Saturday, February 25, 2012

PART 2: RAKYAT MISKIN DI KL BOLEH MILIKI SEKURANG 1 RUMAH..??


Ini bingkisan dari artikel minggu lepas GR keluarkan mengenai rakyat miskin boleh miliki rumah di KL. Baca di sini... Kali ini GR akan terangkan apakah tujuan skim ini dibangunkan untuk rakyat.

Apakah Skim Pembiayaan Khas Bagi Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR)??

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program ini adalah usahasama di antara pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan serta bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan. Sebelum ini GR telah menulis satu artikel tentang skim yang dicadangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan rakyat miskin warga kota boleh memiliki walaupun 1 buah rumah di Kuala Lumpur. Skim yang dicadangkan ini telah mendapat maklum balas negatif daripada puak-puak pembangkang, terutama Tony Pua dan Nurul Izzah.

Untuk menjawab tuduhan palsu dan fitnah dari puak pembangkang, GR nyatakan objektif skim ini dibangunkan. Terdapat 2 aspek yang dicadangkan iaitu:

1. Objektif skim ini


Objektif ini sungguh mudah, di mana ianya membantu Kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam program penjualan rumah PPR dan PA DBKL kepada penyewa.

Caranya: Menyediakan pakej pembiayaan yang mudah.

2. Pendekatan dan proses yang diambil untuk membangunkan skim ini
Pendekatan dan proses yang diambil adalah seperti berikut:

1. Skim ini telah dibangunkan untuk membantu Rakyat Inisiatif Sektor Awam (PSI) dan diterajui oleh Yayasan Wilayah Persekutuan.

2. Special Purpose Vehicle Company (Syarikan Perumahan Wilayah Persekutuan) telah ditubuhkan untuk menguruskan proses sewa beli rumah tersebut.

3. Wujudkan skim pembiayaan.

4. Setelah ketiga-tiga proses di atas selesai, proses seterusnya adalah untuk dapatkan Penaja untuk projek ini.

5. Setelah Penaja telah ditentukan, kertas kerja dan jadual keseluruhan projek ini dibentangkan pada kabinet menteri dan mendapat kelulusan.

Ulasan:



Seperti yang pembaca lihat, pelan yang telah dibangunkan oleh Dato 'Raja Nong Chik di bawah kementeriannya adalah sangat mudah. Terdapat permintaan oleh penyewa rumah PPR / rumah pangsa DBKL ini untuk mereka membeli rumah yang mereka duduki sekarang ini.

Selepas perbincangan dan pertimbangan dibuat, Dato Raja Nong Chik dan kementeriannya MEMPERSETUJUI dengan permintaan yang diminta dari penyewa. Walau bagaimanapun, terdapat halangan yang harus ditempoh penyewa, di mana majoriti penyewa tidak boleh mendapatkan pinjaman dari pihak bank.

Setelah mengenal pasti ini adalah punca utama masalah rakyat, Dato 'Raja Nong Chik mengambil peluang mengetengahkan kaedah lain untuk membantu mereka ini dan di sinilah tercetusnya skim ini dibangunkan.

 

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada apa yang boleh Nurul Izzah dan Tony Pua boleh lakukan. Hanya yang mereka tahu adalah menyerang Kementerian Wilayah Persekutuan dan KWSP dengan menyatakan 2 agensi kerajaan ini telah menyalahgunakan dana. Mereka seharusnya berfikir secara matang dan yang penting berfikir bagaiman untuk menangani masalah kemiskinan bandar dan selesaikan masalah bukan menambahkan masalah. Faham tak wahai YB Pakatan Rakyat???


Pada pendapat GR ini adalah satu skim yang baik untuk rakyat. Dan yang penting pihak Kerajaan di bawah pimpinan YAB PM Dato' Sri Najib Razak mendengar rungutan dan keluhan hati rakyat dan sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Terima kasih YAB PM!!   Tahniah kepada Dato' Raja Nong Chik!!!

Nantikan Part 3, GR akan jelaskan bagaimana skim pembiayaan ini diberikan dan bagaimana dana dari KWSP digunakan...

PANAS: ANWAR MENGAMUK SAMSENG PKR TAK IKUT ARAHAN!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.

Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang Jumaat, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'.

Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.

"Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.

"Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu. - Bernama


GR kata: Siapa yang kurang ajar?? Pembaca lihat sendiri dan fikirkanlah... Nampak sangat ada yang takut... he he he

PANAS: PEMUDA UMNO BERTEMPUR DENGAN SAMSENG PKR!!!



Petang semalam lebih kurang jam 3.00 petang, Pemuda UMNO W.Persekutuan, Selangor dan persatuan NGO-NGO telah berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana Damansara.

Tujuannya berhimpun adalah untuk menghantar memerandum mengutuk tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel.






Turut serta dalam perhimpunan ini, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, Ketua Pemuda UMNO W.Persekutuan, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal, pemimpin muda parti kompenan dan juga beberapa wakil NGO Islam berserta ratusan penyokong UMNO/BN.

Sebaik tiba di hadapan Ibu Pejabat PKR, kumpulan telah dihalang oleh pihak Polis (PDRM) yang telah membuat sekatan bagi menghalang kemaraan kumpulan Pemuda UMNO & NGO. Tujuannya menjaga keselamatan bersama. Tahniah pada pihak Polis mengawal keselamatan dengan baik.



Wakil Pemuda UMNO dan NGO cuba menghantar memorandum ke dalam pejabat PKR dengan cara yang betul dan baik. Namun dihalang oleh  samseng² upahan PKR dan yang lebih kelakarnya pintu utama pagar pejabat PKR dikunci. Adakah ini contoh yang ditunjukkan oleh puak-puak PKR? Sibuk melaungkan ingin jadi negara ini berdemokrasi. Tapi tengoklah sendiri nak hantar memorandum pintu kunci, lebih kurang ajarnya tidak mahu menerima memorandum yang diberi.


GR berada dilokasi himpunan ini ketika itu pun pelik, di mana 'Chief' PKR ni, awat takut ker? Ketua AMK Sham Ketot mana?? Yang pergi naik untuk sampaikan memorandum cuma 4 orang saja mengikut arahan dari pihak Polis. Bukannya nak pergi nak pecahkan pintu atau pun baring di jalan raya. Nak serah memorandum bro...He he he


Inilah samseng PKR yang kononya dialah hero dalam drama petang tadi. Menghalau wakil Pemuda ingin sampaikan memorandum. Membuat provokasi dan cuba nak cari pasal dengan Pemuda UMNO/BN. Ini agaknya yang Pak Anwar ajar pada budak-budak kunyit dia kan??

Tak jelas gambar mamat samseng ni...Meh tengok di bawah...


Malu-malu pulak muka bila dirakam camera. Cover perut ker?? Cari makan jadi samseng PKR ker? Ha ha ha

Kesimpulannya, memorandum tak dapat hantar. Pemuda UMNO dan NGO membaca doa selamat. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Mereka tidak layan provokasi yang ditimbulkan oleh puak PKR.


Tetamu datang kunci pintu, ini ker adab yang baik???

Friday, February 24, 2012

PANAS: Hilmi Dedahkan PARASIT Dalam PKR??


Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.

Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).

“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.

Hilmi, 37, membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.

Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.

“Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth,” katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak. - Kosmo


GR kata: Panas bontot la puak-puak Pakatan ni, satu-satu rahsia dibongkarkan. Macam ni ker nak perintah negara...huru-hara la jawabnya!!!

Aiyo..Dapat Duit Lagi Ka? Banyak Baik La Ini Kerajaan!!


Ini adalah susulan dari program Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar bersama pesara-pesara Kerajaan petang semalam bersama Menteri W.Persekutuan sendiri Dato' Raja Nong Chik, berita baik telah diumumkan kepada mereka yang hadir. Baca di sini

Apa lagi ni..asyik berita baik jer. Tak sudah-sudah dengan berita baik yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Golongan pesara Kerajaan juga tidak dibiarkan begitu saja, oleh sebab jasa mereka ini begitu tinggi disebabkan berkhidmat untuk Kerajaan, pada hujung tahun lepas dalam Bajet 2012 yang dibentangkan YAB PM Najib telah umumkan 'bonus' kepada pesara-pesara kerajaan. Hari ini kerajaan tambah lagi sikit untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka.

