Friday, March 15, 2013

VIDEO PANAS ANWAR BUAT TATAPAN SEMUA!!




GR kata: Baik punya lagu...hi hi hi

PANAS: KUASA ALLAH, RAHSIA ANWAR SATU PERSATU DIBAYAR 'CASH' UNTUK PENGETAHUAN SEMUA!


Gambar ini telah dirakam di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1993 sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Umno.

Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.

Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.

Tetamu mula melarikan diri. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.

Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin UMNO itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.

Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Penulis berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apakah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam UMNO?

Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma penulis agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note RM1, RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.

Sumpahan petir pada malam tersebut diikuti pula beberapa tahun kemudian dengan terjadinya fenomena asap keluar dari bumi dan satu lagi petanda bahawa negara akan dilanda masalah besar.

Tak sampai sepenggal menjadi Timbalan Presiden UMNO, krisis Anwar dan Mahathir mula memuncak. Anwar mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Penulis terlibat dalam rancangan-rancangan mengangkat Anwar untuk menguasai seluruh kepimpinan UMNO semua peringkat.

Anwar juga menggunakan Pusat Islam, Abim dan tenaga-tenaga pengajar dari UIA untuk merealisasikan hasrat beliau.

Allah Maha Kaya , dajal bernama Anwar tidak mendapat restu, satu persatu tembelangnya pecah. akhirnya Tun Mahathir tidak dapat menahan sabar dan dajal dipecat.

LKY pernah membisikan sesuatu ke telinga Tun Mahathir mengenai tingkah laku Anwar dan menyebabkan Tun merah padam mukanya menahan marah dan malu. Sampai ke hari ini Anwar masih berdendam dengan LKY sehinggakan sewaktu isteri LKY meninggal dunia Anwar enggan menziarahinya. Hanya Nik Aziz yang tak tahu apa-apa cerita telah hadir untuk majlis pengebumian isteri LKY.

Dajal yang bernama Anwar hampir membuatkan Malaysia hampir jatuh muflis dan pada masa yang sama Anwar telah menyorok berbilion wang kertas RM500 dan RM1000 di luar negara.

Akhirnya Anwar sekali lagi kecewa kerana Tun Mahathir enggan menerima wang IMF dan Tun menambat nilai ringgit kepada RM3.80 kepada 1 USD dan Tun menghapuskan wang kertas bernilai RM500 dan RM1000 di pasaran.

Itulah serba sedikit kisah lama krisis Anwar Mahathir yang berlaku antara tahun 1994 hingga 1998 yang masih terpahat dalam ingatan penulis.

Anwar hari ini menceritakan kepada anak-anak muda bahawa beliau adalah menteri kewangan yang terbaik di dunia dan pemecatan beliau adalah kerana keengganan beliau meluluskan pinjaman sebanyak RM2 billion kepada anak Mahathir yang menghadapi krisis kewangan dalam perkapalan.

Yang peliknya ramai anak-anak muda percaya dengan kelentong beliau.

Petunjuk yang sebenar ialah tanda pembangkang akan gagal menawan Putrajaya.


Hasil nukilan sahabat baik Anwar

UPDATE NEWS #lahaddatu: BERSIHKAN PENGGANAS HABIS-HABISAN TANPA HENTI


Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.

Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.

Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.

Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.

Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.

Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan.

Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis.

Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. - BERNAMA


GR kata: Tembak kasi habiskan jer pengganas Sulu nie, buat semak jer kat Malaysia!

PANAS: AHLI DAP YANG MENYAMPAH PADA KIT SIANG DAN GUANG ENG!


Perjuangan sebenar pakatan haprak hanyalah mahu mencapai cita-cita peribadi mereka iaitu mahu duduk di kerusi yang empok di Putrajaya. Bila dah dapat, yang menjadi mangsa adalah rakyat jadi merena.

Ini kerana ketaksuban mereka ingin merampas pentadbiran yang sudah sekian lama dipegang oleh Barisan Nasional. Sudah jelas dengan TRACK RECORD yang diperolehi oleh BN dalam mentadbir negara tiada cacat celanya. Jika ada salah sedikit itu adalah lumrah hidup kerana Allah SWT jadikan manusia ini tidak sempurna. Manusia juga harus berfikir untuk memperbaiki kesilapan yang ada bukan dengan 'menukarkannya' dengan yang baru.

