Sunday, May 20, 2012

TAHNIAH @chelseafc JUARA CHAMPION LEAGUE


CHELSEA muncul JUARA kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti sebentar tadi (waktu Malaysia).

Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.

Dalam perlawanan penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri - di Munich, Jerman, Bayern Munich kelihatan hampir menjuarai kejohanan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.

Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan ekoran gol Didier Drogba pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul JUARA.


GR kata: Pada MU fans tak payah cakap banyak, julang jek dulang kenduri tu yer..Ha ha ha

No comments:

Artikel pelbagai