Saturday, November 3, 2012

VIDEO #AES: TANGGUH ATAU KEMASKINI JADI TERBAIK? SOLAH JPJ PATUT DENGAR APA KATA RAKYAT!

Kewajaran pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terus menjadi topik hangat  bukan saja dari pejabat-pejabat kerajaan sehinggalah ke warung-warung kopi tepi jalan. Bukan itu saja malah meja-meja di Parlimen Malaysia juga membincangkan tentang perkara ini, tujuannya hanya satu untuk kebaikan rakyat.

Rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan sistem baru ini dan adakah ia relevan dilaksanakan dalam masa sekarang. Isu ini menarik minat pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang politik mahu pun bidang pekerjaan.

Asalkan namanya sahaja pengguna jalan raya, mereka ada pandangan tersendiri berhubung pelaksanaan sistem berteknologi tinggi ini. Pada Ketua Pengarah JPJ dan semua pembaca lihat video di bawah dan hayati pandangan dari rakyat sendiri :





GR kata: Nak ubah sikap manusia memang susah kerana ia datang dari diri mereka sendiri termasuk diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah iman....

EKSKLUSIF TERKINI: ANWAR, SUARAM GUNAKAN SUARA ASING HURU HARAKAN NEGARA!


Apa lagi si petualang negara Anwar Ibrahim ini lakukan...semuanya semata-mata ingin mencapat cita-cita BODOH beliau iaitu merampas negara dan ingin menjadi Perdana Menteri. Apa yang beliau lakukan selama ini sememangnya tidak mengambarkan beliau seorang yang cintakan negara. Ingin menjadi pemimpin tetapi sanggup gadaikan maruah dan negara demi kepentingan peribadinya sendiri.

TERKINI!! GR mendapat dari sumber dalaman PKR sendiri, Anwar dan ramai lagi MP dari Pakatan Pembangkang sekarang berada di Singapura. Tujuan utama mereka berada di Singapura adalah kerana mengadakan persidangan tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Singapura. Persidangan tertutup ini adalah bertujuan untuk berbincang mengenai siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene yang turut diadakan pada hari Ahad 4 November 2012 di Pasir Gudang, Johor.

GR difahamkan lagi kesemua MP (Ahli Parlimen) Pakatan Pembangkang akan berada di Singapura untuk persidangan tertutup ini yang akan berlangsung waktu tengahari. Lagi best segala kos ditaja oleh PAP dan Anwar Ibrahim sendiri. Persoalannya di sini, pembaca lihatlah sendiri Anwar sanggup menggunakan negara asing untuk menghuru-harakan negara. Persidangan esok juga dihadiri oleh peguam-peguam BODOH dari Perancis yang sebelum ini kononnya memberitahu bahawa merek telah mendakwa terdapat penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.


Dua peguam di atas William Bourdon dan Joseph Breham akan turut dibawa persidangan tertutup mereka esok. Ini sudah cukup menunjukkan dalam pakatan pembangkang terdapat suara-suara asing dibelakang mereka. PAP yang kita semua sedia maklum apa perjuangan mereka sebenar sama seperti DAP.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sedarlah dibelakang pakatan pembangkang adalah SUARA ASING dari luar yang tujuan utama mereka ingin huru harakan negara. Lihatlah demontrasi-demonstari Bersih 1.0 hinggalah pada sekarang, tujuan mereka bukannya ingin menuntut apa-apa TAPI hanya ingin melihat rakyat di negara ini huru hara. Dalam setiap jelajah atau ceramah yang mereka adakan hanyalah penipuan semata-mata.

Untuk makluman semua, pihak negara Perancis sudah memberitahu tidak ada sebarang pendakwaan dibuat di mahkamah di sana. Dan baru-baru ini juga SUARAM mengaku akan kebodohan memfitnah tentang Isu Scorpene dan pembunuhan Altantuya ini. Rakyat Malaysia harus sedar, inginkan negara yang aman atau pun negara yang huru hara? Tidakkah kita bersyukur dengan kehidupan kita sekarang cukup makan pakai dan sebagainya. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan adalah hanya untuk rakyat. Tapi apa yang pembangkang berikan selama ini di Malaysia hanyalah FITNAH DAN PENIPUAN semata-mata.




GR kata: Kita sayangkan negara seharusnya kita jangan rosakkan negara kita sendiri. Fikir-fikirkanlah....

Friday, November 2, 2012

TAHNIAH! VETERAN ATM DAPAT DURIAN RUNTUH!! cc: @Zahid_Hamidi @NajibRazak #Bajet2013


GR tak ada nak cakap apa-apa yang penting TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! kepada warga veteran yang mendapat durian runtuh semalam. Diberitakan seramai 234,500 veteran ATM telah menerima RM 1,000 dan inilah bukti Kerajaan kotakan janji yang diberikan dalam pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Janji Ditepati itulah sikap kita sebagai manusia dan apatah lagi umat Islam yang harus diterapkan dalam diri kita. Jika kita ingin memberikan JANJI pada seseorang sudah pasti janji tersebut harus ditepati. Sekarang taktik yang terbaru Anwar, katanya BN ini bongkak, sombong sebab dah janji lagi nak beritahu sana sini Janji Ditepati. Mestilah begitu, bukannya ego dan bongkak tapi untuk memberitahu rakyat bahawa apa yang mereka ingin insyaALLAH mereka akan dapat kecapi. Bukannya tabur janji sana sini tapi akhirnya rakyat yang jadi mangsa kerana sebelum itu terpedaya dengan 'sembang pari' pakatan haprak ni...

