Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, April 14, 2012

PANAS: RUMAH MB PERAK KENA SERANG ANAK MUDA!! @ZambryAbdKadir @azwanbro @HishammuddinH20 @Khairykj @Rosnah_ARS



Sambutan yang sangat hebat membuktikan generasi muda telah memberi sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional terutamanya di Negeri Perak. Ini telah terbukti dengan Pelancaran Jentera Pemuda dan Puteri Negeri Perak di kediaman Menteri Besar Perak.

Kehadiran lebih 10 ribu pemuda dan puteri telah membentuk gelombang biru yang cukup hebat dan sudah pasti membuktikan ukuran sokongan muda mudi semakin hangat kepada Barisan Nasional.

Lihat beberapa gambar di bawah yang akan buat Pakatan Haprak bertambah pening kepala dengan sambutan anak muda di Perak :








 GR kata: Pakatan Haprak tak perlu kata apa-apa...anak muda sudah mula menyokong BN!!

PANAS: DEBAT!! 2 VS 1, SIAPA LAGI HEBAT?? @Khairykj @rafiziramli @Ambiga_S


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini bersetuju untuk berdebat dengan Datuk S. Ambiga mengenai isu-isu pilihan raya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 25 April (8 malam) ini. Ia dianjurkan oleh akhbar Malay Mail. Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rembau itu juga menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei ini.

Ia mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Kedua pengumuman itu dibuat oleh Khairy dalam laman twitternya.

"I have agreed to debate @ambiga_s on 25 April re electoral reforms & @rafiziramli on 3 May re PTPTN. Details to come."

Debat antara Khairy dengan Ambiga ini adalah kali pertama buat dua orang personaliti itu manakala Khairy dan Rafizi sebelum ini pernah berdebat. Kedua-dua mereka berbuat demikian dalam satu debat bertajuk ” Dasar Awam: Wawasan 2020 – Malaysia bergerak ke arah yang betul? ” yang dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire baru-baru ini.

Untuk rekod, Khairy juga sebelum pernah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang, Kelantan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Al-Tantawi. Menariknya, ketiga-tiga mereka, Khairy, Rafizi dan Ambiga, berkongsi satu persamaan – produk institusi pengajian ternama dari England!

Khairy seperti yang semua sedia maklum adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Ambiga lulusan undang-undang dari Universiti Exeter manakala Rafizi adalah lulusan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

Kehebatan Khairy dan Rafizi dalam berdebat tidak dapat dipertikaikan lagi manakala Ambiga dikatakan lebih ‘cool’ tetapi sering tampil dengan hujah yang tegas dan menyakinkan. Bagaimana prestasi mereka kali ini? Kita tunggu dan lihat pada 25 April dan 3 Mei ini. Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok…mari kita lihat siapa yang kenaaaa!!!- mynewshub.my


GR kata: Kita lihat siapa yang kena, Rafizi ni tak serik lagi gamaknya. He he he

TERKINI: FOTO SEKITAR MAHASEWEL BUAT HURU HARA DI KL!! #debatptptn







Ternyata demo ini dimonopoli oleh Pakatan Haprak yang sebenarnya menggunakan mahasiswa untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka tidak hiraukan keadaan sekeliling dan keselesaan rakyat untuk keluar beriadah hujung minggu bersama keluarga. Inikah yang ditunjukkan oleh mereka-mereka yang katanya berfikiran bijak pandai?? Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Mahasewel yang takder otak...hakkktuihhhhh!!!

TERKINI: DEMO MAHASEWEL DI KL TIADA SAMBUTAN..!! #mejabulatptptn @khalednordin @saifuddinabd



Sekarang di bandaraya Kuala Lumpur demo bantah PTPTN yang dibuat oleh kumpulan pro-M (mahasewel). Mereka berkumpul dan membuat huru-hara serta menghalang lalu lintas pengguna jalanraya di tengah bandar Kuala Lumpur.

Difahamkan juga demo ini tidak mendapat sambutan oleh golongan mahasiswa itu sendiri kerana mereka sudah muak dengan agenda peribadi yang dibawa oleh Pakatan Haprak. Usaha mereka ingin mengumpulkan mahasiswa untuk berdemo lebih dari 5,000 ribu orang yang hadir CUMA kurang 700 orang mahasiswa.

Keadaan di sekitar Sogo hanya kurang 300 orang

Baca lagi DI SINI


GR kata: Sudah terbukti sebilangan besar mahasiswa di Malaysia tidak menyokong segala agenda yang dibuat oleh Pakatan Haprak yang hanya gunakan mahasiswa sebagai keldai tungangan mereka...

BERSIH 3.0: ALASAN @Ambiga_S TAK BOLEH PAKAI..!!


Nampaknya pihak penganjur Bersih 3.0 dah tak ada modal untuk meraih simpati rakyat sertai mereka pada perhimpunan yang bakal diadakan pada akhir bulan ini. Siapakah mereka yang boleh menentukan bahawa Dataran Merdeka milik rakyat Malaysia. Dataran Merdeka adalah mengisytihar kemerdekaan ketika Malaysia mendapat kemerdekaan.

Tempat bersejarah harus kita pelihara dari dicemar dan dirosakkan oleh mereka tidak ada perasaan kasih dan sayang pada negara. GR ingin sarankan pada Ambiga jika benar Dataran Merdeka ini milik rakyat, tanyalah pada seluruh rakyat Malaysia mintalah kebenaran pada rakyat untuk diadakan Bersih 3.0...itu pu jika rakyat Malaysia benarkan. Jika tidak janganlah mimpi disiang hari. Usahlah berikan jawapan sendiri...itu namanya syok sendiri.

Pada rakyat Malaysia, fikirkanlah apakah benar puak-puak Pakatan Haprak ini akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 secara aman?? Lihat sajalah perhimpunan lain yang mereka adakan, pernah ker secara aman?? Akan menyalahkan PDRM dan fitnah Kerajaan kerana berlaku kekasaran kepada mereka. Siapa yang membuat onar dan huru hara sebenarnya? Takkan pihak Polis sesuka hati nak bertindak kasar, Poliskan tugasnya mengawal ketenteraman awam. Renung-renungkanlah....




GR kata: Jangan menyusahkan rakyat yang ingin keluar beriadah pada hujung minggu dan jangan malukan negara pada dunia luar....

PANAS: PEMUDA AKAN GEGAR PERAK HARI NIE!! @ZambryAbdKadir @azwanbro


Pelancaran jentera Pemuda dan Puteri BN di Kediamanan Menteri Besar Perak di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Program ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Kadir juga sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak.

Program ini bakal mengumpulkan lebih 10 ribu pemuda dan puteri BN dari seluruh negeri Perak.


GR kata: Ayuh generasi muda anak negeri Perak, datang ramaikan program ini...Teruskan perjuangan pertahankan Negeri Perak dari Pakatan Haprak!!!

PERHATIAN: DEMO BANTAH PTPTN DIBATALKAN..!!! @AdamAdli



GR kata: Demo dibatalkan atas sebab di atas...Fikirkanlah, wajarkah PTPTN dimansuhkan?? Akan lahirkah mahasiswa yang berkualiti jika PTPTN dimansuhkan?? Kenapa perlu berDEMO bukankah boleh gunakan jalan yang sebaiknya untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Renung-renungkanlah...

Friday, April 13, 2012

PANAS: BALACI ANWAR KANTOI MENIPU LAGI!! @NajibRazak


Semua sedia maklum beberapa hari yang lepas tersiar dalam Buletin TV3 kononnya YAB Perdana Menteri memakai rantai. Kalau dah tak ada idea sangat pun nak fitnah YAB PM, janganlah buat keja BODOH macam ni.

Nampak sangat menipunya dan pembaca lihatlah gambar di atas yang telah diedit oleh balaci-balaci Anwar ni. Dah teruk sangat depa ni kan??


GR kata: Anwar ni dah kering idea fitnah kot sampai kerah balaci dia buat apa saja. Ha ha ha

MAHASISWA PAHANG TAK MINAT TIDO ATAS JALAN!! #AmanKampus


Setelah kampus di Kelantan mereka lawati tempoh hari, fasa ke-2 'Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA' akan mengunjungi Pekan, Pahang di mana mereka akan mendekati penuntut Institut Latihan MARA, POLISAS dan UiTM Shah Alam.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian diadakan oleh Jelajah Aman Kampus dalam usaha mereka mendekati para mahasiswa dan masyarakat untuk mengesan permasalahan yang dihadapi setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Ternyata inilah mahasiswa yang pandai berfikir secara waras. Ini terbukti dengan program majlis ilmu yang berlangsung malam semalam di Institut Kemahiran Mara Pekan, Pahang disambut dengan begitu meriah. Kelakuan mereka ini ternyata golongan yang baik dan tidak seperti sesetengah mahasiswa yang hanya bertindak mengikut hawa nafsu mereka.



