Monday, December 7, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG #UMNO2015 ESOK, APA SEBENARNYA YANG KITA INGINKAN??


Esok bermulanya Perhimpunan Agong UMNO 2015..ada yang mengatakan ini adalah perhimpunan yang terakhir untuk semua orang-orang UMNO. Maksudnya sebagai parti yang memerintah Kerajaan pada masa ini. Adakah ianya benar atau khayalan semata-mata?

Melihat senario politik negara sekarang, memang amat memeningkan kepala kita. Sehingga ada yang berkata, adakah parti politik negara kita ini sibuk dengan agenda mereka saja...baik yang memerintah mahupun sebagai pembangkang. Apakah agenda yang mereka bawakan hanyalah untuk menyedapkan telinga kita sebagai rakyat untuk terus memberikan sokongan pada mereka atau pun terus berasa benci kepada diri kita yang sebagai pemimpin.

Adakah pemimpin-pemimpin di atas sana memikirkan atau terdetik sedikit dalam diri mereka apa sebenarnya yang rakyat mahukan..!!

Melihat senario sekarang juga, nampaknya ada pihak lain yang tak perlu nak 'KERJA KERAS' untuk memenangi hati rakyat. Mereka hanya perlu 'TAMBAH GARAM' sedikit dan cuit mana yang perlu saja...sebabnya mungkin ada pihak lain yang lebih gemar atau pengalaman untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Tagline yang biasa kita dengar..."BERJUANG UNTUK RAKYAT", "BERJUANG DEMI RAKYAT", "NASIB RAKYAT AKAN TERUS DIBELA".... adakah ini hanya keluar dimulut saja atau perjuangan yang ikhlas. Jika mereka ini faham maksud ikhlas...mereka lebih tahu caranya bagaimana bukan..??

Untuk pemimpin semua, masyarakat sekarang tak mahu cakap banyak dah. Mereka hanya mahukan kehidupan yang terjamin untuk mereka. Pemimpin atasan pula, sudah-sudahlah berebutkan jawatan itu ini semua...kesimpulannya apa yang anda cakap hanya untuk sedapkan hati saja.

Pada penasihat-penasihat pemimpin pula, buatlah kerja dengan amanah. Jangan hentam kromo saja...bagi report tu bagilah keadaan yang sebenar, JANGANLAH ASYIK YES SIR SAJE!! Nak sedapkan pungkok boss hangpa jer. Pemimpin pula ambillah kisah dari semua sumber!!

Harap perhimpunan kali ini ader hasilnya dibawa untuk perubahan...selesaikan apa yang patut tak perlu ditambah garam lagi. Tak manis Melayu sama Melayu bermasam muka sama sendiri...yang untungnya siapa..???


GR kata: UMNO...semua nak tunjuk hero jer!!

Wednesday, December 2, 2015

Orang #UMNO Kata, Tunggulah Nanti PRU14...??


SEMASA bertemu santai dengan beberapa orang UMNO di peringkat cawan-gan dan bahagian di sebuah negeri beberapa hari lalu, penulis tersentak seketika. Kata mereka, sebilangan cawangan dan bahagian memandang serius dan peka dengan apa yang menyelubungi UMNO waktu ini. Cuma, masing-masing tidak mahu cakap apa yang terbuku di hati. Positif atau negatif. Hanya ayat ini yang keluar: “Kita tunggu pilihan raya umumlah.”

Penulis tidak mahu menghakimi hati mereka. Tetapi kalau ada terlintas unsur atau perasaan tidak senang hati, pucuk pimpinan parti jangan pula tidak ambil berat. Mesti prihatin dan sensitif dengan keadaan di sekeliling. Sejarah UMNO membuktikan protes yang ditunjukkan andai ada dalam kalangan anggota parti, apalagi Barisan Nasional (BN) sendiri, UMNO tidak boleh pandang mudah dengan impaknya.

Imbas kembali bagaimana insiden Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipecat pada sekitar 80-an dalam siri peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad masa itu. Pada 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi Parlimen Johor Bahru dan kemudian mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen berkenaan. Shahrir menang.

Renungi pula bagaimana Ku Li bergandingan dengan Pas menerusi Parti Melayu Semangat 46 (S46) setelah UMNO diharamkan yang kemudian dihidupkan balik dengan UMNO (Baharu). Akibat ‘tindakan’ Shahrir dan Ku Li itu, UMNO terlepas Kelantan pada 1990 yang kini sudah 25 tahun hilang daripada genggaman.

Pada 1998, apabila Dr. Mahathir tidak sebulu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah timbalannya itu terbabit dalam ‘gelagat hidup yang aneh’, UMNO dan BN secara berperingkat-peringkat terlepas sokongan pengundi Cina pada 2008, meskipun 2004 mencatat keputusan pilihan raya paling popular buat BN.

Kesan tidak puas hati dalam parti, mengambil masa lama untuk sembuh. UMNO mesti belajar daripada pengalaman lepas supaya menjadi panduan untuk gerak kerjanya yang kompetitif. Ahli UMNO sekarang berjumlah 3.4 juta orang. Kata orang UMNO, parti keramat ini Insya-Allah boleh mengekalkan mandat rakyat pada 2018 nanti.

Namun, penulis tidaklah menafikan rumusan ini tetapi paling utama parti mesti bekerja keras dari sekarang. Keahlian 3.4 juta semata-mata tidak cukup untuk berdepan 14 juta pengundi berdaftar. Ini terutama sekali dengan pengundi atas pagar. Ahli parti perlu berkorban apa sahaja. Biar berdentum di hati haba perjuangannya.

Realitinya, sentimen masyarakat ketika ini bersandarkan tiga faktor iaitu berkisar ke mana wang rakyat dibelanjakan, persepsi umum terhadap kadar rasuah yang tinggi dan kos sara hidup.

Persepsi rasuah berkubang ini perlu diperbetulkan manakala dengan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dikenakan dalam keadaan gaji pula tidak naik, maka sudah tentu kehidupan yang dijalani memeritkan. Demikian juga pembiayaan perubatan seperti harga ubat yang semakin mahal dan caj hospital swasta yang tinggi, mewujudkan rasa tidak puas hati yang berbekam. Hal ini juga perlu diambil perhatian oleh perwakilan-perwakilan yang akan memenuhkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 hingga 12 Disember nanti.

Perlihatkanlah rasa rendah diri, penampilan sederhana berteraskan amalan wasatiyyah. Hayati, selami dan hargai denyutan hati rakyat.

Orang UMNO mesti akur bahawa era ini milik orang muda. Dalam era digital, siber atau langit terbuka tanpa sempadan, pendekatan gerak kerja parti yang diambil perlu dinamik. Senario politik kini berbeza, bukan macam tahun 80-an dan 90-an. Rakyat ingin melihat tadbir urus yang baik, ketelusan dan integriti.

Mereka melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tiang seri negara. Kalau salah satu tumbang, sengetlah rumah kita. Mereka, orang muda yang balik setelah tamat pengajian dari seberang laut, antara golongan yang menjadi faktor penentu kemenangan. Mereka balik ke kampung masing-masing bercerita mengenai masa depan yang diimpikan, seterusnya mempengaruhi orang tua dan masyarakat sekeliling untuk menempatkan calon parti mana atas kertas undi.