Sebagai tanda terima kasih kerajaan atas khidmat yg pernah diberikan mereka, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui Menterinya, Dato' Raja Nong Chik mengumumkan pemberian sumbangan penghargaan sebanyak RM100 untuk setiap seorang pesara-pesara yang hadir.


Seramai lebih 5,000 orang yang hadir  mereka cukup gembira dengan pemberian hadiah yang diberikan oleh Kerajaan. Mereka cukup berterima kasih kepada Kerajaan di bawah pimpinan YAB PM Dato' Seri Najib Razak di atas pemberian ini.


GR kata: Puak Pakatan Rakyat jangan nak duk kata ini rasuah yer..korang boleh kasi ker?? Janji boleh lah!!!

TAZKIRAH JUMAAT: Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman B. Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

TAHNIAH LISA & YUSRY KRU, SAH BERGELAR SUAMI ISTERI


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis. Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.



GR kata: Tahniah buat Lisa dan Yusry, semoga berkekalan hingga akhir hayat....

Thursday, February 23, 2012

CERITA HANGAT: NAJWA LATIFF NAK MASUK PAS???


Kita berkenalan dalam laman buku...ewahhh..apa Najwa Latiff ni buat dalam masjid tu?? Nak menyanyi dalam masjid ke? Tengok dalam gambar tu ada pula Sham Kamikaze..takkan promote lagu baru dalam masjid kot?? Puak PAS ajak penyanyi yang meningkat naik ni join politik ker?? Umur baru setahun jagungkan?? Tahun ni adik kita ni amik SPM kan?? Iskkkk..musykil ni!!!

Oooo..rileksss pembaca semua... GR difahamkan adik Najwa hanya artis jemputan di dalam majlis ini. Al maklumlah inilah cara baru PAS untuk meraih undi kepada mereka. Dengan menjadikan artis sebagai pancing untuk menarik anak-anak muda berpaut hati pada PAS.

GR harap adik Najwa takkan terpengaruh dengan janji-janji Ostad-ostad PAS yer. Apa yang penting tumpukan perhatian dalam pelajaran. Kejar cita-cita anda dahulu kerana masa depan itu penting. Karier anda baru saja bermula. Percayalah peminat sentiasa menyokong anda Najwa Latiff.


GR kata: Udah-udahla tu puak-puak PAS, jangan duk auta sangat dengan artis-artis tanahair ni. Jangan cuba pesongkan akidah mereka.... Fikir-fikirkanlah!!!

AL FATIHAH BUAT ADIK FARISH...


Mesej yang diterima oleh Sdr Mazidul Akmal Sidek:

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

GR ingin mengucapkan salam Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga. Semoga roh adik Farish hidup aman di syurga Allah S.W.T.

Terima kasih kepada mereka yang membantu keluarga adik Farish ini.... AL FATIHAH

Selanjutnya baca di sini

TERKINI: Dato' @RajaNongChik Bersama Pesara Warga KL


Sekarang sedang berlangsung majlis Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar YB Dato' Raja Nong Chik dalam Sesi Mesra Bersama Warga Pesara W.Persekutuan. Majlis ramah mesra tersebut berlangsung di Institut Latihan DBKL, Cheras K. Lumpur.

Lawatan kerja Dato' Raja Nong Chik diiringi oleh Timb Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar YB. Datuk M.Saravanan dan pegawai-pegawai tinggi kementerian.




Program bermula jam 3.30 petang tadi dan di hadiri lebih 5,000 orang pesara Kerajaan. Apakah pengumuman yang bakal diumumkan nanti sebentar lagi.



Berita selanjutnya akan diupdate sebentar lagi...

TERJAWAB: WARGA UiTM MASIH SAYANGKAN VC UiTM @datosahol !!!


Akhirnya serangan demi serangan blogger terhadap Dato Sahol VC UiTM sudah pun terjawab di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Jelas terbukti bahawa VC UiTM ini masih disayangi oleh semua warga UiTM baik pelajar dan kakitangannya.

Pembaca lihatlah sendiri gambar Tun Mahathir bersama Dato Sahol yang tidak ada menunjukkan sebarang masalah atau pun VC UiTM bermasalah dengan skandal yang cuba menjatuhkan beliau. Gambar ini sudah tentu menyakitkan mata 'musuh' beliau yang mahu menggulingkan beliau dari kerusi VC dengan 'mengupah blogger untuk tujuan tersebut.

