Friday, December 6, 2013

KEADAAN TERKINI BANJIR DI PANTAI TIMUR DAN SELATAN NEGARA! #pray4mangsabanjir


Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.
       
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
       
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.  

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.
        
Di KELANTAN, menurut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang.
      
Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok. 

Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang.   

Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang.
       
Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut namun di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.34 meter (bahaya 9 meter).      

Tiada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada pagi ini cerah.
       
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga.
       
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.
       
Katanya sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
       
Pusat pemindahan yang beroperasi masih kekal seperti malam tadi, kesemuanya 82 buah iaitu di Kemaman (31), Dungun (29), Hulu Terengganu (13), Marang dan Setiu, masing-masing (4).
  
Di MELAKA, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada.
      
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mejar Jafri Mohamed berkata, mereka masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga ditambah dengan keadaan cuaca mendung pagi ini.    

Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini.


Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan menurun kepada 1,825 orang pagi ini berbanding 2,852 orang malam tadi.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN), 472 mangsa banjir yang dipindahkan di Batu Pahat, Kluang (155), Kota Tinggi (218), Mersing (194); Pontian (353), Segamat (425) dan Ledang (lapan).

Menurutnya mangsa di Kluang yang terdiri daripada 38 keluarga dan ditempatkan di dua pusat pemindahan yang terputus hubungan dengan dunia luar, telah dihantar bantuan keperluan dan bekalan makanan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di dalam laman webnya melaporkan tiada hujan turun di Johor sejak tengah malam tadi.

Bagaimanapun paras Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dan di Bukit Kepong, Muar masing-masing masih di tahap bahaya iaitu pada 9.49 meter dan 3.62 meter.

Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat serta Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat masing-masing berada pada paras berjaga-jaga iaitu 19.86 meter, 3.11 meter dan 5.75 meter. - Bernama


GR kata: Hulurkan bantuan, ketepikan ideologi politik. Paling penting ikhlas!

Wednesday, December 4, 2013

TAHNIAH PEMUDA...MACAM NIE LAH BARU BETUL!! @Khairykj @NajibRazak @Zahid_Hamidi #PAU2013


Macam nie lah baru betul berpolitik, bukan macam setengah pemimpin yang sibuk sangat berpolitik cakap sikit punya lantang. Niat mereka baik memang baik memperjuangkan agama, bangsa dan negara tapi dalam masa sama adakah mereka fikir dengan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Bencana banjir yang menimpa rakyat di kawasan yang kena musibah GR amat simpati. GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pemimpin yang prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir. Bantuan yang diberikan amatlah dihargai dan terima kasih tak terhingga.

Walaupun sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO, nasib rakyat yang ditimpa musibah lebih diutamakan. Tahniah sekali lagi....

Beberapa perwakilan Pemuda Umno terpaksa meninggalkan Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih awal susulan bencana banjir di kawasan masing-masing.

Antaranya Ketua Pemuda Umno Besut Azizul Jasmi Mohamad yang menerima khidmat pesanan ringkas daripada isterinya memaklumkan kediaman mereka di Jertih ditenggelami air.

"Saya mungkin terpaksa pulang secepat mungkin dan tidak dapat menunggu sampai habis persidangan kali ini," katanya.

Bencana banjir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, dan Johor sejak beberapa hari lepas dilapor semakin buruk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan.

Ketua Pemuda Umno Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat pula memberitahu Bernama beberapa perwakilan dari bahagiannya telah pulang ke kawasan masing-masing bagi membantu mangsa banjir.

"Mereka dukacita tidak dapat bersama lebih lama namun reda dengan perkara ini. Mereka meminta kita teruskan semangat perjuangan ini hingga selesai persidangan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq AlFirdaous berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas secepat mungkin.

"Saya turut menerima banyak aduan berkenaan kecemasan ini dan ketika ini ada rakan-rakan exco dan ketua-ketua Pemuda bahagian yang terlibat dengan perhimpunan telah pulang ke kawasan masing-masing.

"Mereka turut sama-sama membantu dan memberikan bantuan yang terdaya bersama-sama rakyat," katanya. - BERNAMA



GR kata: Doakan semoga mangsa banjir dan kawasan sekitarnya semuanya selamat.

PERWAKILAN UMNO MULA BERKAMPUNG DI PWTC, ADA JUGA YANG CARI MASALAH!! #PAU2013


Semalam bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC. Bermulanya penuhnya bangunan keramat ini dengan perwakilan-perwakilan UMNO yang membawa satu misi baru demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam semangat baru yang kuat dalam diri perwakilan yang hadir adakah boleh membawa suara akar umbi demi membela rakyat.

