Friday, November 1, 2013

UDA HOLDINGS BUAT HAL LAGI? BOSS BESAR GOYANG KAKI JER KER? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


UDA Holdings Bhd. (UDA) digesa memberikan penjelasan berhubung status pembangunan Pulau Jerejak di Pulau Pinang yang didakwa mengenepikan syarikat bumiputera.

Gesaan tersebut disuarakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) yang turut meminta UDA menjawab persoalan sama ada syarikat milik kerajaan (GLC) itu telah menganugerahkan projek pembangunan berkenaan kepada syarikat bukan bumiputera.

"Apakah benar (dakwaan mengenepikan syarikat bumiputera)? Jika benar, mengapa keputusan itu diambil? Apakah ia sudah mengambil kira semua aspek?

"Benarkah tiada syarikat bumiputera yang layak?" soalnya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ruangan Awang Selamat yang antara lain turut mempersoalkan sama ada UDA telah melantik syarikat bukan bumiputera dalam projek pembangunan di Pulau Jerejak.

Azwanddin berkata, jika dakwaan tersebut benar, tindakan UDA itu dilihat menghairankan kerana banyak syarikat bumiputera yang berwibawa dalam melaksanakan projek terbabit.

"Jika tiada syarikat bumiputera diberi hak, kenapa tidak dibuat secara usahasama? Oleh itu, JMM mahu tahu komitmen pengurusan UDA dalam melaksanakan agenda asalnya.

"Apakah UDA sudah lupa asal usul? Pimpinan tertinggi UDA mesti memberikan penjelasan meyakinkan. Jika agenda asal tidak dipertahankan, kita juga mahu mendapatkan penjelasan apa pula agenda terbaharu UDA?" soalnya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan UDA supaya kembali kepada agenda asal penubuhan iaitu memperkasakan bumiputera. - UM


GR kata: Nak tolong Bumiputera ker sembang jer lebih?

TAK MUNGKIN MASALAH 5 TAHUN BOLEH SELESAI DALAM MASA 5 BULAN! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia @NajibRazak


Adakah setiap perkara yang berlaku itu disebabkan berpunca atas kesilapan seseorang kerana kurang berikan perhatian? Setiap insiden buruk yang berlaku adakah kita semua sudah bersedia dengan serta merta? Jika ianya berlaku perlukah kita terus menunding jari pada sebelah pihak saja?

Kadang ada peliknya juga dengan pemikiran segelintir masyarakat yang hanya tahu menyalahkan sebelah pihak tanpa memikirkan sesuatu yang lebih baik. Ada yang lebih malang lagi, mereka buat keputusan tanpa buat sebarang usul periksa ke atas setiap perkara yang berlaku.

Contoh dalam insiden rompakan dan bunuh terhadap pegawai Ambank baru-baru ini. Adalah baik sekali reaksi yang disuarakan oleh masyarakat mahukan pembunuh tersebut diberkas dengan segera. Tapi masih ada pihak yang jadi pandai sendiri macam dialah paling hebat dalam semua bidang. Bukankah beberapa suspek telah pun ditahan Polis termasuk isteri suspek utama untuk membantu siasatan. Kenapa pihak yang tunjuk pandai ni tak nyatakan perkara tersebut?

GR hanya mahu bertanyakan pada pihak yang nak tunjuk pandai, adakah benar beliau ingin menyatakan bahawa KDN sekarang hanya pandai cakap dari buat kerja? Baca blog tue DI SINI

Kronologi insiden syarikat kawalan keselamatan:

23/10/2013
- Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2013 sekitar pukul 6.18 petang di bilik kebal ketika mangsa bersama-sama bersama empat lagi pegawai bank.
- Suspek (pengawal keselamatan) telah menembak mangsa (Norazita Binti Abu Talib) menggunakan senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa yang sedang membuka peti di bilik kebal dan melarikan wang dalam jumlah lebih kurang RM450,000.

28/10/2013
- KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.

