Saturday, December 17, 2011

HIMPUNAN JALANAN MAHASISWA - KENAPA PERLU BIADAP??


Hari ini kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”.

Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.



Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada UMNO.

Apa yang menariknya, perbuatan pelajar-pelajar ini ketika di PWTC sudah tidak terkawal. Perbuatan biadap mereka yang tidak masuk akal dengan menurunkan bendera Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan menggantikan dengan bendera SMM. GR pun tak faham bukankah mahasiswa mahasiswi ini cendiakawan semuanya tapi mereka ini boleh termakan hasutan dari pihak tertentu yang mereka hanya gunakan mahasiswa ini untuk kepentingan politik mereka saja. Di manakah adab dan moral sebagai seorang mahasiswa???


Pada pendapat GR, mahasiswa ini janganlah kurang ajar sangat. Korang semua masih lagi belajar, masa depan pun belum nampak lagi. Lebih baik tumpukan pada pelajaran. Janganlah dengar dan terpedaya dengan janji-janji manis puak-puak PAKATAN...Jangan disebabkan korang 'diTAJA' hari ini kelak masa depan tergadai.

Ingatlah wahai mahasiswa, masih ramai lagi anak-anak muda yang tidak berpeluang dan mendapat tempat seperti kamu semua. Mereka juga ada keinginan untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Janganlah sia-siakan peluang yang diberikan dan harapan ibu bapa untuk melihat kamu semua berjaya dalam hidup.

Soal menggempur bangunan UMNO itu sebenarnya adalah kebodohan mahasiswa yg rata-rata mereka dari UIA. Menggempur membawa maksud seperti memecah masuk secara paksaan ke dalam bangunan ataupun tempat. Menawan pula bermaksud berjaya mengambil alih pengurusan bangunan ataupun tempat. Tapi mereka ini hanya berlegar di kawasan parking PWTC jer..Itu pun katanya dah cipta sejarah. Aduyaiiii...belajar tinggi tapi otak letak kat pungkok ker???

Mengadakan demontrasi tanda protes kepada Kerajaan...tapi loan PTPTN korang nak..Tak kisah la duit loan tu korang buat untuk tujuan belajar atau pun kegunaan lain...Pada mahasiswa semua fikirlah sebab anda semua golongan bijak pandai...


GR suka Tweet dari seorang artis popular Malaysia: "Tak kira korang sokong atau benci Kerajaan, janganlah kurang ajar especially kalau masih di bangku pengajian. SEKIAN. :) "

PANAS: LELAKI GAY MALAYSIA PERTAMA BERKAHWIN!!!


Astargfirullah’alazim…Istighfar panjang GR bila melihat gambar seorang lelaki melayu siap lengkap berpakaian sepasang baju melayu serta bertengkolok dikepala bersama seorang lelaki mat salleh ber-SUT HITAM di dalam sebuah dewan yang dikelilingi sanak saudara dalam upacara Majlis Perkahwinan mereka yang sesama jenis. Lihatlah gambar GR screen shot dari Twitter pelajar Malaysia di Dublin, Ireland.

Lelaki melayu ini bernama Ariff Alfian B. Rosli dan pasangannya Jonathan telah melangsungkan perkahwinan sesama jenis di Dublin, Ireland. Ariff merupakan seorang pelajar tajaan Petronas Malaysia yang melanjutkan pelajaran di University College Of Dublin, Ireland juga dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini dan kini dilihat berkahwin dengan lelaki seperti dalam gambar ini.


Gambar sekitar majlis perkahwinan boleh lihat diblog rakan GR DOUBLE Y

Ibu bapa Ariff di kampung pasti menitiskan air mata melihat seorang anak yang telah jauh terpesong akidahnya. GR juga mohon agar pihak kedutaan Malaysia di Dublin, Ireland mengesahkan cerita ini dan jika ianya benar berlaku ambillah tindakan sewajarnya agar imej Islam dan Malaysia tidak tercemar.