Bermula hari ini juga, bertempat di PWTC akan berhimpunlah ribuan perwakilan, pemerhati, termasuklah juga ahli-ahli akar umbi memeriahkan upacara tahunan parti keramat ini. Akan berkumandang ucapan menerusi perbahasan dalam dewan oleh perwakilan yang terpilih.

Beberapa hari lepas seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan keputusan kerajaan BN yang dilihat mencari penyakit kerana ganggu poket rakyat!

Apakah perwakilan akan membahaskan isu ini dengan tujuan menegur pucuk pimpinanan...? Adakah suara mereka ini didengar oleh pucuk pimpinan parti keramat ini? Sampai bilakah nasib rakyat akan terus terbela jika Kerajaan UMNO/BN masih dengan menyibukkan diri mereka saja.

Kupasan selanjutnya korang boleh baca KLIK DI SINI


UMNO TEGAS MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DAN MEMBELA BANGSA MELAYU @MuhyiddinYassin #PAU2013


Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa UMNO, sebagai parti payung kaum Melayu dan Bumiputera yang kini berusia lebih enam dekad, akan terus membela nasib mereka serta berjuang mempertahankan Islam tanpa mengetepikan hak dan kepentingan kaum lain.

Timbalan Perdana Menteri sekali gus menekankan bahawa Umno tidak akan sekali-kali berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam akidah umat Islam di negara ini, ketika wujud cubaan tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara ini.

"Kerana itu Umno sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, " katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Selasa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, secara sinis turut menempelak golongan yang sering menuduh kononnya kerajaan tidak mengamalkan prinsip kesamarataan dalam soal agama yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

Ini termasuk tindakan Coalition of Malaysian NGOs (Comango) yang melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas dalam laporan yang dikemukakan untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

"Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain," kata Muhyiddin.

Beliau berkata desakan seumpama itu adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara ini.

"Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak," tegasnya.

Justeru, beliau menyarankan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kerana percaya benteng akidah Islam akan lebih kukuh jika umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna.

Dalam melaksanakan perkara itu, beliau mencadangkan kerajaan pusat dan majlis-majlis agama Islam negeri berbincang untuk menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu agama dengan sempurna.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk terlibat menjayakan inisiatif itu dalam usaha memberi pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, sekali gus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan akidah.

Mengenai agenda memperkasa kaum Melayu dan Bumiputera, Muhyiddin menegaskan tugas besar itu akan terus didokong Umno selagi parti itu mendapat sokongan rakyat sebagai bukti komitmen parti untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.

"Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan Umno mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka Umno bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan," katanya.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa berkat perjuangan Umno selama ini, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya ditingkatkan dan ini boleh dilihat melalui penurunan kadar kemiskinan Bumiputera daripada 64.8 peratus pada 1970 kepada 2.2 peratus pada 2012.

Katanya, insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9 peratus pada 1970 kepada 0.3 peratus tahun lepas. Dalam tempoh sama, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, manakala pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4 peratus kepada 23.5 peratus. - BERNAMA


GR kata: Buat kerja harus ikhlas harus semata-mata kerana Allah S.W.T

Tuesday, December 3, 2013

SOP POLIS TANGKAP PENJENAYAH YANG AHLI POLITIK INGINKAN! @limlipeng @PDRMsia


Lihat perbualan Twitter di atas antara pemimpin DAP dengan IGP dan pihak Polis. Cubaan untuk mengelirukan pemikiran rakyat tentang SOP kerja Polis dalam menangkap jenayah. Usahlah kita terpedaya dengan tipu daya pemimpin yang TAK ADA OTAK NIE!!

Pemimpin CINABENG nie sibuk nak tau kerja Polis...di sini GR nyatakan khas buat pemimpin yang BONGOK pemikiran mereka. Baca di bawah:

'SOP' Yang Disediakan Ahli Politik Untuk Polis Dalam Menangkap Penjenayah – Versi 3D

Menangkap penjenayah hendak dilakukan dengan sopan santun, serta mengekalkan budi-bahasa kita sebagai anggota Polis, sekali-gus sebagai rakyat Malaysia.

1. Sebelum memasuki mana-mana premis bagi melakukan tangkapan. Hendaklah didahului dengan Assalamualaikum (bagi penjenayah berbangsa Islam) dan ucapan Selamat Pagi, Petang atau Malam bagi menangkap penjenayah-penjenayah bukan Islam.

2. Selepas bagi salam, hendaklah diikuti dengan menjual beberapa rangkap pantun (sesuai dengan cadangan IGP kita itu), sebagai kata-kata aluan. Gunakan pantun 4 kerat, kalau boleh digalakkan pakai pantun 6 kerat, atau sekurang-kurangnya pantun dua kerat kerana kalau tak berpantun takut kita yang kena kerat.

