Saturday, October 6, 2012

FOTO: TOK NIK BAGI MAZHAB BARU, SEMUANYA HALAL BELAKA!!



GR kata: Apa pakatan buat semuanya halal...mazhab mana tu??

YA, ITU MEMANG VIDEO SAYA - @IzaraAishah


PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

“Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.

Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis. Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan. – MStar


GR kata: Perkara yang lepas jangan dikenang....

Friday, October 5, 2012

SIRI 2 @Khalid_Ibrahim: BOHONG LAGI, KALI INI ISU AIR DI SELANGOR!!


Pertama sekali GR ingin ucapkan tahniah pada Mynewshub kerana berjaya membongkar apa yang sebenarnya terjadi dengan isu air di Selangor yang sekarang ini semakin hari semakin merunsingkan. Apakah rakyat di Selangor, Lembah Klang dan kawasan sekitarnya yang selama ini mendapat bekalan air dari empangan ini bakal mendapat bekalan air lain untuk kegunaan harian mereka daripada air longkang??

Dari gambar di atas, pembaca fikirkanlah sendiri pelbagai persoalan yang timbul. Lihat gambar sebelum, empangan tersebut penuh dengan air tapi apa jadi dengan sekarang?? Bekalan air di empangan tersebut susut teruk. Mana kata-kata MB Selangor, Khalid Gagap yang kata sebelum ini empangan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kekurangan air??

Khalid Gagap buat lawak ker apa ek?? Macam buat magic pun yer jugakkan...pelbagai misteri yang bermain difikiran GR dan pastinya perkara yang sama bermain difikiran rakyat Selangor dan Lembah Klang. Ke mana hilangnya air-air di Selangor??


Situasi kehilangan air dalam jumlah yang terlalu banyak itu kini menimbulkan persoalan dan agak misteri memandangkan negara ini secara umum dan negeri Selangor secara khususnya belum mengalami sebarang musim kemarau.

Gambar-gambar yang diambil oleh Mynewshub jelas memperlihatkan empangan berkenaan sedang melalui fasa kehilangan air takungan yang banyak. Jadi, persoalan yang paling wajar untuk ditanya ialah, ke mana perginya 40 peratus air dalam Empangan Sungai Selangor?


Apakah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) kini terpaksa memproses air dalam jumlah yang terlalu tinggi di empangan berkenaan bagi menampung permintaan di seluruh negeri..??

Orang kata biar tak ada elektrik jangan tak ada air. Betu tak?? Empangan Sungai Selangor dah mula bagi petanda bahawa yang sebaliknya akan berlaku tidak lama lagi. Ternyata kepimpinan pakatan pembangkang tidak boleh diharap. Mandat yang diberikan oleh rakyat pada mereka, ternyata mereka tidak boleh laksanakan dengan baik. Mereka hanya tahu menjaga kebajikan mereka dan kroni mereka saja dari menjaga kebajikan rakyat.

So...korang fikirkanlah sendiri ya. Nak lagi jadi macam nie atau pun lebih dahsyat lagi undilah pakatan pembangkang pada PRU 13 nanti...


GR kata: Masalah rakyat Selangor hancur, rakyat Bdr Tun Razak pun macam tu jugak....

SIRI 1 @Khalid_Ibrahim: TAKUT JAWAB ISU BAS DAN TRUCK TRANSFORMERS!!


Persoalan demi persoalan yang bermain di hati seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor. Mana slogan yang biasa pakatan pembangkang katakan, mereka tidak hidup dalam keadaan yang mewah malah sentiasa berjuang untuk kebajikan rakyat. Tapi apa dah jadi, korang tengoklah sendiri...

Sehingga hari ini MB Selangor Khalid Gagap masih diam membisu, kalau nak tunggu Anwar Ibrahim yang kata jauh sekali lah gamaknya. Persoalannya adakah dengan memberitahu saja sudah cukup untuk membuatkan rakyat percaya bahawa segala perbelanjaan bas dan juga track Transformers yang diberikan khas untuk Anwar Ibrahim hanya ditanggung sendiri oleh Khalid Gagap dengan duit poketnya sendiri. Boleh percaya ka..???

Pelbagai desakan dibuat oleh rakyat Selangor dan sebagai seorang Menteri Besar, Khalid perlu telus dalam perkara ini dengan membentangkan perkara yang sebenar. Berani kerana benar, Takut kerana salah!!