Mesej yang disampaikan oleh Utusan Malaysia sudah terjawab segalanya. Serangan yang diterima oleh VC UiTM hanyalah bermootifkan ingin menjatuhkan karier beliau. Sudah terbukti juga tidak ada unsur penyalahgunaan kuasa oleh VC UiTM dalam pemilihan biasiswa 2 orang anak beliau kerana proses pemilihan dilakukan seperti biasa sama seperti anak-anak orang lain.

GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia dalam membantu VC UiTM ini.

Jangan biarkan 'musuh dalam selimut' berada disekeliling kita...Fikir-fikirkanlah!!!

Baca juga di sini

PANAS: KETUA PUTERI SOUND PAS LEMBIK..??


Ketua Pergerakan Puteri UMNO YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pemimpin PAS dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

Beliau berkata tidak ada gunanya jika PAS terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian PAS.

"Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am PAS dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di sini semalam berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ.

Selepas pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata PAS tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel.

Rosnah berkata Puteri Umno percaya keengganan Anwar menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan menindas rakyat Palestin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata PAS perlu lebih tegas dalam menegakkan prinsip-prinsip perjuangan parti berlandaskan Islam dan tidak tunduk kepada kata-kata manis atau pujuk rayu mana-mana pihak yang dengan jelas tidak sehaluan dengan mereka. Beliau berkata percanggahan prinsip antara PAS dan Anwar dalam banyak perkara sudah kerap kali berlaku.

"Adakah PAS benar-benar mahu berpakat dengan Anwar? Percanggahan prinsip seperti ini dah banyak kali berlaku. Jangan semata-mata dipujuk rayu, PAS akur," katanya. - Bernama


GR kata: PAS goyang sebab kalau tarik balik kenyataan tak akan dapat tempat untuk pilihanraya nanti. Yang bijak pandai dalam agama pun boleh kena kelentong dengan Anwar, inikan pula orang biasa. Fikir-fikirkanlah!!!

VIDEO PANAS PAGI: Jaga-jaga Dengan Si Anwar Ni..!!



Apa yang Si Adolf marah sangat pada Anwar Ibrahim ni??

Korang layan lah sendiri tengok apa yg si Adolf Hitler tu marahkan sangat dengan Anwar Ibrahim...

Fikir-fikirkanlah....

Wednesday, February 22, 2012

Nurul Izzah dan Tony Pua Pening Lagi! Habis la!!!


Lebih banyak produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan berada di pasaran apabila peniaga runcit dan orang ramai akan turut dibenarkan menjual barangan berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang berminat menjual produk KR1M boleh mendapatkan borang permohonan di kementerian berkenaan.

“Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti setiap permohonan yang akan dibuka sehingga akhir Mac ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Bera di sini, hari ini. Beliau juga Anggota Parlimen Bera.

Ismail Sabri berkata, orang ramai atau peniaga runcit yang berminat untuk menjual produk KR1M boleh mendapatkannya di kedai KR1M berhampiran.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 60 buah lagi KR1M dibuka tahun ini.

Setakat ini sebanyak 25 KR1M sudahpun beroperasi dengan menjual 250 jenis produk.

“Kerajaan juga menyediakan peruntukan RM40 juta tahun ini bagi mengubah suai kedai KR1M termasuk menyediakan almari, rak dan sebagainya,” katanya. – Bernama


GR kata: Nurul Izzah tak payah nak pusing cerita yer, yang penting rakyat suka dengan usaha yang dibuat oleh BN!! Hi hi hi

PANAS TERHANGAT: KETUA PEMUDA UMNO WANGSA MAJU NAK KELUAR PARTI??



Betul ker apa Sdr Taupik ni?? Kita lihat dan dengar apa kata beliau....Jeng jeng jeng!!!

Jangan mare yer...He he he

PANAS: DAH MURAH, MURAH LAGI..? APA NI??


Suruhanjaya Koperasi Malaysia, FELDA Trading Sdn Bhd dan Kontena Nasional Berhad hari ini menjalin kerjasama memperkenalkan jenama COOP 1Malaysia di bawah rangkaian produk "Lebih Murah! Lebih Jimat! Sama Hebat!".