3. Dilarang menembak walau dalam apa keadaan sekali pun, untuk mengelakkan sebarang kematian, kerana nyawa penjenayah-penjenayah itu memang amat berharga bagi sesetengah ahli politik kita.

4. Sekiranya penjenayah melepaskan tembakan, kita hanya dibenarkan mengelak peluru tersebut macam aksi Wong Fei Hong, atau pun menangkap peluru itu, sama seperti yang dilakukan Sivaji The Bos dalam aksi filem-filem Tamil.

5. Sekiranya keadaan mendesak, kita hanya dibenarkan ‘mengfire’ penjenayah-penjeyaha tersebut, itu pun pada kadar voltan yg rendah …. (ala2 lampu ultaman yang dah lip lap lip lap tue), untuk mengelakkan kematian dipihak penjenayah.

6. Sekiranya mampu, kita juga digalakkan menggunakan pukau terhadap penjenayah (ala-ala amalan gang Tuhan Harun itu), dengan harapan penjenayah akan menyerahkan senjatapi mereka selepas pukau dilakukan.

7. Sesuai dengan nasihat salah seorang ahli politik yang berstatus Presiden Parti di negara kita ini … kita juga dinasihatkan supaya belajar silat, tak kiralah silat apa sekalipun, termasuk silat pulut.

8. Arahan seperti ini harus dipatuhi, kerana menurut sesetengah ahli-ahli politik di negara kita ini, penjenayah tersebut belum tentu bersalah …Walaupun mereka mempunyai senjat api mungkin saja senjat api itu sengaja digunakan oleh penjenayah sebagai accessories tambahan saja.

9. Lagi satu, arahan supaya tidak menembak penjenayah ini juga perlu dipatuhi, kerana dikhuatiri kalau penjenayah ini saudara mara ahli-ahli politik tersebut, atau pun ada kabel dengan mereka.

10. Akhir sekali, kejayaan sesuatu operasi itu bergantung kuat pada sejauh mana kita dapat mematuhi SOP ini, dan eloklah SOP ini kita namakan ‘Silat Orang Polis’ kerana keunikannya.


Desyummmm!!!! “Berkhidmat Untuk Ahli-Ahli Politik”


GR kata: Amacam pemimpin yang tak ada otak tu...SOP nie bagus untuk pengetahuan korang kan? Penjenayah pun jadi BESAR KEPALA la kan!!

Sunday, December 1, 2013

MP DAP YANG PALING BODOH DALAM DUNIA POLITIK DI MALAYSIA! @PDRMsia @KBAB51 @limlipeng @Zahid_Hamidi


Tahap pemikiran apekah jika kita mempunyai pemimpin sebegini rupa. Akal fikiran yang dianugerahkan pada mereka tidak digunakan sebaik mungkin. Apakah mereka ini nak tunjuk HERO pada rakyat? Merekalah pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat.

Setiap perkara yang sulit sudah tentulah tidak perlu dihebohkan kepada khalayak umum. Jika soalan yang sama GR tujukan pada MP Segambut ini tentang pergerakan sebenar (sulit) gerak kerja DAP, adakah beliau berani untuk kongsikan pada umum?

Nampaknya masih ada yang cuba untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat di atas kejayaan Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh pihak Polis. Kita lihat peratusan jenayah berat nampak kesan penurunannya. Tahniah GR ucapkan pada pihak Polis.

Gerak kerja SULIT pihak Polis seharusnya kita berikan sokongan kerana ketangkasan mereka menyelesaikan beberapa kes jenayah berat. Ternyata Polis di Malaysia lebih hebat ketangkasan cara mereka bekerja dengan Polis di negara-negara lain.

Apa yang GR ingin tunjukkan di sini, KEBODOHAN pemimpin DAP yang cuba untuk memutarbelitkan fakta. Tahniah IGP kerana berjaya memberikan jawapan yang bernas sampai terdiam pemimpin yang bodoh nie. Tengok di bawah:


Tahniah pada pihak Polis berjaya dalam memberikan maklumat yang terbaik pada rakyat melalui media sosial mereka. Inilah contoh yang terbaik yang harus diikuti oleh semua pihak dalam menyalurkan maklumat yang berkesan pada rakyat.

Pada yang masih bodoh buta kayu tue, sibuk nak 'BELA' nasib penjenayah korang gunakan otak dulu. Kalau semuanya nak cerita kat umum, hebatlah penjenayah kat luar sana. Tokan besar dadah pun tau jual dadah curi-curikan...itu bukan rahsia ka YB???


GR kata: Pemimpin DAP memang semuanya bangang tahap cipan!!

Artikel pelbagai