Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, January 7, 2012

SIAPAKAH GOALKEEPER TERBAIK ASIA???


Pembaca yang budiman mesti kenal dengan penjaga gol kebangsaan negara kita Sdr Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex... Tipu lah kalau korang tak kenalkan.. Hi hi hi

So ape lagi..GR ingin mengajak pembaca sekalian mengundi penjaga gol Malaysia kita ni...Nak undi please click link di bawah:



GR kata: Undi jangan tak undi, demi mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia...Ni bukan 1 undi wajib 'syurga' tau... Kah kah kah

MAJLIS MALAM PENGHARGAAN MEDIA


Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Malam Penghargaan Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011 yang lepas di PWTC.

Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja penggiat media yg telah bertungkus lumus memberi liputan terbaik utk PAU 2011. Antara media yang diiktiraf oleh UMNO seperti media elektronik, media cetak dan juga media baru seperti Blogger, Facebooker dan Twitter.

Majlis turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri. dan diiringi oleh Menteri-Menteri Kabinet yang juga merupakan Naib Presiden dan MT UMNO.


Majlis turut diserikan dgn persembahan peserta Maharaja Lawak Mega, Boboi Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Juga hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian mantap oleh Ramli Sarip, Hattan & Noni.

Selain daripada itu, diadakan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang cukup hebat...Pada kawan-kawan GR yang turut hadir malam tadi...sorry geng tak dapat join sebab ade koje... :)

Sumber: rezqeen hill


GR kata: TAHNIAH diucapkan kerana UMNO/BN menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh semua media.

HOT & TERKINI: LAGI LELAKI MELAYU GAY BERKAHWIN!!?


Alahai apa nak jadilah dengan bangsa Melayu sekarang...terutama sekali bangsa MELAYU..apa yang dibanggakan sangat dengan hubungan sejenis ni..?? Boleh tolong jawab tak...???

Terbaru, seorang lagi lelaki Melayu Gay (gambar di atas) GR dimaklumkan baru berkahwin dengan pasangannya seorang lelaki Inggeris di London.

Makluman yang diterima lelaki Melayu ini merupakan bekas seorang pekerja Hard Rock Cafe KL dan kini telah mengikut "buah hati"nya ke London.... Astagfirullah Hal'azim

Sumber: KhazanahMPM


GR kata: Mereka ni tak takut balasan Allah ker?? Inikah seksualiti yang Hj Anwar dan Ambiga banggakan??

Friday, January 6, 2012

HOT: PHOTOGRAPHER TERLAMPAU!!!


Selalu kita dengar pasal gambar pramugari terlampau, artis terlampau, remaja terlampau dan banyak lagilah yang terlampau ni...Dan sekarang ni pemimpin yang "terlampau" pun ada juga tau...malaslah GR nak bagitau, pembaca sekalian dah tau kan.. He he he

Selalunya gambar-gambar terlampau ini adalah koleksi gambar-gambar lucah yang 18SX dan tidak sesuai dijadikan tatapan umum. Namun kali ini GR nak tambah satu lagi koleksi terlampau di internet, iaitu photographer (jurugambar) terlampau.Tapi gambar ni bukannya 18SX tau. Pembaca lihat gambar di atas. Hi hi hi

GR kata: "Ostad-ostad" PAS ada yang terlampau tak??? Sendiri mau ingat....

PANAS: RANCANGAN "JAHAT" ANWAR, AZMIN DIBONGKAR??


Inilah dia GR boleh istilahkan 'bapak borek anak rintik'...'mana tak tumpah kuah kalau ke nasi'. Mana tak nya, sorang perancang dan sorang lagi pak turut...asalkan matlamat ingin menjadi Perdana Menteri tercapai. Alasan yang diberikan kononya rakyat Malaysia ingin sangat beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

GR nak tau juga, betul ker rakyat Malaysia inginkan Perdana Menteri seorang gay?? Kalau dah suka main belakang...sudah tentu beliau sanggup jual atau gadaikan negara ni pada pihak yang tak bertanggungjawab dengan cara "jalan belaka
ng"....Renung-renungka-lah wahai pembaca yang budiman...

Bacalah kenyataan Umi Halfilda GR kongsikan untuk semua:

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali terus membongkar ‘rahsia dalam selimut’ yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin Ali sekiranya, Pakatan Rakyat (PR) terus melakukan provokasi untuk menghuru-harakan negara ini.

Dakwanya, ia berikutan tindakan mereka yang semakin jelas cuba menghancurkan institusi Raja dan menggesa Raja-raja Melayu menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar.

“Sekiranya perancangan itu berjaya, Anwar berjanji akan dilantik dirinya menjadi Presiden dan Min (merujuk panggilan manja Anwar kepada Azmin) sebagai Perdana Menteri. Perkara ini berjaya dilaksanakan sekiranya, Majlis Raja-raja dihapuskan dan mereka akan berbuat demikian atas alasan kehendak rakyat.

