Saturday, August 24, 2013

ADAKAH GADIS MELAYU DIJUAL SEMURAH INI? @PDRMsia


Semua orang tahu tentang gadis Melayu. Gadis Melayu juga terkenal diserata dunia dengan penampilan ketimuran yang menjadi igauan lelaki tak kira dari negara mana sekali pun. Tapi apakah itu semua hanya igauan semata-mata? Adakah gadis Melayu sekarang hanya ada pada nama saja? Di manakah nilai-nilai ketimuran yang ada dalam diri mereka sekarang ini?

GR yakin tak semua gadis Melayu yang berperwatakan tidak senonoh. Tak semua yang sanggup buat apa saja demi mencari kemewahan, glamor dan sebagainya. Tapi disebabkan sesetengah gadis Melayu sendiri yang jatuhkan martabat mereka, ada pihak yang tak bertanggungjawab menghina kaum hawa ini.

Apakah kita mahu 'promosi' gadis Melayu seperti yang di dalam laman sosial kita mahukan? Adakah dengan promosi seperti ini boleh menaikkan imej dan martabat gadis Melayu? Kita lihat sendiri sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.

Laman Facebook ‘Awek Melayu Malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini sudah menghimpun 19,515 pengikut. Adakah gadis Melayu senang untuk kita dapat seperti 'SAMPAH'?


GR lihat FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini. Maruah gadis Melayu murah seperti inikah? Sudah pasti pandangan seperti ini yang masyarakat akan lihat walaupun perkara seperti ini sudah terjadi dalam masyrakat kita.

Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.

Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Kepada pihak berkuasa harus memantau agar laman sosial seperti ini tidak lagi berleluasa. Seolah-olah senang gadis Melayu ini boleh dibeli dengan wang ringgit. Pada gadis Melayu, korang ada otak...ada maruah, fikirkanlah sendiri.


GR kata: Gadis Melayu memang manis jika baik segala budi pekertinya.

BARU JADI TIMB. MENTERI, PERANGAI TAK SEDAR DIRI! KAN DAH KENA SEDASSS! @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Nampak masih ada pemimpin dalam Kerajaan yang masih dibuai mimpi indah sampai keluar air liur basi. Mereka masih lupa atau buat-buat lupa yang mereka ini sudah berada dalam pucuk pimpinan parti Kerajaan.

GR lihat ada pemimpin yang cuba tunjuk pandai pun ye jugak. Portfolio yang dipertanggungjawabkan pada mereka ini tidak diambil peduli. Seperti boss lama Hindraf ni si P.Waytha Moorthy. Jangan ingat duduk di bawah JPM anda boleh nak buat apa saja. Nak tegur orang pun berpada-pada jangan sampai tak tahu etika kerja sesebuah organisasi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan. "Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.

Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.

Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan. -BERNAMA

GR pun musykil juga, pasal apa si Hindraf ni sibuk mempersoalkan kerja Polis. Adakah beliau ini tergolong dalam suku sakat gangster 02, 04 dan 08. Sibuk pertahankan penjenayah mungkin dia pun ada sedikit 'saham' kot dalam geng yang 'ada baju' ni.

GR setuju apa yang diperkatakan oleh Menteri KDN, DS Zahid Hamidi. Tegas dan berani....sebab penjenayah diaorang nie semua BUTA WARNA, buta kayu dan semuanya butalah senang cerita. Sokongan rakyat pada PDRM harus diberikan dengan lebih tinggi agar keselamatan kita semua akan terjamin.


GR kata: Jadi Menteri jangan otak macam budak sekolah yer!

Thursday, August 22, 2013

KISAH SEDIH DARI PENUMPANG, SAAT-SAAT TERJADINYA KEMALANGAN BAS DI GENTING HIGHLANDS!


Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, Khamis.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.


"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.

"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh. "Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat ditemubual kerana masih tidak sedar diri. - BERNAMA


GR kata: Salam takziah pada semua mangsa kemalangan.

TAKUT DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO, @rafiziramli AKHIRNYA MENGAKU SALAH SENDIRI! @Zahid_Hamidi


Akhirnya Rafizi Ramli badut Anwar Ibrahim sekali lagi mengaku salahnya MEMFITNAH DS Zahid Hamidi pada PRU13 yang lepas. Beliau telah membuat permohonan maaf dan memohon agar DS Zahid Hamidi menarik balik saman terhadap beliau.

Kita semua ketahui sikap pemimpin UMNO seperti DS Zahid Hamidi adalah contoh yang perlu diikuti. Beliau sanggup memaafkan walaupun ada orang mencemarkan maruah beliau. Zahid Hamidi juga dihormati kawan dan juga lawan. Patutlah Rafizi lembu tarik balik fitnah yang dia dah buat dalam blog beliau sendiri.

Seterusnya baca di bawah:

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Rabu menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli selepas pengarah strategik PKR itu bersetuju mengeluarkan kenyataan yang diakuinya tidak betul daripada blognya.