Kerjasama itu bagi meringankan beban kewangan rakyat akibat peningkatan harga barangan keperluan sejajar fenomena global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jenama COOP 1M itu bukan untuk bersaing dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tetapi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia pada harga murah.

"Sebagai permulaan, kita berjaya melancarkan 24 jenis barangan dengan jenama COOP 1M pada harga yang rata-ratanya 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada barangan berjenama terkenal yang serupa.

"Menjelang 2012, kita mensasarkan sehingga 150 barangan akan ditawarkan kepada pengguna," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk COOP 1M dan Perasmian Pusat Pengedaran Koperasi Permodalan FELDA Berhad di Subang Jaya dekat sini, sebentar tadi.

GR kata: Produk yang Kerajaan hasilkan hanyalah untuk kesenangan rakyat. Fikir-fikirkanlah....

PANAS: VC UiTM DISERANG...KENAPA YER??


Perghhh...Isu Panas Meletop ni!!! Hari ini hebat diperkatakan kes yang boleh dianggap lapok telah dinaikkan dibeberapa blog 'terkemuka' tanahair sehinggakan kes tersebut diperkatakan di blog milik Pakatan Rakyat. Kenapa perkara ini harus terjadi?? Kenapa baru sekarang dibangkitkan sedangkan isu ini 5 tahun yang lepas? Benar atau tidak belum dapat kepastian lagi. Walaupun surat yang dikeluarkan oleh salah satu jabatan kerajaan kepada VC UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar ini, samaada ianya benar atau tidak bukan kita yang menentukan sesuatu perkara itu benar terjadi.

Kes yang GR maksudkan ialah VC UiTM, Datuk Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dikatakan salah gunakuasa melibatkan pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Apa yang berlaku lima tahun lepas telah dikorek kembali oleh Blogger 'terkemuka' di Malaysia. Kenapa perkara ini harus berlaku? Adakah golongan-golongan mereka ini disponsor oleh seseorang untuk 'membunuh' karier' Datuk Shahol ini yang berkemungkinan sudah lama 'dahagakan' jawatan beliau di UiTM ini?? Jika benar perkara ini berlaku agak sedih sebabnya bukan tugas kita untuk menjatuhkan atau menaikkan seseorang itu. Itu semua kerja Allah SWT sebab hanya Dia sajalah yang memberi rezeki kepada kita semua sejak zaman Nabi Adam a.s lagi sampai bila-bila.

Tidak ada bukti yang boleh dikait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang, namun ada gerakan yang dilakukan secara 'underground' telah dibuat dan yang peliknya kenyataan mengenai VC UiTM ini dikeluarkan serentak di blog pro-BN dan di portal Malaysiakini. Tak ke pelik namanya tu. Persoalannya bagaimana surat yang boleh dikatakan peribadi dan paling rahsia itu boleh sampai ke tangan pihak pembangkang???

Mungkin ada gerakan sesetengah pihak yang lakukan perkara ini sebagai punca pendapatan mereka untuk mendapatkan sesuatu. Boleh kita katakan makan kiri kanan. Sebelah sini kata A..ok jer semua..sebelah B pun kata ok. Kiri kanan makan masyuk weooooooo.. Pada pendapat GR tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan VC UiTM ini.

Apa pun kita tunggu penjelasan yang dari tuan punya badan adakah isu penyalahgunaan kuasa ini benar terjadi dan juga kita tunggu siapakah dalang sebenar dalam hal ini. Pada pendapat GR, ini bukan masanya untuk berbalah sesama sendiri. Musuh utama yang perlu kita jatuhkan ialah Pakatan Rakyat. Jika mereka berkuasa memerintah negara habislah negara ini tergadai. Adakah itu yang kita inginkan?? Jangan disebabkan ada sesetengah pihak yang 'bayar' lebih kita sanggup buat apa saja. Ingat kita bangsa Melayu masih ada maruah, jangan kita gadai maruah kita. Malu woooo..!!!



Baca juga di Khazanah-MPM dan Kulaan Niring


GR kata: VC UiTM memikul tanggungjawab dengan baik, kenapa perlu ada 'musuh dalam selimut'??

PANAS PAGI: PAK NIL JADI SENATOR..???