“Saya tahu mengenainya dan perancangan pemimpin PR ke arah ini. Malah, Anwar berjanji melantik Min sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri. Untuk itu saya menggesa raja-raja Melayu menarik semula panggilan Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar,” katanya.

Pada sidang media itu, beliau berkata, PKR tidak jujur dengan sahabat dalam PR kerana menjadikan Pas dan DAP sebagai ‘kuda tunggangan’ untuk memenuhi hajat ke Putrajaya dan kedua-dua parti itu pula mempergunakan PKR untuk mendapat sokongan rakyat. - SH


GR kata: Malaysia dah aman skang janganlah porak perandakan...FAHAM TAK??

TERKINI: BUKTI KERAJAAN BN KOTAKAN JANJI!!


HULU BERNAM 6 Jan. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat projek pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Hassan di sini, projek yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April 2010.

Perdana Menteri melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan projek bernilai RM41 juta di tapak seluas 10.4 hektar itu dan yakin ia dapat disiapkan lebih awal daripada dijadualkan pada Julai tahun depan.

"Semuanya berjalan lancar dan baik. Saya sebenarnya begitu gembira kerana inilah janji yang dibuat saya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu.

“Projek ini menunjukkan bahawa apabila kerajaan BN janji, kita tetap tunaikan janji kita,” katanya dalam ucapan ringkas.

Najib sebelum itu mendengar taklimat berhubung projek bagi menyelesaikan masalah perumahan penduduk di situ yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit.


Pembinaan 300 unit rumah teres, setiap unit dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, bertujuan menempatkan semula penduduk setinggan di Kampung Hassan, yang pada masa ini mendirikan rumah dengan kos sendiri di atas tanah milik individu dengan menyewa tapak secara bulanan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kos sebenar setiap unit rumah projek itu adalah sekitar RM136,000 tetapi dijual kepada penduduk pada anggaran RM35,000.

“Rumah ini termasuk kemudahan dijual dengan nilai purata RM136,666.67 tetapi harga yang dijual kepada penduduk adalah sekitar RM35,000. Dengan ini, penduduk akan untung lebih kurang RM100,000,”katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memutuskan untuk mengekalkan sebuah kuil Hindu yang dibina di kawasas seluas 0.24 hektar berhampiran tapak pembinaan projek itu.

“Kerajaan tidak bercadang memindahkan kuil itu dengan mengambil kira kepentingan penduduk India di situ,” katanya. — BERNAMA


GR kata:
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

PANAS: SURAT CINTAN CINTUN HJ ANWAR TERBONGKAR???


TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR


Surat Anwar bertulis tangan kepada Tun Mahathir:

YAB Dato Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat, khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.


Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan. Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja.


GR kata: Apa kata Hj Anwar nak jawab ek pasal surat nie???

KEMPEN 901: JANGAN HERET RAKYAT BERDEMO SEKALI - HASSAN ALI!!!


SHAH ALAM 5 Jan. – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menegaskan adalah tidak wajar rakyat diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama, turut membidas Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut sedangkan tiada arahan khusus dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat.

‘‘PAS Selangor nampaknya begitu proaktif atas sebab yang salah, kalau sebab yang betul tidak mengapa. Kalau saudara melihat Ketua Penerangannya terlalu proaktif sehingga mendahului pimpinan di peringkat atasan, Pesuruhjaya negeri pun saya rasa dia membelakangi pandangan pimpinan pusat.

‘‘Saya rasa jemputan Dr. Abdul Rani supaya ahli dan pendokong PAS hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut, saya katakan itu pendapat peribadi. Itu bukan pendapat daripada Pas negeri, maklumat yang saya terima bahawa pimpinan di peringkat Pas negeri, sama ada Dewan Harian ataupun Perhubungan Negeri seluruhnya tidak tahu pun kenyataan Dr. Abdul Rani.

‘‘Saya rasakan perkara besar seperti ini, perhimpunan itu bukan saja matlamat, tujuan dan hakikatnya besar, maka sebab itu satu orang sahaja tidak boleh membuat keputusan untuk melaungkan kepada orang lain,” katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Dr. Abdul Rani yang meminta anggota PAS di negeri ini turut sama menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Terdahulu Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri memberikan sidang media mengenai operasi khas JAIS di seluruh sembilan daerah yang diketuainya pada malam 31 Disember dan malam tahun baru minggu lalu bagi membanteras kegiatan meminum arak, khalwat dan zina di kalangan masyarakat Islam.

Hasan bimbang perhimpunan 901 memberi implikasi kepada anak-anak muda dan remaja yang tidak tahu mengenai persoalan sebenar dan arah tuju parti untuk membawa golongan tersebut.

