Saturday, May 5, 2012

VIDEO SEDIH: LUAHAN HATI SEORANG IBU! @AzminAli





GR kata: Syurga di bawah tapak kaki seorang ibu...Azmin Ali sedarlah jangan menyesal suatu hari nanti, sebelum terlambat...

WAJIB BACA: RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU DAN SEDAR!! #Bersih3


PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...


GR kata: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Renung-renungkan....

VIDEO PANAS: WAKIL-WAKIL NGO MENGAMUK DI DBKL?? #Bersih3 @razlanrafii @RajaNongChik

Lihat video di bawah, apa yang diutarakan oleh Persatuan Peniaga dan Penjaja W.Persekutuan di DBKL semalam selepas Solat Jumaat. Apakah benar berlaku ketegangan pada petang semalam??

Jom kita saksi video ini :




GR kata: Beginilah cara yang betul serahkan sesebuah laporan atau memorandum, bukannya nak serah perlu huru-hara pecah pintu atau baring atas jalan raya...Ambiga, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu mereka harus didakwa dengan segera!!!

PANAS: SUAMI ORANG KANTOI BEROMEN DENGAN AWEK LAIN!!


Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.

Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.

“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.

"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - SH


GR kata: Kenapalah suami orang suka sangat ikut perangai pemimpin PKR yer??

FOTO PANAS: MAKIN PENING ANWAR & THE GENG TENGOK GAMBAR INI!! @NajibRazak


Gambar di atas Program bersama PM di Gua Musang yang dilaporkan telah dihadiri lebih 30,000 orang pagi tadi manakala gambar di bawah semasa Ku Li bersarapan di rumah beliau di Gua Musang bersama-sama Tok Pa.



GR yakin puak Pakatan Haprak mesti pening kepala melihat kemesraan Ku Li dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Cerita yang sebelum ini dilemparkan hanyalah semata-mata hendak melaga-lagakan UMNO/BN. Itulah Pakatan Haprak ada saja usaha jahat mereka. Pembaca nilaikan sendiri...

Baca juga DI SINI


GR kata: Ini semua niat jahat PAS ingin pertahankan Kelantan, comelah jaga kebajikan rakyat itu lagi penting...

Friday, May 4, 2012

TAHNIAH AWAL & SCHA BERGELAR SUAMI ISTERI


PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek. Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - mStar


GR kata: Tahniah pada Awal & Scha..semoga berkekalan hingga akhir hayat...

WAJIB TENGOK: VIDEO KRONOLOGI #Bersih3! BUKTI ADA DI SINI!! @PDRMsia

Pembaca yang budiman, lihat video di bawah dan lihat sendiri siapakah yang memulakan provokasi?? Adakah pihak Polis atau pendemo Bersih 3.0??? Nilailah sendiri....

Lihat video ini sejak bermulanya Bersih pada malam 27 April 2012 hingga 28 April 2012:





GR kata: Bersih 3.0 GAGAL, lahirkan manusia yang tidak punya otak!!

JENAZAH BOB KUMAN SELAMAT DIKEBUMIKAN


SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi Jumaat.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam Khamis. Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

"Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya.

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan.

"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA


GR kata: Al Fatihah...semoga roh arwah dicucuri rahmat ke atasnya dan dijauhkan dari azab kubur serta masuk Syurga tanpa hisab.

JOM BANTU @PDRMsia JEJAKI MEREKA INI!! #Bersih #Bersih3





Polis Diraja Malaysia telah bertindak menyebarkan foto mereka yang dikehendaki dalam rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April lalu... ANDA KENAL MEREKA?? ADAKAH MEREKA INI KAWAN ANDA? ATAU PUN SAUDARA MARA ANDA??

Bantu pihak PDRM dengan melaporkan ke talian hotline:
03-22663333 / 03-20319999

atau emelkan keterangan anda kepada  mcc@rmp.gov.my

KANTOI: @AzminAli MANA LU MAU LARI..?? BUKTI SUDAH ADA!! #Bersih3 #PRMenipu

Pembaca yang budiman, lihatlah ini lagi satu BUKTI bagaimana Azmin Ali menghasut pendemo-pendemo Bersih 3.0 untuk merempuh benteng di Dataran Merdeka. Ucapan ini dibuat sebelum ketibaan si kaki auta Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka.

Mananya yang Anwar kata mengarahkan Azmin berunding dengan Polis?? Azmin pula kata sudah pun membuat rundingan dengan pihak Polis. Persoalannya mana pegawai Polis yang beliau berunding tu??

