Friday, October 18, 2013

DARI SEBUAH DESA MEMBELA BANGSA, MEMPERKASAKAN AGAMA, MEMPERTAHANKAN NEGARA! @Zahid_Hamidi #zahidVP01 #pemilihanumno

Tinggal hanya 2 hari saja lagi, bangsa Melayu akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menjadi jentera kuat di belakang Presiden dan Timb Presiden UMNO. 

Perwakilan dari setiap lapisan jawatan serta akar umbi bakal menentukan siapa pemimpin yang mereka sayangi. Adakah perwakilan akan memilih pemimpin yang mereka inginkan berdasarkan cara mereka bekerja atau pun memilih pemimpin disebabkan 'garam' yang mereka berikan untuk mengundi mereka?

Kita semua harus tahu tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT pada pemimpin amat besar. Pemimpin haruslah bertanggungjawab dalam semua tugas yang diberikan dengan adil.

Para perwakilan semua haruslah memilih pemimpin yang dari kalangan mereka yang baik-baik. Pilihlah pemimpin yang berlatarbelakangkan Islamnya yang utuh dan kuat. Ini kerana setiap tindakannya berlunaskan panduan Al-Quran dan sunnah. Al-Quran sebagai jalan panduan kita dan sunnah Rasulullah S.A.W umpama kenderaan yang akan memandu ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

Memilih pemimpin bukan atas dasar suka-suka tapi kita harus fikirkan tentang masa depan agama,  bangsa dan negara kerana ianya terletak ditangan mereka. 

Gunakan akal dengan sebaik-baik pemikiran, gunakan mata dengan sebaik-baik penglihatan. Gunakan telinga dengan sebaik-baik pendengaran. Gunakan hati dan pilihlah pemimpin yang terbaik dikalangan yang baik-baik.

Undilah Calon Naib Presiden UMNO VP 01.


GR kata: Pilihan GR ZAS - Zahid, Ali, Shafie



Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, October 15, 2013

UMNO PERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI INI! @Zahid_Hamidi #zahidVP01 #pemilihanumno @NajibRazak

GR yakin korang bersetuju ketegasan DS Zahid Hamidi bukan bermaksud beliau emosi dalam tindakan yang dibuat setelah menyandang jawatan Menteri KDN. 

4 kurniaan Allah SWT berikan pada beliau :

i. KEBIJAKSANAAN - membuat keputusan.

ii. KETEPATAN - mengambil tindakan
sesuai dengan keadaan.

iii. KEBERANIAN - mengambil risiko demi tanggungjawab  disandang.

iv. KETENANGAN - menempuhi serangan hebat pakatan haprak.

Inilah ciri-ciri kepimpinan yang kita mahukan!!

Pemimpin yang lembik, penakut, malas, tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, serta hanya pandai menabur wang adalah parasit yang bakal memusnah parti UMNO.

Kepimpinan bukan dipusakai seperti juga iman tidak boleh diwarisi.

Hidup Melayu! HIDUP ISLAM! Hidup Malaysia!!!

GR secara peribadi sokong dan kagum dengan pemimpin seperti DS Zahid Hamidi, Ali Rustam, Shafei Apdal dan Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO kali ini.


GR kata: Salam Aidiladha..Pilihlah pemimpin yang baik dikalangan yang baik-baik.


Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, October 14, 2013

SALAM AIDILADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI BLOG GOSSIP RAKYAT


Assalammualaikum korang.... Ramai ke yang bercuti hari ni? Mesti la ramai kot eh? Kata esok raya. GR tak cuti sebab raya kat KL je.

Lagipun esok kan raya, so kita ambik feel feel raya je lah eh hari ni. Siapa yang bekerja tu selamat bekerja. Siapa yang cuti tu untunglaaaa.

Hayatilah pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim a.s terhadapnya dan juga pengorbanan Rasulullah S.A.W sehingga Islam tersebar seluruh dunia.

Pada jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji dan sekarang sedang Wukuf, GR doakan semoga semuanya dalam keadaan baik dan ibadat mendapat Haji yang Mabrur.

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikan solat kerana Tuhanmu (pada hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu) - Surah Al-Kauthar: ayat 1-2


GR kata: Salam AidilAdha korang semua


TAHNIAH @Rosnah_ARS, WANITA MUDA DITERIMA DALAM KEPIMPINAN WANITA! @ShahrizatJalil @NajibRazak #pemilihanumno #Rosnah4MT


Seorang pemimpin wanita muda yang harus dijadikan ikon wanita muda untuk berjaya dalam apa jua kerjaya yang mereka ceburi. Tahniah GR ucapakan pada Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin kerana berjaya dipilih dalam kepimpinan Wanita UMNO untuk bersama berjuang bersamanya Ketuanya Kak Jat.

Ini menunjukkan satu signal yang baik dalam kepimpinan UMNO bahawa suara orang muda telah diterima baik oleh semua pihak. Langkah dibawakan oleh DS Najib Razak adalah suatu pendekatan yang sangat baik.

