Tuesday, September 30, 2014

SEMUA AKTA NAK DIMANSUHKAN, ALVIN DAN NAMEWEE JADI KEBAL? SALAH SIAPA?? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @NajibRazak #AktaHasutan


Kebelakangan ini wujud desakan daripada Bar Council bersama NGO-NGO yang dipacu tunggang parti pembangkang yang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. Alasan mereka perlu ada akta lain  diganti dengan Akta Baru yang dilabel dengan nama Akta Harmonilah, Akta Unitilah dan macam-macam lagi.

Sebelum ini mereka desak ISA dimansuh dan Kerajaan pada ketika itu tunduk 'KECUT PERUT' pada tekanan dan ISA telah dimansuhkan. Kesannya kita lihat kegiatan jenayah naik. Adakah kerajaan kita ini Kerajaan SUPER MANSUH??

Yang disalahkan selepas itu adalah PDRM. Rakyat yang patuhi undang-undang hidup dalam ketakutan. Apa isi kandungan undang-undang baru yang dicadangkan oleh entiti tunggangan pro-pembangkang ini?

Adakah mereka ini membuat sebarang rujukan dibuat kepada sebilangan besar stakeholder kaum-kaum dalam negara ini? Adakah ia menjadikan sebarang aktiviti yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum suatu kesalahan seperti yang diperuntukkan Akta Hasutan?

Adakah pihak yang menyebarkan perasaan permusuhan kaum boleh didakwa di Mahkamah? Adakah badan lain akan diujudkan untuk membicarakan isu-isu perkauman? Jika ya, siapa pula yang akan mendengar dan memutuskannya?

Terlampau banyak persoalan-persoalan yang boleh disenaraikan. Rakyat perlu tahu dan patut tahu. Bar Council buat deraf dan rakyat dibiar dalam kegelapan. Mungkin inilah maknanya ketelusan mengikut versi BAR COUNCIL….

Mengapa pula Bar Council yang deraf Akta ini? Rakyat tidak pernah memilih Bar Council menjadi pemimpin mereka. Rakyat juga tidak gemar dengan sikap DOUBLE STANDARD Bar Council. Hasilnya kita lihat  kes-kes yang berlaku pada ketika ini menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan, sehingga ada pihak yang cuba menyalahkan pihak POLIS kononnya tak tegas mahupun tak menjalankan tugas...

Hal ini bukan saja dibangkitkan oleh pihak pembangkang, tetapi, ada sebilangan kecil yang kurang faham isu ini dalam pihak kerajaan juga membangkitkan perkara yang sama. Adakah Alvin dan Namewee ini 'kebal' dari undang-undang? Adakah mereka ini 'dijaga' oleh seseorang supaya bebas untuk mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau perkauman dan menghina pemimpin negara?


Untuk pengetahuan semua dalam soal undang-undang pihak Polis telah menjalankan tugas mereka. Memang kita berasa pelik, kenapa bila orang Melayu melakukan kesalahan cepat mereka dikenakan tindakan. Ini jawapan Menteri Dalam Negeri :


Baca juga pendedahan di blog Din Turtle dan Jomo Malaya

Jelas sudah jawapan Menteri Dalam Negeri...pada pihak Peguam Negara kenapa lambat untuk membuat kerja? Bukankah kertas siasat telah dibuka dan dibuat oleh pihak Polis. Prosuder apakah yang membuatkan Peguam Negara macam KECUT PERUT untuk membuat tindakan...nak tengok jatuhkan hukuman jauh sekali lah kan.

Adakah Peguam Negara dan pihak Kerajaan menunggu-nunggu supaya Akta Hasutan dimansuhkan barulah nak buat kerja? Rasanya masa tu, korang semua goyang kaki lah kan....Atau Peguam Negara takut dengan geng-geng peguam di Bar Council sebab susah nak cari makan nanti??

Pada PM Najib, GR harap beranilah dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan keselamatan rakyat dan negara. Kalau rasanya asyik nak ambil hati satu bangsa dan kaum saja, baik hentikanlah..sampai bila kita nie asyik nak DITIPU saja oleh mereka.

Pertahankanlah 4 perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Jangan asyik tunduk dengan kehendak satu-satu kaum nie, yang sebenarnya habuk pun tak der. Mereka sebenarnya hanya mahukan kuasa....janganlah asyik berucap berapi di atas pentas pertahankan hak orang Melayu dan bla bla blaaaa...kalau rasa diri kita tu ada rasa takut sikit nak buat keputusan.

Jadi Perdana Menteri perlu berani untuk buat keputusan, bukannya ikut cakap-cakap para punahsihat yer wahai PM Najib ku sayang.....

Ini proses sebenar Polis buat kerja atau Peguam Negara yang PEMALAS??



GR kata: Tepuk dada...tanyalah selera!!!

FOTO: 'PENGGANAS' SEMBELIH MAT SALEH AKHIRNYA KANTOI MENIPU! SEBARKAN!!


Masih ingat dengan gambar di atas yang telah pun viral di media sosial sampai masuk berita di TV. Kejadian gambar di atas, menunjukkan seorang warga bukan Islam telah disembelih secara hidup-hidup oleh golongan yang telah dilabel sebagai militan Islam.

Adakah mereka ini benar-benar Islam? Atau ada udang sebalik batu yang cuba untuk memburukkan nama Islam. Setelah sekian lama 'game plan' jahat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini akhirnya kantoi jua. Cuba kita fikirkan sejenak, jika benar seseorang itu dijatuhkan hukuman pancung...takkan takder langsung perasaan takut dan sebagainya.

