Friday, August 30, 2013

TANDA PUTERA, CERITA YANG JATUHKAN BANGSA MELAYU SENDIRI? #tandaputera


Akhirnya bernafas di pawagam...itulah tema untuk iklan filem Tanda Putera. Ramai yang melihat filem ini membawa kesedaran pada masyarakat tentang erti perpaduan antara kaum. Kisah sejarah yang diertikan dalam filem dibuat khas untuk masyarakat.

Apa yang menyedihkan GR di sini, kenapa tiada sebarang penyelidikan terperinci untuk membuat filem ini. Memang benar untuk membuat filem perlu ikat kontrak dengan artis dan juga krew filem. Apa salahnya buat suatu kerja itu lama dan teliti dan cara ikat kontrak dengan artis perlulah mengikut watak atau scene yang dijalankan. Jangan asyik nak kejar dateline saja.

Pandangan GR ini bukan masalah teknikal. Ini masalah produksi itu sendiri. Producer dan Director apa kerja yang korang buat? Cerita bagus tapi korang sendiri yang jatuhkan martabat filem Melayu itu sendiri. Pemilihan prop, konti dan sebagainya macam mana korang pilih. Dalam filem ini berapa banyak konti yang GR lihat lari dari peringkat awal. Permulaan shooting konti dah lari. Bukankah buat suatu filem atau drama...konti itu penting kerana mahu selarikan jalan cerita dan penting iannya logik akal.



Pada produksi filem atau drama buat sesuatu perlulah logik akal. Masalah-masalah macam ini cuma akan kena pada diri sendiri balik. Pakatan haprak duk bising sana sini nak boikot agar filem ini tak ditayangkan tapi diri kita sendiri yang bikin kantoi sendiri. Jangan suka sangat bagi tengkuk untuk orang senang nak pancung.

Secara keseluruhannya filem ini bagus. Bagus untuk generasi muda dan boleh lagi dikupas lipatan sejarah dengan lebih dalam perkara sebenar yang terjadi pada ketika zaman pemerintahan Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Buat suatu yang boleh menyedarkan masyarakat tentang erti hormat antara satu sama lain dan yang paling penting tidak menyentuh isi hati antara kaum dan semua pihak boleh menerima dengan hati terbuka. Yang melalak tu sebab diaorang takut. Berani kerana benar, takut kerana salah!


GR yakin semua lapisan masyarakat tak kira kaum menerima baik bila menonton filem Tanda Putera ini. Mereka yang berfikiran secara waras dan rasional yang boleh menilai baik dan buruk. Pada industri seni di Malaysia, buatlah yang terbaik dengan menghasilkan karya yang terbaik agar industri filem di Malaysia terus berkembang diterima serata dunia.


GR kata: Usaha tangga kejayaan. Buat sesuatu guna otak bukan guna nafsu!

Wednesday, August 28, 2013

#PemilihanUMNO: DRAMA MELAYU BEREPISOD SUDAH BERMULA! SIAPA HERO DAN SIAPA TUKANG CUCUKNYA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @umnoonline


Semakin rancak GR lihat sekarang orang-orang UMNO sekarang buat kerja. Ada yang buat kerja mengalahkan ketika waktu PRU13 lagi. Adakah pemilihan UMNO kali ini lebih hebat dari PRU13? Ramai yang berkata begitu, tapi pada GR medan seperti inilah yang boleh menjatuhkan bangsa Melayu itu sendiri. Kenapa dan bagaimana hasilnya, kita lihatlah sendiri.

Diperingkat cawangan dan bahagian yang GR lihat ada yang tidak boleh mempunyai kata sepakat. Malah ada pemimpin di cawangan dan bahagian tersebut bercakap depan GR, sepakat membawa berkat. Berkat apa yang dia bawa? Berkat lauk kendurikah. Janganlah pandai bercakap tapi diri sendiri ke laut jawabnya. Persoalannya, masih ada lagikah selepas ini 'cawangan/bahagian tidur'?