Selama lebih kurang UMNO/BN memerintah negara rakyat yang hidup pada zaman itu hinggalah sekarang merasai kenikmatannya. Bukan itu saja, ahli DAP juga menyatakan pendapat yang sama. Ini kerana mereka sudah MUAK dengan 'Janji Manis' yang mereka dapat sebelum PRU akhirnya janji itu hanyalah OMONG KOSONG.

Baca di bawah :

Seorang ahli DAP hari ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.

Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini.

"Saya cintakan Malaysia. Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini.

Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.

Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu.

"Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.

Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP. - BERNAMA


GR kata: Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. In sha Allah akan dilipat gandakan lagi rezeki kita. Amin

Thursday, March 14, 2013

UPDATE #lahaddatu: FOTO PENGGANAS MATI DIBUNUH SELEPAS SERANG HENDAP ATM DAN POLIS!



Untuk pengetahuan semua pemimpin dan pencacai Pakatan Haprak, ini barulah orang MATI KATAK macam pengganas Sulu Kiram nie. Bukan macam yang dipetik oleh Tian Chua, anggota keselamatan yang terkorban berjuang mempertahankan negara itu sandiwara semata-mata dan mati katak. Otak ada tapi tak tau lah letak kat mana.

Lihat gambar di atas, inilah sandiwara pengganas Kiram yang hanya mempelajari 'ilmunya' dengan Anwar Ibrahim. Yer...merek ini semuanya Islam tapi Islam mengajar kita untuk bermusuhan sesama Islam tak? Berbunuh sesama sendiri, ada tak?

Inilah percaturan Anwar Ibrahim yang MAKAN TUAN balik sebab Anwar ke puak Sulu dia menjadi HERO berjanji sana sini mengatakan jika Pakatan Haprak menang PRU13, Sabah akan menjadi hak milik 'Kesultanan Sulu' dan juga kuasa autonominya.

Inilah kuasa Allah SWT Yang Maha Kuasa tiada siapa boleh melawannya. Allah masih sayangkan Malaysia dan juga rakyat bersyukur dengan limpah kurniaNya yang diberikan memberi seribu barokah pada kita semua. GR CABAR Anwar jika ANAK JANTAN bermainlah dengan secara GENTLEMEN, bukannya dengan cara yang kotor.

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.


GR kata: Tian Chua faham tak makna mati katak??

HAHAHA...PENGECUT RUPANYA TIAN CHUA NIE!!

Hahahahahaha...kita gelak guling-guling dulu ye sebab Pakatan Haprak buat lawak bodoh pagi. Bukan apa, Tian Chua sebelum lantang bersuara seolah-olah Malaysia ini tiada undang-undang.

Kenyataan menghina anggota keselamatan yang bertungkus lumus mempertahankan negara dari dirobek oleh puak musuh adalah suatu tindakan yang sangat melampau. Tindakan Tian Chua yang TAK GUNA OTAK ini bukan saja mengecewakan ahli keluarga yang terkorban dan insiden di Lahad Datu tapi seluruh rakyat Malaysia TIDAK bersetuju bahawa ini semua bukan sandiwara. Ini adalah isu keselamatan dan pertahanan negara, rakyat semua perlu bersatu padu.

Pagi ini di mahkamah bila beliau 'dihampiri' oleh anggota Polis, KENAPA CUBA NAK LARIKAN DIRI?? Janganlah nak buat sandiwara sinetron pagi-pagi ni pulakkan. GR diberitahu oleh sumber dalaman PKR, pihak Polis cuma mahu membawa Tian Chua ke pejabat Polis dibangunan yang sama dan selepas itu mengiringinya ke bilik perbicaraan. Itu adalah prosedur biasa di mahkamah, takkan itu pun Tian Chua takut?