GR yakin Datuk Rosnah seorang pemimpin yang bekerja bersungguh-sungguh dalam setiap tanggjawab yang diberikan padanya. Ketelusan kepimpinannya dalam Puteri akan diteruskan dalam Wanita seiring dengan Ketuanya bersama Naib-naib presiden yang bakal dilantik berjuang bersama TPM dan PM Najib.

Tahniah GR ucapkan sekali lagi...teruskan perjuanganmu demi agama, bangsa dan negara. Kenyataan ucapan terima kasih Datuk Rosnah baca DI SINI.



BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.

Pengerusi Tetap

1. Tan Sri Napsiah Omar (menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd (penyandang) : 116 undi

2. Datuk Mastika Junaidah Husin : 62 undi

Ketua Wanita

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang) : 172 undi

2. Datuk Maznah Mazlan : 8 undi

3. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi

Naib Ketua

1. Datuk Azizah Mohd Dun : 127 undi

2. Datuk Suraya Yaacob : 52 undi

Ahli Jawatankuasa Wanita (Exco) 1. Datuk Armani Mahiruddin (penyandang) : 162 undi

2. Datuk Norhayati Omar (penyandang) : 159 undi

3. Datuk Norhayati Onn (penyandang) : 154 undi

4. Datuk Rusnah Kassim (penyandang) : 151 undi

5. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : 150 undi

6. Norliza Abdul Rahim (penyandang) : 144 undi

7. Noraslina Zainal Abidin : 139 undi

8. Datuk Jamelah A Bakar (penyandang) : 133 undi

9. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (penyandang) : 129 undi

10. Datuk Rosni Zahari (penyandang) : 126 undi

11. Datuk Noriah Mahat (penyandang) : 123 undi

12. Datuk Maznah Abd Hamid (penyandang) : 111 undi

13. Datuk Marlia Abdul Latiff (penyandang) : 105 undi

14. Roslin Abdul Rahman (penyandang) : 99 undi

15. Toh Puan Zaitun Mat Amin : 97 undi

16. Dr Azizah Johor : 95 undi

17. Azihani Ali (penyandang) : 95 undi

18. Datuk Hasnah Salam (penyandang) : 92 undi

19. Ros Suryati Alang (penyandang) : 92 undi

20. Azizah Harun : 90 undi


Berikut keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.

Pengerusi Tetap

1. Tan Sri Napsiah Omar (menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd (penyandang) : 116 undi

2. Datuk Mastika Junaidah Husin : 62 undi

Ketua Wanita

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang) : 172 undi

2. Datuk Maznah Mazlan : 8 undi

3. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi

Naib Ketua

1. Datuk Azizah Mohd Dun : 127 undi

2. Datuk Suraya Yaacob : 52 undi

Ahli Jawatankuasa Wanita (Exco)

1. Datuk Armani Mahiruddin (penyandang) : 162 undi

2. Datuk Norhayati Omar (penyandang) : 159 undi

3. Datuk Norhayati Onn (penyandang) : 154 undi

4. Datuk Rusnah Kassim (penyandang) : 151 undi

5. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin : 150 undi

6. Norliza Abdul Rahim (penyandang) : 144 undi

7. Noraslina Zainal Abidin : 139 undi

8. Datuk Jamelah A Bakar (penyandang) : 133 undi

9. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (penyandang) : 129 undi

10. Datuk Rosni Zahari (penyandang) : 126 undi

11. Datuk Noriah Mahat (penyandang) : 123 undi

12. Datuk Maznah Abd Hamid (penyandang) : 111 undi

13. Datuk Marlia Abdul Latiff (penyandang) : 105 undi

14. Roslin Abdul Rahman (penyandang) : 99 undi

15. Toh Puan Zaitun Mat Amin : 97 undi

16. Dr Azizah Johor : 95 undi

17. Azihani Ali (penyandang) : 95 undi

18. Datuk Hasnah Salam (penyandang) : 92 undi

19. Ros Suryati Alang (penyandang) : 92 undi

20. Azizah Harun : 90 undi


GR kata: Perwakilan harus undi Datuk Rosnah untuk MT UMNO Malaysia.

ALHAMDULILLAH! KALIMAH ALLAH HANYA MILIK ISLAM! @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi

Pada 14 Okt 2013 jam 9am - 950am di Mahkamah Rayuan 5, Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya telah berlangsung pengumuman kes KDN lawan Roman Katolik berhubung penggunaan Kalimah Allah dlm akhbar Herald Catholic.

Hakim bg kes kalimah ALLAH :

1. Dato' Haji Mohd Zawawi
2. Dato' Abdul Aziz bin Abd Rahim
3. Dato' Seri Hj Mohamed Apandi bin Hj Ali

Kehadiran lebih kurang 500 org telah hadir bagi memberi sokongan. Antara yg dkenali hadir:

1. Ibrahim ali - Presiden Perkasa
2. Nasaruddin bin Abd Aziz
3. Tun Faizal

Keputusannya hakim sebulat suara  telah membuat keputusan membenarkan rayuan KDN. Sehubungan dgn itu pihak roman katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam akhbar terbitannya.


GR kata: Mana puak2 PAS totok nie?? Dah jadi kafir ke?