29/10/2013
- KDN arahkan semua syarikat kawalan keselamatan seluruh negara gunakan kaedah BIOMETRIK bagi mengesahkan status pengawal keselamatan yang diambil bekerja.
- Langkah ini segera dilaksanakan bagi mengenalpasti warga asing yang miliki kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

30/10/2013
-  Jab Pendaftaran Negara (JPN) diarah ambil tindakan pada kira-kira 600 syarikat kawalan keselamatan dan telah melakukan pemeriksaan MyKad Pengawal Keselamatan secara biometrik di beberapa lokasi di seluruh negara.

31/10/2013
-  Syarikat pengawal keselamatan, Kawalan Prima Sdn. Bhd. diharamkan beroperasi serta-merta selepas pembatalan lesen syarikat itu semalam.
- Mana-mana pelanggan atau organisasi yang menggunakan perkhidmatan syarikat Kawalan Prima perlu membatalkan kontrak bersama syarikat berkenaan.
- Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN telah mengambil tindakan pergi ke ibu pejabat syarikat berkenaan dan beberapa cawangan untuk memastikan mereka tidak lagi beroperasi.

Sekiranya tindakan yang diambil oleh KDN dalam tempoh kurang 5 hari waktu bekerja dianggap tidak cukup pantas, berilah peluang kepada Menteri KDN yang baru ini selama 5 tahun (perlu diingat, beliau baru saja dilantik sebagai Menteri KDN selama 5 bulan)


GR kata: Mana lebih baik? 'Amaran' atau tindakan terus diambil...fikir-fikirkanlah yer!!

Wednesday, October 30, 2013

#PRKsglimau: ISLAM PAS HALALKAN CARA BERKEMPEN MAKAN DIRI SENDIRI!


Dalam keghairahan Pas menyerang bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, parti itu akhirnya terperangkap dengan 'kegelojohan' sendiri.

Ia berikutan terdedahnya taktik parti itu menerusi teknik photoshop bagi menampal wajahnya calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan akhbar itu sendiri menyifatkan ia taktik terdesak Pas untuk meraih sokongan.

Biar pun Pengarah Operasi Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah mengatakan parti itu langsung tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada, namun ia belum memuaskan hati banyak pihak.

Ini memandangkan adalah tidak munasabah Pas yang dianggap 'cukup hebat dan bijak' menghasilkan risalah-risalah boleh terlepas pandang kepada satu produk yang cukup penting dalam pilihan raya.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika 'kesilapan' itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), sudah pastilah Pas akan menyerang habis-habisan parti lawannya itu dan akan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mendesak BN meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan.

Oleh itu, kalau benarlah, Pas dalam tempoh seminggu berkempen ini begitu menjaga perasaan ahli keluarga Allahyarham Azizan maka mereka perlu meminta maaf secara terbuka.

Pas harus mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dengan berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita".

Apakah alasan "kita semua manusia biasa…" ini akan terpakai kalau ia terjadi kepada BN dan UMNO, sudah pasti tidak. Oleh itu tidak perlulah Pas cuba menunjukkan seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dalam soal ini.

Namun apa yang berlaku bukanlah perkara pelik kerana Pas sememangnya sejak awal kempen memang mahu mengaitkan calon mereka dengan Allahyarham Azizan, apabila menyatakan Mohd. Azam adalah anak didik Allahyarham sedangkan dakwaan itu tidak benar.

Sekarang ini pun, oleh kerana mengetahui pengaruh Allahyarham Azizan yang cukup hebat di Sungai Limau, Pas cuba menggunakan sentimen Allahyarham Azizan dengan memasang kain rentang memaparkan wajah Allahyarham. Tetapi semua orang tahu bagaimana layanan politik sesetengah pemimpin Pas Kedah terhadap Allahyarham Azizan ketika Allahyarham menjadi menteri besar.

Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pas bersandiwara lagi dalam soal ini dan janganlah berpura-pura kerana akhirnya kebenaran pasti akan menewaskan kepalsuan, begitulah juga dalam kempen pilihan raya ini. Percayalah!!!


GR kata: Puak PAS lebih percayakan Pok Nik dari kuasa Allah S.W.T

KASIHAN AWEKS CUN NIE, TAK MERASA NAK JADI ISTERI ORANG!!


Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.

“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.


GR kata: Kalah artis popular, kahwin macam main celop-celop!!

#PRKsglimau ANWAR ARAH PKR BOIKOT PAS KEMPEN DI SG LIMAU SEBAB GILA JAWATAN!