Inilah dia, Berani kerana Benar...Takut kerana SALAH. Pandai buat pandailah tanggung yer Tian Chua. Keluar rumah tu pun hati-hatilah yer...ramai mata memerhati dan GR pun tunggu masa jerk. Dapat reward siapa tak nakkan. Anwar biasa buat camtukan?? Hi hi hi...



GR kata: Poyo jek mamat Cina selekeh ni...Busuk punya orang!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPDATE #lahaddatu: PENGGANAS PUKUL ANAK SAYA, BAKAR KAMPUNG SAYA TAPI SAYA TETAP SAYANGKAN SABAH!


Siapa kata pengganas yang menceroboh Lahad Datu yang sudah hampir sebulan lamanya berniat baik dalam misi mereka. Siapa saja yang bersekongkol dengan mereka memang mempunyai hati yang sangat busuk kerana ingin menghancurkan negara.

Jika benar Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan insiden Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa seharusnya bertaubatlah. Fikirkanlah wahai Bang Non! Sayangkan rakyat dan negara atau pun sayangkan jawatan yang diidamkan selama ini??

Jika betul tak terlibat, tampillah berikan kenyataan perkara yang sebenar jangan dipolitikkan isu keselamatan dan pertahanan negara. Sebagai pemimpin harus bersikap matang bukannya perangai macam budak kecik.

Lebih menyedihkan lagi perangai pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu mereka ini seolah-olah seperti hilang pedoman. Perangai serupa Israel Yahudi yang mahu melihat kemusnahan umat Islam. Mereka ini umat Islam kesemuanya tapi pegangan agama mereka jauh sesat. Apa dosa orang kampung dipergunakan dan diseksa seperti binatang? Baca lagi di bawah kupasan KISAH BENAR yang dipetik dari mynewshub :


Mahmood Mallang merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini.

Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke sini sejak berusia 18 tahun lagi. Beliau yang berusia 72 tahun kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.

Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.

Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.

” Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun,” tegasnya ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama. Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.

Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.

” Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana  mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.

” Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang,” katanya.

Menurut Mahmood, beliau  percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku. Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.

” Sebenarnya ‘jeneral’ Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.

” Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini,” katanya  - Mynewshub.my

GR kata: Hapuskan pengganas Sulu habis-habisan sebab diaorang nie jenis pendendam!!

Wednesday, March 13, 2013

FULAMAK! USTAZ AZHAR IDRUS NAK JADI FILEM STAR PULAK!


Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.

Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro. - mSTAR


GR kata: UAI nak jadi filem star ker? Hi hi hi

ANALISIS PENCEROBOHAN #lahaddatu OLEH PENGGANAS SULU


Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang tertanya adakah pencerobohan yang dilakukan pengganas Sulu ini ada benarnya. Kononnya Kiram 3 dan pengikut berpendapat Sabah masih di bawah takluk kesultanan mereka sedangkan hakikat sebenarnya mereka ini buta sejarah.

Kita hayati sedikit analisis dibuat untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Sabah hak milik mutlak Kerajaan Malaysia. Jangan muda terpedaya dengan cakap-cakap luar yang sebenarnya mahu melihat Malaysia ini tergadai maruahnya.


1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.


2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak. Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.


3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.


4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya. Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.


5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu. Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878. Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.


6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues. (Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)


7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak. Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. ‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

a) Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

b) Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.


9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak. Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.


10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor). William Larousse10, Michael Leifer, Andrew T. H. Tan dan Alfred W. McCoy adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.


11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis. Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.


GR kata: Pengganas Sulu tak baca sejarah, sebab tu hentam kromo sampai sesat jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

UPDATE #lahaddatu: PM @NajibRazak DAN @Zahid_Hamidi SAMBUT 2 JENAZAH PERWIRA NEGARA DI SUBANG


Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Rabu.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Februari.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati. – BERNAMA


GR kata: Al Fatihah

HOT: MISTERI KEMATIAN TS YAHYA AHMAD ADA KAITAN DENGAN ANWAR IBRAHIM?


Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.

Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya.

Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya. Beliau semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan beliau banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.

Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai.

Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara beliau dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat.

Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim.

Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom. Beliau pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim.

Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan beliau semasa di UM.

Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang.

