Saturday, November 30, 2013

PENGUATKUASA MELAYU 'TABIK HORMAT' MAYAT ORANG BUKAN ISLAM??


Apakah kewajaran seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang mati. Dalam upacara kematiannya Penguatkuasa dikerah supaya beri tabik hormat. Paling bestnya mereka ini semua Islam.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah merupakan sejarah sejak pakatan haprak memerintah negeri ini.

Adakah kita ingin biarkan anak Melayu sebagai Penguatkuasa itu dihina sebegini rupa? Apakah mereka ini dianggap sampah oleh Boss pentadbiran negeri Selangor?

Lihat gambar di bawah:



GR kata: Macam Bang Non sembah mayat CINABENG pulakkan...

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: ORANG UMNO DAH SEDAR ATAU MASIH SYOK SENDIRI? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


UMNO mungkin tidak dilihat sebagai 'parti orang kaya' pada ketika ini. Buktinya? Sokongan pengundi di luar bandar dalam PRU-13 yang lalu boleh dijadikan ukuran yang nyata. Majoriti rakyat masih percaya dengan kewibawaan UMNO untuk membawa idealisme dan cita rakyat. Polisi, dasar dan kebijakan ekonomi yang dibawa oleh kerajaan, dapat diterima oleh rakyat. Dengan sendirinya, UMNO mendapat imbuhan politik.

Mahu tidak mahu, kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi 'pusat rujukan' kepada pengundi membuat pilihan. Majoriti rakyat percaya bahawa Najib lebih mampu membawa Malaysia ke hadapan berbanding individu lain. Hasilnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat untuk meneruskan kepimpinan.

Pengundi Melayu memberikan undi percaya yang agak tinggi kepada UMNO dan BN (sebagai contoh: Sabah, 71.6%, Johor 76.5%, Melaka 68.3%, Negeri Sembilan 66.7%, Pulau Pinang 55.6%). Gabungan sokongan pengundi di Sabah dan Sarawak, menyumbang 47 kerusi kepada BN secara keseluruhan. Model politik BN masih lagi menjadi pilihan.

Walaupun UMNO tidak ada di Sarawak, namun sokongan pengundi Melayu/Bumiputera kepada parti komponen di negeri tersebut di takat yang sangat meyakinkan. Undi orang Melayu/Melanau hampir 82% memihak kepada BN. Undi orang Iban, jika data yang dipunyai tepat, dalam lingkungan 62%.

Tanpa mempunyai data yang spesifik, UMNO dan BN mendapat peratusan sokongan pengundi bawah 40 tahun yang agak meyakinkan. Di lapan atau sembilan negeri, UMNO dan BN mencatatkan angka lebih 50% di saluran pengundi muda.

Apa sahaja dapatan politik PRU-13 perlu dinilai oleh perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. UMNO perlu menilai kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang pemerkasaan politik yang boleh dilakukan. Nilaian dan muhasabah politik mesti berlaku secara jujur.

Signifikan Perhimpunan Agung 2013

Najib sudah mula menyuntik semangat untuk UMNO mengukuh kekuatan sejak dari tahun pertama beliau mengambil alih kepimpinan lagi. Dalam PAU 2012, yang terakhir sebelum berlangsungnya PRU - sudah diingatkan bagaimana UMNO perlu memahami landskap politik dengan tepat.

UMNO tidak boleh alpa dengan realiti politik baru. Proses urbanisasi, keterbukaan maklumat, idealisme orang muda, kepercayaan rakyat, perang persepsi - kesemuanya sudah dinyatakan secara terbuka. Perkara-perkara inilah yang membentuk 'sistem nilai', sekali gus menjadi kayu ukur rakyat memilih kerajaan.

UMNO tidak boleh berdiri dengan retorik jasa dan sumbangan lebih lima dasawarsa. Ini dinyatakan oleh Najib dalam PAU2012, '...Sepanjang berdepan mehnah dan cabaran politik semasa, UMNO dan BN tidak lagi boleh berasa lepas lega dan mengambil mudah dengan mengharapkan sokongan rakyat berasaskan nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yang telah dibuat parti serta kerajaan pada hari-hari kelmarin'.

Ingatan ini sangat penting dan wajar seringkali diingatkan kepada kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat. Hakikatnya, Najib berani mengungkap ayat yang sedemikian jujur. Mantera UMNO bahawa parti itu banyak berjasa, perlu disokong dengan usaha melakukan perubahan sikap dan budaya politik dalaman yang menyeluruh.

