Join Gossip Rakyat

Saturday, August 4, 2012

APA KEJADAH NIE? BULAN POSER PUN BUAT MAKSIAT!!


Apa nak jadi dengan pasangan remaja sekarang? Tak kira di mana saja, tidak ada perasaan segan pilu sanggup membuat maksiat. Tidak kira juga di mana, kononnya melepaskan perasaan rindu dihati. Inikah contoh yang ditunjukkan dalam diri kita sebagai umat Islam.

Gambar ini GR perolehi dari seorang rakan, pasangan yang berkasih sayang dikhalayak ramai dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Samada pasangan ini sudah berkahwin atau pun tidak, GR kurang pasti. Jika benar mereka ini sudah berkahwin, sepatutnya mereka menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Bukankah dalam bulan Ramadhan kita harus menjaga dan mengawal hawa nafsu kita.

Renung-renungkanlah....

DISKAUN TOL - PAKATAN MEROYAN LAGI DENGAN #JanjiDitepati


Terima kasih kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Razak kerana senantiasa melihat dan merintih keluhan pengguna kenderaan yang menggunakan lebuh raya untuk pulang berhari raya. Berjuta-juta pengguna bakal menikmati rebat Tol sempena Aidifitri nanti.

Rebat Tol Aidilfitri :
GOMBAK - Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.

"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk Hari Kemerdekaan.

"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Panadol Be Prepared di sini semalam.

Kempen yang dianjurkan GlaxosmithKline Consumer Healthcare bersama Touch 'n Go Sdn. Bhd. itu mengagihkan 50,000 kad Touch 'n Go bernilai RM10 di plaza tol terpilih serta peruncit di seluruh negara sejak 1 Ogos lalu.

Ismail berkata, LLM juga meneliti semula langkah keselamatan menjelang perayaan yang diharapkan siap minggu depan.

"Setiap musim perayaan kita melakukan persediaan rapi. Kali ini kami jangka jumlah trafik yang tinggi sehari dua sebelum 18 Ogos dan selepas raya hingga ke akhir bulan memandangkan jarak sambutan Aidilfitri dan hari merdeka agak dekat," katanya. - Bernama


GR kata: Janji PR pada PRU 12 macam mana pulak yer??

12 PEMBOHONGAN PAS YANG AKAN MEROSAKKAN NEGARA!! #JanjiDitaburi


Lagi pembohongan PAS terhadap rakyat Malaysia jika mereka berjaya memenangi PRU 13 nanti. Apakah selama ini nasib Melayu tidak terbela di bawah pemerintahan Kerajaan UMNO/BN? Apakah kedaulatan raja-raja Melayu dan nasib Bumiputera tidak dipertahankan?

Pembaca masih ingat siapakah yang selalu mempersendakan institusi raja-raja Melayu kalau bukan dari puak Pakatan Haprak. Jika kita lihat selama ini adakah PAS dan the geng nie membela nasib rakyat. Apa yang terjadi di Kelantan, selama 22 tahun mereka memerintah apa yang mereka lakukan pembangunan untuk negeri tersebut dan juga kenapa masih ramai rakyat Kelantan hidup dalam daif dan serba kekurangan.

Lawak pun ada juga bila ada sesetengah puak tegar pakatan Haprak nie bagi tau GR bagilah mereka peluang untuk mentadbir negara. Peluang apa kejadahnya....tak cukupkah peluang (mandat) yang diberikan oleh rakyat di Kelantan selama 22 tahun, di Kedah, Selangor dan Penang dari tahun 2008 hingga sekarang, apa yang mereka lakukan untuk rakyat di negeri tersebut? Mana janji-janji yang ditaburi pada PRU 12...kenapa masih tidak dilaksanakan??

Pada pembaca yang budiman, fikirkanlah yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara. Jika kita semua bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang dalam kehidupan seharian kita, pertahankanlah ia dan peliharalah ia dengan sebaiknya. Janganlah terus mempercayai dengan janji-janji yang ditaburi dan fatwa-fatwa Islam yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Renung-renungkanlah....


GR kata: PAS punya auta pun boleh tahan jugakkan....

