Saturday, May 26, 2012

PANAS: GENG OTAI & GENG KL DRIFT TAWAN PUTRAJAYA! #HBN2012 #BeeAntBlues


Petang tadi GR berkesempatan berjalan-jalan di Zone Eco Challenge dan Rally 4x4 di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Memang gempak aksi-aksi profesional yang mereka tunjukkan. Jom lihat lagi gambar di bawah :





Geng-geng Car AutoShow pun turut serta dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.



GR kata: Cepat datang...esok last day, nanti korang jugak yang rugi banyak acara-acara menarik khas untuk Belia...

LIVE: PUTRAJAYA BERGEGAR HARI NI #HBN2012 #BeeAntBlues


Suasana semakin meriah dan golongan Belia sudah mula membanjiri Putrajaya di Himpunan Jutaan Belia. Ratusan ribu Belia sudah berpusu-pusu di Putrajaya.

Para pemimpin-pemimpin juga turut serta golongan Belia disetiap aktiviti-aktiviti yang diadakan. Rugi pada mereka yang tak datang karnival terbesar ni.

Himpunan ini menunjukkan para Belia boleh berhimpun secara aman dan rata-rata mereka gembira dengan lebih 500 acara yang disajikan untuk mereka. Belia adalah pelapis negara...


GR kata: Jom datang dan kita join Walkabout bersama Y.A.B Perdana Menteri yang kita sayangi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 DAY 4: @Neelofa @MarshaMilan DI #BeeAntBlues PORT! DATANG CEPAT!!


Nak naik Hot Air Baloon....Nak jumpa Neelofa, Marsha Milan dan artis-artis lain tak?? Cepat nanti korang melepas...korang juga yang rugi...Pukul 3.00 - 4.00 petang nanti jom kita join sekali Walkabout dengan Y.A.B Perdana Menteri.


GR kata: Datang jangan tak datang....Peluang hanya sekali!!!

PEMIMPIN PUN JOIN #HBN2012 #BeeAntBlues, KORANG BILA LAGI!


Himpunan Jutaan Belia 2012 telah berlangsung selama 3 hari. Apa yang GR lihat sambutan sungguh menggalakkan diberikan oleh golongan Belia yang turut serta memeriahkan karnival yang terbesar di Asia.

Bukan golongan Belia saja yang turut memeriahkan karnival terbesar di Asia ini turut dimeriahkan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan yang turut hadir join bersama Belia memeriahkan himpunan yang terbesar ni.

Korang bila lagi nak join? Esok n lusa saja yang tinggal..banyak acara yang menarik khas untuk korang.


GR kata: Esok banyak acara best untuk korang, datang jangan tak datang!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 25, 2012

APA YANG MENARIK #BeeAntBlues PORT HARI NI? JOM TERJAH! #HBN2012


Korang nak naik Hot Air Baloon, nak main Paintball, nak buat rawatan dan melihat demo pertolongan cemas semua ada di Bee Ant Blues Port. Apa yang GR nyatakan di sini hanya sebahagian aktiviti menarik hari ini untuk korang semua di Bee Ant Blues Port.

Korang nak rasa fellnya kena datanglah yer.. Datang jangan tak datang!!!

VIDEO SUASANA SEKITAR 2 HARI @HariBelia2012 #HBN2012 #BeeAntBlues








GR kata: Rugi pada siapa yang tak datang lagi...cepat jangan lepaskan peluang keemasan ni.. Macam-macam ada!!!

PANAS: NEELOFA 'BAGI' ANWAR STIM TAK HENGAT!!


Neelofa, itulah nama pelakon yang sedang ‘meletup-letup’ sekarang ni, tambahan pula dah jadi pengacara rancangan NONA terbitan TV3.

Dalam Twitter terbarunya, Neelofa memuji tindakan KJ menyerang kerajaan Selangor.

” I like the part when Khairy attacked Selangor state gov. Kemah!,” katanya.

 

Neelofa tak risau kena boikot ker dengan puak-puak Pakatan Haprak tu?? Ostad-ostad PAS pun terbeliak biji mata bila tengok Neelofa tau. He he he... 