Ini lah dia kalau manusia yang gila kuasa, semua hal mesti diberikan keutamaan pada si dia atau pun kuncu-kuncu mereka. Lihat sendiri PRK Sg Limau siapa sebenarnya yang bertanding?

Korang mesti jawab PAS vs BN yang bertanding kan? Semua orang tau..budak sekolah kat sini pun tau PAS dan BN bertanding…tak payah nak citer lah kan!

Tapi yang bestnya.. Ir Zamri telah mengeluarkan arahan kepada semua jentera  kerja PKR mogok dan jangan turun ke kawasan PDM masing masing. Semua pakat merajuk macam budak tak cukup sifat.

Kenapa...??? Rupa-rupanyanya puak PKR ni mogok sebab membantah pihak SPR yang melarang PKR daripada memasang bendera PKR di seluruh Dun Sg Limau.

SPR mempunyai sebab yang kukuh sebab PKR tidak bertanding di PRK Sg Limau, yang bertanding adalah parti khawarij PAS bukannya PKR! Merajuk sebab diaorang tak dapat kontrak projek pasang bendera.

Anwar arahkan Ir Zamri sampaikan arahannya pada keparat-keparat PKR mogok apa kejadahnya pulak? Orang lain yang bertanding, orang lain pula yang lebih kuah dari sudu. Sepatutnya sibuk gantung bendera PAS..tapi sibuk nak gantung bendera berlambangkan mata dajal tue!!!


GR kata: Bendera mata dajjal, perangai pun sama jerk!!

Monday, October 28, 2013

#PRKsglimau: ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM! ADA JUGA ORANG ISLAM PERANGAI MACAM NIE! @MukhrizMahathir @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi


Alhamdulillah GR telah pun selamat sampai di DUN Sg Limau. Suasana kampung yang sangat tenang dengan penduduknya yang peramah dan berbudi pekerti yang baik membuatkan siapa saja tenang bila tiba di sini.

Dalam ketenangan dan kesenangan penduduk di Sg Limau, ada yang menjadi bual bicara penduduk di situ dan pada hakikatnya memalukan mereka sendiri. Sebabnya ada di antara saudara mara mereka juga terbabit dalam insiden yang tak menggunakan akal fikiran kerana sudah tepu dalam otak mereka dengan penipuan pakatan haprak.

Lebih kurang 2 hari lepas, lebih 250 orang solat  berjemaah di Masjid Sg Dedap bersama kariah Sungai Dedap di kawasan Sg Limau.

Apa yang menariknya solat Zohor kali ini diimamkan sendiri oleh YAB TPM Tan Sri Muhyiddin. Hanya disebabkan TS Muhyiddin menjadi imam beberapa penyokong PAS tidak jadi untuk solat berjemaah bersama sebaik sahaja mengetahui imam yang di depan sekali adalah Tan Sri Muhyiddin.

Inilah sikap khawarij PAS yang mengharamkan yang halal dalam fahaman mereka. Para khawarij ini diajar sebegitu rupa hingga haram makan sembelihan orang UMNO.

Puak khawarij ini juga menganggap mereka sahaja yang Islam, yang tidak menyertai mereka adalah kafir. Persoalannya ada ker dalam Al-Quran menyatakan untuk menjadi seorang Islam perlu mengikut sesebuah parti. Untuk berjaya dalam perlulah ikut perintah Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W kan? Nik Aziz tu confirm berjaya ker??


Gambar di atas adalah menjadi bukti satu masjid ada 2 imam. Mereka sanggup untuk tidak berjemaah kerana di depan sana imamnya adalah pemimpin UMNO. Macam ni punya Islam pun ada ker? Malukan umat Islam itu sendiri. Inilah contoh terbaik puak PAS, masyarakat nilailah sendiri mana yang berlandaskan Islam atau tidak.

Macam mana orang bukan Islam nak dekat dengan Islam kalau ada fahaman yang macam nie. Renung-renungkan....selamat beramal.


GR kata: Islam bukannya harus dinilai dari segi luaranya saja...dalamannya itu sangat penting.

#PRKsglimau: OSTAJAH ABBY TAK MALU DENGAN SUAMI SENDIRI? MASIH MAHU GELI-GELI YER?