BAJET 2013 ADA BERITA BAIK UNTUK RAKYAT - @NajibRazak


SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membayangkan Belanjawan 2013 bakal menjanjikan lebih banyak faedah untuk dinikmati segenap lapisan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat memandangkan ekonomi negara telah ditadbir dengan baik.

Katanya, ada negara mengalami beban hutang yang tinggi dan kadar pengangguran dalam kalangan orang muda mencecah 45 peratus.

“Sepanyol mungkin boleh menang (bola sepak) Piala Eropah, tetapi meski pun kita kalah dalam bidang bola sepak, tetapi kita boleh dikatakan jaguh dalam bidang pentadbiran ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam. - Kosmo


GR kata: Negara maju, rakyat akan dapat hidup dengan lebih aman dan makmur...

Friday, August 3, 2012

PANAS: KAKI RABA TETEK AKHIRNYA KANTOI JUGA!!


KUALA LUMPUR - Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.

“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin. - Metro


GR kata: Kaki aiskrim dan kaki china doll bila nak kena tangkap ek?? Hihi hihi

PAS DAH SEMAKIN SESAT IKUT CARA KRISTIAN!!


Pembaca lihatlah gambar di atas, puak PAS nie dah semakin sesat. Di manakah ciri-ciri keislaman yang mereka perjuangkan sebenarnya? Bila berbicara tentang Islam atau pun mengeluarkan fatwa, mereka sajalah yang betul...ustaz-ustaz lain yang bukan dari kalangan PAS semuanya tak betul dan haram.

Apa disebalik gambar di atas...meniru tanda yang dibawakan oleh golongan Yahudi Kristian. Inilah bila sudah bersekongkol dengan puak yang bukan memperjuangkan Islam yang sebenar inilah jadinya. Sanggup buat apa saja demi mencapai cita-cita peribadi mereka yang kotor tu...

Pembaca fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan korang semua dan masa depan negara. Kita sebagai seorang Islam perlulah mempertahankan agama yang suci murni ini. Kita jugalah yang harus mempertahankan dan memelihara agama yang suci ini. Bukannya memperlekehkan atau pun memutarbelitkan fatwa yang sudah tercatit dalam lembaran Al-Quran itu sendiri. Renung-renungkanlah....


GR kata: PAS sesat tapi masih ramai yang hanyut dengan fatwa olamak sesat....

JOM LAYAN LAGU MERDEKA PAKATAN RAKYAT..!!





GR kata: Rakyat Malaysia harus berfikir dengan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara. Suka pada mereka yang suka tabur janji atau pun pada mereka yang tunaikan segala janji yang diberi. Fikir-fikirkanlah....

UMNO SABAH JANGAN TERUS LEKA! @Zahid_Hamidi


KUALA LUMPUR - Kepimpinan UMNO di Sabah perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada UMNO Beaufort dan segera menyelesaikan masalah dalaman daripada berlarutan, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak mahu menganalisis apa yang berlaku, tapi kita perlu ambil iktibar. Saya harap sokongan rakyat Sabah terhadap Umno tidak rapuh sebaliknya terus kukuh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementah di sini, semalam.

Pada Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan berundur daripada jawatan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.


Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO. Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad Zahid juga berkata Umno Sabah perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkukuh akar umbi parti dan berharap isu peletakan jawatan Lajim dan Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran, yang keluar daripada BN hujung minggu lepas, tidak mematahkan semangat penyokong parti itu.  - Bernama


GR kata: Rakyat Sabah masih memerlukan UMNO/BN memerintah kerana nasib mereka sentiasa terbela...

Thursday, August 2, 2012

PANAS: @abby_abadi112 DAH KAHWIN DENGAN OSTAD PAS??


Sejak kebelakangan ini jika kita lihat penglibatan Abby Abadi dalam politik dengan PAS lebih serius disebabkan beliau sudah BERNIKAH dengan Ostad PAS yang juga seorang ADUN. Betul ker berita yang GR terima dari sumber dalaman PAS ini sendiri.

Ahli politik yang dimaksudkan adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim (gambar di atas) yang khabarnya kerap dilihat bersama Abby Abadi dibeberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.

Namun lakonan Abby Abadi pantas dan macam biasa menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodohnya cepat sampai.