Lihat video di bawah:



Baca juga DI SINI


GR kata: Sendiri dah buat salah...lagi mau pusing ka?? Ke makan ice cream sodap Azmin..??

Thursday, May 3, 2012

AL FATIHAH: BOB KUMAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...


Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis. Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

"Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia.

"Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan.

"Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan. Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

"InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat)," katanya.

Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat. Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu. - mStar


GR kata: Doakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin

#SkandalAzminAli: "KO DAPAT SEDAP, ORANG LAIN YANG DIPERSALAHKAN"... @AzminAli


Inilah dia orang kata "sendiri berak tepi jalan, dituduh orang lain"....Apakah yang cuba Azmin Ali lakukan? Jawapan yang tak munasabah. Kenapa tak boleh terima jika benar yang beliau telah diGAME oleh puak PKR sendiri...??

Sendiri dah buat silap kenapa susah sangat nak mengaku...tak pun GR sarankan beliau angkat sumpah...Ok tak??? Berani tak..???

Pembaca baca kenyataan beliau di bawah dan nilailah sendiri yer:
SHAH ALAM – PKR menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan media kawalan mereka yang terus memfitnah melalui penyebaran beberapa gambar mirip Timbalan Presiden, Azmin Ali baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, budaya politik kotor di luar batas adab dan akhlak ini sewajarnya dihentikan kerana ia amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib sendiri, yang juga Perdana Menteri.Oleh itu kata beliau, PKR mengajak seluruh rakyat menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Umno berada dalam keadaan terdesak kerana kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai.“Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah. Harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menegaskan Umno harus ditolak dan ditentang habis-habisan kerana menjadi tugas dan kewajipan sesama Islam menolak budaya fitnah.Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan digunakan blog-blog pro Barisan Nasional (BN) untuk menghentamnya. Gambar itu turut menunjukkan adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas. - SH

GR kata: Macam ni punya orang pun ada ker??

Published with Blogger-droid v2.0.4

PANAS: PELAJAR SEKOLAH BEROMEN DI CYBER CAFE..??


Lihatlah gambar di atas, apakah yang sedang dilakukan oleh pelajar sekolah ini terlalu kurang ajar. Masih sempat bermadu asrama di cyber cafe. Membuat perkara terkutuk dikhalayak ramai.



Mohon pihak berkuasa memantau segala kegiatan operasi cyber cafe di Malaysia ini. Ini kerana pelbagai gejala maksiat yang berlaku seperti ponteng sekolah dan lihatlah gambar ini. Siapa yang ingin kita persalahkan..??


GR kata: Kecik-kecik dah pandai...apa nak jadi!!!

KENAPA PEGUAM NEGARA DAN MENTERI TERBABIT DIAM MEMBISU? NAK LEPAS TANGAN KER?? #Bersih



Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 telah pun berlalu dengan memberi kesan yang buruk pada negara. Kesan yang membawa imej yang buruk pada negara di mata dunia. Kerugian yang ditimpa juga pada mereka yang terlibat secara tidak langsung contoh kerosakan harta benda awam, kerosakan premis perniagaan mereka dan bermaca-macam lagi.

Yang terbaru Bersih 3.0 memberi impak yang sangat buruk kerana pada permulaannya pihak penganjur mengatakan perhimpunan diadakan secara aman yakni DUDUK dan BANTAH tapi apa yang terjadi keganasan yang melampau berlaku. Rusuhan yang kita tengok seperti manusia yang tidak bertamadun. Perusuh yang pada dasarnya memulakan provokasi pada pihak PDRM dan keganasan berlaku selepas itu. Pihak Polis dibelasah dengan teruk, harta benda Polis seperti kereta dan motor turut dipecahkan. Di manakah moral sebagai rakyat Malaysia...??

Apa yang GR pelik di sini, setiap perhimpunan yang diadakan oleh Bersih ini tidak pernah diambil sebarang oleh pihak Kerajaan. Kenapa pihak kerajaan berdiam diri?? Apakah fungsi peguam negara, kenapa perlu lepas tangan?? Menteri-menteri yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan juga undang-undang diam membisu?? Sudah berkali-kali berlaku keganasan seperti ini masih belum ada sebarang tindakan tegas diambil terhadap penganjur. Sebab itulah penganjur Bersih perhimpunan haram ini masih bebas dan boleh sesuka hati mereka membuat onar pada negara.