Dalam kenyataan yang dibacanya di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Rafizi berkata Ahmad Zahid tidak menyalahguna kuasanya (ketika menjadi Menteri Pertahanan) dalam apa jua cara dan tidak mempunyai peranan dalam penetapan keputusan berkaitan transaksi pembelian saham dan tanah pembangunan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan plaintif (Ahmad Zahid) bahawa plaintif tidak menyalahguna kuasanya dalam apa jua cara dan tidak mempunyai sebarang peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk menyertai transaksi bagi memperoleh saham dan tanah pembangunan milik Astacanggih Sdn Bhd daripada Awan Megah Sdn Bhd seperti yang disebut dalam artikel saya bertarikh 29 Dis 2012.

"Oleh itu, dengan ini, saya secara sepenuh hati dan tanpa sebarang syarat menarik balik kenyataan tidak benar yang saya buat dalam artikel saya itu berkaitan plaintif," katanya.

Peguam Datuk Saseedharan Menon, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima kenyataan itu dan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membenarkan permohonan itu dan membatalkan saman berkenaan, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.

Ahmad Zahid memfailkan saman itu pada 25 Jun dengan mendakwa Mohd Rafizi menyiarkan dalam laman blognya, RafiziRamli.com, satu artikel yang mengandungi perkara tidak benar dan ditulis dengan niat jahat untuk memberi gambaran negatif tentang beliau (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta penarikan balik artikel itu sepenuhnya serta permohonan maaf dalam empat akhbar harian tempatan. - BERNAMA




Budak mentah dan hingusan macam Rafizi memang patut terima balasan. Pada Anwar Ibrahim hentikanlah perkara bodoh hantar budak suruhan nak jatuhkan Zahid Hamidi. Cermin dulu diri tu sebelum nak buat aniaya pada orang lain.

Apa pun tahniah GR ucapkan pada DS Zahid Hamidi. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang benar.


GR kata: Rafizi lembu dah banyak kali kantoi menipu, pun masih ada yang buta hati...buta mata!!

Update: [FOTO] Persembahan Metallica Memang SUPERB!! #metallicaliveinmalaysia

Konsert Metallica malam ini merupakan kenangan yang tak dapat dilupakan oleh GR dan juga peminat yang datang pada malam ini. Persembahan yang sungguh menakjubkan. Sound systemnya juga adalah yang terbaik. Tahniah pihak penganjur.

Penantian berpuluh tahun peminat Metallica di Malaysia akhirnya terbayar juga dengan persembahan yang menakjubkan. Metallica memang superb!!

Lihat gambar yang sempat GR ambil untuk dikongsikan dengan korang semua.


GR kata: Enter Sandman memang terbaik toq!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 21, 2013

Live Update: (FOTO) Metallica Gegar Stadium Merdeka! #metallicaliveinmalaysia

Stadium Merdeka tidak sayu lagi, hari ini stadium ini bakal bergegar. GR juga berkesempatan ke konsert Metallica.

Sejak jam 5 petang tadi stadium ini penuh sesak dengan peminat lagenda rock no. 1 dunia ini. GR yakin otai-otai rock Malaysia juga akan turun ke konsert malam ini.

Sudah pasti persembahan Metallica malam ini tidak akan mengecewakan peminat di Malaysia. Apa pun Metallica terbaikkkkk.


GR kata: Tak sabar nak dengar lagu Nothing Else Matters, Fade to BLack ngan Enter Sandman.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NGO DAN PARTI POLITIK TUNJUK PANDAI SANGAT, KAN KENA SOUND DENGAN @Zahid_Hamidi


"Jangan kacau kerja Polis...bagi kepercayaan kepada pihak PDRM menjaga 
keselamatan dan ketenteraman awam"

Bila Polis buat kerja dan tegas dalam tindakan, Polis pula disalahkan sebab kononnya Polis tak ikut SOP. Bila Polis tak buat kerja dan jenayah makin berleluasa ada pula yang menyalahkan Polis...kata Polis penakut, lembik dan macam lagi.

Siapa yang berani sangat jika kes tembak menembak semakin berleluasa di tempat kita? Seharusnya semua pihak akan lebih berhati-hati disebabkan mungkin ada yang terkena peluru sesat. Orang yang tak bersalah terima hukuman. Ada ke patut??

Pendirian DS Zahid Hamidi yang memberi amaran jangan kacau kerja Polis, itu satu tindakan yang wajar. Rakyat seharusnya berterima kasih pada Polis kerana bertindak cepat menghapuskan Gangster cabuk nie.

Seterusnya baca lagi di bawah:


DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri adalah individu yang paling dibenci oleh DAP dan PKR, melahirkan iltizam untuk menghapuskan ancaman jenayah yang amat dibimbangi oleh orang awam di Malaysia. Menurutnya, PDRM telah menubuhkan 2 skuad utama untuk memerangi jenayah dan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.

Kedua-dua skuad berkenaan akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasaran tanpa melalui saluran birokrasi biasa kepolisian.