Kepada penaja Petronas Malaysia yang menaja pembelajaran Ariff Alfian tolong tarik balik tajaan kerana pelajar ini telah memalukan agama Islam dan Malaysia.


p/s: Marilah kita berdoa agar Allah S.W.T memberikan Hidayah kepada pelajar ini...

INFO: NAMA MALAYSIA DI JERSI CARDIFF CITY!!!


Pasukan Cardiff City secara rasminya memakai jersey dengan perkataan Malaysia yang besar di hadapan jersi mereka. Pengurus baru Cardiff City FC menayangkan jersi dengan perkataan Malaysia

Cardiff City FC secara rasminya membuat pengumuman di akademi bola sepak di Kuala Lumpur, Malaysia.

p/s: Bangga nama Malaysia dipersada antarabangsa

Friday, December 16, 2011

BONGKAR: YB NIZAR GUNAKAN MASJID UNTUK BERPOLITIK!!!

Bukankah Masjid / Surau adalah rumah Allah S.W.T tempat kita beribadat dan juga menimba ilmu agama Islam. Tapi puak-puak PAS ini mereka menggunakan masjid/surau sebagai medan politik mereka. Inikah PAS yang heboh sana sini memperjuangkan Islam???

Pembaca lihatlah video di bawah...pemimpin PAS yang gila kuasa sanggup mempersendakan rumah Allah S.W.T demi kepentingan politik mereka sendiri.




p/s: PAS IS DEAD

HOT FOTO: BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!


Pembaca lihatlah gambar di atas, adakah ini yang dikatakan fashion up to date?? Mereka ini sedar atau tidak perbuatan mereka ini telah mempersendakan agama Islam. Tidak ada rasa perasaan malu pun berpakaian baju labuh yang hanya menutup punggung mereka sedikit tapi pakai tudung pulak tu. Ostad PAS nampak abislah korang...

Pembaca yang budiman boleh berikan teguran dan penilaian adakah ini fashion terbaru umat Islam yang digelar up to date???

p/s: AWAS umat Islam sekarang diserang oleh musuh Islam yang ingin menghancurkan ISLAM!!!

PANAS: DAP GALAKKAN PESTA TETEK?? OSTAD PAS NGANGA!!

Semenjak DAP memerintah Pulau Pinang, aktiviti maksiat makin bermaharajalela. Acara 'mean-machine' iaitu pameran kereta-kereta ini biasa dijalankan secara terkawal dan hanya mempamerkan kepada pengunjung acara automatif. Tapi lain pulak acaranya..acara tunjuk TETEK yang lebih dari pameran automatif. Pembaca lihatlah gambar di bawah:



Dah bermacam-macam 'Miss' dipertandingkan sejak P.Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng. Ostad PAS melopong sajalah...angguk-angguk geleng-geleng tapi air meliur meleleh...Agak-agakla kan mesti ramai Ostad PAS kat event nie kan... He he he

Event auto show ini bertempat di Juru dan dianjurkan oleh AutoCity sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Kerajaan Negeri P.Pinang. Walaupun event tersebut sudah berlalu pada bulan Oktober yang lepas, GR ingin mengingatkan kembali kepada pembaca sekalian wajarkah event seperti ini diadakan di negara kita??

Bukankah event autoshow dibuat untuk memperkenalkan kepada pengunjung teknologi-teknologi dan keluaran terbaru dari syarikat-syarikat automotif. Sedikit sebanyak menambahkan ilmu pengetahuan kepada pengunjung yang datang dan mungkin ada pengunjung yang datang ingin membeli kenderaan keluaran baru yang dipamerkan dalam event autoshow. Lihatlah lagi gambar di bawah:





p/s: Ostad PAS suka event macam nie sebab depa 'Tegang' jer bila mai sini...

WAJIB TONTON: VIDEO PELAKON TERBAIK ABAD INI!!!