Tindakan yang diambil oleh Khalid Gagap ini seolah-olah memperBODOHkan rakyat Selangor. Sudah-sudahlah tu wahai puak pembangkang...rakyat berhak tahu dan mereka sendiri yang menilai bukannya hanya among kosong dan mereka boleh percaya macam tu saja. Tolong jawab wahai MB Selangor???

Seterusnya baca DI SINI


GR kata: Perangai puak pakatan pembangkang memang teruk...kaki sakau duit rakyat!!

PANAS: SAFEE SALI KANTOI DATING DENGAN AWEK NIE KER..??


Asyik dengar gossip Khairul Fahmi Che Mat bosan juga jadinya Kita ada seorang lagi pemain bola sepak yang berpotensi untuk jadi bahan gossip sejak beliau bergelar duda. Sudah menjadi fenomena sekarang ini pemain bola sepak negara juga bertaraf seperti selebriti, ada saja gossip mengenai mereka keluar di dada akhbar mahu pun di alam maya. Persoalannya adakah mereka juga perlukan publisiti untuk melariskan karier mereka sebagai pemain bola sepak negara..??

Khabarnya Safee Sali dan Julia Hana telah dilihat keluar bersama di Pulau Langkawi baru baru ini. Siapa Julia Hana....korang kenalkan siapakah dia??

Nama beliau mungkin tenggelam sedikit sekarang ini namun aktress ini ramai pembaca masih ingat yang berlakon dalam filem Remp-IT. Safee Sali dan Julia Hana dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

Kalau betul mereka bercinta, baguslah. GR doakan semoga jodoh mereka berpanjangan...jangan pula asyik dengan jawapan No Comment pulak yer bila ditanya nanti....Hi hi hi


GR kata: Pemain bola sepak nak jadi filem star ker...??

Thursday, October 4, 2012

#TanyaNajib Platform Terbaik @NajibRazak Dekati Rakyat


PETALING JAYA: Laman rangkaian sosial sibuk dengan golongan belia yang bertanyakan soalan dalam talian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung rebat telefon pintar.

Sesi Google Hangout #TanyaNajib selama 71 minit oleh Perdana Menteri itu juga disiarkan secara langsung di YouTube, malam Rabu. Semasa perbualan, Asyraf Adlan seorang usahawan dari Bukit Jelutong, bertanya tentang rasional kerajaan menawarkan rebat.

Najib berkata pembayaran 'one-off' di bawah Pakej Komunikasi Belia dalam Bajet 2013 sebagai menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan mereka.

"Telefon pintar adalah satu benda yang perlu di kalangan orang muda hari ini," kata Najib yang dipercayai menjadi pemimpin pertama di Asia Tenggara menggunakan sesi Google Hangout.

Individu yang berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 layak mendapat rebat. Sebahagian daripada RM300 juta akan diperuntukkan untuk inisiatif ini yang disasarkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia di seluruh negara.

Mengenai baucar buku untuk pelajar Tingkatan Enam dan pelajar universiti, Najib berkata kerajaan berpendapat ia adalah perlu.

"Kebanyakan buku keperluan pelajar adalah sangat mahal.

"Jadi, kami merasakan lebih baik menyediakan baucar buku supaya mereka boleh membeli buku-buku," katanya.

Dalam Bajet 2013, baucar buku 1Malaysia telah ditingkatkan kepada RM250, daripada RM200 sebelum ini. Ia melibatkan peruntukan RM325 juta dan akan memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Najib turut mengulas mengenai 10 peratus diskaun yang diberikan kepada mereka membuat penyelesaian lebih awal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kami memperkenalkan insentif untuk membolehkan mereka membayar balik pinjaman mereka supaya pelajar-pelajar lain juga boleh meminjam untuk melanjutkan pengajian," katanya.

Terdahulu, Najib memuji peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan terhadap ekonomi.

"Melalui GLC, negara mampu untuk menjana 359,187 pekerjaan yang boleh menyumbang RM40 bilion hasil cukai," katanya selepas merasmikan bangunan Mercu UEM di sini.

Beliau, bagaimanapun, berkata bahawa terdapat pemandu teksi yang tidak melanggar peraturan. - mStar


GR kata: Pemimpin dekat dihati rakyat itu lebih baik, bukannya tabur janji sana sini pada rakyat....