Sibuk bertanding mengalahkan nak bertanding jawatan MT dan juga peringkat lebih atas. Tapi diri sendiri tidak layak sebenarnya dipanggil pemimpin. GR menulis artikel ini bukannya untuk membela mana-mana pemimpin yang ingin bertanding ke peringkat lebih tinggi. Itu hak mereka dan tiada kena mengena dengan GR. Cuba lihat print screen di bawah:


Beginikah sikap seorang pemimpin Melayu? Sampai bila Melayu itu nak maju, kalau dalam diri kita ada perasaan iri hati atau pun benci satu sama lain. Apa yang GR ingin beritahu, GR tak salahkan sesiapa pun tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Berbicara soal perjuangan sampai berbuih mulut, tapi diri sendiri tidak mencerminkan keperibadian Melayu itu sendiri. Kenapa perlu nak menghentam sesama sendiri? Jika benar anak jantan Melayu, hentam cukup-cukup pakatan haprak baru betulkan? Kih kih kih....

Inilah drama sinetron Melayu yang bakal kita lihat sepanjang beberapa bulan ini. Budaya tikam sana tikam sini, adakah ianya lumrah dalam diri orang Melayu atau hanya semata-mata untuk poket sendiri atau berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Persoalanya lagi, sampai bila kita mahukan pemimpin seperti ini? Fikirlah sendiri....

Fikirlah sendiri, sebab yang nak bertanding korangkan. Tak kiralah apa jawatan sekali pun, baik peringkat orang muda jangan ikutkan perasaan muda yang membuak-buak. Gunakan akal fikiran, berganding bahulah dengan semua peringkat agar UMNO dapat diperkasakan. Paling penting masyarakat boleh menerima semula UMNO seperti pada zaman dahulu.

Orang-orang UMNO harus ingat kata-kata Tun M :

"MELAYU mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab Melayu mudah lupa, termasuklah Melayu dalam UMNO"....

Bukan saja Melayu mudah lupa, malah banyak yang kurang berminat menerokai ilmu. Justeru itu, GR tak hairan kalau banyak Melayu dalam UMNO sudah lupa kepada Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad. Kenapa perjuangan mereka dulu begitu telus tak macam sekarang? Fikirkan sejenak sebelum mahu jadi pemimpin yang dipandang baik oleh masyarakat.

Kepada semua yang bertanding, buatlah yang terbaik. Jangan asyik kata jangan terlibat dengan politik wang, tapi akhirnya nanti kantoi juga. Beri sesuatu depan atau belakang perumpamaannya sama dengan rasuah. Bertandinglah dengan cara berani.

Paling PENTING kepada semua perwakilan dan akar umbi, PILIHLAH pemimpin yang berani, tegas dan tidak takut akan sebarang perkara demi mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela nasib Melayu agar lebih terjamin.


GR kata: Tak sabar nak tengok drama Melayu yang ramai pelakonnya. Pelakon extra pun ramai tau. Hi hi hi....

Tuesday, August 27, 2013

DELIMA UMAT AKHIR ZAMAN, LEBIH PENTINGKAN HAK ASASI MANUSIA DARI PERTAHANKAN HAK ALLAH S.W.T!


Saya ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan  satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut. Ini merupakan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang telah dijamin oleh perlembagaan, selain tidak mempunyai asas dalam sejarah perundangan Islam.

Pada NGO ini, fatwa itu hanya nasihat yang tidak mengikat dari segi perundangan. Majlis fatwa bukanlah parlimen. Ia bertentangan dengan perlembagaan.

Tidakkah NGO ini sedar siapa yang duduk dalam majlis fatwa tersebut? Mereka terdiri kalangan cerdik pandai dan professional yang mahir dalam bidang agama berbanding dengan wanita jahil ini.

Jika sakit, kita jumpa doktor perubatan. Kenapa dalam hal ehwal agama kita tidak serahkan kepada yang alim? Takkan mahu serahkan hal ini kepada mereka yang menyokong ratu cantik seperti NGO ini. Nasihat saya kepada wanita ini, sarankan ahli-ahli dan diri sendiri berkahwin, bila dapat anak nanti, suruh anak masuk ratu cantik. Saya teruja nak tengok.

Saya menerima keputusan fatwa kerana mereka alim dan pakar dalam bidang. Siapa NGO ini? Sudahlah kepala tidak bertutup, baca Quranpun gagap, hanya bergantung kepada terjemahan, sembahyangnya saya tidak pasti buat ke tidak, dan sebagainya. Adakah saya boleh ikut pendapat mereka. Walaupun saya bukan lulusan agama, tetapi saya tidak akan ikut cakap NGO jahil ini. Saya tetap ikut pendapat orang agama, sebab mereka pakar. Jika pendapat mereka ‘ketat’ sedikit pun saya masih boleh terima, daripada terlalu longgar sehingga boleh melondehkan seluar dan menghalalkan LGBT.