Apa pun harap kita terimalah pandangan Neelofa kerana itu hak dia, lagipun setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing..dia pun tak terkecuali. Negara demokrasikan....


GR kata: Steadylah Neelofa... I like it!! Hi hi hi

VIDEO TERKINI: LUTFIA AF DAPAT HIDAYAH, KINI BERTUDUNG! #BeeAntBlues #HBN2012



Korang masih ingat dengan penyanyi dari Akademi Fantasia ini?? Namanya Lutfia yang mula mengukir nama dipersada seni tanahair melalui siri realiti TV. Pernah popular dengan lagu Diam. Gambar di atas adalah gambar lama suatu ketika dulu. 

Sekarang Lutfia sudah pun berwajah baru, kini sudah bertudung. Alhamdulillah...perubahan yang baik haruslah diberikan pujian dan GR mendoakan agar perubahan ini akan terus berkekalan serta terus maju dalam industri nyanyian yang diceburi oleh beliau.

Ada sedikit kata-kata yang beliau ingin sampaikan mengenai perubahan baru diri beliau sekarang. Lihat video di bawah :




GR kata: Alhamdulillah...pelbagai program Ilmiah disediakan untuk Belia di Putrajaya. Cepat jangan lambat datang nanti korang juga yang rugi....

VIDEO: ADA ORANG KENA TEMBAK DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA?? #BeeAntBlues #HBN2012




Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya yang sudah pun berlalu selama 2 hari. Bee Ant Blues juga menyediakan acara yang terbaik untuk golongan Belia, kepada peminat Paintball jom datang beramai-ramai untuk merasai berperang di alam ketenteraan.

Esok 'Night Paintball' akan diadakan di Bee Ant Blue Port. Nak berperang diwaktu malam, meh ler datang jangan malu-malu dan segan-segan. Jam 8.00 malam 'Perang Teluk' akan bermula....


GR kata: Nak lepas geram pun boleh tu...He he he

Thursday, May 24, 2012

SAYA GEDIK? ADA AKU KESAH! @MarshaMilan


Penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh tidak berkecil hati terhadap segelintir pihak yang menuduh dirinya "gedik". Menurut wanita berusia 27 tahun ini, dia tidak mahu memikirkan hal itu sebaliknya lebih selesa memberi tumpuan kepada dunia seni yang diceburi sejak tujuh tahun lalu itu.

“Kalau hendak diambil kira setiap apa yang orang katakan pada kita, memang pening jadinya. Saya sedar ramai orang yang memandang remeh akan kewujudan saya dalam industri.

“Mereka anggap saya hanya tahu buat gedik selain kewujudan saya dilihat seperti tidak memberikan sumbangan tetapi saya tidak berkecil hati dan enggan memikirkan perkara itu,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Pengacara program Propaganza di Astro Ria itu berkata, atas kesedaran tersebut dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerjanya agar dapat meyakinkan khalayak terhadap kebolehannya dalam bidang seni.

“Saya tahu bukan mudah untuk mengikis persepsi orang jika kita sudah diberikan sesuatu jolokan. Sama juga kesnya dengan saya di mana orang akan tetap labelkan saya seorang yang gedik walau apa pun saya lakukan.

“Namun, saya berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam apa juga kerja yang diceburi. Saya tidak pernah berputus asa untuk meyakinkan masyarakat terhadap bakat yang dimiliki dan bukan sekadar berperangai gedik dan menggoda semata-mata,” jelasnya.

Ditanya mengenai kehidupannya selepas kontroversi tuduhan dia menelan pil dipercayai bertujuan untuk membunuh diri sebelum ini, Marsha berkata dia mahu melupakan kisah hitam itu.

“Saya semakin bersemangat selepas lapan bulan kes itu berlalu. Saya akui kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan dan trauma tetapi kini saya sudah stabil.

“Saya berharap agar 2012 akan menjadi tahun yang baik dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun, pada tahun ini saya mahu mengeluarkan beberapa buah lagu dan kerjaya lakonan juga kian berkembang,” tuturnya mengakhiri perbualan.