‘‘Kalau hendak menjadi orang PAS, dia cukup dengan menjadi warganegara, Islam, akil baligh. Maknanya daripada remaja sangat muda, awal-awal remaja, kalau kita minta remaja tingkatan satu tingkatan dua, kalau kita seru pergi ke tempat itu, tanpa mengetahui tentang apa yang sebenarnya, saya bimbang ke arah mana kita hendak membawa mereka ?

‘‘Kita hendak menjadikan mereka sebagai warganegara yang betul-betul dapat mencerminkan mereka membawa bendera kecemerlangan yang selalu saya sebutkan sejak lebih 35 tahun lalu,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap Dr. Abdul Rani melarang ahli Pas menyertai Himpun sedangkan ia membincangkan tentang akidah Islamiah yang merupakan asas perjuangan Pas sebaliknya menggesa anggota parti menyertai perhimpunan haram 901 yang tidak membabitkan dasar perjuangan parti Islam itu.

‘‘Kalau boleh, saya lebih tua daripada pesuruhjaya yang ada sekarang, saya hendak nasihatkan supaya kena amati betul-betul jejak minda dan pemerhatian perlu dilakukan kerana implikasinya besar,” katanya.

Lihatlah video di bawah pendirian YB Dato' Dr. Hassan Ali tidak akan berkompromi dalam Kempen Bebaskan Anwar 901:




"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” - Dr Hasan Ali


GR kata: Adakah angan-angan Mat Jenin Hj Anwar tercapai?? Tunggu dan lihat....

Thursday, January 5, 2012

KEMPEN 901: GAY TUA YANG TIADA ARAH TUJUAN??


GR ingin nyatakan di sini masih adakah penyokong tegar Hj Anwar?? Jika kita rangkumkan sejak dari tahun beliau dipecat dari TPM pada akhir tahun 90an, adakah beliau masih relevan di hati rakyat?? Dan sekarang Kempen Bebaskan Anwar 901 boleh kita samakan dengan kempen menyokong seorang gay tua yang dah tak laku-laku lagi...Betul tak??

Mungkin pada kali pertama beliau disabit kesalahan meliwat, rakyat mungkin tidak dapat menerima kenyataan adakah perkara ini benar atau pun tidak?? Tapi kalau dah jadi untuk kali yang ke-2, mana mungkin perkara ini 'sengaja' diadakan cerita. Itu baru satu kisah...bagaimana pula dengan janji-janji manis yang beliau 'taburkan' pada rakyat..adakah pernah dikotakan?? Jawab!!!


GR ingin bertanya pada pembaca sekalian...Logikkah jika Perdana Menteri Malaysia seorang gay?? Malaysia ini negara Islam atau pun bukan?? Hj Anwar GR cabar untuk jawab soalan GR ni... Pembaca yang budiman fikirkan-lah...

GR bersetuju dengan kenyataan berani dari Raja Petra Kamarudin (RPK) baru-baru ini di dalam wawancaranya, bahawa Hj Anwar yang berdepan dengan tuduhan liwat tidak lagi relevan dan kerjaya politiknya akan berkubur jika pembangkangkan gagal dalam misi menawan Putrajaya dalam piliharaya umun (PRU) akan datang.

Jika kita lihat penjalanan Hj Anwar menuju ke tarikh 9 Jan 2012...kenapa beliau mempergunakan mahasiswa untuk menimbul porak peranda keadaan?? Perhimpunan yang tak sudah-sudah bermula di PWTC dan selepas itu di UPSI. Apakah dengan cara begini rakyat boleh berfikir apa yang dia buat betul?? Tidak sama sekali
..rakyat sudah pandai menilai apa yang Hj Anwar buat dah basi...cuma untuk kepentingan politiknya saja, angan-angan pekasam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 jer tu semua...

GR ingin sarankan...jika betul ingin berjuang dan berperang, tunggulah PRU-13 nanti..di situlah sebenarnya medan pertempuran sebenar. Bukti sebenar rakyat memilih parti mana yang mereka yakin dan mampu membela nasib rakyat dan membangunkan negara. Bukan dengan cara menghasut mahasiswa yang rata-rata mereka belum habis belajar, ada yang result pun tak bagus dan yang penting mereka belum nampak masa depan mereka yang sebenar...Adakah dengan cara berREFORMASI mereka yang turun serta akan terjamin masa depan mereka?? Fikir-fikirkanlah...

Rujuk juga ke KhazanahMPM / IsuPolitikSemasa / JomoMalaya


GR kata: Jangan disebabkan bayaran yang bakal diterima or janji-janji manis untuk KEMPEN 901...semua kelabu mata. Sedarlah dan nilailah sendiri...

TERBARU: PEMUDA UMNO WP BUAT LAPORAN POLIS BANTAH DEMO 901!!


Hari ini kira-kira jam 3.00 petang, Pemuda UMNO WP membuat laporan Polis membantah Perhimpunan Bebaskan Anwar 901. Laporan dibuat di Balai Polis Jinjang diwakili sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO WP, Sdr Rizalman Dato' Mokhtar.

