Friday, September 19, 2014

KEMPEN JAHAT PAKATAN DI #PengkalanKubor AKHIRNYA TERBONGKAR JUA! @Zahid_Hamidi


Inilah setiap kali pilihanraya tak kiralah PRU atau pun PRK ada saja pihak yang menggunakan taktik kotor demi meraih simpati rakyat/pengundi memberikan kemenangan kepada mereka. Bila mandat telah diberikan pada mereka tidak pula mereka melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik.

Masihkah korang ingat al kisah 40 ribu Bangla yang memberikan kemenangan pada BN PRU13 yang lepas? Mana perginya pemimpin yang menabur fitnah, adakah beliau tampil mohon maaf..adakah beliau sedar akan kesalahannya? Mana laporan Polis yang dibuat jika benar bagai dikata BN membawa Bangla untuk membantu kemenangan mereka walaupun tidak mendapat keputusan 2/3 kerusi di Parlimen.

Kisah Nurul Izzah pula menabur fitnah untuk kemenangan beliau 'menewaskan' Raja Nong Chik di Lembah Pantai sudah terbukti yang beliau MENGAKU BERSALAH. Rafizi dan Chegu Bard pula macam biasa tabur fitnah sana sini tanpa bukti dan akhirnya rakyat mempercayai permainan kotor mereka.

Itu dulu, GR yakin sekarang rakyat sudah mula berubah pemikiran mereka ke arah yang lebih baik. Walaupun generasi politik sekarang adalah zaman persepsi, rakyat bijak menilai mana yang baik dan juga buruk. Bukan dengan hanya percaya bulat-bulat setiap berita yang mereka dengar atau pun baca.

Kepada pengundi Pengkalan Kubor, buatlah pilihan yang bijak. Mahu pun pemimpin yang jujur dalam melaksanakan tanggungawab yang diberikan pada mereka pilihlah calon yang dipertandingkan. Buatlah pilihan berdasarkan usaha mereka bukannya dengan hanya bermain kata-kata. Tolak politik fitnah...!!

TUMPAT, 18 Sept (Bernama) -- Pengundi di Pengkalan Kubor diminta tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana ia mungkin dilakukan hanya kerana pilihan raya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat beberapa kes sebelum ini yang pihak pembangkang menuduh kerajaan BN melakukan penyelewengan, tetapi menarik balik fitnah itu apabila kes dibawa ke mahkamah.

"Banyak kes (tuduhan) yang dibuat pembangkang dan dibawa ke mahkamah tetapi akhirnya diselesaikan di luar mahkamah dan mereka memohon maaf.

"Saya sendiri ada beberapa kes yang orang menuduh saya menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan, tetapi bila saya bawa ke mahkamah dia minta maaf dan menarik balik tuduhan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perjumpaan bersama petugas Polis Diraja Malaysia Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini pada Khamis.

Justeru, Ahmad Zahid berharap pengundi di Pengkalan Kubor dapat menilai perkara itu dan tidak mudah mempercayainya kerana mungkin ada antara fitnah tersebut bersifat 'sementara' semata-mata mahu mempengaruhi pengundi.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis menerima dua laporan berkenaan kandungan ceramah yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, di sini setakat ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kertas siasatan bagi kedua-dua laporan tersebut telah pun dibuka dan kes sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

"Polis sentiasa memantau semua ceramah yang dijalankan di Pengkalan Kubor sempena PRK di sini, tidak kira sama ada ceramah tersebut dijalankan oleh pembangkang atau BN, polis akan pantau dan jika ada laporan, polis akan menjalankan siasatan secara profesional," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung gangguan oleh pihak-pihak tertentu terhadap mana-mana ceramah, sama ada dari pihak PAS atau BN.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lepas dan SPR menetapkan 25 Sept ini sebagai hari mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- BERNAMA

TUMPAT (Kelantan) – Kerajaan memberi peringatan bahawa pengiktirafan warganegara tidak diberikan kepada mereka yang memiliki dua kad pengenalan negara lain kerana ia melanggar undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf satu kewarganegaraan sahaja iaitu Malaysia sebagai tanda kesetiaan.

Beliau memberi amaran itu kepada penduduk yang berada berhampiran di sempadan Thailand kerana kerajaan ada maklumat ada individu yang memegang dua kad pengenalan secara diam-diam.

“Saya dapat tahu ada pengundi-pengundi mempunyai dua kad pengenalan, satu kat pengenalan Malaysia (Mykad) satu kad pengenalan hok sana tu (Thailand).. saya tahu.

