Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, September 29, 2012

Kerja Gila!! Offer Duit Untuk Kahwin Dengan Anak Sendiri...!!!

HONG KONG - Apabila taikun hartanah Hong Kong, Cecil Chao menawarkan hampir RM200 juta (AS$65 juta) kepada sesiapa yang sanggup berkahwin dengan anak perempuannya, seorang lesbian, ramai menyifatkannya satu cadangan tidak patut.

Tawaran itu mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia.Laporan media Hong Kong menyebut lebih 100 orang telah menawarkan diri untuk menjadi pasangan anak perempuannya, Gigi, 33, dengan membanjiri pejabat beliau sejak pengumuman itu dibuat Rabu lalu. Malah beribu-ribu menawarkan diri menerusi surat, e-mel dan faks. Gigi telah pun berkahwin dengan seorang wanita.

Bapanya mahu menyelamatkan anaknya atas alasan perkahwinan sejenis tidak sesuai dengan norma dan status masyarakat. Antara mereka yang menawarkan diri termasuklah veteran perang dari Amerika Syarikat (AS), Istanbul, Amerika Selatan dan Portugal, kata Gigi.

Seorang warganegara Perancis menulis: "Saya fikir saya boleh menjadikan wanita ini gembira. Saya selembut seorang wanita".

Seorang rakyat AS pula menulis, "saya berminat dengan tawaran untuk berkahwin dengan anak perempuan anda. Saya seorang lelaki, juga seorang gay." - SH

GR kata: Camner dengan sorang tu yang semua dia TIBAI...aper cer???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Cayalah Orang Bujang Pun Dapat #BR1M

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Perdana Menteri berkata, pemberian sebanyak RM250 menerusi bantuan dikenali BR1M 2.0 itu mula dibayar awal tahun depan.

Kriteria penerima masih sama iaitu ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Menurut beliau, bantuan itu akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

"Penerima BR1M tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru pula perlu mendaftar mulai November 2012 secara dalam talian atau kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara," katanya pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, membabitkan peruntukan hampir RM2.16 bilion.

Dalam pada itu Najib berkata, bagi mengurangkan kos penghantaran dan pengagihan lebih tinggi yang mengakibatkan harga keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih mahal, kerajaan memperuntukkan RM386 juta untuk membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Tambahnya, kerajaan juga akan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.

"Sebagai contoh di Ba'kelalan, Sarawak, gas memasak 14 kilogram setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak itu boleh dibeli hanya dengan harga RM26.60 setong," katanya.

Menurut beliau, sebagai tambahan bagi meringankan beban rakyat berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus.

Diskaun sama turut diberikan ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial yang mengangkut barangan keperluan asas dan binaan ke Labuan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 28, 2012

Luahan Hati Tun M Rakyat Perlu Hayati..!!!


Saya sedih. bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah di pengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang di alami oleh orang Melayu semasa di jajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa kita.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat menyelami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit mengenai orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih secara terbuka menyatakan bahawa orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbangkan apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak menjadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah oraang Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu dihadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapatkan buah bagi askar Jepun.

Jika gagal mereka ditempelang dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanyakan sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu bagi membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan siam, orang Melayu diarahkan supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang dikepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah kami. Jangan sesiapa tolong.

Kemudian British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika mereka tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu. Ia akan menjadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu yang begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengatahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tak punya negara, tidak bertanahair. tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat diantara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetian kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah bagi berkenaan penolakan malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri atau dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri. - Anak Jati Malaya


#Bajet2013: Temubual Eksklusif Pandangan Pemimpin - @Zahid_Hamidi


Sedang GR melayari internet pagi-pagi buta nie, terjumpa pula suatu yang baru. GR ingin kongsikan bersama pembaca semua. Kita semua tahu beberapa jam saja lagi, kita semua rakyat Malaysia bersedia untuk mendengar Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak.

Rata-rata rakyat Malaysia berharap Bajet 2013 pada kali ini lebih baik dari tahun yang lepas dan akan membuatkan rakyat tersenyum gembira. Inilah yang dikatakan Bajet untuk rakyat. Bukan janji yang diberikan malah janji tersebut ditunaikan.

