Saturday, February 1, 2014

#N25Kajang: Anwar Guna Tektik Biasa, BN Masih Nak Tabur 'Emas' Pada Cina Macam Dulu Ker? @NajibRazak @anwaribrahim @MuhyiddinYassin

Sejak Anwar mula menawarkan diri beliau sebagai calon bertanding di DUN Kajang, pakatan haprak sudah mula menjalankan kempen kotor mereka. Seperti biasa pelbagai fitnah dan tomahan yang dilemparkan pada pengundi Kajang.

Dalam tinjauan GR sendiri di Kajang, rata-rata pengundi Kajang masih pelik kenapa ADUN yang mereka pilih sebelum ini meletakkan jawatan serta merta? Walaupun dari PKR, ADUN ini seorang yang rajin dan kuat bekerja untuk rakyat. Kenapa perlu ditukar??

Adakah persoalan ini Anwar boleh memberikan jawapan yang munasabah?

Tak sampai setahun memegang amanah rakyat, boleh dibuang atau ditinggalkan begitu saja. Inikah demokrasi yang dihebohkan sejak dulu lagi baik dari mana-mana parti politik sekali pun. Ada yang kata, rakyat Kajang harus 'bersyukur' kerana pemimpin bertaraf dunia menjadi wakil rakyat mereka. Jika Anwar ini bertaraf dunia, kenapa Permatang Pauh dari dulu sampai sekarang sama saja, tiada sebarang perubahan baik yang dilakukan oleh beliau?

Jom baca pandangan rasional masyarakat di Kajang dan mempersoalkan kenapa demokrasi dilacurkan sedemikian rupa oleh pakatan haprak:

Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.

Beberapa pengundi yang ditemui  masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.

Samuri Dahlan, 57, (kiri)  tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.

Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.

“Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.

“Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.

“Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit,” katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.

“Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).

“Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini,” katanya.

Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.

“Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.

“Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.

“Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga,” katanya.

Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa ‘ditipu” dengan percaturan politik demikian.

“Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.

“Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu,” katanya.

Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.

“Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.

Pada masyarakat di Kajang, bersiap sedialah dengan kempen biasa yang pakatan lakukan jika ada PRK di Kajang. Isu dakwat tak kekal dan paling best 'pengundi Bangla' a.k.a hantu jika BN menang di kawasan tersebut.


Sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh yang diberikan oleh pakatan haprak. Hanya omong kosong saja....kalau dah bersalah kenapa sampai sekarang tak berani minta maaf. Macam tu pun masih ada rakyat yang bodoh dan buta kayu kerana terpengaruh dengan mulut manis pakatan haprak.

GR juga berharap, jika SPR mengumumkan ada PKR di Kajang...pemimpin UMNO/BN jangan asyik ditakuk lama. Sedarlah diri sikit, jangan asyik nak tabur 'emas' hanya sebelah pihak. Jangan asyik dengar cakap orang kiri kanan yang sebenarnya mereka ini habuk pun tak ada.

Pada PM dan TPM jangan asyik tabur duit berjuta pada pengundi Cina. Yakin sangat ker kali ini mereka akan balas jasa pada BN? Yakin sangat ker dengan report yang diberi oleh orang kiri kanan anda? Nilailah sendiri...jangan pegi tokong bagi berjuta-juta, sekolah Cina bagi juta-juta. Akhirnya BN ditipu lagi untuk beberapa kalinya. Masa tu nak menangis pun tak der guna lagi, PRU13 sudah ada testimonialnya.

Pengundi Kajang faham MB Khalid DIPAKSA turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dalam tangis di depan cameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Komen stright to the point MB N.Sembilan mengenai PRK DUN Kajang ada bernasnya.



PM dan TPM harap dengarlah komen dari semua pihak dan juga akar umbi. Kalau jadi juga pertandingan, kotakan janji tu pasal Winnable Candidate bukannya letak calon yang hanya gah pada nama tapi tak tau buat kerja. Rakyat sekarang pun dah pandai, bagi undi orang lain...bula minta bantuan menangis merayu pada pihak Kerajaan UMNO/BN jugak. Tak gitu???


GR kata: Nak jadi macam Pak Pandir atau Sang Kancil? Lu orang pikir la sendiri yer....

