau betul si Khalid Gagap dan puak pakatan Haprak pentingkan nasib rakyat, ingin membela rakyat seperti yang dilaung-laungkan dalam ceramah diaorang...selesaikan dulu masalah air di Selangor ni. Bukan ker korang pegang saham terbesar dalam SYABAS, takkan itu pun tak boleh buat keputusan untuk kebaikan rakyat.


GR kata: Khalid Gagap, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Pak Anuwar boleh ker mandi air masjid or air perigi??

KISAH BENAR AWEKS CALL GIRL BELAAN OSTAD PAS TERBONGKAR!?


NINA yang berasal dari negeri Kelantan tidak menyangka dia akan melalui kehidupan seperti ini. Selepas mendapat keputusan sekadar cukup makan dalam Sijil Pelajaran Malaysia, pilihan yang ada baginya ialah melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi swasta sahaja.

"Keluarga saya bukanlah mewah, tetapi jika setakat mahu menanggung pengajian satu-satunya anak mereka ini, mereka masih mampu," ujar Nina.

Nina diberi peluang melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta di Lembah Klang. Bagaimanapun, kebenaran itu bersyarat iaitu Nina mesti tinggal di rumah ibu saudaranya di Ampang, Selangor walaupun jarak kampus tempat Nina belajar ialah kira-kira 35 kilometer dari situ.

"Yelah, saya tidak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ini, mereka bimbang tentang keselamatan dan pergaulan saya jika dibenarkan duduk bersama kawan-kawan," kenang Nina yang pada masa itu baru berusia 19 tahun.

Selama setahun Nina memandu sendiri kereta untuk pergi kuliah. Disebabkan penat berulang-alik dari rumah ke kampus, Nina sekali lagi memujuk keluarga supaya membenarkannya tinggal di rumah sewa berhampiran universiti itu. Walaupun keluarganya agak keberatan untuk membenarkan Nina tinggal sendirian tanpa ada siapa yang mengawasi, mereka akhirnya akur dengan desakan Nina.

"Selain penat berulang-alik, saya sebenarnya mahu merasai keseronokan hidup tanpa kongkongan keluarga," akui Nina.
Tidak lama selepas tinggal di rumah sewa, dia mengenali Zack, lelaki yang menurut Nina telah mengubah 360 darjah kehidupannya.

"Sikapnya yang sangat mengambil berat dan penyayang itu membuatkan saya benar-benar jatuh cinta. Sepanjang menjalinkan hubungan dengan Zack, saya dilayan bak seorang puteri raja. Apa sahaja yang saya inginkan pasti dia akan penuhi. Dia mengaku sangat menyayangi dan tidak mahu kehilangan saya.
"Saya yang betul-betul naif mempercayai sahaja kata-katanya apatah lagi dialah lelaki dan cinta pertama saya," tutur gadis bertubuh sederhana dan berkulit putih ini.

Berubah
Nina dan Zack ibarat belangkas. Di mana ada Zack, di situ pasti ada Nina. Begitupun, hubungan mereka retak selepas Zack meragut perawan Nina tanpa rela.

Selepas peristiwa hitam itu, Nina berubah menjadi liar kononnya disebabkan tertekan dan berasa jijik dengan dirinya sendiri. Dia sudah pandai ponteng kuliah yang merupakan tujuan asal dia datang ke ibu kota. Dia juga mula pandai meneguk air kencing syaitan manakala kain tudung yang membaluti kepalanya selama ini hilang entah ke mana.

"Saya tidak tahu di mana Zack sekarang kerana saya bertindak memutuskan terus hubungan dengannya kerana saya tidak sanggup lagi melihat wajahnya yang pura-pura baik itu.

"Saya mula bercampur dengan rakan yang tidak tentu arah. Setiap hujung minggu kelibat kami pasti ada di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur," dedah Nina.

Hendak dijadikan cerita, di kelab malam juga Nina bertemu Ika, gadis yang tidak berpendidikan tinggi tetapi mampu hidup mewah. Apa yang menghairankan ialah tiada siapa pun tahu pekerjaan Ika.
Tanpa diduga, Nina dan Ika menjadi rapat sehinggalah Nina mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan tinggal bersama-sama Ika. Dari situlah Nina mengetahui pekerjaan sebenar Ina sebagai call girl iaitu gadis yang menawarkan perkhidmatan seks dengan hanya satu panggilan.