Dengar temuramah mengenai Bajet 2013 di http://undipru13.blogspot.com/2012/09/temuramah-ekslusif-yb-ds-dr-ahmad-zahid.html


Pembentangan Bajet Esok Pasti Rakyat Tersenyum Lagi! @NajibRazak #Bajet2013


PUTRAJAYA: Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sosial yang mampan selain daripada mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat", kata mereka.

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.

Para pegawai itu menegaskan yang sementara sesetengah pihak lebih cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan masa/tempoh untuk pilihan raya umum dijangka antara sekarang dan bulan Jun tahun depan, seseorang itu tidak seharusnya lupa yang memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak ia memegang jawatan itu pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik dan bersandarkan kepada asas-asas ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Dalam Belanjawan 2012 yang diumumkan tahun lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan memilih tema "Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat dan Menyejahterakan Negara."

Dalam kata lain, falsafah Belanjawan 2013 melangkaui pilihan raya umum.

Sebaliknya, ia bersedia ke arah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti meringankan kos kehidupan, memperbaiki penjagaan kesihatan, memajukan modal insan dan mengembangkan infrastruktur asas di kawasan-kawasan kurang membangun, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, para pegawai itu berkata, Najib, sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, akan memastikan yang Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan-belanjawan negara sebelum ini lebih terpencong ke arah kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Kita letak itu ketepi, kesejahteraan komuniti/masyarakat secara keseluruhannya penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian bagi menggerakkan negara ke hadapan serta menyediakan penampan terhadap sebarang situasi luaran yang tidak menentu terutamanya pergolakan yang tercetus dari Eropah, tahun depan.

Ini bermakna kesinambungan dasar perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini, terutamanya dalam sektor-sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan.

Ini terutamanya jelas dilihat dengan kerancakan pelaburan sektor persendirian selain daripada pengembangan pasaran modal tempatan menerusi kejayaan tawaran awam permulaan (IPO) berprofil tinggi seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd, permodalan pasaran Bursa Malaysia yang lebih baik dan meningkatnya tarikan kewangan Islam dalam pasaran kewangan global.Berikutan kejayaan pasaran modal tempatan dan peranan penting Malaysia dalam penerbitan bon-bon sukuk, kerajaan dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata yang kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ditanya bagaimana ia akan dilaksanakan walaupun belanjawan itu merupakan "belanjawan dengan pengembangan yang sedikit", mereka menjelaskan yang ia akan dilakukan menerusi pengurusan kewangan yang lebih baik, termasuk mengurangkan pembaziran dan menyalurkan subsidi kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang betul dan sesuai.

Mereka berkata mengurangkan defisit tidak akan menjadi masalah selagi ekonomi tempatan berkembang maju dan kekal berdaya tahan terhadap sebarang situasi tidak menentu persekitaran luaran.

Ditanya sama ada persoalan mengenai duti eksais yang rendah untuk kenderaan bermotor akan ditangani dalam Belanjawan 2013, mereka berkata yang ucapan Najib seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automobil negara, di manamata pencarian lebih daripada 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri ini berhadapan risiko selain daripada meneliti kebangkitan semula syarikat-syarikat kereta nasional. - BERNAMA


GR kata: Bajet untuk rakyat bukan gula-gula pilihanraya!!

Thursday, September 27, 2012

HOT #PRKampus: #PR-Menipu Bikin Onar, UM Buat Pengundian Semula Esok!!


SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok membabitkan  dua kerusi kawasan fakulti yang merekodkan jumlah undi yang sama semasa hari pengundian pilihan raya kampus, kelmarin.

Kenyataan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM  berkata, pengundian semula itu sudah mendapat persetujuan Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon.

 “Adalah dimaklumkan, Naib Canselor telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti diadakan  pada 28 September (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Pengundian akan dijalankan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, masing-masing mempertaruhkan satu kerusi.

Kenyataan itu menambah, pelajar juga tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti kempen.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Noor dan Malik Syam Mohammed Latif manakala Muhamad Alif Jamaluddin dan Neo Yew Boon pula bertanding bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Keputusan akan diumumkan menerusi laman web UM pada jam 5 petang pada hari yang sama. Selasa lalu, pilihan raya kampus berlangsung di  15 institusi pengajian tinggi awam termasuk UM. UM memperuntukkan 43 kerusi bagi MPM dan pengundian dijalankan menggunakan sistem e-undi.