Mana satu nie kak Abby...kalau dah kahwin pun apa salahnya mengaku yer tak, perkara yang baik jangan disorok. Dalam PAS boleh bersengol-sengolan ker kalau bukan muhrim. Benar atau tidak berita ini GR tidak mahu memberikan kepastian. Kita tunggu dan lihat apa kata kak Abby kita nie nanti secara jelasnya tentang perkara ini....


GR kata: Ostad PAS pun dah macam artis ka? Mau main sorok-sorok ka??

HOT VIDEO: ULAMA' KER NIK AZIZ NIE? TENGOK NIE...




Islam bukan dikutip ditepi jalan, Islam turun dari Allah S.W.T...Malaikat bawa turun wahyu pada Nabi S.A.W. Wahai Pok Nik dan Ostad-ostad PAS yang taksub, bila bercakap tue mestilah ada dalil jangan hentam keromo.

Jangan samakan Nabi dengan mamat-mamat di kampung wahai Pok Nik. GR mohon janganlah sesatkan pemikiran umat Islam dengan dalil dan fatwa demo yang mengarut tue. Jangan disebabkan politik sanggup buat apa saja. Fikir-fikirkanlah yer.....


GR kata: Hayati dan fahami video di atas....

WEI JANGAN AUTA SANGATLAH RAFIZI OIII..!!


Rafizi telah ditahan dan didakwa dibawah Akta BAFIA hari ini. Namun beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000.

Yang menjadi persoalan apabila Menteri Besar Selangor umumkan dana khas semata-mata untuk membiayai kos guaman Rafizi. Apakah rasionalnya penggunaan dana dari Kerajaan Negeri yang juga merupakan Wang Rakyat?

Yang lawaknya, Rafizi juga membuat lakonan simpati beliau sama seperti 'bapak' dia si Anwar Ibrahim dalam mendapat kepercayaan rakyat. Mintak derma lagi dengan rakyat, kenapa itu macam haaa?? Takkan takder duit bro...bila berdebat berjuta-juta ringgit cakap itu ini, takkan duit jaminan tak boleh nak cover. Itu pun nak susahkan rakyat ker?? Baik BUANG jerk nama Pakatan Rakyat tu tukar dengan Kaki Sakau Duit Rakyat ker....itu lebih baik!!

Apa pendapat pembaca pasal si Rafizi nie???


GR kata: Ini ker ciri-ciri nak jadi pemimpin?? Rosaklah anak muda yang ikut perangai si lembu nie...

Wednesday, August 1, 2012

PANAS: @tianchua KENA GEGAR DI TEMPAT SENDIRI!! @Zahid_Hamidi


Semalam Parlimen Batu digegarkan dengan insiden yang membuatkan ahli parlimennya menggelabah dan tak senang duduk. Insiden yang GR maksudkan bukanlah insiden yang tidak baik tetapi program bantuan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu.

Bantuan yang diberikan kepada golongan warga emas, OKU dan mereka yang kurang bernasib baik adalah bukti di mana pemimpin UMNO sentiasa membela nasib rakyat dan yang penting menepati slogan "Janji Ditepati". Sumbangan semalam disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Pertahanan.

Mana sebenarnya kelibat Ahli Parlimen Batu nie yer?? Kenapa tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat tidak dipikul dengan baik?? Makan gaji buta ker MP Batu nie yer??

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Tian Chua tak layak jadi MP, asyik sibuk kat tempat orang jer....

WOW...GAMBAR BOGEL NURUL IZZAH?? TENGOK NIE...


Haaaaa...berita panas lagi gempar di abad ini. Gambar bogel atau pun skandal video lucah Nurul Izzah dengan pensyarah beliau yang dikhabarkan sebelum ini sudah tersebar ker?? Korang nie pun laju jer kan, bila bab-bab ala-ala porno nie. Sabar semua pembaca yang budiman, bulan puasa nie kita rileks-rileks laaa yer. Hehe hehe...

Al kisah sebenarnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah sekali lagi cuba menunjukkan 'bijak pandai' beliau dengan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperluas operasi mencegah jenayah ke seluruh kawasan bandar Kuala Lumpur.

GR difahamkan sebelum sebanyak 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk di Lembah Pantai. Anggota tersebut juga diarahkan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut.