Helikopter berkenaan membawa beliau dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.

Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab. Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.

Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa allahyarham, Beliau dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada. Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan.

Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya. Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan.

Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah.

Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa. Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata.

Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu.

Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar di mana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh. - Sumber


GR kata: Anwar tak ada power nak lawan kuasa Allah S.W.T...satu persatu dibayar CASH!

UPDATE #lahaddatu: AL FATIHAH KEPADA PERAJURIT NEGARA!


Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba esok pagi di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.- BERNAMA

GR kata: Al Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan syuhada

Tuesday, March 12, 2013

TIAN CHUA BANGSAT, DASAR PENGECUT! SAMANLAH, TAK HERAN!


Apa lagi Ahli Parlimen Batu nie, sudahlah tak buat kerja yang dipertanggungjawabkan oleh rakyatnya sendiri. Yang dia tau dari dulu sampai sekarang KONDEM  saja, malahan sengaja menimbulkan provokasi yang melampau supaya rakyat benci pada Kerajaan.

Sehingga hari ini beratus laporan Polis telah dibuat terhadap kata-kata biadap si BANGSAT nie. Dan masih tidak memberikan sebarang komen mahu pun permohonan maaf secara terbuka kepada anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan negara. Manusia seperti beliau tidak boleh dipanggil pemimpin sebab cakap tak guna otak.

Isu Pertahanan Negara tidak boleh diambil ringan apatah lagi ingin menjadikannya sandiwara politik. Apakah kita tak ada otak ker pihak Kerajaan sengaja untuk mempertaruhkan nyawa rakyat demi kepentingan peribadi masing-masing? Sememangnya mereka ini pakatan pembangkang yang paling BUSUK perangainya dalam dunia.


Dalam pada itu, pandai pula Tian Chua ini memberikan amaran kepada blogger Pro Kerajaan yang kononnya memfitnah dirinya. Inilah manusia paling BANGANG, dah cakap tak nak mengaku. Biasalah pakatan haprak kan :

KUALA LUMPUR 7 Mac – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi amaran kepada blogger pro kerajaan agar berhenti menyiarkan berita mengenai kenyataan yang dilemparkan yang dilihat menghina anggota keselamatan.

Tian Chua mendakwa, blogger UMNO yang menyiarkan berita tersebut telah memfitnah dirinya ketika berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat ‘Komando Mati Katak’.

GR cabar pada Tian Chua dan Anwar Ibrahim, kalau korang ANAK JANTAN pergilah ke Lahad Datu demi mempertahankan negara. Jangan duk sibuk melalak atas pentas ceramah saja pandai. Bercakap dengan nada suara 'garang' tapi hakikat sebenarnya PENGECUT. Kalau mahu dilabel sebagai pemimpin yang berwibawa, buang ke tepi ediologi politik demi keselamatan negara dan rakyat.



Tian Chua, jangan cakap tak serupa bikin. Sebelum ini takut dan terus buat laporan Polis dengan kebangkitan rakyat yang marah dengan anda. Sekarang salahkan akhbar Sinar Harian (klik sini) pula, bukankah akhbar ini yang Anwar sanjung kerana melaporkan berita yang BENAR. Akhbar di Malaysia bukannya PENIPU macam akhbar pakatan haprak tau. Hi hi hi....

Siap sedialah ye wahai Tian Chua, nak kena pelempang ke tumbuk terajang ker dari rakyat Malaysia kerana itu nasib yang anda minta. Terima sajalah pembalasan dengan hati terbuka yer. Apa perasaan anda wahai Tian Chua, jika keluarga anda ditimpa bencana tapi anda DIHINA seperti yang anda cakap? Fikir guna otak, jangan guna bontot macam Anwar Ibrahim.




GR kata: Hari-hari nampak Tian Chua keluar masuk dari lokasi dia, tunggu masa jer!!

TERKINI #lahaddatu: GAMBAR MAYAT PENGGANAS DAN ANGGOTA KESELAMATAN DITEMBAK!


Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.


Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.

Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin.