Keputusan sementara pengundian di UM menunjukkan kumpulan kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi 20 kerusi manakala kumpulan Pro-Aspirasi meraih 19 kerusi  dan dua kerusi dimenangi calon bebas serta baki dua kerusi lagi mendapat undi yang sama. - SH


GR kata: Undilah Penggerak Aspirasi Mahasiswa yang membawa suara mahasiswa.

AKHIRNYA MALAYSIAKINI @mkini_bm MENGAKU TERIMA SPONSOR YAHUDI UNTUK JATUHKAN NEGARA!!


AIDCNews – 24/09/12 – Selepas lama mendiamkan dirinya, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Mkini.dom, Premesh Chandran mengaku menerima sumbangan dana NED (National Endowment for Democracy) dalam penajaan portalnya itu.
Menurut Premesh, Malaysiakini menubuhkan Seacem pada tahun 2004 untuk membantu masyarakat sivil dan organisasi media dalam talian yang belum matang di Asia untuk menggunakan teknologi baru bagi menggalakkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi.
"Seacem telah melatih organisasi berkenaan tentang bagaimana hendak membina laman web yang lebih baik, meningkatkan keselamatan dalam talian, menggunakan media sosial, membangunkan produk video dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan media baru.
"Malaysiakini adalah laman web pertama seumpamanya di rantau ini dan Seacem adalah cara terbaik untuk kami berkongsikan kepakaran kami yang telah dibangunkan sejak 13 tahun lalu," kata Premesh dalam kenyataan media 21 September.
Premesh menjawab laporan media mengenai kontroversi berkaitan pembiayaan dana yang disediakan oleh NED yang beribu pejabat di Washington kepada kumpulan hak asasi manusia Suaram dan pelbagai kumpulan lain di Malaysia, termasuk Malaysiakini.

Dari kiri, Debbie Stothard (the Alternative ASEAN Network on Burma - Altsean-Burma), Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (PKR) dan Teresa Kok (DAP), dalam program World Movement for Democracy (WMD) anjuran NED di Turki

http://cima.ned.org/events/past-events/2009-events/blogosphere-of-influence
Portal itu turut melaporkan, Malaysiakini menerima geran bukan sahaja daripada NED tetapi juga dari penyumbang-penyumbang dana antarabangsa yang lain untuk menyokong projek-projek khas yang dijalankannya.

Selanjutnya baca http://www.anwaraidc.com/?p=27798



Sent from Samsung tablet

PAS DAH 50 TAHUN TAPI MASIH BODOH...!!


Kalau PAS masih lagi tidak nampak apa yang telah berlaku, bahkan sanggup bertakbir dan mengangguk-angguk kerana konco-konco Anwar menggunakan mimbar masjid untuk membesar-besarkan Anwar Ibrahim, barangkali memang sudah dekat sangatlah PAS dengan liang lahad. Barangkali juga, PAS sudah tidak kisah sama ada parti itu akan dikencing anak cucu pengikut setia sekarang ini semata-mata untuk mengambil hati Anwar Ibrahim.

Selama ini, kekuatan PAS adalah mimbar masjid, aktiviti-aktiviti di surau dan masjid. PAS seperti memonopoli semua masjid dan surau, dari waktu subuh sehinggalah bertemu subuh. Dari Imam sehinggalah AJK masjid, semuanya dimonopoli oleh orang-orang PAS. Manakala orang-orang UMNO pula lebih rela mengalah bagi membolehkan masjid terus dimakmurkan dan diimarahkan. Lagipun, dalam bab-bab agama, jarang benar orang UMNO mahu bertegang leher dengan orang PAS yang rata-rata perasan mereka lebih baik dan lebih tahu dalam hal-hal akidah dan furu'.

Namun dalam hal Anwar Ibrahim, orang-orang PAS akhirnya menjadi berhala bisu dan pekak. Mereka tidak sahaja nampak atau dapat memikirkan bencana yang akan menimpa PAS, bahkan menyanggupi untuk mempercepatkan PAS dikuburkan.

Apabila konco-konco dan pemuja Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada ruang yang ditinggalkan oleh PAS di masjid-masjid dan surau-surau bagi membesar-besarkan dan mendewa-dewakan Ketua Umum PKR itu, segala tuduhan dan kesalahan akan tertimpa pada PAS walaupun sebenarnya PAS langsung tidak bersalah dalam hal ini.