Lebih 170,000 ahli UMNO seluruh negara sudah membuat keputusan akan 'pasukan impian' yang mereka mahukan untuk PRU14. Pasukan ini akan pastinya dinilai sepanjang tiga tahun yang akan datang. Jika pasukan ini kelihatan tidak berfungsi baik, tidak mustahil, satu lagi ruang pemilihan parti akan memberikan ahli peluang membuat koreksi dan pembetulan.

Menilai Strategi Lawan

UMNO tidak wajar senyum terlalu awal dengan apa yang berlaku di dalam parti lawan. Mereka juga sedang menyusun langkah dan jurus politik bersesuaian. Sementara PAS bertindak sebagai 'akrobat politik' dalam isu berkait dengan Hudud, Comango, muzakarah, pertembungan ulama' - profesional dan sebagainya; PKR bermain dengan politik 'sesumpah'. Autonomi Sabah dan Sarawak dijadikan sandaran, khusus untuk memecah tembok sokongan kuat kepada BN di kedua-dua buah negeri.

Kekuatan UMNO selama ini adalah kemampuan melakukan perubahan dan transformasi. UMNO sebuah parti yang cekap dan efisien dalam mendepani keperluan perubahan. Pasca PRU13, UMNO perlu sekali lagi mencari strategi dan langkah baru untuk berdepan dengan lawan. PRU14 mesti ada dalam fikiran. Bukan masanya keris politik disimpan.

Datanglah apa jua cabaran, jika Presiden dan pasukan impian akar umbi UMNO tangkas menggalas amanah dan harapan, tidak ada apa yang mustahil. PRU13 jadi bukti, walau tsunami politik mengganas, UMNO dan BN masih menjadi pilihan rakyat. PAU2013 wajar jadi platform meraikan kejayaan - sekali gus menyedia 'roadmap' untuk kejayaan lebih baik dalam PRU14 nanti.


GR kata: Bangun jangan asyik dibuai mimpi. Mimpi tak selalunya indah.

Friday, November 29, 2013

KELUAR PARTI JELAS BUKTI RAKYAT SABAH TOLAK PKR - @Rosnah_ARS


Tindakan 11 pemimpin cabang PKR di Sabah keluar parti pada Selasa lepas memberi isyarat bahawa rakyat negeri itu menolak kepimpinan dan pendekatan mereka.      

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, rakyat negeri itu kini menyedari mereka hanya digula-gulakan semasa pilihan raya umum lalu dan tidak ada satu janji pun yang telah ditunaikan oleh PKR.

"Rakyat Sabah sudah menolak dan menyedari bahawa PKR tidak mampu memberi perlindungan atau memperjuangkan nasib mereka.

"Apabila pemimpin terbabit mengambil keputusan keluar parti bukan sahaja tidak berpuas hati tetapi tidak mempunyai keyakinan terhadap PKR sebagai parti sahsiah yang mampu melindungi dan mewakili suara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya, di sini hari ini.

Pada 26 November lepas, PKR Sabah hampir lumpuh selepas pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri itu mengisytiharkan keluar parti serta menyatakan sokongan terhadap BN.

"Saya juga mengharapkan lebih ramai lagi selepas ini yang akan keluar daripada PKR selepas rakan-rakan mereka menyedari bahawa parti tersebut sekadar menggunakan pemimpin di Sabah sebagai satu loncatan sokongan politik semata-mata," katanya. - Bernama


GR kata: Lagu Bang Non nyanyi makan diri balik....

POLIS SAMAN BILA LANGGAR UNDANG-UNDANG, KENAPA NAK SALAHKAN MENTERI PULA? #opswarta @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh Polis memerangi jenayah dan gangster mendapat sokongan dan pujian dari seluruh rakyat Malaysia. Ini menunjukkan tindakan tegas yang dilakukan oleh Polis harus diberikan pujian yang tinggi pada mereka kerana 'taring' Polis sudah mula kembali tajamnya.

Bila dah buat salah mesti lah ada sebabnya betul tak? Kenapa kita nak lari dari kesilapan atau kesalahan yang kita buat? Malah ada pihak yang cuba untuk mempolitikkan bila mana Polis menjalankan tugas yang diamanahkan pada mereka.

Isu saman trafik ini pada GR dah lama dipersoalkan di negara kita. Sejak mula ianya diperkenalkan dengan diskaun setengah harga pada zaman Menteri KDN sebelum ini ternyata masih tidak mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia. Di manakah silapnya? Tepuk dada tanyalah diri, tak nak kena saman apa yang perlu kita buat.

Bila mana sekarang ini Polis mula bertindak tegas untuk mencari pesalah laku jalan raya yang malas nak selesaikan saman mereka, ada pula yang mengatakan Kerajaan bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan pada rakyat. Adakah rakyat sedar, bahawa mereka sendiri bertindak sedemikian rupa? Bila kita disaman atas kesalahan yang dilakukan, bukankah Polis memberikan kelonggaran untuk menyelesaikan saman tersebut.