Wednesday, January 29, 2014

ANWAR TAK DAPAT RESTU JADI MB! MUNGKIN ADA TANGAN GHAIB YANG TOLONG? @anwaribrahim @Khalib_Ibrahim @NajibRazak


Al kisah bandar satay Kajang semakin hangat diperkatakan sekarang. Mana tak nyer, belum sampai 1 penggal pun PRU13 dah ada wakil rakyat yang letak jawatan. Bukankah ini merupakan perkara pelik dalam senario politik di Malaysia sekarang ini.

Adakah rakyat boleh menilai apakah sebenarnya yang berlaku antara puak pakatan haprak? Di manakah kata-kata puak pakatan yang menabur fitnah kononnya UMNO/BN sebuah parti yang boros dan membazirkan duit rakyat?

Kisah perletakan jawatan ADUN Kajang nampak jelas, Anwar Ibrahim gilakan kuasa. Penjelasan beliau kononnya untuk menyelesaikan persengketaan antara Khalid Gagap dan Azmin Ali hanyalah retorik. Agenda utama beliau hanyalah untuk mendapatkan kuasa.

Selama menjadi 'penasihat' ekonomi Selangor dengan bergajikan RM1, hanyalah wayang semata-mata. Sumber dalaman memberitahu GR, geng dalam pakatan dah bosan dengan perangai Anwar yang semakin gila kan kuasa. Semua keputusan dibuat ikut sedap diri sendiri saja tanpa mengambil peduli pandangan geng pakatan yang lain.

Inikah demokrasi yang Anwar taburkan selama nie? Setiap hari rakyat diperbodohkan oleh Anwar tapi masih ramai yang tak sedar. Selama ini jadi MP Permatang Pauh adakah beliau turun padang membantu rakyatnya di sana...inikan mula nak jadi ADUN Kajang seterusnya jadi MB Selangor.

PAS dan DAP juga mengutuk tindakan Anwar yang hanya pentingkan diri sendiri. Puak-puak yang bukan Anwarinas lebih mudah bekerjasama dengan Khalid Ibrahim selama beliau memegang jawatan MB kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor. Adakah Anwar mahu melanggar perintah Sultan dan perundangan negeri yang sudah termaktub?

PAS Selangor menolak secara terbuka cubaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru manakala sayap pemudanya bertekad memulau pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandingi oleh Ketua Pembangkang itu.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim terkilan dengan peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam untuk memberi laluan kepada Anwar.

“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.

“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk Anwar diletakkan sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.

Syarhan berkata Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan terbabit.

“Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat,” ujarnya.

Beliau mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.

“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.



Bagaimana pula dengan UMNO/BN? Sehingga kini tiada sebarang respon dari pucuk pimpinan tertinggi memberikan kata putus sama ada meletakkan calon melawan Anwar di Kajang. Dari survey yang dibuat, rata-rata suara akar umbi malah menyatakan UMNO/BN tidak perlu bertanding. Jangan layan 'permintaan' Anwar yang jelas melakukan pembaziran wang rakyat.

Masih ingat dengan DUN Penanti? Apa persamaannya DUN Penanti dan PRK DUN Kajang? Penyandang dari PKR DI ARAH letak jawatan.

Pada 18 Mei 2009, PM Najib dalam satu sidang medianya ada memberitahu BN takkan letakkan calon di DUN Penanti bukan disebabkan faktor kematian dan sabit kesalahan undang-undang oleh  penyandang, sebaliknya ia adalah gimik PKR yang cuba tutup kelemahan parti mereka.


Untuk DUN Kajang, GR beritahu puncanya kenapa ia berlaku?

Pertama Anwar nak alihkan dan menutup isu anaknya Nurul Izzah yang ada masalah rumahtangga dan keduanya isu dirinya yang dihalau dari memasuki Jepun.

Di kedai kopi dah banyak bercerita mengenai keretakan rumah tangga anaknya, sampai ke tahap kias macam mana nak tadbir negara, tadbir rumahtangga pun gagal.

Ketiganya dikabarkan dari puak PKR, Khalid Gagap pada persidangan parti PKR tahun ini akan mencabar kerusi timbalan presiden. Ianya mampu menyentak kedudukan Azmin Ali. Jadi untuk mematikan move Khalid Gagap, maka drama DUN Kajang digerakkan dengan serta merta.

Fakta--fakta ini jelas dengan perbualan telefon yang GR dengar antara pemimpin UMNO bersama Azmin Ali semalam....Azmin menyatakan ini semua sandiwara untuk mengekalkan jawatannya, betul ker YB??