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan konco-konconya amat licik. Namun PAS langsung tidak peka atau sensitif dalam hal ini. Para pemimpin PAS amat mudah ditipu oleh Anwar Ibrahim meskipun pada masa yang sama, cukup berwaspada dan sentiasa syak wasangka terhadap apa-apa sahaja yang mempunyai elemen UMNO. Sehinggakan wang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat tanpa mengira fahaman parti politik pun, dianggap sebagai rasuah dan suasana terdesak UMNO dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia.

Ekoran khutbah Jumaat pada 7 September 2012 di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, segala kesalahan kini diletakkan di atas batu jemala PAS Padang Serai. Masjid tersebut cukup terkenal sebagai markas PAS sekalipun masjid berkenaan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah. Dengan segala macam pemakluman tentang aktiviti PAS di papan kenyataan masjid berkenaan, sehinggalah penguasaan pentadbiran masjid, menjadikan rumah ibadat itu sebagai tempat yang tidak selayaknya memberikan ruang langsung kepada konco-konco Anwar Ibrahim.

Tanda tanya kini timbul, berbanding Anwar Ibrahim yang dibesar-besarkan, mengapa nama-nama para pemimpin PAS yang jauh lebih baik akhlak dan ilmu agamanya berbanding Anwar Ibrahim tidak disebut oleh khatib berkenaan? Apakah Rasulullah S.A.W lebih mengenali Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim masyhur di persada antarabangsa dengan bantuan Zionis berbanding Tuk Guru Nik Aziz, Tuk Guru Abdul Hadi Awang, Tuk Guru Haron Din, bahkan Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri?

Secara tidak langsung, apakah PAS Padang Serai sebenarnya lebih menonong menyokong Anwar Ibrahim berbanding kepimpinan PAS Pusat sendiri? Secara tidak langsung menyokong segala perlakuan aneh dan menyongsang Anwar Ibrahim berbanding kezuhudan yang ditunjukkan untuk diteladani daripada para pemimpin PAS?

Dari zaman Anwar Ibrahim berada di luar UMNO, di dalam UMNO sehinggalah diterajang keluar dari UMNO, terlalu banyak tindakan dan cakap-cakapnya yang mempersenda-sendakan PAS. Anwar Ibrahim tidak pernah melihat PAS sebagai rakan kongsi sebaliknya sebagai pecacai yang boleh dipermain-mainkan. Tengok sahajalah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor… di mana kedudukan PAS di kedua-dua negeri tersebut? 



Apa layanan yang diberikan oleh PAS kepada Anwar Ibrahim?

PAS sentiasa mendahulukan Anwar Ibrahim berbanding para pemimpin agung dalam PAS sendiri… tidakkah ianya akan menjadi bahan ejekan anak cucu para pengikut PAS yang selama ini berkorban jiwa raga dan wang ringgit. Bahkan ada yang sanggup menjual tanah dengan hasil jualan tanah tersebut diserahkan kepada PAS, sedangkan mereka sendiri menumpang di tanah orang.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk PAS, sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dalam PAS baik yang kecil mahupun yang besar, lebih mengutamakan Anwar Ibrahim yang tidak pernah ikhlas terhadap PAS. PAS kuat di Kedah. PAS bagi tumpuan kepada UMNO yang sentiasa melakukan serangan tetapi PAS tidak pernah peduli dengan kerosakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari dalam.


GR kata: Dah bertahun-tahun pun masih banggang...kesian tengok PAS dikudakan macam tu jerk...bila nak sedar pun tak tau lah!!
 

HOT!! ARTIS NIE LEBIH POWER AURANYA DARI ANWAR....MALU BEB!!!

SEPANG - Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas. Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan 'Zheng Fu' oleh Na Ying.   

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Shila berkata dia memilih tiga lagu itu untuk mempamerkan bakatnya, di samping menyerlahkan keindahan dan keunikan Malaysia.   

“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan saya pada hari itu. Ia persembahan yang berwarna-warni. Malaysia memang berwarna-warni, itulah rasa rasa.   

"Saya rasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya," katanya.

Pertandingan itu membariskan peserta peringkat akhir dari China, Korea, Selatan, Singapura, Thailand dan India.   Selepas menyampaikan lagu berbahasa Mandarin, Shila yang pernah belajar di sekolah Cina hingga darjah dua, menawan ramai peminat. Kini, penyanyi berbakat istimewa ini mendapati ada ruang untuk membawa Malaysia ke persada antarabangsa dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar kejayaan lebih besar.   