Justeru, Zahid mengingatkan kepada NGO dan parti-parti politik agar tidak mengganggu kerja polis mengamankan negara ini dengan pelbagai kerenah serta ulah yang mereka lakukan. Apatah lagi, tuntutan mereka sebelum ini agar kerajaan menghapuskan undang-undang pencegahan walaupun telah diperingatkan bahawa penghapusan undang-undang yang mereka katakan sudah lapuk itu akan meningkatkan kadar jenayah, menyebabkan suasana tidak aman di dalam negara.

Dua buah parti yang cukup kalut membela penjenayah adalah DAP dan PKR. Kedua-dua parti tersebut mempunyai peguam-peguam yang juga merupakan antara pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti berkenaan untuk membela penjenayah dan menyalahkan pihak polis mahupun kerajaan.

PDRM sebelum ini telah mengumumkan bahawa operasi mengesan dan menahan penjenayah akan dilakukan secara besar-besaran. Operasi yang diberi nama Ops Cantas telah berjaya menahan ramai penjenayah dalam sekatan-sekatan jalanraya yang diadakan di seluruh negara. Kebanyakan daripada mereka berusia antara 17 sehingga 45 tahun.

Para pemimpin DAP yang sebelum ini cukup lantang bersuara setiap kali PDRM membuat operasi, kali ini memilih untuk bersikap pasif. Operasi yang dijalankan oleh pihak polis ke atas kumpulan-kumpulan samseng dan sindiket, memberi kesan yang sangat besar kepada parti yang dipimpin oleh anak beranak Lim itu.

Jom kita tengok, berapa lama DAP dan PKR boleh bertahan menggetap gigi menahan marah dengan tindakan PDRM menghapuskan ancaman penjenayah dan kumpulan-kumpulan gangster terutama sekali gangster-gangster Tamil yang berasakan mereka hidup dalam filem-filem dari India!!!


GR kata: Harap tatu jer besar kat badan diaorang nie...semua gangster taik kucing!

NAMA PUN GANGSTER, MEMANG LA BODOH PASAL UNDANG-UNDANG! @PDRMsia


Di Penang baru ini 5 orang penjenayah tumpas setelah berbalas tembakan dengan Polis.

Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah sebelum penjenayah mati ditembak.

Yang peliknya DAP cuba jadi wira kepada kelima-lima penjenayah ini dengan cara:

1. Suruh kaum India dan ahli keluarga penjahat yang mati berhimpun dan tunjuk tak puas hati pada Polis.
2. Mengajar/draf laporan Polis mendakwa Polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang-orang India keluar beramai-ramai ikut mayat penjenayah tersebut dan jadikan mereka sebagai WIRA (seperti gambar di atas).
4. Menggesa NGO lain termasuk Bar Council/Suhakam/Hindraf kutuk polis.

Mereka juga pengaruh gangster-gangster 04 yang bodoh tak ada otak ni dengan menimbulkan kebencian terhadap pihak Polis. Mengugut Polis ini cara apa? Polis buat kerja demi jaga keselamatan rakyat pun salah ker?

Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.

Hari ini mereka sudah menghantar isyarat  seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .


FAKTA:

1. Yang mati tu penjenayah, so adakah ini ahli pada persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk-sibuk simpati.
2. YB Rayes di Penang yang ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 India atau pun 77.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila Polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba Tim Menteri Ketua Hindraf/wakil rakyat DAP dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero untuk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata Polis pula brutal.

Helo kawan!! Ini Malaysia maaaa. Kami tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yang dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat MALAYSIA yang cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain.

Bantu lah PDRM untuk menjaga keamanan kita! Bukannya bela anjing kamu (gangster) untuk gigit Polis dan rakyat Malaysia tak berdosa. Ahli politik yang bela penjenayah adalah BAPAK SYAITAN sebenarnya.


GR kata: Hebat sangat ker kongsi gelap yang ada nombor nie. 'Main buah' pun tak khatam lagi ada hati nak jadi gangster. Hakkktuihhhh!!

Tuesday, August 20, 2013

SYIAH MAKIN BERMAHARAJALELA! DIALOG TERBUKA...ULAMA SUNNI SYOK SENDIRI?


Seperti kita ketahui ajaran sesat Syiah semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kita juga ketahui Syiah merupakan ajaran sesat yang tidak berlandaskan Islam yang sebenar.

Di mana tugas kita sebagai Ahli Sunnah Waljamaah? Apakah peranan Ulama bagi mendekati golongan muda bagi memberi kefahaman berserta fakta betapa bahayanya SYIAH...?

Kita tidak boleh menerima SYIAH, namun gerakan SYIAH ini cuba menawarkan sesuatu lain dari yang lain bagi menarik perhatian Ahli Sunnah Waljamaah di negara ini untuk menjadi SYIAH seperti Kahwin Mutaah@Kontrak dan macam-macam lagi.

Ikuti kupasan rencana Ulama Sunni Syok sendiri di bawah:


SEJAK Ramadan lepas, kisah Syiah di Malaysia menjadi sensasi. Walaupun khabar kewujudan Syiah di Malaysia sudah lama berlegar di ruang awam dan alam maya sejak beberapa tahun lalu, isu Syiah kembali mendapat perhatian arus perdana.

Ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memutuskan untuk mengharamkan Syiah di Kedah.

Hampir setiap hari, isu Syiah mengisi dada akhbar. Malah, banyak forum diadakan, cuba memberi penerangan kepada orang awam tentang kesan ajaran Syiah kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang kepada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah(ASWJ).

Namun begitu, apa yang gagal disedari oleh banyak pihak, jelas daripada khabar yang diberikan sama ada melalui media arus perdana, ceramah, mahupun laman sosial, hampir semuanya diceritakan oleh pihak luar daripada ajaran Syiah, iaitu ulama Ahlul Sunnah sendiri. Sudah tiba masanya untuk kita mengarus perdanakan isu ini supaya penyebaran Syiah akan terus terhenti di Malaysia.

Bantahan oleh seorang ahli politik yang membantah usaha mengarus perdanakan isu ini ternyata tidak faham atau sengaja mengambil ringan akan isu ini. Ini berbeza dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersikap tegas dan berani mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia salah di sisi undang-undang dan adalah sebuah pertubuhan haram.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, satu usaha besar yang boleh dilakukan ialah dialog terbuka antara ulama Ahlul Sunnah dengan wakil Syiah di Malaysia.

"Walaupun sudah dilakukan oleh beberapa pihak secara kecil-kecilan, kali ini elok rasanya diadakan dialog secara terbuka melalui media arus perdana. Dialog ini dicadangkan disiar secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Astro, radio, dan kemudiannya teks dialog tersebut dibukukan dan diedarkan dengan usaha sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Satu kesan besar daripada usaha ini, kata Ahmad Faris, ialah masyarakat Malaysia dapat mendengar sendiri daripada mulut penganut Syiah. Kemudian, mereka boleh menilai sendiri betapa menyimpangnya Syiah daripada ajaran sebenar ASWJ.

Kata beliau: "Di samping itu, satu perkara yang perlu diambil perhatian, golongan yang banyak terpengaruh dengan ajaran Syiah ini terdiri daripada orang muda. Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan, generasi muda zaman sekarang lebih dikenali sebagai Generasi Y tidak suka hanya disogok dengan maklumat.

"Cara yang paling sesuai untuk mendepani generasi Y ini ialah memberikan hujah daripada kedua-dua belah pihak. Menggunakan medium yang disenangi anak muda, dengan izin Allah, pintu hati mereka akan terbuka untuk menerima kebenaran."

Malah, dalam satu rancangan wawancara Ancaman Syiah di siaran RTM, beberapa minggu lalu, Dr. Asri Zainal Abidin ada menyatakan kesediaan untuk berdialog secara terbuka dengan penganut Syiah di Malaysia.

"Sekarang kita sudah ada ulama yang berani, kalau mahu dibandingkan dengan ramainya di luar sana yang hanya syok sendiri menghentam Syiah di pentas ceramah.

"Lebih jelas lagi betapa syok sendirinya ustaz di Malaysia ini, sumber-sumber yang digunakan hanyalah sekitar sumber dengar-dengar cakap orang. Jarang sekali kedengaran ceramah oleh para ustaz yang mengambil terus daripada kitab Syiah sendiri. Kalau sekadar ada dengar cakap orang, ustaz seperti ini layaknya ditempatkan di kedai kopi untuk sembang kosong sahaja," katanya.

Kata Ahmad Faris lagi: "Golongan agama seperti inilah yang akan membuatkan generasi muda melarikan diri daripada wawancara Syiah dan akhirnya terpengaruh dengan ajaran ajaran ini.

"Sumber-sumber rapuh oleh penyampai akhirnya menggambarkan seolah-olah ASWJ sudah ketandusan hujah untuk menangkis hujah daripada golongan Syiah. Ayuh jadi pemberani. Kita bentangkan hujah dengan kemas dan teratur berdasarkan al-Quran dan Hadis sahih."

Kata beliau, antara persoalan yang pernah timbul daripada isu Syiah yang kurang memuaskan hati anak muda atau dikenali sebagai Generasi Y ini ialah perihal al-Quran yang diubah suai oleh penganut Syiah.

Kemudian, kata Ahmad Faris, hal yang hangat lagi ialah perbuatan sujud di atas tanah. Pelbagai hujah telah diberikan oleh pihak Syiah.

"Malangnya, ustaz-ustaz kita banyaknya hanya bermain dengan spekulasi yang tidak berpijak kepada hujah ilmu yang sebenar. Perbuatan sambil lewa ustaz dan ulama di Malaysia ini yang menjadi faktor Generasi Y mudah menerima ajaran Syiah kerana pada hemat mereka, hujah orang Syiah itu lebih berisi daripada cakap kosong orang kita.

"Penyebaran yang semakin berleluasa menjadi bukti ulama kita ramainya hanya syok sendiri," katanya.
- Seterusnya baca KLIK DI SINI

 GR kata: Wajib tolak Syiah. Ajaran sunnah Rasulullah S.A.W yang bawa kejayaan dunia dan akhirat.