Pelikkan, kenapa Anwar sanggup bermain di DUN Kajang yang mana pengundinya majoriti Cina? Kenapa tidak di kawasan yang majoriti Melayu? Sanggup tukar alamat di JPN beberapa hari lepas, semata-mata gilakan jawatan MB.

Jika benar PRK DUN Kajang diadakan, para pengundi Melayu buatlah keputusan bijak. GR mohon dan sokong kekalkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor, tak payah tukar.


GR kata: Tak dapat tawan Putrajaya, Anwar duk Kajang sebelah Putrajaya. Dapat bau pun jadilah kan. Gila kuasa tahap Yahudi!!

Tuesday, January 28, 2014

ANWAR TAK BOLEH JADI MB SELANGOR? TAPI BAKAL MASUK BALIK UMNO? @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Drama politik apakah yang berlaku sekarang di Malaysia? Seperti telenovela yang beratus-ratus episod...tapi di manakah kesudahannya?

Menariknya hari ini di alam maya, perkara yang sudah kita ketahui pertelingkahan dalam puak pakatan haprak ni yang tak boleh disorok lagi. Perkara ini bukannya baru hari ini, tapi sejak dulu lagi. Masih relevankah Anwar dalam Pakatan Haprak? Jawapan itu kita sendiri fikirlah....

Persoalan yang perlu kita ada jawapannya...boleh percayakah kita pada manusia bernama Anwar Ibrahim?? Ingatkah kita pelbagai penipuan yang Anwar buat pada negara??

Bolehkah kita kategorikan Anwar Ibrahim ini sebagai pengkhianat agama, bangsa dan negaranya sendiri?? Seperti 'hasrat' Anwar Ibrahim di bawah..boleh percaya ka??

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.

Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.

"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.



Sebagai parti keramat perlukah kita memberi 'peluang' pada manusia yang bertopengkan syaitan seperti Anwar Ibrahim ini? Sejak beliau dipecat atas kesalahannya sendiri dan juga terlalu banyak pembongkaran yang dibuat demi untuk menjual negara...adakah UMNO perlu memberi pertimbangan pada Anwar?

PM Najib tolonglah bertegas demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Anwar boleh buat apa saja walaupun dia perlu melutut cium kaki yang kotor tu....asalkan impian dia untuk menjadi PM Malaysia ke 7 akan tercapai.

Permainan Anwar yang perlu kita lihat adalah dia cuba untuk menutup isu beliau dihalau dan tidak dibenarkan memasuki negara Jepun dan juga gosip skandal anaknya sendiri. Puncanya kita semua sudah ketahui dan ianya hanyalah salah dirinya sendiri yang bodoh, perasan dirinya laku di mana saja.

Begitu juga dengan perletakan jawatan ADUN Kajang dan kononnya Anwar akan bertanding di DUN tersebut dan beliau akan menjatuhkan Khalid Gagap untuk menjadi MB Selangor yang baru. Azmin Ali yang juga berangan untuk jawatan tersebut tak boleh diterima kerana syarat untuk menjadi MB Selangor...mestilah dari kalangan anak Selangor sendiri...lahir di Selangor.

The Selangor Constitution Art 51 (2)... No person shall be appointed to be Menteri Besar unless he is of the Malay Race and professes the Muslim Religion. Art 53 (3)... a person who is a citizen by naturalization or by registration under Art 17 of the fed const shall not be appointed a Menteri Besar.

Mungkin yer...mungkin tidak. Apa pun ia harus mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Pandangan GR, Anwar dah gila kuasa tahap melampau kerana sanggup jatuhkan standard dirinya asalkan jawatan diberikan padanya. Ta

Untuk menyatupadukan semula bangsa Melayu dan Islam, PM Najib harus lebih fikir dengan mendalam. Berilah pelbagai jalan dan peluang untuk memberikan yang terbaik pada bangsamu sendiri...jangan duk sibuk beri layanan kasih sayang pada bangsa lain terutama sekali CINABENG. I

Ingat bangsa Melayulah yang bantu UMNO/BN kenal sebagai pemerintah. Jangan asyik dibuai mimpi....semua yang ada boleh hilang sekelip mata kalau kita tersalah langkah. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Kalau semua agensi kerajaan di swastakan...makna Diraja tu tinggal apa??

Sunday, January 26, 2014

KDN YANG DULU, BUKANNYA YANG SEKARANG! @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Apakah rahsia kejayaan KDN sekarang selepas diterajui oleh Boss yang baru? Apakah persamaan dari segi gerak kerja Boss-bossnya membawa transformasi yang baru pada KDN sekarang?