GR ingin tujukan soalan kepada pembaca sekalian khususnya penyokong tegar Pak Anwar Ibrahim... Apa perasaan korang bila lihat video di atas?? Segala tingkahlaku yang sengaja Pak Anwar buat ketika beliau di Penjara Sg Buloh hanya lakonan semata-mata..Demi untuk meraih simpati dan kesian masyarakat terhadap beliau. PEMBOHONG BETUL!!!

Kalau pembaca nak tau, inilah dia Pak Anwar seorang yang berjaya menimbulkan emosi yang melampau kepada rakyat di mana pada masa itu rakyat bersimpati dengan nasib Anwar Ibrahim yang dilihat dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan pada ketika beliau dimasukkan ke dalam Penjara Sg Buloh.

Wahai pembaca sekalian janganlah kita tertipu dengan segala lakonan 'TERBAIK' oleh Pak Anwar bakal PM di alam kayangan nie. Fikirkanlah sekarang pun beliau boleh bermain emosi rakyat...kalau jadi pemimpin negara macam mana...Ke laut la jawabnya!!!

Thursday, December 15, 2011

FUIYOOO..KUTIPAN OMBAK RINDU 10M - YUSRY KRU TERUJA!!


TAHNIAH kepada filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel kisah cinta hasil karya Fauziah Ashari setakat ini telah berjaya mengutip RM 10juta. Adakah filem ini akan memecah rekod KL Gangster yang mencatat kutipan hampir RM 11juta??

Cuba pembaca tengok di atas, Yusry KRU pun teruja dengan pencapaian filem Ombak Rindu. Pada GR selepas tengok filem ini, filem ini memang hebat ditambah lagi dengan sentuhan hebat oleh pengarahnya Osman Ali dan dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Paralae dan ramai lagi.

Kepada sesiapa yang belum lagi ke panggung bolehlah pergi menonton sekarang kerana tayangan filem Ombak Rindu ditambah lagi sebanyak 7 hari lagi oleh pihak GSC hingga Khamis depan.

p/s: Janganlah asyik support filem luar jer...filem kita pun ada CLASS apa!!!

PENGASAS SENDAYU TINGGI PAKAI PURDAH??


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya. - AnakSeberang


p/s: Kita sedar akan dosa dan kisah dimasa silam punyai keinginan untuk berubah Tapi ada seorang VVIP nie sampai bila nak berubah pun tak taulah...

GEMPAR: ARTIS POPULAR SELAMBA CEMOLOT..???


Inilah ragam dunia artis macam-macam terjadi, dengan imej seksinya, cerai-berainya dan kali ini pada GR kelakuan ini terlalu melampau. Perbuatan cium mulut (cemolot) artis ini kalau kita tengok macam perkara biasa macam makan coklat cokie cokie.

Pembaca lihatlah gambar di bawah....Persoalannya SIAPAKAH ARTIS POPULAR INI???



GR berharap: ada pihak selidik tentang perkara ini...Jangan sampai jadi trend masa kini pulak, baru sibuk nak ambil tindakan.!!!

VIDEO WAJIB TONTON: LGE KAKI PUTAR BELIT, KAKI PUSING!!!

GR tidak terkejut jika Lim Guan Eng tetap akan ‘spin’ isu Kapal Selam pada hal dia sendiri yang sahut pelawaan Menteri Pertahanan untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak. Kebenaran telah terbukti yang beliau sendiri katakan dalam video di bawah:




Tapi sebaliknya, selepas beberapa jam meninggalkan kapal selam beliau terus putar belit cerita dengan pelbagai alasan bagi menutup cerita yang sebenar. Pembaca lihat video di bawah kenyataan LGE yang 'lidah biawak' nie...




Di sini GR sertakan sekali video untuk tatapan pembaca bukti KD Tun Razak boleh menyelam atau pun tidak...