Tempoh yang diberikan bermula tarikh saman dikeluarkan lebih kurang 2,3 bulan, betul tak? Dalam tempoh itu juga kita diberikan kelonggaran untuk membuat semakan dan juga memohon untuk dikurangkan saman tersebut. Adakah Polis bertindak kejam cara begini?

Untuk pengetahuan semua, sejak Menteri KDN yang baru DS Zahid Hamidi menjawat jawatan yang diamanahkan..."Segala kerja dan tindakan pihak Polis laksanakan tidak ada campur tangan dengan Menteri". Jadi kenapa perlu dipolitikkan isu saman trafik ini. Tugas dan ketegasan yang dilakukan oleh KPN harus diberikan pujian dan sokongan oleh rakyat Malaysia demi untuk mengurangkan salah laku di jalan raya.

Di Melaka sahaja ada 52,000 waran tangkap ke atas pesalah trafik yang tidak mengambil tindakan menjelaskan saman. Mengapa ini berlaku dan mengapa mereka disaman? Mungkin mereka ini pro kempen Anti Saman Ekor  (KaSE) anjuran PAS? Apa yang PAS buat untuk bantu selain duk menyalak tanpa ada kempen kesedaran untuk mendisiplinkan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.

Sistem Semakan Saman

Akibat terlalu ambil mudah dengan mengabaikan saman yang dikenakan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan. Saman adalah untuk educate pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan di buat. Tapi atas ego yang tebal dan konon ada kabel boleh 'hapus' saman menyebabkan mereka ambil mudah ke atas saman-saman yang dikenakan.

Hidup kalau takde undang-undang, lebih baik hidup di zaman batu. Bila Ops Cantas Trafik waran tangkap Ops Warta dilaksanakan bagi memburu pesalah-pesalah trafik tegar, baru nak menggelabah. Paling memalukan sampai tahap nak salahkan Menteri Dalam Negeri pulak?

Jangan ikut sampai perangai buruk puak2 Pakatan Haprak yang seboleh-boleh semua undang-undang di Malaysia dimansuhkan semuanya. Boleh hidup macam binatang, berak kencing suka hati nak buang kat mana yer tak? Fikir-fikirlah....


GR kata: Ada kawan bagitau Kerajaan banyak kempen kesedaran. Soalnya berapa banyak Kerajaan nak labur duit lagi kalau masih ramai yang EGO??

SITI AISHAH ORANG MELAYU YANG SOKONG PERJUANGAN KOMUNIS??

Wanita yang dijadikan hamba domestik oleh sepasang suami isteri di London sejak 30 tahun lalu disahkan merupakan individu yang dikehendaki polis pada 1970-an kerana terlibat dalam aktiviti radikal dan pelampau berhaluan kiri serta persatuan menyokong perjuangan komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita itu, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, bersama beberapa rakan seangkatannya berpindah ke London memandangkan di negara berkenaan pada masa tersebut lebih bebas dan tidak menyekat aktiviti berhaluan kiri.

"Saya mengesahkan wanita ini (Siti Aishah) pernah menjadi warganegara kita satu ketika dahulu dan merupakan pelajar berhaluan kiri serta menyertai banyak kegiatan pelampau berhaluan kiri di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, pada Februari lepas.

Khalid seterusnya memberitahu, selepas melanjutkan pelajaran ke London, pihak polis negara ini masih memantau segala aktiviti berhaluan kiri yang disertai Siti Aishah tetapi tidak akan menahannya sekiranya pulang ke Malaysia.

"Kita sudah tidak nampak lagi keperluan untuk menangkap dia memandangkan perkara itu sudah lama berlalu malah rakan-rakannya yang dahulunya turut bersama-sama dengan Siti Aishah telah pulang ke negara kita," tambahnya.

Mengenai kewarganegaraan Siti Aishah, Khalid berkata, beliau perlu mendapatkan laporan lengkap terlebih dahulu sama ada wanita itu masih lagi memegang status warganegara Malaysia.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, Siti Aishah mula hilang daripada jejak polis pada sekitar tahun 80-an selepas dia dikhabarkan ke China untuk tempoh waktu tertentu.

"Sebelum itu, iaitu pada 1979, dia dikesan berada di Brixton, London, malah pekerjaan terakhirnya adalah sebagai seorang pembantu kedai.

"Abangnya bergelar Datuk pernah berusaha mencari Siti Aishah dengan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Beijing tetapi gagal dan maklumat yang pernah diterima, dia dilihat kali terakhir berjumpa salah seorang abangnya yang merupakan bekas pengurus besar bank di London pada 1970 dan selepas itu tiada lagi berhubung dengan ahli keluarganya," katanya.