Majlis ilmu yang sungguh manfaat diterima baik oleh seluruh warga IKM Pekan. Mereka ini tidak seperti sesetengah mahasiswa tak der otak, tidak boleh bezakan antara yang baik dan buruk sebab mereka hanyalah kuda tunganggan pada Pakatan Haprak.




Pembaca lihat sendiri gambar-gambar di atas dan renung-renungkanlah jika ingin berjaya dalam hidup haruslah mengikut perjalanan yang sempurna bukan ikutkan nafsu kerana ia boleh membuatkan diri kita binasa.


Baca juga DI SINI dan SINI


GR kata: Mahasiswa harus berfikir dengan bijak demi capai masa depan yang cemerlang...

PANAS: PUTERI TAK SABAR-SABAR? KES NAYA?? @Rosnah_ARS @NajibRazak


Dalam usaha menangkis dakwaan-dakwaan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN) melalui alam maya, Puteri UMNO kini sedang giat melatih anggotanya untuk menjadi penulis blog.

Ketua pergerakan itu, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, anggota parti itu turut turun padang bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan pembangkang terhadap BN.

Ini adalah antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Seni Kulinari Chef Liza di sini, Khamis.

Rosnah berkata beliau juga turut meninjau persiapan sayap itu di negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja jentera pilihan raya Puteri berjalan lancar dengan melibatkan kesemua anggotanya.

"Kita telah bersiap sedia sejak tahun lepas lagi (bagi menghadapi pilihan raya) yang mana kita telah memberi pendedahan kepada anggota-anggota Puteri dengan kerja-kerja kebajikan agar mereka (Puteri Umno) rapat dan mendengar sendiri apa yang dituntut oleh masyarakat.

"Puteri juga masih dalam peringkat perancangan untuk melantik beberapa individu tertentu memberi ceramah semasa tempoh berkempen agar amanat pucuk pimpinan parti sampai kepada orang ramai," katanya.- Bernama


GR kata: Semua jentera sudah siap sedia untuk 'berperang' demi mempertahankan agama, bangsa dan negara....

Thursday, April 12, 2012

PANAS: PEMIMPIN PAKATAN HAPRAK BIADAP DENGAN YANG DI-PERTUAN AGONG!!


Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati pemimpin kita apatah lagi pemimpin no. 1 negara dan juga setiap negeri. Pembaca pun tahu pemimpin yang dimaksudkan ialah Yang Di-Pertuan Agong yang menjadi pemimpin no. 1 dalam negara.

GR sedih masih ada pemimpin yang berperangai macam budak sekolah tadika yang tak tahu apa-apa. Bukankah sebagai pemimpin perlu tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan dikalangan mereka sendiri. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, beberapa orang pemimpin Pakatan Haprak telah mengeluarkan kata-kata kesat dan mengejek Yang Di-Pertuan Agong, beberapa DYMM Sultan negeri, YAB Perdana Menteri dan Timb Perdana Menteri ketika majlis pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.

Ini ker contoh yang baik ditunjukkan oleh mereka-mereka puak-puak Pakatan Haprak?? Di manakah adab sebagai seorang rakyat terhadap Yang Di-Pertuan Agong?? Cakap BODOH pada puak-puak Pakatan Haprak ni marah tapi jelas ternyata Pakatan Haprak memang tidak ada langsung ciri-ciri untuk memimpin negara. Mereka hanya tahu jaga kepentingan peribadi mereka dari menjaga kepentingan rakyat dan negara. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....

Baca pendedahan seterusnya DI SINI


GR kata: Pemimpin yang BIADAP tidak perlu diangkat sebagai pemimpin. Renung-renungkanlah....

PADANG BOLA PUNYA HAL, RAKYAT YANG KENA!! APA CITER @Khalid_Ibrahim??