Lihat video di bawah layan Polis pada pendemo Bersih 2.0 :



Apa lagi yang boleh kita katakan, layanan yang baik diberikan oleh pihak Polis kepada pendemo ini. Dari segi tempat sementara untuk mereka, memberi makan kepada mereka, menghantar mereka pulang dan lain-lain lagi. Tapi apa yang terjadi pada Bersih 3.0 yang lepas, pihak Kerajaan tidak seharusnya memandang perkara ini sebagai remeh. Sekarang mereka sudah berani bertindak ganas kepada pihak Polis apatah lagi pada masa akan datang.

GR mohon agar pihak Peguam Negara dan Menteri-menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera pada penganjur dan pendemo Bersih yang terlibat. Ambil tindakan yang berat kepada mereka ini agar menjadi teladan pada rakyat Malaysia. Jangan dibiarkan individu yang ingin merosakan imej negara bebas diluar sana....Bertindaklah segera jangan terlambat....!!!


GR kata: Kalau Peguam Negara dan Menteri-menteri bertanggungjawab tidak boleh lagi memikul tanggungjawab yang diberikan...harap BERUNDUR sajalah dari jawatan yang disandang!!!

KPN MOHON MAAF!! ANWAR, AMBIGA..BILA?? @PDRMsia #Bersih3


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail, yang dipetik Bernama, melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya. Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.

Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Dataran Merdeka. Polis berjaya mengekang tindakan liar peserta perhimpunan itu yang ingkar perintah larangan Mahkamah Majistret untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur.

Selain Muhammad Arif, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut cedera dan menerima 15 jahitan di kepala akibat dipukul peserta perhimpunan ketika jurukamera itu cuba melindungi anggota polis yang juga dipukul oleh peserta terbabit.

Pada majlis yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakian khas seperti "vest media" untuk membezakan peserta perhimpunan dan pengamal media bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada Sabtu lepas.

Mohmad berkata insiden wartawan dan jurugambar dikasari bukan disengajakan kerana keadaan ketika itu kelam-kabut serta sukar untuk dikawal menjadikan pihaknya sukar membezakan antara orang awam dan pengamal media.

"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya. - SH


GR kata: Anwar bila lagi nak minta maaf?? sidang akhbar pun cakap pusing-pusing...aduyaiii

Wednesday, May 2, 2012

VIDEO PANAS: "DIA SEORANG YANG TERKENAL MAIN BELAKANG..??"

Jom lihat video di bawah ini dan hayatilah dengan penuh makna :





GR kata: Bilalah pemimpin ni nak taubat kan..?? Syok sendiri tak sudah-sudah....

KANTOI!! @AzminAli TERDUDUK KENA 'GAME' DENGAN PUAK SENDIRI..??


Al-kisah Bersih 3.0 masih belum reda, pelbagai kisah yang buruk serta provokasi yang melampau dibuat oleh Pakatan Rakyat ketika perhimpunan Sabtu lepas masih belum selesai dikupas hingga ke akar umbi. Sekarang timbul pula video seks pemimpin tertinggi dalam PKR, GR rasa pembaca sudah tahu siapa yang GR maksudkan, betul tak??

Apa nak jadi dengan PKR ni yer..?? Tak sudah-sudah dengan skandal video seksnya..dari Ketua Umumnya, timbalan presidennya dan tak lama lagi dengar khabar naib presiden PKR pun ada video seksnya. Pemimpin apakah mereka ini yang katanya parti yang terbaik, buat semua perkara demi rakyat...betul ker?? Diri sendiri pun tak betul macam mana nak memimpin negara...

Jika kita lihat dari sudut rakaman screen shot video ini, rakaman ini dibuat secara profesional untuk menjatuhkan karier politik Azmin Ali. Kenapa jawapan Azmin senang saja, ini semua salah UMNO yang memfitnah beliau. Bukankah dalam PKR sendiri terdapat beberapa KEM yang diketuai oleh pemimpin itu sendiri. Sedang sibuk untuk PRU 13, puak-puak KEM ini pun sibuk membuat kerja untuk menjatuhkan pemimpin dari KEM yang lain. Tak satu hati rupanya PKR ni yer...kalau berceramah fuhhhh..dialah yang hebat, dialah yang betul semuanya.. MAKSUMlah katakan..!!!

Berkenaan dengan video aiskrim ni, Azmin tak mengaku tu biasalah kan..tapi cuba lihat gambar di bawah, ada apa-apa persamaan tak pakaian Azmin gambar di atas dan di bawah ni :


Amacam bro Azmin, tengok baju macam sama jer?? Style rambut pun samalah dengan gambar di atas...jam yang dipakai pun samalah...Apa macam bro???

Kupasan lanjut di 1peluru


GR kata: Azmin Ali dan Kak Wan memang tak sebulu..?? betul ker..??