PANAS: SIAPA KATA PAKATAN PERJUANGKAN ISLAM??


Masih ada yang kurang pasti, apakah landasan sebenar perjuangan pakatan pembangkang ini. Baik dari segi menjaga kebajikan rakyat, pembangunan yang ingin dibuat apatah lagi dengan mempertahankan agama Islam yang suci.

Pembaca lihat gambar di atas, apa yang boleh kita terjemahkan pendedahan gambar yang diambil sendiri oleh Pengerusi PKR negeri Perlis, Sdr Mohammad Faisol Abd Rahman. Bila dikaitkan mereka ini perjuangkan Syiah yang taksub masih ramai dikalangan mereka yang menafikannya. Gambar di atas GR perolehi dari Facebook beliau sendiri.

Tak percaya..?? Lihat di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=431844939420set%3Da.431844519420.215375.834814420&type=3

Gambar tersebut diambil di rumah beliau sendiri ketika Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Apakah pegangan Syiah ini adalah ajaran yang diterima oleh Allah S.W.T..?? Sejarah tercetusnya pegangan Syiah ini telah tertulis dan pada mereka dan puak-puak pakatan pembangkang yang taksub dengan pegangan Syiah ini meh sini beritahu GR benar atau tidak pegangan ini diterima Allah S.W.T dan merupakan ajaran yang suci.

Jangan jadi BODOH dan taksub, kehidupan Syurga dan Neraka itu BETUL. Janganlah terpesong dengan ajaran yang sesat. Sedarlah agama Islam adalah agama yang suci dan ikutilah ajaran dan sunnah Rasulullah S.A.W nescaya kita akan berjaya dunia dan akhirat. Fikir-fikirkanlah....



GR kata: PAS pun 2 x 5...

PANAS: ALAHAI MISS P, AWAT LA HANG MACAM NIE..???


Siapakah gerangan Miss P yang dimaksudkan dan sedang heboh diperkatakan tentang perangai ala-ala manja beliau dengan Ketua Menteri P.Pinang Guan Eng. Dikatakan beliau sanggup menghabiskan jutaan ringgit semata mata nak kutip sewa banglow RM5ribu daripada Guan Eng... Kenapa murah hati sangat? sehingga sekarang sejak di sewa iaitu  RM5ribu x 12 x 4 = RM240,000.

Boleh percaya ka?? Dengan pendedahan skandal tanah Taman Manggis adalah bukti pembabitan Lim Guan Eng yang membabitkan keuntungan berjuta ringgit masuk ke dalam poket beliau membabitkan individu digelar Cik P dan Datuk JP.


Apakah oleh kerana disebabkan mata duitan Miss P sanggup menggadaikan maruah beliau semata-mata ingin hidup senang?? 

Baca pendedahan selanjutnya di http://www.pisau.net/2012/09/dokumen-hot-bukti-cik-p-melabur-25juta.html

dan di http://www.pisau.net/2012/10/hot-lagi-dokumen-skandal-guan-eng-raih.html


GR kata: Miss P orang Melayu tak sedar diri....!!!

Wednesday, October 3, 2012

Perbuatan DJ Radio Ini Harus Dicontohi...Terbaik!! @suriafmradio @PDRMsia

PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.

"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya. Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman. Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo. Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.

Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya. - mStar

GR kata: Anngota yang mahu rasuah harus dikenakan hukuman yang berat...jangan buat malu PDRM yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 2, 2012

Alahai Apelah Nasib Empangan Nie?? Khalid Gagap Tolong Jawab!!

KUALA LUMPUR – Kemelut air di Selangor kini semakin meruncing. Menjelang 2014, menurut pakar, Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang semakin teruk berikutan kuantiti air di negeri Selangor sekarang ini semakin kritikal.

Komitmen kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan rancangan seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pun begitu mengambil kira kepentingan rakyat, kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.

Sementara itu tinjauan Mynewshub.my ke Empangan Sungai Selangor petang tadi menunjukkan kuantiti air di empangan dekat Jalan Kuala Kubu Bharu itu sudah pun semakin menyusut.

Malah, takungan air mentah di empangan yang berukuran lebih kurang 600 hektar itu juga dikatakan hampir 40 peratus susut dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.

Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.

Keadaan yang serius melanda di empangan itu sejajar dengan kenyataan dari Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail yang mendakwa Selangor bakal menghadapi krisis air yang kritikal dua tahun lagi.