INGAT GANGSTER SANGAT! KENA PELURU K.O JUGAK! CAYALAH KPN @KBAB51 @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Ucapan tahniah dan terima kasih diluahkan oleh rakyat Malaysia pada pasukan PDRM. Tindakan tegas yang tanpa memerlukan sebarang amaran dengan pendek kata nak kautim dulu, tindakan seperti yang telah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Biarkan ada sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan Polis yang GENTLE, kononnya pihak Polis tak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Biarkan mereka menyalak, jangan layan suara minoriti tapi majoriti menyokong penuh tindakan Polis dan juga KDN. Nyawa rakyat Malaysia dan ketenteraman awam lebih utama dari layan suara-suara sumbang yang macam longkang tu.

Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penjenayah berusia antara 21 hingga 31 tahun itu juga dikenal pasti ahli kumpulan kongsi gelap dan mereka bertindak mengikut arahan ketua untuk membunuh sasaran yang ditentukan.

“Mereka juga didapati terbabit dalam beberapa kejadian bunuh sebagai tindakan balas dendam berkemungkinan berkaitan perebutan kuasa dan wang.

“Mereka tidak tinggal satu tempat bagi mengelak daripada dikesan polis dan bergerak mengikut arahan dan sasaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
 

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, lima lelaki berusia 21 hingga 31 tahun itu ditembak mati ketika serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, IPK Pulau Pinang dan IPK Kedah di pangsapuri mewah Century Bay di Sungai Nibong, di sini.

Suspek dikatakan baru seminggu tinggal di pangsapuri berkenaan dan menyewa di kawasan eksklusif itu bagi melindungi kegiatan mereka.


Khalid berkata, suspek bertindak melepaskan tembakan terhadap anggota yang melakukan serbuan sebelum tembakan balas terpaksa dilakukan sebelum membunuh semuanya.

Menurutnya, polis turut merampas tiga pucuk pistol yang digunakan dalam kejadian itu dan senjata yang dirampas itu dikenal pasti digunakan dalam beberapa kejadian bunuh sebelum ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan ada lagi anggota kumpulan yang masih bebas dan usaha mengesan mereka giat dilakukan,” katanya.

Khalid berkata, polis tidak pernah berdiam diri terhadap kes tembak yang membabitkan pembunuhan, malah mengambil langkah menubuhkan pasukan tindakan khas serta risikan untuk memberkas penjenayah termasuk ahli kongsi gelap, pengedar dadah dan lain-lain.

“Malah, sejak Operasi Cantas Khas (Op Cantas) digerakkan di seluruh negara Sabtu lalu, 200 orang ditahan di seluruh negara dan mereka kini sedang dikenal pasti sebelum tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan Jenayah bagi tempoh 24 jam,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan, kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri dan lain-lain yang berkaitan.

Katanya, operasi itu akan diteruskan dan pihaknya mendapati masih ada ahli kumpulan tertentu bergiat aktif selain bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain mengikut arahan ketua kumpulan masing-masing.

“Polis sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk mengambil langkah memasang alat Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) terhadap bekas pesalah Ordinan Darurat (OD) bagi mengelak mereka gagal dikesan dan jika dipersetujui ia memudahkan polis memantau pergerakan mereka,” katanya.

Op Cantas membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut OD yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
  - MyMetro

GR kata: Cantas jer semua, ingat diaorang ni samseng sangat ke? PIraahhhhhhh..!!


Monday, August 19, 2013

DAP BANGSAT! BONGKAR 17 SEBAB CINABENG DAP NAK JADIKAN MALAYSIA MACAM SINGAPURA!


1. Penindasan dan penafian peluang kepada etnik Melayu Singapura dan warga India berleluasa terang-terangan dan memalukan. Ia amat jelas bahawa Kerajaan Singapura juga umumnya dikenali sebagai Pemerintah Keluarga Lee terdiri daripada bapa (Lee Kuan Yew) dan anaknya, yang telah memerintah Singapura sejak tahun 1959, selama mana Castro Brothers memerintah Cuba dan Lee Kuan Yew masih mahu meneruskan polisi yang memalukan ini.

2. Singapura adalah sebuah pulau kecil di mana hari ini mempunyai 5 juta orang tetapi jika anda kira betul betul berapa warga asli Singapura yang dilahirkan, ia akan menjadi tidak lebih daripada 2.5 juta atau kurang. Ia juga sama seperti ruang tanah yang paling sesak di dunia seperti Gaza wilayah yang diduduki Israel.

3. Pemerintah Keluarga Lee, bapa dan anaknya, tidak menghormati undang-undang. Walaupun Perlembagaan menuntut peluang sama rata kepada semua, mereka hanya mengabaikannya. Pulau ini tidak mempunyai undang-undang hubungan antara kaum dan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta adalah bebas untuk melibatkan diri dalam diskriminasi kaum sesuka hati.

4. 20 tahun yang lalu, pulau ini mempunyai hanya 50% daripada penduduk kaum Cina. Hari ini komponen etnik Cina adalah kira-kira 77% dan terus meningkat. 20 tahun yang lalu, orang Melayu dan India membentuk kira-kira 50% daripada penduduk pulau itu. Hari ini orang Melayu tidak lebih daripada 13% dan India hanya 8%, dan berkurangan.