Pembaca nilailah sendiri, GR ulaskan sedikit cerita kononnya kapal selam KD Tun Razak boleh menyelam atau pun tidak dan al-kisah Lim Guan Eng ini seorang yang 'lidah biawak'...suka memutarbelitkan kebenaran dan sanggup mempolitikkan sistem pertahanan negara demi kepentingan mereka sendiri.

PANAS: AWEK KURANG AJAR HINA ISLAM!!!



Pembaca sekalian lihatlah sendiri screen shot GR sharekan di atas, sikap kurang ajar seorang remaja perempuan berani menghina agama Islam. Beginilah 'hasilnya' kalau masyarakat bebas bersuara..sudah tidak tahu halal haram, mana yang baik dan mana yang buruk. 'Bebas bersuara'-lah yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda sendiri...

GR mohon pihak berkuasa pantau dan siasat segera kenyataan yang dibuat oleh 'Tengku Sophia' ini yang sewenang-wenangnya menghina agama Islam seolah-olah budak perempuan ini bukan seorang yang beragama Islam atau pun account Twitter ini di-create oleh seseorang untuk menyesatkan Ummat Islam khususnya di Malaysia ini.

p/s: Islam adalah agama yang suci

PANAS: AHLI PARLIMEN YANG TIADA ADAB!!?


GR tak faham dan tak tahu sama ada Ahli Parlimen ini kurang pengetahuan tentang protokol majlis atau memang dari kecil Mak Bapak tak ajar cara duduk dan adab di dalam majlis. Otak mereka ni letak kat pungkok ker??

Yang GR maksudkan ialah MP Gombak, Azmin Ali dan MP Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (gambar di atas) kelihatan duduk dan tidak berdiri ketika YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pada hari Isnin yang lepas.

Pada pendapat GR walaupun perbezaan politik etika kita sesama manusia perlulah ada adab sopan dan santun. Betul tak? Dalam agama Islam pun ada menyatakan perlulah kita menghormati pemerintah negara kita...Dengan PM kita mereka nie tak hormat..tapi dengan Si Peliwat Al-Juburi boleh pulak dia peluk cium...Aduyaiii..!!! Macam mana tu..??

p/s: Ada hati nak memimpin negara tapi tingkah laku macam sampah..Simpan jelah hasrat tue!!!

INFO PENTING: SURAT LAYANG "PEKERJA LHDN" MENGENAI BR1M - FITNAH PAKATAN!!!



Kepada pembaca GR yang budiman, lihatlah surat layang di atas yang sekarang ini sudah tersebar luas. Hasil tinjauan GR di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Rakyat telahpun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. AWAS!! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.


Dari blog Cucu Tok Selampit

Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:

1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.

2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.

3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!

4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?

Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!!!


p/s: Pakatan Rakyat di Malaysia merupakan pembangkang paling bangang di dunia. Benda baik untuk rakyat pun mereka politikkan, halang dan sabotaj. Pembaca yang budiman nilailah sendiri..!!

Wednesday, December 14, 2011

PANAS: BAKAL PM BARU DI ALAM KAYANGAN!!!


Kah kah kah
....gelak guling-guling GR bila Pak Anwar cakap dentam-dentum kononnya satu dunia sokong dia jadi Perdana Menteri Malaysia yang baru??. Katanya lagi beliau telah mendapat restu pemimpin Barat dan Yahudi dan kononnya lagi kawan baik Yusof Al-Qardawi tetapi ternyata Pak Anwar bukan siapa-siapa dan tak berpengaruh sama sekali. Dia hanya layak digelar Apa pun Tak Boleh!!! Hi hi hi


Pembaca lihatlah senarai terbaru 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia yang dikeluarkan oleh Ethisphere (baca di atas) TIDAK menyenaraikan langsung Al-Juburi yang diagung-agungkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat itu sebaliknya Ketua Pengarah SPRM, Datuk Abu Kassim tersenarai tokoh paling berpengaruh di Asia dan keempat di dunia. Fuiyoooo, menakjubkan!!

