Join Gossip Rakyat

Saturday, October 22, 2011

Pak Anwar mengAMUK???


Hehehee...GR nak gelak guling2 dulu.. Korang mesti nak tau sebab ape GR gelakkan?? pasal Pak Anwar nie lah... Ceritanya di tempat beliau sendiri Parlimen Permatang Pauh..kubu kuat tue... ;)

Semalam selepas solat Jumaat, Pak Anwar telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk Permatang Janggus di Dewan Orang Ramai, Batu 5. Program dijadualkan bermula pada 2.30 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tetapi tunggu punya tunggu berapa kerat jer penduduk yang datang. Korang tengok sendirilah Pak Anwar yang dikatakan hebat berbicara dan menunaikan "janji", penduduk di parlimen sendiri pun dah muak dengan kata2 beliau..


Apa lagi...mengamuk la Pak Anwar pada orang yang menganjurkan program ini...malu beb.. Ahli parlimen turun kawasan bercakap dengan kerusi dan tiang yang ada di dewan tersebut, mau tak bengang. Penganjur pun apa lagi pegilah cari makcik2 yang duduk di kawasan tersebut. Janji penuh sikit dewan tu... Hahahaha

PANAS: MB PERAK GENTEL ABOB PUNYA???


Apa punya Yakpurr lah puak Pakatan Rakyat nie...dorang bangga dapat lahirkan blogger2 yang tak taulah akai letak kat pungkuk agaknya... Ada ke patut depa tuduh MB Perak cabul kehormatan budak sekolah... Cuba la korang tengok gambor tue betul2... Gentel ke idak???

Kot iye pun nak serang balik cerita anak VVIP Pakatan di Penang tempoh hari carilah yang munasabah skit...

Adoiiiii rakyat bukan bodoh wahai blogger2 Pakatan oiiii!!!

Nak tau lebih lanjut KLIK SINI

14,000 Hadir Himpunan Sejuta Ummat!!!


Hampir 14,000 umat Islam hadir di Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam petang ini...TAHNIAH!!!

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali dan Mufti Perak Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria dan beberapa lagi orang kenamaan telah hadir sebagai tanda sokongan pada himpunan ini.

Perhimpunan ini diadakan bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan umat Islam di Malaysia dan khasnya di Selangor baru-baru ini.



Dr Hassan Ali membuktikan bahawa pendirian politik bukanlah agama untuk dianuti.. "tak boleh taksub dengan fahaman politik!!!"

Nilai "BODY" hanya RM 5 ???


KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.



Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Siapakah yg ingin dipersalahkan dalam hal nie? Ibu bapa atau pun diri sendiri?? Di manakah hilangnya maruah diri??? - renung2kan lah...

P/S: Kalau puak PAS sah2 kata nie pun salah UMNO...hehe

Friday, October 21, 2011

Muamar Gaddafi mati dibunuh???


Inilah gambar yang menunjukkan bahawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dibunuh.
Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rakaman dari handphone pula dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan kepala Gaddafi dalam keadaan berdarah.



Muamar Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala sumber lain berkata Muamar Gaddafi telah ditembak diperutnya dan juga ditembak dikepalanya.

Innalillahwainnailaihiroj'iun...

Wednesday, October 19, 2011

PANAS: 5% ker Putrajaya atau???


Apa lagi la Pak Anwar nie tak habis2 dengan janji 'Manis' yang macam dalam TIN KOSONG jelaa kan...Ingat tak sebelum ini, beliau cuba yakinkan rakyat dengan Kerajaan Bayangan yang bersedia digerakkan ke Putrajaya dan dibentuk pada 16 September 2009...MANA??? ke nak tunggu sampai kiamat baru nak muncul...hehehe

Inilah dia Pak Anwar kalau tabur janji memang manis..semanis kurma madu...lagi satu perangai dia suka memfitnah orang sana sini.. Lihat sajalah, beliau menabur fitnah kononnya, YAB PM Najib arahkan JPM membayar kos perkahwinan anak perempuannya sebanyak RM 81,000...Giler ker? awat PM dalam dunia nie depa tak bergaji ker? asal PM guna duit jer guna duit rakyat...Otak ada tang mana pun tak tau lah...