"Saya jadi gelap mata memikirkan habuan mencecah ribuan ringgit yang bakal diterima. Saya memasang angan-angan untuk menjadi seperti Ika yang duduk goyang kaki sahaja sambil menunggu panggilan daripada pelanggan di rumah tetapi mampu memakai barangan berjenama dan tinggal di kondominium mewah.

"Bermodalkan wajah yang cantik serta potongan badan menarik, saya jadikan itu sebagai umpan untuk memerangkap lelaki berhidung belang. Sejak itu, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang call girl," cerita Nina.

Menurut Nina, dia bergerak secara sendirian untuk mencari pelanggan. "Saya tidak menggunakan ejen sebagai orang tengah seperti call girl lain yang ada di Malaysia. Sesetengah call girl itu juga mewujudkan laman web tertentu yang membolehkan mereka dihubungi pelanggan. Sebaliknya, Ika banyak membantu memperkenalkan saya kepada rakan-rakan pelanggannya," tutur Nina.

Bergerak sendiri lebih mudah kerana habuan yang diperoleh tidak perlu diserahkan kepada ejen, fikir Nina. Tidak seperti pelacur jalanan yang menunggu di lorong gelap, menjadi call girl lebih mudah kerana Nina cuma perlu menunggu panggilan di rumah sebelum pergi mendapatkan pelanggan.

Insaf
Perbuatan terkutuk itu dilakukan Nina selama hampir setahun. "Keluarga tidak pernah tahu saya telah berhenti belajar apatah lagi menghidu kegiatan saya sebagai call girl," ujarnya yang menganggap kehidupan di kota lebih menyeronokkan.

Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah. Sewaktu pulang daripada berhibur di kelab malam, Nina yang memandu dalam keadaan mabuk ditimpa kecelakaan. Dia pengsan kerana kehilangan banyak darah.

"Saya beruntung kerana tidak cedera parah, hanya mengalami sedikit gegaran di kepala menyebabkan saya tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Keluarga juga tidak tahu saya terlibat dalam kemalangan itu.

"Sepanjang tidak sedarkan diri, saya bermimpi meminta ampun daripada ayah dan ibu atas semua perbuatan saya sebelum ini tetapi mereka langsung tidak mengendahkan saya. Akhirnya saya tersedar daripada mimpi dan mendapati saya berada di katil hospital," beritahu Nina.

Ibarat mati hidup semula, Nina, 26, bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk lebih menghargai hidup yang pernah disia-siakannya dahulu.

"Saya sangat kesal mengenangkan dosa yang saya lakukan semata-mata untuk hidup mewah. Kini saya tekad untuk berubah dan mahu menyambung kembali pengajian yang tertangguh dahulu selain membina hidup baharu," katanya dalam nada sedih. - sumber: Kosmo


GR kata: Carilah rezeki dari sumber yang halal, insyAllah berkat.

Thursday, July 26, 2012

VIDEO SEMPOI PM @NajibRazak BUAT ANWAR JELES GILER!!


Siapa kata Perdana Menteri yang kita sayangi ini tidak mesra rakyat? Tidak boleh menjiwai rakyat? Tak boleh bercampur gaul dengan rakyat? Siapa kata?? Itu semua tipu helah dan fitnah dari puak pakatan Haprak yang sentiasa memberi persepsi terhadap DS Najib Razak.

Apa pun korang tengoklah video sempoi kat bawah nie :




GR kata: PM lepak Bangi Kopitiam tu der...cayalah!!!

BERITA BAIK BUAT USAHAWAN BUMIPUTERA!


PUTRAJAYA 26 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peluang perniagaan berjumlah kira-kira RM13 bilion telah dijana untuk manfaat Bumiputera menerusi inisiatif yang dilancarkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Perdana Menteri berkata, inisiatif yang dilancarkan Teraju, yang ditubuhkan Februari lalu berpandukan pada hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera yang diumumkan kerajaan sebelum ini.Antara inisiatif yang menyumbang kepada jumlah itu ialah melalui dasar untuk memberi peluang secara “carve out" kepada syarikat-syarikat bumiputera yang terlibat dalam projek Transit Pantas Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn. Bhd.