GR kata: Susah nak puaskan hati semua orang, hakikatnya kita sendiri yang tahu tentang diri kita sendiri...

PANAS: LAMBORGHINI & BMW HADIAH UNTUK BERSIH 4.0! #Bersih


Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut. "Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini. Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan. "Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi. "Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail. "Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih. "Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu. "Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik. "Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya. Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk. - Utusan


GR kata: Tunggu apa lagi...add la Facebook tu nanti. Puak Pakatan Haprak jangan lupa ajak sekali yer...He he he

Published with Blogger-droid v2.0.4

VIDEO: VC PALING RAJIN DALAM DUNIA! @datosahol #JDAB2012




Sama-sama kita hayati pengorbanan seorang Naib Canselor UiTM, ( Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ) yang sanggup turun padang bagi memastikan anak bangsanya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan....

Selanjutnya KLIK SINI


GR kata: Jangan disebabkan kemiskinan anak-anak muda tidak boleh melanjutkan pelajaran mereka - YAB PM

VIDEO KHAS UNTUK PEMINAT @altimet CHECK IT OUT! #HBN2012 #BeeAntBlues @BNYouthMusic @beliabangkit




Ini adalah video khas untuk semua peminat Altimet, rapper terkenal di Malaysia. Rupa-rupanya Altimet mengajak korang semua dan peminat beliau ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya dan hari ini merupakan hari ke-2. Nak jumpa Altimet, jom datang beramai-ramai di Both Bee Ant Blues.

Hari ini banyak acara menarik untuk korang. Pada yang minat suasana kampung dengan merewang, jom datang malam ni. Kita solat Maghrib bersama dan baca yasin bersama selepas tu kita merewang dan makan malam bersama. Nak tau apa tu merewang?? Korang kena datanglah yer... Hi hi hi

Lihat di bawah, acara-cara menarik untuk hari ini :



GR kata: Jom datang beramai-ramai...

VIDEO PANAS: @AdamAdli AKUI BELIA HARAPAN NEGARA! - ZAHID HAMIDI #HBN2012 #BeeAntBlues


Lihat gambar di atas, ikon demostrasi mahasewel sudah mula insaf dan semakin sedar diri, itu boleh diumpamakan Adam Adli sekarang berbanding sebelumnya. Beliau sudah mula sedar apa yang dilakukan selama ini adalah suatu perkara yang sia-sia.

Adam Adli juga mengajak semua golongan Belia diluar sana berhimpun secara aman dan turut serta dalam Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya 2012 yang sudah bermula semalam dan akan berakhir pada hari Ahad ini.

Lihat juga video di bawah, nasihat dari YB Menteri Pertahanan Malaysia kepada golongan Belia ini dan Belia adalah aset penting pada negara.




 GR kata: Belia golongan yang diiktiraf oleh Kerajaan...Bukan mempergunakan Belia seperti sesetengah pihak.

PANAS: SELANGOR GALAKKAN SAMPAH SARAP..!! @Khalid_Ibrahim #MBmalas


Kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR sekarang dah tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'. Gelaran itu patut diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda, banner & banting berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Papan tanda yg dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yg dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa2 manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan PRU lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.

Sebagai contoh di kawasan Kuala Selangor dan Permatang, kerajaan negeri menaikkan papan tanda yg mengatakan dua kawasan itu sebagai kawasan ikan segar sedangkan orang ramai sudah mengetahui perkara itu. Berapa banyak peruntukan yg dibelanjakan kerajaan negeri untuk papan tanda itu? Kalau setakat papan tanda, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat, lebih baik gunakan peruntukan itu untuk membantu rakyat seperti golongan nelayan di negeri ini.

Berbeza dengan kerajaan BN di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tidak memerlukan sebarang papan tanda atau membuat janji kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan agenda membela rakyat di negara ini termasuk di Selangor.