5. Peningkatan yang besar dalam nombor Cina bukan kerana mereka melahirkan ramai anak Cina. Malah ia adalah sebaliknya. Jika dilihat kadar kelahiran cina adalah paling rendah di pulau itu dan merupakan kadar kelahiran paling rendah di dunia, hanya 1% atau lebih. Jika polisi perkauman ini ditinggalkan, kaum Cina adalah kaum pertama akan hilang dari pulau ini. Polisi mengutamakan Warga Asing didalam Singapuralah salah satu penyebab punca etnik melayu dan india terus berkurangan.

6. Dan dengan ini akan bertanya apa lagi punca lain kaum Cina terus meningkat di Singapura? Ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan anaknya dari bangsa cina, telah membentuk satu sistem hanya Keluarga Lee layak memerintah dan mereka ini hanya suka kepada kaum mereka sendiri, dengan mengutamakan Cina.

7. Mereka paling benci orang Melayu kerana mereka anggap diri mereka lebih tinggi dari orang Melayu dan mereka tidak suka kaum India kerana mereka anggap India adalah sebagai bangsa pengacau yang suka buat huru hara didalam Singapura ini. Di Singapura hasil sistem dan polisi Lee Kuan Yew, kaum Cina Singapura mempunyai kecenderungan untuk mengikuti serta mentaati kepada pemimpin Cina mereka, seperti yang mereka lakukan di negara Komunis, China.

8. Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa, walaupun Perlembagaan menuntut layanan yang sama daripada semua kaum yang berbeza, Lee Kuan Yew menggunakan lebih sedekad yang lalu untuk tekad usaha meningkatkan penduduk Cina di pulau itu melalui rompakan kewarganegaraan percuma.

9. Ini yang mereka telah lakukan dan terus lakukan untuk hari ini dengan membawa masuk ramai orang Cina dari negara China untuk menetap di Singapura dan memberikan mereka kewarganegaraan percuma dan ini menjelaskan mengapa Singapura kini terdapat 77% kaum Cina di negara itu dan kesannya membuatkan Melayu sebagai penduduk asal telah dikurangkan kepada hanya 13% dan kaum India hanya 8%.

10. Sudah tentu apa yang Lee Kuan Yew lakukan adalah benar-benar menyalahi undang-undang dan melanggar Perlembagaan. Tetapi Melayu dan India tidak dapat berbuat apa-apa mahupun mengadu kepada Lee Kuan Yew sendiri kerana mereka tidak mempedulikan Perlembagaan yang telah mereka cipta. Mengapa ini terjadi? Ini kerana Lee Kuan Yew mempunyai Polis Singapura sebagai penguatkuasa undang-undang atau anjing khas polis untuk menangkap anda jika Melayu atau India membuat masalah dan badan kehakiman akan taat setia kepada Lee Kuan Yew, seterusnya mahkamah boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menekan sistem undang undang itu sendiri. Anda bayangkanlah, jika Melayu itu tidak bersalah, tetapi dengan hanya 1 arahan dari Lee Kuan Yew, mahkamah akan terus menukar keputusan kepada bersalah terhadap mana-mana Melayu.

11. Jadi tidak ada kedaulatan undang-undang yang anda boleh meminta seperti negara Malaysia yang makmur, adil dan saksama. Pada kadar ini pengimportan besar-besaran pendatang kaum Cina dari China dan penduduk Melayu dan India akan berkurangan dengan cepat, tidak lama lagi hanya akan ada kaum Cina di Singapura diiringi oleh beberapa orang putih yang akan menguruskan bank-bank Singapura bagi menjaga wang haram dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew.

12. Hari ini orang Melayu dan India dinafikan pekerjaan kerana majikan Cina enggan untuk mengambil mereka bekerja. Setiap kekosongan jawatan yang disenaraikan di pulau itu membawa notasi "Hanya orang Cina perlu memohon" atau "Pengetahuan Mandarin diperlukan" ini sama sepertimana Melayu di Malaysia sedang mengalami. Kaum Melayu Singapura menyedari masalah ini dan mereka telah bersedia dengan belajar penuh bahasa Mandarin tetapi selepas meminta pekerjaan itu, Melayu Singapura masih tidak mendapat kerja. Alasan diberikan bahawa pelanggan Cina tidak menghargai orang yang bukan datang dari kaum Cina didalam dunia korporat. Sudah tentu Melayu tidak mungkin untuk menukar warna kulit dari coklat ke kuning walaupun pembedahan plastik untuk membuat puntung hidungnya dan saiz matanya yang sepet seperti Fu Manchu adalah mustahil.

13. Kadang-kadang kerajaan akan memberikan beberapa peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit, jarang dan luar biasa. Melayu dan India itu perlu mempunyai 'cable' yang sangat kuat dengan orang penting dalam syarikat barulah mereka senang mendapat pekerjaan, itu pun pekerjaan sebagai kuli didalam syarikat.