‘Lihatlah kita hanya 5% untuk mencapai hasrat menawan Putrajaya’ (gambar) begitu yakin Anwar berbicara soal merampas kuasa tanpa memikirkan rakyat yang ada kini terus utuh menyokong kerajaan sediaada. - kata-kata Pak Anwar.

Adakah Pak Anwar tidak pernah MENIPU??? Jawapannya korang sendiri boleh menilai...

PKR dan PAS takut turun berhimpun???


Mesti ramai yang dah tahukan, akan satu program yg bakal diadakan iaitu Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam.

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor nampaknya seakan-akan takut dan berbelah bagi untuk turut serta dalam Himpunan Sejuta Umat bertemakan Selamatkan Akidah Umat.

"diharapkan penganjur tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan ketengangan antara agama di Selangor kerana ia adalah agenda politik dan bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat" - Dr Abd Rani Othman

Adakah PAS takut dimarahi oleh geng-geng diaorang dalam Pakatan???

Ataupun PAS mempunyai kepentingan politik di dalam isu ini??


Adakah PAS tau intipati program tersebut? Atau adakah PAS sekadar mendengar cakap2 org akan program ni yg dirasakan akan memberi ANCAMAN BESAR terhadap Pakatan di Selangor?

Dewa Pakatan si Ambiga pulak kata.. Himpunan Sejuta Ummat nie perhimpunan haram... Bersih 2.0 tue 'halal' ker or makhruh wahai puak2 Pakatan Rakyat???

Bahaya CINTA Nafsu...

Malam nie aku tak der mood nak menulis..mood malam nie macam jiwang2 gitu...maklumlah aku nie pun manusia biasa... tak lari dari sifat sayang menyanggi.... Cewaaaahhhhh!! hehehe. Aku menulis nie pun untuk menasihati diriku sendiri dan jugak pada kawan2 semua...


CINTA itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T kepada semua makhluk ciptaannya. Allah S.W.T menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah S.W.T, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada normal Islam.

Bercinta janganlah mengiku nafsu semata-mata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja dan didorongi oleh hasutan syaitan.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah S.W.T kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.

Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.

Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.

Sampai bila kita nak lihat anak muda macam nie???

Banyak lagi perkara2 keburukan tentang cinta nafsu nie yang boleh kita belajar dengan orang yang lebih arif dari kita...apa yang GR tau cuma ingin kongsikan bersama kawan2 semua... Walaupun negara / dunia kita sekarang semakin maju, tapi janganlah cara kehidupan seharian kita pun ingin turut maju... Fikirkanlah dan jagalah budaya kita, agama kita, bangsa kita dan negara kita... Sayangilah diri kita, keluarga, agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta...

p/s: Imam Ahmad menyebut :
“Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”

Tuesday, October 18, 2011

Kes Raba: Ketua Puteri UMNO Malaysia bersuara!!!

Manusia zaman sekarang...senang lenang semuanya dengan duit $$$... Pada mereka duit boleh selesaikan semua perkara... Tapi pada mereka yang Allah kurniakan bijak pandai boleh menilai serta berfikir, mana yang baik dan mana yang buruk... Masyarakat sekarang dah pandai menilai tipu daya atau pun sebaliknya...

Jangan ingat dengan sogokan RM200 ribu yang VVIP nie bagi pada keluarga mangsa raba boleh menutup segala cerita apa yang anak beliau lakukan...Mulut manusia boleh tutup sampai bilakan??? Ini soal maruah, soal harga diri dan soal martabat... sampai bila keluarga mangsa nak berdiam diri... sedangkan si 'peraba' terbang bebas... JANGAN INGAT SEMUA MASALAH BOLEH DISELESAIKAN DENGAN DUIT!!!


Hari nie Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dengan lantang bersuara. Beliau berkata sewajarnya pihak berkuasa menyiasat kes tersebut memandangkan ia melibat kehormatan seorang gadis yang telah dicabuli. Kata beliau lagi :

“Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, tidak kira sama ada anak VVIP atau anak Ketua Menteri sekali pun, dia perlu di bawa ke muka pengadilan."

“Undang-undang di negara ini tiada pengecualian kepada sesiapa sekali pun,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi di sini hari ini.

Terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia kerana lantang dalam menyatakan pendirian beliau dalam pembelaan terhadap kaum wanita.

Kepada pihak berkuasa siasatlah…jika terbukti benar dakwa sahaja…Tunggu apa lagi???

Harga Kautim Datuk Eskay!!!


Haaaaaa!!! Nie dia pembongkaran GR buat mengenai video Anwar Ibrahim 'serong' dengan China doll...Tapi pembongkaran nie tak lah sehebat macam PapaGomo buatkan..GR dapat pun dari informer GR jugak... Amacam menarik tak?huhuuuuuu

Harga2 nie Datuk Eskay bagi pada Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum Anwar nak melepaskan 'hajat'. Harga yang Anwar Ibrahim amik mungkin dalam sekitar RM250 sebab video yang kita dah tengok gurl tue macam China atau pun Hong Kong...Alaaaaa tak nampak beza sangatkan harga dia, yang penting 'Servis' baik punyaaaa..hehehe

Tapi pelik jugakkan kenapa Anwar amik harga yang agak rendah... takkan lah tak cukup bajet kot... Top up skit lagi amik la Russian dalam RM500 barulah mantap, meletop dan memang debommmm.. Rambut perang, kulit putih melepak, kaki panjang dan bibir pun ala2 Angelina Jolie tueeee... hehehe ;)


p/s: Murahnya nilai harga Melayu...huhu

EVANGELIST GERAKAN PALING AKTIF MURTADKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA???

Cari punya cari...selidik punye selidik...akhirnya GR dapat tau kegiatan Kumpulan Evangelist yang merupakan ajaran agama Kristian didakwa sebagai golongan yang paling aktif melakukan aktiviti meMURTADkan umat Islam dan gerakan kristianisasi di Malaysia sekarang ini. Kenapa puak PAS 'senyap' dengan isu Murtad nie...bukankah masih belum selesai masalahnya di Selangor??? Sibuk nak Kerajaan laksanakan HUDUD.. selesaikan MURTAD nie bersama ini lagi PENTING!!!


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, antara kumpulan masyarakat Islam yang dijadikan sasaran untuk dikristiankan ialah golongan miskin dan berpendapatan rendah, anak-anak muda yang gemar berpeleseran dan terbiar, serta pesakit-pesakit yang sedang nazak di hospital.


Beliau juga turut menceritakan tentang seorang ibu tunggal memiliki 3 orang anak yang pernah dibaptiskan pernah bertemu dengannya dan menyatakan mereka menerima pelbagai bantuan lumayan dari gereja namun tidak sampai hati untuk meninggalkan Islam. Menurutnya, ibu tunggal 3 beranak itu menerima keperluan dapur yang lengkap secara bulanan, sewa rumah RM1,700 sebulan, manakala segala keperluan anak-anaknya ditaja penuh oleh pihak gereja. Selain itu, keluarga berkenaan juga diberikan sebuah kereta dan yang paling ‘isitimewa’ ialah keluarga itu akan dihubungi untuk bertanya khabar pada jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi pada setiap hari.... Orang Islam kita ada buat macam tue ker??? Masing2 tak ada rase sifat ingin tahu 1 sama lain... SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM!!!


P/S: GR harap semua pihak fikirkan bersama untuk menyelesaikan masalah MURTAD yang semakin berleluasa nie..Sedih tengok anak ISLAM yang lahirnya sebagai ISLAM tapi bila dewasa bertukar agama lain... Nauzubillah janganlah mati dalam Kafir...

RoadShow PAS???


wakakakaka...Gelak guling-guling bila GR tengok iklan nie...PAS akan buat roadshow besar-besaran ke seluruh Malaysia ker??? Dah macam roadshow ABPBH la pulakkan..ke roadshow majalah Mangga...ooppssssttt..hehehe..

Nampak sangat PAS dah putus idea kan??? dengan isu sehingga terpaksa membawa kes Bob Lokman & JAIS kepada masyarakat...

Apa laaaa agaknya Bob Lokman & puak Pakatan Rakyat akan ber'CERAMAH' kepada khalayak nanti?? yang pasti cacian dan penghinaan akan dilontarkan dari mereka nie... Mereka nie kan 'suci' dari segala-galanya...baik2 belaka kan..hihihi

Isu Bajet pula mungkin akan disentuh oleh YB Tony Chua. Kononnya dia lah "pakar ekonomi" dalam Pakatan nie tapi pada hakikatnya HAPRAK!!!

PAS... Apa Pun Tak Boleh!!!

Ulangtahun PAS ke 60 tahun


Sambutan ulangtahun PAS ke 60 tahun peringkat W.Persekutuan telah diadakan di Taman Melewarr, Gombak dan dihadiri kira-kira seramai 60,000 orang ahli PAS dari seluruh W.Persekutuan...Jumlah yg di luar jangkaan ini telah menyebabkan ramai yg tidak dapat mengikuti perkembangan di dalam dewan semasa majlis sambutan tersebut.

Tapi yang pasti, tak ada kelihatan pun artis-artis Malaysia memeriahkan majlis tersebut. Duta PAS, Bob Lokman juga turut tidak kelihatan pada majlis tersebut mungkin masih trauma dengan di Hulu Langat minggu lepas agaknya.hehehe


Tak sampai pun 60,000 ribu orang

Inilah part yang GR paling suka, dalam mana-mana program PAS pastinya akan diadakan pungutan wang / derma ikhlas untuk pilihanraya...Awatnya menyusahkan penyokong / ahli...Pemimpin-pemimpin depa keta besaq, umah besaq, patut mintak kat depa...kih kih kih



PAS sudah mula kehilangan sokongan dari golongan muda kerana mereka lebih bijak menilai tahap IQ pemimpin PAS yang dianggap tidak boleh dipercayai langsung!!!

Sunday, October 16, 2011

Artis dan Ideologi POLITIK!!!

Artis Malaysia terjun ke dunia politik bukanlah satu perkara ajaib..Adakah golongan mereka ini masuk ke dalam politik adalah semata-mata untuk mencari makan atau pun benar-benar berjuang???

Golongan artis masuk UMNO

Di Malaysia golongan artis menceburi bidang politik ini nampak ketara bila tiba musim pilihanraya..Disebalik politik sihat secara sihat muncul pulak cerita sensasi lagi PANAS!!! mengaitkan nama-nama popular dalam dunia politik tanahair..

Bob Lokman


Wardina

Beberapa nama artis terkenal tanahair termasuk Bob Lokman, Amy Search serta Wardina Safiyyah dikaitkan dengan parti Pembangkang dan ini menunjukkan golongan mereka ini mempunyai pendirian mereka sendiri..

Persoalanya ialah adakah golongan mereka ini menceburi dunia politik disebabkan industri seni di Malaysia sudah kian mundur??? Adakah mereka ingin menaikkan populariti mereka disebabkan populariti mereka dalam industri seni dah Tak Famous Lagi??? Atau pun mereka ini 'Telah Dibeli' oleh parti-parti politik semata-mata untuk meraih undi rakyat???

Jawapannya tanyalah golongan artis terbabit... Tepuk dada tanyalah hati...