Inilah dia Pakatan Haprak kerakusan mereka yang gilakan kemewahan poket sendiri, mereka sanggup mengetepikan keperluan rakyat setempat. Kenapakah boleh jadi begini?? Apakah MB Selangor tidak ada perasaan langsung, sanggup hapuskan keperluan rakyat demi untuk pembangunan yang tidak sepatutnya. Dah macam tak ada tempat lain nak usik, kenapa mesti padang bola ni?? Bukankah sudah bertahun padang bola tersebut digunakan oleh rakyat bersukan dan sebagainya. Inilah situasi yang dihadapi oleh rakyat di Selangor, saban hari padang bola mereka dihapuskan begitu saja demi menambahkan poket puak-puak Haprak ni.

Persoalannya sekarang, kenapa padang bola di Selangor yang sibuk depa tutup tapi depa tukar pi padang di Bandar Tun Razak?? Senang jer Khalid Ibrahim ni yer. Mentang-mentang Ahli Parlimen BTR dan MB Selangor, boleh suka-suka buat keputusan tanpa memikir keperluan rakyat. Inikah contoh pemimpin masyarakat??? Khalid Gagap tolong jawab.....


GR difahamkan perlawanan bola sepak Neg. Selangor digantikan tempatnya di padang bola sepak depan BP di Bdr Tun Razak (gambar di atas). Kenapa Liga Selangor buat di K.Lumpur?? Nie liga budak sekolah ker YB?? Kenapa perlu tukar ke Bdr Tun Razak?? Habis keperluan rakyat nak rata-rata selalu bersukan di situ macam mana?? Terkubur habis ker?? Inilah pemimpin Pakatan Haprak, mereka memang tidak berhati perut, sanggup buat apa saja demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Baca selanjutnya DI SINI


GR kata: Nasib rakyat diperjudikan macam goreng pisang oleh puak Pakatan Haprak. Alahai kesiannya....Fikir-fikirkanlah!!!

OH! MASSAGE..OH! RUMAH URUT, APA CELOP @Khalid_Ibrahim??


Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin. Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

“Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan. “Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh,” katanya.


Tukang urut yang ditangkap


Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin. Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

“Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial. “Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis,” katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit. - SH


GR kata: Selangor sekarang dah macam kedai runcit, macam-macam rumah urut ada. Alahai.... MB Selangor senyap jerk, jadi pak turut or pak urut?? Ha ha ha

ALAHAI...SIAPA TIRU SIAPA NI?? @rafiziramli #mejabulatptptn



Program Meja Bulat PTPTN yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT telah pun tamat semalam dengan jayanya. Pelbagai resolusi telah dibincangkan oleh wakil-wakil mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia dan resolusi tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk disampaikan kepada YAB PM DS Najib Razak.

GR juga turut serta dalam bengkel tersebut dan melihat sendiri ramai mahasiswa di Malaysia tidak menyokong jika PTPTN itu dimansuhkan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, PKR juga buat program yang lebih kurang sama pada 2 hari lepas di Shah Alam. Nak tiru #mejabulatptptn ker Rafizi??? Janganla macam tu kawan...He he he

GR juga difahamkan dari sumber dalaman program yang dibuat oleh PKR buatnya seperti rundingan tetapi penjelasan dari pihak mereka kononnya guna duit Petronas untuk cover PTPTN jika mansuhkan. Perghhhhh...senangnya macam tu, dah macam makan kacang. Macam amik servis China Doll pun ada jugakkan. Main suka-suka ambil. Janganla cetek sangat pemikiran tu wahai Rafizi tau la kerja Petronas dulu.

Kenapa program yang dianjurkan oleh PKR ini tidak dipanggil wakil pegawai dari PTPTN itu sendiri seperti yang dibuat oleh Program Meja Bulat ini?? Penjelasan yang dibuat oleh satu pihak saja macam mana nak ada penyelesaian kalau macam tu. Kata membawa suara rakyat?? Pembela nasib mahasiswa??? Ada ketelusan ke macam tu?? Yang hadir dipanggil untuk turut serta pun puak-puak sendiri saja dari mahasiswa pro-Militan. Kenapa tak jemput semua??? Boleh tolong jawab tak Rafizi???


Pembaca lihat gambar di atas, program seperti inilah yang perlu dibuat dan nampak ketelusan untuk menyelesaikan isu yang timbul. Pelbagai idea dikongsi walaupun pada peringkat awal rundingan meja bulat agak panas dengan mahasiswa meluahkan pandangan mereka agar didengar oleh pihak PTPTN. Bukannya buat penjelasan yang syok sendiri, orang yang dengar pakat angguk jer....