AWAS!! SPAY GAY DI SELANGOR!!! APE CER @Khalid_Ibrahim??


Sebuah premis perniagaan di sebuah rumah kedai di Seksyen 17 di sini yang kerap dikunjungi lelaki pelbagai peringkat usia sejak tiga bulan lalu sebenarnya pusat spa tumpuan golongan GAY. Misteri operasi premis yang diragui masyarakat setempat itu terbongkar hasil serbuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Hasil risikan MBPJ mendapati pusat spa bersembunyi di sebalik perniagaan perkhidmatan mandi lulur dan cuci muka itu turut menawarkan pakej istimewa sampingan iaitu layanan istimewa tukang urut lelaki muda warga asing.

Perkhidmatan tersebut khas disediakan untuk pelanggan lelaki bernafsu songsang yang mahu merasai kenikmatan layanan khas tukang urut terbabit yang terdiri daripada jejaka jambu dan tampan berusia awal 20-an. Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, rumah kedai di tingkat satu rumah kedai terbabit telah diubahsuai bahagian dalamnya kepada tujuh buah bilik kecil.

“Pemilik ini melakukan pengubahsuaian tanpa sebarang permit dan kalau dilihat dari bahagian luar memang kita tidak sedar ada premis tidak sihat seperti ini beroperasi,” katanya ketika ditemui dalam serbuan itu.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat tiga lelaki dipercayai tukang urut berada di dalam premis. Ketika siasatan lanjut, pemilik premis berusia awal 30-an pada awalnya menafikan premisnya dijadikan pusat urut, namun selepas satu resit pembayaran dan sehelai kertas yang tercatat hasil perolehan pada hari itu ditemui. barulah lelaki itu mengakui bahawa rumahnya itu adalah sebuah spa.

Siasatan lanjut mendapati pelanggan tetap yang ingin mendapatkan khidmat seks songsang boleh membuat tempahan tukang urut terlebih dahulu dan lazimnya mereka boleh memilih pakej dari RM170 hingga ke RM295 mengikut jenis layanan yang dinginkan,” katanya.

“Tindakan diambil di bawah Seksyen 31 (1) Pusat Kecantikan dan Kesihatan MBPJ 2007 di mana barangan dan peralatan seperti tilam disita manakala premis itu dikenakan tindakan kompaun kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya. - Sumber GPB


GR kata: Makin teruk negeri Selangor ni...galakkan LGBT!!

TAHNIAH HATTAN DENGAN GELARAN DATUK!!


Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan. Kami di Media Malaya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau.


GR kata: Ramai artis menerima gelaran atas dasar mau nama atau pun jasa yang diberikan..Pikullah dengan penuh tanggungjawab...

Tuesday, May 1, 2012

HOT: APABILA @PDRMsia MULA BERSUARA!! #Bersih #Bersih3



GR kata: Ambiga dan kuncu-kuncunya harus didakwa dengan secepatnya....

PANAS: TAHNIAH AMBIGA! #Bersih3 BERJAYA..!!



Lihatlah...inilah kejayaan yang dimaksudkan oleh Ambiga, Anwar dan sekutu mereka. Kejayaan membuat sampah sarap di sekitar kawasan ibu kota Kuala Lumpur. Sudahlah memaki hamun DBKL sebelum Bersih 3.0 dan tidak mendengar arahan dan pelawaan pihak DBKL supaya perhimpunan diadakan di tempat yang ditawarkan...

Inilah dia puak Pakatan Haprak, apa yang mereka tahu lakukan sentiasa memberi kesusahan pada rakyat Malaysia. Dan ternyata ini semua pihak DBKL juga yang akan membersihkan kawasan Kuala Lumpur yang dipenuhi beruk-beruk kuning yang membuat onar dan sampah sarap.


Tahniah Ambiga...lepas ni buat di Selangor pula yer?? Sendiri buat sendiri tanggung...kesian pada puak-puak yang kononya taat pada Ambiga. Mana Ambiga bila korang sibuk mencetuskan huru hara?? Mana Ambiga bila korang kena tangkap dengan pihak Polis?? Ikutlah lagi telunjuk puak kafir...sedarlah wahai umat Islam!!! Apa korang dapat bersekongkol dengan puak yang sokong LGBT dan murtad ni..???


GR kata: Ada penyokong tegar beragama Islam sebut Hidup Ambiga masa beliau sampai di Masjid Negara...Sewel ker apa diaorang ni???

INFO: GAJI MINIMUM...RM900?? @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Beliau berkata, satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

''Dalam usaha menangani isu gaji rendah dan kos sara hidup yang meningkat bagi pekerja sektor swasta, kerajaan pada prinsipnya bersetuju agar gaji minimum peringkat kebangsaan dilaksanakan.