Apa pun tahniah sekali lagi pada veteran ATM dan tahniah juga pada Mindef dan YB Menteri Pertahanan yang bukan saja menjaga keamanan negara tetapi menjadi hak kebajikan warga tentera. Dengan pemberian durian runtuh ini dapat mengurangkan sedikit beban dan keperluan harian mereka.


SIBU 1 Nov. - Seramai 234,500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 melalui Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (STB1M) pada 1 Januari depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumbangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM234.5 juta dan kos tersebut ditanggung bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Katanya, syarat permohonan adalah berkhidmat kurang dari 21 tahun yang bersara awal dan tidak berpencen, telah dibersarakan atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat dan tarikh tamat tempoh perkhidmatan pada atau sebelum 31 Disember 2012.

"Bekas anggota tentera yang menepati syarat itu layak memohon dan menerima sumbangan bantuan tersebut.

"Sumbangan ini tanda pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan dan perkhidmatan Veteran ATM yang tidak berpencen dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Penutup Kempen Rayuan Hari Pahlawan, di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Tabung Kempen Rayuan Hari Pahlawan berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM250,000. Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJN) kepada 50 orang bekas veteran tentera yang terpilih di negeri ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, ATM akan menggiatkan program Askar Masuk Kampung di bawah Projek Jiwa Murni bagi membolehkan anggotanya memberi bantuan kemanusiaan, bencana dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, projek itu diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan. Katanya, di Sarawak, projek yang dilaksanakan di bawah Program Jiwa Murni ialah menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba'Kelalan dan Jalan Belaga-Menjawah. - Utusan


GR kata: Bajet 2013 telah dikotakan...bajet PR tonggang terbalik jawabnya...

#BR1M2.0 : ANAK MUDA, ORANG BUJANG TUNGGU APA LAGI! TAK NAK DUIT KER??


KUALA LUMPUR – Berita gembira buat individu bujang yang berusia 21 Tahun ke atas apabila permohonan BR1M 2.0 kini telah dibuka. Bantuan BR1M kini diperluaskan penerimaan bantuan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Bagi Bantuan RM250 kepada individu bujang, berikut adalah syarat-syarat bantuan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT

Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya :
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji

Borang boleh didapati secara PERCUMA menerusi :
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my  atau https://ebr1m.hasil.gov.my




GR kata: Kategori Orang Bujang termasuk janda, duda, anak dara dan teruna. Tunggu apa lagi..cepatla daftar! Rugi kalau daftar....

PANAS: @anwaribrahim BENGANG DENGAN @khairykj SAMPAI AJAK BERTUMBUK!?


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).

Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.

"Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?

"Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya. - Utusan


GR kata: Dengan KJ pun tak lepas ada hati nak berdebat dengan PM! Sudah cukup sudah la wahai Anwar!!

SUBHANALLAH! FOTO-FOTO DAHSYAT TAUFAN SANDY DI AMERIKA SYARIKAT!


Subhanallah, Maha Suci Allah! Itu yang mampu GR katakan. Terbukti kekuasaan Allah S.W.T tiada tolok bandingnya. GR berasa simpati dengan nasib yang menimpa Amerika Syarikat dan kawasan yang ditimpa bencana ini diisytihar darurat. Ini mengingatkan kita dengan kejadian Tsunami yang melanda Aceh dan kawasan berdekatan termasuk di Malaysia.

Apa yang terjadi ini ada makna tersurat dan tersirat dan kita sebagai hamba-NYA seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Paling penting kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-NYA....amin. Lihat lagi gambar-gambar di bawah :






GR kata: Kita sama-sama beringat akan kekuasaan Allah S.W.T dan sentiasa berdoa agar diberikan kehidupan yang aman dan jauhkan dari sebarang bencana....amin.

Thursday, November 1, 2012

FOTO INI MENCERITAKAN SEGALANYA TAPI MASIH TAK SEDAR DIRI!


Apa yang bermain difikiran korang bila tengok gambar di atas? Apa yang boleh dikategorikan dengan manusia dalam gambar di atas...adakah beliau masih waras atau hanya mimpi di siang hari...??

Jika selama ini beliau mengatakan rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan beliau..kenapa dalam setiap tempat yang beliau kunjungi tak mendapat sebarang sambutan. Kalau ada pun yang datang hanya puak-puak yang tak ada otak, tak boleh berfikir dengan baik kerana terlampau taksub. Akhirnya nanti...menyesal tak sudah.

Sudah....cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja!! wahai Anwar Ibrahim. Usahlah kau temberang lagi...terimalah kenyataan anda tidak layak menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila pun. Sedarlah diri tu...fikirlah segala apa yang kau lakukan ini buruk baiknya.

Pada rakyat Malaysia...fikirkanlah yang terbaik. Korang nak pemimpin yang baik dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negara atau nak pemimpin yang hanya tau PERUT SENDIRI! Renung-renungkanlah yer kawan-kawanku semua....


GR kata: Lagu sudah cukup sudah sesuaikan untuk pakatan haprak nie...Hi hi hi

HOT NEWS: SUARAM KANTOI LAGI! SYARIKAT GUAMAN BERSUBAHAT DIDEDAHKAN!!


Sekali lagi GR ingin nyatakan di sini, "Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua".... Dalam Al-Quran ada menyebut, Allah S.W.T akan menolong hambanya yang teraniaya. Apa Anwar nak kata lagi dalam bab ini. Penipuan demi penipuan pakatan pembangkang timbulkan hanyalah semata-mata untuk memburukkan Kerajaan sekarang. Ini adalah kerana mereka fikirkan strategi mereka akan berjaya untuk mengkaburi mata dan pemikiran rakyat.

