Thursday, September 27, 2012

PAS DAH 50 TAHUN TAPI MASIH BODOH...!!


Kalau PAS masih lagi tidak nampak apa yang telah berlaku, bahkan sanggup bertakbir dan mengangguk-angguk kerana konco-konco Anwar menggunakan mimbar masjid untuk membesar-besarkan Anwar Ibrahim, barangkali memang sudah dekat sangatlah PAS dengan liang lahad. Barangkali juga, PAS sudah tidak kisah sama ada parti itu akan dikencing anak cucu pengikut setia sekarang ini semata-mata untuk mengambil hati Anwar Ibrahim.

Selama ini, kekuatan PAS adalah mimbar masjid, aktiviti-aktiviti di surau dan masjid. PAS seperti memonopoli semua masjid dan surau, dari waktu subuh sehinggalah bertemu subuh. Dari Imam sehinggalah AJK masjid, semuanya dimonopoli oleh orang-orang PAS. Manakala orang-orang UMNO pula lebih rela mengalah bagi membolehkan masjid terus dimakmurkan dan diimarahkan. Lagipun, dalam bab-bab agama, jarang benar orang UMNO mahu bertegang leher dengan orang PAS yang rata-rata perasan mereka lebih baik dan lebih tahu dalam hal-hal akidah dan furu'.

Namun dalam hal Anwar Ibrahim, orang-orang PAS akhirnya menjadi berhala bisu dan pekak. Mereka tidak sahaja nampak atau dapat memikirkan bencana yang akan menimpa PAS, bahkan menyanggupi untuk mempercepatkan PAS dikuburkan.

Apabila konco-konco dan pemuja Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada ruang yang ditinggalkan oleh PAS di masjid-masjid dan surau-surau bagi membesar-besarkan dan mendewa-dewakan Ketua Umum PKR itu, segala tuduhan dan kesalahan akan tertimpa pada PAS walaupun sebenarnya PAS langsung tidak bersalah dalam hal ini.

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan konco-konconya amat licik. Namun PAS langsung tidak peka atau sensitif dalam hal ini. Para pemimpin PAS amat mudah ditipu oleh Anwar Ibrahim meskipun pada masa yang sama, cukup berwaspada dan sentiasa syak wasangka terhadap apa-apa sahaja yang mempunyai elemen UMNO. Sehinggakan wang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat tanpa mengira fahaman parti politik pun, dianggap sebagai rasuah dan suasana terdesak UMNO dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia.

Ekoran khutbah Jumaat pada 7 September 2012 di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, segala kesalahan kini diletakkan di atas batu jemala PAS Padang Serai. Masjid tersebut cukup terkenal sebagai markas PAS sekalipun masjid berkenaan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah. Dengan segala macam pemakluman tentang aktiviti PAS di papan kenyataan masjid berkenaan, sehinggalah penguasaan pentadbiran masjid, menjadikan rumah ibadat itu sebagai tempat yang tidak selayaknya memberikan ruang langsung kepada konco-konco Anwar Ibrahim.

Tanda tanya kini timbul, berbanding Anwar Ibrahim yang dibesar-besarkan, mengapa nama-nama para pemimpin PAS yang jauh lebih baik akhlak dan ilmu agamanya berbanding Anwar Ibrahim tidak disebut oleh khatib berkenaan? Apakah Rasulullah S.A.W lebih mengenali Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim masyhur di persada antarabangsa dengan bantuan Zionis berbanding Tuk Guru Nik Aziz, Tuk Guru Abdul Hadi Awang, Tuk Guru Haron Din, bahkan Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri?

Secara tidak langsung, apakah PAS Padang Serai sebenarnya lebih menonong menyokong Anwar Ibrahim berbanding kepimpinan PAS Pusat sendiri? Secara tidak langsung menyokong segala perlakuan aneh dan menyongsang Anwar Ibrahim berbanding kezuhudan yang ditunjukkan untuk diteladani daripada para pemimpin PAS?

Dari zaman Anwar Ibrahim berada di luar UMNO, di dalam UMNO sehinggalah diterajang keluar dari UMNO, terlalu banyak tindakan dan cakap-cakapnya yang mempersenda-sendakan PAS. Anwar Ibrahim tidak pernah melihat PAS sebagai rakan kongsi sebaliknya sebagai pecacai yang boleh dipermain-mainkan. Tengok sahajalah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor… di mana kedudukan PAS di kedua-dua negeri tersebut? 



Apa layanan yang diberikan oleh PAS kepada Anwar Ibrahim?

PAS sentiasa mendahulukan Anwar Ibrahim berbanding para pemimpin agung dalam PAS sendiri… tidakkah ianya akan menjadi bahan ejekan anak cucu para pengikut PAS yang selama ini berkorban jiwa raga dan wang ringgit. Bahkan ada yang sanggup menjual tanah dengan hasil jualan tanah tersebut diserahkan kepada PAS, sedangkan mereka sendiri menumpang di tanah orang.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk PAS, sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dalam PAS baik yang kecil mahupun yang besar, lebih mengutamakan Anwar Ibrahim yang tidak pernah ikhlas terhadap PAS. PAS kuat di Kedah. PAS bagi tumpuan kepada UMNO yang sentiasa melakukan serangan tetapi PAS tidak pernah peduli dengan kerosakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari dalam.


GR kata: Dah bertahun-tahun pun masih banggang...kesian tengok PAS dikudakan macam tu jerk...bila nak sedar pun tak tau lah!!
 

No comments:

Artikel pelbagai