Thursday, May 24, 2012

PANAS: SELANGOR GALAKKAN SAMPAH SARAP..!! @Khalid_Ibrahim #MBmalas


Kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR sekarang dah tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'. Gelaran itu patut diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda, banner & banting berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Papan tanda yg dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yg dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa2 manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan PRU lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.

Sebagai contoh di kawasan Kuala Selangor dan Permatang, kerajaan negeri menaikkan papan tanda yg mengatakan dua kawasan itu sebagai kawasan ikan segar sedangkan orang ramai sudah mengetahui perkara itu. Berapa banyak peruntukan yg dibelanjakan kerajaan negeri untuk papan tanda itu? Kalau setakat papan tanda, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat, lebih baik gunakan peruntukan itu untuk membantu rakyat seperti golongan nelayan di negeri ini.

Berbeza dengan kerajaan BN di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tidak memerlukan sebarang papan tanda atau membuat janji kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan agenda membela rakyat di negara ini termasuk di Selangor.

Misalnya, kerajaan pusat telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan nelayan seperti memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan selain peruntukan berjumlah RM74.3 juta untuk membaiki rumah kepada 7,638 nelayan di seluruh negara. Kerajaan turut menyediakan skim perlindungan insurans kepada seramai 47,635 nelayan di negara ini bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang dilakukan olih Khalid gagap pula hanyalah menambahkan semak samun serta sampah sarap dengan banner & banting 'Terima Kasih' nya yang jatuh bersepah disepanjang jalan, apa lagi bila disimbah hujan dan ditiup angin.


GR kata: Rumah MB letak poster banyak-banyak tak?? He he he

No comments:

Artikel pelbagai