Misalnya, kerajaan pusat telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan nelayan seperti memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan selain peruntukan berjumlah RM74.3 juta untuk membaiki rumah kepada 7,638 nelayan di seluruh negara. Kerajaan turut menyediakan skim perlindungan insurans kepada seramai 47,635 nelayan di negara ini bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang dilakukan olih Khalid gagap pula hanyalah menambahkan semak samun serta sampah sarap dengan banner & banting 'Terima Kasih' nya yang jatuh bersepah disepanjang jalan, apa lagi bila disimbah hujan dan ditiup angin.


GR kata: Rumah MB letak poster banyak-banyak tak?? He he he

PERGH! 500 PROGRAM BERGUNA, BUKAN MAKSIAT TAU! @HariBelia2012 #HBN2012 #BeeAntBlues


Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari mulai hari ini sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata antara program yang diadakan termasuk mendirikan 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat mempersembahkan pelbagai genre muzik selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.

Ketika ditemui Bernama di sini, Rabu, beliau berharap menerusi pelbagai program yang diadakan itu, perhimpunan berkenaan dapat menarik dua juta golongan muda berbanding satu juta pada tahun lepas. Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' yang bermula hari ini, dijangka disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini.

Mod Nadzri berkata sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai aktiviti turut diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang di sini iaitu sepanjang enam kilometer. Beliau berkata perhimpunan kali ini akan turut dihadiri oleh golongan muda dari 17 buah negara, yang terdiri daripada negara Asean dan Komanwel.

"Malah Brunei Darussalam akan menghantar belia mereka sebagai peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia negara, manakala negara lain akan bertindak sebagai pemerhati untuk melihat secara dekat bagaimana kita menganjurkan sambutan mega ini bagi diguna pakai di negara mereka," katanya. - BERNAMA


FOTO SEKITAR SUASANA @HariBelia2012 #HBN2012 #BeeAntBlues

Lambogini standby untuk tawan Putrajaya


DS Zahid Hamidi & DS Shabery Cheek sebelum berlepas konvoi


Konvoi telah dilepaskan


Abg askar tengah layan makan


DRI tengok budak-budak layan CS game


Altimet in the house with Tun Faisal


Perghhh...unlimited collection #BeeAntBlues


GR kata: Jom datang ramai-ramai esok ke HBN2012 Putrajaya, esok lagi banyak acara gempak menanti korang. Datang jangan tak datang tau...

Wednesday, May 23, 2012

#KJvsRafiziDebate MALAM TADI BORING LAH!! KENAPA MACAM TU..??


Di sini GR kongsikan bersama ulasan debat malam tadi yang diterjemahkan oleh rakan seperjuangan Taiping Mali. GR kongsikan bersama setelah membacanya dari blog rakan GR Mat Kilau Penang.

Setelah GR melihat debat semalam dari mula sampai akhir, ada benarnya juga ulasan ini kerana sikap moderator yang berat sebelah telah mencacatkan perjalanan debat tersebut. Kenapa boleh jadi macam tu yer?? Di manakah ketelusan yang digembar gempurkan oleh pihak penganjur sebelum ini..?? Jom kita baca ulasan di bawah :
Moderator Debat Kj vs Rafizi yang cabar PM untuk berdebat dengan DSAI. Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antara bangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik merupakan penyokong tegar pembangkang dan pernah mengkritik Dr Hasan Ali dengan menulis surat terbuka kepada Dr Hasan selepas beliau mengistyharkan diri menentang Pas.

Dr Maszlee sememangnya pakar spin dan malam tadi beliau bertindak biadab dengan mengajak Najib supaya berdebat dengan Anwar. Malam tadi debat KJ dan Fafizi menyaksikan pengarah strategi PKR membelasah KJ pada 3 minit terakhir penggolongannya. Rafizi bagaimana pun telah tersasar daripada tajuk dengan melontarkan emosi amarah dan dendam yang tak berkesudahan kepada KJ.

Debat malam tadi juga dengan sendirinya telah mendedahkan ketidakupayan Pkr untuk menanggung dana PTPTN sekiranya mereka memerintah. Cara yang mudah ialah dengan menghapus kan dana PTPTN dan menutup kolej-kolej komuniti yang dilabelkan sebagai kolej kedai bertaraf sampah.