"Saya mendapat beberapa tawaran daripada China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian," kata Shila, 22, yang melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak 12 tahun lepas. Shila menasihati seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan.

"Dalam dunia ini, apa jua pekerjaan, kita jangan pernah putus asa. Walaupun kadangkala perlu menunggu untuk satu tempoh yang lama, namun apabila kejayaan dapat dikecapi, ia amat berbaloi," katanya.   

Sementara itu, bapa Shila, penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala, berkata kemenangan itu bukan saja untuk Shila, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia yang cintakan dunia seni. Katanya persembahan Shila pada pertandingan itu melambangkan keharmonian kaum di negara ini.   

“Bila kita beri gambaran ini (keharmonian kaum) mereka sangat kagum dengan pencapaian negara ini,” katanya. - Bernama

GR kata: Lebih baik harumkan nama negara dimata dunia, bukan fitnah dan burukkan nama negara sana sini...siapakah dia???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

Saya Ada Duit Saya Punya Sukalah - @anwaribrahim


Cerita Anwar Ibrahim menaiki jet peribadi pencacai pakatan pembangkang ambil tak kisah kenapa? GR tak heran langsung kalau Anwar kata dia ada duit berjuta-juta ker, ada keta Lamborghini ker, ada kereta kebal ker lantak pi dia lah. Tapi pembaca ingat tak dalam setiap apa yang beliau katakan dalam ceramah beliau, memfitnah selain pemimpin pakatan pembangkang semuanya rasuah...menggunakan duit rakyat dan pelbagai pembohongan dan fitnah yang dilemparkan beliau.

Bila kena batang hidung sendiri, kenapa lambat sangat nak jawab? Jawapan yang beliau berikan memang lawak tahap cipan dan tak masuk akal...biarkan Tian Chua untuk ambil gambar dan sebarkan pada umum dalam Twitternya.

Sudah-sudahlah tu Anwar, jangan bersikap hipokrit. Canang sana sini kata hidup dalam keadaan zuhud lagi daif. Tak makan duit rakyat, bersifat mulia dan tak pernah buat dosa...itu semua jawapan hipokrit dan tak masuk akal. Tak ada manusia yang kata dirinya sendiri baik, orang gila jer yang cakap macam tu...

Anwar kata dia naik private jet nie di sponsor oleh kenalan beliau. Ada ker seseorang tu nak sponsor saja-saja, lainlah kalau beri sedekah tu boleh kita percaya. Nak beri sedekah pada Anwar?? Tak layak langsung...sebabnya lihat apa yang beliau miliki sekarang memang TAK MASUK AKAL. Jika kita fikir secara logik, individu yang sponsor Anwar mesti ada kepentingan dengan beliau. Dengan cara ini mungkin ada sebab, salah satu dapat projek yang banyak diberikan secara rundingan terus kepada beliau oleh kerajaan pakatan pembangkang. So...sekarang masa dia 'membalas budi'. Anwar tolong jawab...!!!

Sendiri buat hal, nak salahkan orang lain la pulak. Kaitkan private jet tersebut dengan Menteri Pertahanan Malaysia pulak. Jawapan budak sekolah, senang jerk nak lepaskan diri. Nak mencari publisiti murahan pun janganlah cam nie wahai puak pembangkang. Rakyat dah bosan dengan sandiwara sinetron korang.

Dulu mereka hentam Zahid Hamidi disponsor naik jet pergi umrah bagai nak gila..nah sekarang  bila anugerah tuhan naik jet dipertahankan dan dihalalkan pula... hipokrit & munafik punya manusia... apa pun tak boleh..!!!!