"Sehingga ini, 47 peratus daripada jumlah pakej, ditawarkan kepada syarikat-syarikat bumiputera, iaitu melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-tiga Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di sini.

Najib berjata, mengikut unjuran ketika ini, jumlah keseluruhan pakej itu bernilai kira-kira RM9.3 bilion, yang menyaksikan jumlahnya melangkaui sasaran RM8.5 bilion.

Menurutnya, kerajaan berpuas hati dengan jumlah itu, bukan sahaja dari segi jumlah besar yang berjaya diagih, tetapi juga dari segi proses penentuan syarikat-syarikat berkenaan yang dibuat dengan cara yang begitu telus, berdasarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang terbaik dari kalangan syarikat bumiputera. - Utusan

Published with Blogger-droid v2.0.6

NAK BUKA POSER FREE TAK? NAK DUIT RAYA TAK?? @abd_rahman38



Kepada seluruh penduduk Parlimen Sabak Bernam diJEMPUT ke Majlis Berbuka Puasa Parlimen Sabak Bernam bersama Ahli Parlimen Sabak Bernam YB Datuk Abd Rahman Bakri pada 27 Julai 2012 (Jumaat) bermula jam 5.30 petang dan 3 Ogos 2012 (Jumaat) jam 5.30 petang. 

Majlis Berbuka Puasa diadakan di Pejabat Parlimen BNO dan Masjid Badlishah, Parit 6.

Pada 1 September 2012, Majlis Rumah Terbuka Parlimen Sabak Bernam dan DUN Sg Air Tawar diadakan di Dewan Seri Nakhoda BNO.


SEMUA HADIRIN PENDUDUK SABAK BERNAM DAN KAWASAN SEKITARNYA DIJEMPUT HADIR !!!

SIAPA KATA UMNO PARTI KOMUNIS?? @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA

Inilah fitnah FMT yang tidak berasas langung, bila dah tak ada modal apa lagi fitnah dan menipu menjadi makanan sebati dalam hidup mereka. Ada saja fitnah dan penipuan yang dibuat oleh mereka pada parti keramat UMNO/BN. Pada mereka apa yang dibuat oleh UMNO/BN semuanya tidak betul dan apa yang mereka buat semuanya betul belaka. FMT ni adik beradik dengan pakatan haprak memang camtue kan...

Terbaru fitnah dan penipuan dari FMT yang mengatakan UMNO mempunyai hubungan baik dengan komunis. Ini semua TIDAK BENAR. Jangan main hentam keromo kalau tak der bukti yang sah. GR terangkan sedikit sejarah UMNO, baca di bawah :
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

GR dapati dari blog Tukang Lawan pencacai pembangkang menunjukkan bukti gambar dari zaman Tun Abdul Razak yang menyatakan itu adalah UMNO ada hubungan dengan pihak komunis. BODOH juga diaorang ni kan...sejarah dari dahulu lagi Malaysia mempunyai hubungan baik dengan China dari segi rakan niaga dan juga diplomatik. Kalau tidak macam mana hasil negara boleh bertambah dari segi barangan Malaysia yang dieksport ke luar negara terutama sekali di China.



GR ingin nyatakan pada blog Tukang Lawan dan pencacai-pencacai Pakatan Haprak, janganlah jadi BODOH memberikan fakta yang TIDAK munasabah langsung. Macam mana pula dengan PKR dan PAS yang terang-terang bersekongkol dengan DAP yang semua rakyat Malaysia tahu punca tercetusnya peristiwa 13 MEI dahulu dari pihak mana??


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China telah wujud sejak dari zaman dahulu, bermula ketika Laksamana Cheng Ho melawat Melaka. Hubungan ini semakin berkembang dan dapat dilihat dengan jelas pada masa kini. Buktinya bukan sahaja pada lawatan pembesar serta pemerintah kedua-dua buah negara, tetapi juga dapat dilihat ketika pelanggan membeli barangan di negara China, iaitu apabila peniaga memujuk pembeli dari Malaysia dengan mengatakan bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik.