Namun, saya setuju agar undang-undang tidak hanya dikenakan kepada ratu cantik sahaja tetapi peserta-peserta Islam yang menyertai gimrama, renang dan lain-lain pakaian berbikini.

NGO ini juga mempertikaikan penangkapan 100 orang pemuda-pemudi Muslim di pusat hiburan Zouk pada tahu 2005. Menurut orang jahil ini, keimanan tidak terbentuk dengan cara memaksa orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak mereka percayai.

Jawab saya, baru-baru ini seorang saudara baharu menfailkan perceraian kepada isteri Melayunya kerana sangat jahil. Masih minum arak, clubbing, dan sebagainya, walaupun telah berkahwin dan beranak pihak. Begitu juga adik-beradik perempuan yang lain. Adik lelakinya seorang gay.

Dalam hal ini adakah kita boleh paksa mereka menjadi baik? Jika begitulah keadaannya, tidak perlulah ada penjara dan hukuman. Bila melakukan kesalahan berat, bagi saja ceramah dan kaunseling, kemudian bebaskan.

Fahamilah Islam dalam konteks secara total. Memang, tidak ada paksaan dalam beragama sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah. Ayat ini merujuk kepada mereka yang tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam, Tetapi sudah berada dalam Islam, kenalah dipaksa ikut, setelah nasihat tidak berjalan, sebab kita telah berada dalam Islam. Seperti kita pergi sekolahlah. Kena ikut peraturan sekolah. Jika tidak mahu ikut, jangan ke sekolah.

Pelik ya! Kenapa kita tidak sokong orang tutup badan, tetapi suka lihat orang buka badan atas nama hak asasi manusia? Adakah Malaysia suatu hari nanti akan menjadi lebih barat dari barat seperti yang dah mula berlaku?

NGO ini juga berhujah bahawa rakan-rakan dan sarjana yang mereka kenali dari dunia Arab terkejut melihat bagaimana sebuah negara moden seperti Malaysia boleh begitu tertutup mindanya dalam soal Islam. Jawabnya, tengoklah jenis apa rakan tersebut. Allah tidak sebut dalam al-Quran bahawa semua orang Arab masuk syurga sis! Jika yang dijadikan rakan adalah kalangan yang suka ratu cantik, atau kalangan yang bersetuju perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki, tidak mustahil kita jadi jahil.

Kata NGO ini lagi, dosa sendiri yang tanggung, kubur masing-masing. Masalahnya, dalam Islam kita ada konsep amal makruf nahi mungkar. Jika yang mungkar tidak dicegah, ia akan merebak. Jika pencuri tidak ditangkap, habislah negara porak peranda.

Lebih jahil lagi NGO ini membandingkan ratu cantik dengan fatwa rokok, ASB dan ASN yang ada kata haram dan ada kata harus. Mana satu nak ikut. Beribu-ribu Muslim di Selangor dan Pulau Pinang melanggar fatwa tentang merokok setiap hari, tetapi tiada siapa pernah dituduh menghina Islam atau dituduh melanggar fatwa. Tetapi, apabila ada saja wanita mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, mereka segera diburuk-burukkan dan dikecam bertubi-tubi. Bagaimana pula dengan lelaki Melayu yang mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan?

Hujah ini saya boleh bersetuju dengan sis. Tetapi bina badan lelaki dan ratu cantik wanita, berbeza. Bentuk badan lelaki tidak menggiurkan berbanding wanita, kecuali sis terliur dengan bentuk badan lelaki. 
Jika nak ikut barat, biarlah berpada-pada. Jangan sampai hak asasi manusia bercanggah dengan hak Tuhan. Takut masuk neraka sis!