14. Bagi kerja-kerja kasar, mesin basuh pinggan mangkuk, anggota polis berpangkat rendah, pemandu dan tukang sapu jalan, terdapat pekerjaan yang mencukupi bagi orang Melayu dan India. Pelan Lee Kuan Yew adalah untuk membuang hakikat bahawa mereka telah kalah sebenarnya dalam populasi kaum di Singapura.

15. Walaupun ketidakadilan ini dan dasar diskriminasi kaum adalah haram, jika anda mengadu tentangnya juga tidak dapat berbuat apa apa. Di Singapura ia adalah undang-undang untuk mendiskriminasikan kaum kerana tidak ada undang-undang yang khas tentang hubungan antara kaum. Undang-undang gaji minimum telah betul betul dibiarkan dan tidak ada syarikat cina di Singapura mengamalkan undang undang gaji minimum itu. Undang-undang itu hanya sekadar ada untuk ditunjukkan kepada dunia dan jiran negara mereka Malaysia, tetapi tidak pernah dipraktikkan.

16. Tanpa membela hak orang Melayu dan India, ia menjadi semakin biasa bagi kaum Melayu dan India untuk melepaskan kekecewaan mereka melalui keganasan. Anda boleh melihat kaum Melayu yang tidak puas hati kerana telah ditolak untuk mendapat hak perumahan kerajaan tetapi kerajaan Lee Kuan Yew telah memberi satu pukulan yang sangat dasyat di jiwa orang Melayu. Anda juga boleh melihat kaum India yang baru sahaja didenda semaksimum harga kerana memandu laju dan apabila Cina dikehendaki untuk membayar hanya beberapa dolar.

17. Ini adalah jenis keganasan bermotifkan perkauman yang meningkat diluar jangkaan. Malaysia mempunyai undang-undang yang kuat di bawah pemerintahan orang Melayu untuk sesiapa yang merasakan tidak bersalah akan dibela, rata-rata rakyat Malaysia juga berpuas hati dalam pembelaan diri mereka kepada undang-undang yang mereka boleh bergantung pada amanah mahkahmah. Tetapi di mahkamah Singapura, kerana tidak ada undang-undang untuk melindungi terhadap ketidakadilan kaum dan di tempat di mana kerajaan itu sendiri terlibat dalam dasar rasmi diskriminasi kaum. Pengajaran dari ini dapatkah anda melihat apakah keinginan keseluruhan rakyat Cina di Malaysia di mana 97% memihak kepada DAP?


GR kata: Orang Melayu di Malaysia masih ramai yang tak sedar diri!

Alhamdulillah Masterplan Consulting Sdn Bhd, Sedekah Penambah Rezeki!


Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Hadis Rasulullah S.A.W, daripada Abu Hurairah r.a berkata: 


“Rasulullah S.A.W bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semalam 11 Syawal 1434H bertempat D' Manggis Kafe Kuang Selangor Masterplan Consulting Sdn Bhd telah meraikan anak anak yatim dalam satu majlis jamuan Aidil Fitri.

Pengarah Urusan Masterplan, Haji Ahmad Faris Bin Hj Abdul Halim telah menyumbangkan duit raya buat anak anak yatim bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran mereka.


Wang simpanan bukan saja persediaan berdepan kesulitan, tetapi wang yang terkumpul itu boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara. Jika ada lebihan, boleh didermakan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Selain dapat membantu saudara yang kesusahan, amal kebajikan itu juga menyucikan harta. Sedekah tidak akan mengurangkan harta sebaliknya Allah akan menambah rezeki jika kita ikhlas memberi.


GR kata: Islam mengajar kita bantu antara satu sama lain.

PEMILIHAN AGUNG UMNO: DILEMA UMNO MAHUKAN TRANSFORMASI ATAU MASIH DALAM KEPOMPONG SENDIRI? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal


Ramai cakap-cakap, keluhan dan pandangan dari ahli UMNO terutama sekali perwakilan kali ini mereka menyuarakan UMNO perlu lakukan perubahan. Adakah mereka ini faham dengan maksud perubahan tersebut?

Adakah perubahan dengan menukar kesemua pucuk pimpinan yang ada sekarang akan membawa perubahan besar dalam UMNO? Adakah mengekalkan pucuk pimpinan tertinggi dalam UMNO kali ini boleh membawa Transformasi yang sering diwar-warkan oleh Presidennya sekarang? Tepuk dada tanyalah hati...

Di kalangan pandangan masyarakat luar pula mereka mahukan UMNO terus bersatu dari peringkat atasan hinggalah ke akar umbi. Ini adalah kerana masyarakat mahukan UMNO terus kekal sebagai parti yang memerintah di Malaysia ini. Perkara yang paling utama sekali hak keistimewaan orang Melayu terus terbela dan terjamin, begitu juga agama, bangsa dan negara terus dipertahankan.