Malah ada peniaga yang cuba untuk bertutur dengan menggunakan bahasa Malaysia ketika berurusniaga dengan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara amat penting bukan sahaja demi keamanan negara, tetapi juga demi untuk memajukan perniagaan serta ekonomi negara masing-masing. So tidak ada sebab nak kata UMNO mempunyai hubungan dengan komunis. Fikir-fikirkanlah...


GR kata: Macam mana dengan Pak Anuwar yang selalu amik China Doll tu, bukan ada hubungan dengan komunis ka?? 

Wednesday, July 25, 2012

BANGANG PUNYA ANAK! BUNUH EMAK SEBAB TAK NAK PUASA!!


TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas. - myMetro


GR kata: Makin kurang ajar budak-budak zaman sekarang...Salah siapa??

BERITA BAIK BUAT KAKITANGAN KERAJAAN DI BULAN YANG MULIA! @NajibRazak


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama


GR kata: Terima kasih Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Sent from Samsung tablet

PANAS: NIK AZIZ BERTUKAR MENJADI DEWA 'LORD OF THE RING' KER??


Apa yang boleh kita kategorikan apabila melihat gambar di atas. Apakah Pok Nik sedang memberikan azimat pada budak kecil ini? Atau pun memberi pelindungan pada budak ini...Ianya menjadi 'misteri' dan tanda tanya apa yang sedang dibuat oleh Pok Nik terhadap budak ni. Apakah ini ajaran yang dibawa dalam Islam atau pun ini ajaran sesat dari Pok Nik sendiri. Tepuk dada tanya iman yer Pok ni....

Lihat gambar di bawah :


Cuba lihat gambar di atas, ada tak persamaan cara Kristian dengan apa yang dibuat oleh Pok Nik? Cara yang dibuat lebih kurang samakan....apa pun perbezaan kedua-kedua gambar di atas memberikan pelbagai maksud dan biarlah pembaca dan Ostad-Ostad PAS huraikan. Korang rasa apa yang tersurat dan tersirat disebalik gambar Pok Nik itu hak pemahaman masing-masing. Pok Nik jadi Tok Moh la pulak lepas ni kan...Hi hi hi

Kisah lanjut baca DI SINI


GR kata: Tok Moh kasi jampi serapah...Nang putinag Kui Puti KUi...Keh3

VIDEO HANGAT: KAHWIN MUDA UMUR 16, 14 TAHUN, BIAQ BETUL?



Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali. Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu. Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36. - mynewshub

Lihat video di bawah :




GR kata: Kahwin muda?? Ape pendapat korang?

Tuesday, July 24, 2012

PANAS: ASYIK KANTOI JER KETUA PEMUDA PAS NIE! @razlanrafii @Tantawi100


Apa kes dengan Ketua Pemuda PAS, si Nasrudin Hassan ni? Dalam debat "PRU 13 Orang Muda Pilih Siapa" itu pun masih nak menipu ker? Bukankah debat diadakan untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu isu yang dibincangkan. Tapi kenapa si @Tantawi100 ni boleh bagi fakta yang tak betul mengenai Hudud, sedangkan Karpal Singh tidak pernah pun menyokong jika PAS mahu laksanakan Hudud jika Pakatan Haprak menang PRU 13 nanti.

Pembaca baca kenyataan akhbar oleh Ketua Pemuda Seputeh, Sdr Razlan Rafii mengenai PEMBOHONGAN besar yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata ingin mendapat sokongan rakyat. Baca juga kenyataan Karpal Singh di bawah :
Perbahasan pada hari Khamis, bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa", telah dianjurkan oleh akhbar tabloid, Sinar Harian.

Petikan kata-kata Nasrudin dari perdebatan dibaca sebagai berikut: "Saya ingin bertanya kepada rakan saya Fathul Bari kini saya mengenai Karpal Singh ... dia (Fathul) berkata Karpal Singh berkata," ... mayat saya "apabila idea untuk melaksanakan hudud datang kira-kira 10 tahun yang lalu ... Walau bagaimanapun, seperti Fathul berkata, ia adalah 10 tahun yang lalu.