UMNO yang membawa panji-panji BN tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada politik pembangunan. Boleh, tapi ini bukan lagi formula mujarab. Memang diakui politik pembangunan yang dibawa BN sejak sekian lama telah terbukti penghasilannya. Sebagai contoh di Telang Usan, Sarawak sejak 10 tahun lalu pelbagai perancangan pembangunan telah, sedang dan terus dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di Long Lama, jalan raya yang baharu dan dinaik taraf serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti pembangunan elektrik dan air.

Cuma boleh dibuat ‘post mortem’ politik pembangunan ini. Se-perti mana kita semua maklum dan bukan rahsia lagi, baharu sahaja diumumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil atau mana-mana pilihan umum, namun masih tidak menjamin sokongan daripada kaum Cina.

Perlu dipertingkat dan ditambah nilai strategi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar. Perlu difahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak lagi bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan. Ya, memang rumah, pendidikan dan perubatan diperlukan dalam bandar dan luar bandar, tetapi semua peruntukan ini perlu diiringi dengan gerak kerja tersusun dan penjelasan yang baik.

Golongan muda diyakini bukanlah antikerajaan berdasarkan respon yang diterima dalam akaun Facebook Perdana Menteri dengan ratusan ribu peminat dan akaun Twitter #tanyaNajib, yang antara akaun paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah ke-rana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.

Oleh itu, selagi UMNO mengekalkan status-quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presiden UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri. Proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan ahli parti menjadi satu kekuatan untuk UMNO yang perlu diambil kira.

Kurangkan menguar-uarkan elemen ‘anda termakan budi’ apabila berdepan dengan rakyat. Isu rakyat perlu ditampilkan untuk diteliti dan diselesaikan.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Monday, September 21, 2015

1000 CINA KOYAK PASSPORT DIBAWA PULANG KE #MALAYSIA? @Zahid_Hamidi LEMBUT TENGKUK PADA DAP? #BOC


Isu BOC Koyak Pasport sekumpulan rakyat Cina yang mahukan kembali kerakyatan Malaysia dipanaskan kembali.

Isu ini BASI! Benda yang basi jika dipanaskan kembali akan menjadi bertambah busuk, apatah lagi dengan niat untuk membusukkan persepsi terhadap seseorang.

Ini kerja golongan yang mahukan publisiti murahan yang sudah habis modal maka cerita basi terpaksalah dikitar semula dengan ditambah garam kononya ianya menjadi lebih 'Sedap'.

Isu ini telah pun dijawab oleh Menteri Dalam Negeri pada tahun lepas, boleh baca KLIK DI SINI.

Tuduhan kononnya Zahid Hamidi memberikan kerakyataan kepada 500-1000 orang pemegang pasport British Overseas Citizen (BOC) adalah tidak benar.

Persoalannya kenapa penyokong kerajaan sendiri yang terus mempercayai psywar yang dimainkan oleh pembangkang. Bukankah kita semua tahu mereka ini semua KAKI PUTAR ALAM. Dah boss mereka perangai 2x5...takkan kita pun boleh ikut sama...yer tak??

Di sini GR rungkaikan kembali analisis terhadap tuduhan yang dilemparkan pada DS Zahid Hamidi seperti di bawah:

ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)


1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.

2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?

3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.

4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.

5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.

6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.

7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.

8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

9.  Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

10.  Pandangan GR, keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.

11.  GR yakin dan percaya, kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.


GR kata: Menteri Dalam Negeri orangnya tegas...bukan jenis lembut tengkuk naaaa!!

Friday, September 4, 2015

TERHANGAT DI PASARAN! MODEL TERKINI MESIN #VAPOR UNTUK ANDA SEMUA! #malaysia


Pasti korang semua tercari-cari apakah model terkini rokok elektronik (vapor) yang hangat di pasaran sekarang ini..

Bukannya apa, vapor sekarang telah pun kembali ke zaman era kegemilangannya seperti beberapa tahun yang sudah. Yang mesti minat golongan muda sekarang adalah mereka akan mencari dan mengumpul mesin-mesin vapor yang baru untuk koleksi mereka.

Malah ada dikalangan mereka yang membuat komuniti untuk golongan vapor ini. Syabas GR ucapakan kerana vapor dan perisa-perisanya telah menaikkan sumber pendapatan masyarakat khususnya bangsa Melayu.

Jom GR kongsikan model-model terkini untuk tatapan korang semua:

Model seperti gambar di atas ialah:

Dovpo Guardian 1.5 : RM330
→ Free 2pcs Battery LG
→ Temperature Control

Please Like Facebook Rokok Elektronik & E-Liquid
Booth di Kampung Baru,KL
(Dalam Gerai Makan Di Belakang Quill City Mall,Jalan Sultan Ismail)
12pm-1am
012-2403220
013-6444913 Postage Available






▶ Sigelei 75w Temperature Control
+ Kayfun Monster : RM380
+ Goliath : RM410
+ Goblin mini : RM400
+ Lemo 2 : RM410
→ Free Battery LG
→ Free Skin

Korang nak tengok lagi stock-stock baru pergi page FB nie yer... KLIK DI SINI


GR kata: Mesin power..asap banyak. Layan woooo!!

Thursday, August 27, 2015

#RinggitMalaysiaJatuh SIAPA YANG SALAH ATAU KITA YANG TAK FAHAM?? #Bersih4


Yang bodoh terus diperbodohkan oleh pembodoh sebab tak tau fakta atau tak tau di dunia ini ada lagi negara lain selain Malaysia yang juga mengalami susut nilai matawangnya...

Yang budak2 tu tak la pelik sangat sebab mereka tak tau sejarah tapi yang tua bangka dah senja yang hidup cuma menongkat langit bukan tak tau sejarah tapi jadi penghasut dengan fakta2 sampah.....

Tetapi bagi yang berpijak di bumi nyata berfikiran waras dan bernas seperti ini....

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan dan parti yang memerintah sekarang. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'..Pandai kan depa nie..otak tahap George Soros. Hi hi hi

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah sayaperlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit:

• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupee India (10%)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18%)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20%?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Dulu :

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3% hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12%. Itulah yang berlaku pada masa itu. Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi di masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Kepada yang menjadi pakar ekonomi segera tu..adakah mereka ini selalu membeli barang buatan US dan negara2 Europe? Bukankah barangan negara kita sendiri lebih baik dan teruskan membeli kerana ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara kita sendiri.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini mewar-warkan perkara yang belum pasti...Hakikatnya masyarakat sekarang lebih percayakan KEYBOARD WARRIOR dari mencari sendiri fakta yang sebenar.


GR kata: Taikun-taikun Cina duk pening kepala sekarang nie...padan la muka hangpa!!


Wednesday, August 26, 2015

HISAP VAPOR HARAM ATAU MENGUNTUNGKAN..?? #VaporMalaysia

 


Akhir-akhir ini timbul kembali rokok elektronik (vapor) dikalangan rakyat Malaysia. Ada yang mengatakan rokok elektronik ini baik dari pelbagai sudut dan ada juga yang kata sebaliknya...faham-faham jelah.

Kebaikan yang GR lihat rokok elektronik ini dapat menjana pendapat sampingan dikalangan masyarakat khususnya bangsa Melayu. Alhamdulillah bangsa Melayu telah pun monopoli perniagaan ini yang pada dahulunya telah 'DIHARAMKAN' sementara oleh pihak Kerajaan. Hi hi hi...

Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak. Sekarang Majlis Agama Islam telah mengeluarkan fatwa vapor ini adalah haram (klik di sini)...Korang fikirlah sendiri yer....


Seperti diketahui ramai, vaporiser  tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu  tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.

Apapun,  perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah:


Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula  diharamkan penjualannya.

Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan,  terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling  menjadi  secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.

Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, rasanya pihak berkuasa lebih mahir dalam bab penyeludupan. GR percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama....betul tak??

Janganlah disebabkan tak boleh kutip cukai semua benda dijatuhkan 'HARAM'....jangan asyik dengar cakap orang luar...tak salahkan tengok bangsa Melayu jadi kaya dalam perniagaan ini asalkan mereka cari rezeki halal tak tidak langgar undang-undang.


GR kata: Jual flavor vapor sampai buka kedai di Europe...hebat anak Melayu. Caiyok caiyokkkk!!

Wednesday, July 29, 2015

Sejarah Politik @Zahid_Hamidi! #DSZH

YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1986.

Beliau menjadi ahli parlimen setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada 1995 dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996.

Setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh selama tiga penggal berturut-turut, Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan menteri perlancongan pada 2004 dan selepas itu rezeki beliau dilantik menteri di JPM.

Beliau mengekalkan kedudukan di Bagan Datoh selepas Piliharaya Umum ke-12 pada 2008.

Ahmad Zahid seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 2009.

Selepas Piliharaya Umum ke-13 pada 2013, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.


GR kata: Sape sangka anak jawa jadi orang no.2 dlm negara. Bangga jadi anak jawa...

Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 28, 2015

AGENDA #1MDB SEMAKIN MENGARUT! CUBA KAITKAN @imigresenmy PULA! @KDNPUTRAJAYA @NajibRazak @Suara_generasi


Di manakah penghujungnya cerita kemelut 1MDB ini? Semakin hari timbul pelbagai cerita yang ada kala masuk akal...ada kalanya merepek. Siapa yang perlu dipersalahkan? Siapakah yang berana dipihak yang benar? Ingat....rakyat sentiasa melihat, mendengar dan menilai...jangan sampai 'DIHUKUM' suatu hari nanti baru nak sedar.

Apa yang GR lihat mengenai isu ini, pihak Kerajaan harus selesainya dengan secepat mungkin. Perlu tegas dalam menyelesaikan perkara ini agar ianya tidak menjadi semakin parah dan terus bernanah diminda masyarakat.

Perlu ada pendirian yang tegas dan tetap jangan asyik dengar cakap penasihat...mereka hanya mahukan keuntungan diri sendiri bukan ada fikir pasal rakyat pun.

Ketika dan saat ini ada pihak yang hanya menjadi kesempatan untuk meraih 'KEMENANGAN' mereka disebabkan tingkah laku kita yang mana masih EGO dengan sikap diri kita sendiri. Ini termasuk dengan poster kenyataan Ketua Pengarah Imigresen seperti di atas.

Kepada pihak yang cuba untuk meraih simpati...GR ingin bertanyakan kepada Sarawak Post, di manakah anda terima kenyataan KP JIM ini? Perlukah untuk popular dengan memberikan maklumat kepada masyarakat dengan MEMFITNAH. Perlukah menjadi seperti Malaysiakini dan sebagainya untuk popular. Lu orang fikir sendirilah yer.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Nampaknya teknologi grafik sekali lagi digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy apabila dikatakan tidak pun pergi ke luar negara untuk urusan. 
Grafik dihasilkan seperti seolah-olah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang mengatakan tiada rekod Arul Kanda keluar dari Malaysia. Kejadian dikatakan berlaku dari 23 Mei hingga semalam.
Pihak Imigresen sudah pun menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. 
Gambar kenyataan fitnah ini disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial untuk mewujudkan persepsi bahawa Arul Kanda menipu dan sebenarnya memang enggan menghadiri inkuiri Jawatan Kuasa Kira-KiraWANG Negara (PAC) pada semalam.
Beliau telah dipanggil oleh PAC bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibraim untuk menjawab beberapa pertanyaan dan kontroversi berkaitan syarikat itu.
Bagaimanapun, mereka telah memohon agar pertemuan awal itu ditangguhkan berikutan ada tugasan di luar negara.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada mulanya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan beliau mengarahkan Arul Kanda dan Shahrol tidak menghadiri inkuiri itu.
Bagi pihak kedua-duanya, mereka sudah bersetuju untuk menghadiri inkuiri itu dan berdepan dengan anggota PAC dan menjawab segala persoalan berkaitan syarikat 1MDB itu.

Kepada mereka-mereka yang berkenaan...Kenapa terus terperangkap dengan tekanan... Kenapa kita tidak mahu mencari jalan penyelesaian...?

Kepada pemimpin jangan terlalu EGO! Jangan terlalu Taksub! Cuba lenturkan sedikit keegoan dengan mendengar rintihan rakyat... Kita faham jasa dan sumbangan BN kepada rakyat, namun, isu yang timbul ketika ini perlu diselesaikan segera dengan jiwa dan hati yang besar!


Maksud ayat Al-Quran, surah Al-Hujurat ayat 10 maksudnya:

"Sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T supaya kamu beroleh rahmat."


GR kata: Dah kawen, hal gaduh laki bini simpan elok2 lah yer. Yang sweet2 pelik2 tu simpan lah yer. Nie semua nak up kt media sosial ape citer beb..?? Korang tak pi 'Kursus Kawen' ka..??

Saturday, May 23, 2015

Di manakah Sikap Kita Sebagai Pejuang Untuk Agama, Bangsa dan Negara? #1MDB #UMNO


Sebenarnya apa yg berlaku ini adalah lebih kepada isu yg berkait rapat tentang tahap kerahsiaan sesama sendiri dan integriri pada attitude seseorg. GR lg risau, apa yg kita bincang di printscreen kan, itu yang paling risau sebenarnya.

Samalah dengan apa yang berlaku pada video ini. Ada org dalam UMNO yang tidak bertanggungjawab telah sharekan benda ini untuk pengetahuan umum melalui media sosial, group whatsapp dan juga telegram.

Apa yang GR lihat sebaran lebih dibuat melalui group yg membolehkan tersebarnya video dirakam oleh si perakam tersebut.

Mesyuarat MT pun bocor..mesyuarat kerajaan pun bocor..PMO pun bocor..siap embargo apa bagai..pun bocor..tgh hari ni nak bentang bajet..semalam dah bocor..ini mmg dah jadi budaya sebenarnya..tiada lagi kerahsiaan baik dalam parti baik dalam institusi kerajaan..baik dalam institusi berkanun..baik dalam intitusi keselamatan..baik dalam institusi pendidikan..dan semuanya boleh bocor..

Kuasa Allah tidak mampu di atasi oleh kuasa manusia..

Siapa kita yang hanya mampu merancang dan mengawasinya..sebaik2 perancang dan sebaik2 pengawasan hanyalah milikNYA.

GR jelaskan di sini..apa yg berlaku ni salah tetap salah..kerana melanggar etika dan adab dlm dewan kursus. Tetapi..si perakam ini menyebarkan video ke mana? Dan adakah si perakam ini sendiri yg mengupload video rakaman beliau di Youtube??