“Undang-undang Malaysia hanya mengiktiraf satu warganegara, mana-mana yang ada dua warganegara Malaysia tidak mengiktiraf orang-orang itu yang mempunyai dua warganegara,” katanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata keadaan itu akan membuatkan orang itu menjadi pengundi tidak bertanggungjawab kerana apabila ada pilihan raya di Thailand, mereka akan mengundi di sana dan sebaliknya.

Pada 25 September ini, pengundi di DUN Pengkalan Kubor akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk mencari pengganti Allahyarham Datuk Seri Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia.

“Tolong periksa dengan pihak Thailand, kalau-kalau ada.. memang ada mereka yang balik ke sini untuk mengundi.. Di sana (Thailand) dia mengundi negara sana, balik sini mengundi negara sini.

“Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, inilah konsep warganegara Malaysia yang taat setia,” katanya.


GR kata: Pakatan bila dah menang baru nak minta maaf...itu dasar PENGECUT!!

HOT #gossippanas: ARTIS KANTOI BEROMEN DALAM TOILET? GILER KER?? #artismalaysia


Lawak bila GR baca ruangan artis dalam satu akhbar di pagi Jumaat yang mulia nie. Macam dah tak ada cerita yang mereka ingin jajakan untuk tatapan pembaca. GR bukannya ingin menyambut cerita ini, tapi mahu kita semua berfikir apakah fikiran kita sebagai pembaca sekarang sudah hilang moralitinnya?

Apakah mereka yang menjajakan cerita sebegini rupa, tidak berfikir dahulu adakah ianya benar terjadi atau pun tidak? Adakah mereka berfikir dahulu perasaan mereka difitnah jika perkara ini tidak benar? Nak laku dan bagi paper anda meletop pun kenalah dengan caranya jangan main HENTAM KEROMO saja!!

Baca di bawah:

Kuala Lumpur: “Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas pelakon dan pengacara Tasha Shilla yang terkejut dengan dakwaan terbaru mengatakan dia melakukan ‘perbuatan sumbang’ dengan teman lelakinya Han di set penggambaran, baru-baru ini.

Tasha atau Natashasheilla Abdul Razak, 27, berkata, tuduhan kononnya dia ‘memadu asmara’ dengan kekasihnya di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang menjalani penggambaran adalah fitnah mengaibkan.

“Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.

“Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan.

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?” katanya, petang semalam.

Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan kekasihnya di lokasi, baru-baru ini.

Pada yang suka jadi Mat Kepoh tu hentilah perbuatan korang tu. Bukan ada faedah pun, artis nie ada kacau hidup korang ker? If mereka nie bersatu dan berkahwin, yang dapat pahala dia. Lagi besar pahalanya bawa orang masuk Islam. Korang dapat ape??? Lu pikirlah sendiri....

GR doakan artis ini terus berjaya dalam hidup dan kerjayanya.


GR kata: Allah takkan mengubah seseorang itu selagi dia tak berusaha untuk mengubah dirinya sendiri.

Thursday, September 18, 2014

SEORANG LAGI PEMIMPIN MELAYU IKUT JEJAK LANGKAH TUN MAHATHIR PERTAHANKAN BANGSA MELAYU! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA #DSZH


Jika pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu, pastinya dia akan dilabelkan sebagai rasis dan tidak adil, tetapi jka pemimpin Cina bercakap tentang Cina, ianya terus dianggap sebagai keadilan. Wajar perkara sebegini berlaku?

Sekarang ini, pemimpin Melayu yang lantang menyuarakan tentang ketuanan Melayu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga merupakan Naib Presiden UMNO menegaskan terdapat empat teras yang perlu diperjuangkan iaitu Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu.

"Mereka (kaum lain) mahu kesamarataan dan apa yang kita mahu lakukan adalah kesaksamaan. Kenapa hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dipertikaikan. Adakah jika kita mempertahankan hak kita, kita dipandang perkauman,

"Kita mempertahankan hak kita dengan tidak menafikan hak kaum lain tetapi jangan cuba menggugat hak orang Melayu," kata Zahid yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Adakah Zahid Rasis? Adakah menjadi kesalahan terhadap individu yang mahu mempertahankan hak bangsanya sendiri?

Berdasarkan kenyataan tersebut, Zahid cuma pertahankan hak keistimewaan melayu dan juga hak yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Justeru, tiada lagi perkara yang perlu dipertikaikan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/UtaraNews.com



GR kata: Siapa lagi nak pertahankan bangsa sendiri kalau bukan diri kita sendiri...

Artikel pelbagai