Tujuan laporan dibuat untuk membantah dan yang penting adalah kesengsaraan dan kesusahan yg bakal wargakota alami akibat DEMO 901. Inilah tanda keprihatinan Pemuda WP dengan nasib yang bakal terjadi pada rakyat khususnya warga kota K.Lumpur yang cintakan kehidupan yang aman.



GR kata: Boleh percaya ker perhimpunan diadakan secara aman?? Tunggu dan lihat...

GEMPAR: PAKATAN RAKYAT HASUT MAHASISWA!!!


Pembaca lihat banner di atas...Adakah ini contoh parti yang katanya akan membela nasib rakyat lah dan macam-macam lagilah?? Kenapa perlu menghasut mahasiswa untuk meninggalkan rumah, keluarga mereka dan lebih teruk lagi tinggalkan Universiti???

Bukankah bulan ini bulan mahasiswa mengambil peperiksaan...TOLONGLAH!!! Jangan rosakkan minda mereka yang fikirkan ingin berjaya dalam hidup mereka suatu hari nanti. Jangan rosakkan masa depan mereka dengan kerja-kerja BODOH korang nie...

GR sarankan kepada mahasiswa janganlah terpedaya dengan 'janji-janji manis' mereka yang tidak bertanggungjawab ni. Jangan terpedaya dengan bayaran yang mereka berikan...Jangan disebabkan bayaran yang tinggi dapatnya sekali TAPI merena seumur hidup...Jangan malukan harapan ibu bapa korang yang ingin melihat anda berjaya dalam hidup.

Sumber: FB Eizwan Abdullah

GR kata: Fikir-fikirkanlah...

PANAS: RESTORAN DI BANGSAR BERIKAN LAYANAN "BAIK PUNYA"??


PANAS!!! GEMPAR!!! Pembaca sekalian Percaya atau Tidak?? Terdapat sebuah restoran di Bangsar yang menawarkan tayangan perempuan bogel dan separuh bogel beraksi di dalam kolam renang berhampiran dengan meja makan. Malah restoran ini turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung restoran tersebut.

Sambil perut pun kenyang, pengunjung restoran ini turut berpeluang mengenyangkan bawah perut. Atas bawah makan macam ni... Ha ha ha



Salah seorang pengunjung yang mengongsikan gambar ini berkata "Restoran ini ibarat syurga dunia, jadi tempat kami release tension". Malah ada di antara pengunjung yang berpeluang untuk membawa balik perempuan yang diminati dari kolam renang tersebut. Confirm restoran ini menjadi tempat lelaki yang dahagakan "kasih sayang"...Betul tak??

GR difahamkan restoran ini telah menjalankan perniagaannya setahun yang lalu .Pelayan-pelayan di restoran ini hanya mengenakan bikini dan rela bikini mereka disingkapkan sekiranya diminta berbuat demikian. Lihatlah gambar di bawah:



Sumber: Hot Malays

GR kata: Mohon pihak berkuasa segera pantau kegiatan perniagaan yang tidak bermoral ini...Jika tidak dibendung kegiatan ini akan berleluasa...Alahai..nama pun KL macam-macam ada!!!

GEMPAR: RISALAH BEBAS ANWAR 901 DIEDAR!!!


Nampaknya AMARAN dari pihak Polis supaya jangan mengadakan sebarang perhimpunan haram pada 9 Januari 2012 di sekitar Kuala Lumpur terutama sekali di kawasan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta tidak diendahkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat.

Risalah ini diedarkan bertujuan untuk 'Kempen Selamatkan Anwar 901'. Risalah ini juga telah mula diedarkan kepada rakyat dalam masa yang sama mereka cuba menghasut rakyat untuk menyertai mereka dalam perhimpunan pada 9 Januari 2012.

Risalah ini GR terima dari seorang kawan...yang dia terima risalah ini di sekitar Kuala Lumpur semalam. Risalah yang tertera TOLAK FITNAH LAWAN KONSPIRASI BEBAS ANWAR 901- meminta rakyat supaya turun pada jam 7.00 pagi di Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur.

Rujuk di KhazanahMPM


GR kata: Mohon pihak berkuasa segera ambil tindakan terhadap mereka yang ingin merosakkan negara!!!

TERKINI: VIDEO JAWAPAN AMALINA BERKENAAN ISU DIRINYA!!!




Pembaca lihatlah di atas...pelajar cemerlang Nur Amalina menjawab isu kontroversi yang dihebohkan di Malaysia beberapa hari yang lepas.

Beliau menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan beliau dan juga kepada Kerajaan kepada membantu beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selepas tamat pelajaran beliau akan kembali ke Malaysia dan berkhidmat untuk negara.


GR kata: Kita doakan semoga beliau berjaya dalam pelajaran dan masih menjadi seorang Islam yang sejati.