Dah lama rasanya kita tak dengar Ostajah PAS yang entah ke mana pengetahuan Islamnya. Selepas berkahwin dengan anak ikan muda GR ingat beliau sudah mulai mengenali erti kebenaran tapi nampaknya makin ke laut la pulak.

Si suami GR tengok macam sudah terkena 'ubat kangkang' si ostajah ni, hanya menjadi 'Pak Turut' dalam setiap kelakuan Ostajah Abby ni. Macam biasalah kan bila seseorang dah join PAS secara automatik akan dapat 'Ijazah Kehormat' dan terus dilabel sebagai Olamak, Ostad dan Ostajah.

Dalam ceramah mereka termasuk Ostajah gedik nie seperti biasa menggunakan mazhab Nik Ajis yang boleh menjatuhkan hukum pada sesiapa pun yang tidak menyokong mereka. Terbaru dalam kempen PAS di Sg Limau, Ostajah gedik ni menyatakan gejala maksiat dalam dunia hiburan di Malaysia adalah disebabkan UMNO dan dosa-dosa harus ditanggung oleh UMNO atas tingkah laku celebriti Malaysia.

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.


Gambar di atas menunjukkan tempat ceramah HOT Ostajah Abby berkempen di Sg Limau. Lihat sendiri berapa ramai yang datang mendengar ceramah si gedik ni. Pada orang-orang UMNO pula, jangan cepat bermegah dengan melihat kurangnya sambutan ceramah puak-puak PAS nie.

Teruskan kerja kuat korang dan GR juga turun bersama anda membantu untuk kemenangan BN di Dun Sg Limau. Umat Islam seharusnnya bersatu janganlah berpecah belah macam sekarang, yang happynya puak-puak Yahudi.

Dosa dan pahala bukannya atas urusan kita, itu semua urusan Allah S.W.T. Sebagai umat Islam kita harus buat perintah Allah S.W.T dan tinggalkan larangan-NYA.


GR kata: Suku sakat Phahrolrazi tak boleh pakai. Baik lagi arwah Ust Azizan...betul tak??

#GST: RAKYAT KENA KELENTONG DENGAN @NajibRazak? TAHU KER APA ITU GST?


Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ramai pihak termangu dan tertanya-tanya apakah itu GST dan apakah kesan perlaksanaannya kepada orang ramai.

Kebimbangan yang wujud dalam kalangan orang ramai ialah GST adalah satu cukai tambahan kepada cukai yang sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan seperti yang dikenakan sekarang.

Ketika ini cukai jualan dan cukai perkhidmatan dikenakan secara berasingan dengan kadar-kadar kira-kira 16 peratus untuk produk dan perkhidmatan tertentu antaranya restoran dan hotel.

GST Ganti Sistem Dua Cukai Sebelum Ini

Menurut Najib pada pembentangan Bajet 2014 semalam di Parlimen, GST sebenarnya bukan cukai tambahan sebaliknya cukai menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini.

“Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan. Dua cukai dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan GST.

“Ringkasnya, perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan yang baru,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

GST akan dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 April 2015 kira-kira 17 bulan dari sekarang dengan kadar hanya enam peratus.

Kadar GST Malaysia Enam Peratus Terendah Di ASEAN

Kadar GST di Malaysia adalah yang terendah dalam kumpulan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.

Kerajaan mengambil kira bebanan dan tanggungan rakyat dalam memansuhkan sistem cukai sebelum ini dan menggantikan ia dengan hanya satu sistem sahaja di seluruh negara sekaligus menjadikan ia adil dan saksama.

Jika dilaksanakan sistem seperti ini, beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis barangan itu.

Barang Makanan Dan Perkhidmatan Asas Tidak Dikenakan GST

Kepada rakyat, kerajaan tidak akan mengenakan GST kepada barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan rempah ratus.

Jaminan GST tidak akan dikenakan juga kepada perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST.

Bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan bagi pengguna tempatan tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah juga tidak dikenakan GST.

Bagi memudahkan dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika perlaksanaan cukai ini nanti, kerajaan turut memberi pelagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut.

Antaranya kerajaan akan memberikan wang tunai secara sekali bayaran sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah yang menerima Bantuan Raykat 1Malaysia (BR1M).