GR ingat Pak Anwar confirm meraung-raung bila dapat tahu namanya tidak disenaraikan sebaliknya Abu Kassim pula yang disenaraikan pada kedudukan yang amat tinggi.


p/s: Meliwat pun dia...China doll pun dia..kaki auta pun dia..apa lagi???

PENERANGAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA - BDR TUN RAZAK


Pada hari Isnin yang lepa telah berlansungnya Majlis Penerangan dan Pemberian Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk Bandar Tun Razak. Majlis diadakan disekitar Taman Mewah.


Majlis penerangan BR1M telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar dan juga Saudara Ketua Pemuda UMNO Taman Mewah, Hisham Hamidi.

Sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama daripada golongan usia emas yg merupakan pesara. Rata-rata yang hadir sangat berpuas hati dengan info penerangan yang diberikan. Segala tanggapan dan kekurangan maklumat dapat dijawab dlm majlis seumpama ini.



Walaupun bantuan yang diberikan berjumlah RM500 nampak sedikit tetapi rakyat tetap bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan BN terhadap beban yg ditanggung oleh rakyat. Majlis yang sama juga diadakan semalam di Flat Sri Sabah (gambar di bawah).


TAHNIAH kepada Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dengan kejayaan menjayakan program ini. Semoga ia membuka mata dan minda masyarakat dengan keinginan BN dalam menjaga kebajikan rakyat.

p/s: Borang BR1M diberikan secara PERCUMA!!!

PANAS: NORISH KARMAN LAHIR ANAK LUAR NIKAH? INI JAWAPAN SEBENAR NORISH!!


Pembaca sekalian masih ingat tentang artikel yang GR tulis dalam minggu lepas berkenaan Norish Karman. Artikel itu baca DI SINI.. Berkenaan khabar angin yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang Norish hilang tanpa khabar berita, ini jawapan tuan punya badan itu sendiri:

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,”

Norish Karman yang lama menghilangkan diri sebenarnya sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ke-3 di Penang dan buat album pertamanya. Ada setengah pihak mengatakan beliau senyap sunyi dalam dunia artis kerana hamil luar nikah. Dan akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu. Norish berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

So...pembaca sekalian dah tahu jawapan sebenar dari Norish sendirikan..Jangan ada gossip pedas-pedas lagi yer...He he he

SEMBAH TAKZIM ATAS PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG YANG KE-14


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pengisytiharan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Semoga bertambah makmur negara di bawah pemerintahan Duli Tuanku.

- DAULAT TUANKU -

PANAS: SUKA SAMA SUKA?? I FREE TODAY..JOM!!!


Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar Suka Sama Suka.


Kenyataan di atas adalah hujah yang keluar dari Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal Singh peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa kejadian Liwat memang berlaku namun ianya adalah atas dasar Suka Sama Suka yang bermakna Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari melakukan hubungan liwat secara bersetuju antara satu sama lain.


Pada pendapat GR mungkin semua rakyat Malaysia dan penyokong tegar PKR ingin tahu kejadian Liwat ini benar-benar berlaku atau pun tidak?? Mereka tidak ingin tahu kejadian ini berlaku atas dasar suka sama suka atau pun tidak rela. Dan hari ini persoalan yang bermain difikiran kita telah terjawab...kejadian Liwat ini benar-benar berlaku.

Bagi yang masih tak percaya dan taksub kepada Anwar Ibrahim ini mesti dah 'standby' beribu soalan tambahan yang seboleh-bolehnya mempertahankan pemimpin mereka ini walaupun kebenaranya sudah terbukti.

p/s: Sudah Terang Lagi Bersuluh...

Tuesday, December 13, 2011

FORUM PRU13: UNDI SIAPA JADI PENENTU??