Kini, selepas konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini di Pulau Pinang, Karpal berkata selepas dia telah berkawan dengan Pas, isu hudud akan dibincangkan lagi. ini bermakna bahawa terdapat beberapa jenis persefahaman (antara Pas dan DAP) tentang undang-undang.. seterusnya

Karpal Singh pernah menyatakan jika PAS mahu laksanakan Hudud di Malaysia 'Langkah Mayat Saya Dahulu', bila Ust Fathul Bari memberikan kenyataan sahih ini Ketua Pemuda PAS terus membidas kononya UFB seorang yang tidak up to date dari segi fakta. Kenyataan Karpal Singh 10 tahun yang lepas tak boleh dikira pakai. Tapi lain pulak Karpal Singh cakap, mana satu yang betul ek? Adoiii...lawak la puak PAS ni..Haha haha haha

Lihat video di bawah :



Amacam Ketua Pemuda PAS? Dalam masa yang sama bukan menyampaikan dakwah tapi menyampaikan PENIPUAN demi penipuan kepada rakyat Malaysia. Itu baru betulkan. Pada pembaca yang budiman, fikir-fikirkanlah yer apa yang baik dan buruk tentang perjuangan PAS yang sebenar. Bukan Islam yang menjadi keutamaan mereka tapi kegilaan politik yang membuatkan mereka gila kuasa...


GR kata: Siapa lagi yang pertahankan Islam kalau bukan umat Islam itu sendiri. Renung-renungkan....

PANAS: ARTIS POPULAR BANGGA SAMBUT PUASA DALAM CLUB?

Gambar hiasan

Dan, kita ada gossip pertama untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini akibatnya kalau diri terlalu bangga dengan perbuatan konon urban & menjaja cerita sana sini.

Dunia hiburan Malaysia bukan besar mana, kalau diri sendiri membuka cerita kepada teman teman rapat, lambat laun akan sampai juga ke pengetahuan kami yang dahagakan gossip.

Khabarnya, malam Jumaat yang lalu ketika ramai bersedia untuk berpuasa esok hari’nya, aktress popular bertubuh genit ini tidak segan silu hadir ke sebuah kelab hiburan.

Hadir bersama teman lelaki yang sehingga kini masih di’nafikan kewujudan’nya, aktress popular ini seakan tidak peduli dengan mata yang memandang akan kehadiran mereka di’situ.

Hanya pulang sekitar jam 3.00 pagi, selebriti ini bukan sekadar ‘bersahur’ di kelab berkenaan tetapi bangga menjaja kisah beliau yang ‘menyambut’ Ramadhan di’sana.

Sumber kami yang mendengar sendiri cerita dari selebriti ini kata’nya naik meluat dengan perangai bangga diri tidak bertempat selebriti ini dan meminta kami menegur apa patut. Siapalah diri kami untuk menegur ‘kan?

Masing masing sudah memasuki umur yang mampu berfikir sendiri akan buruk baik sesuatu tindakan. Cuma, kalau belum terlambat ingin kami nasihatkan jangan sambut Aidilfitri di kelab, tidak manis. - RotiKaya


GR kata: Siapakah gerangan artis tersebut? Jeng jeng jeng....Macam artis baru nak 'up' jer?

Monday, July 23, 2012

#KrisisAirSelangor: SIAPA SEBENARNYA YANG BERKUASA??

Sepanjang tempoh beberapa minggu ini, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim memberikan bayangan bahawa masalah air di Selangor adalah disebabkan oleh SYABAS, catuan air disebabkan oleh SYABAS, pendek kata SYABAS salah, kerajaan Selangor tak salah. Boleh macam tu pulak yer?? Kalau pentadbiran negeri bermasalah nak salahkan siapa? Rakyat ker?? Senang betul jawapan pakatan Haprak ni kan....

Tapi hari ini cerita sudah tukar jadi lain, macam cerita wayang gambar pun ada gak....Kerajaan Selangor secara tiba-tiba jadi begitu berkuasa dalam masalah air ini, bukan SYABAS lagi dah. Terlalu berkuasa kerajaan Selangor itu sehingga ke tahap boleh mengarahkan SYABAS buat itu, jangan buat ini dan apa segala yang lain. Siapa yang menguruskan pentadbiran air sebenarnya nie??

GR difahamkan sekarang nie SYABAS dilarang keluar notis catuan air yang dah dikeluarkan sebelum ini, hanya kerajaan Selangor saja yang boleh. Kenapa boleh jadi macam tu? Pihak mana yang sebenarnya yang kawal tentang masalah air ni??

