Thursday, February 23, 2012

TERJAWAB: WARGA UiTM MASIH SAYANGKAN VC UiTM @datosahol !!!


Akhirnya serangan demi serangan blogger terhadap Dato Sahol VC UiTM sudah pun terjawab di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Jelas terbukti bahawa VC UiTM ini masih disayangi oleh semua warga UiTM baik pelajar dan kakitangannya.

Pembaca lihatlah sendiri gambar Tun Mahathir bersama Dato Sahol yang tidak ada menunjukkan sebarang masalah atau pun VC UiTM bermasalah dengan skandal yang cuba menjatuhkan beliau. Gambar ini sudah tentu menyakitkan mata 'musuh' beliau yang mahu menggulingkan beliau dari kerusi VC dengan 'mengupah blogger untuk tujuan tersebut.

Mesej yang disampaikan oleh Utusan Malaysia sudah terjawab segalanya. Serangan yang diterima oleh VC UiTM hanyalah bermootifkan ingin menjatuhkan karier beliau. Sudah terbukti juga tidak ada unsur penyalahgunaan kuasa oleh VC UiTM dalam pemilihan biasiswa 2 orang anak beliau kerana proses pemilihan dilakukan seperti biasa sama seperti anak-anak orang lain.

GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia dalam membantu VC UiTM ini.

Jangan biarkan 'musuh dalam selimut' berada disekeliling kita...Fikir-fikirkanlah!!!

Baca juga di sini

3 comments:

Anonymous said...

Setakat gambar ini sahaja? Kalau cara nak buktikan macam ni dipakai masa exam fail nanti boss.

Nak settlekan masalah ni senang aje. Buat sesi angkat sumpah di Masjid kat UiTM. Bawak Datuk Sahol,Ibrahim Abu Shah dan sesiapa lagi, dan suruh angkat sumpah ni: "Demi Allah sepanjang saya berkhidmat di UiTM saya tidak pernah menzalimi orang lain dan tidak pernah salahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, keluarga, saudaramara, sahabat handai dan sekiranya saya berbohong, saya rela agar saya dilaknat Allah di dunia dan akhirat"

Anonymous said...

setuju dengan Anon 4:48

Anonymous said...

Dato sahol ok je kalau nk angkat sumpah tp si misai, prof gila cmiws, bekas polis kwn prof gila, bekas pengarah gemuk yg kononnya pernah menang anugerah, pompuan tu la, dan geng geng lain kotor ni komfirn tak berani angkat sumpah sb dah tahu akan dipanah petir. Tengok la, mereka yg mengaibkan dato sahol ni akan dibalas oleh Tuhan.

Artikel pelbagai