Selepas Tan Sri Jins Shamsuddin, tiada lagi setakat ini suara-suara daripada penggiat seni kedengaran di dalam Dewan Negara. Kesenyapan tanpa suara seorang Senator daripada kalangan warga seni seharusnya dilihat daripada perspektif serius, tambahan pula industri kreatif tanah air memerlukan suntikan semangat selain suntikan dana kewangan setiap tahun.

“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif".

“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.

Cerita selanjutnya di sini

Tuesday, February 21, 2012

PANAS: HEBAT SANGAT KER PEMIMPIN MUDA NI..??

Ketua Pemuda UMNO WP mempunyai imej yang baik

Pada pandangan GR mungkin sama dengan apa yang pembaca fikirkan, yang pasti memang layak pemimpin ini dijadikan contoh. Imejnya sangat menyenangkan semua orang dengan kepimpinan yang memenuhi kriteria seorang pemimpin UMNO. Malah mereka yang pernah bertemu dengannya tidak kekok kerana kemesraan beliau yang tidak mengira siapa.

WINABLE CANDIDATE memang ada pada pemimpin muda ini terutama sekali diperingkat Pemuda UMNO W.Persekutuan. Dengan perwatakan imej yang baik dan seorang yang jenis kuat bekerja tidak kira masa, beliau juga senang diterima dihati rakyat. Cuma mereka yang tidak suka saja mengadakan kontroversi yang tidak masuk akal.

Syabas Datuk Rizalman B. Dato' Mokhtar atas imej baik dan sangat menyenangkan. Semoga LEBIH RAMAI pemimpin Pemuda UMNO tampil dengan membawa imej yang baik dan yang penting berkhidmat demi untuk kepentingan rakyat.



- BN PILIHAN ORANG MUDA -

FOTO PANAS: AMBIGA SOKONG 1 MALAYSIA??


Perghhhhh....agak terkejut GR bila melihat gambar ini. Si Ambiga pun menyatakan sokongan beliau terhadap 1 Malaysia. Lagi peninglah jawabnya Pak Anwar Ibrahim ni, sorang demi sorang menyatakan sokongan terhadap kerajaan dan apa yang dibawakan oleh YAB PM Najib.

Tidak boleh dinafikan lagi semua rakyat Malaysia menyokong transformasi yang dibawakan oleh YAB PM Najib kerana apa yang dibawa memang untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Dengan bermotokan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan pentadbiran di bawah YAB PM Najib sudah mula diterima oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Produk-produk Kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah, baucar buku 1Malaysia untuk pelajar-pelajar IPTA & IPTS dan macam-macam lagi, kesemuanya diterima baik oleh rakyat dan mereka semua berterima kasih dengan YAB PM Najib dan kerajaan di atas bantuan yang diberikan.

GR harap pembaca fikir-fikirkanlah dan menilai pentadbiran mana yang boleh membawa kesejahteraan untuk negara kita Malaysia. Pentadbiran Kerajaan BN yang sudah terbukti sejak dulu lagi yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat atau pun pentadbiran Pakatan Rakyat yang rata-rata kita lihat di negeri-negeri yang mereka tadbir masih belum menampakkan hasilnya untuk rakyat...lagi depa kaut duit rakyat ader lah...Renung-renungkan!!!


Pok Nik pun sokong 1Malaysia...siap dengan baju sekali. Anwar, 
hang jangan poning kepalo yo. he he he

PANAS: Benarkah Ini Kapal ISRAEL?? Ini Penjelasan Jawab Fitnah Puak Haprak..

Semalam heboh dilaporkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat baik di blog-blog mereka dan juga di malaysiakini.com berita tentang kemasukan dua buah kapal Israel di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang. Pembaca lihat di bawah laporan yang cuba diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Haprak:


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kali ini GR akan menjawab pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR iaitu kapal tersebut adalah kapal Israel. Penjelasan kapal-kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang adalah seperti berikut :




Kapal Zim USA dan Zim Atlantic BUKAN milik kapal Israel seperti yang didakwa oleh puak-puak Pakatan Haprak. Nampak sangat mereka tidak buat homework dulu sebelum nak tabur fitnah. Diaorang ni tak der mata kaa? Tengok nama kat kapal tu milik siapa?? Lihat di bawah detail kapal ini milik siapa sebenarnya:



Maklumat mengenai kapal tersebut di www.marinetraffic.com

Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang difitnah oleh puak-puak Pakatan Haprak. Jika kapal itu kapal Israel maka benderanya akan dinyatakan bendera Israel.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setiap kapal yang berlabuh memasuki sesebuah negara, mereka harus mengibarkan bendera negara d imana kapal tersebut berdaftar. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge. Ada faham ka puak-puak Pakatan Haprak??? Jangan duk hentam keromo jer yer....

