Friday, August 3, 2012

UMNO SABAH JANGAN TERUS LEKA! @Zahid_Hamidi


KUALA LUMPUR - Kepimpinan UMNO di Sabah perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada UMNO Beaufort dan segera menyelesaikan masalah dalaman daripada berlarutan, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak mahu menganalisis apa yang berlaku, tapi kita perlu ambil iktibar. Saya harap sokongan rakyat Sabah terhadap Umno tidak rapuh sebaliknya terus kukuh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementah di sini, semalam.

Pada Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan berundur daripada jawatan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.


Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO. Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad Zahid juga berkata Umno Sabah perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkukuh akar umbi parti dan berharap isu peletakan jawatan Lajim dan Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran, yang keluar daripada BN hujung minggu lepas, tidak mematahkan semangat penyokong parti itu.  - Bernama


GR kata: Rakyat Sabah masih memerlukan UMNO/BN memerintah kerana nasib mereka sentiasa terbela...

No comments:

Artikel pelbagai