Thursday, February 23, 2012

PANAS: KETUA PUTERI SOUND PAS LEMBIK..??


Ketua Pergerakan Puteri UMNO YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pemimpin PAS dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

Beliau berkata tidak ada gunanya jika PAS terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian PAS.

"Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am PAS dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di sini semalam berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ.

Selepas pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata PAS tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel.

Rosnah berkata Puteri Umno percaya keengganan Anwar menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan menindas rakyat Palestin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata PAS perlu lebih tegas dalam menegakkan prinsip-prinsip perjuangan parti berlandaskan Islam dan tidak tunduk kepada kata-kata manis atau pujuk rayu mana-mana pihak yang dengan jelas tidak sehaluan dengan mereka. Beliau berkata percanggahan prinsip antara PAS dan Anwar dalam banyak perkara sudah kerap kali berlaku.

"Adakah PAS benar-benar mahu berpakat dengan Anwar? Percanggahan prinsip seperti ini dah banyak kali berlaku. Jangan semata-mata dipujuk rayu, PAS akur," katanya. - Bernama


GR kata: PAS goyang sebab kalau tarik balik kenyataan tak akan dapat tempat untuk pilihanraya nanti. Yang bijak pandai dalam agama pun boleh kena kelentong dengan Anwar, inikan pula orang biasa. Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Artikel pelbagai