Bagaimanapun, lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat mendesak agar PDRM memperluaskan operasi bukan hanya menumpukan dua kawasan parlimen itu sahaja. Kenapa perlu menyuarakan desakan yang tak masuk akal nie? Desakan tersebut dikeluarkan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Tan Kok Wai (Cheras) dan Teresa Kok (Seputeh).

Wahai MP PR, hangpa semua tak der mata ka....pihak Polis sentiasa membuat pemantauan di semua kawasan K.Lumpur bukan saja di dua kawasan parlimen tersebut. Kadar jenayah yang semakin menurun yang diberitahu oleh Menteri KDN baru-baru ini adalah benar. Malah di kawasan Seputeh juga GR melihat pihak polis sentiasa BUAT KERJA untuk memastikan keamanan dan keselamatan masyarakat setempat dalam keadaan aman dan selamat. Ibu pejabat balai Polis Brickfield pun sekarang dipindahkan ke dalam kawasan parlimen Seputeh tau.

GR musykil sebenarnya, bukankah puak-puak pakatan Haprak nie sentiasa maki hamun polis. Taburi fitnah dan macam-macam pada pihak PDRM, tapi sekarang lain pulak ceritanya. Mengadu pada pihak PDRM pulak dah....kalau nak kata pihak PDRM tak buat keja kenapa banyak kes-kes besar berjaya diselesaikan dengan cepat dan penjenayah juga tertangkap. Macam mana tue yer...???


GR kata: Lain kali jangan sibuk complaint YB, turun padang dengar masalah rakyat dan selesaikan itu lebih baik.....

2nd UPDATE: WARGA KL CHOW KIT TERHARU PEMIMPIN TURUN PADANG! @ahmadmaslan @NajibRazak @umbkl


Baru sebentar tadi selesai dengan jayanya Program Tamu Sahur dan Nur Ramadhan bersama YB Datuk Hj Ahmad Maslan yang merupakan Timb Menteri di JPM merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Program julung kalinya diadakan untuk kali kedua pada tahun ini kerana mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan pada Ramadhan tahun lepas. Program bermula pada jam 4.00 pagi permulaannya YB Datuk Ahmad Maslan memberikan sumbangan bendera Malaysia pada kenderaan warga KL yang lalu disekitar Jln Tuanku Abd Rahman sempena minggu kemerdekaan.


Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Gabungan NGO Melayu Islam, Penerangan UMNO Malaysia, Skuad Sayang Wanita UMNO, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan beberapa persatuan NGO W.Persekutuan. Datuk Ahmad Maslan juga turut memberikan sumbangan dan beramah mesra dengan penjaja yang berniaga di kawasan Chow Kit.

Program ini dibuat bertujuan memberikan sumbangan pada golongan penduduk Chow Kit yang memerlukan seperti ibu tunggal dan mereka yang hidup susah serta memberikan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan sekitar kawasan Jln Tuanku Rahman khususnya di kawasan Chow Kit.

Lihat di bawah GR kongsikan gambar sekitar program berlangsung :







GR kata: Tahniah pada penganjur, program yang baik untuk rakyat.

LIVE UPDATE: PROGRAM NUR RAMADHAN & SINGGAH SAHUR DI CHOW KIT! @ahmadmaslan @NajibRazak @umbkl #sahurChowKit

Sekarang GR bersama persatuan NGO-NGO W.Persekutuan dalam program Nur Ramadhan dan Singgah Sahur bersama YB. Datuk Hj Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timb. Menteri di JPM.

Program ini bertujuan memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan Jln Tuanku Abd Rahman ini. Sebentar lagi juga YB. Datuk Ahmad Maslan juga akan memberikan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan di kawasan Jln Tuanku Abd Rahman ini.

Gambar di atas suasana sekitar di kawasan Chow Kit. Update seterusnya insyaAllah akan menyusul....

Published with Blogger-droid v2.0.6

#IsuHudud: BERANI KE PAS NAK LAWAN KARPAL SINGH??


KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA


GR kata: Jangan propa lebih la Ostad-ostad PAS nie...geli tokak den!!

Tuesday, July 31, 2012

ASTAGA: OSTAD PAS KANTOI TAK PUASA??


ALOR SETAR – Jual nasi bungkus kepada orang tidak berpuasa pada harga pakej menggunakan kereta di lokasi tersembunyi di tepi tapak pembuangan sampah haram. Itu yang dilakukan seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai untuk mendapatkan wang lebih pada bulan Ramadhan ini.