Kementerian Dalam Negeri adalah suatu kementerian yang boleh dikatakan 'panas' dan popular selepas PM Office dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah disebabkan semua agensi di bawah KDN boleh dikatakan semuanya menjurus kepada rakyat. sebagai contoh PDRM, Imigresen, JPN dan lain-lain lagi.

Apa bezanya KDN dulu dan sekarang? Walaupun KDN adalah sebuah kementerian yang amat ditakuti oleh ramai menteri, tetapi KDN tetap membuatkan menterinya yang baru dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan padanya.

Dulu Tun Ghazali Shafie banyak kali bertanding Naib Presiden UMNO ketika menjadi Menteri Dalam Negari tetapi kalah. Tun Musa Hitam terpelanting dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika menjaga KDN selepas peristiwa berdarah Memali. Genap 100 hari peristiwa Memali, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Selamatkah DS Zahid Hamidi di KDN? Dapatkah beliau menjadikan KDN menjadi popular dan sentiasa mendapat perhatian dari rakyat? Apa puncanya?

Punca sebenar KDN berwajah baru ialah kerana setiap hari Khamis, menterinya DS Zahid Hamidi mengadakan HARI TERBUKA untuk orang ramai menemuinya dari pagi hingga ke malam.

Ia bermula dari awal Januari 2014 konsep Hari Terbuka Menteri KDN ini diperkenalkan. GR dapati lebih 200 orang sanggup menunggu dari pagi hingga ke jam 11 malam untuk menemui beliau kerana kebetulan GR juga berada di KDN waktu itu. Tepat jam 11 malam, masih ramai yang tidak dapat menemuinya dan terpaksa menempah untuk membuat temujanji dengannya pada Khamis minggu hadapan.

DS Zahid Hamidi melayan setiap orang dari pagi hingga ke malam yang ingin menemuinya. Ketika mantan KDN sebelum ini bukan semua orang dapat menemui menteri yang jaga KDN itu. Hanya kawan-kawan rapat dan orang politik sahaja yang dapat menemui mereka.

Ada juga kawan-kawan GR yang bekerja di KDN memberitahu menteri sebelum ini masuk ofis pun jarang sekarang dan bila masuk pukul 4 petang dah balik...tak tau lah ke rumah atau ada program di luarkan. Sebarang urusan diminta fax padanya dan akan dilihat di rumah. Pelbagai urusan juga hanya diuruskan oleh pegawai-pegawai khasnya saja...lagak gaya macam merekalah menteri kerana mungkin 'diberikan kuasa'?

Kita semua ketahui DS Zahid Hamidi seorang bersifat terbuka. Sesiapa sahaja boleh menemui beliau asalkan orang itu sabar menunggu giliran. Macam nie pun masih ada yang kata beliau seorang menteri yang tak buat kerja dan juga hanya pandai cakap.


Suasana pejabat Menteri KDN pada hari Khamis

Menurut PA menteri KDN DS Zahid Hamidi, kebiasaannya setiap hari Khamis....rakyat akan membuat temujanji dengan DS Zahid Hamidi. Pendaftaran dibuka seawal pagi hingga jam 10.30 pagi. Walaupun pendaftaran sudah ditutup pada pukul 10.30 pagi, orang ramai tetap naik ke Tingkat 12 KDN menunggu giliran untuk mengadu hal kepada Menteri KDN ini.

Dengan pendekatan terbuka Menteri KDN ini, rakyat dari semua lapisan dapat bertemu dengan menteri untuk mengadukan pelbagai hal dan masalah mereka untuk diselesaikan serta dibantu.

Jika semua menteri mengikut stail DS Zahid Hamidi buat hari terbuka, GR rasa rakyat yang ada masalah dengan mana-mana kementerian dapat menyelesaikan masalah dengan segera dengan bantuan menteri...tak gitu??

Satu lagi, ramai yang tidak tahu DS Zahid Hamidi adalah seorang yang bukan bercita-cita tinggi. Beliau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada beliau menerajui KDN. Usah risau pada pemimpin yang bercita-cita tinggi nak sampai ke langit...pergilah kerana tiada sebarang gangguan pun jika 'rezeki' kita itu Allah S.W.T telah tetapkkan pada kita.



GR kata: Siapa kata nak jumpa menteri perlu protokol?? Lihat dengan mata bukannya dengan telinga.

Artikel pelbagai