Ternyata strategi jahat mereka tidak membuahkan hasil. Pembelian kapal selam Scorpene pun mereka ingin politikkan, kononnya ada penyelewengan yang terlampau dalam isu ini. Sebelum ini GR ada mengeluarkan artikel bahawa SUARAM mengaku dengan PENIPUAN berkenaan isu Scorpene ini. Pada yang masih belum membacanya boleh baca DI SNI

Semalam sekali lagi pendedahan dibuat mengenai agenda pakatan haprak ini. Mereka sebenarnya telah bersubahat dengan syarikat guaman terkemuka dengan kerjasama SUARAM sendiri. Tujuannya hanyalah satu untuk menjatuhkan Kerajaan. Nampaknya pakatan haprak sudah semakin goyang kerana tidak ada sebarang bukti penyelewengan dalam Isu Scorpene ini. Tidak ada sebarang pendakwaan dan perbicaraan dibuat di Perancis.

GR sarankan pada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab, sudah-sudahla tu...HENTIKAN sajalah penipuan yang korang buat ni. Rakyat sebenarnya sudah mengetahui perkara sebenar. Pembelian kapal selam seharusnya perlu untuk mempertahankan negara, lebih-lebih lagi Malaysia sebuah negara yang mempunyai perairan. Apa salahnya kita mempunyainya awal kerana langkah berjaga-jaga itu perlu dan kapal selam Scorpene yang dibeli jika ingin dibandingkan harganya dengan kapal selam negara lain jauh LEBIH MURAH. Untuk mempertahanakan negara itu perlu dan tidak seharusnya dipolitikkan. Fikirlah secara bijak, bukan fikir macam budak-budak wahai pencacai PR!!

Baca lagi bawah dan lihat video pendedahan sebenar Scorpene ini :
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.

Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu ‘misi besar’ itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan oleh Wee Choo Keong (gambar) (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) walaupun terbukti tidak berdaftar.




GR kata: Kapal selam tak boleh menyelam? Kan kenyataan BODOH namanya tu...

TAHNIAH KSN @AliHamsa55 - MACAM NI LA BARU ORANG SUKA!!


Semua orang tahu, Kerajaan seharusnya memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ini termasuk pada semua agensi-agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan seperti urusan cukai pendapatan, klinik, pembayaran dan sebagainya. Dalam perkhidmatan Kerajaan, penjawat awam adalah golongan penting kerana merekalah yang memberikan suatu gambaran itu baik atau pun buruk.

Tahniah GR ucapkan pada Ketua Setiausaha Negara yang baru ini, Datuk Wira Dr. Ali Hamsa yang dilihat sering turun ke bawah mendalami isi hati golongan penjawat awam ini tidak kira apa pangkat sekali pun. Ini baru dikatakan Boss Turun Padang, anak buah pun suka.

Langkah inisiatif yang diambil oleh KSN baru ini adalah yang baik dengan menkaji semula sistem gaji penjawat awam. Seharusnya langkah ini disambut baik oleh semua golongan penjawat awam yang berkhidmat untuk Kerajaan. GR berharap agar bakal sistem gaji yang baru nanti diperkenalkan membawa yang positif kepada semua penjawat awam dan mereka akan kerja dengan lebih dedikasi dan yang penting kerja dengan hati yang ikhlas.

MELAKA 31 Okt. - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA


GR kata: Kalau penjawat awam asyik complaint jer pun tak tau lah. Tepuk dada tanyalah hati....

Wednesday, October 31, 2012

PART 1: PAS PARTI ISLAM ATAU SETAN? SEBAB-SEBAB PAS TAK LAYAK MEMIMPIN!!


Sudah berpuluh tahun PAS ditubuhkan di Malaysia. Dengan nama Parti Islam SeMalaysia hanyalah gah pada nama saja. Tapi selama mereka berpolitik di Malaysia apakah matlamat utama pada mereka? Jika kita lihat dalam apa yang mereka katakan memperjuangkan Islam, tapi perjuangan Islam yang bagaimana yang mereka maksudkan?


Pembaca lihat sendiri beberapa fatwa dan hukum hakam Islam mereka tokok tambah apatah lagi terbalikkan apa yang benar yang terkandung dalam Al-Quran. Ulama' yang mereka agungkan Pok Nik tak layak diberikan gelaran tersebut. Disebabkan takutkan DAP dan ingin dapatkan kepentingan peribadi mereka sanggup buat apa saja. Apa pun di sini GR ingin nyatakan beberap sebab PAS sudah tidak relevan lagi di Malaysia...baca dan fikirkanlah demi kepentingan dan pelihara agama, bangsa dan negara :

1. Tidak menjaga imej Negeri yang diperintah
Selama 22 tahun dalam era baru pemerintahan PAS telah gagal membina "kemuliaan" bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya PAS berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dinamakan oleh mereka selama ini iaitu “NEGARA YANG BAIK” atau sebagai negeri “MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT” tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada kerajaan Pusat.

Sekiranya PAS berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turun dari langit sebagaimana yang ditulis di merata tempat dalam bandar Kota Bharu itu barulah Kelantan mempunyai “Izzah” iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau PAS masih terpaksa menagih geran peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan seperti air yang sentiasa bermasalah di Kelantan dan juga pembangunan lain, sedangkan selama ini mereka mencemuh Barisan Nasional khususnya UMNO.

Maka dari segi manakah lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain. Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan sebagai yang diwar-warkan?. Sekiranya Kelantan mempunyai “Izzah” bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan dari kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain sebagaimana Nabi Yusuf menjadi Menteri kewangan Mesir dulu dapat membantu negeri-negeri berjiran dengan baginda, demikian juga negeri Kelantan yang sepatutnya dapat membantu negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah SWT. Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari, iaitu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat.