Soalan GR senang saja, mana perginya ‘kuasa’ kerajaan Selangor, dah hilang ker? Kalau dikira banyak statement Khalid Ibrahim sepanjang perkembangan beberapa minggu ini, kelihatannya kerajaan negeri macam ‘hopeless’, tidak terdaya berbuat apa sebab semuanya berkenaan air ini diuruskan oleh SYABAS.

Kita tengok apa dah jadi sekarang? Semua orang tahu bahawa Kerajaan Selangor memegang 30% saham dalam SYABAS, menjadikannya pemegang saham terbesar, tapi tak nampak macam pemegang saham terbesar pun, sehinggalah hari ini. Jadi pemegang saham yang hanya nak kaut UNTUNG ker??

GR ingin nyatakan di sini, sebelum ini Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, sebenarnya itu adalah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak ini yang gagal. Khalid kata SYABAS sabotaj, sebenarnya Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak yang sabotaj. Akhir sekali, bila Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, kerajaan Pakatan Haprak inilah sebenarnya yang gagal!! Sebabnya mudah, SYABAS adalah dimiliki antaranya oleh Kerajaan Selangor sendiri!!

Kesian GR lihat, begitu mudah puak-puak Pakatan Haprak ini diperdayakan. Mereka percaya bulat-bulat cakap Khalid Ibrahim yang kerajaan negeri tak salah, SYABAS yang salah. Tapi sekarang kita tahu kerajaan Selangor sebenarnya yang SALAH.

Hakikatnya, SYABAS hanya satu dari beberapa komponen berkaitan air di Selangor. Masih ada ABBAS, Puncak Niaga dan SPLASH, disamping SYABAS...setiap satunya ada fungsi masing-masing. Agak-agak orang Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak percaya terus ker dengan apa yang disampaikan oleh Khalid Ibrahim atau sebaliknya...

Agak-agak rakyat Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak tahu tak SYABAS takde kaitan dengan empangan penuh ke kering? Bidang kuasa SYABAS hanya pada air yang terawat, bukan air yang belum dirawat, dalam empangan tu air belum dirawat? Jadi si bodoh mana yang tunjuk gambar empangan penuh dan kemudian menyalahkan SYABAS kerana air dicatu? Macam mana tu Khalid Gagap, boleh tolong jawab tak??
Sekali lagi Khalid Ibrahim berjaya menipu seluruh rakyat Selangor, si bebal puak Pakatan Haprak pun ternganga ditipu hidup-hidup...BANGANG!!!

GR rasa cukup setakat ini GR ulas pasal krisis air di Selangor ni. Ada lagi kisah dan tindakan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor ini, akan GR ulas di artikel seterusnya. Cuma GR ingin tahu mana perginya 5 consultant yang dilantik oleh Kerajaan Selangor untuk membantu menguruskan air di Selangor? Mana perginya syarikat-syarikat ini?? Tak cukup ker dengan syarikat-syarikat di atas diberikan kerja tapi masih jadi masalah...yang jadi mangsa RAKYAT!! Fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Consultant yang bagi endorsement air Selangor sampai 2019 tu mana pergi, Dah lari ke? Takkan dah kaya hilang terus kot?? Teruk betul Pakatan Haprak ni sakau duit rakyat....

PANAS: GUAN ENG KENCING SAPA LAGI NIE??


Apa lagi yang tak kena dengan pentadbiran Ketua Menteri P.Pinang ni?? Bukankah apa yang dikatakan oleh semua pemimpin dan puak pakatan Haprak, pentadbiran mereka adalah yang terbaik di dunia. Semua janji-janji yang diberikan pada rakyat semuanya BERESSS. Betul ker?? Ada puak-puak tegar pakatan Haprak boleh sahkan perkara ni tak??

Terbaru, GR difahamkan janji-janji manis yang diberikan pada PRU-12 masih tidak DITUNAIKAN oleh pakatan Haprak pada rakyat Pulau Pinang. Golongan yang GR maksudkan ialah Ima-imam masjid di Pulau Pinang. Pada PRU-12 mereka ini diJANJIkan dengan elaun yang cukup menarik akan diberikan pada mereka. Tapi sehingga adakah mereka sudah menerima elaun tersebut atau tidak...kisah lanjut baca di bawah :

BUKIT MERTAJAM 21 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

‘‘Janji yang mereka buat hanyalah sekadar janji manis sahaja untuk meraih undi," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Permatang Rawa di sini hari ini.