GR nak kejar Anwar naik jet nie ok tak..?? Hi hi hi


MOHON SIASAT! BUDAK BIADAP HINA RASULULLAH S.A.W DAN AGAMA ISLAM!! @PDRMsia @HishammuddinH2O


Masih belum reda dengan penghinaan yang dibuat oleh puak Yahudi dengan penghasilan filem 'Innocence of Muslims', perkara ini mendapat tamparan hebat dari umat Islam. Penghinaan seperti ini yang sengaja dibuat oleh puak Yahudi kerana mereka sengaja untuk menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Di Malaysia juga perkara tersebut menimbul kemarahan semua pihak tidak kira kaum kerana mereka sengaja menyentuh sensitiviti kaum. Ada pula pihak yang tak bertanggungjawab mempertikaikan kemaraan umat Islam di Malaysia memprotes penghinaan tersebut. Apakah perkara ini disokong sepenuhnya oleh pakatan pembangkang yang kita tahu majoriti mereka menyokong dan pelbagai penghinaan yang mereka buat demi mencapai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Belum reda perkara tersebut, muncul pula seorang manusia berbangsa India yang bersikap BIADAP menghina Rasulullah S.A.W dan Islam. Apakah mereka ini sengaja menghidupkan api kemaraan umat Islam di Malaysia. Apakah tidak bersyukur dengan kehidupan aman dan makmur yang kita nikmati sekarang?? Jangan cuba untuk merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia yang selama ini cukup baik tidak ada sebarang perkara buruk berlaku.

Mereka anak-anak muda ini tidak serik atau mahu tragedi 13 Mei berlaku lagi di Malaysia. Jangan diminta sekali lagi perkara tersebut berlaku lagi kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia. GR mohon pihak berkuasa membuat siasatan segera dengan penghinaan yang dibuat seperti gambar di atas. Dapat ambil tindakan dengan segera dan berikan hukuman yang setimpal. Jangan asyik berikan amaran saja....kalau macam tu sampai bila-bila diaorang nie naik LEMAK!!!


GR kata: Jangan jolok sarang tebuan, buruk padahnya!!!

Tuesday, September 25, 2012

Terkini! Result #PRKampus: Penggerak #AspirasiMahasiswa Tawan UM! #ProMenipu Kalah Teruk!?

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya berlangsung sengit apabila kumpulan Penggerak dan promahasiswa masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya kampus universiti itu, di sini hari ini.

Kumpulan promahasiswa mendakwa mereka memenangi 22 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimenangi kumpulan proaspirasi daripada 43 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Penggerak yang mendakwa kumpulan itu hanya memenangi 20 kerusi kerana dua lagi kerusi dari Fakulti Undang-undang merupakan calon Bebas sementara dua lagi kerusi iaitu bagi Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi berkeputusan seri dan akan dipertandingkan semula.

Keputusan di UM menyaksikan kumpulan Penggerak memenangi 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (2) dan dua lagi kerusi seri.

Pemilihan kali ini menyaksikan 9,643 pelajar atau 42.12 peratus daripada keseluruhan 22,883 pelajar yang layak, keluar mengundi. - UTUSAN


GR kata: Tahniah Aspirasi Mahasiswa!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOT #PRKampus: CALON PRO-M UM EDIKOUP DIBELASAH, 'LAKONAN GRED A' ANAK DIDIK ANWAR IBRAHIM!!


Hari ini pengundian pilihanraya kampus telah bermula sejak pagi tadi dan insyAllah akan berakhir pada lewat petang nanti. Yang menariknya ada saja provokasi murahan yang dibuat demi meraih simpati pengundi. Inilah agenda dan lakonan sinetron budak-budak Pro-Menipu yang sudah semestinya mendapat didikan Anwar Ibrahim.

Lebih kurang Subuh tadi Pengerusi Pro-M di UM dilaporkan telah dibelasah oleh sekumpulan lelaki. Kenapa semalam? Kenapa tak sebelum nie?? Memang hebatkan!! Anugerah pelakon popular boleh kita berikan pada mereka ini setiap kali ABPBH diadakan.

Setiap kali hari terakhir pengundian ada saja puak-puak hingusan Pro-M ini timbulkan provokasi murahan. Jika kita lihat pada pilihanraya kampus yang lepas, berbagai teknik busuk dan murahan yang mereka adakan demi mendapat simpati pengundi. Lihat di bawah :


Dari tahun 2010 hinggalah ke tahun 2012, teknik-teknik BODOH yang mereka buat demi mendapat simpati pengundi. GR ingin nyatakan di sini kepada semua mahasiswa yang akan mengundi, fikirkanlah yang calon yang terbaik untuk memimpin korang. Janganlah terpedaya dengan janji manis dan lakon layar budak-budak Pro-M nie. Korang sebagai mahasiswa takkan kerjanya asyik berdemo saja, jangan hancurkan masa depan korang. Mahasiswa adalah pelapis negara dan masa depan ke arah negara maju.

Pilihlah calon yang membawa suara mahasiswa bukannya calon yang tidak boleh buat apa-apa tapi hanya membawa suara dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mempergunakan mahasiswa demi kepentingan peribadi sendiri.