2. Gagal memajukan ekonomi
Kerajaan PAS berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka dulu kerana Kerajaan Melayu Melaka apabila rajanya memeluk Islam, lalu negeri Melaka menjadi lebih makmur. Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan PAS pada tahun 1990. Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 22 tahun pentadbiran kerajaan Pas. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport.

Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal bagi pendaratan ikan dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri Kelantan untuk memajukan pelabuhan. Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat. Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukan Kelantan sebagai distinasi strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Beberapa tahun lepas Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

3. Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada adalah sangat sedikit tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan. Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura negeri yang diperintah oleh BN yang kononya tidak Islam. Sepatutnya apabila kerajaan PAS ditubuhkan maka orang dari luar Kelantan akan berduyung-duyung mencari rezeki di Kelantan. Bahkan apabila hampir hari raya rakyat Kelantan berduyung balik ke Kelantan dan ramai yang menemui ajal dalam perjalanan. Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.

Memang benar pada tahun 1950an orang Kelantan berhijrah ke Thailand yang lebih dikenali dengan istilah “pergi ke Barat” dan kemudiannya rakyat Kelantan pergi ke Singapura menjadi buruh kontrak. Ini disebabkan pada ketika itu peluang pekerjaan amat susah kerana Malaysia masih belum merdeka.

Maka apakah kerajaan Pas yang kononnya mengikut Sunnah berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah Tok Guru pernah mengajara bahawa “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”? Apakah usaha Pas selama 18 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?

4. PAS sentiasa menyalahkan orang lain
Sebagai contoh dan renungan iaitu pada 13 Jun 1996 Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke 37 mendakwa bahawa pentadbiran PAS terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990. Dua kerajaan tersebut menurut Hj Abdul Hadi ialah pihak istana dan pihak kerajaan pusat.

Jikalau Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan sedemikian. Jikalau benarlah Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk istana dan kerajaan pusat. Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan Negeri. Maka apabila Hj Abdul Hadi menuduh Istana mengganggu kerajaan Pas sepatutnya beliau mengemukakan secara terperinci apakah gangguan yang dilakukan oleh pihak istana Kelantan. Ini adalah sifat pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain.

Sebagai contoh lagi; dalam soal hukum hudud pula, sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud. Tidak pernah rakyat kelantan mendapat tahu bahawa istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jikalau benarlah Haji Hadi dapati ada gangguan sepatutnya beliau menyenaraikannya satu persatu bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari sultan. Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung. Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat itu boleh dikatakan satu gangguan?

Apakah yang Pas kehendaki daripada istana Kelantan? Satu pertanyaan yang tidak mungkin berani dijawab oleh pihak Pas kerana pemimpin Pas sendiri banyak melakukan salah laku terhadap rakyat termasuk gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga ditegur oleh Sultan Kelantan di dalam Persidangan DUN Kelantan baru-baru ini. Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan.

Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan istana membuat teguran. Teguran istana Kelantan dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan. Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang begitu banyak ke negeri Kelantan. Dulu pernah kerajaan negeri Kelantan meminta pinjaman wang dari Kerajaan Pusat untuk memulihkan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan, dan telahpun Pusat membantunya, walaupun Pas masih gagal menjernihkan air. Di manakah rasionalnya tuduhan Hj Abdul Hadi tersebut. Melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan. Apakah Pas buat-buat tak nampak melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.

Melalui pelbagai agensi, Kerajaan Pusat melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian susu penuh krim kepada murid-murid sekolah, bantuan buku teks, perpustakaan desa, makanan tambahan di sekolah-sekolah dan Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan. Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?

Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel Islam dan mendabik dada kerana kononnya Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini? Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampong-kampong tidur di Hotel Islam Pas? Apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.

Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri. Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam dan Kepimpinan Ulama?.

Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah bandar raya dan negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai serambi Mekkah. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir pemimpin Pas yang menuduh kerajaan pusat mengganggu Kelantan.

5. Tamakkan jawatan
Sebagai renungan sejarah. APU pecah kerana kegagalan PAS dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46. Kegagalan yang pertama ialah perkahwinan tersebut ibarat kahwin lari ke Narathiwat kerana sepanjang lapan tahun perhubungannya dengan Semangat 46, Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46. Tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama, dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadanya perjanjian bertulis itulah maka apabila berlakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996 masalah harta pesaka dan penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan. Masing-masing hanya dapat tuduh menuduh. Pas mendakwa Semangat 46 isteri yang curang. Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah sebagai parti Islam, Pas gagal berdakwah kepada Parti Semangat 46. Pas hanya mahu memperalatkan Semangat 46 bagi kepentingan politik sendiri bukannya menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah kepada Semangat 46. Yang sebenarnya mana mungkin Pas boleh berdakwah jikalau Pas sendiri gagal untuk menunjukkan tata laku yang baik.

Sudah pasti terlalu banyak susahnya daripada senang bagi Semangat 46 ketika bersama Pas menyebabkan Semangat 46 sanggup menebalkan muka kembali rujuk kepada UMNO. Tidak mungkin tergamak untuk pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sanggup lari meninggalkan Pas jikalau tidak ada satu-satu perkara yang besar. Pas jangan hanya menyalahkan Semangat 46 sahaja, tiliklah diri sendiri. Hasil daripada kegagalan muafakat Pas - Semangat 46 menyebabkan rakyat tidak hormat kepada Pas kerana gagal memberi tarbiah kepada Semangat 46.