Bagaimanapun, rahsia lelaki itu terbongkar apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyerbu kereta jenis Proton Saga miliknya yang diletakkan di belakang deretan bangunan berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di sini semalam.

Dalam serbuan Operasi Ramadan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lelaki terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui masing-masing 50 bungkus nasi berlauk dan minuman.


Kesemua makanan dan minuman tersebut disembunyikan di dalam beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan but kereta.

Difahamkan, nasi bungkus dijual antara RM5 hingga RM7 mengikut jenis lauk kepada pekerja di kawasan sekitar yang kebanyakannya pekerja bengkel.

Dalam operasi berasingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Jabatan Kesihatan negeri itu, MBAS menyerbu sebuah gerai ditutupi kain kanvas di tepi Jalan Gangsa di sini. - Kosmo


GR kata: Mana Ostad-ostad PAS, takkan senyap jerk. Ke tumpang sekaki beli nasi bungkus lunch time??

PANAS: @abby_abadi112 TAK DAPAT JOB, UMNO YANG SALAH!?


Alahai..dah lama GR tak mainkan cerita artis yang dah jadi 'Ustazah Segera' nie, siapa lagi kalau bukan akak Abby Abadi kita nie. So tak der publisiti dari media cetak mahu pun keluar di TV so janganlah marah-marah yer apa yang cerita keluar di blog-blog sekarang nie...telan jelah dan anggap menu buka pose yer kak Abby. Hehe hehe....

Beberapa hari lepas sedang GR melayan Twitter, ternampaklah Twitter kak Abby Abadi kita nie memberi kenyataan yang kontrak beliau sebagai duta tudung untuk sebuah syarikat telah terbatal secara rasmi.

Mungkin pembaca dah tahu Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang. GR rasa walaupun Abby melibatkan diri dengan mana-mana parit politik itu bukan sebab yang utama TAPI kenapa mesti pandai-pandai jadi ustazah segera. Belajar kasi qatam dulu barulah boleh berbicara dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang telah tercatat dalam Islam. Jangan jadikan pentas politik untuk kepentingan peribadi dan GR mohon janganlah jadi keldai PAS kelak menyesal suatu hari nanti.



Akaun Twitter Hani Elia masih boleh diakses namun sekarang  sudah private mungkin tidak mahu diganggu ‘tentera’ Abby Abadi yang tidak berpuas hati. Siapa yang cari penyakit, sendiri tanggunglah kan. Adatlah orang berniaga, mestilah nak mencari untung. Kenapa puak-puak PAS nak melenting, bagi job pada Abby kan senang. Kata sama-sama berjihat dan CONFIRM masuk syorga...

GR setuju dengan kenyataan Abby yang mengatakan rezeki itu dari Allah S.W.T, memang BENAR sekali dan yang penting kita usahakan. Tapi janganlah kita mengutuk sana sini sesama Islam. Kata orang itu salah, orang nie jer yang betul. Gunalah akal fikiran yang diberikan Allah S.W.T kepada kita dengan sebaik-baiknya. Renung-renungkanlah....selamat beramal.


GR kata: Dengar cite Husam Musa tengah 'adjust' kak Abby, betui ka??? Keh3

SIRI 3 #IsuAirSelangor: AGENDA JAHAT PAKATAN RAKYAT RAMPAS SYABAS!?


PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata soal pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana kerajaan negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.

“Ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan (membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan Syabas.

“Kita akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad,” katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan menetapkan keutamaan untuk diselesaikan serta melaporkan keputusan-keputusan jawatankuasa kepada Jemaah Menteri.

Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Muhyiddin berkata pada mesyuarat hari ini, jawatankuasa juga memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan diteruskan dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Beliau berkata Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Mesyuarat hari ini berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran.

“Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini.

“Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk.

“Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran,” katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap.

Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air.

“Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut,” katanya sambil menambah antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan.

Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat Isnin, Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada “sudut kita”.

“Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka,” katanya. – BERNAMA


GR kata: Alamatnya rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minum air longkang la jawabnya. Alahai si Gagap nie..!!!

GENG FELDA DAPAT DUIT RAYA! YAHOOOO...PAKCIK KAYO!!


SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda. Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta. Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.


GR kata: Fuiyooooo...raya sakan wooo!!

Monday, July 30, 2012

VIDEO PANAS: KHALID SAMAD KANTOI TENGAH URUT B2B??


Haaaa...amacam terkejut tak? Gempak tak? Dengar nama MP Shah Alam YB Khalid Samad semua laju jer kan. Mana tak nyer, dulu kita tahu Shah Alam merupakan kawasan yang sangat dijaga terutama yang melibatkan perkara-perkara MAKSIAT. Kawasan yang majoriti penduduknya Melayu kini diperintah oleh Pakatan Haprak sudah tidak seperti dahulu.

Walaupun Shah Alam kini diperintah oleh PAS namun segalanya berubah. Banyaknya rumah urut muncul macam cendawan hidup selepas hujan TAPI tiada sebarang tindakan yang diambil untuk mengurangkan malah diam membisu kerana takutnya si kepala jahanam DAP.


Apa pun, satu PEMBONGKARAN akan dibuat. Jaga-Jaga Khalid Samad, mana mau lari?? Lihat video di bawah :



Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Isu gereja pun tak boleh settle inikn rumah urut...sudahlah Khalid. Pi tanam sayuq lagi baguih laaaa...

EDISI BANGANG: BAPAK IKUT PERANGAI ANWAR, LIWAT ANAK SENDIRI!?


KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biar pun di bulan Ramadhan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali. Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


GR kata: Bapak jenis apa macam nie!! Binatang pun tau sayang anak!! Huh!!!

PERTUKARAN 'PEGAWAI KERAJAAN' NAMPAK KEBODOHAN @MahfuzOmar TERSERLAH AYUNYA! @IsmailSabri60


Berkenaan kenyataan Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar mempertikaikan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dibuat oleh Menterinya DS Ismail Sabri disebabkan kegagalan kelangsungan Himpunan Hari Koperasi Negara adalah berunsur politik.

Kenapa setiap perkara yang dilakukan oleh pihak Kerajaan mesti dipolitikkan oleh puak pakatan Haprak nie yer? Bukankah setiap pengambilan kakitangan awam kerajaan ketika mula sedia berkhidmat mereka akan diberikan Aku Janji yang membolehkan mereka faham peraturan yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga peraturan dari kementerian atau jabatan kerajaan yang seseorang kakitangan awam itu akan berkhidmat.

Siapa Mahfuz Omar untuk mempertikaikan dasar yang telah dibuat oleh pihak kerajaan setelah sekian lama? Untuk pengetahuan pembaca yang budiman dan YB Mahfuz Omar, fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi-fungsi SPA adalah meliputi perkara-perkara berikut :
     
1. Melantik  
2. Mengesahkan Dalam Perkhidmatan    
3. Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen    
4. Menaikkan Pangkat     
5. Menukar    
6. Menjalankan Kawalan Tatatertib

Sumber: Harakah Daily

Melihat petikan di atas yang GR ambil dari akhbar menipu rakyat Harakh Daily, tidak sepatutnya Mahfuz Omar mempertikaikan tentang pertukaran pegawai-pegawai kerajaan terbabit. Pertukaran ini bukanlah suatu perkara yang besar, kononnya jika pertukaran ini dibuat boleh melemahkan sistem pentadbiran sesebuah kerajaan. Pertukaran jawatan di dalam perkhidmatan adalah perkara biasa yang dilalui oleh semua lapisan kakitangan awam. Pertukaran jawatan yang dibuat atas arahan pihak Kerajaan dalam menstruktur semula organisasi supaya lebih mantap dan dijamin kualiti perkhidmatan.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan :

"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

Musykil jugak GR kenapa Mahfuz Omar nie tunjuk lagak pandai macam beliau nie penggubal dasar kerajaan...di kawasan parlimen beliau sendiri Pokok Sena pun tak boleh nak jaga dengan baik keperluan rakyat di sana, inikan pula nak tunjuk pandai. Belajar kasi habis dulu YB, jangan duk hantam keromo saja. Ker pegawai-pegawai yang ditukar ini merupakan kroni-kroni YB Mahfuz Omar dan beliau tak boleh 'cari makan' di jabatan tersebut?? Jeng jeng jeng....


