Thursday, April 17, 2014

KENAPA MASIH ADA MANUSIA YANG BODOH BERTINGKEK-TINGKEK? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA


Inilah sikap manusia yang boleh dikategorikan sebagai penakut kerana hanya pandai bercakap di alam maya tanpa menghiraukan sikap sensitiviti antara perkauman. Apa yang mereka tahu hanyalah kepuasan untuk diri mereka sendiri atau pun sesetengah pihak.

Hari ini ramai yang bercerita perihal mendiang Karpal Singh. Kemalangan maut yang tragis itu ditangisi oleh puak DAP dan juga geng pakatan pembangkang. Mereka telah hilang orang yang dikatakan dapat memegang 'telur' Anwar.

Apa pun GR ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Sebenarnya adakah kita perasan, setiap kali terjadinya suatu tragedi pasti akan ada komen yang BANGANG di laman sosial. Apakah kematian manusia yang kafir boleh disamakan dengan kewafatan Rasulullah S.A.W?

Adakah acc. Facebook ini fake atau tidak, GR tak pasti. GR yakin masyarakat mahu pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya pada mereka ini. Jika undang-undang kita tak berapa kuat, PERKUATKANLAH demi masa depan keselamatan masyarakat dan negara terjamin.

Kenapa perlu hina Islam dan pemimpin-pemimpin kita? Tak kiralah parti politik mana yang kita sokong, perlu ker kita menghina satu sama lain?

Pada umat Islam, kita boleh bersimpati atas kehilangan rakan kita yang bukan Islam. Tapi perlukah kita perlakukan mereka seperti orang Islam. Ramai sekarang yang suka berkata R.I.P (Rest In Peace), adakah kita faham dengan maksud yang kita sampaikan pada mereka yang bukan Islam atau pun yang beragama Islam?

GR kongsikan sedikit pengetahuan di bawah:

Mungkin kalau kita tahu bait penuh ucapan “Rest in Peace” atau RIP, kita tidak akan berani mengucapkannya lagi. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.

Persoalannya, apakah hukum umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan Islam? Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.

Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati.


GR kata: Puak yang suka cari salah orang memang jenis tak der otak!!

SAYA TAK TAHU ITU KARPAL - SAKSI UTAMA KEMALANGAN


Malam tadi berlaku kemalangan membabitkan MPV Alphard di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah.

Mangsa yang terkorban membabitkan ahli parlimen berasal dari Pulau Pinang Karpal Singh dan pembantunya.

GR ingin ucapakan salam takziah pada keluarga mangsa dan bersabar dengan dugaan yang mereka terima. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera. Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut. Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.


GR kata: Daripada DIA kita datang, kepada DIA jugalah kita kembali.

Tuesday, April 15, 2014

POCA DILULUSKAN DI PARLIMEN! PENJENAYAH DIPAKAIKAN EMD, MANA MAU LARI! @Zahid_Hamidi @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA



RINGKASAN KRONOLOGI SEPANJANG PERBAHASAN:
Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang di bawa oleh ahli Parlimen pembangkang ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.

Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap

Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam telah bersidang sehingga jam 1 pagi tadi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.

Cubaan ahli Parlimen PR untuk menghentikan bacaan kali kedua rang undang-undang pencegahan jenayah itu melalui usul belah bahagi - GAGAL kerana majoriti ahli Parlimen MENYOKONG pindaan berkenaan.

Rang undang-undang berkenaan kemudiannya di bawa ke peringkat Jawatankuasa dan dibahaskan.

Selain pemimpin politik, anggota badan pertubuhan bukan kerajaan dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut membantah pindaan akta berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut mengadakan demonstrasi di perkarangan Parlimen minggu lalu dan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang dilihat turut hadir sebelum proses pengundian bermula termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


GR kata: Banyak perubahan baru dibuat, itu pun masih ada kata Pak Menteri nie tak buat kerja!

Monday, April 14, 2014

#BOC: 3 Orang Individu Dapat Residen Pass Harus Tampil Ucap Terima Kasih Pada Kerajaan! @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Pasca 2004, dilaporkan berduyun-duyun rakyat Malaysia yang berniat untuk migrasi di United Kingdom ingin pulang ke tanah air. Ini kerana kelompok mereka telah digelar sebagai "PATI" yang duduk di sana secara tidak sah. 

Malah dilaporkan segelintir mereka sudah ditangkap dan ditahan kerana sudah "overstay".

Mahu tidak mahu, kumpulan ini terpaksa merujuk kembali kepada negara asalnya. Hanya ada satu jalan sahaja untuk mereka mempunyai tempat berteduh dan bermaustautin rapat dengan sanak saudara mereka iaitu dengan "Pass Residen".

Dari tahun 2005 hingga 2011, kumpulan ini tidak putus-putus memohon Pass Residen bagi membolehkan mereka kembali ke Malaysia.

Kerajaan dengan tegas telah menolak dan menapis permohonan tersebut sehinggalah pada April 2011, hanya 3 orang saja diberi kelulusan Pass Residen tersebut. Selepas menjalani proses yang teliti, 3 individu terbabit telah memasuki Malaysia pada pertengahan 2013 dan awal 2014.

Sebenarnya, apa yang ingin dikongsikan ialah status Pass Residen yang diberikan menandakan Malaysia telah menganggap kumpulan ini sebagai warga asing bukan lagi rakyat Malaysia.

Pada tahun 2014, Malaysia tetap bertindak rasional kerana KDN telah menolak permohonan berjumlah 2,384 kewarganegaraan Malaysia dari warga negara asing.

Begitulah berebut-rebutnya rakyat negara lain ingin menjadi warganegara Malaysia.

Sebagai rakyat di bumi bertuah ini, kami mendesak 3 individu terbabit tampil dan mengucapkan terima kasih kepada negara kita. Adakah benar hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri jauh lebih baik di negeri sendiri.


GR kata: Jangan mudah terpedaya dengan main musuh negara!!

Sent from Samsung Mobile

Artikel pelbagai