Wednesday, January 4, 2012

PELAJAR KOLEJ KANTOI BEROMEN DALAM KERETA DI P.PINANG!!


Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya. “Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa. Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.

Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu. Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.

Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan. Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.

Namun, penguatkuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.
Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.

Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu. “Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.
Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.
“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.

TERBARU: NUR AMALINA JAWAB ISU FOTO SEKSINYA??


GR mula risau sejak gambar seksi Nur Amalina tersebar luas di Internet, ada juga sesetengah pihak menyebarkan cerita karut gadis pandai ini di alam maya sejak semalam.

Sama-samalah kita menghormati keluarganya yang kini sedang menanggung malu, hentikan penyebaran cerita yang karut tentang gadis ini….Adakah Nur Amalina benar-benar berubah?? Sama-samalah kita tunggu kenyataan dari keluarga gadis ini..

GR ingin menyeru kepada semua hentikan dan jangan timbulkan lagi cerita karut sebab kita tidak belum mendapat kesahihannya.


Pembaca lihat screen shot FB di atas...kononnya ia kepunyaan Nur Amalina...Setahu GR Nur Amalina berasal dari Tiram, Johor...tapi FB di atas berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Nampaknya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan lagi keadaan...

Sumber: KhazanahMPM


GR kata: Kita tunggu saja kebenaran dari tuan punya badan...

PANAS: HJ ANWAR PERASAN GLAMOR...!!!


Adoiiii...Hj Anwar ni buat lawak ker ape?? HA HA HA HA... Sapalah nak bunuh dia ni?? Siap kena tembak or kena langgar tu...Dah macam filem hindustan la pulak...Aduyaiiii!!!

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pembaca lihatlah keterangan Hj Anwar di atas...kenyataan yang perasan diri sendiri tu glamour kan??? Perasan jela Hj Anwar oi...Semua rakyat Malaysia tahu hang tu kaki 'CON' No.1 di Malaysia....Kita jumpa di Sg Buloh jela yer...!!!


GR kata: Ada juga orang perasan glamor mengalahkan celebriti Hollywood...!!! He he he

AMARAN: JANGAN SERTAI HIMPUNAN 901!!!


Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengajak mereka menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang pada 9 Januari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat individu tertentu yang cuba menghasut orang ramai menyertai kempen berkenaan sempena keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelbagai kain rentang dan sepanduk digantung di tempat-tempat awam. Selain itu, pelbagai mesej disalurkan menerusi media sosial mengajak orang ramai berkumpul di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari ini.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak ini yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara yang kita cintai," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 168 laporan polis daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang membantah usaha segelintir individu mengajak orang ramai menyertai kempen tersebut.

Menurut Khalid, apa yang menghairankan, tindakan itu dibuat sedangkan umum belum mengetahui keputusan mahkamah mengenai kes terbabit.

"Walau apa jua keputusan mahkamah, sekiranya orang ramai terpengaruh dengan hasutan supaya menyertai perhimpunan itu dan ia dilaksanakan kelak, situasi ini akan mengganggu ketenteraman awam dan pentadbiran sistem keadilan negara kita turut terjejas," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberi amaran kepada penganjur kempen itu supaya menarik balik rancangan mereka mengadakan perhimpunan haram itu.

"Penulis-penulis blog yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu juga dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan mereka.

"Tindakan mereka adalah salah serta melanggar undang-undang yang boleh menggugat ketenteraman awam serta menghina sistem keadilan negara kita," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.


GR kata: Kepada yang berhajat nak pegi tu, lupakan jelah..buat apa menyusahkan diri sendiri untuk kepentingan orang lain!!!

Tuesday, January 3, 2012

KUMPULAN BOBOI SERTAI UMNO!!!


Artis terkenal tanah air, Afdlin Shauki, 40 dan Harun Salim Bachik, 52 menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pasangan kumpulan lawak Boboi pada siri pertandingan Maharaja Lawak Mega itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Raof Yusoh.

Mereka berdua menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.


GR kata: TAHNIAH!!! Moga lebih ramai golongan artis menyokong Kerajaan...

GEMPAR: MAHASISWA / SISWI DITANGKAP MINUM ARAK..???


PETALING JAYA - Ops Mungkar yang dilakukan oleh Jabatan Agama (JAIS )semalam telah menahan seramai 23 remaja melayu di dua buah Premis yang berlainan.Daripada yang ditahan,Sepuluh dari mereka didapati minum arak.

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baru selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

Operasi yang diketuai oleh Hasan sendiri dimana operasi itu bermula dari 12 tengah malam hingga 3 pagi itu memberitahu kesemua yang ditahan akan diberi kaunseling khas di Pejabat JAIS Shah Alam.

Difahamkan kesemua yang ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.


GR kata: Macam-macam perangai mahasiswa sekarang....

FOTO PANAS: ARTIS MALAYSIA POSING MAUT??