GR berpendapat adalah tidak wajar Pakatan Haprak melibatkan Petronas dalam isu PTPTN ini kerana Petronas bukannya institusi kewangan. Mereka adalah syarikat yang menjana pendapatan mereka sekaligus pada negara. Tidak ada sebab pihak Kerajaan mengambil wang dari Petronas untuk dijadikan pinjaman kepada para mahasiswa yang ingin menuntut pengajian di IPT. Kita semua sedia maklum PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 ini adalah pinjaman yang diberikan oleh pihak bank di Malaysia kepada PTPTN dan pihak Kerajaan hanya sebagai orang tengah yang memberi jaminan. Sistem ini lebih kurang macam kita buat loan rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak tidak munasabah kerana membebankan mahasiswa kerana interest yang dikenakan oleh PTPTN jika peminjam lambat sangat bayar hanya 1% setahun dari jumlah pinjaman yang mereka ambil. Dalam rundingan #mejabulatptptn yang diadakan semalam, mahasiswa mencadangkan agar kadar faedah ini dimansuhkan kerana ia dapat meringankan beban pada peminjam.

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

PTPTN juga memberikan lagi banyak kelonggaran kepada peminjam dari segi rundingan berapa mahasiswa ini mampu bayar sehingga langsai pinjaman mereka dengan PTPTN. GR nak tanyalah kan...PTPTN yang suruh atau paksa mahasiswa isi borang pinjaman tersebut atau pun korang yang isi sendiri?? Sifat manusia Allah SWT jadikan dalam diri manusia, siapa yang tak nak benda FREE kan...TAPI apakah jika pendidikan percuma Kerajaan berikan akan lahir mahasiswa yang berkualiti yang bakal menjadi pelapis pemimpin pada negara?? Fikir-fikirkanlah....

Ini orang pandai cakap saja maa...


GR kata: Siapa yang cadangkan PTPTN pada tahun 1997 yer?? Orang tu pulak yang nak hapuskan. Cakap putar alam betullah....

Wednesday, April 11, 2012

VIDEO PANAS: YB PKR PERSENDAKAN ISLAM, PAS SUKA..!!


Inilah Pakatan Haprak, mempermainkan Islam tanpa ada rasa takut dengan balasan dari Tuhan. Demi meraih undi rakyat mereka sanggup buat apa saja walaupun ianya melanggar landas sebagai Islam.

GR begitu sedih kerana baru-baru ini dalam ceramah mereka di Kuala Lumpur YB Chang Lih Kang dari PKR (gambar di atas) telah mempersendakan ayat suci Al-Quran. Wajarkah seorang yang bukan Islam berkata begitu. Di manakah ostad-ostad PAS yang ketika itu turut serta dalam ceramah tersebut, diam membisu saja kah?? Terbukti puak-puak Pakatan Haprak ni permainkan Islam begitu saja.

Pembaca lihat video di bawah bukti YB PKR persendakan Islam :



GR kata: Bukan Islam persendakan Islam, PAS suka sangat-sangat. Renung-renungkanlah....

VIDEO PANAS: Dato' @razaliibrahim TEMPELAK ANWAR IBRAHIM!! #mejabulatptptn





GR kata: Ternyata janji Pakatan Haprak tak boleh pakai....Apa pun tak boleh!!!

PANAS: PTPTN DISERANG MAHASISWA?? #mejabulatptptn



PTPTN diserang dengan pelbagai resolusi yang bernas oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di Program Meja Bulat PTPTN. Resulosi ini diberikan untuk menambahbaikkan perkhidmatan PTPTN yang sedia ada.

Rata-rata mahasiswa di Malaysia TIDAK menyokong jika PTPTN ini dimansuhkan kerana boleh memberi impak yang buruk kepada mereka dan negara. Rata-rata peminjam PTPTN adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sambutan yang sangat menggalakkan diberikan oleh mahasiswa dari seluruh Malaysia. Antara idea yang GR minat ialah adakan satu sistem pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji dengan bayaran yang mampu dan wujudkan syarat pada peminjam untuk pelajar yang blacklist supaya mereka boleh ke luar negara untuk tujuan sambung belajar atau pun kerja.


GR kata: PTPTN bukan datang dari pinjaman bank ker? Mana datangnya dari Kerajaan??


Sent from Samsung tablet

PAKATAN HAPRAK ROSAKKAN PEMIKIRAN GENERASI MUDA - #mejabulatptptn



Parti pembangkang mempolitikkan isu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semata-mata untuk meraih sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu mengakibatkan golongan muda khususnya mahasiswa yang terpedaya dengan dakyah pihak terbabit memandang serong kepada kerajaan.

