Thursday, September 1, 2011

Mat Sabu PELUPA???


Hahahaha...tergelak guling2 aku bila melihat reaksi Mat Sabun Wilcha yg TERLUPA apakah ucapan yg pernah dijaja semasa ceramah di Tasek Gelugor tempoh hari.... Pulak dah.

Ceramah di Tasek Gelugor 21 Ogos 2011, tapi 26 Ogos 2011 dah lupa apa yg dicakapkan? Wahhh ini mesti berbuka puasa makan semut byk-byk nie..hehehe tak pun dah memang dasar nyanyuk org tua nie.Tapi mujurlah ada pihak yg sangat prihatin telah merekodkan ucapan Mat Sabun Wilcha ni.


Video Mat Sabun Wilcha sedang bagi ceramah kutuk pejuang & perajurit negara. Pasni Mat Sabun Wilcha kalau kena panggil POLIS utk bagi keterangan jgn pura-pura lupa pula ya. POLIS dah ada video ni sebagai bukti. So jgn nak "WOKRAN" sgt lah yerrrrrr....

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan ke-54

Pada tahun nie mcm biasa aku beraya di kampung sebelah abah di Sabak Bernam...di kampung ini jugaklah aku dijaga oleh nenek aku (org jawa panggil embah) masa aku skolah di SUA...glamour gak tau skolah nie..hehe.. pd tahun ini alhamdulillah semua adik-beradik abah aku balik kampung raikan Aidilfitri bersama. pd arwah pakcik ku Bahari Sipol kami doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..Al-FATIHAH...


Pada tahun nie jugak aku berbangga sebab sambut MERDEKA sekali dgn Aidilfitri..semoga negara Malaysia sentiasa aman n makmur...jauhilah dari puak2 yg ingin kucar kacirkan negara tercinta ini.


Sunday, August 28, 2011

Operasi Kuih Raya bermula...


Bahang Hari Raya Aidilfitri sudah mula dirasai tinggal beberapa hari saja lagi seluruh Umat Islam di dunia ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana menandakan Umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan. KL pun dh mula lengang dan sunyi sebab ramai orang dh mula balik kampung.

Malam tadi aku pun merasai bahangnya dengan buat kuih raya bersama orang kesayangan ku dan juga kawan2. Jenuh jugak buat kuih raya dan kek nie yer...hehehe...dari lps buka sampai pukul 2.00am baru settle ...fuhhhhh...penat semalam kacau dodol x abis lg...tambah dgn penat buat kuih raya...tapi BESTTTT!!!!... Tahun dpn macam boleh buat bisness kuih raya jerk...sebab sedapppp tauu...sapa mkn pasti mau lagiiii... ;-)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Selamat Ulangtahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kata orang usia 62 tahun sudah diibaratkan sebagai usia di penghujung perjalanan hidup. Pada usia sebegini sepatutnya sudah melupakan segala perkara duniawi dan perlu tumpukan kpd soal akhirat pula. Tetapi bagi Pemuda UMNO Malaysia, usia bukanlah penghalang utk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Keperluan Pemuda UMNO utk terus berada di arena politik negara masih relevan dgn keadaan tsunami politik yg tidak menentu hari ini.

Waktu ini juga, fungsi Pemuda UMNO sangat diperlukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terutama golongan muda kepada UMNO & Barisan Nasional. Orang Melayu perlu tahu bahawa tiada satu pun parti di negara ini yg memperjuangkan & mempertahankan hak orang Melayu. Beritahu kpd cucu cicit pada masa akan datang bahawa parti keramat ini lah yg memperjuangkan kemerdekaan negara. Walaupun sudah lama berlalu tetapi jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO terdahulu tidak boleh dilupakan begitu saja. Beritahu juga pada mereka, sebenarnya mereka terhutang budi kepada UMNO selagi mana Malaysia ini kekal aman sejahtera. Jangan sesekali membenci dan mengherdik parti yg sangat berjasa kepada bangsa yg lemah ini.

Tambahan lagi, parti ini jugalah yg telah membantu anak bangsa menjadi orang yg berilmu, berwibawa dan terkenal ke seluruh dunia. Tanamkan niat penuh keikhlasan dan teruskan perjuangan wahai Pemuda UMNO utk bangsa, agama dan negara Malaysia yg tercinta. Jangan berhenti sebelum gugur. Terus maju dan terus mengukir kejayaan yg membanggakan kerana perjuangan Pemuda UMNO baru bermula.


Artikel pelbagai