Malah, keadaan itu juga akan menyusahkan kehidupan rakyat di Selangor sekiranya kerajaan negeri masih lagi enggan mengambil langkah mengatasi krisis kekurangan air negeri itu.

Menurut pendapat dari salah seorang penduduk di kawasan berhampiran, Mohd Hanif, 57, berkata, rakyat sekarang ini sudah sedar dengan masalah yang melanda negeri Selangor.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya melakukan kajian dan merancang cara untuk menambah bekalan air yang semakin berkurangan.

" Rakyat sebenarnya tahu dan nampak apa yang berlaku. Sepatutnya, kerajaan negeri merancang dan membuat kajian terperinci tentang bagaimana menambah bekalan air di negeri ini," kata ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Fahmi, 26, mengatakan kemungkinan krisis air yang berlaku sekarang ini akan berterusan seperti yang berlaku pada tahun 1997.

Keadaan itu akan menyukarkan rakyat sekiranya krisis pada tahun itu kembali melanda di negeri tersebut.

"Kita tengok takungan sumber air mentah berkurang. Jadi, kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 1997 pada masa dahulu akan berlaku lagi. Keadaan dan sumber air pada masa akan datang bergantung pada takungan air yang ada sekarang ini," katanya.

Seorang penduduk lain, Hasnan Hussin, 57, juga berpendapat krisis air akan menyusahkan dan memberi tekanan kepada rakyat untuk satu jangka masa yang panjang.

Hasnan memberitahu, kehendak dan keperluan rakyat perlu didahulukan supaya tiadanya masalah yang lebih besar seperti kekurangan air timbul di masa hadapan.

"Untuk masalah ini, tidak kira apa yang jadi, perlu untuk menjaga kehendak dan keperluan rakyat. Kalau air atau subsidi air tiada, rakyat akan hidup susah. Tahun ini sahaja, pelbagai masalah yang melibatkan air sudah banyak timbul," kata Hasnan. – Mynewshub.my


Sent from Samsung tablet

INI LAGI SATU BERITA BAIK YANG BUAT ANWAR AKAN MEROYAN!! #BR1M2.0

Janji Ditepati inilah yang sentiasa membuat pakatan pembangkang hilang punca dan meroyan tahap gaban lebih-lebih lagi si ketua mereka siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Seperti tahun yang lepas, bajet yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri mereka kata ini semua 'Gula-gula Pilihanraya'...dalam pada itu selepas Bajet 2012 diumumkan, apa yang dikotakan oleh kerajaan DITUNAIKAN sepenuhnya dan yang penting ini semua untuk dinikmati oleh rakyat.

Nak tahu apa itu 'Guka-gula Pilihanraya' tak..??? Apa yang ditabur oleh pakatan pembangkang itulah yang GR maksudkan. Kalau mereka kata tidak,kenapa setiap apa yang mereka taburi tidak ditunaikan...malah yang menjadi mangsa rakyat sendiri. Pembaca fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan negara dan anak cuci cicit kita. GR sarankan senang saja, puak pakatan ni sembang saja lebih, janji bulan dan bintang...kalau boleh sampai ke planet Pluto mesti sampai ke sana. Betul tak?

Pembaca usah pening-pening kepala, buat tak tahu dengan apa yang pakatan pembangkang janjikan. Terkini, berita baik untuk rakyat Malaysia. Apa lagi jangan tunggu lagi...cepat!!! Baca di bawah :

KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai. “Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA

GR kata: Puak-puak pakatan ni jugak yang laju amik BR1M...betul tak.???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

Awas! 3 Senjata Pakatan Pembangkang Yang Boleh Tewaskan UMNO...???

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang di negara ini adalah pasukan yang tidak berkredibiliti kerana hanya bersandarkan kepada tiga senjata utama iaitu ‘kutuk, hasut dan janji’ dalam usaha memenangi hati rakyat. Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu berwaspada dengan tiga senjata pembangkang itu serta tidak termakan dengan agenda pembangkang kerana mereka tidak mampu mentadbir negara.

“Nak jadi pembangkang (dengan) tiga senjata iaitu kutuk, hasut dan janji.“ Kemudian mereka akan janji matahari, bulan, bintang sehingga ke galaksi, itu sahaja tiga senjata yang mereka ada,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini hari ini.