Menurutnya, pembangkang sengaja mahu mempolitikkan isu tersebut kerana menyedari ia satu perkara yang mudah mendapat perhatian umum.

''Kita tidak mampu menghalang mana-mana pihak terutama pembangkang membesar-besarkan isu ini, sebenarnya rakyat sendiri harus memahami dengan jelas isu yang ditimbulkan sekarang'', katanya selepas merasmikan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. - Utusan


GR kata: Pakatan Haprak hanya pandaikan janji manis bulan dan bintang...Fikir-fikirkanlah...


Sent from Samsung tablet

PANAS: AWEKS MELAYU MENYESAL BERCINTA DENGAN NEGRO!!


Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.

Seri... Menjadi pemuas nafsu, itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.

Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapa"t. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain. - Sumber


GR kata: Cintailah agama, bangsa dan negara...Renung-renungkanlah!!!

MAHASISWA, WAKIL NGO DAN PTPTN BERBINCANG MENCARI PENYELESAIAN - #mejabulatptptn


Pentas rundingan Meja Bulat telah pun bermula hari ini. Bertempat di Vistana Hotel Kuala Lumpur mereka berkumpul untuk membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu PTPTN. Mereka yang hadir mewakili universiti mereka dan gabungan pelajar bagi membawa pandangan serta suara yang ingin mereka ketengahkan bagi menyelesaikan isu yang sedang hangat ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT mengambil suatu pendekatan bagi memudahkan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai isu ini. Mereka telah memberikan pandangan yang bernas bagi menambahbaikkan sistem PTPTN ini demi membantu mahasiswa dapat belajar dengan baik di IPTA & IPTS.


Antara isu baik dan harus diberi perhatian sewajarnya adalah cara atau kaedah pembayaran balik mengikut kemampuan si peminjam. Contoh cadangan dengan mengikut skala gaji yang diterima,  melalui pemotongan gaji mengikut berapa jumlah gaji yang diterima si peminjam dapat menyelesaikan jumlah pinjaman tanpa menggangu gaji yang diterima bulanan.


GR kata: Jika ada sebarang pertanyaan dan pandangan boleh utarakan di Twitter @MejaBulat_PTPTN dan hastag #mejabulatptptn

Tuesday, April 10, 2012

PERGHHH...ANWAR & AMBIGA SUKA MAKANAN NI...???






GR kata: Best ker tak hanya orang tu jer yang tahu....Skandal mengalahkan artis hollywood...He he he

PANAS: CHINA DOLL INI YANG BUAT ANWAR JATUH CINTA??


Apakah benar gambar di atas China Doll Pak Anwar Ibrahim ketika beliau melakukan 'aksi' seperti di dalam video terbabit?? Pembaca ingin tahu, lihat video sebenar di bawah :




GR kata: Kredit GR berikan kepada siapa yang hasilkan video ini. Ternyata rakyat pun dah menyampah dengan Pakatan Haprak yang hanya pandai berjanji tapi tidak akan TUNAIkan...

PANAS: AZMIN INGKAR DENGAN IBUNYA SENDIRI??


Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.

Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.

Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.

"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.

"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.

"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.

Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.

Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.

"Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia," kata Ummi.

Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat. Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13. - mStar


GR kata: Nak ker Azmin dengar cakap ibunya kalau dah taksub sangat pada Anwar?? Syurga di bawah tapak kaki ibu....

KANTOI!! BERSIH 3.0 DITAJA KILANG ARAK!!

Pembaca lihatlah ada apa-apa perbezaan tak dengan gambar di bawah :



Pembaca lihat logo arak dan Bersih 3.0 sama tapi tak serupa ker apa? Ternyata antara main sponsor Bersih 3.0 nanti ialah dari kilang arak. Apakah ini yang diperjuangkan oleh Pakatan Haprak?? Sayangnya orang Melayu dan Islam pun turut serta. Kata BODOH nanti marah. Fikir-fikirkanlah....

Logo dikedua-kedua gambar itu ternyata sama. Kita tunggu dan lihat siapakah anasir luar yang support mereka demi untuk melihat rakyat bakal merana nanti.


GR kata: Bersihkan negeri yang banyak sampah tu dulu...tak kesian tengok rakyat ker??

Artikel pelbagai