Adakah si perakam membayar si empunya akaun channel youtube utk mengupload dan mensensasikannya???

Atau ada dikalangan ahli group atau sahabat2 si perakam yg berbuat sedemikian??? atau handphone si perakam hilang???

GR ingin bagi gambaran untuk mengajak sahabat2 berfikir wajib kita pertahankan kerana platform ini berlaku ketika dan di program KERIS2314 yg mana program ini di bawah seliaan DS Zahid Hamidi.

Sedangkan DS Zahid Hamidi sentiasa berpesan..jangan jadikan KERIS2314 sebagai gelanggang untuk bertikam lidah..sebagai gelanggang melagakan2..kerana paksinya KERIS2314 ini sangat murni tujuannya.

Adalah untuk menyatukan dan memberi semangat dan membina kekuatan ahli UMNO untuk bersama2 menaikkan semula juang bekerjasama dalam merealisasikan kemenangan 2/3 BN pada PRU ke 14.

Tidak sama sekali untuk bertujuan melagakan pemimpin UMNO. Jauh sekali untuk kekuatan peribadi dalam PARTI.

Apa yang diucapkan dalam video tersebut telah pun berlalu dan tak perlu menjadi tambah garam untuk jadi sedap.

Yang penting selesaikan isu yang menjadi tanda tanya rakyat...Yang penting duit tu pergi mana?? Jawapan dari Board of Directorlah yang penting...jangan sibuk makan gaji buta dan lari dari masalah. 

Pihak kerajaan kena tegas...pemimpin jangan pula mudah percaya cakap punahsihat2 nie. Orang ramai datang program angkat sepanduk tinggi2, bukannya tanda sokongan..itu semua HIPOKRIT!!

Fikir-fikirkan lah.....

Jika Melayu itu bijak, mereka akan bersatu.

"Orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka dan setelah berdamai perpaduan itu diharapkan dapat berkekalan. Inilah satu2nya senjata yg boleh menguatkan kedudukan org Islam & org Melayu".


GR kata: Orang yg kata dia buat program terbaik tak der bocor, poyo jer. Hasil kerja macam tu jugak! Habuk pun tak der...


Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 7, 2015

RAMAI PENYOKONG POLITIK JENIS PENGECUT! #PRKPermatangPauh

Sehingga sekarang proses pengundian PRK Permatang Pauh sedang berjalan. Paling sedihnya ada pihak yang cuba menghalang pengundi2 supaya takut untuk tunaikan tanggungjawab mereka.

Mereka cuba timbulkan provokasi di beberapa pusat mengundi, paling best kawasan yang bukan PDM juga mereka buat kacau.

Lihatlah gambar2 GR kongsikan, usah takut tunaikan tanggungjawab...keluarlah. Mereka yang menghalang ni PENAKUT sebab ade parti yang boikot depa.

Hangpa pikiaq sendiri naaa....


GR kata: Permatang Pauh makin ganas..!!

Sent from Samsung Mobile

Monday, April 27, 2015

Usah Mimpi, Wan Azizah MASIH KEBAL Di Permatang Pauh! #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

Khas buat orang Permatang Pauh yang kisah apa pun!!

Dia wanita yang sering tersenyum
Membawa kipas dengan bertudung

Dia wanita yang cantik dan bijak,
Setia kepada suami hingga hujung hayat.

Dia wanita yang taat,
Mengikut arahan tanpa menjawab.

Dia sanggup memikul beban yang dilepaskan,
kerana suami menerima hukuman sabit kesalahan.

Tidak ramai wanita seperti Azizah,
Sanggup bertahan dengan ujian dan gigih mengejar kekuasaan

Demi kasih kepada suami yang dua kali dipenjara meliwat,
Azizah sanggup buat apa sahaja.

Azizah tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa,
Lebih-lebih lagi pengundi yang kesian belas kepadanya.

Jika Azizah dibebankan lagi menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,
Khuatir Azizah akan semakin menderita dalam senyuman.

Jika Azizah diberi kemenangan,
kedut di wajahnya akan semakin terserlah,

Jika Azizah sudah gagal di Kajang ,
undi rakyat Permatang Pauh akan menambah kezaliman.

Kegagalan Azizah tidak lain kerana paksaan suami untuk menggantikannya...

Kegagalan Azizah adalah derita untuk kita semua sehingga bertemu lain pilihanraya.

Jangan biar Azizah terus derita,
Biarkan dia berehat dari paksaan memikul jawatan berat di hujung usia.

Jangan menzalimi Azizah jika anda kasihkannya,
Jangan pilih Azizah kerana dia akan terus menjadi mangsa.

Suhaimi Sabudin adalah harapan baru rakyat untuk selamatkan Azizah...

Suhaimi Sabudin akan membela rakyat dan melindungi nasib mereka.

Jangan teragak-agak kerana Suhaimi bukan budak biasa tetapi baik dan tinggi pengajiannya.

Permatang Pauh akan melakar sejarah membuat perubahan, Menjadikan Barisan Nasional sebagai pilihan....


GR kata: Orang UMNO usah berangan lebih, terus full throttle buat kerja.

Sent from Samsung Mobile

Wednesday, April 8, 2015

#POTA215 CEGAH KETAKSUBAN EKSTREMIS MILITAN IS! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Adakah pernah kita berfikir di waktu enak dibuat mimpi disamping bantal dan selimut yang empuk, masih ada di luar yang bertungkus lumus berjuang untuk kesejahteraan, keselamatan rakyat dan negara?

Pernah tak kita fikir sejenak pemimpin-pemimpin kita sanggup bersengkang mata untuk memberikan yang terbaik kepada kita semua? Tetapi ada segelintir masyarakat yang masih berfikiran kolot, mengatakan pemimpin itu ini hanya pandai bersandiwara. Siapa sebenarnya yang bersandiwara...rasanya jawapan ada pada anda semua.

Tahniah GR ucapkan kepada pihak Kerajaan kerana berjaya mewujudkan Akta POTA demi untuk menangani gejala IS yang semakin berleluasa di negara kita. Apa yang GR lihat sewaktu perbahasan, pihak pembangkang sengaja melengahkan waktu kononnya mereka berjuang untuk rakyat.

Adakah pihak pembangkang tahu, bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh akta ini diwujudkan...kenapa perlu ada semua takut? Setiap perkara yang tidak baik berlaku dan tidak mahu ianya terus berlaku haruslah dicegah dengan segera agar ketaksuban idealogi ekstrem IS ini tidak berleluasa.

Bukankah semua tahu, Akta POTA ini tidak terpakai pada mana-mana ahli politik. Kenapa perlu takut? Betul tak? Apa pun tahniah sekali lagi kepada KDN dan Menterinya kerana berjaya berjuang yang terbaik demi rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA.

Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. - BERNAMA

GR kata: Pemimpin tak tidur malam pun ada yang kata malas..cam ner tu?? 