Anggota ATM yang dilaporkan cedera dalam serangan dari pengganas Sulu pada pagi tadi telah pun dikejarkan ke Hospital Lahad Datu. Terkini berita GR terima, 2 orang anggota keselamatan DISERANG pengganas pagi tadi. Seorang dilaporkan telah meninggal dunia dan seorang lagi dilaporkan stabil.

Apa pun kita tunggu pengesahan dari pihak keselamatan mengenai berita ini.


GR kata: Doakan keselamatan Wira Negara dalam misi mempertahanakan negara.

HARUAN MAKAN ANAK! DUIT PUNYA PASAL AKU SANGGUP GADAIKAN MARUAH KELUARGA!


Inilah lumrah hidup manusia, kadang kala kita berada di atas kadang kala kita berana di bawah. Tapi apa yang penting maruah yang harus kita pertahankan kerana maruahlah yang menunjukkan ciri-ciri kita sebagai manusia yang berpendirian tinggi atau tidak.

Insiden Lahad Datu telah memukul segala usaha Anwar dalam sekelip mata UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT apabila sokongan terhadap dirinya sudah jatuh bagaikan nangka busuk. Penglibatan Anwar dengan penceroboh militan Sulu terbukti satu komplot berbahaya kerana Anwar sanggup mengadai keselamatan negara demi cita-cita politiknya.

Anwar kini mencari jalan untuk melepaskan diri penglibatannya DALAM INSIDEN isu Lahad Datu dengan mereka-reka cerita bahawa tuduhan liwat oleh bekas pegawainya Saiful Bukhari adalah kerja politik kotor lawanya dengan menawarkan RM1 juta kepada bapa mangsa liwatnya.


Betul kata-kata orang-orang tua dulu, kerana duit manusia sanggup lakukan apa saja. Jangan kata kawan-kawan boleh bergaduh pasal duit, anak beranak pun sanggup. Di manakah letak perasaan seorang bapa yang mendidik dan menjaga seorang anak dari kecil sampai besar, akhirnya diperlakukan sebegini.

Kenyataan yang diberikan oleh bapa Saiful juga pelik. Pada peringkat awal kata kes anaknya 'DIDALANGI' oleh pihak tertentu yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Siapa yang MELIWAT dan DILIWAT nie yer?? Menurut sumber, bapa Saiful telah lama berstatus “penanam anggur”, yang mengakibatkan masalah kewangan yang runcing. Tidak diketahui GR samada dia seorang yang pemalas, atau sebaliknya. Namun yang pasti, kereta yang dia kerap gunakan sebelum ini (sehinggalah pengakuan U-Turn darinya dibuat) adalah pinjaman dari kenalannya.

Dan kenyataan beliau hari ini lain pula dan di mana akuan SUMPAH LAKNAT yang beliau kata berani buat demikian?
Azlan mendakwa beliau sudah lama meminati Anwar dan “ berjuang sejak 1998 sebagai penyokong di peringkat akar umbi PKR.”

“Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12.”

Kalau meminati Anwar sudah sekian lamanya kenapa dulu beria-ia PERTAHANKAN anaknya yang DIJUBO Anwar? Atau pun sekarang beliau sendiri yang telah DINODAI oleh Anwar Ibrahim? Musykil-musykil....

Antara kenyataan akhbar yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan:

1. Amat sedih dan dukacita dgn bapa beliau kerana telah menjadi mangsa kerakusan politik, makhluk yang bernama DSAI

2. Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, Saiful menyatakan beliau Ingin menegaskan bahawa beliau tidak sama sekali akan berganjak dgn dakwaan bhw beliau telah menjadi mangsa liwat DSAI. Saiful akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pd dakwaan sebelum ini.

3. Segala keterangan di Mahkamah sebelum ini, termasuk sumpah laknat yg telah lafaskan sebelum ini akan pegang sehingga akhir hayat.