Mana mungkin Semangat 46 boleh hormat kepada Pas jikalau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia seperti balak dan sebagainya selepas menang pilihan raya umum 1990. Selepas menang pada tahun 1990, Pas mengamalkan politik gomol. Gomol sungguh-sunguh. Pas gomol Jawatan Timbalan Menteri Besar, gomol 5 jawatan utama di Pejabat Unit Dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat Parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud di bawah unit tersebut. Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di Pusat Kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meninggalkan hanya satu jawatan untuk Parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya umum 1995. Jawatan pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC di ambil alih satu lepas satu daripada parti Semangat 46, kuota EXCO 46 yang diberi kepada Berjasa diambil oleh Pas selepas calon Berjasa kalah di DUN Kota Lama, kuota Ahli Majlis Daerah dan Ahli Majlis Perbandaran diubah tanpa mendapat restu dan persetujuan Parti Semangat 46. Politik gomol ini memakan diri apabila Semangat 46 gomol Pas pula apabila mereka menyertai UMNO secara beramai-ramai. Kesimpulan yang dapat difahami daripada peristiwa tersebut ialah membuktikan bahawa Pas bukannya Idola atau model terbaik. Pas tak lebih daripada Parti hepokrit dan parti mecemarkan imej Islam semata-mata.

#Ptptn: PELAJAR MISKIN BOLEH SAMBUNG BELAJAR TINGGI! ANWAR MAKIN PENING KEPALA!!


KUALA LUMPUR - Golongan pelajar miskin dan kurang bernasib baik bakal menerima bantuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi menerusi dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M) yang diuruskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

BPM1M merupakan inisiatif penjanaan dana menerusi sumbangan organisasi, syarikat dan individu bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan pelajar miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, soal penubuhan tabung dana bukan sesuatu yang baharu dalam sektor pengajian tinggi kerana terdapat banyak alumni serta syarikat yang menderma kepada IPT masing masing.

"Kita mahu perkara ini diperluaskan kepada institusi seperti PTPTN yang diwujudkan khusus untuk membiayai pendidikan pelajar.

"Kerajaan memberi sokongan menerusi potongan cukai sebanyak dua kali mulai tahun taksiran cukai 2012 kepada mana-mana organisasi atau individu yang menderma kepada tabung ini.

"Menerusi tabung ini, pelajar miskin dan kurang bernasib baik tidak perlu membuat pinjaman yang banyak daripada PTPTN kerana sebahagian daripada pembiayaan pengajian mereka akan ditanggung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pembayaran Balik Pembiayaan Kepada Penerima Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Penyampaian Hadiah Simpanan Bonanza! SSPN-i di sini semalam.


GR kata: Terima kasih YAB PM dan Kerajaan yang sentiasa membantu semua lapisan masyarakat....

Sent from Samsung Galaxy Note

Malaysia Bukan Negara Pengganas - @Zahid_Hamidi


Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara pengganas ekoran penahanan dua rakyat negara ini di Lubnan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia sentiasa berusaha membendung aktiviti sedemikian daripada menular di negara ini.

Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara saling bekerjasama dalam mengawasi kegiatan itu, katanya kepada Bernama selepas menyertai program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama di Wisma Bernama pada Selasa.

Beliau diminta mengulas penahanan Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, di sebuah hotel di Beirut pada 18 Oktober lepas kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati serta mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Kedua-dua pemuda itu akan diwakili empat peguam dalam sebutan semula kes mereka di Tribunal Tentera di Beirut, esok.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga tidak mahu berkompromi dalam sebarang aktiviti keganasan tetapi pada masa yang sama, ia tidak memandang ringan penahanan Razif dan Mohamad Razin Shahar.Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan pemanggil program 'Dalam Radar', beliau berkata peperangan biologi akan menjadi ancaman baharu buat Malaysia.

Untuk itu, Malaysia bercadang menggubal akta mengenainya sebagai langkah persediaan jika peperangan tersebut berlaku pada masa depan.

"Perang biologi adalah perang baharu yang dikhuatiri boleh berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asean," katanya. - BERNAMA


GR kata: Malaysia negara yang aman serta makmur, jangan ada pihak yang tak bertanggungjawab yang ingin merosakkan negara!!

Tuesday, October 30, 2012

HOT FOTO: POK NIK NAK JADI JAMES BOND SELAMATKAN DUNIA!!



GR kata: Pok Nik nak selamatkan dunia atau pun makin merosakkan akidah dan pegangan umat Islam. Renung-renungkan...

TERKINI: PUAK SYIAH PAS MAIN UGUT KERAJAAN MAHU PERANG??


Lihat keratan media yang GR kongsikan di atas, jelas terbukti puak-puak Syiah di Malaysia khususnya sudah mahu bertindak kurang ajar. Siapa mereka yang mahu menentang apa yang pihak jabatan agama Islam jelaskan pada umat Islam? Sudah terbukti dalam hadith Nabi S.A.W pegangan Syiah ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar. Kenapa mesti nak diagung-agungkan? Lebih-lebih lagi dalam PAS, sudah terbukti ramai dikalangan Ostad-Ostad PAS ni pegangan Syiah.

Ini suatu perkara yang harus dianggap serius kerana pegangan Islam yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W adalah yang benar, suci lagi murni. Sunnah Rasulullah S.A.W dan ikuti perintah Allah S.W.T yang bawa kejayaan dunia dan akhirat. Ajaran Syiah di Malaysia harus ditentang oleh semua pihak. Umat Islam juga seharusnya peka dengan perkara ini jangan cepat terpesong atau pun terpedaya dengan ajaran Syiah ini. Renung-renungkanlah....