Sebenarnya puak-puak Pakatan Haprak ni sudah kekeringan idea. Mereka sudah tidak tahu apa lagi nak dihebahkan kepada rakyat khususnya. Dan sekarang mereka hanya tahu menabur fitnah kepada Kerajaan BN walaupun mereka sedar perkara itu tidak benar. Usaha yang tidak membuahkan hasil ini hanyalah untuk menutup malu dan kesalahan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menyokong segala usaha yang dibuat oleh pihak Israel. Lihat di bawah GR ingin tunjukkan sekali lagi pada pembaca sekalian:



Oleh sebab itulah Pak Anwar dah gelabah dan dia perintahkan orang-orang suruhannya buatlah apa saja asalkan kesalahan beliau tertutup. Tapi mereka ni semua buat kerja tak pakai otak. Dah memang dasar Pakatan Rakyat, yang mereka tahu hanya menabur fitnah. Kepada pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah....

Baca juga di sini

MOHON BANTUAN UNTUK ADIK KECIL INI...




Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Dari blog Mazidul

SBPA: NANTIKAN KEPUTUSANNYA 22 FEBRUARI INI!!


Seperti yang diperkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah:
  1. Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA)dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.
  2. Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21.
  3. Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam.
  4. Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun.
  5. Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
  6. Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil.

GR kata: Pasti Kerajaan akan berikan keputusan yang bijak, tidak akan mengecewakan kakitangan Kerajaan kerana mereka ini tulang belakang dalam menguruskan sistem pentadbiran dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Adakah PAS Masih Laku Di Kelantan?? Luahan Hati...


Nik Aziz menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili PKR. Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yg dilihat tidak menghormati pendirian PAS berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili PAS, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian PAS), dia punya pasal, tak ada apa,” kata Nik Aziz.

Isu kelemahan kerajaan PAS Kelantan semakin terdedah kepada umum dan rakyat Kelantan mula bangkit. Kebangkitan rakyat Kelantan semankin dirasai kerana pelbagai bantahan diutarakan oleh rakyat dan NGO yang sudah lama rasa tertekan. "Banyak isu seperti masalah bekalan air yang 22 tahun gagal diselesaikan, masalah pemberian tanah kepada orang asli, Hudud tidak dijalankan, pemimpin tiada turun padang, masalah perumahan rakyat dan masalah ladang rakyat,"

Manakala Menteri Besar Kelantan Nik Aziz gagal menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kerajaan PAS Kelantan. Malahan dalam ceramah pun tidak dijawab untuk selesaikan masalah itu tetapi hanya menjelaskan kenapa kerajaan negeri membiarkan masalah itu berlarutan dengan menggunakan kerajaan pusat sebagai kambing hitam.

Lebih teruk kerajaan PAS Kelantan menggunakan alasan yang tidak munasabah bahawa banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum boleh dijalankan amanah permintaan rakyat. Namun dan 22 tahun masalah itu meleret berlarutan dan rakyat sudah muak dengan alasan Nik Aziz. Kini Nik Aziz sudah tiada isu kerana kerajaan PAS sendiri lemah. Apa yang dia boleh katakan UMNO tidak pandai baca Al-Quran. Tak pandai pun UMNO buat kerja ikut Islam berbanding PAS lansung tiada keislamannya..!! dalam menjalankan amanah rakyat.

Monday, February 20, 2012

BONGKAR: DAP KANTOI SONGLAP DUIT SELANGOR!!


Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP Tan Kok Wai telah menipu apabila beliau berkata kepada media baru-baru ini bahawa tiada aduan terhadap ahli majlis Kajang dan bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Lee Kee Hiong dan penglibatan bapa saudara Lee,  Lee Wye Weng  dalam penyelewengan wang peruntukan pilihanraya  bagi kawasan di Selangor.