4. Kepada Anwar Ibrahim bertaubatlah, telah 5 tahun bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saiful pasti Allah akan balas apa yg AI telah lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

5. Saiful juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terrdesak jgn membabitkan bapa kandung beliau utk memutar belitkan keadaan sebenar semata-mata hendak mencapai matlamat politik PR

6. Walauapun berlaku, Saiful yakin pd ALLAH, kebenaran tidak dpt dihapuskan walau apa sekali pun

7. Percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu ‘ pengkhinat negara’ yg sedang berlaku. Walaupun berlaku, yakin pd Allah yg benar tetap benar

8. Akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa kandung beliau utk kembali pd jalan kebenaran, pertahankn anak kandungnya yg menjadi mangsa liwat

9. Sebagai seorg anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat

10. Pd seluruh Malaysia, Saiful menyeru agar tidak terpedaya dgn permainan jijik DSAI

11. Kedaulatan negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dlm selimut membantu, sudah ramai wira kita telah terkorban, marilah sama2 kita berdoa dan pertahankan Negara kita

12. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.





GR kata: Kesian Saiful dapat bapa yang macam nie...isk isk isk

KISAH BENAR #lahaddatu: PERWIRA NEGARA DISEKSA, DIBUNUH PENGGANAS SULU!


Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Pihak Terengganu Today terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Kami di Terengganu Today juga mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di batasan. Hanya ALLAH yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini ditempatkan bersama para syuhada’ – Amin.

———————————————————————————————————————

Dia ditembak,  namun dia bernasib baik kerana tembakan  itu tidak tepat kepadanya  Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…

Sumber

Monday, March 11, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: HAPUSKAN PENGGANAS SULU HABIS-HABISAN! JANGAN BIARKAN SEORANG PUN TERLEPAS - @Zahid_Hamidi


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini, Ahad.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya. - BERNAMA


GR kata: Cari sampai lubang cacing....

80,000 Unit Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat #PR1MA @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.

Najib berkata daripada jumlah itu, 50,000 unit rumah akan dibina di Lembah Klang menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan.

"Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini, Ahad.

Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.


 "Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas daripada program kerajaan sebelum ini...untuk golongan miskin kita ada program seperti Rumah Rakyat dan kita juga ada program untuk mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa setiap keluarga di Malaysia ingin memiliki kediaman sendiri namun kadang kala hasrat itu dibatasi oleh kemampuan kewangan.

"Impian untuk memiliki rumah ini bukan sesuatu yang tidak realistik atau tidak wajar, malah ia merupakan satu hak rakyat yang mesti dipenuhi di bumi Malaysia yang bertuah ini," katanya.

Najib berkata menyedari akan hakikat itu maka kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan PR1MA yang bertanggungjawab melaksanakan program Rumah Mampu Milik.

"Bila kita kaji perkara ini secara mendalam kita dapati mereka ingin memiliki rumah dan rumah itu mestilah dalam kategori mampu dimiliki oleh mereka.


 "Jika terpaksa bayar ansuran bulanan terlalu tinggi meskipun jika pendapatan besar secara relatif tapi akan hadapi kesempitan daripada segi kewangan pada setiap bulan terutama hujung bulan," katanya.

Najib berkata soal beban kos hidup tidak hanya dihadapi oleh golongan miskin atau berpendapatan rendah, malah ia turut dialami oleh mereka yang berpendapatan pertengahan lebih-lebih jika hidup di bandar.

"Mereka yang menerima pendapatan RM5,000 mungkin hingga RM10,000 pun pada tiap hujung bulan akan hadapi apa yang kita sifatkan 'financially stress' (tekanan kewangan).

"Dalam erti kata lain mereka ini tidak mendapat kelebihan untuk hidup selesa pada setiap hujung bulan," katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian apabila berkata rakyat tidak seharusnya melihat pelaksanaan projek perumahan terutama oleh PR1MA sebagai projek untuk memiliki rumah semata-mata, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai 'wealth creation programme' atau 'program pewujudan kekayaan'.

"Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini esok akan susut nilai, tapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini esok kita bakal untung 20 hingga 30 peratus...sebab itulah projek ini dapat sambutan yang cukup hangat," katanya.


Mengenai PR1MA Alam Damai, Najib berkata ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat penduduk Bandar Tun Razak khasnya dan Wilayah Persekutuan amnya kerana ia membuktikan komitmen kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di bandar.

