Adakah setiap perkara yang berlaku itu disebabkan berpunca atas kesilapan seseorang kerana kurang berikan perhatian? Setiap insiden buruk yang berlaku adakah kita semua sudah bersedia dengan serta merta? Jika ianya berlaku perlukah kita terus menunding jari pada sebelah pihak saja?
Kadang ada peliknya juga dengan pemikiran segelintir masyarakat yang hanya tahu menyalahkan sebelah pihak tanpa memikirkan sesuatu yang lebih baik. Ada yang lebih malang lagi, mereka buat keputusan tanpa buat sebarang usul periksa ke atas setiap perkara yang berlaku.
Contoh dalam insiden rompakan dan bunuh terhadap pegawai Ambank baru-baru ini. Adalah baik sekali reaksi yang disuarakan oleh masyarakat mahukan pembunuh tersebut diberkas dengan segera. Tapi masih ada pihak yang jadi pandai sendiri macam dialah paling hebat dalam semua bidang. Bukankah beberapa suspek telah pun ditahan Polis termasuk isteri suspek utama untuk membantu siasatan. Kenapa pihak yang tunjuk pandai ni tak nyatakan perkara tersebut?
GR hanya mahu bertanyakan pada pihak yang nak tunjuk pandai, adakah benar beliau ingin menyatakan bahawa KDN sekarang hanya pandai cakap dari buat kerja? Baca blog tue DI SINI
Kronologi insiden syarikat kawalan keselamatan:
23/10/2013
- Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2013 sekitar pukul 6.18 petang di bilik kebal ketika mangsa bersama-sama bersama empat lagi pegawai bank.
- Suspek (pengawal keselamatan) telah menembak mangsa (Norazita Binti Abu Talib) menggunakan senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa yang sedang membuka peti di bilik kebal dan melarikan wang dalam jumlah lebih kurang RM450,000.
28/10/2013
- KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.
29/10/2013
- KDN arahkan semua syarikat kawalan keselamatan seluruh negara gunakan kaedah BIOMETRIK bagi mengesahkan status pengawal keselamatan yang diambil bekerja.
- Langkah ini segera dilaksanakan bagi mengenalpasti warga asing yang miliki kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
30/10/2013
- Jab Pendaftaran Negara (JPN) diarah ambil tindakan pada kira-kira 600 syarikat kawalan keselamatan dan telah melakukan pemeriksaan MyKad Pengawal Keselamatan secara biometrik di beberapa lokasi di seluruh negara.
31/10/2013
- Syarikat pengawal keselamatan, Kawalan Prima Sdn. Bhd. diharamkan beroperasi serta-merta selepas pembatalan lesen syarikat itu semalam.
- Mana-mana pelanggan atau organisasi yang menggunakan perkhidmatan syarikat Kawalan Prima perlu membatalkan kontrak bersama syarikat berkenaan.
- Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN telah mengambil tindakan pergi ke ibu pejabat syarikat berkenaan dan beberapa cawangan untuk memastikan mereka tidak lagi beroperasi.
Sekiranya tindakan yang diambil oleh KDN dalam tempoh kurang 5 hari waktu bekerja dianggap tidak cukup pantas, berilah peluang kepada Menteri KDN yang baru ini selama 5 tahun (perlu diingat, beliau baru saja dilantik sebagai Menteri KDN selama 5 bulan)
GR kata: Mana lebih baik? 'Amaran' atau tindakan terus diambil...fikir-fikirkanlah yer!!
No comments:
Post a Comment