GR tidak kenal dengan artis di atas...bila dicari namanya artis yang tidak berapa popular iaitu Iqa Mentor. Pada pendapat GR, jika ingin famous atau dikenali tidak perlu rasanya bergambar seksi begini dengan berpakaian basah..


Jawapan artis ini:

"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan.

Pembaca nilailah sendiri yer...


GR kata: Artis menjadi popular adalah dengan bakat bukan kontroversi...

PANAS: FOTO SEKSI PELAJAR CEMERLANG TERSEBAR..??


Pembaca masih ingat dengan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM beberapa tahun yang lepas?? Namanya ialah Nur Amalina Che Bakri..orangnya gambar di atas.

GR tidak mahu membuat apa-apa komen terhadap foto-foto seksi yang diterima...Cuma GR sedih dengan perubahan sikap dan sifat pelajar cemerlang SPM tahun 2004 yang sebelum ini kisahnya mendapat liputan meluas di negara kita.

Beliau juga mendapat tajaan dari Kerajaan untuk dia melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Sedih sangat-sangat sebab cepat betul pelajar ini berubah...

Pembaca lihatlah gambar-gambar di bawah dan nilailah sendiri...





Sumber: KhazanahMPM

Monday, January 2, 2012

PANAS: AWEK ADAM ADLI KER NI...???


TERKINI!!! PANAS!!! Alahai Adam Adli...hang ada 'nafsu' dengan perempuan ker??

Maklumat yang GR baru terima, sekeping gambar yang dihantar melalui emel hari ini mengesahkan bahawa gadis dalam foto di atas ialah awek kepada Adam Adli...

Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim email tersebut masih belum confirm sebab setahu GR Adam Adli ini sibuk dengan berpolitiknya, rusuhannya, rempuh sana rempuh sini macam orang tak der tamadun...Sempat lagi nak bercinta ker??

GR difahamkan awek si Adam Adli ni dah menyampah dengan kelakuan boyfriend dia ni...keras kepala dan degil...orang yang tak ada masa depan...

Kalau pembaca yang budiman boleh mengesahkan adakah benar gadis ini awek Adam Adli...sila komen diruang blog GR di bawah....TQ


GR kata: Adam Adli ada nafsu dengan gadis-gadis ker?? atau pun skandal jer ni...???

VIDEO PANAS: AWEK JEPUN MAIN DALAM KERETA??

Sekadar hiasan


Video sebenar pembaca lihatlah di bawah:




GR kata: Jangan mareee yerr...saja bergurau santai bersama pembaca GR semua..Happy Selalu yer... He he he

ORANG LUAR DALANG DEMO MAHASISWA DI UPSI!!!


Orang politik diminta tidak masuk ke universiti dan menerap budaya politik yang kurang ajar sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim pada awal pagi 1 Januari lalu adalah contoh campur tangan orang politik dalam kehidupan pelajar.

"Saya berani katakan majoriti penuntut UPSI tidak mahu kehidupan mereka diganggu. Mereka ada cita-cita untuk belajar hingga dapat genggam ijazah. Itu matlamat mereka," katanya.

Mohd Shahar berkata, apabila insiden seperti itu berlaku, sudah tentu ramai yang tertekan, terutama pelajar perempuan.-SH

"Mereka tidak biasa dengan tindakan seperti ini. Mereka harus beri tumpuan pada pelajaran, apa lagi sekarang adalah minggu ulang kaji terakhir sebelum peperiksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 1 Januari lalu, kira-kira 100 pelajar dari pelbagai universiti di Lembah Klang, berhimpun di hadapan Upsi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) selain menggesa penarikan balik tindakan terhadap penuntut Upsi, Adam Adli Abdul Halim yang akan dihadapkan ke perbicaraan tata tertib universiti 9 Januari ini.

Perbicaraan itu adalah susulan tindakannya menurunkan bendera bergambar Perdana Menteri ketika menyertai perarakan sekumpulan mahasiswa ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno 17 Disember lalu.

Mohd Shahar berkata, hanya dua orang penuntut Upsi sahaja terlibat termasuk Adam Adli dan seorang pelajar wanita yang telah dibuang dari universiti itu kerana menghadapi masalah disiplin.

Katanya, perhimpunan tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan yang hadir bukan penuntut Upsi.

“Pengacau berkenaan sebenarnya tidak menghormati suara majoriti (pelajar Upsi yang tidak sertai perhimpuan) dalam masa yang sama memanjat pagar menceroboh kawasan universiti.

“Yang saya hairan, kenapa mereka memecah cermin sebuah klinik di depan Upsi? Adakah mereka mahu menganggap kecederaan itu dilakukan pihak berkuasa? “Yang saya dapati laporan perubatan Hospital Slim River, Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca,” katanya.

Beliau menyokong tindakan yang dilakukan polis dan pihak keselamatan Upsi kerana menahan orang luar daripada menceroboh dan melakukan kekecohan.- SH


GR kata: Minta Adam Adli bagitau skit..bapa ramai student UPSI sokong hangpa??? Buktikan..!!!