Malah, Perdana Menteri berkata ia juga seiring dengan pelaksanaan Model Baharu Ekonomi yang diperkenalkan di bawah agenda transformasi negara yang menekankan beberapa prinsip termasuk pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara secara sama rata.

"Pertumbuhan ekonomi negara, kesan dan nikmatnya mesti bersifat inklusif dalam erti kata lain tidak ada kelompok sama ada di desa mahupun di bandar, tidak ada komuniti besar atau kecil yang terkecuali daripada mendapat manfaat melalui transformasi negara.

"Orang bandar juga nak rumah yang mampu dimiliki, selesa, berkualiti dan hidup dalam komuniti di mana keperluan disediakan seperti tempat rekreasi, tempat kenduri-kendara dan yang paling penting selamat," katanya.

Najib berkata projek di PR1MA Alam Damai itu yang melibatkan 2,078 unit akan dibangunkan secara usahasama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan pemaju swasta iaitu Transgreen Sdn Bhd. - mStar


GR kata: Terima kasih PM...Janji Ditepati

TERKINI #lahaddatu: 22 MAYAT PENGGANAS DIBAWA KELUAR!


Update terkini pada jam 12,00 tengahari, pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.

Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.

Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.

Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi.

Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.


ADUN TEJA BODOH PIANG! PANDAI KONDEM #BL1M TAPI TAK BERANI BUAT!


Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga.

Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk golongan muda memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal. Ini adalah kerana masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai lesen motosikal disebabkan yuran pendaftaran yang tidak mampu mereka membayarnya.

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan ini membuatkan puak pakatan haprak panas punggung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Teja dalam portal menipu rakyat KeadilanDaily ternyata tidak berasas langsung. Kenyataan yang langsung tidak mempunyai fakta dan hentam kromo ini adalah untuk menutup isu kemusnahan negara yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Lahad Datu. Pengiraan yang dinyatakan oleh ADUN Teja juga tidak masuk akal, ternyata pelik ADUN Teja ni tak buat kerja dulu ker sebelum mengeluarkan suatu kenyataan. 


Di manakah datangnya RM261dan kononnya BL1M ini mengkayakan kroni UMNO? Sedangkan syarikat MYEG ini adalah sebuah syarikat bertaraf Bhd dan sudah lama menjalankan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang kroni dalam program ini. Proses pemilihan melantik vendor untuk menjalan program BL1M ini juga melalui pelbagai tapisan dan tawaran yang diberikan oleh pihak MYEG sangat memberi keuntungan kepada rakyat.

Sehingga hari ini seramai 262,000 telah pun mendaftar dan akan dipanggil untuk menduduki ujian mengambil lesen tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Malaysia dan SHEB yang dipengerusikan oleh Tengku Azman Tengku Zainol Abidin kerana berjaya menjalankan program yang berfaedah untuk golongan muda.

GR ingin cabar pada ADUN Teja dan Anwar Ibrahim. Jika betul ada penyelewengan tunjukkan bukti yang sah. Biar rakyat semua tahu jangan main cakap sedap ikut. PKR diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.

Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.

Sebanyak 5 ribu dalam sehari maklumat pendaftaran BL1M dikemaskinikan


GR kata: U tak berani Bang Non...I saman U!! Kih kih kih

SALASIAH BETUL KER SABAH MILIK KESULTANAN SULU?


Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu dan Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah :

Mengapa baru sekarang "Baginda" yang sudah berumur 70 tahun baru terhegeh-hegeh hendak menuntut kembali 'Hak' ke atas Sabah?

Mengapa 'Baginda' tidak melakukannya sejak awal-awal lagi??

Mengapa 'Baginda' memilih waktu sekarang? Kenapa????


GR kata: Renung-renungkan...jangan terpedaya dengan tipu helah Anwar dan sekutunya. Musuh negara harus dihapuskan serta merta.