Kata sumber itu lagi, Siti Aishah yang menyertai pelbagai aktiviti radikal semasa di London telah menyertai beberapa badan berhaluan kiri antaranya Institute of Marxism Leninism Mao Tse Tung (WIMLMTT), Democratic Right in Malaya malah juga pernah menyertai beberapa demonstrasi anjuran parti komunis yang berpusat di London.

Siti Aishah kemudian bergerak lebih agresif dan pernah menyertai demonstrasi Anti-Tun Hussein Onn semasa lawatan bekas Perdana Menteri itu ke London.

Kata sumber lagi, pada 1982, dia berdamping rapat dengan Aravindan Balakrishnan yang merupakan bekas pelajar Singapura dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung WIMLMTT.


GR kata: Budaya komunis spesis DAP!!


Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, November 28, 2013

DEMI RAKYAT, GAJI YB DINAIKKAN! MANA PENDIDIKAN PERCUMA?

 

Kerajaan Negeri Selangor seharusnya dijadikan 'Contoh' terbaik buat kita semua. Demi menjaga kebajikan rakyat gaji MB, Exco, Speaker dan ADUN Selangor dinaikkan. Inilah baru dinamakan pentadbiran terbaikkan. Kalah gaji PM Malaysia tu. Keh keh keh

Gaji Khalid Gagap lebih besar dari berbanding Perdana Menteri DS Najib Razak.

Bayangkan jika yang menaikkan gaji dilakukan oleh BN, pasti para beruk dan macai akan baring tengah jalan hari ini. Malah pasti ada yang siap berhimpun tanda protes dengan tidur di Dataran Merdeka atau pun di mana-mana saja kawasan pada mereka strategik.

Ada kawan-kawan GR dalam pakatan haprak beritahu biarlah gaji mereka naik sebab itu berdasarkan pendapatan negeri yang lebih baik. Persoalannya gaji naik, diaorang nie buat kerja ker? Berikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat ker?

Adakah pemimpin yang gaji mereka naik, mereka ini telus dalam amanah yang diberikan? Tak ada bagi projek pada kroni saja macam yang diaorang cakap UMNO/BN nie kaki rasuah dan juga jaga kroni saja. Pemimpin pakatan haprak nie maksum tak da buat sebarang dosa.


Nampak sangat pemimpin-pemimpin di Selangor nie gila kejar kemewahan. Itu belum dikira mereka yang berkuasa ini 'MENGUASAI' tempat mereka bekerja. Yang dah kaya jadi lebih kaya, rakyat duduk tengok saja lah pemimpin mereka makan sedap-sedap tanpa hiraukan kebajikan rakyat.

Lawak jugak jawapan Khalid Gagap nie bila ditanya pasal kenaikan gaji nie "Kalau Tak Mahu Gaji Baru Boleh Sedekah Kepada Badan Kebajikan - MB Selangor

Bukankah lebih baik kotakan janji mereka pada PRU12 yang belum ditunaikan pada rakyat negeri Selangor. Contoh pemberian pelajaran percuma pada anak-anak negeri Selangor dari semua kelas pelajaran, bukankah ini yang diaorang sibuk bising sana sini dari dulu lagi.

Pada rakyat Selangor, korang mesti sukakan sebab pemimpin korang dah kaya. Apa lagi pergi lah jumpa mintak bantuan duit makan ke minum ker, dapat ke tak duit poket atau pun dapat tengok jer lah. Sendiri mau ingatlah yer....


GR kata: Pemimpin pakatan poyo jerk bertekak konon nak protes, pada hal suka kan!! Ha ha

Wednesday, November 27, 2013

RAKYAT MALAYSIA PERLU TUKAR MYKAD BARU -- @Zahid_Hamidi @jpnm_official @KDNPUTRAJAYA


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan.

MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MyKad baru itu dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia.

Saya mahu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini, katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Teliti kaedah lain


Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengesan perbezaan MyKad tulen dengan MyKad palsu tanpa perlu ke ibu pejabatnya.

Katanya, KDN turut bercadang mengintegrasikan semua agensi di bawah seliaannya untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras sindiket pemalsuan MyKad.

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam menangani masalah MyKad palsu di seluruh negara dan ia akan dijalankan secara berterusan, katanya.

Semalam, BH melaporkan KDN akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan untuk kehilangan MyKad.

Arahan itu dibuat Ahmad Zahid berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini.

Zahid Hamidi menyifatkan jumlah kehilangan MyKad amat serius dan tidak boleh berkompromi.


GR kata: Masih ramai rakyat Malaysia yang jenis 'Pemalas'!!

Artikel pelbagai