GR kata: Mat Sabun n the geng memang syiah...ikut depa jawabnya terlingkuplah!!

HOT!! NURUL HUDA NYOYOT NENEN SIAPA TU?


Hujung minggu lalu, memang penuh jadual socialite di Malaysia dengan jemputan ke parti Halloween untuk tahun 2012 — ini termasuklah pelakon popular kita, Nabila Huda.

Gambar di atas adalah salah satu saat manis beliau ketika berada di sebuah parti Halloween baru baru ini yang dikongsi bersama peminat melalui akaun Instagram beliau.

Jika mengikut deskripsi yang disertakan bersama gambar ini, lelaki disebelah kanan gambar merupakan bekas kekasih Marsha Milan Londoh. Sungguh lain perangai beliau.

Dalam salah satu gambar lain, kelihatan bersama Nabila Huda adalah isteri Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila. - RotiKaya


GR kata: Artis...kalau dh popular macam-macam benda yang diorang buat kan.....


Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

KRONOLOGI VAN SKUAD SAYANG WANITA UMNO DICONTENG, UMNO YANG SALAH?


Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya, betul tak? Kesian ada sedih pun ada bila GR melihat perbuatan terkutuk ini. Baru-baru ini UMNO Bahagian Tun Razak sekali lagi 'DISERANG' tapi kali ini van Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Tun Razak yang menjadi mangsa keadaan. Jom kita lihat dan fikir secara logik dari manakah punca insiden ini terjadi.

Pertama sekali kita harus berfikir, insiden 'membuat corak' pada van skuad sayang ini sudah tertentu dilakukan oleh beberapa orang dan CONFIRM orang yang melakukan perbuatan BODOH ini sampai kiamat pun takkan mengaku...betul tak??

Keduanya...kenapa pakatan pembangkang yang tiba-tiba melenting kata mereka perbuatan menconteng perkataan Babi dan Sial ini dilakukan oleh orang UMNO sendiri kerana mereka sudah lama benci dengan UMNO. Sedangkan Ketua Wanita UMNO Bhgn Bdr Tun Razak mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

"Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut".

Nampak sangat perbuatan tersebut kemungkinan besar ada sangkut paut dengan pakatan pembangkang ni. Lebih-lebih lagi dari PKR Bdr Tun Razak kerana mereka sedar Ahli Parlimen Khalid Gagap bukannya suka turun padang untuk berjumpa dengan rakyat. Mereka juga sudah berasa goyang, bahawa rakyat di Bdr Tun Razak khususnya sudah mula meluat dengan PKR Bdr Tun Razak kerana kebanyakan program dan bantuan yang rakyat Bdr Tun Razak adalah dari UMNO/BN Bdr Tun Razak itu sendiri.

Ketiganya...kenapa insiden BODOH ini jadi sehari sebelum Khalid Gagap turun ke Bdr Tun Razak? Seolah-olah PKR Bdr Tun Razak nak menunjukkan bahawa rakyat menerima kehadiran Ahli Parlimen mereka dan Khalid Gagap turun dengan bas mewah Anwar Ibrahim. Kononnya mereka masih gah di Bdr Tun Razak. Korang lihat sendiri masih gah ker PKR di Bdr Tun Razak...lihat gambar di bawah :


Jika dilihat gambar di atas, takkan seramai itu saja program Qurban yang dilakukan oleh PKR Bdr Tun Razak. Bukankah seorang ahli parlimen seharusnya bersama dengan rakyat. Bukannya datang tunjuk muka kacau sikit lepas tu ntah bila turun padang. Sudah-sudahlah tu wahai Khalid Gagap, anda tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin kerana anda hanya tahu jaga poket sendiri dan kroni-kroni Anwar saja.


Bila GR melihat sendiri secara dekat bas mewah tersebut kesan cat merah yang digembar-gemburkan pakatan haprak hanyalah sejenis warna biasa yang mereka sendiri buat. Bukan tak boleh cuci balik, sebab dicalit jer pun boleh hilang. Memang PENIPU besar puak pakatan haprak ni...sanggup buat apa saja demi meraih simpati hati rakyat. Pada rakyat di Bdr Tun Razak GR ingin sarankan pilihlah wakil rakyat yang boleh menjadi hal kebajikan dan pembangunan untuk rakyat...bukannya pilih wakil rakyat yang macam Khalid Gagap dan sewaktu dengannya kerana tengoklah sendiri apa yang korang dapat?? Tengok bas mewah yang besar tu jerlahkan.... Fikir-fikirkanlah!!




GR kata: Pada yang terjumpa bas anwar ni jaga-jaga yer! Pada yang suka main simbah-simbah ni sudah-sudahlah buat kerja bodoh ni. Duit korang dapat tu buat boleh jadi kaya pun....

FOTO POK NIK: MAJLIS 'PENGAMPUNAN DOSA' PAKATAN PEMBANGKANG!!


Pembaca mungkin masih ramai yang tidak tahu kenapa puak-puak pakatan pembangkang ni boleh dikira selamba badak tak ada perasaan takut jika membuat sesuatu perkara yang tidak baik. Kita semua sedia maklum pelbagai kes-kes yang melibatkan keruntuhan akhlak dan nurani seseorang Islam itu. Contoh tidak payah rasanya GR ulangi satu persatu sebab pembaca lebih arif tentang cerita kes-kes tersebut.

Patutlah perbuatan meliwat, main dengan China Doll, kaunseling jam 3 pagi dengan Ostad, skandal dengan bini orang mereka tidak berasa bersalah pun walhal rasa bersalah dengan Allah S.W.T sekali pun. GR lihat mereka ni tak ingat dengan dosa pahala. Pok Nik bagi fatwa yang entah apa-apa entah...segala dosa mereka 'diampunkan'. Tahap apa yer Pok Nik ni??