Petang tadi GR berkesempatan untuk menghadiri Wacana Undi Siapa Jadi Penentu yang dianjurkan oleh Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam. Panel terdiri daripada YB Dato' Saifuddin Abdullah, YB Nurul Izzah, YB Lim Guan Eng, Datuk Zahid Ibrahim dan Prof Abu Hassan Hasbullah.

GR lihat ramai yang datang, dewan pun penuh yang terdiri dari penonton dan penyokong kepada panel-panel yang hadir. Tapi Prof Abu Hassan ada penyokong ker?? Hi hi hi


Dalam Wacana petang tadi, Nurul Izzah berkata, PRU 13 akan datang bergantung kepada undian daripada kaum Cina untuk menentukan kerajaan baru ataupun tidak. Cakap tak gunakan otak ker ini orang...Malaysia nie negara majoriti orang Cina ker?? Awak tue bangsa ape?? Nampak sangat bodek orang Cina sebab 'orang besar' DAP sama jadi panel-kan...

Dato' Saifuddin pula berkata, “Siapa sebenarnya penentu Pilihan Raya sudah tentu bukan PR atau BN tetapi adalah kumpulan pengundi realiti baru ini,”. Beliau percaya kumpulan pengundi realiti baru menjadi penentu undi yang boleh membawa kepada harapan BN.

Beliau juga berkata, pertama ialah kumpulan media baru yang bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi tetapi bagi perkongsian pendapat manakala kedua, kesedaran baru sosial di mana pengundi membentuk kumpulan bersifat formal yang saling berpaut untuk mengeluarkan idea serta menjadi anggota ribuan organisasi online (atas talian), seterusnya transformasi demokrasi bersifat partisipasi.


Prof Abu Hassan berkata, media-media 'tradisional' (arus perdana) Malaysia hari ini terlalu primitif dan purba yang selalu mencetuskan artikel kebencian politik dan agama. Katanya juga, media tradisional Malaysia ini umpama di zaman Greek. Beliau cakap macam tu sebab tak suka dengan media arus perdana yang pernah 'banned' beliau pada tahun 2008 dulu.

Lim Guan Eng jawab mengenai pendirian DAP berhubung isu hudud PAS. Lim Guan Eng menegaskan tidak akan sesekali menyetujui pelaksanaan HUDUD oleh PAS. Jawapan yang biasa beliau mengelak untuk jawab..Itulah dia 'Khalifah' yang digelarkan oleh PAS.

p/s: Tagline 'Telus dan Tulus' perlulah dipraktikkan...

HOT FOTO: ARTIS POPULAR MEMASAK TAK PAKAI BRA??


PANAS!!! PANAS!!! dunia artis sekarang nie...ada artis yang tunjuk buah dada, ada artis berpakaian tidak cukup kain dan ada artis yang bercerai berai...Itulah lumrah dunia artis...

Dan kali ini GR ingin kongsi bersama foto yang dimuat turun dari blog sahabat GR penaKSJ, boleh dikategorikan PANAS jugalah...

Kali ini cerita artis popular pujaan ramai yang didakwa gambarnya tidak mengenakan 'bra' ketika memasak…adoiii satu hal juga nie….terkejut abis masakan dan lauk pauk yang dimasak itu..Yelah artis comel lotee pujaan ramaikan..He he he

Persoalannya...SIAPAKAH ARTIS POPULAR INI..???


Rupa-rupanya artis popular ini belum sempat mandi dan terus memasak gulai kurma ayam (gambar di atas) makanan kegemaran suaminya yang kini hanya sebagai ex-suami..

Tujuan GR menulis isu gambar ini bukan untuk mengaibkan artis ini tetapi tertanya juga kenapa gambar yang dikategorikan koleksi peribadi di post sewenang-wenangnya di account peribadi Facebook..?? Bukankah pihak FACEBOOK sendiri tidak pernah memberi jaminan bahawa foto peribadi dijamin keselamatannya.

p/s: Nasi dah jadi bubur...berwaspadalah. Fikir dulu sebelum buat!!!