Kepada ratu cantik yang perasan dirinya cantik, hendaklah kami beringat. Hidup ini semakin singkat. Sudahkah bersedia untuk ke akhirat. Bagaimana dengan amal ibadat? Sudah cukup padat? Jika belum, saya ingin peringat. Hidup ni, biarlah banyak beri manfaat. Ikut apa yang Allah suruh buat. Tinggalkan apa jua maksiat. Barulah hidup akan selamat, dunia dan akhirat. - Sumber


GR kata: Manusia akhir zaman lebih pentingkan hujah ikut kepala sendiri dari ikut apa yang diperintahkan Allah S.W.T!

AISEYMAN, INI MACHA HINDRAF NAK JADI HERO TAMIL BELA NASIB GANGSTER KA? @PDRMsia @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Apa hal lah Timb Menteri sorang nie. Dia tahu ke tak apa yang dia cakap sebenarnya? Atau saja nak hentam kromo. Lu mau tunjuk hero ke apa wahai P Waythamoorthy? Lu tau ka pasal jenayah dan undang-undang?

Otak gila sewel pun ada jugak GR tengok Timb Menteri ni. Bercakap seolah-olah tak guna otak.

"Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

"Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?," katanya dalam satu kenyataan.


Jenayah punya pasal Timb Menteri di JPM ni nak tunjuk hero. Kononya dia ni membela nasib kaum India. Pembetulan ye wahai Pak Timb Menteri, lu hanya nak tutup kotornya puak gangster yang semakin berleluasa sekarang nie.

Rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan pihak Polis, kenapa anda mempersoalkan kerja mereka? Kerja anda yang dipertanggungjawabkan oleh PM Najib Razak, anda buat atau tidak? Anda dalam kabinet Kerajaan Malaysia bukannya sebagai NGO seperti dulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.

"Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

"Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?" soalanya.

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme.

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya.

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India," katanya.

Salah ke Polis buat kerja? Penjenayah yang buta warna ada ke diaorang ni tahu pada siapa mereka nak buat jenayah?



Polis dipukul oleh pendemo yang tak der otak, tak berhati perut apa cerita? Lebih teruk lagi Polis dan anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan negara di Lahad Datu, adakah ini pun dikira sandiwara sahaja?

Pemikiran Pak Timb Menteri ni jenis yang penjenayah buat apa pun boleh...tapi bila Polis itu salah ini salah. Itu macam ka?? Jenayah jangan buat main macam filem Tamil. Pemikiran harus waras jangan macam pemimpin pakatan haprak. Nyawa dan keselamatan rakyat yang harus diutamakan.


GR kata: Timb Menteri ni goyang lebih kenapa yer? Ker dia ada 'Makan Sedap' sebab jadi abg kawasan? Jeng jeng jeng....


Monday, August 26, 2013

SYABAS @PDRMsia ! TERUSKAN OPS CANTAS, KUTIP GANGSTER SAMPAI LUBAN CACING! @Zahid_Hamidi


Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan kira-kira lebih 1,000 individu kebanyakannya gengster dalam tempoh seminggu dalam satu operasi untuk membendung aktiviti jenayah dan kekerasan.

Operasi itu yang dikenali sebagai ‘Ops Cantas Khas’ bertujuan membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kira-kira 1,018 individu ditahan dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor sejak 17 Ogos lalu.

“Kebanyakan mereka yang ditahan merupakan ahli kumpulan Geng 36, Geng 08 dan Geng 04,” katanya.

Menurut beliau, polis turut merampas 13 senjata api termasuk pistol, parang dan pisau serta menjumpai 36 kereta curi.

Abdul Jalil berkata orang ramai turut memberikan maklum balas positif dan maklumat penting sejak operasi itu dilancarkan.

“Kira-kira separuh berjaya ditahan hasil maklumat yang diberikan kepada kami. Kerjasama orang ramai banyak membantu sepanjang operasi tersebut.

“Walaupun banyak maklumat diterima, kami menyemaknya dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesilapan ketika melakukan tangkapan,” katanya.

Antara maklumat sama yang diterima adalah mengenai pengumpulan individu meragukan di sebuah rumah atau tempat awam tertentu.

Abdul Jali berkata kira-kira 920 anggota polis ditugaskan di bawah operasi tersebut untuk melakukan sekatan jalan raya dan memburu penjenayah dikehendaki.

Katanya, operasi tersebut yang dilakukan antara tengah malam dan 5 pagi setiap hari adalah untuk mengurangkan jenayah serius dan mencegah jenayah lain daripada berleluasa.