Sunday, January 1, 2012

TERKINI: BUKAN FRU YANG LERAIKAN DEMO DI UPSI SEMALAM!!!


Di sini GR kongsikan bersama petikan dari blog wartawan terkemuka, Mazidul Akmal Sidek yang menceritakan kejadian sebenar insiden di UPSI tengah malam semalam.

Mazidul yang memang diketahui umum seorang wartawan yang berprofil tinggi pastinya tidak akan melaporkan sesuatu yang palsu kerana ini pasti bertentangan dengan etika tugasnya.

Sudah terbukti nyata bahawa portal dan blog pro pakatan haram hanya memainkan isu fitnah yang menyatakan bahawa FRU digegaskan ke tempat kejadian bagi mengawal malaun-malaun mahasiswa yang kurang hajar ini. FRU yang dimaksudkan semalam adalah hanya polis biasa iaitu LSF.

Semua propaganda ini hanyalah satu lakonan drama tamil yang terhebat di hari pertama tahun 2012 ini. Ia hanyalah untuk meraih publisiti murahan disamping propaganda untuk menjatuhkan imej polis sekali lagi.

" Kumpulan seragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF, dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Penang."

Baca lebih lanjut di MAZIDUL AKMAL

DEMO UPSI: INI MAHASISWA PALING BODOH DALAM DUNIA!!!




Pembaca lihatlah klip video di atas, kejadian sebenar mahasiswa membuat demo di hadapan UPSI. Apa yang mereka inginkan sebenarnya?? Yang GR tengok sendiri hanyalah untuk membebaskan Adam Adli..siap ada yang dukung si mengong tu..cakap pun muka takut-takut...Kenapa tu Adam?? Apa yang bagus sangat Adam Adli ni sampai korang sanjung sangat dia??

Perbuatan semalam memang satu pebuatan yang sangat BODOH...ramainya dari mahasiswa dan siswi dari bangsa Melayu....yang perempuannya tutup aurat dengan sempurna pakai purdah lagi..tapi memekik macam orang gila...kesian la skit pada mak bapak di kampung tu..berhabis duit, bergodok gadai untuk melihat anak berjaya satu hari nanti..Tapi apa yang kita lihat ke semuanya mereka ini adalah anjing tunggangan Hj Anwar..


Hj Anwar syok-syok berehat tido...korang memekak..macam bagus sangat..semua akta dalam kepala otak...Belajar pun tak abis lagi ... Pikir la skit.. GR ingin berpesan pada mereka yang kata GR tak tau apa-apa kan... Nak tanya skit...kata ade yang kena tumbuk??...GR tengok di sana tak ade pun?? Nazak...??? Mana yang nazak tu?? Elok jer sihat boleh berjalan n pergi dapatkan rawatan...

Yang korang pi rempuh klinik tu buat apa?? Malu la skit perangai tu...dah macam orang yang tak ada tamadun...Pada pembaca sekalian...fikirkanlah apa mahasiswa ini perjuangan sebenarnya?? Pasal AUKU..kan kerajaan kata masih dalam perbincangan....SABAR LAHHHH !!!! Kang nanti dah pinda Hj Anwar kata tak "Telus" lagi ni...ada yang tak kena..macam isu dakwat kekal tu...sampai kiamat pun tak akan selesai...Aduyaiii!!!


GR kata: Mahasiswa yang sokong sangat Adam Adli...ada tak amik bantuan RM200 untuk pelajar IPTA dan IPTS??? Muka tak tau malu..!!!!

TERKINI: KAKA MASUK ISLAM..???

Dikhabarkan bahawa bintang bola sepak Real Madrid, Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di sebuah masjid di Dubai.

Berita gembira ini disebarkan melalui laman sosial Facebook milik individu-individu berbangsa Arab yang mengatakan pemain bola sepak terkenal ini telah memeluk agama Islam.


Jika benar Kaka memeluk agama Islam...alhamdulillah

Sumber: FB

BONGKAR: SAH HJ ANWAR KAKI PUTAR BELIT..!!!


Sudah kita duga, Hj Anwar pasti tidak akan berpuas hati dengan apa kerajaan BN lakukan dalam menambahbaikkan kerancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Malaysia. Pada dia, hanya beliau sorang saja yang "pakar" dalam semua bidang. Kira 100% perfect la katakan...Hakkktuiiihhhh!!!

Dahulu Hj Anwar dan geng-geng Pakatan Rakyat bising membebel isu penggunaan dakwat kekal. Sistem piliharaya di Malaysia selama ini tidak telus..buat perhimpunan Bersih 2.0 kononnya tunjuk protes. Rakyat yang join sekali perhimpunan tu pun samalah bangangnya. Sekarang, lain pula sasaran Hj Anwar...naik bosan dah GR dengan kaki putar alam ni.


Walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengumumkan pindaan peraturan bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan jaminan pilihan raya negara akan dijalankan dengan bebas dan bersih.

Baca lagi di sini



GR kata: Dah ikut buat dakwat kekal pun salah...hang pi lah buat PRU sorang Hj Anwar oiii !!!

TERKINI: ADAM ADLI DI TANGKAP POLIS!!!


TERKINI!!! Adam Adli baru sahaja ditahan oleh Polis ketika membuat demo di UPSI tengah malam tadi. Antara mahasiswa yang kena tahan selain dari Adam Adli adalah Syukri razab SMM dan 4 mahasiswa yang lain.

Info yang GR dapat mereka ditahan dan di bawa ke Balai Polis Tanjung Malim. Mereka juga hebat membuat drama tv ala sinetron..mengatakan sorang mahasiswa nazak kena belasah dengan Polis lah.. Cuba pembaca fikir logik..takkan Polis nak bertindak ganas secara tiba-tiba betul tak??

Adam Adli dalam lokap??Boleh bawak hp ker??

Cuba pembaca lihat gambar di atas..dalam tweet @adamadli beliau dah kena tangkap dalam lokap...dalam lokap boleh bawah handphone ker berposing bagai?? Orang luar pun tak boleh pegi dekat ngan lokap...nampak sangat MENIPUnya...Lawak kan..he he he...Gambar ni sebelum ditangkap yang sebenar.. Sekarang dia tido lokap.. Hi hi hi


Kenyataan mengatakan sorang mahasiswa nazak kena belasah...cuba pembaca lihat gambar di atas...kalau teruk dibelasah, mana kesan darah?? Dah tentu penuh dengan darah kain or baju pelajar tersebutkan?? Tipu lagi..pandai betul Hj Anwar train dorang kan.. Takkan pihak Polis boleh sesuka hati belasah budak-budak hingusan ni kan?? Paling kuat pun kena sebur air untuk menyuraikan keadaan...


Ni lagi sorang puak Pakatan yang mengong...cakap macam tak der otak...lepas tu macam dia ade kat sana dalam demo di UPSI tengah malam tadi..Nak "kencing" pun agak-agak lah bro!!!

Pembaca lihat tweet si CheguBard ni...puak Pakatan Rakyat yang suruh mahasiswa ni berDEMO... PM kita pulak yang dipersalahkan!!! Tak ker BANGANG namanye tu...


GR kata: sudah-sudah la tu Mahasiswa..jangan diikut hasutan Pakatan Rakyat ni...baik tumpu pelajaran lagi bagus..lepas ni kan musim exam...GR pun penah jugak jadi mahasiswa dulu..

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Assalamualaikum...Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Kepada semua pembaca blog Gossip Rakyat yang budiman, Tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya namun dalam kita bergembira dengan kedatangan tahun baru suasana politik dalam negara semakin dilihat seakan tepu dan rancak dengan politik fitnah memfitnah, hina menghina dan caci mencaci satu sama lain.

Sambutan manusia setiap memasuki tahun baru begitu besar dan semarak. Banyak tradisi dan ritual diciptakan khusus untuk merayakan datangnya tahun baru, abad baru, dan atau millennium baru. Tidak sedikit dana, waktu, dan tenaga dibuang untuk menyelenggarakan perhelatan tersebut. Bukan hanya itu, atas nama perayaan tahun baru, berbagai kegiatan yang terlarang dan mubazir menjadi legal dan lazim, misalnya pesta kembang api, perang petasan, begadang masal, pesta seks, dan pesta narkoba. Perlu juga dicatat, perayaan tahun baru selalu menelan korban manusia, entah kerana mengabaikan masa’, party buih serta minuman keras di club-club malam dan percikan api. Semuanya menjadi persembahan yang lumrah dalam perayaan tahun baru.

Mengapa hampir di seluruh dunia orang menerima begitu saja ritual yang banyak mengorbankan dana, waktu, tenaga, dan bahkan jiwa ini?

Kealpaan manusia kepada karyanya sendiri merupakan kealpaan manusia kepada dirinya sendiri. Sebab, dengan begitu manusia menjadi terasing (alienated) dari dirinya sendiri atau, dengan lain perkataan, manusia telah menjadi obyek dari apa yang mereka konstruksikan sendiri. Detik, hari, bulan, tahun, abad, dan millennium merupakan satuan-satuan dalam “bangun” yang kita buat sendiri untuk mematok dan mengukur waktu. Begitu pula istilah “tahun baru”, “abad baru”, dan “millennium baru”, semuanya buatan kita sendiri. Oleh kerana itu, menjadikan hal itu sebagai patokan bagi perubahan kehidupan kita sama halnya dengan orang yang menyembah patung buatannya sendiri.


GR kata: GR ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakyat Malaysia..semoga Tahun 2012 akan menjadi lebih baik pada kehidupan kita berbanding Tahun 2011.

Artikel pelbagai