KRONOLOGI PENYELEWENGAN DANA DAP DI SELANGOR

TAHUN 2008: Bekas ahli majlis daerah Hulu Selangor K.A Ramu telah membuat aduan kepada DAP Pusat terhadap Lee Kee Hiong pada tahun 2008 diatas pengagihan dana untuk di kawasan Kuala Kubu Baru tetapi tiada tindakan diambil.

9 DECEMBER 2010: MP Wangsa Maju  Wee Choo Keong telah mendedahkan kepada media hubungan Lee Wye Weng  dan Lee Kee Hiong di mana Cik Lee Kee Hiong  telah berulangkali menafikan mereka adalah saudara-mara . Namun setelah diselidik, telah terbukti bahawa mereka sememangnya bersaudara.


MAY 2011


Bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock membawa isu ini kepada akhbar dan menunjukkan bukti bahawa Lee Wye Wing sebenarnya telah bankrap dan perkhidmatan syarikat WSK beliau hanya ditubuhkan pada bulan Julai 2008 (4 BULAN SELEPAS PRU-12), tidak seperti apa yang Lee Kee Hiong mendakwa mempunyai rekod yang panjang dalam sektor pembinaan.

AUGUST 2011: Ahli DAP dari Seri Kembangan , Yap Kun Min memberitahu media beliau telah membuat aduan kepada DAP berdasarkan apa yang Teoh Beng Hock memberitahu beliau sebelum kematiannya mengenai Lee Kee Hiong. Namun sebagai balasan, Yap Kun Min telah dipecat oleh DAP.

NOVEMBER 2011: Ahli-ahli DAP Selangor telah dinafikan hak mereka untuk membawa isu-isu ini dalam konvensyen parti negeri. Speaker konvensyen telah menghalang dan menutup mikrofon apabila ahli-ahli mahu bersuara.

KESIMPULAN
Cara DAP mengendalikan aduan ini bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri yang konon nya; kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan. Diakui bahawa Lee Kee Hiong adalah salah satu daripada tokoh-tokoh parti yang paling berkuasa di DAP Selangor dan bakal dilantik sebagai Senator atas tiket kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

Isu-isu seperti ini akan terus diketengahkan berkali-kali jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyalahgunaan dana awam yang menyebabkan penyiasatan oleh SPRM dan seterusnya membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.

Sumber: The KL Chronicle

GR kata: PKR dan PAS hanya diam sebab takut dengan puak-puak DAP!! Kalau bersuara nanti depa pun tak masyukkk! Apa pun tak boleh!!!

AL FATIHAH...Perginya Seorang Seniman!!!


Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.


GR kata: AL FATIHAH...semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

PEMIMPIN UMNO SAHUT KEMPEN JAGA AURAT!!!

Ketua Puteri UMNO Malaysia sentiasa berimej baik


Satu kempen yang baik telah digerakkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) melancarkan Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat.

Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Islam khususnya  Malaysia agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

GR yakin dan percaya dalam kepimpinan UMNO mereka sudah mendahului kempen yang baik ini. baik pemimpin lelaki mahupun wanita. Kepimpinan melalui tauladan telah lama diperaktikkan dan itulah jaminan kualiti dalam setiap diri pemimpinUMNO itu sendiri.



GR kata: Pemakaian tudung mestilah menunjukkan perwatakan yang baik, jangan macam muslimah PAS terkinja-kinja macam takder akhlak....

PANAS: GERAKAN MURTAD SEMAKIN BERLELUASA! @PDRMsia MOHON TINDAKAN SEGERA!!


Sungguh Biadab!! Kurang ajar!!! Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali FB terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.




Pembaca lihat sendiri screen shot FB di atas, seramai 843 orang menyukai group murtad ini. Ini boleh mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina Rasulullah S.A.W. Ini sudah tahap melampau dan perkara ini harus dihentikan segera.

Group di FB dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di neara ini serta pada masa yang sama membuat perbandingan mengenai beberapa negara Islam yang lain.

Selain ahli yang sudah muratd, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad SAW, malah kepada mufti, ulama dan juga umat Islam.


GR kata: Mohon pihak berkuasa segera siasat perkara ini dan ambil tindakan dengan segera kerana ia boleh menghasut fahaman umat Islam itu sendiri.

Artikel pelbagai