Bagi cukai pendapatan individu, kerajaan akan mengurangkan satu hingga tiga mata peratus untuk pembayar cukai.

Dengan perlaksanaan itu, terdapat kira-kira 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Guna 17 Bulan Tempoh Sebelum Perlaksanaan Beri Penerangan

Kerajaan sewajarnya menggunakan tempoh 17 bulan sebelum perlaksanaan GST untuk memberi penerangan kepada rakyat di seluruh negara tentang apa sebenarnya GST terutamanya kepada penduduk di luar bandar.

“Ramai yang keliru bahawa GST ialah sistem cukai baharu, mereka wajib diberi pendedahan atau pemahaman terhadap GST bagi mengelak timbul rungutan apabila GST dilaksanakan kelak.

“Kerana itu kerajaan perlu ambil inisiatif untuk pastikan orang ramai betul-betul faham dengan GST ini, agensi atau jabatan kerajaan yang berkenaan perlu membuah hebahan atau penerangan dalam tempoh yang ada iaitu 17 bulan dari sekarang,” katanya dalam laporan Bernama.

Pembangkang Dakwa GST Akan Beri Kesan Buruk

Biarpun pakatan pembangkang terus mengkritik dan menentang habis-habisan GST ini, ekoran ia dikatakan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi tempatan, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan pelbagai insentif lain bagi meringankan beban rakyat.

Kerajaan sudah menegaskan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil, ada kalanya kerajaan perlu membuat keputusan kurang popular sebaliknya memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, lebih 160 buah negara telah pun mula melaksanakan GST dan ada diantaranya lebih mundur dari Malaysia tetapi ia memberi kesan yang baik kepada negara mereka.

Jika GST adalah satu sistem yang teruk dan membebankan rakyat, tidak mungkin hampir seluruh negara di dunia sudah pun mula mengamalkan sistem ini.

Bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, Bajet 2014 itu disifatkan beliau sebagai menghukum rakyat terutamanya dalam perlaksanaan GST.

Menerusi laporan Malaysiakini, menurut Anwar belanjawan kali ini seperti menyebelahi syarikat dan orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

“Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST,” kata ketua pembangkang itu.

Jika dilihat dari kata-kata Anwar, bagaimana boleh kita mempercayai kata-katanya kerana ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, belanjawan negara tidak langsung menyebelahi orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada ketika itu, Anwar mengumumkan beberapa kenaikan faedah ke atas pinjaman peribadi dan langkah berjimat cermat dengan menaikkan kadar faedah berkaitan pinjaman syarikat yang sekaligus menyekat pertumbuhan.

GST Dengan Kadar Cukai Lebih Rendah

Jika dilihat pada asasnya, kadar cukai GST yang bakal dikenakan ialah secara rata enam peratus di seluruh negara berbeza daripada jumlah maksium yang dikenakan sekarang iaitu 16 peratus.

Selepas 1 April 2015, semua cukai yang dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan barangan yang boleh dicukai hanya akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus sekaligus bakal mengundang kesan positif.

Apabila peratus cukai sebelumnya adalah lebih tinggi, pasti akan ada penurunan dari segi harga apabila kadar peratus cukai baru dikenakan. Kita tunggu dan lihat nanti. – mynewshub


GR kata: Bang Non tak biasa bayar cukai ker?

MOHON SEBARKAN! FACEBOOK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DIKESAN! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.

Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.



Kepada pembaca sekalian, marilah kita bantu pihak Polis sehingga tertangkapnya manusia yang tak berhati perut ni. Pada mereka yang cuba ingin mempolitikkan kes pembunuhan ini, hentikanlah sebab korang semua tak ada otak.

Inilah masanya gunakan Akta PCA terhadap penjenayah yang buta warna ni. Dan jangan cuba untuk mencabar pihak Polis. GR yakin Polis pasti dapat menangkap binatang ni. Tahniah GR ucapkan pada KDN kerana dengan serta merta MENAMATKAN LESEN syarikat security yang sebagai majikan kepada pembunuh.


GR kata: Mari kita cari sampai lubang cacing, jangan takut kalau terjumpa. Heret terus ke balai polis berdekatan.

Artikel pelbagai