Pada pembaca yang budiman, fikirkanlah dengan sebaiknya. Inikah manusia yang kita boleh jadikan mereka contoh? Jika dikalangan mereka membuat kesalahan dimaafkan begitu saja dengan FATWA SONGSANG Pok Nik. Hukum hakam Islam dipermainkan begitu saja. Kita sebagai umat Islam harus mempertahankan dan pelihara agama Islam yang suci ini dari dipermainkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab!! Renung-renungkan....


GR kata: Pok Nik kata undi PAS masuk Syurga kan...cakap tak ingat dosa pahala orang tua nie!!

Sunday, October 28, 2012

ARTIS MELAYU PEGANG ANJING! TAK RETI HALAL HARAM DAH!!

Sebelum ini di negara kita sudah dihebohkan dengan isu artis pegang haiwan yang dikategorikan HARAM seperti anjing dan babi. Ianya telah lama dibahaskan dan ianya mendapat reaksi yang besar dan pelbagai daripada pembaca yang setia akan kesucian agama Islam.

Dan terbaru isu ini telah terjadi kepada selebriti yang boleh dikatakan bernama melayu dan beragama Islam. penyanyi kumpulan R7B dan pop, Nadhira yang memegang anjing. Nadhira jua merupakan selebriti antarabangsa yang bertapak di Australia.

Mungkin ada yang mengenali dan ada juga yang tidak mengenali kelibatnya...jom lihat gambar di bawah :



Apa pandangan pembaca sekalian dengan gambar di atas? Pandangan GR sangat sedih...walaupun kita berada di negara orang...perlukah budaya mat saleh diterapkan dalam diri kita? Di manakah sifat peribadi kita sebagai umat Islam? Seharusnya sebagai seorang artis, tunjukkanlah sifat peribadi yang baik kerana kebanyakkan mereka menjadi ikon pada anak muda. Malah anak muda sekarang yang mengikut cara mereka berpakaian dan sebagainya.

Pada artis Nadhira, fikirlah dulu sebelum membuat sesuatu kerana anda membawa nama Malaysia ke persada seni antarabangsa. Jangan malu sebagai anak jati Malaysia dan anak Melayu kerana Melayu Takkan Hilang Di Dunia....


GR kata: Rakyat Malaysia yang berada di negara luar seharusnya membawa nilai-nilai murni budaya Malaysia bukannya ikut terjebak sekali....


SISTEM AES Wajar Atau Tidak? Apa Kata Menteri Terbabit??


Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan 23 September lalu, pelbagai rungutan dilontarkan pengguna jalan raya kerana dilihat sistem ini seolah-olah membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman dibayar pesalah lalu lintas yang dirakam sistem tersebut. Sinar Harian berkesempatan bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengulas isu ini.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL bersama jurufoto, AZMI ARYANTO.

Sejak AES dilaksanakan, bagaimana dengan maklum balas yang diterima daripada pengguna jalan raya?

CHO HA: Kami menerima reaksi positif daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya di negara ini. Melalui maklum balas itu, tidak ada yang mengatakan AES tidak baik kerana tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya.

Tanggapan segelintir pihak, bahawa kelajuan tidak menyebabkan kemalangan adalah tidak benar dan kenyataan itu sama sekali tidak bertanggungjawab. Daripada kajian penyelidikan, kelajuan boleh membunuh. Justeru, dengan adanya AES ini mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

Kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini. Dan, sistem ini terbukti berjaya di 90 negara di seluruh dunia dengan berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60 peratus.

Bagaimana AES itu dikatakan mendidik pengguna jalan raya?

CHO HA: Sistem ini memberi satu gambaran dan persepsi kepada pengguna jalan raya bahawa mereka diperhatikan oleh penguat kuasa, walaupun dilakukan secara automatik dengan penggunaan kamera. Ini mewujudkan perception of being caught kepada pengguna. Sekiranya mereka tidak berwaspada, mereka akan kena tindakan. Oleh itu, pengguna akan mematuhi had kelajuan dan tidak lagi melanggar peraturan lalu lintas.

Kerajaan bukan mahu menghukum rakyat atau sengaja mengenakan denda, tetapi mahu menerapkan disiplin kepada pengguna jalan raya. Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya.

Oleh itu, kerajaan sudah mengkaji keberkesanan sistem ini seperti dilaksanakan di negara lain dan ternyata sistem ini mampu menurunkan kadar kemalangan biasa dan maut. Kerajaan sentiasa telus dalam melaksanakan sistem tersebut tanpa mempunyai niat tersirat mengambil duit rakyat dengan cara mudah.

Kerajaan kerugian RM10 juta setahun akibat kemalangan maut. Adakah dengan pelaksanaan AES ini dapat mengurangkan kadar kerugian tersebut dengan pengurangan kemalangan maut?

CHO HA: Setiap kali berlaku kemalangan maut, negara kehilangan tenaga kerja yang terdiri daripada kalangan profesional dan ini merugikan negara. Selain itu kemalangan juga memberi kesan kepada keluarga mangsa terlibat yang lumpuh atau menjadi orang kurang upaya (OKU). Keluarga akan hilang punca pendapatan.

Dengan langkah kerajaan menguatkuasakan AES, kemalangan maut dapat dikurangkan sekali gus membantu mengurangkan kerugian. Oleh itu, mengapa perlunya AES dibantah, sedangkan ia baik untuk dilaksanakan.

Segelintir pihak berpandangan had laju di beberapa di lokasi pemasangan AES dikatakan tidak bersesuaian. Komen Datuk?