Sunday, March 10, 2013

PRIHATIN! ANAK KECIL HILANG, BANTUAN MENCARI DIPERLUKAN! @PDRMsia


Kepada semua pembaca yang berada di pantai timur mahu pun di mana saja, marilah kita bantu keluarga ini. Jika terjumpa adik kecil ini segeralah laporkan pada pihak Polis atau pun terus telefon keluarga ditalian yang tertera di bawah :

Yusma Aliff

"Assalamulaikum kwn2..saya ingin minta pertolongan dan kerjasama anda...anak buah saya hilang di Terengganu dalam pukul 11 pagi tadi. Kalau ada nampak tolong lapor di balai polis berdekatan atau hubungi saya di no 0179782756.

"Nama dia Sarah. Umur 2tahun..kerjasama anda amat saya hargai..."


UPDATE NEWS #lahaddatu: LANUN SULU KURANG AJAR NAK BAKAR DAN BUNUH ORANG KAMPUNG!


Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang MEMBAKAR kampung mereka.

Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.

“Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh,” kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.

Wandi Ipong, 52, pula berkata, khabar angin sejak kelmarin itu membuatkan dia dan penduduk kampung berasa tidak selamat walaupun menyedari pihak polis memberi jaminan keadaan di kampung tersebut masih terkawal.

“Kami dan beberapa penduduk tidak sanggup menanggung risiko untuk terus tinggal di sini,” kata Wandi.

Tambah Wandi lagi, dia dan keluarga akan berpindah buat sementara waktu ke rumah kenalannya di kampung berhampiran dan hanya akan pulang semula selepas keadaan benar-benar aman.

Sementara itu, Ketua Kampung Seri Jaya, Panglima Ramlee Saraman berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan beberapa penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain.

“Saya sudah menasihati semua penduduk supaya bertenang namun ada sebahagian penduduk tetap mahu pindah,” kata Ramlee.

Sementara itu, tinjauan di pekan Semporna mendapati walaupun keadaan tenang namun penduduknya hidup dalam keadaan berjaga-jaga.

Beberapa kedai dilihat hanya membuka separuh premis untuk urusan perniagaan.

Selain itu, difahamkan, sebahagian nelayan turut enggan turun ke laut kerana bimbang dengan kejadian berdarah yang merebak ke sini.

Seorang nelayan, Ibrahim Jailani, 40, berkata, nelayan-nelayan terutamanya dari Kampung Seri Jaya mengambil keputusan untuk tidak menangkap ikan sejak Sabtu lalu.

“Jika esok keadaan lebih tenang, baru nelayan bercadang turun ke laut. Hasil tangkapan ikan merupakan sumber pendapatan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagi Abdullah Sapayani, 55, pula, walaupun tiada serangan terbaharu di pekan ini namun penduduk masih berada dalam ketakutan.

“Tindakan polis menyerbu dan menembak balas tindakan kumpulan pengganas yang membunuh anggota polis merupakan tindakan tepat,” kata Abdullah.

Seorang suri rumah, Norpaidah Samat, 40, berkata, sejak tinggal di sini pada tahun 1970, ini merupakan insiden berdarah pertama yang dilaluinya.

Sejak tercetus pergolakan itu, Norpaidah berkata, dia sekeluarga terpaksa menggunakan tilam dan kusyen tempat duduk untuk diletakkan di dinding rumah sebagai benteng.

“Saya takut. Anak-anak saya juga ramai yang masih kecil,” katanya. – Kosmo


GR kata: Agenda Anwar nak huru harakan negara, lepas tu lepas tangann. Baguslah pemimpin bertopengkan Iblis!

UPDATE NEWS #lahaddatu: 2 ANGGOTA KESELAMATAN DITEMBAK BUKTI KIRAM 3 PEMBOHONG!!


11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata

11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib:

- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan

- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.

- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi

- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran

- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu

- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)

10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur Sabah

- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan


GR kata: Doakan anggota keselamatan sentiasa dilindungi Allah S.W.T dalam misi pertahankan negara.

FUHHH...SEKSANYA BAJU NASHA AZIZ NIE!!


Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.

Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.

“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.

“Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya”, katanya Nasha Aziz.

Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,

“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.

Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.

“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau.  - MD


GR kata: Sapela yang dapat kahwin dengan Nasha nie kan? Hi hi hi

Artikel pelbagai