Dalam pemilihan UMNO kali ini senarionya tidak kurang hebatnya seperti PRU13, malah ada dikalangan ahli UMNO kata ianya lebih hebat lagi. Pandangan GR senang saja, perkara yang paling utama adalah diri mereka sendiri (pemimpin). Adakah mereka sedia untuk membuat sebarang perubahan yang drastik dalam UMNO?

Ada yang GR lihat pemimpin UMNO mereka berjuang atas dasar perjuangan yang sejati. Pendek kata semangat juang mereka seperti pada zaman awal penubuhan UMNO dahulu. Bagaimana kita lihat waktu itu bangsa Melayu begitu kuat. Perjuangan mereka adalah benar-benar untuk negara dan bangsanya sendiri. Bukan seperti sekarang, ada segelintir pemimpin yang masih 'membela' poketnya sendiri begitu juga orang disekelilingnya.

GR setuju 100% dengan pandangan Tun M:
Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.

Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Kenyataan Tun M jelas menunjukkan UMNO perlukan perubahan. Pemilihan dengan cara baru kali ini menunjukkan generasi muda mahukan sesuatu yang baru dalam UMNO. UMNO perlu kembalikan sokongan rakyat pada parti keramat ini. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang syok sendiri. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang lembik dan tak berani menyuarakan pandangan yang tegas. UMNO tidak perlukan parti yang didominasikan dikalangan anak beranak.

Jawatan UMNO di bahagian dan juga cawangan tak perlulah dipenuhi oleh anak beranak atau sedara mara. Tak perlulah GR nyatakan cawangan dan bahagian mana yang dikatakan cawangan anak beranak, apa yang penting mereka ini perlu ditukar sebab tak ada sebarang hasil yang mereka buat. Akhirnya cawangan TIDUR.

Jika ahli UMNO baik yang mempunyai jawatan atau tidak faham erti Transformasi, lakukan dengan segera demi kebaikan dan nama baik UMNO. Kalau masih ada yang tak faham, hanya pandai cakap mulut saja....hentikanlah. Ramai lagi individu yang layak memegang jawatan tersebut dan paling penting MEREKA INI BOLEH BUAT KERJA.

Pada 150 ribu perwakilan UMNO, buatlah pilihan yang bijak. Bukannya memilih pemimpin atas sebab dia 'jaga' atau 'bela' ketua bahagian dan ahlinya. Pilihlah pemimpin yang benar-benar Ultra Melayu dan buat kerja. Pilihlah pemimpin yang tegas dan berani demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Perwakilan jangan asyik fikir nak masyuk jer yer....

Sunday, August 18, 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO: JAWATAN NAIB PRESIDEN, @Zahid_Hamidi TAK GOYANG!


Pemilihan Agung UMNO tahun ini merupakan saat paling penting untuk parti keramat ini. Setiap jawatan tertinggi dalam UMNO akan dipertandingkan. Saat ini kita akan lihat pemimpin yang bagaimanakah untuk kita berikan mandat memegang pucuk pimpinan parti.

Apa yang penting perihal bangsa Melayu harus sentiasa dibela. Rapatkan saf kepimpinan orang Melayu supaya generasi seterusnya terus bersatu padu dalam menjaga bangsanya sendiri. Melayu harus bersatu. Melayu berpecah belah angkara diri mereka sendiri yang terpedaya dengan arus kemodenan yang memaparkan maklumat yang bercampur aduk.

Perebutan untuk tiga jawatan Naib Presiden Umno akan menyaksikan persaingan sengit tetapi penyandangnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikitpun gentar.

Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu yang akan mempertahankan jawatan tersebut berharap rekod bersihnya sepanjang berkhidmat untuk ahli dan parti itu akan menilainya pada pemilihan itu nanti.

"Jawatan tersebut (Naib Presiden) adalah untuk direbut untuk sesiapa kerana UMNO adalah sebuah parti terbuka dan percaya kepada demokrasi. Sekiranya terdapat pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding, mereka amat dialu-alukan dan terpulang kepada ahli parti untuk memilih siapa yang mereka inginkan untuk menjadi ketua.

"Bagi saya, saya berharap usaha, khidmat dan sumbangan saya kepada parti dan ahli-ahli UMNO akan digunakan untuk menilai saya," katanya pada sambutan rumah terbuka Hari Raya anjuran Pengasih.


Zahid menegaskan bahawa dia hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tiada rancangan untuk bertanding jawatan lain.

Selain Zahid, dua lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan mereka.

Timbul khabar angin bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Felda dan Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mungkin akan bertanding merebut jawatan tersebut.

Pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dijadualkan pada 19 Oktober dan buat pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli parti akan terus mengundi kepimpinan parti selepas pindaan dilakukan dalam perlembagaan Umno.

Sementara itu, seorang pemimpin di peringkat akar umbi percaya bilangan calon yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno mungkin mencecah lebih daripada enam orang.

"Saya yakin terdapat beberapa Menteri Besar atau pemimpin kanan akan bertanding. Pastinya amat menarik untuk melihat siapa yang mendapat undi di kalangan ahli parti," katanya.


GR kata: Harus pilih pemimpin yang tegas dan berani pertahankan agama, bangsa dan negara.

Artikel pelbagai