MAN CITY TUMBANG AKHIRNYA...TAHNIAH CHELSEA!!!


PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard (kanan) berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. Keputusan Chelsea MENANG 2-1 ke atas Man City...

Barisan pemain dalam game awal pagi tadi:

Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa; Ivanovic, Terry (c), Cole; Ramires, Romeu, Meireles (Lampard 72); Sturridge (Mikel 87), Drogba, Mata (Malouda 83).
Unused subs Turnbull, Ferreira, Kalou, Torres.
Scorers Meireles 33, Lampard 81 pen.
Booked Meireles 35, Romeu 64, Ramires 74, Drogba 78.

Man City (4-4-2): Hart; Zabaleta, Kompany (c), Lescott (Dzeko 84), Clichy; Silva (De Jong 74), Y Touré, Barry, Milner; Balotelli, Agüero (K Toure 63).
Unused subs Pantilimon, Savic, Johnson, Nasri.
Scorer Balotelli 1,
Sent off Clichy 57.
Booked Kompany 40, Clichy 46.

TAHNIAH CHELSEA!!! TAHNIAH!!!

p/s: Kepada MU, Liverpool dan Arsenal jaga-jaga yer..Hehe

Monday, December 12, 2011

SUBHANALLAH!! TELUR BERDIRI SEMASA GERHANA BULAN!!


GR ingin kongsikan bersama pembaca sekalian tentang kebesaran Allah S.W.T terjadi semasa gerhana bulan beberapa hari yang lepas. Experimen ini dilakukan oleh saudara Mohd Ezli Mashut, seorang Journalist. Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahawa tarikan graviti semakin kuat.

Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana bulan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas. Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.


Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang
mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Eksperimen oleh : Mohd Ezli Mashut ( Jam 11.00 Malam ketika Gerhana Bulan Penuh )


Sumber: AnakSeberang

GR kata: ALLAH MAHA BESAR...KEKUASAAN ALLAH TIADA TOLOK BANDINGNYA!!

INFO: TEATER HEBAT 2011 - SEMERAH PADI


'Sinopsis Teater Semerah Padi'
Dua sahabat akrab, Aduka dan Teruna ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina...

Kepada pembaca yang ingin tahu kisah lanjut...JOM RAMAI-RAMAI menonton TEATER SEMERAH PADI ini di Istana Budaya pada 22 - 31 Disember 2011... Teater ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Jue Aziz, Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Saksikanlah cerita yang diadaptasi dari filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ke pencak teater...Hasil karya anak bangsa Melayu yang perlu kita nobatkan...

p/s: Teater bangsa asing ramai yang berebut datang (support)....Sapa lagi yang nak bantu industri Filem & Teater kalau bukan bangsa kita sendiri..Betul tak??

WAJIB BACA: KONONNYA SCORPENE TAK BOLEH MENYELAM!!


Di sini GR kongsikan bersama beberapa penjelasan yang di'SPIN' oleh Pakatan Rakyat yang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam...Pembaca yang budiman baca dan nilaikan...

1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, GR perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.

2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.

3. Orang ramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.

4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.

5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.

6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.

- MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM -

7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.

8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan).

9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan).

10. Untuk maklumat para pembaca sekalian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut).

11. Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.

12. Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.

13. KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.

14. Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR.

15. Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna.

16. Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.

- KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT -

17. GR berharap supaya pembaca sekalian terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.

18. GR sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa.

19. Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja.

20. Dalam senario Malaysia, GR melihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura.

21. Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat GR dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat.

- LANGKAH TLDM TEPAT -

22. Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa.

23. Sekali lagi GR ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis.

24. Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu.

25. Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya.

26. Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.

27. Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.

28. Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.

29. GR berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran.

Sumber: AnakSeberang

p/s: Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA.