Lihat beberapa gambar di bawah untuk kita amati betul-betul:



1. Lihat gambar di atas berlatar belakangkan padang pasir. Agenda musuh Islam yang cuba ingin memberitahu dunia bahawa Islam adalah sebuah agama yang ganas. Adakah Islam sebegitu?

2. Teknik pengambaran sesebuah filem atau drama yang canggih di zaman sekarang mampu melakukan apa saja, asalkan ianya boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat dunia. Kenapa hanya 2 orang pelakon saja yang diperlukan?

3. Teknik untuk menampakkan video tersebut REAL dengan tiupan angin dan sebagainya ianya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar dan mempunyai pelbagai peralatan production yang lengkap. Lihat 2 gambar di atas.

4. Cuba kita fikir sejenak, jika seekor binatang yang ingin disembelih pun seperti lembu berapa orang yang diperlukan untuk memegang lembu tersebut. Bila disembelih, adakah lembu tersebut meronta-ronta atau pun jenis tak der perasaan seperti macam tiada apa berlaku dari segi gerak tubuhnya.

5. Dalam video di atas, penyembelihan 'manusia' bukan beragama Islam nie menunjukkan beliau tidak merasakan apa-apa dan seperti sanggup diperlukan begitu saja. Adakah manusia yang berperasaan sedemikian rupa??

Pada pembaca semua dan seluruh umat Islam di seluruh dunia, ayuh bangkitlah...bersatulah demi mempertahankan agama Islam yang kita cintai. Usah kita terpedaya dengan tipu daya puak Yahudi dan musuh-musuh Islam yang mereka hanya mahu menghancurkan Islam.

Lihat beberapa negara luar yang termakan dengan pro paganda jahat mereka yang membuatkan sesebuah negara itu bergolak dan sebagainya. 'Game Plan' mereka merangkumi semua dari segi politik, agama, perkauman dan bermacam-macam lagi. Hasilnya bila kita percaya akan jadi seperti ini...


Di Malaysia juga gerakan seperti ini sedang cuba mereka usaha dan lancarkan. Semua pihak harus peka pihak Kerajaan haruslah bertegas supaya 'ajaran sesat' mereka ini tidak terus menular. Islam agama yang suci, umat Islam harus BERSATU!!



GR kata: Malaysia bukan sarang pengganas!!

KESIAN! DENDAM KESUMAT ANWAR PADA KHALID MASIH TERBUKU DIHATI! #KrisisSelangor

Sikap orang Melayu yang sukar untuk diubati adalah PHD (Perasaan Hasad Dengki), dendam, busuk hati dan macam-macam lagi. Kerana apa? Kerana tidak boleh melihat kesenangan orang lain, dirinya lah yang terbaik.

Persoalannya, kepada siapa kah Anwar nak dedahkan al kisah Tan Sri Khalid Ibrahim nie? Pada  geng-gengnya dalam pakatan rakyat sendiri? Pada orang-orang suruhannya dalam pakatan rakyat? Pada semua ahli dan penyokong tegar pakatan rakyat? atau pada rakyat Selangor?

Rasa korang, siapa yang kantoi siapa nanti agaknya yer. Pada kawan-kawan di pakatan rakyat, rasenya korang sendiri dah tau siapa Anwar Ibrahim nie kan? Lu pikir lah sendiri yerrr!!


GR kata: Masing-masing kena gebang Bang Non la nie gamaknya....

Monday, September 29, 2014

PELAKON PORNO MURAHAN ALVIN SI PENGECUT NAK MENYOROK MANA LAGI? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA #AktaHasutan


Apa kata kita pulak yang berikan isyarat lucah pada budak porno murahan si Alvin nie. Kita pulak yang maki hamun dia, hasut orang lain maki budak bodoh nie. Amacam?? Apa dia ingat negara nie tak ada undang-undang dan boleh buat apa saja ker? Apa dia ingat Malaysia nie untuk dia sorang dan bangsa dia saja ker??

Kalau rasa nak tunjuk aksi yang tak berapa hebat tu di khalayak ramai, pergilah duduk negara yang menggalakkan aktiviti seks bebas. Kita tengok Alvin nie 'laku' ke tak untuk menunjukkan aksinya yang lembik tu. Ha ha ha...

Yang kelakarnya hanya berani melemparkan kata-kata hasutan hanya di laman sosial saja. Paling menarik beliau melakukan kerja bodoh nie di luar negara. Elo cina Alvin yang bodoh...kalau lu hebat sangat mari cakap depan-depan ma. Kenapa mau menyorok ma? Lu punya mak ta la ajar ka???

GR yakin pihak Polis akan melakukan yang terbaik dan si budak porno murahan nie akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Dan harapan tinggi rakyat Malaysia, pihak mahkamah akan jatuh hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.

Hello sohaiiii Alvin, kalau lu berani balik Malaysia. Berani ka? Lu punya amoi pun sudah tak laku maaaa. Baca lagi DI SINI

Pada pihak Kerajaan, mohon agar Akta Hasutan ini janganlah dimansuhkan. Undang-undang yang sedia ada harus diperketatkan lagi demi keharmonian rakyat dan negara. Jika semua pihak bebas bercakap, apa yang tinggal pada maruah seseorang tak kira pemimpin atau pun negara. Fikir-fikirkanlah yer wahai pemimpin semua.


GR kata: Sokong PDRM buat kerja. Tangkap jer jangan bagi peluang!!

Artikel pelbagai