Tuesday, August 27, 2013

DELIMA UMAT AKHIR ZAMAN, LEBIH PENTINGKAN HAK ASASI MANUSIA DARI PERTAHANKAN HAK ALLAH S.W.T!


Saya ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan  satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut. Ini merupakan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang telah dijamin oleh perlembagaan, selain tidak mempunyai asas dalam sejarah perundangan Islam.

Pada NGO ini, fatwa itu hanya nasihat yang tidak mengikat dari segi perundangan. Majlis fatwa bukanlah parlimen. Ia bertentangan dengan perlembagaan.

Tidakkah NGO ini sedar siapa yang duduk dalam majlis fatwa tersebut? Mereka terdiri kalangan cerdik pandai dan professional yang mahir dalam bidang agama berbanding dengan wanita jahil ini.

Jika sakit, kita jumpa doktor perubatan. Kenapa dalam hal ehwal agama kita tidak serahkan kepada yang alim? Takkan mahu serahkan hal ini kepada mereka yang menyokong ratu cantik seperti NGO ini. Nasihat saya kepada wanita ini, sarankan ahli-ahli dan diri sendiri berkahwin, bila dapat anak nanti, suruh anak masuk ratu cantik. Saya teruja nak tengok.

Saya menerima keputusan fatwa kerana mereka alim dan pakar dalam bidang. Siapa NGO ini? Sudahlah kepala tidak bertutup, baca Quranpun gagap, hanya bergantung kepada terjemahan, sembahyangnya saya tidak pasti buat ke tidak, dan sebagainya. Adakah saya boleh ikut pendapat mereka. Walaupun saya bukan lulusan agama, tetapi saya tidak akan ikut cakap NGO jahil ini. Saya tetap ikut pendapat orang agama, sebab mereka pakar. Jika pendapat mereka ‘ketat’ sedikit pun saya masih boleh terima, daripada terlalu longgar sehingga boleh melondehkan seluar dan menghalalkan LGBT.

Namun, saya setuju agar undang-undang tidak hanya dikenakan kepada ratu cantik sahaja tetapi peserta-peserta Islam yang menyertai gimrama, renang dan lain-lain pakaian berbikini.

NGO ini juga mempertikaikan penangkapan 100 orang pemuda-pemudi Muslim di pusat hiburan Zouk pada tahu 2005. Menurut orang jahil ini, keimanan tidak terbentuk dengan cara memaksa orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak mereka percayai.

Jawab saya, baru-baru ini seorang saudara baharu menfailkan perceraian kepada isteri Melayunya kerana sangat jahil. Masih minum arak, clubbing, dan sebagainya, walaupun telah berkahwin dan beranak pihak. Begitu juga adik-beradik perempuan yang lain. Adik lelakinya seorang gay.

Dalam hal ini adakah kita boleh paksa mereka menjadi baik? Jika begitulah keadaannya, tidak perlulah ada penjara dan hukuman. Bila melakukan kesalahan berat, bagi saja ceramah dan kaunseling, kemudian bebaskan.

Fahamilah Islam dalam konteks secara total. Memang, tidak ada paksaan dalam beragama sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah. Ayat ini merujuk kepada mereka yang tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam, Tetapi sudah berada dalam Islam, kenalah dipaksa ikut, setelah nasihat tidak berjalan, sebab kita telah berada dalam Islam. Seperti kita pergi sekolahlah. Kena ikut peraturan sekolah. Jika tidak mahu ikut, jangan ke sekolah.

Pelik ya! Kenapa kita tidak sokong orang tutup badan, tetapi suka lihat orang buka badan atas nama hak asasi manusia? Adakah Malaysia suatu hari nanti akan menjadi lebih barat dari barat seperti yang dah mula berlaku?

NGO ini juga berhujah bahawa rakan-rakan dan sarjana yang mereka kenali dari dunia Arab terkejut melihat bagaimana sebuah negara moden seperti Malaysia boleh begitu tertutup mindanya dalam soal Islam. Jawabnya, tengoklah jenis apa rakan tersebut. Allah tidak sebut dalam al-Quran bahawa semua orang Arab masuk syurga sis! Jika yang dijadikan rakan adalah kalangan yang suka ratu cantik, atau kalangan yang bersetuju perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki, tidak mustahil kita jadi jahil.