''Langkah ini amat bertepatan sekali, memandangkan kerajaan juga telah meningkatkan gaji sektor awam antara 7 hingga 13 peratus seperti yang telah saya umumkan baru-baru ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta sempena sambutan Hari Pekerja 2012 di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada paras antara RM1,200 hingga RM1,500.

Namun katanya, untuk permulaan sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi. Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (gaji pokok), jelas beliau kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing.

''Sekiranya perkara ini berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan.

''Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional,'' katanya.

Dalam ucapannya itu Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai penetapan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Labuan. Katanya, beliau sedar perbezaan tersebut akan mendedahkan kerajaan kepada tohmahan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut, sedangkan ia terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara.

''Namun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap dapat mewujudkan satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara.

''Kadar gaji minimum yang ditetapkan itu tidak akan kekal statik dan ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara," katanya.

Najib menjelaskan, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau micro enterprises membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori ini ialah 12 bulan daripada tarikh perintah gaji minimum diwartakan. Bagaimanapun beliau menambah, ia tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek dan firma juru perunding. Kata Perdana Menteri, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

''Pemberian tempoh masa yang mencukupi itu supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing,'' ujarnya. Katanya, kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan. - Utusan

FILEM TERBARU #Bersih: MASA UNTUK USIR ORANG MELAYU!! #Bersih3


Penerbit
Dirahsiakan

Pengarah
Datuk Ambiga (India)

Penulis Skrip
Lim Kit Siang / Karpal Singh

Hero/Heroin
Orang Cina

Pelakon Tambahan
Orang Melayu

Stuntman
Orang Melayu

Penjahat
Polis DiRaja Malaysia

Penampilan Khas
Anwar Ibrahim
Hadi Awang
Wan Azizah
Azmin Ali
Mat Sabu

SINOPSIS:

Di sebuah negara yang didiami oleh pelbagai masyarakat majmuk di dalamnya. Terdapat sebuah kerajaan Melayu yang memerintah dengan baik untuk puluhan tahun lamanya. Kaum Cina menguasai hab perdagangan dan ekonomi negara tersebut dan manakala kaum India merupakan antara kaum yang terkaya merasakan mereka dizalimi.

Pada suatu masa, Lim Kit Siang dan Ambiga telah dirasuk oleh kuasa jahat (Anwar Ibrahim) yang penuh dengan perasaan dendam dan keji, untuk menjatuhkan kerajaan Melayu tersebut. Persoalan mulai timbul, bagaimanakah caranya?


Dirasakan masa kian suntuk. Maka Lim Kit Siang dan Ambiga menggunakan segala pengaruh mereka mempengaruhi beberapa tokoh Melayu yang dirasakan boleh membantu mereka mempercepatkan urusan menjatuhkan kerajaan Melayu. Maka dilantiknya Wan Azizah, Hadi Awang, Nik Aziz, Azmin Ali, Mat Sabu dan Khalid Samad untuk menjadi jurucakap dan penyebar semangat hitam dalam setiap hati orang-orang Melayu khususnya.

Dengan bayaran yang sangat murah diberikan kepada orang² Melayu, tidak hairanlah perasaan orang² Melayu ketika itu semakin membuak² menentang kerajaan Melayu. Semasa pertempuran tersebut tercetus, muncullah orang² Cina yang akan diangkat sebagai hero dan heroin kerana berjaya menyelamatkan keadaan negara. Ketika itu jugalah Polis DiRaja Malaysia akan dilabel sebagai penjenayah.


Pengakhiran filem ini, beberapa percubaan untuk menumbangkan kerajaan Melayu masih gagal. Beberapa orang 'penjenayah' telah tercedera akibat dibelasah oleh Melayu² yang tak sedar dek untung. Kehebatan Melayu ini diakui oleh orang² Cina yang turut sama berani turun ke jalanan menimbulkan provokasi sehingga akhirnya Melayu bertikam sesama Melayu.

Bezanya untuk kali ini, orang² Cina tidak lagi secara terbuka membawa penyapu seperti tahun 1969. Dengan cara memperbodohkan Melayu dengan janji² manis maka secara tersirat inilah masanya menghalau Melayu dari tanahair sendiri.