Menurut Najib, pembangkang juga tidak mampu menjadi pakatan yang baik kerana gagal memenuhi beberapa syarat asas dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen. Antaranya, kata beliau, pembangkang tidak didaftarkan di bawah satu nama dan parti serta tidak mempunyai simbol yang sama bagi mewakili sesebuah pasukan. Jelasnya, keadaan itu berbeza dengan parti-parti komponen BN yang diwakili simbol sama terutamanya ketika bertanding pada pilihan raya.

Selain itu, menurutnya, pembangkang sehingga kini gagal menampilkan senarai Kabinet Bayangan kerana takut berlaku percakaran dalaman antara DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pembangkang mempunyai pelbagai wajah, ada imej bulan, ada roket dan ada satu lagi entah nampak mata, ‘a very funny looking’ mata.“ Jadi simbol mereka tidak sama, kita tidak pasti sama ada mereka akan membentangkan manifesto yang sama,” katanya.

Menurut Najib, percakaran itu amat jelas antara Pas dan DAP terutama dalam isu pelaksanaan hukum hudud yang menjadi aspirasi Pas manakala DAP pula konsisten menolaknya. Selain itu, kata beliau, perbalahan antara DAP dan PKR juga ketara di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman yang menggelarkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai seorang yang sombong, angkuh dan bersikap seperti dewa.

“Guan Eng cuba menguar-uarkan kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT, timbalannya pula berkata tentang CAT ‘cocky, arrogant and tokong’ (berlagak, angkuh dan tokong),.“

Kemudian buat sidang akhbar depan Guan Eng, dia nafikan, tetapi apabila rakaman dikeluarkan, nyata dia telah berbohong kepada rakyat, saya tak perlu kata apa-apa lagi, kita tidak boleh mempunyai kerajaan yang menipu rakyat serta tidak melaksanakan janji,” katanya. – Utusan Online

GR kata: Hebatkan puak pakatan nie...hihihi

Published with Blogger-droid v2.0.9

#Bajet2013 Bukti Kerajaan Sayangkan Rakyat! @Zahid_Hamidi

BUTTERWORTH 30 Sept. - Pemberian pelbagai insentif terhadap orang muda menerusi Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas menunjukkan kerajaan prihatin terhadap golongan tersebut.Sehubungan itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak hairanlah pola sokongan golongan itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

"Dakwaan sesetengah pihak kerajaan BN tidak mempedulikan suara orang muda adalah salah malah, pelbagai program yang memanfaatkan golongan itu diadakan secara berterusan.

"Dalam Bajet 2013 juga, dua buah kementerian yang dekat dengan belia iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mendapat peruntukan besar, berjumlah RM51.7 bilion yang kali pertama diberikan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam konteks di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng tidak mendengar suara dan permintaan orang muda menyebabkan mereka berasa terpinggir.

"Sebelum ini, golongan muda di negeri ini tidak memihak kepada BN, namun, suasana itu semakin berubah apabila pakatan pembangkang yang memerintah tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan golongan itu.

"Dalam Bajet 2013, golongan muda turut menerima pelbagai faedah seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon bimbit pintar dan diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.

Menurutnya, semua insentif tersebut membantu golongan muda dan jika BN terus berusaha tidak mustahil sokongan diterima semakin meningkat. Ahmad Zahid berkata, golongan muda yang mewakili 37 peratus atau 307, 000 daripada 826, 000 jumlah pengundi keseluruhan di negeri ini akan terus diberi perhatian.

"Gelombang sokongan semakin meningkat terutamanya bagi yang kali pertama mendaftar menjadi pengundi kerana mereka tahu DAP tidak pedulikan nasib mereka," katanya.

Beliau berkata, jika formula 3331 digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berjaya, BN mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

"Formula itu merujuk kepada pertambahan kemenangan tiga kerusi untuk UMNO, MCA, dan Gerakan manakala satu MIC di samping mengekalkan 11 kerusi dimenangi sebelum ini.

"Saya percaya jika kita bekerja keras, sasaran tersebut mampu dicapai," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, selepas 48 jam bajet diumumkan, tinjauan yang dilakukan pihaknya menerusi media sosial mendapati, sokongan diterima meningkat secara mendadak.

GR kata: Rakyat Malaysia tersenyum lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Artikel pelbagai