Dengan menghapus kan PTPTN maka selesai lah tanggung jawab kerajaan dalam menyediakan dana kepada rakyat berpendapatan rendah. Hanya mereka yang mampu sahaja yang dapat belajar di IPTA dan IPTS.

Berbalik kepada perangai biadap Dr Maszlee yang ingin menjadikan menjadi moderator debat PM dan Anwar sudah tentu telah bersedia dengan senjata sulit untuk memerangkap mangsa dengan soalan-soalan luar jangka.

Najib dan Anwar tak perlu berdebat kerana gelanggang mereka sentiasa terbuka di dewan rakyat. Berbeza dengan debat KJ dan Rafizi, kerana Rafizi bukan lah ahli dewan rakyat dan tidak berpeluang untuk berdebat dengan KJ atau PM. Debat malam tadi adalah debat yang tidak sempurna dan tidak lengkap. Apakah pihak Sinar Harian terlepas pandang atau sengaja buat-buat dungu.

Sinar Harian perlu menyedia piala dan hadiah wang tunai kepada pendebat yang terbaik.. Malam ini kalau diikutkan KJ yang menjadi pendebat terbaik kerana berjaya mengawal emosi dan tidak terkeluar tajuk.

Rafizi, walaupun beliau merupakan johan debat peringkat sekolah menengah, bijak menggunakan bunga bahasa tetapi pada saat akhir terkantoi juga. TM bukan pakar bahasa untuk menilai mereka dari aspek pemarkahan. Hanya guru-guru bahasa sahaja yang bijak menilai mereka berdua. Sungguh ralat kerana Sinar Harian tidak menyediakan panel juri dan hakim untuk menilai mereka malam ini.


GR kata: Baik tak payah buat debat kalau asyik lari dari tajuk yang ingin didebatkan. Rafizi dah tergolek memang perangai macam tu....Busuk punya olang!!!
 

JOM LAYAN GIGS MALAM NI DI #BeeAntBlues PORT! @BNYouthMusic #HBN2012


BN YOUTH MUSIC GIGS!! Jom layan muzik dari bakat-bakat baru 1Malaysia malam ini! @BeeAntBlues Port... Artis-artis yang akan membuat persembahan malam ni seperti yang tertera di atas.

Kepada peminat muzik indi band yang berada di sekitar kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur, jom malam ni datang ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Jom layan GIGS di Bee Ant Blues Port....lokasi berdekatan dengan Menara KBS. Jom kita layan malam ni....

Lanjut KLIK SINI


GR kata: Datang jangan tak datang...korang boleh dapatkan cenderahati yang menarik di Both Bee Ant Blues...

PANAS: PUTRAJAYA DITAWAN OLEH OTAI MOTOR & LAMBOGINI!! #HBN2012 @HariBelia2012 #BeeAntBlues





Baru sebentar tadi lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, Putrajaya telah DIGEGARKAN dengan geng-geng motor berkuasa tinggi dan kereta mewah seperti motor Spider, kereta Lambogini dan Ferrari.

Mereka berkumpul di Menara KBS sebab menyertai Konvoi Bermotor dan pusing satu Putrajaya. Konvoi ini dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi dan konvoi ini diketuai oleh beliau sendiri.

Seawal jam 12.00 tengahari mereka telah berkumpul sambil menantikan pelancaran bermula. Bunyi enjin motor berkuasa tinggi dan kereta-kereta power ni memang best woooo...


GR kata: Jom ramai-ramai datang ke Putrajaya. Ada magic lagi untul korang, jangan lepaskan peluang ni. Datang jangan tak datang!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

SUBHANALLAH! KUASA ALLAH TIADA TANDINGAN!!


Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.


Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat. - Sumber


GR kata: Allah Maha Besar! Tiada Tuhan melainkan Allah!

MUZAKARAH PAS-UMNO HANYA WAYANG KULIT JER TU..!!



SUDAH terbukti kini hasrat Pas untuk bermuzakarah dengan UMNO seperti mana yang dicetuskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini hanyalah satu sandiwara.