Mengikut perkiraan, jika kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membayar kenaikan yang dijanjikan, mereka perlu melunaskan tunggakan berjumlah RM318,000.

Abu Osman berkata, para imam terbabit telah mengemukakan rayuan mereka kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, namun sehingga sekarang tidak mendapat jawapan.

Beliau mendesak pemimpin Islam terutama daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mentadbir negeri ini bersama DAP supaya tidak berdiam diri dalam menyelesaikan masalah itu.
- Utusan


GR kata: Janji Pakatan ni macam makan gula-gulakan..bila ada salah macam biasalah alasan depa. Macam ni ker pemerintahan yang baik untuk rakyat??

PERGHHH...AL-FADHIL IMAM ANWAR IBRAHIM BAGI PERUTUSAN RAMADHAN!


Siapa kata perutusan video hanya boleh dilakukan oleh YAB Perdana Menteri saja? Al-Fadhil Imam Anwar Ibrahim juga bolehla. Inilah dia seorang manusia yang perasan dirinya terbaik antara yang terbaik yang ada di Malaysia, sanggup buat apa saja untuk meraih undi rakyat. Bila kita amati betul-betul perutusan, apakah Anwar benar-benar faham teks yang dibaca? Nampak macam gugup pun adakan?? Tak percaya tengok video di bawah :



Boleh percaya ker video ini Imam Anwar Ibrahim? Bukankah Imam Anwar sendiri beritahu video adalah besi dan tidak boleh dipercayai sumber yang kita dapati. So video di atas ni macam mana pulak Pak Anwar??

GR kesian tengok Pak Anwar ni, sebab apa panggil Pak Anwar sebab beliau TAK LAYAK digelar Al-Fadhil Imam Anwar Ibrahim seperti yang diagung-agungkan oleh puak-puak pakatan Haprak. GR juga kesian tengok Pak Anwar sebab bila lihat muka beliau dalam video ni tak ada nur (cahaya) langsung terpancar diwajah dia...betul tak?? Kenapa yer?? Dosa-dosa lepas dah bertaubat ker? Atau pun TAUbuat??

Apa pun pada pembaca yang budiman, lihat video ni ok tapi jangan TERPEDAYA dengan 'wayang' Pak Anwar Ibrahim ni...yang sanggup buat apa saja untuk mencapai kepentingan peribadi beliau.

Lihat juga DI SINI


GR kata: Dah macam Mohon Besar Raja-raja pulak GR tengok....encem tuueee!! Haha haha....

EDISI ILMIAH: HAYATILAH PENGERTIAN DAN GANJARAN RAMADHAN


Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah S.W.T berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” - Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


GR kata: Selamat menjalani ibadah Puasa pada seluruh umat Islam...

Sunday, July 22, 2012

HANGAT: MALAYSIA ADA BANDAR SEKS? DI MANA TUE??


Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.


Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ. - Kosmo


GR kata: Pakatan Haprak maukan macam-macam ada di Selangor...inilah jadinye. Baguskan??

GEMPAR: VIDEO KONTROVERSI @fahmiapexs AKHIRNYA TERSEBAR?


Apa lagi yang tak kena dengan penjaga gol kebangsaan kita ni, dari masa ke semasa ada saja kontroversi melanda beliau. Rasa-rasa GR kisah yang dulu masih belum reda lagikan? Sekarang ni muncul pula kontroversi yang baru.

Pembaca ingin tahu lebih lanjut, lihat video di bawah :





GR kata: Jangan mare yer...Ini sambungan dari video part 1 sebelum ni. Hihi hihi

EDISI SENTAP: LAYAK KER NIK AZIZ DIGELAR ULAMA'!? MENGONG PUNYA PAS!


MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini? Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina, diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir? Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan, sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir, iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..Yang menentang Islam dijulang,dipuja.. Sami Buddha ke?

Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit, Tan Sri Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menobatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri.

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.


GR kata: Jangan terlampau taksub kelak merana diri...Fikir-fikirkanlah!

Artikel pelbagai