Kata NGO ini lagi, dosa sendiri yang tanggung, kubur masing-masing. Masalahnya, dalam Islam kita ada konsep amal makruf nahi mungkar. Jika yang mungkar tidak dicegah, ia akan merebak. Jika pencuri tidak ditangkap, habislah negara porak peranda.

Lebih jahil lagi NGO ini membandingkan ratu cantik dengan fatwa rokok, ASB dan ASN yang ada kata haram dan ada kata harus. Mana satu nak ikut. Beribu-ribu Muslim di Selangor dan Pulau Pinang melanggar fatwa tentang merokok setiap hari, tetapi tiada siapa pernah dituduh menghina Islam atau dituduh melanggar fatwa. Tetapi, apabila ada saja wanita mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, mereka segera diburuk-burukkan dan dikecam bertubi-tubi. Bagaimana pula dengan lelaki Melayu yang mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan?

Hujah ini saya boleh bersetuju dengan sis. Tetapi bina badan lelaki dan ratu cantik wanita, berbeza. Bentuk badan lelaki tidak menggiurkan berbanding wanita, kecuali sis terliur dengan bentuk badan lelaki. 
Jika nak ikut barat, biarlah berpada-pada. Jangan sampai hak asasi manusia bercanggah dengan hak Tuhan. Takut masuk neraka sis!

Kepada ratu cantik yang perasan dirinya cantik, hendaklah kami beringat. Hidup ini semakin singkat. Sudahkah bersedia untuk ke akhirat. Bagaimana dengan amal ibadat? Sudah cukup padat? Jika belum, saya ingin peringat. Hidup ni, biarlah banyak beri manfaat. Ikut apa yang Allah suruh buat. Tinggalkan apa jua maksiat. Barulah hidup akan selamat, dunia dan akhirat. - Sumber


GR kata: Manusia akhir zaman lebih pentingkan hujah ikut kepala sendiri dari ikut apa yang diperintahkan Allah S.W.T!

5 comments:

Anonymous said...

Menjadi wajib kepada semua umat islam untuk menghalang sebarang kemungkaran, termasuk perkara dan perbuatan yang menyalahi hukum & syariat islam, oleh orang islam termasuk menghina kesucian agama islam. Mereka yang bukan islam tidak tertakluk dengan halangan ini. Jadi gadis dan wanita bukan islam tidak dihalang. Perlu dijelaskan, orang islam yang tidak bersetuju dan menolak halangan yang termaktub dalam Al-Quran, maka mereka telah KUFUR islam. Hukum ALLAH adalah jelas, dan tiada kompromi. Kepada mereka yang terlibat menidak dan mempersoalkan hukum ALLAH, dinasihatkan bertaubat lah sebelum dating azab ALLAH. Sekadar menasihat untuk saudara seislam.

Anonymous said...

Moga sempat bertaubat.

Anonymous said...

bah. Pertama:

NGO Sister in Islam yg. disyaki ejen Yahudi/Kristian Zionis, yg ditaja CIA-MI6-Mossad, memang MENGHANCURKAN Islam/umatnya! ('Sister' dlm Kristian ialah 'nuns' - saya syak ini mesejnya!). Mufti, ‚scholar‘ yg sungguh tinggi ilmu Islamnya, keluar fatwa di NEGARA ISLAM pusaka kita, dihentam tetapi pope yg keluar hukum agama Kristian tak pula diHENTAM si HIPOKRIT Sister DAJAL ini!

Tengok EVANGELIS Star begitu GALAK menyiarkan si 'Islam' liberal dari Sister in Islam ini yang MENGHINA fatwa Mufti di http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Sharing-The-Nation/Profile/Articles/2013/08/04/The-essence-of-fatwa.aspx, Only in Malaysia: where we have gone wrong with fatwa, by ZAINAH ANWAR,Sunday August 4, 2013.

Dahlah si Zainah ini hanya bekas wartawan - apa jenis dan taraf ilmu Islam dia ada untuk mempertikaikan fatwa Mufti dlm Islam - sedangkan fatwa bukan sekadar pandangan tetapi "mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus....sesuatu pandangan hukum/fatwa terhadap sesuatu isu itu adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam...." (http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa, Apa Itu Fatwa?, JAKIM, Ahad, 4 Ogos 2013).