Monday, March 2, 2015

#SamsungGalaxyS6: Rekaan Premium Berkaca, Kamera Focus Tracking Dan TouchWiz Terkini



Setelah berbulan-bulan mendengar spekulasi tentang Samsung Galaxy S6, akhirnya peranti ini dilancarkan secara rasmi di MWC 2015. Dengan Galaxy S6 Samsung melakukan rombakan semula ke atas rekaan keluarga Galaxy S dan juga pada antaramuka TouchWiz. Pada awal pembangunan, S6 diberikan nama jolokan Project Zero. Samsung bermula dari awal. Mengenal pasti kelemahan peranti mereka dan memperbaiki fungsi-fungsi yang membuatkan mereka menjadi pengeluar peranti terbesar di dunia.

Dengan S6 Samsung menegahkan tiga ciri utama iaitu rekaan, kuasa memproses dan kemampuan kamera. Kita mulakan dengan rekaan. Rekaan S6 unik berbanding rekaan peranti Samsung sebelum ini kerana mempunyai panel belakang dan hadapan yang diperbuat daripada kaca. Bahagian sisi pula dihasilkan dari aluminium bergred industri penerbangan. Sebelum ini kami ada memuji rekaan Galaxy A5 yang kami sangkakan sudah cukup premium tetapi dengan S6 mereka menunjukkan mereka mampu menghasilkan peranti yang lebih cantik. Terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas.

Keseluruhan permukaan kaca adalah sangat selesa dipegang manakala sisi tepi yang bulat pula tida menyakitkan telapak tangan seperti pada Galaxy Alpha. Dari segi rekabentuk ini mengingatkan kami kepada estetik peranti Sony Xperia Z3.  Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa dan slot kad SIM. Pada sebelah kiri terdapat butang suara. Pada bahagian atas terdapat pemancar infra merah dan akhir sekali pembesar suara, slot mini USB dan jack fon kepala diletakkan pada bahagian bawah.


Tidak seperti beberapa ura-ura yang didengari S6 tidak mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan ataupun kemampuan kalis air. Apa yang disertakan ialah sokongan pengecasan tanpa wayar terbina.

Skrin SAMOLED yang digunakan mengekalkan saiz  5.1″ seperti yang ada pada S5 tetapi kali ini ia mempunyai resolusi QHD. Kepadatan pixel juga meningkat kepada 577 pixel setiap inci berbanding 432 pixel setiap inci sebelum ini,

Pemproses Exynos lapan teras terkini digunakan dengan empat teras pada kelajuan 2.1 GHz dan empat lagi teras pada kelajuan 1.5 GHz. Kami difahamkan kesemua S6 di dunia akan menggunakan pemproses 64 Bit ini. Tiada variasi peranti akan menggunakan pemproses dari keluarga Snapdragon. RAM sebesar 3 Gigabyte LPDDDR4 dan pilihan muatan dalaman 32, 64 dan 128 Gigabyte. Tiada sokongan kad MikroSD kali ini tetapi Samsung bekerjasama dengan Microsoft untuk memberikan storan awanan One Drive 100 Gigabyte secara percuma selama 2 tahun.

Kamera  utama masih lagi 16 Megapixel tetapi kali ini dilengkapi lensa F 1.9. Kamera hadapan dipertingkat ke 5 Megapixel lensa lebar F 1.9. Kamera utama kini mampu melakukan focus tracking secara aktif. Objek yang diambil akan sentiasa difokus dengan betul ketika kamera digunakan. Kemampuan video 4K masih lagi disokong.

Touchwiz Dikemaskini

Galaxy-S6-3Apakah perubahan yang dilakukan pada antaramuka? Sekilas pandang tiada perbezaan boleh dilihat. Rekaan ikon dan elemen antaramuka masih kelihatan serupa. Tetapi perbezaan hanya boleh disedari apabila memasuki aplikasi tertentu. Sebagai contoh apabila membuka aplikasi telefon terdapat animasi seperti yang dilihat pada Android Lollipop stock. Animasi yang sama juga dilihat apabila membuka talam aplikasi, talam notifikasi dan skrin tetapan. Sepanjang tempoh penggunaan kami sedari animasi berjalan dengan cukup lancar sekali dan masalah sela masa yang sangat sinonim dengan TouchWiz tidak lagi kelihatan. Samsung menepati janji mereka untuk memperbaiki TouchWiz yang memang cukup bermasalah.

Terdapat juga fungsi kustomasi tema yang lebih mantap kali ini. Pada A5 kami ada merungut hanya dibenarkan memilih empat tema sahaja. Pada S6 kini terdapat pilihan memuat turun tema baru dari theme store.

Kamera Dengan Focus Tracking

Kamera kini boleh dilancarkan secara automatik dengan menekan butang home sebanyak dua kali. Bercakap tentang kamera, S6 mempunyai kamera 16 Megapixel (F 1.9) dengan kemampuan focus tracking. I boleh mengesan objek yang ingin diambil dan kemudian melakukan pemfokusan aktif pada subjek sepanjang masa. Fungsi kamera lain yang diperlihatkan ialah Virtual Shot yang membolehkan anda mengambil gambar 360 darjah sesebuah objek secara berpusing. Selepas gambar diambil ia boleh diputarkan ke depan dan ke belakang dengan memiringkan peranti. Fungsi Selective Shot, Panorama, gerak perlahan dan Pro turut disertakan. Dengan fungsi Pro anda boleh mengawal parameter kamera secara manual. Beberapa fungsi tambaSebelum ini anda harus mengkatifkan HDR terlebih dahulu sebelum gambar diambil. Disini ada beberapa penambah baikan dan beberapa pengurangan dilakukan Samsung.

Kesimpulan

Galaxy S6 M2330028

Samsung Galaxy S6 ialah sebuah peranti yang bukan sahaja kelihatan cantik tetapi pada waktu yang sama mempunyai bahan binaan yang berkualiti tinggi. Dua konsep ini adalah sangat asing bagi sebuah peranti Samsung sebelum ini. Sisi logamnya yang bulat memastikan peranti turut selesa digenggam di dalam tangan. Perubahan paling menarik bagi kami ialah TouchWiz yang dikurangkan jumlah aplikasi terpasang. Memang terasa perbezaan kepantasan S6 berbading A5 dan Note Edge yang baru sahaja kami ulas. Kemampuan kamera melakukan focus tracking adalah mengujakan kerana setahu kami S6 ialah peranti pertama yang mempunyai fungsi ini.

Pada masa yang sama kami yakin ada yang akan merungut perbezaan pada rupa TouchWiz tidak ketara. Jangan risau kerana kali ini fungsi mengubah tema memberikan pilihan yang lebih besar. Anda kini boleh memuat turun tema baru dari themes store.

Sungguhpun begitu ketiadaan pembesar suara yang terletak pada bahagian hadapan adalah sedikit mengecewakan. Pasaran sekarang semakin dipenuhi peranti dengan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Mengapa Samsung tidak mengikut langkah HTC, Motorola dan Sony tidak kami ketahui. Ketiadaan sokongan kalis air adalah dijangkakan kerana ianya bukan fungsi yang dimahukan majoriti pengguna. Kami rasakan benda yang paling akan mendapat reaksi negatif dari pengguna Samsung ialah tiada lagi slot kad mikroSD dan bateri yang tidak lagi boleh ditanggalkan. Ini adalah antara perkara yang membuatkan ramai memilih peranti Galaxy sejak beberapa tahun yang lalu.