Sent from Samsung Galaxy Note

LUBUK KONGSI GELAP DI MELAKA MASIH BEROPERASI! @PDRMsia @imigresenmy MOHON LAKUKAN TINDAKAN SEGERA! @Zahid_Hamidi #opscantas


Geng kongsi gelap masih belum reda di negara kita. Mereka ini masih berada bersama dikalangan masyarakat sekarang ini. Adakah keadaan sekarang kongsi gelap ini boleh menjamin keselamatan rakyat di negara kita. Adakah penjenayah ini mereka faham akan maksud hak asasi manusia?

Hasil maklumat yang dikongsikan bersama GR, kawasan ini menunjukkan masih terdapat 'kubu' geng kongsi gelap ini di sekitar Melaka. Gambar di atas dan yang GR sertakan menunjukkan kelab-kelab yang menjadi port mereka berkumpul.

Dalam Ops Cantas yang dibuat oleh pihak PDRM mungkin terlepas pandang..dan gambar yang disertakan ini boleh jadi pertunjuk yang mungkin dapat membantu pihak POLIS.

Geng 04 atau asalnya 18, tempat asalnya ada di Melaka. Sebab di Melaka mempunyai sebanyak 16 kongsi atau tempat urusan mereka. Negeri lain cuma ada dua atau tiga aje. Di mana ada 3 kelab hiburan pelacur Vietnam yang dioperasikan oleh mereka. Dari kelab-kelab ini mereka dapat sumber kewangan untuk membiayai segala kegiatan haram meraka.

GR harap pihak Polis dapat putuskan segara sumber mereka, mungkin ini jalan yang terbaik untuk menjamin keselamatan rakyat. Sebab ahli kongsi gelap ini kalaulah ada wang mereka garang!



Maklumat GR terima pelacur Vietnam yang kerja di sana guna pas pelancong dan permit lanjut perlacongan setiap bulan adalah palsu. Mereka buat cop Imigresen palsu cop di rumah.

Mereka juga sudah ada Intel yang bantu mereka setiap kali operasi Polis terhadap kelab mereka.



GR kata: Cantas habis-habisan gangster2 taik kucing ni...menyusahkan orang jerk diaorang nie.

Sunday, October 13, 2013

#pemilihanumno: Tahniah Wanita, Pemuda Dan Puteri! Ada Juga Yang Masuk Angin Keluar Asap! @NajibRazak @ShahrizatJalil @Khairykj @amirbtr

Tahniah GR ucapkan pada Kak Jat, KJ dan Mas Ermy kerana berjaya dalam pemilihan UMNO peringkat sayap semalam. 

Wanita dan Pemuda masing-masing masih mahu mengekalkan Ketua mereka untuk diberikan mandat sepenggal lagi. 

Kak Jat yang sebelum ini kecoh dengan isu NFC nampaknya bukan jadi penghalang untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO. Ternyata isu yang ditimbulkan oleh Rafizi Lembu tak membuahkan hasil dan ternyata ianya FITNAH. Wanita masih memerlukan Kak Jat. Pada Kak Jat GR harap akan buat suatu transformasi yang baru utk Wanita UMNO demi berjuang PRU-14 nanti. Kena rajin turun padang dan jangan sombong...inilag yang perlu ada pada Wanita UMNO tak kira pemimpin atau ahlinya.

Sokongan Pemuda pada KJ semakin mantap. Hampir kesemua bahagian perwakilan Pemuda memberikan sokongan penuh pada beliau. Ini adalah kerana sentuhan yang dibuat oleh KJ sepenggal yang lepas begitu menyentuh hati golongan muda. Pemimpin seperti beliaulah yang ramai orang muda inginkan. Program-program yang dianjurkan sebelum ini khususnya apa yang diinginkan oleh orang muda. Pada calon-calon KP yang tewas, MASUK ANGIN KELUAR ASAP laaa korang semua. Ingat nak jadi pemimpin senang ke...main masuk bertanding untuk ubah apa yang ada.

Puteri pula tahniah sekali lagi kerana pucuk pimpinan yang baru. In sha Allah inilah kesinambungan kepemimpinan yang dibawa oleh Datuk Rosnah Shirlin sebelum ini akan disambung oleh Mas Ermy dan Zahida. GR juga yakin Puteri kali ini akan lebih bersemangat untuk sama-sama berjuang dalam parti keramat ini. Suara wanita muda perlu didengar oleh semua lapisan masyarakat.

Tak lupa juga pada kawan-kawan GR ucapkan tahniah pada mereka kerana berjaya dalam pemilihan semalam. Pemuda dan Puteri UMNO Bdr Tun Razak, Seputeh serta Putrajaya dan Bagan Datok tahniah pada korang semua. Barisan kepimpinan baru bawalah visi dan misi yang terbaik untuk penggal baru ini.

Pikullah tanggungjawab yang diberikan dengan penuh ikhlas demi membantu dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Yang kalah jangan sibuk nak SABOTAJ parti. Be gentlemen sikit...jangan gila kuasa sangat!!


Sent from Samsung Galaxy Note

Artikel pelbagai