Si liberal dari Sisters in Islam ini bilang hanya individu berhak menentukan moralnya (sebelum itu satu lagi wanita Melayu Pengarah Editor NST yang mempertahankan bela anjing) - dlm agama Kristian pun, Pope mereka di Vatican ada keluarkan hukum yang mesti dikuti puak Katholik utk jadi panduan moral dan hidup masyarakat Kristiannya. Tapi beribu paderinya mencabul kanak-kanak sampai berdekad – kerana sebenarnya hukum moral individu mereka lebih penting dari hukum agama -apasal tak dihentam si Sister HIPOKRIT!

Ya, memang hukum agama Kristian ini boleh diikuti atau tidak di Barat di zaman skrg, tetapi puak anti-Tuhan terutamanya penganut gereja syaitan Barat (Satanic church/cult) MEMAKSA semua masyarakat Barat mengikut hukumnya - contohnya membiasakan (normalize) pornografi (termasuk pemakaiandan perangai harian yang lucah – bukan hanya di filem)/pelacuran, sikap amat-benci-Tuhan, penagihan dadah/alkohol, kebebasan seks termasuk golongan homoseksual dan si pencinta-seks buas-dgn-binatang, dsbnya, yg MEROSAKKAN moral dan minda jenerasi muda terutamanya. Contohnya di Internet dan TV, iklan/filem pornografi meluas termasuk di siaran biasa di TV, contohnya di Jerman - siaran sukan pun ada sampai wanita telanjang, dan filem Hollywood yang selalunya memperjuangkan kebebasan seks/dadah/alkohol! Dan ini DIPAKSA ke atas semua termasuk umat Islam di Barat - jika mereka menentang, mereka dituduh fanatik atau 'kuno', sedangkan si Barat yang MEMAKSA hukum syaitan yg sgt jijik itu, ke atas semua, itu dipandang hormat sebagai liberal/moden!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.


Anonymous said...

Bah. Kedua:

Juga undang-undang sukan/budaya yang memaksa wanita untuk separuh telanjang seperti dgn bikini - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan renang/gymnastik/bola tampar pantai, atau untuk hobi contohnya?! Jadi undang-undang/budaya Barat ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA ABDI seksual dlm. pelbagai sudut.

Maka, inilah demokrasi/hak asasi SAMPAH Barat-Zionis seperti yang diagungkan sgt oleh golongan liberal 'Islam' (ramai yg telah Murtad secara senyap atau Bukan Islam menyamar jadi Islam) yg sebenarnya begitu CETIK ilmu dan fikiran mereka, tapi begitu BONGKAK! Lagipun Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN di Tanah Melayu ini, dan umat Islam, terutamanya jenerasi muda, perlukan bimbingan fatwa dan Mufti/Imam/Ustaz/Ustazah, jadi apa hak si liberal ini nak HINA cara hidup dan undang-undang Islam, yang jelas lebih baik dari kejatuhan moral dan tamadun Barat yang si Barat cuba PAKSA ke atas seluruh dunia termasuk ke atas Dunia Islam!

Jadi, baiklah si liberal-liberal 'Islam' kembali BERTAUBAT kerana ALLAH SWT Maha PENGAMPUN, dan buangkanlah sifat bongkak mereka mengagungkan tamadun dan moral Barat yang PENIPU dan HIPOKRIT semata! Dan kalau tak mahu lagi jadi orang Islam, tak payahlah MENYOROK dan cuba MENGHINA Islam/umatnya berterusan. Kalau dah benci sgt Islam/sebarang hukum Islam, mengaku sajalah siapa dirinya yg sebenar, contohnya sbg BUKAN Islam ejen Yahudi/Kristian Zionis, sebelum nak MENGHINA Islam/umatnya!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Si pencinta-seks buas-dgn-binatang - di Jerman contohnya, MEROGOL binatang, terutamanya ANJING, adalah sah dlm segi undg-undg (walaupun baru ditukar) - memang dasar budaya Syaitan di Barat ini! Lepas itu MELALAK mereka cinta pd. ANJING!


Makcik Sambal Belacan.

Artikel pelbagai