Di akhir hari perubahan rekaan, bahan binaan dan TouchWiz yang diketengahkan pada Galaxy S6 pastinya mengujakan peminat peranti Samsung. Kepada yang mula membenci jenama ini kami yakin pembaharuan yang dilakukan mungkin boleh mengubah persepsi buruk anda terhadap Samsung. Buat masa ini apa yang kami boleh katakan S6 ialah peranti yang cukup mengujakan. Nantikan ulasan penuh kami apabila ianya memasuki pasaran Malaysia kelak.

PRO dan Kelebihan

  • Rekaan premium. Gabungan kaca dan aluminium yang cantik. Cukup selesa dipegang.
  • Spesifikasi tinggi dengan modul RAM yang pantas.
  • Antaramuka TouchWiz baru lebih ringan dan lancar. Jumlah aplikasi terpasang dikurangkan dengan drastik.
  • Kamera dengan kemampuan focus tracking dan OIS yang diperbaiki dari Note 4.
  • Lebih banyak pilihan tema.

Kontra dan Kekurangan

  • Permukaan peranti lebih mudah kotor dan berminyak kerasan keseluruahnnya diperbuat daripada kaca.
  • Tiada lagi sokongan kad mikroSD dan bateri yang boleh ditanggalkan
  • Pembesar suara menghala ke bawah.

Sumber: amanz


APA @n_izzah MAHUKAN SEBENARNYA? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Sejak Anwar Ibrahim telah dipenjarakan atas 'kesalahan' beliau sendiri, setiap kali itu lah anak beranak mereka membuat pelbagai spekulasi BODOH untuk membebaskan bapa kesayangan mereka. Adakah mereka lakukan perkara ini ikhlas atau ada agenda tersembunyi yang kantoi ditengah jalan tak tau nak buat ape sebenarnya...

Selama beberapa tahun kes ini ditangguhkan akhirnya ketentuan Allah S.W.T sememangnya tidak boleh kita tolak. Siapa diri kita nak menolak kekuasaan Allah S.W.T ye idak? Seharusnya seluruh ahli keluarga Anwar Ibrahim muhasabah diri mereka kerana mungkin ada hikmah yang Allah S.W.T mahu kita sedar.

Dalam perkara ini, apa Nurul Izzah kan mahukan sebenarnya? Nak lepaskan bapanya, tapi timbulkan isu-isu yang BODOH dan tak masuk akal. Siapa bapanya yang mahu diberikan layanan istimewa? Kalau macam tu seronok la kan, semua orang nak buat salah dan suka untuk 'duduk' di dalam penjara.

Adakah Nurul Izzah baca buku undang-undang dulu atau main hentam keromo..sebab itu memang kerja diaorang...cakap dulu, apa jadi tak kisah kan!!

Kenyataan DS Zahid Hamidi jelas, semua pihak tau rasanya ker ada yang sengaja buat-buat tak tau 'suka attack Zahid kan'...Kih kih kih

“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik. Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan,” kata Zahid Hamidi.

Untuk pengetahuan semua, tindakan DS Zahid Hamidi memang tepat. Dari sudut undang-undang seharusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Anwar disabit kesalahan masuk mahkamah berpuluh kali atas kuasa KDN ker?

Memang betul, Jabatan Penjara di bawah KDN tapi ia hanya melaksanakan hukuman penjara kepada pesalah yang disabit kesalahan mengikut undang-undang. Ada ker orang kena jatuh hukum atas sebab suka hati?? Ada otak pikir la labuuuu...!!

Rujuk peguam negara dulu yer...wahai janda puaka meroyan. Awak tu muda lagi, laku lagi kot nak dapat laki baru, jangan buat diri tu jadi nenek kebayan nanti dah tak laku macam mana yer?? He he he....


GR kata: Susah kalau orang yang konon bijak pandai dalam undang-undang nie. Makan udang tau pulak dia sedap kan!!

Tuesday, February 3, 2015

SALAH KER BILA PAK MENTERI BERBICARA? @IsmailSabri60 @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @Khairykj @PDRMsia


Adakah benar bila mana orang kata Pak Menteri seharusnya bijak berbicara? Ada juga yang kata Menteri seharusnya pandai untuk 'tackle' sesuatu isu....

Sejak beberapa hari ini heboh di laman sosial mengenai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Ismail Sabri cuba mewujudkan ketegangan kaum dan bersifat rasis berikutan kenyataan beliau mengenai peniaga cina yang masih tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan selaras dengan penurunan harga minyak negara baru-baru ini.

Kenapa pula beliau perlu dipersalahkan dan kenapa mula ada pemimpin Cina yang cuba untuk membela nasib kaum mereka? Bukankah apa yang dikatakan oleh Pak Menteri ini FAKTA yang tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.

Rakyat seharusnya buka mata bila ada pihak yang sibuk mengatakan harga minyak naik, harga barang keperluan harian juga naik. Hakikatnya pemborong dan pengeluar yang TAMAK, tanpa rasa peduli dan perikemanusiaan mereka ini seolah-olah taikun yang mengawal harga-harga di pasaran.

Adakah DS Ismail Sabri disifatkan cuba menaikkan kemarahan kaum Cina dengan kenyataan tersebut? Lebih parah lagi apabila kepimpinan parti komponen dalam BN seperti MCA yang berteraskan kaum cina juga menyokong bantahan DAP. Namun jika diselidik dan diperhalusi ada kebenarannya kenyataan Menteri Pertanian ini kerana dengan jelas beliau hanya mengkhususkan kepada "segelintir peniaga cina" bukan kepada keseluruhan bangsa cina amnya.

Kita semua tahu bahawa hampir majoriti penguasaan ekonomi Malaysia dipegang oleh bangsa cina dan hakikat ini tidak boleh dipertikai kerana ia adalah hakikat sebenar dan adalah kenyataan yang perlu diakui. Kita sebagai pengguna harus bijak memilih, nak benda sedap mestilah harganya pun sedapkan...walhal semua benda sama jer...kualiti tu yang penting pada siapa yang pandai menjaganya.

Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin memainkan peranan untuk membela nasib rakyat..hak bangsa Melayu seharusnya dipertahankan serta nasib mereka harus dibela. Bukannya memberikan ruang dan peluang pada kaum lain untuk menindasnya. GR lihat boleh dikira berapa ramai pemimpin Melayu seperti DS Ismail Sabri ini...BOLEH KIRA PAKAI JARI KOT!!

GR juga lihat Ismail Sabri senasib dengan Zahid Hamidi kerana mereka adalah pemimpin Melayu yang dikecam oleh kaum Cina. Alasannya pemimpin ini cuba kacau periuk nasi mereka. Logik ker?? Kita lihat berapa ramai pemimpin Melayu yang berani seperti mereka...SYABAS diucapkan.

Pemimpin Melayu seperti merekalah yang seharusnya kita sokong kerana mereka memahami apa yang terdetik di hati sanubari rakyat. Tepuk dada tanyalah selera yer....


Tahniah pada pemimpin-pemimpin UMNO yang berani pertahankan pendirian seperti DS Ismail Sabri...dan GR yakin lebih ramai pemimpin yang bersama beliau walaupun tiak secara terang-terangan. Bukan apa, ada pemimpin yang cakap jer power...bila kawan-kawan kena taji, semua duduk bawah selimut...kesian kawan tu kena sorang-sorang kan!!


Kita lawan bukan kerana racist tetapi kita lawan kerana kita adalah rakyat dan pengguna yang teraniaya dengan mainan peniaga-peniaga kaum tersebut.