Tayangan Perdana: 28 April 2012

* Ke mana perginya orang India? Tarik diri lah last minit.
* Filem ini melibatkan pelakon tambahan dan stuntman yang sangat ramai.
* Kos keseluruhan filem ini sebanyak RM10 (tambang pergi - balik)


Hasil Nukilan KP WP, Datuk Rizalman B. Dato' Mokhtar

Sumber: RH

Monday, April 30, 2012

PANAS #Bersih3: NIK AZIZ SUKA PENDEMO BIKIN HURU-HARA..!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu semalam.

Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut.

“Apa salahnya bayar minyak dia, dia dah tinggalkan rumah, dia nak pergi, duit tak ada, minta duit minyak Tok Guru, apa susahnya.

“Saya beri duit peribadi, saya beri duit saya, duit poket, dia nak pergi mintalah duit Tok Guru, mana ada duit hendak pergi sendiri ke Kuala Lumpur, kena bayar kereta, hotel dan makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pas Kelantan memberi wang kepada peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, semalam yang mencetuskan keganasan termasuk merosakkan harta awam, mencederakan anggota polis dan petugas media.  - Utusan


GR kata: Mana Nik Ajis dapat duit banyak-banyak ni yer??

#Bersih3: KANTOI! INI BUKAN SAYA, TAPI MACAM SAYA - ANWAR IBRAHIM!!


Inilah gambar BUKTI Anwar masih sempat bermadu kasih ketika Bersih 3.0.  Di mana-mana saja sempat yer Pak Anwar?? Inilah situasi ketika Pak Anwar memberi arahan kepada Azmin Ali supaya pendemo mula bertindak melanggar benteng penghalang di Dataran Merdeka. Macam ni pun Anwar boleh nak TIPU lagi ka?? Itu bukan saya, muka hampir macam saya...Adoiiii, lawak betul. Tengok lagi gambar di bawah :




Lihat videonya pula di bawah...Anwar ni bukan hang ka?? Ker hang punya jin..???




Cerita penuh KLIK SINI


GR kata: Kalau dah kaki pembelit tu pembelit jugak..rakyat nilailah sendiri yer, janganlah korang tertipu dengan lakonan pelakon hebat ni..!!!

PANAS #Bersih3: SANG KELEMBAI (ZMY) MASIH PERASAN DIRINYA HEBAT!! @NajibRazak


Siapakah Zaharin Mohd Yassin?? Hebat sangatkah dia ni?? Inilah dia petualang dalam UMNO/BN. GR rasa boleh kategorikan dia macam sahabat baik dia Anwar Ibrahim tidak boleh menerima kenyataan dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Bdr Tun Razak. Dengan kenyataan yang terbuka beliau mengadakan cerita yang TIDAK BENAR mengenai Polis ketika Bersih 3.0 tidak sedikit pun boleh menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Sudahlah Sdr Zaharin, zaman anda sudah tiada...terima jelah kenyataan yer...


Lihat kenyataan yang dibuat oleh Zaharin di FB beliau, sememangnya cuba untuk mencari perhatian nak menglamourkan diri beliau sendiri. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Zaharin ini cuba berani cakap pumpang pumpang dalam FB jer, bila berdepan jangan harap lintang pukang. Masih lupa ker apa yang Pak Zaharin buat ketika memegang jawatan S/U UMNO BTR?? Program buat sendiri-sendiri, orang lain buat disabotajnya, bila perhimpunan UMNO Bahagian, orang bertanya tak boleh jawab lari ikut pintu belakang. Masihkah kau ingat Zaharin..???

Dengan kenyataan beliau di atas, kononya pihak Polis sengaja membuat provokasi dan menjadi salah kerajaan berlaku zalim pada rakyat. Pak Zaharin turun ker di medan sebenar pada Sabtu tu?? Atau pun menyorok takut kena kejar dengan Polis tak larat nak lari. Kalau berminat untuk dijadikan calon PRU 13 nanti perlukah berperwatakan begini?? Memburuk-burukkan parti sendiri dengan fitnah dan penipuan yang TIDAK BENAR. Pak Zaharin, hang ni dah cukup pandai sangatkah nak kata UMNO/BN bodoh?? Ko kaya pun dari hasil mana dulu???

GR nak tanya la kan... Zaharin tak tau lupa atau tidak atau buat-buat lupa. Awal tahun lepas masih ingatkah anda membuat gangguan seksual pada seorang S/U Wanita dengan cuba mencabolnya?? Duduk atas peha perempuan tersebut atas dasar apanya?? Dan si S/U Wanita tersebut telah membuat laporan Polis kan?? Ini ker contoh sikap seorang pemimpin??? Pembaca fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI dan KLIK SINI



GR kata: Orang seperti ini tidak perlu ada dalam parti, pandai berlakon. Depan lain belakang lain..!!!

