Thursday, November 20, 2014

KADAR JENAYAH MENURUN? KDN MULA GOYANG KAKI? @KDNPUTRAJAYA @imigresenmy @Zahid_Hamidi

Mengambil kira atas faktor keselamatan semua pihak terutamanya warganegara Malaysia, sudah pasti ingin mengajukan beberapa soalan kepada pihak berkuasa tempatan yang mana mungkin sedikit sebanyak dapat melegakan hati beberapa pihak.

Ianya melibatkan kebanjiran warga asing yang semakin ramai di negara kita. Walaupun beberapa statistik telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa adakah ianya boleh membuatkan rakyat berasa lega?

Perkara ini sememangnya adalah tanggungjawab semua pihak dalam menyalurkan setiap maklumat yang diperolehi. Beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya rakyat...kenapa KDN masih berdiam diri? Takkan semua isu Pak Menteri yang harus menjawabnya??

1. Jika pesalah warga asing melakukan jenayah, hukuman penjara dikenakan. Kemudian adakah mereka akan dilepaskan daripada penjara dan masih boleh mendiami di negara ini atau mereka akan dihantar ke negara asal?

2. Jika pesalah warga asing melakukan jenayah, adakah mereka ini akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini?

3. Adakah undang-undang khas yang diperuntukan untuk membekukan segala transaksi bank penjenayah asing di dalam negara ini?

4. Bagi pesalah warga asing yang memasuki negara ini secara halal (visa pelawat / kerja) tetapi menjadi GRO / memberi khidmat seks, adakah mereka ini akan dihantar pulang ke negara asal dan disenaraihitam daripada memasuki negara ini atau dibebaskan selepas mengambil keterangan?

Realiti yang kita terpaksa terima hari ini adalah kes jenayah sukar dibendung apabila kegiatannya berlaku di luar kawasan pemantauan dan juga boleh berlaku sekiranya masyarakat tidak mengambil perhatian kecenderungan perkara² sebegini.

GR mohon jawapan daripada KDN dan jawapan tersebut akan disiarkan di dalam blog ini untuk perkongsian maklumat bersama. 

Pada pegawai PRO KDN dan bahagian bertanggungjawab tolong jangan goyang kaki saja dan kecut telor yer. Takkan isu kecik Menteri or Timb Menteri yang kena jawab!!


GR kata: Pegawai kerajaan nie kadangnya tunjuk pandai jer lebih!! Kih kih kih...


Sent from Samsung Mobile

Artikel pelbagai