Suarakan sokongan kita bersama DS Ismail Sabri yang akan mempertahankan kenyataan beliau terhadap peniaga-peniaga Cina yang engkar menurunkan harga barangan keperluan.

Tarikh : 3 Feb 2015 (Selasa)
Masa : 3 Petang
Tempat : Restoran Riverside, PWTC, KL



GR kata: Kedai makan Melayu tak sedap ker? Payah tekak anak Melayu yang poyo ala2 western nie!!

Tuesday, January 20, 2015

MUSIBAH BANJIR, PETANDA UNTUK BERINGAT ATAU..?? #banjir2014

Banjir besar yang melanda negara kita bagaikan satu mesin masa yang telah membawa kita kembali ke zaman silam yang menyaksikan kebanyakkan mereka hidup tanpa bekalan elektrik, internet mahupun telefon.

Dan yang lebih menggerunkan ialah, hampir kesemua keluarga terputus hubungan dengan dunia luar buat seketika.

Apabila banjir reda, mereka terpaksa menunggu dan beratur panjang selama lebih sejam hanya untuk mengisi minyak kereta.

Pengalaman GR sertai misi bantuan banjir melihat mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur menggunakan air yang dipam keluar dari sumber air bawah tanah, membersihkan setiap helai pakaian mereka dan mengejar masa untuk menjemurnya sebelum hari kembali gelap.

GR juga memasak bersama mereka secara efisien kerana bekalan bukan sahaja sangat terhad malah peti sejuk tidak berfungsi untuk menyimpan bekalan makanan yang banyak dan juga tiada bekalan air bersih yang mencukupi untuk membasuh apa sahaja.

Kesemua ini bagaikan kembali ke zaman silam dan bukannya ke masa depan.

Bagaimanapun, apa yang terjadi ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang berguna buat mereka mangsa-mangsa banjir kerana mungkin ada diantara mereka tidak pernah membersihkan sebegitu banyak benda sepanjang hidup mereka.

Adalah di luar imaginasi kita semua, bagaimana di era ini, bencana yang terjadi ini mengambil masa berhari-hari lamanya untuk bekalan elektrik dan bekalan air paip dipulihkan semula.

Satu perkara yang pasti ialah rakyat Kelantan sentiasa menerima masa susah dan masa senang tanpa banyak bicara termasuklah kesengsaraan yang dibawa oleh banjir dahsyat seperti mana yang berlaku sekarang.

Walaupun banjir telah berlalu tetapi kesengsaraan yang mereka tanggung tetap kekal bersama mereka. Ramai yang terpaksa memulakan kehidupan dengan tangan yang kosong.

Hari demi hari, mereka terpaksa berhadapan dengan sampah sarap yang bertimbun dan barangan serta perkakas yang tidak boleh digunakan lagi dengan bekalan elektrik dan air paip yang tidak konsisten.

Tetapi kerja-kerja pemulihan sememangnya perlahan dan lembab kerana bekalan air bersih yang terhad.

Di Kelantan khususnya di sini, setiap orang boleh dikatakan adalah mangsa banjir. Hanya tahap mana sahaja yang memisahkan perbezaan kesengsaraan dan bebanan akibat daripada bencana ini.

Orang luar mungkin merasakan segala-galanya telah kembali normal sebaik sahaja melihat banjir surut. Tetapi hakikatnya itu bukanlah senarionya kerana kesan pasca banjir masih menghantui fikiran lebih-lebih lagi proses membersihkan harta benda daripada bencana ini sangat-sangat membebankan para mangsa.

Mereka terpaksa hidup dengan sampah sarap di sekeliling mereka setiap hari dengan lumpur yang masih melitupi lantai rumah tetapi mereka terpaksa 'menelan' semua ini kerana mereka tidak mempunyai tempat lain lagi untuk berteduh. Ini adalah rumah mereka.

Para sukarelawan yang tiba untuk membantu mangsa-mangsa juga akhirnya mendapati tidak banyak yang dapat mereka bantu kerana tidak ada bekalan air bersih yang mencukupi untuk membersihkan rumah serta kawasan yang ditenggelami lumpur.

Pengajaran daripada banjir besar ini buat kita semua...

i. Lagi banyak harta benda yang korang miliki, lagi banyak kerja pembersihan yang perlu anda lakukan.

ii. Hidangan makanan tin yang dimakan bersama-sama ahli keluarga selepas sepanjang hari melakukan kerja-kerja pembersihan adalah yang paling lazat mangsa banjir rasai.

iii. Hargailah apa yang anda miliki kerana ia boleh lesap dan hanyut dalam sekelip mata.

iv. Lakukan kerja-kerja dan hulurkan bantuan tenaga secara praktikal.

vi. Sentiasa ada pelan B dalam hidup atau perkukuhkan daya tahan anda.

vii. Kegembiraan hanya mudah - roti dan bun yang kita semua bawa dari Kuala Lumpur telah menceriakan wajah ibu bapa, kakak, abang dan adik sepanjang hari di sana.


GR kata: Sedih ada juga yang tak bersyukur bila ditimpa musibah. Apa punya manusia mereka nie??


Sent from Samsung Mobile

Sunday, January 11, 2015

ISU KONGSI GELAP, SIAPA YANG MEMBELA ATAU DIBELA? KENAPA ADA YANG MELALAK BAGAI NAK GILA? @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @dapmalaysia

Ahli Parlimen PAS Siti Zailah mengucapkan terima kasih atas bantuan tanpa mengira ideologi politik kepada DS Zahid Hamidi di Kelantan baru baru ini.


Nampaknya isu surat DS Zahid Hamidi menulis surat kepada FBI semakin menjadi mengarut di mana ada sesetengah pihak yang BODOH untuk berfikir isi sebenar kandungan surat tersebut. Atau pun mereka sebenarnya yang tidak pandai membaca, al-maklumlah semuanya buta Bahasa Melayu kan...cakap pun pelat...ada juga yang tak mandi pagi kan. He he he...

Bukan itu saja, ada juga sesetengah portal dan pengamal media sosial yang semakin galak untuk 'MEMBUKTIKAN' sesuatu kepada pembaca mereka bahawa DS Zahid Hamidi ini benar-benar bersalah atau erti kata lain Menteri Dalam Negeri ini 'Mesra' bersama kongsi gelap antarabangsa mahu pun dalam negara.

Artikel terbaru dari Malaysian Insider kononya ada pegawai Polis yang memberikan surat layang pada mereka bahawa kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri ini. Betul ker wahai portal Malaysian Insider? GR CABAR PADA KETUA EDITOR MALAYSIAN INSIDER, BUKTIKAN SIAPAKAH PEGAWAI POLIS TERBABIT? LU BERANI KA SOHAIII??

Jika benar Malaysian Insider dan Malaysiakini memberikan berita yang terkini lagi bernas, buktikan pada rakyat seluruh dunia, kamu adalah bebas dari sebarang ideologi politik....tapi hakikatnya dah berapa kali KANTOI dengan berita-berita yang disiarkan. Ada ker portal ini memohon maaf seperti pemimpin mereka, bila fitnah...kantoi mohon maaf. Senang bukan...sebab rakyat Malaysia ini terkenal sifat budi pekerti yang baik.