CHO HA: Had kelajuan di jalan raya telah ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), dan ia tiada boleh sewenang-wenangnya dipersoalkan. Pemasangan AES di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut di kawasan tersebut.

Keseluruhannya, 831 AES akan dipasang di seluruh negara dan bagi fasa pertama, 14 buah buah telah dipasang. Bilakah baki selebihnya akan berkuatkuasa?

CHO HA: Mengenai 817 lagi lokasi hitam kemalangan yang bakal dilengkapi sistem tersebut ia akan ditentukan oleh polis dan pihaknya hanya akan membuat perubahan jika kawasan tersebut tidak lagi dilabel sebagai hitam. Kementerian Pengangkutan masih lagi mengkaji senarai itu yang dicadangkan polis dan belum ada keputusan muktamad mengenainya lagi. Kemungkinan berlaku perubahan bergantung kepada infrastruktur jalan dan sebagainya dalam tempoh 18 bulan sebelum dipasang.

Maklum balas daripada orang ramai, kurang publisiti dan pendedahan mengenai pelaksanaan AES menyebabkan pengguna jalan raya tidak jelas mengenai sistem ini?


CHO HA: Kementerian dan agensi yang terlibat sentiasa menghebahkannya melalui media massa sama ada media cetak, radio dan televisyen. Hebahan mengenai pemasangan sistem ini juga diiklankan dalam semua jenis akhbar jadi tidak timbul isu kerajaan cuba menyembunyikan daripada pengetahuan umum.

Malahan pemimpin politik juga berulang kali sering kali bertanyakan mengenai AES ini di sejak dua tiga tahun kebelakangan ini di Parlimen dan dijawab secara bertulis dan lisan oleh Kementerian sebelum ia dilaksanakan oleh Kerajaan.

Tidak munasabah sekiranya orang ramai masih tidak mengetahui kewujudan sistem ini. Bahkan maklumat berhubung kawasan serta jumlah bilangan kamera yang dipasang sentiasa dihebahkan, malah pengguna jalan raya juga diberi amaran menerusi papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran. Usaha kerajaan yang bertujuan selamatkan nyawa manusia ini seharusnya mendapat sokongan semua pihak bukan sahaja pengguna jalan raya malah ahli politik dan pemimpin masyarakat.

Adakah wujud pertindihan tugas dengan adanya AES yang dikuatkuasakan oleh JPJ?

CHO HA: Soal pertindihan tugas tidak berlaku kerana setiap agensi penguatkuasaan mempunyai hak untuk menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing dan setiap agensi juga menjalankan penguatkuasaan dengan berlainan kesalahan.

Dakwaan segelintir pihak, pelaksanaan sistem ini akan menguntungkan kroni. Komen Datuk?

CHO HA: Syarikat konsesi tersebut hanya mendapat keuntungan jika ramai pengguna jalan raya disaman dan kerajaan juga tidak membayar sebarang sewa peralatan atau yuran penyelenggaraan kepada syarikat konsesi yang dilantik itu.

Oleh itu, pengguna jalan raya seharusnya tidak memberi peluang kepada syarikat konsesi AES membuat untung menerusi kesalahan-kesalahan di jalan raya. Ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya dan tidak melanggar arahan arahan lampu isyarat.

Harapan Kerajaan dengan pelaksanaan sistem ini?

CHO HA: Secara keseluruhannya, orang ramai menerima dan hanya segelintir pihak cuba mempermainkan isu ini dengan memutar belit untuk mengelirukan rakyat.

Ahli politik seharusnya tidak menjadikan usaha kerajaan ini sebagai permainan politik mereka. Jangan hanya kerana permainan politik, mereka sanggup menggadaikan sistem yang baik ini untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa menjadi mangsa.

Usaha ini perlu dilihat lebih positif oleh orang ramai. Apabila pengguna patuh kepada peraturan lalu lintas, mereka akan menjadi lebih berdisiplin dan akhirnya matlamat pelaksanaan AES ini akan tercapai.


GR kata: Menteri dah jawab...rakyat nilailah sendiri. Sayangkan nyawa atau pun sebaliknya...

AES Mampu Kurangkan Kemalangan Di Malaysia! Belum Cuba Belum Tau Maa!!


SHAH ALAM: Pakar sistem pengangkutan pintar yang mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata, kamera kelajuan boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus.

Pensyarah Jabatan Ukur Sains dan Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Khoiri Mohd Dimyati yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengangkutan awam dan sistem penguatkuasaan berkata, penggunaan kamera kelajuan di negara lain membuktikan berjaya mengurangkan kemalangan dengan peningkatan persepsi pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan. Beliau berkata, kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus.

"Saya percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga," katanya dalam satu temu bual di sini.

Dr Khoiry berkhidmat sebagai penasihat di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan AES antara 2008 dan 2011 apabila kementerian mengkaji kaedah mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya. Purata kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari.Dr Khoiri, yang juga penasihat teknikal kepada kerajaan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1967 berkata, masalah yang wujud di kalangan pemandu Malaysia adalah sikap 'seolah-olah tidak menghargai kehidupan'.

Selain itu Dr Khoiry berkata kekurangan penguatkuasaan juga menyumbang kepada persepsi bahawa pemandu tidak akan ditangkap kerana melanggar undang-undang. AES mula beroperasi pada 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan lebih banyak kamera akan dipasang di 817 kawasan di seluruh negara tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho berkata lokasi lain akan ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).


GR kata: Manusia sendiri harus sedar perangai mereka sendiri...Tak salah cegah sebelum semakin parah. Betul tak??

Artikel pelbagai