Friday, August 30, 2013

TANDA PUTERA, CERITA YANG JATUHKAN BANGSA MELAYU SENDIRI? #tandaputera


Akhirnya bernafas di pawagam...itulah tema untuk iklan filem Tanda Putera. Ramai yang melihat filem ini membawa kesedaran pada masyarakat tentang erti perpaduan antara kaum. Kisah sejarah yang diertikan dalam filem dibuat khas untuk masyarakat.

Apa yang menyedihkan GR di sini, kenapa tiada sebarang penyelidikan terperinci untuk membuat filem ini. Memang benar untuk membuat filem perlu ikat kontrak dengan artis dan juga krew filem. Apa salahnya buat suatu kerja itu lama dan teliti dan cara ikat kontrak dengan artis perlulah mengikut watak atau scene yang dijalankan. Jangan asyik nak kejar dateline saja.

Pandangan GR ini bukan masalah teknikal. Ini masalah produksi itu sendiri. Producer dan Director apa kerja yang korang buat? Cerita bagus tapi korang sendiri yang jatuhkan martabat filem Melayu itu sendiri. Pemilihan prop, konti dan sebagainya macam mana korang pilih. Dalam filem ini berapa banyak konti yang GR lihat lari dari peringkat awal. Permulaan shooting konti dah lari. Bukankah buat suatu filem atau drama...konti itu penting kerana mahu selarikan jalan cerita dan penting iannya logik akal.



Pada produksi filem atau drama buat sesuatu perlulah logik akal. Masalah-masalah macam ini cuma akan kena pada diri sendiri balik. Pakatan haprak duk bising sana sini nak boikot agar filem ini tak ditayangkan tapi diri kita sendiri yang bikin kantoi sendiri. Jangan suka sangat bagi tengkuk untuk orang senang nak pancung.

Secara keseluruhannya filem ini bagus. Bagus untuk generasi muda dan boleh lagi dikupas lipatan sejarah dengan lebih dalam perkara sebenar yang terjadi pada ketika zaman pemerintahan Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Buat suatu yang boleh menyedarkan masyarakat tentang erti hormat antara satu sama lain dan yang paling penting tidak menyentuh isi hati antara kaum dan semua pihak boleh menerima dengan hati terbuka. Yang melalak tu sebab diaorang takut. Berani kerana benar, takut kerana salah!


GR yakin semua lapisan masyarakat tak kira kaum menerima baik bila menonton filem Tanda Putera ini. Mereka yang berfikiran secara waras dan rasional yang boleh menilai baik dan buruk. Pada industri seni di Malaysia, buatlah yang terbaik dengan menghasilkan karya yang terbaik agar industri filem di Malaysia terus berkembang diterima serata dunia.


GR kata: Usaha tangga kejayaan. Buat sesuatu guna otak bukan guna nafsu!

No comments:

Artikel pelbagai