Biar pun Presiden Pas itu mengatakan parti tersebut bersedia bermuzakarah dengan sesiapa tetapi ia bukanlah dilakukan secara bersungguh-sungguh atau mahu memastikan ia direalisasikan.

Segala-galanya terjawab kelmarin apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah iaitu UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Ketiga-tiga syarat ini jelas membuktikan bahawa Pas meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.....


GR kata: Hukum hakam Islam pun depa boleh buat main...inikan pula nak bermuzakarah. Wayang jer tu...??

Tuesday, May 22, 2012

PANAS: HEBAT BETUL! KANTOI BEROMEN 2 KALI!!


Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian. Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai".

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH


GR kata: Macam-macam dunia sekarang...Apa citer Ostad Kaunseling jam 3 pagi tu yer?? Senyap jer ker...???

TERKINI: LIONEL MESSI (MALAYSIA) BAKAL CIPTA NAMA DI EROPAH!!


PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu. - SH


GR kata: Tahniah diucapkan pada Nazmi. Terus harumkan nama negara di mata dunia dan yang penting jangan lupa diri dan asal usul anak Malaysia.

JANGAN ADA SIJIL 'PHD' DALAM DIRI!! @zahidhamidi_my @NajibRazak


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj parti jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja boleh menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) malah tidak mustahil kehilangan kuasa di beberapa negeri dan kerajaan Persekutuan.

Kata beliau, berdasarkan pemerhatiannya pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 47 kawasan Parlimen disabotaj dari dalam hingga menyebabkan BN kehilangan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Negeri Sembilan hampir-hampir dirampas pembangkang.

"Saya ingin mengingatkan semua ahli, jika tidak terpilih jangan cuba sabotaj parti, jangan cuba menikam parti dari belakang, jangan cuba memujuk penyokong kita sabotaj parti dan kerana kepentingan diri, kita rosakkan parti."

"Saya minta ahli dan kepimpinan di semua peringkat agar lebih bertanggungjawab dan tidak menghancurkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama di Kem Terendak, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, masalah dalaman UMNO wujud apabila terdapat pihak yang merasakan layak menjadi calon tetapi tidak terpilih mengambil tindakan MENSABOTAJ parti. Keadaan itu ujarnya, tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menghancurkan parti pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan tatatertib dan undang-undang termasuk memecat keahlian jika terdapat ahli atau pemimpin UMNO mensabotaj parti sebelum pilihan raya.

"Jawatankuasa berkenaan telah menjelajah ke setiap bahagian bagi memberi penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid meminta kepimpinan di peringkat bahagian tidak melobi untuk menjadi calon.Katanya, sebuah jawatankuasa khas pemilihan yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapat maklum balas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam membuat penelitian terhadap senarai calon yang dikemukakan."Senarai nama calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN sedang diteliti dan insya-Allah, Najib akan menemui semua presiden parti komponen BN dalam masa terdekat sebelum senarainya diumumkan," katanya. - Utusan


GR kata: Buang sifat ego diri, itu lebih baik demi mempertahankan agama, bangsa dan negara....

Published with Blogger-droid v2.0.4

APA TU @BeeAntBlues?? CHECK IT OUT!! #BeeAntBlues #HBN2012


BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.




Ingin tahu lebih lanjut KLIK DI SINI


ESOK HARI BERSEJARAH UNTUK BELIA NEGARA!! @HariBelia2012 #HBN2012


Esok adalah hari yang bakal diciptakan oleh golongan Belia dan rakyat Malaysia. Esok bermulanya Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya dari 23-27 Mei 2012. Lebih 500 acara disediakan untuk pengunjung yang datang. Antara acara tersebut termasuklah Zone Bersukan.

Ianya terletak di hadapan Galeria dan Menara KBS. Pelbagai acara sukan diadakan di sini antaranya futsal dan lain-lain lagi. Barangan sukan juga boleh didapati di sini dengan harga yang cukup MURAH!! DATANG JANGAN TAK DATANG! AJAK LAH KAWAN DAN SEDARA MARA SEMUA KE PUTRAJAYA YER...




Artikel pelbagai