Sunday, December 11, 2011

GEMPAR: MALUNYA NAMPAK BODY..!!!


Pembaca lihatlah gambar di atas dengan kecanggihan teknologi di zaman sekarang, bagaimana software untuk mengedit gambar boleh digunakan untuk membogelkan diri kita.

Di sini GR ingin kongsikan bersama pembaca sekalian kecanggihan teknologi yang ada pada zaman sekarang. Kita pun tahu di luar sana memang ramai 'pakar-pakar' yang power giler boleh membuat sesuatu tanpa kita sangka.

GR ingin menasihati kepada kaum wanita janganlah upload gambar di Facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar di atas. Ambillah gambar mulai dari paras atas dada. Dan juga, kalau boleh jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk mengedit gambar anda.

Sumber: AnakSeberang

p/s: Jaga-jagalah apabila kita mengupload gambar di laman sosial. Berkongsilah mana yang perlu...

PANAS: JULIA PEREZ DAN WULAN CEMOLOT..??


Gempar dunia glamour apabila foto artis Indonesia Julia Perez dan Wulan 'bercium mulut' tersebar di Internet..Yang menariknya apabila ditanya, Wulan telah menafi perbuatan tersebut. Alasan yang diberikan "Jelas-jelas itu bukan aku..aku tidak pernah punya rambut begitu"..dan Julia Perez pula tidak memberi sebarang komen sehingga hari ini...

Walaupun ramai yang mengatakan itu Wulan dan Julia Perez dalam gambar tersebut, tetapi tuan punya badan tetap menafikan perkara tersebut dengan memberi pelbagai alasan.....

Ini mengingatkan GR kembali kisah 'Video Seks Pak Anwar bersama China Doll'...Walaupun pakar telah mengesahkan 99.9% pelakon dalam video seks tersebut mirip Anwar Ibrahim, tetapi Pak Anwar tetap menafikan perkara itu dengan memberi 1001 alasan... Hmmm, entahlah...!!!



Dulu orang kata kalau tunjuk gambar bukan bukti sebenar, super impose lah, ape-apelah..macam2 lagi lah... Sekarang bukti video dah keluar pun tak nak mengaku lagi ka...Kalau video disuper impose jugak ker Pak Anwar?? Pembaca yang budiman nilaikan sendiri...!!!


p/s: Sila baca Berita Minggu m/s 34, Amerika Dalang pemusnah dunia -- Dana USD100M untuk jatuhkan Kerajaan melalui NED dan IRI. Difahamkan Pak Anwar termasuk dalam golongan yang menerima dana tersebut.

BONGKAR: SIAPA SEBENAR KHALID IBRAHIM..??


Di sini GR senarai beberapa perkara mengenai MB Selangor yang tak perlu disebut namanya semua orang sudah mengenali beliau. Pembaca baca dan nilaikan...

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.

2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam Pilihanraya Kecil Ijok.

14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

p/s: PKR = Parti Tipu Rakyat

PERKAHWINAN: WAJIB BACA DAN RENUNGKANLAH...


Perkahwinan adalah suatu ibadah dalam Islam. Tapi adakah kita tahu perkahwinan yang disebabkan terjadi atas sebab 'sesuatu' itu SAH disisi Islam atau TIDAK..?? Sesungguhnya permasalahan ini sangat berat...perhatikan soalan dari 1 - 5...


Pada hari ini perkahwinan seperti ini memang TERSANGAT biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. GR kongsikan bersama pembaca di sini kerana ianya amat penting :

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu..


Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara mara, orang kampung, Tok Iman, Tok Bilal dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat... .

Tolong jangan abaikan artikel ini. Ia merupakan satu perkara yang pernah terjadi. Fahami dan dalami betul-betul. Bincanglah dengan Imam / Ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: 'Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.

GR kata: Baca untuk pengetahuan diri sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang yang beragama Islam jangalah terus dalam kejahilan...

Artikel pelbagai