Siapakah yang selalu membawa budaya samseng?? Pembaca fikirkanlah sendiri yer...GR pun malas nak kata lebih-lebih sebab budaya samseng, berlakon tahap Gred A semuanya sudah dipraktikkan dalam pakatan pembangkang. Pengerusi Pro-M si Edikoup yang kononnya dipukul hanyalah game plan mereka sendiri yang hanya mahukan simpaati dari pengundi. Sendiri buat sendiri kantoi ka??

Game plan mereka kononnya dibelasah teruk dan katanya di masukkan ke wad. Jom tengok gambar-gambar di bawah sama tak?

Lakonan Edikoup


Lakonan Safwan


Lakonan bapak drama king Anwar Ibrahim




Lakon layarmu hebat Terpukau ku melihat Isi hati murahan Sampai bila Kau mahu tersesat Tidak kau penat Hidup penuh muslihat Mahkotamu Raja Drama....


Beberapa pemain blog lain juga ada menulis berkenaan plot sandiwara ini:




GR kata: Teruskan sokongan kepada calon aspirasi dan penggerak di UM kerana mereka adalah suara sebenar mahasiswa! Undilah #AspirasiMahasiswa

#PRKampus: PRO-M #ProMenipu RAMAI TARIK DIRI SEBAB TAKUT DENGAN PENGGERAK #AspirasiMahasiswa


Hari ini berlangsungnya pengundian di beberapa universiti awam di Malaysia. Antara yang menjadi perhatian hangat setiap kali pilihanraya kampus macam biasa Universiti Malaya.

Dikatakan UM adalah kubu kuat Pro-Menipu, tapi GR yakin mahasiswa sekarang bijak menilai kerana tidak ada suara yang dibawakan oleh Pro-Menipu ini hanyalah semata-mata suara pakatan pembangkang. Tak sudah-sudahnya demo sana sini. Inikah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri mahasiswa?? Fikir-fikirkanlah...




Selanjutnya KLIK SINI


GR kata: Undilah #AspirasiMahasiswa

Monday, September 24, 2012

KANTOI: MACAM MANA LAH BUDAK PRO-Menipu NAK JADI PEMIMPIN, OTAK BEBAI SANGAT!! #PRKampus

Inilah perangai kalau orang kata tahap budak hingusan tu memang tepat sekali. Budaya pilihanraya kampus pada tahun 2012 ini semakin hangat. Pelbagai provokasi BODOH yang dibuat oleh budak-budak Pro M-enipu untuk memastikan calon-calon mereka menang dalam undian yang dijangkakan esok untuk 5 buah universiti lagi.

Terkini di Universiti Malaya pembongkaran dibuat yang menampakkan budak Pro M-enipu ini KANTOI yang teramat banggang disebabkan terlampau taksub untuk menang pada PRK pada kali ini. Pembaca lihat gambar di bawah :


Kali ini Pro Student akan membongkar penipuan Pro-M dimana mereka tidak mengkaji dahulu sebelum menghentam.

1) Calon fakulti Kejuruteraan 'Long Li Ping' - Ejaan yang sebenar ialah Lock Li Ping

2) Yong II Yang - Adalah seorang lelaki bukannya seorang PEREMPUAN seperti yang ditunjuk di dalam gambar

Tahniah GR ucapkan kepada Pro Student yang peka dengan perkara ini dan siswa dan siswi di UM harus tahu dan jangan terpedaya dengan kerja BODOH puak-puak Pro M-enipu nie yang hanya membawa suara pakatan pembangkang bukannya suara mahasiswa...apatah lagi nak membela nasib mahasiswa jauh sekali....

Selanjutnya baca di http://prostudentum.blogspot.com/2012/09/pembongkaran-penipuan-pro-m-siri-2.html


GR kata: Pro M-enipu sama banggang macam Anwar...

KENYATAAN INI YANG BUAT NURUL IZZAH CABUT LARI..!!


KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
  
Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.
  
"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, hari ini.
  
Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
  
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.
  
"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.
  
Mengenai Program Pencegahan Jenayah anjuran PANI-UM itu, beliau mahu penduduk setempat dan persatuan penduduk bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani kejadian jenayah, di sekitar Lembah Pantai.
  
Katanya penduduk perlu berperanan mencegah jenayah dan mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelak diri menjadi mangsa serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah, termasuk penagihan dadah atau mencuri kenderaan. - Bernama


GR kata: Orang lain jadi MP orang lain buat kerja, senangkan MP pakatan pembangkang nie!!

