Monday, August 19, 2013

Alhamdulillah Masterplan Consulting Sdn Bhd, Sedekah Penambah Rezeki!


Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Hadis Rasulullah S.A.W, daripada Abu Hurairah r.a berkata: 


“Rasulullah S.A.W bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semalam 11 Syawal 1434H bertempat D' Manggis Kafe Kuang Selangor Masterplan Consulting Sdn Bhd telah meraikan anak anak yatim dalam satu majlis jamuan Aidil Fitri.

Pengarah Urusan Masterplan, Haji Ahmad Faris Bin Hj Abdul Halim telah menyumbangkan duit raya buat anak anak yatim bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran mereka.


Wang simpanan bukan saja persediaan berdepan kesulitan, tetapi wang yang terkumpul itu boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara. Jika ada lebihan, boleh didermakan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Selain dapat membantu saudara yang kesusahan, amal kebajikan itu juga menyucikan harta. Sedekah tidak akan mengurangkan harta sebaliknya Allah akan menambah rezeki jika kita ikhlas memberi.


GR kata: Islam mengajar kita bantu antara satu sama lain.

No comments:

Artikel pelbagai