GR kata: Alahai Mahfuz Bean nie...mengaji kasi qatam dulu la kan dah kantoi. Malu woo!!

TERHARU DENGAN AWEKS KOREA #K-POP NIE!!


Apa yang boleh GR katakan di sini sememangnya GR terharu dengan apa yang aweks Korea ini luahkan. Orang bukan Islam pun boleh HORMAT pada orang Islam inikan pula orang Islam kan. Kalau kita lihat sekarang ini ramai dikalangan orang Islam berpecah dan kutuk semasa sendiri. Kenapa macam tu ek??

Sepatutnya orang Islam memberikan tauladan yang baik pada seluruh bangsa tak kira agama kerana ini akan mencerminkan diri seseorang Islam itu di mata dunia dan insyaAllah mereka akan diberikan hidayah untuk memeluk Islam. Walaupun gambar di atas aweks Korea K-Pop ni berpakaian agak seksi dengan menunjukkan rasa hormat dia pada orang Islam, GR doakan suatu hari nanti beliau diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk memeluk Islam.


GR kata: Sekarang orang Islam pun berpecah bersekongkol dengan orang bukan Islam demi mengejar sesuatu yang tak pasti. Macam mana tu??

HOT VIDEO: PERGHHH....SIAPA AWEKS CUN NIE??


Siapa aweks cun yang GR maksudkan nie yer?? Setelah GR buat sedikit research seorang gadis anak muda yang berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Tahniah GR ucapkan. Nak kenal siapa aweks cun nie...jom layan video di bawah :



GR kata: Siapa nak buat baju pergi ler ke butik Azura Couture yer...Hi hi hi

Sunday, July 29, 2012

WE ALL CHOOSE MALAYSIA...ANDA MACAM MANA??






GR kata: Buatlah pilihan yang tepat demi kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia yang kita cintai....

KURANG AJAR! PUSAT TUISYEN HINA SAHABAT RASULULLAH S.A.W!! @HishammuddinH2O @PDRMsia


LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.


GR kata: Mohon pihak berkuasa segera pantau tentang perkara ini!!!

ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM...TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI!!



KUALA LUMPUR - Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.

Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.

Tinjauan Metro Ahad di dua kelab dangdut di ibu negara awal pagi semalam mendapati, meskipun bilangan pengunjung tidak seramai hari biasa, kelab berkenaan masih tidak sepi daripada kunjungan warga emas yang dahagakan hiburan dan belaian gadis muda.

Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian. - Metro


GR kata: Rumah kata pergi, kubur kata mari2 pun masih tak sedar diri....


Published with Blogger-droid v2.0.6

#JanjiDitepati : BANTU MASYARAKAT TAK KIRA LATAR BELAKANG - @rizalmanmokhtar


Kesetiaan rakyat menyokong penuh hasrat dan prinsip kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia amatlah dihargai walaupun sokongan tersebut tidak ditunjukkan secara terbuka. Berkat sokongan rakyat, kerajaan melalui Yayasan Sepakat Malaysia (MySepakat) telah melancarkan program Sumbangan Kasih Sayang PM yang bertujuan khas membantu mencari, mengambil maklumat golongan sasaran.

Bantuan yang diberikan juga tidak mengira latar belakang seseorang walhal dari parti mana sekali pun kerana mereka ini juga adalah rakyat Malaysia. Golongan mereka yang menerima bantuan dalam program ini terdiri daripada ibu tunggal, ahli keluarga yang mengidap penyakit kronik dan sebagainya.

Sumbangan yang diberikan oleh MySepakat dengan kerjasama Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merupakan barangan keperluan dapur dan juga harian. Ini juga dapat mengurangkan sedikit beban pada keluarga yang menerima dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak.




"Sumbangan kami ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga penerima".

"Ini adalah tanggungjawab kita selaku wakil kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Melalui program sebegini, kita dapat mengenali masyarakat dengan lebih dekat dan mendengar isi hati mereka".

"Ini kerana maklumat yang dikumpulkan tersebut boleh disalurkan kepada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Lembaga Zakat bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang wajar dibantu secara berterusan". 

- Datuk Rizalman Dato Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan W.Persekutuan


Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Mana Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Duk goyang kaki jerk...syoknyaa!!

Artikel pelbagai