PERINGATAN TUN M YANG RAKYAT HARUS TAHU!!



GR kata: Tukar kerajaan bukan macam tukar lampin baby. Usah percaya Janji Manis pakatan pembangkang yang hanya mahu hancurkan negara....

#PRKampus: #proMenipu KECUT TENGOK CALON PENGGERAK MAHASISWA UM!


Mahasiswa Universiti Malaya korang seharusnya berfikir dan menilai calon-calon yang akan memimpin korang pada pilihanraya kampus kali ini.

Apa yang GR pasti calon-calon dari pro-Menipu sudah pasti tidak layak kerana mereka bukan membawa suara mahasiswa tetapi hanya membawa suara dari pakatan pembangkang.





GR kata: Pemimpin yang baik akan membawa suara mahasiswa dan membela nasib dan kebajikan mahasiswa.

Sunday, September 23, 2012

PENDUDUK KG BAGAN SG BURONG BERSYUKUR DAN GEMBIRA, KENAPA??


Kegembiraan yang tak terhingga hanya mampu dilafazkan oleh penduduk Kampung Bagan Sg Burong, Bagan Datoh. Ini adalah kerana masalah yang mereka alami selama ini dipandang serius oleh pihak Kerajaan.

Rata-rata penduduk di kawasan Kg Bagan Sg Burong ini adalah dari kalangan nelayan. Punca pendapatan mereka adalah dari hasil laut dan kawasan sekitarnya. Masalah yang mereka alami selama ini adalah hakisan ombak di jeti kampung dan juga kawasan berdekatannya. Hakisan ombak ini boleh mendatangkan bahaya pada masyarakat di kawasan Kg. Bagan Sg Burong tersebut.


Di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, kerajaan telah pun memberikan bantuan sebanyak RM 20,000 kepada penduduk Kg. Bagan Sg Burong tersebut pada hari Jumaat yang lepas. Bantuan diberikan ini adalah untuk membeli tayar terpakai digunakan sebagai pencegahan hakisan ombak di kawasan kampung tersebut.


Penyerahan cek bantuan telah disampaikan oleh ahli parlimen Bagan Datoh, YB DS Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Kampung Bagan Sg. Burong. Mereka berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan yang sentiasa memandang masalah rakyat serta menunaikan janji yang diberikan pada mereka.

Inilah yang dikatakan Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan. Segala apa yang pihak kerajaan berikan hanyalah untuk kepentingan dan keselesaan untuk rakyat. Rakyatlah yang perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana ini semua adalah masa depan kita semua.


GR kata: Semua lapisan masyarakat dibantu....

Seorang Pakwe Bangga Dengan Aweknya Sendiri!!


PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu. Sharnaaz, 27, berkata, kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.

“Dia (Shila) memang berhak diangkat sebagai juara pertandingan itu. Saya berbangga kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini terbayar dengan kemenangan itu.

“Mungkin ini adalah ganjaran daripada Tuhan untuk dia yang sering dikutuk dan dipertikaikan itu dan ini oleh segelintir pihak di laman Twitter sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.

Sharnaaz berkata, dia yang menerima berita itu daripada panggilan telefon ibu Shila, Fauziah Sarman pada malam Khamis, berharap kejayaan itu akan menjadi motivasi untuk kekasihnya lebih fokus pada bidang nyanyian selepas ini.

“Saya sudah tidak sabar untuk menanti dia pulang ke Malaysia pada 26 September ini. Apa yang saya harapkan kejayaan ini akan membuatkan Shila lebih fokus dan berjaya dalam nyanyian.

“Keberanian dia menyanyi di depan penonton asing dan kesungguhannya sejak dulu lagi begitu membanggakan saya secara peribadi,” katanya.

Mengenai persembahan Shila dalam pertandingan itu yang dimuat naikkan di laman YouTube, Sharnaaz berkata, dia menggemari nyanyian gadis berusia 22 tahun itu ketika menyampaikan lagu Grenade nyanyian asal Bruno Mars.

“Saya kagum dengan persembahan Shila mendendangkan lagu Bruno Mars bertajuk Grenade. Kesungguhannya di atas pentas ketika menyampaikan lagu itu layak dipuji,” katanya.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Pada peringkat awal pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain. – MStar


GR kata: Tahniah Shila, harumkan nama negara.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Artikel pelbagai