PANAS #Bersih: PENDEMO #Bersih3 SENDIRI DAPAT MALU!!


Lihatlah gambar di atas, inilah pendemo Bersih 3.0 yang Ambiga dan Anwar cukup suka. Hasil didikan mereka inilah lahir rakyat Malaysia seperti ini. Maki hamun, cakap kasar, fitnah sana sini itu adalah asam garam Pakatan Haprak. Tidak pernah ada perwatakan yang baik dari mereka ini baik dari pemimpin hinggalah ke penyokong tegar mereka. Apa pun lihatlah video di bawah, bagaimana penyokong BerSHIT ini kena sedas setepet kat muka dan diri sendiri yang malu :





GR kata: Tabik pada wartawan yang jawab balik tu...jawapan yang penuh sopan tapi amik kau. Diam terus!! He he he

TAHNIAH UST DON! SELAMAT BERTUNANG!!!


Sebelum bercakap panjang lebar lagi, jom kita layan dulu sedikit Biodata Ustaz Don..sedikit sahaja sebab saya dah buat artikel berasingan untuk biodata beliau..Lepas tu kita layan cerita Ustaz Don Bertunang pula.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)

Dalam diam tak de angina  takde rebut..rupa-rupanya Ustaz Don dah bertunang..Gambar bertarikh 6 Mac 2011 ini merupakan salah satu gambar pada majlis pertunangan Ustaz Don..Namun kesahihan majlis tersebut tidak dapat dipastikan kerana kekurangan maklumat dan fakta serta sumber..Hanya gambar ini yang dapat diambil untuk tatapan pembaca semua.. Haaaa kepada semua peminat Ustaz Don melepas la korang kan..tu diaaaa Gambar Tunang Ustaz Don! Tahniah kepada Ustaz Don...



GR kata: Doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin...

EKSKLUSIF: #Bersih3 GAGAL! "I KNOW MY MISTAKE" - AMBIGA..!!


Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat berikutan kekecohan yang melanda perhimpunan anjurannya di Dataran Merdeka semalam.

Sumber Kementerian Dalam Negeri memberitahu Mynewshub, polis dan agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan dengan segera untuk dihantar kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan berkenaan.

“Selain laporan melibatkan Ambiga, polis juga sedang menyiapkan laporan melibatkan perusuh yang ditangkap dalam perhimpunan Bersih 3.0,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara tepat bila Ambiga akan didakwa namun berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin.

“Ambiga gagal mengawal keadaan sehingga ada peserta yang sengaja merempuh masuk ke Dataran Merdeka, sebagai penganjur, dia harus dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ambiga dilaporkan mengakui kegagalannya mengawal emosi penyokongnya yang merempuh penghadang polis berhampiran Dataran Merdeka walaupun perkara itu dijanjikannya sebelum ini tidak akan berlaku. Akibat sikap peserta demostrasi berkenaan, polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi meredakan keadaan.

Polis telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghalang mana-mana kumpulan untuk memasuki Dataran Merdeka bermula semalam sehingga hari Selasa depan. Ambiga tambah sumber itu, harus bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami peserta dan juga orang awam yang tidak terlibat dalam perhimpunan berkenaan tetapi cedera apabila dirempuh peserta yang lari bertempiaran bila digempur polis.

Sementara itu, sumber yang sama berkata, sepanjang demonstrasi semalam, seramai 113 mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 13 daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad.

“Kebanyakkan pesakit dirawat kerana mengalami kecederaan akibat dirempuh peserta yang cuba melarikan diri ketika disuraikan pihak polis,” katanya. Polis yang cedera dan dirawat di HKL katanya adalah seramai 11 orang di mana dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad. Dua petugas media juga sedang dirawat di HKL ketika ini, jelasnya. - Sumber


GR kata: Semua bos-bos Bersih perlu didakwa..!!!!

PM @NajibRazak MELAWAT MANGSA DEMONTRASI #Bersih3


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat empat mangsa termasuk dua petugas media yang cedera ketika perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan di ibu negara semalam, di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat anggota polis trafik cawangan Kuala Lumpur Mohd Nasir Abu Mansor, anggota polis Terengganu Mohd Kamil Paimin serta jurukamera berita Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang ditempatkan di wad 15.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Najib yang tiba pukul 5 petang, sempat bertanya khabar mengenai keadaan mangsa dan mendengar pengalaman mereka ketika bertugas pada perhimpunan itu.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi berkata Perdana Menteri berjanji untuk membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.

