Tuesday, August 20, 2013

SYIAH MAKIN BERMAHARAJALELA! DIALOG TERBUKA...ULAMA SUNNI SYOK SENDIRI?


Seperti kita ketahui ajaran sesat Syiah semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kita juga ketahui Syiah merupakan ajaran sesat yang tidak berlandaskan Islam yang sebenar.

Di mana tugas kita sebagai Ahli Sunnah Waljamaah? Apakah peranan Ulama bagi mendekati golongan muda bagi memberi kefahaman berserta fakta betapa bahayanya SYIAH...?

Kita tidak boleh menerima SYIAH, namun gerakan SYIAH ini cuba menawarkan sesuatu lain dari yang lain bagi menarik perhatian Ahli Sunnah Waljamaah di negara ini untuk menjadi SYIAH seperti Kahwin Mutaah@Kontrak dan macam-macam lagi.

Ikuti kupasan rencana Ulama Sunni Syok sendiri di bawah:


SEJAK Ramadan lepas, kisah Syiah di Malaysia menjadi sensasi. Walaupun khabar kewujudan Syiah di Malaysia sudah lama berlegar di ruang awam dan alam maya sejak beberapa tahun lalu, isu Syiah kembali mendapat perhatian arus perdana.

Ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memutuskan untuk mengharamkan Syiah di Kedah.

Hampir setiap hari, isu Syiah mengisi dada akhbar. Malah, banyak forum diadakan, cuba memberi penerangan kepada orang awam tentang kesan ajaran Syiah kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang kepada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah(ASWJ).

Namun begitu, apa yang gagal disedari oleh banyak pihak, jelas daripada khabar yang diberikan sama ada melalui media arus perdana, ceramah, mahupun laman sosial, hampir semuanya diceritakan oleh pihak luar daripada ajaran Syiah, iaitu ulama Ahlul Sunnah sendiri. Sudah tiba masanya untuk kita mengarus perdanakan isu ini supaya penyebaran Syiah akan terus terhenti di Malaysia.

Bantahan oleh seorang ahli politik yang membantah usaha mengarus perdanakan isu ini ternyata tidak faham atau sengaja mengambil ringan akan isu ini. Ini berbeza dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersikap tegas dan berani mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia salah di sisi undang-undang dan adalah sebuah pertubuhan haram.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, satu usaha besar yang boleh dilakukan ialah dialog terbuka antara ulama Ahlul Sunnah dengan wakil Syiah di Malaysia.

"Walaupun sudah dilakukan oleh beberapa pihak secara kecil-kecilan, kali ini elok rasanya diadakan dialog secara terbuka melalui media arus perdana. Dialog ini dicadangkan disiar secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Astro, radio, dan kemudiannya teks dialog tersebut dibukukan dan diedarkan dengan usaha sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Satu kesan besar daripada usaha ini, kata Ahmad Faris, ialah masyarakat Malaysia dapat mendengar sendiri daripada mulut penganut Syiah. Kemudian, mereka boleh menilai sendiri betapa menyimpangnya Syiah daripada ajaran sebenar ASWJ.

Kata beliau: "Di samping itu, satu perkara yang perlu diambil perhatian, golongan yang banyak terpengaruh dengan ajaran Syiah ini terdiri daripada orang muda. Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan, generasi muda zaman sekarang lebih dikenali sebagai Generasi Y tidak suka hanya disogok dengan maklumat.

"Cara yang paling sesuai untuk mendepani generasi Y ini ialah memberikan hujah daripada kedua-dua belah pihak. Menggunakan medium yang disenangi anak muda, dengan izin Allah, pintu hati mereka akan terbuka untuk menerima kebenaran."

Malah, dalam satu rancangan wawancara Ancaman Syiah di siaran RTM, beberapa minggu lalu, Dr. Asri Zainal Abidin ada menyatakan kesediaan untuk berdialog secara terbuka dengan penganut Syiah di Malaysia.

"Sekarang kita sudah ada ulama yang berani, kalau mahu dibandingkan dengan ramainya di luar sana yang hanya syok sendiri menghentam Syiah di pentas ceramah.

"Lebih jelas lagi betapa syok sendirinya ustaz di Malaysia ini, sumber-sumber yang digunakan hanyalah sekitar sumber dengar-dengar cakap orang. Jarang sekali kedengaran ceramah oleh para ustaz yang mengambil terus daripada kitab Syiah sendiri. Kalau sekadar ada dengar cakap orang, ustaz seperti ini layaknya ditempatkan di kedai kopi untuk sembang kosong sahaja," katanya.

Kata Ahmad Faris lagi: "Golongan agama seperti inilah yang akan membuatkan generasi muda melarikan diri daripada wawancara Syiah dan akhirnya terpengaruh dengan ajaran ajaran ini.

"Sumber-sumber rapuh oleh penyampai akhirnya menggambarkan seolah-olah ASWJ sudah ketandusan hujah untuk menangkis hujah daripada golongan Syiah. Ayuh jadi pemberani. Kita bentangkan hujah dengan kemas dan teratur berdasarkan al-Quran dan Hadis sahih."

Kata beliau, antara persoalan yang pernah timbul daripada isu Syiah yang kurang memuaskan hati anak muda atau dikenali sebagai Generasi Y ini ialah perihal al-Quran yang diubah suai oleh penganut Syiah.

Kemudian, kata Ahmad Faris, hal yang hangat lagi ialah perbuatan sujud di atas tanah. Pelbagai hujah telah diberikan oleh pihak Syiah.

"Malangnya, ustaz-ustaz kita banyaknya hanya bermain dengan spekulasi yang tidak berpijak kepada hujah ilmu yang sebenar. Perbuatan sambil lewa ustaz dan ulama di Malaysia ini yang menjadi faktor Generasi Y mudah menerima ajaran Syiah kerana pada hemat mereka, hujah orang Syiah itu lebih berisi daripada cakap kosong orang kita.

"Penyebaran yang semakin berleluasa menjadi bukti ulama kita ramainya hanya syok sendiri," katanya.
- Seterusnya baca KLIK DI SINI

 GR kata: Wajib tolak Syiah. Ajaran sunnah Rasulullah S.A.W yang bawa kejayaan dunia dan akhirat.

1 comment:

Anonymous said...

Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim nie syiah kke? beria-ia membela syiah,

Artikel pelbagai