Jika benar DS Zahid Hamidi bersekongkol dengan kongsi gelap, kenapa beliau memberikan idea tubuhnya pasukan STING dan STANGG dalam PDRM? Hasil penubuhan pasukan ini jelas, berapa banyak rumah-rumah pelacuran, perjudian dan gejala maksiat telah dihapuskan. Ramai dikalangan businessman yang menjalankan 'kerjaya' dalam bidang ini merungut sebab sumber pendapatan mereka merudum...kebanyakan dari mereka adalah dari kaum CINA. Sebab itulah DAP mula meroyan tak tentu pasal dan cuba untuk menyalahkan DS Zahid Hamidi bersekongkol dengan kongsi gelap. Logik tak????

Kenapa DAP meroyan? Adakah nak pertahankan 'Hak Asasi Manusia'? Bukankah mereka hanya pertahankan penjenayah dan mereka yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang. Bagaimana pula dengan pihak Polis cedera ditembak dan sebagainya oleh penjenayah ini...di mana hak mereka?


Kepada DAP and The Geng yang mempertikaikan ayat "Membantu Aspek Keselamatan Negara". Paul Phua adalah Raja Judi. PDRM kini sedang memerangi gejala duni maka tak mustahil rangkaian Paul Phua banyak membantu membocorkan rahsia kepada PDRM. Itulah yang dimaksudkan dengan membantu keselamatan negara. Kesimpulannya kegiatan Paul Phua sudah pun BOCOR dan membuatkan Taikun-taikun ini resah gelisah kerana business mereka akan lingkup.

Kenapa DAP, Malaysiakini dan Malaysian Insider beria-ria memfitnah DS Zahid Hamidi? Siap ada yang minta PM Najib gantung tugas Menteri Dalam Negeri ni. Kenapa nak cuba kautim pada yang boleh korang bela ker untuk periuk nasi korang. Sudah lah Cina DAP oi..lu orang goyang cakap jelah yer...

DAP DAN KONGSI GELAP TAK DAPAT DIPISAHKAN! BACA SINI

Di  Malaysia, selagi ada cina, selagi tula ada judi. Siapa yang jaga Genting Highland? Siapa pemilik asal tanah tu? Takkan rakyat Malaysia buta sejarah. Orang kata jangan mengata orang, nanti kita yang lebih. Macam meludah ke langit, kena muka sendiri. Kan? Cuma Genting Highland ni diberi lesen untuk berjudi. Tapi yang lain tu tak de lesen, sebab tu la kita panggil ‘illegal gambling’.


GR kata: Banyak business judi pemimpin DAP dah surut punca kewangan diaorang kot...tu yang macam orang gila talak. ha ha ha...

Monday, January 5, 2015

SURAT PADA FBI, @Zahid_Hamidi BUKAN BELA PENJUDI PAUL PHUA! KDN SENYAP MACAM NAK SABOTAJ JER? @KDNPUTRAJAYA


Pelik bin Ajaib bila mana ada pihak yang merasakan salah bagi kerajaan untuk memberikan maklumat mengenai rakyat Malaysia apabila diperlukan? Apakah ianya salah disisi undang-undang? Sedikit sebanyak ianya membantu kepada kelancaran atau pegadilan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Macam mana pula ada sesetengah pihak yang terang-terang membela pesalah yang terbukti telah dijatuh hukum tanpa ada sedikit belas kasihan pada mereka yang dihukum tanpa perikemanusiaan. Adakah itu yang dinamakan hak asasi manusia??

Dalam isu surat FBI yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan nama DS Zahid Hamidi, ianya adalah tugasan biasa seorang yang mewakili kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai rakyat yang terlibat apabila diminta atas keperluan kehakiman.

Apa masaalahnya apabila Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan kepada FBI perihal rakyat Malaysia.??

Merungkai penjelasan yang dibuat oleh Tan Sri Shafee, mahu tidak mahu DS Zahid Hamidi atas kapisiti beliau terpaksa memberi penjelasan apatah lagi ia melibatkan rakyat Malaysia.

Jika mahu dikaitkan menteri ini dengan tauke judi seperti didakwa oleh pakatan pembangkang amat mustahil dan tidak masuk akal. DS Zahid Hamidi lah yang paling lantang dan tegas dalam memerangi kongsi gelap dan perjudian haram seperti Ops Cantas dan tertubuhnya Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). Sudah terbukti idea penubuhan STAGG adalah dari beliau sendiri.

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bukan satu tindakan untuk menjamin ahli judi profesional, Paul Wei Seng Phua (Paul Phua) yang ditahan di negara itu, sebaliknya dibuat atas permintaan peguam yang mewakili Paul Phua.

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, firma guamannya telah bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld bagi memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Paul Phua dalam kegiatan sebuah kongsi gelap bernama ‘14K Triad’ di Malaysia.

“Pada 18 Disember 2014, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano yang mengesahkan Paul Phua bukan seorang ahli kongsi gelap 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini sedang dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Menurut Muhammad Shafee, Ahmad Zahid telah diminta untuk mengeluarkan surat itu atas kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mempunyai maklumat diperlukan.

“Sekiranya Ahmad Zahid tidak mengeluarkan surat itu sekalipun, kami boleh menggunakan saluran mahkamah untuk meminta maklumat tentang Paul Phua dikeluarkan. Saya ingin menegaskan yang Ahmad Zahid bukannya menjamin Paul Phua, sebaliknya hanya memberi maklum balas terhadap permintaan peguam,” katanya.

Kata beliau, pihaknya amat kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang mensensasikan isu surat tersebut seolah-olah Paul Phua mendapat layanan istimewa daripada Ahmad Zahid.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” katanya.


Paling menghairankan, bagaimana Malaysiakini boleh memperolehi surat yang dikatakan 'MEMBELA' si penjudi nie? Adakah ada pengkhianat atau pun 'tukang kerja' untuk pembangkang di dalam FBI itu sendiri atau pun di dalam KDN sendiri? Proses penghantaran surat yang melibatkan kerajaan dan negara bukankah sulit? Siapa sebenarnya yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal seperti ini?

Apa sebenar fungsi Kementerian, bila mana Bossnya telah dihentam, dibalun sedemikian rupa? Semacam ada pihak dalaman yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti serta ketegasan Menteri Dalam Negeri ini yang ramai tahu bagaimana cara beliau bekerja.

Sehingga hari ini masih tiada jawapan dari KDN mengenai isu ini. Adakah mahu ianya basi sendiri atau pun tak tau nak jawab macam mana? Bukankah Boss-boss dalam KDN tu semuanya cerdik pandai dalam semua bidang.

GR dengar cerita, setiap isu yang berbangkit mengenai KDN, KDN perlu menjawabnya dalam masa 4 jam. Ini dah berapa hari...APA CERITA BRO????

Tolonglah buat kerja wahai pegawai-pegawai dan Boss-Boss KDN yer. Jangan berlagak pandai yer. Mana KSU, TKSU, SUB dan orang-orang UKK KDN??? Rakyat nak tahu penjelasan sebenar yer dari korang semua..We Still Waiting Your Respond Brother!!!


GR kata: Jawab isu 4 jam ke 4 minit?? Surat keluar bukan kawtim pun ada yang bangang boleh percaya yer?? He he he

Artikel pelbagai