“Pada minggu lalu, kami melakukan pemeriksaan ke atas 50,245 orang dan 22,956 kereta kebanyakannya motosikal. Kami tidak akan menghentikan operasi itu sehingga kami berpuas hati dengan kadar penurunan jenayah bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Ops Cantas Khas melibatkan pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, polis kontinjen negeri dan daerah berkaitan.

“Kami menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk menahan suspek,” katanya.

Di George Town, polis berjaya menahan 77 orang termasuk enam wanita berusia antara 20 dan 40 serta seorang remaja dalam beberapa serbuan pada hujung minggu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata beberapa lelaki yang ditahan itu merupakan penjenayah dikehendaki atas pelbagai kesalahan jenayah.

Biarkan apa sesetengah pihak nak cakap kononnya Polis buat kerja tak ikut SOP. Diaorang cakap macam tu sebab diaorang takut atau diaorang ada 'Saham' dalam geng kongsi gelap nie. Betul tak? Video di bawah khas buat tatapan masyarakat semua.




Dalam serbuan pertama, polis menjumpai dua bilah parang sepanjang 70cm di dalam sebuah tandas dekat kelab malam di Jalan Dr Lim Chwee Leong.

Enam wanita dan 27 lelaki, tiga daripada warga asing ditahan dalam kelab malam tersebut.

“Tiga lelaki warga asing itu bekerja sebagai pelayan tanpa permit,” kata Mohd Nasir.

Dalam serbuan kedua di sebuah kelab malam di Jalan Penang, polis menahan 33 lelaki dan seorang remaja.

“Kami akan mengambil tindakan ke atas pemilik kelab malam itu kerana membenarkan remaja tersebut memasuki premis berkenaan,” katanya.

Mohd Nasir berkata polis turut melakukan serbuan ke atas 44 rumah selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“16 suspek terlibat dalam pelbagai kes seperti melakukan rusuhan, mencederakan orang lain, merompak, pecah rumah, peras ugut dan penipuan telah ditahan,” katanya.


GR kata: Teruskan sokongan pada PDRM!

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA DS @Zahid_Hamidi ! PESANAN KHAS BUAT PENGAMAL MEDIA SOSIAL!


Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri pada hari SABTU 31 Ogos 2013 di PULAPOL Jalan Semarak, KL bermula 8 malam hingga 11malam. 
Semua rakan Facebook, Twitter dan Instagram dijemput hadir. - Zahid Hamidi




Sunday, August 25, 2013

HOT: PEGAWAI JAIS KANTOI AMBIL RASUAH! APA CITER, KATA SELANGOR BEBAS RASUAH!


Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai menyalahguna kuasa apabila bertindak menerima suapan daripada pasangan yang melakukan kesalahan khalwat sehingga berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, tiga penguatkuasa berkenaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan bakal didakwa pada minggu hadapan.

Ketiga-tiga mereka dipercayai telah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.

“Mereka dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan berkenaan malah dipercayai mampu memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan,

“Kerana terdesak dan bimbang akan dikaitkan dengan kesalahan selain menanggung malu, pasangan itu sanggup membayar tuntutan itu,” katanya.

Menurut sumber itu, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.

Katanya mereka selalunya meminta RM3000 daripada pasangan berkenaan seminggu atau dua minggu sebelum tarikh mereka didakwa.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan disiasat mengikut kesalahan 17 (A) Akta SPRM 2009.

“Dua aduan dibuat berhubung kegiatan sindiket dalam kes khalwat di Genting Highlands tahun lalu dan kes terbaru di Saujana Putra dengan nilai suapan sama iaitu RM3000.

“Dua daripada individu yang ditahan berusia 27 tahun dan 32 tahun terbabit dalam dua kes yang sama dan kaedah suapan secara tunai dan menerusi bank.

“Pasangan itu dikatakan dihubungi pasangan khalwat itu dan meminta jumlah suapan jika mahu dakwaan terhadap mereka digugurkan.

“Bagaimanapun tiga kakitangan JAIS yang ditahan itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pasangan berkenaan. Walaupun sudah membayar wang berkenaan, pasangan itu tetap juga kena dakwa,” katanya. - Antarapos.com


GR kata: Siapa Exco Agama Negeri Selangor yer? Nampak sangat tak buat kerja!!

Artikel pelbagai