Mohd Radzi, 28, memberitahu pemberita kira-kira 15 orang memukulnya ketika dia cuba menghalang seorang anggota polis daripada dipukul oleh peserta perhimpunan.

"Saya dapat mengecam wajah mereka yang memukul saya berdasarkan rakaman video," katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata beliau dan rakannya dipukul teruk oleh peserta perhimpunan yang memakai baju berwarna merah di Kompleks Mara, Jalan Raja Laut. Mohd Nasir dipukul dan ditendang di bahagian perut dan belakangnya. - Bernama


GR kata: Terima kasih PM kerana prihatin pada rakyat...Anwar mana tak pi melawat ker??

WANTED!! SAMSENG #Bersih3 DICARI! GANJARAN MENANTI KORANG!!


Inilah samseng-samseng Bersih 3.0 yang telah membelasah pegawai Polis sampai cedera teruk. Perhimpunan yang kononnya dicanang berlaku secara aman tapi itu semua karut. Lihat saja Bersih 2.0 dan sebelumnya..Pernah amankah??

Perbuatan yang sungguh biadap dan tidak berperikemanusiaan dan macam orang hilang kawalan. Ambiga harus bertanggungjawab atas segala apa yang terjadi. Inilah hasil anak didik Anwar Ibrahim, menambahkan benci pada Polis dalam diri penyokongnya. Penyokongnya pun BODOH, percaya bulat-bulat apa yang Anwar tipu korang. Lupa ker masa beliau di dalam tahanan penjara dulu, membohong kuat kononnya leher patah segala bagai.

Pada pembaca budiman, jika terjumpa 2 ekor beruk Bersih 3.0 ini, lapor terus ke Balai Polis yang berdekatan. Mereka harus didakwa di atas keganasan yang mereka lakukan. Pihak Polis sudah meminta bersurai secara aman, tapi mereka ini sendiri yang berdegil tunjuk hebat...




Senarai anggota Polis yang cedera KLIK SINI


GR kata: Elok tembak jer puak-puak Bersih yang takder otak ni...menyusahkan!!!!

Sunday, April 29, 2012

KEJADIAN SEBENAR PUAK #Bersih3 LANGGAR UNDANG-UNDANG!! @PDRMsia @HishammuddinH20


Lihatlah gambar di atas, siapa yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan?? Bukankah mereka tidak dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka tapi pembaca lihatlah sendiri mereka merempuh benteng yang dibuat oleh PDRM dan DBKL. Mana DUDUK dan BANTAH yang mereka war-warkan??


Jelas ini membuktikan pemimpin mereka sendiri memberikan arahan untuk melanggar peraturan dan undang-undang. Tapi ketika merempuh benteng di Dataran Merdeka di manakah pemimpin-pemimpin HARAM JADAH nie semua?? Kenapa selepas berikan arahan larikan diri?? Sekali lagi jelas, mereka hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan peribadi mereka sahaja.

GR sendiri berada di medan rusuhan Bersih 3.0 semalam dan melihat sendiri, pendemo-pendemo ini serupa dah macam manusia yang tidak mempunyai akal fikiran. Memekik terlolong macam orang dah kena rasuk jin. Dari segi perwatakan luaran baik dengan lelakinya berpakaian baik dan perempuannya menutup aurat yang muslimahnya siap pakai purdah lagi. Tapi memekik terlolong, maki hamun, ini ker wajah seorang Islam yang hakiki. Islam mengajar ini semua ker wahai puak-puak Bersih??

Beruk Bersih maki hamun Polis

Pendemo menghalang Bomba

 Mulakan provokasi dengan Polis

Jelas, perhimpunan Bersih 3.0 GAGAL ini kerana penganjur perhimpunan ini tidak mengotakan janji dan menjamin perhimpunan ini dijalankan secara aman. Agenda mereka untuk memburukkan negara di mata dunia cukup jelas. Sengaja menimbulkan provokasi dan ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa PDRM satu badan yang zalim dan bertindak ganas. Kata boleh bawa 500,000 rakyat Malaysia turun berdemo, kenapa 15,000 saja yang turun???

GR berpendapat Ambiga, Anwar dan seluruh Pakatan HAPRAK harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi pada Bersih 3.0. Kerosakan harta benda awam dan berbagai keganasan yang dibuat oleh puak-puak mereka. Rakyat Malaysia bencikan keganasan dan ini bukan caranya menuntut sesuatu KEADILAN tapi ini adalah cara yang seseorang yang dah tak laku dan syok sendiri...


GR kata: Rakyat Malaysia BENCI Bersih...Rakyat Malaysia sayangkan keamanan!!!

Artikel pelbagai