Inilah dia orang kata "sendiri berak tepi jalan, dituduh orang lain"....Apakah yang cuba Azmin Ali lakukan? Jawapan yang tak munasabah. Kenapa tak boleh terima jika benar yang beliau telah diGAME oleh puak PKR sendiri...??
Sendiri dah buat silap kenapa susah sangat nak mengaku...tak pun GR sarankan beliau angkat sumpah...Ok tak??? Berani tak..???
Pembaca baca kenyataan beliau di bawah dan nilailah sendiri yer:
SHAH ALAM – PKR menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan media kawalan mereka yang terus memfitnah melalui penyebaran beberapa gambar mirip Timbalan Presiden, Azmin Ali baru-baru ini.Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, budaya politik kotor di luar batas adab dan akhlak ini sewajarnya dihentikan kerana ia amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib sendiri, yang juga Perdana Menteri.Oleh itu kata beliau, PKR mengajak seluruh rakyat menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).“Umno berada dalam keadaan terdesak kerana kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai.“Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah. Harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menegaskan Umno harus ditolak dan ditentang habis-habisan kerana menjadi tugas dan kewajipan sesama Islam menolak budaya fitnah.Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan digunakan blog-blog pro Barisan Nasional (BN) untuk menghentamnya. Gambar itu turut menunjukkan adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas. - SH
GR kata: Macam ni punya orang pun ada ker??
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment