Sunday, October 16, 2011

PANAS: ISU MURTAD TAK SEPENTING KUASA!!!


Kenapalah puak-puak PAS nie masih tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan Akta Murtad yang disarankan oleh Tan Sri Harusani sebelum ini..

Apa yang dijelaskan oleh Presiden PAS hanya menjurus kepada
kuasa semata-mata, bukan kepada persoalan yang ditanya.. Kata Parti yang memperjuangkan Islam????

Ini kenyataan Presiden PAS mengenai Isu Murtad ini :

KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.

"Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak. Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?"

Maksud MURTAD ialah
'keluar dari agama Islam'??? Jadi, dalam erti kata lainnya, Hudud ni ada kena mengena la dengan orang bukan Islam. Tak gitu?

Terbukti bahawa
PAS masih GAGAL menjelaskan perlaksanaan Hukum Hudud tu kepada masyarakat bukan Islam. Apa yang dijelaskan hanya memutar belitkan fakta semata-mata.

Renung-renungkan lah

No comments:

Artikel pelbagai