RM 100 dibayar bulan Disember 2011


Kerajaan akan mengagihkan wang RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada bulan Disember ini bagi meringankan beban ibu bapa dalam menguruskan perihal persekolahan anak-anak mereka untuk sesi 2012 akan datang.

Pihak sekolah akan menguruskan pembayaran wang tersebut secara tunai kepada ibu bapa pelajar. Ini menunjukkan Kerajaan perihatin dengan masalah rakyat serta membantu rakyat dan pengagihan ini telah dipercepatkan dari bulan Januari 2013 ke Disember 2012.

Bantuan persekolahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2012..


P/s: Duit bukan untuk joli katak ye wahai pelajar-pelajar...

MyKad baru 'berKUALITI' kerr???


Semalam bila Gossip Rakyat tengok berita mengenai pelancaran MyKad baru yg bakal dikeluarkan Januari tahun depan macam rasa bodoh pun ye jugak. Kalau tak silap GR bukan setiap tahun ker berita mengenai pelancaran MyKad bercip versi baru yg diyakini tidak akan diduplicate atau dipalsukan oleh mana-mana pihak. Betul ker????

Tup tup masih juga berlaku kes pemalsuan MyKad nanti. Hah tau-tau je next year lancarkan lagi MyKad versi bru yg sgt 'berkualiti'.. Sambil bile pun tak akan selesai.. aduyaiiii :(

Kerap dikhabarkan kononnya MyKad Malaysia adalah yg TERBAIK, TERCANGGIH & BERKUALITI di dunia. Tetapi pada hakikatnya masih juga ada berlaku masalah pd MyKad spt cip tak berfungsi dgn baik, lapisan MyKad tertanggal, terkoyak dan kena CIPLAK dan lain-lain lagi...

Gossip Rakyat nak tanyalah kan, apakah yg berlaku sbenarnya? Adakah syarikat yg btanggungjawab tak menjaga kualiti MyKad? Tiadakah sesiapa di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yg menjaga Quality Control (QC)???

Atau adakah syarikat yg btanggungjawab mempunyai agenda tersendiri? Huhu tamak barangkali?Masyukkkkk...


P/s: Bulan November tahun depan mungkin keluar lagi MyKad barukan???

KDN DEDAHKAN NAMA???


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan ahli keluarga pemimpin pembangkang yang diluluskan permohonan untuk mendapat taraf kewarganegaraan negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, senarai itu didedahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihanraya.
“Pembangkang sering membuat dakwaan tidak berasas, kononnya kerajaan memanipulasi pemberian kewarganegaraan untuk menghadapi pilihanraya. Senarai itu membuktikan kerajaan tidak pilih bulu dan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang layak menerusi prosedur ketat demi faktor keselamatan.” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kluang, semalam.

KDN mempunyai fakta bagi menyokong pendedahan tersebut dan pendedahan itu dilakukan bagi mengelakkan fitnah, bertujuan memperlekeh
Kerajaan.

Puak-puak Pakatan Rakyat tungguuuuu yerrrrrr...hehehe

PANAS: ISU MURTAD TAK SEPENTING KUASA!!!


Kenapalah puak-puak PAS nie masih tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan Akta Murtad yang disarankan oleh Tan Sri Harusani sebelum ini..

Apa yang dijelaskan oleh Presiden PAS hanya menjurus kepada
kuasa semata-mata, bukan kepada persoalan yang ditanya.. Kata Parti yang memperjuangkan Islam????

Ini kenyataan Presiden PAS mengenai Isu Murtad ini :

KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.

"Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak. Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?"

Maksud MURTAD ialah
'keluar dari agama Islam'??? Jadi, dalam erti kata lainnya, Hudud ni ada kena mengena la dengan orang bukan Islam. Tak gitu?

Terbukti bahawa
PAS masih GAGAL menjelaskan perlaksanaan Hukum Hudud tu kepada masyarakat bukan Islam. Apa yang dijelaskan hanya memutar belitkan fakta semata-mata.

Renung-renungkan lah

Artikel pelbagai