Saturday, June 9, 2012

HOT VIDEO: ANAK MUDA SEPAK TERAJANG ORANG TUA, KURANG AJAR!!

 


Ape nak jadi budak muda zaman sekarang. Di manakah sikap sentiasa hormati orang tua?? Tak kira siapa mereka. Kalau buruk mereka, jauhkan diri daripada mereka, jangan marah mereka macam dalam video ni. Isk isk isk. Budaya apa macam ni?? Cuba kita pulak yang sepak terajang anak muda tu, bagi dia rasa nak??

GR difahamkan puncanya adalah apabila nenek tersebut terlambat menekan loceng bas yang membuatkan anak muda ini marah dan memarahi nenek tersebut. Orang ramai walaubagaimanapun mengecam tindakan anak muda tersebut.


GR kata: Hormatilah orang yang lebih tua dari kita....Hormatilah kedua ibu bapa kita!!


HARUS BACA: BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA!! @NajibRazak


Cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja.

“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini.

Hadir sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 4.78 juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 bilion yang diluluskan kerajaan.

Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376 orang dengan nilai sebanyak RM4 juta.

Muhyiddin berkata, kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran Najib.

Malah, katanya, bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun, namun tidak disedari rakyat kerana sudah terlalu lama menikmatinya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2 bilion, tuan-tuan tidak tepuk tangan, fasal sudah biasa kerana apa yang BN beri biasanya orang sudah lali, sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai. Kalau sebelah sana beri RM100, ya Allah cerita gempak seluruh dunia.

“Kita beri RM500, bagi subsidi...(orang kata) biasalah itu tanggungjawab kerajaan, sedangkan tidak semua negara buat begitu. Jiran kita Indonesia, rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menegur sikap penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini yang sanggup melakukan demonstrasi ketika negara kekal aman dan makmur.

Katanya, demonstrasi itu juga tidak wajar diadakan ketika rakyat menikmati harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit yang terus meningkat manakala harga bahan bakar dapat dikawal tanpa berlaku kenaikan.

“Tidak ada rakyat kita yang mati kebuluran tetapi di mana-mana tempat saya pergi ramai yang meninggal dunia kerana sebab terlebih makan.

“Macam hari ini, makanan yang disediakan sampai tidak termakan, masya-Allah, inilah ‘Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ (negara yang baik dan diampuni Tuhan)," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat negeri ini kembali memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan lebih banyak manfaat disalurkan kepada mereka.

“Kalaulah ini usaha kerajaan mengapa tidak sokong BN. Kita hendak ingatkan orang Selangor agar kembalikan semula kerajaan kepada BN.

“Kita sudah buat banyak perkara semasa mentadbir dan kita akan buat lebih banyak lagi berbanding apa yang dilakukan pembangkang, ini janji kita," tegasnya.


GR kata: PR mesti kata ni rasuahkan...tapi amik jugak. Kih kih kih

PRIHATIN: KENAPA IBU ADIK INI MENANGIS DEPAN @NajibRazak?



Air mata ibu Adam Akbar Ali, Siti Rogayah Syed Ismail tiba-tiba menitis sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia membantu mereka sekeluarga mempercepatkan urusan membuat visa bagi menjalani pembedahan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat.

Ibu berusia 34 tahun itu pada mulanya lebih banyak mendiamkan diri dan melayan keletah anaknya ketika kunjungan Adam yang menghidap tumor saraf tunjang ke Pejabat Perdana Menteri pagi semalam. Katanya, beliau begitu terharu dengan tindakan serta-merta Perdana Menteri mengarahkan pegawainya membantu mereka sekeluarga menyelesaikan beberapa urusan dokumen termasuklah visa.

"Begitu juga penerimaan kunjungan hari ini, dalam kesibukan sebagai orang paling penting dalam negara, Datuk Seri Najib masih mampu meluangkan masa menerima kami.

"Sebelum menjalani pembedahan, anak sulung saya sangat berharap dapat berjumpa dengan beliau, Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dalam masa beberapa hari lagi Adam dijadualkan menjalani pembedahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian, pada 25 Mei lalu, melaporkan Adam berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri yang dianggap sebagai idolanya.

Impian yang direalisasikan Sinar Harian dan mendapat persetujuan Najib sememangnya mempotretkan jutaan kenangan kepada anak kecil darjah empat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. Najib meluangkan masa hampir 15 minit untuk bermesra dengan Adam yang ditemani ibunya, Siti Rogayah dan ayahnya, Akbar Ali Mohamed Noordin.

Sebelum itu, Adam menyampaikan sekeping kad ucapan tulisan tangan kepada Najib berbunyi “Salam Datuk Seri Najib. I Love U. Terima Kasih” dan dibalas Najib kepadanya, "Kpd (kepada) Sdr (saudara) Adam Akbar, semoga ALLAH akan memberi Rahmatnya kpd Adik Adam dalam menjalani pembedahan. Saya berdoa adik Adam akan cepat pulih”.

Dalam pertemuan singkat itu, Najib juga meminta Pejabat Perdana Menteri menghubungi pihak Hospital John Hopkins untuk memberi rawatan terbaik kepada Adam. Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adam. - SH


GR kata: Terima kasih YAB PM yang sentiasa prihatin pada rakyat...Doakan semoga Adik Adam selamat menjalani pembedahan dengan baik dan sihat seperti kanak-kanak lain.

BONGKAR (Part 1) : SIAPAKAH BG DATO' ABDUL HADI (TUDM-BERSARA) YANG SERTAI PKR??

Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab (TUDM - Bersara) telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup 'menggigit tangan yang menyuap' beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato' Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. 

Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sekitar 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai Mei hingga Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar sekitar Nov hingga Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada bulan Apr 1984. Dato' Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato' Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. 

Beliau memiliki sifat 'panas baran' dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau 'keras kepala'. Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato' Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. 

Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek 'penipuan' ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. 

Ini jelas membuktikan bahawa Dato' Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk 'cuci tangan'. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi, perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai 'pengkhianat negara' kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau. 

Dato' Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk menjadi Wakil Rakyat bagi memusnahkan ATM, cita-cita beliau amat tinggi tapi keupayaan untuk mendukung tanggungjawab agak diragui. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato' Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. 

Renungilah muka isteri Dato' yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba serta anak-anak, Fariz Hirzi, Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Sememangnya saya tersentuh dan sedih untuk menceritakan mengenai kawan namun kalau seorang kawan sanggup bersekongkol dengan pihak berkepentingan dan melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah melampau, saya sanggup 'berpatah arang' dan 'membakar jambatan' demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dipetik dari blog Merapu Sakan & Askar Setia.
Sent from Samsung tablet
 

Friday, June 8, 2012

PANAS: ANAK SEDAP BEROMEN, SI IBU PULA DISEKSA!!


Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK). Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.


GR kata: Syurga di bawah tapak kaki Ibu...

TERKINI: STUDENT UNISEL TARIK NAFAS LEGA!! #mejabulatPTPTN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi. - SH


GR kata: Baru usik sikit dah mengelabah sabut! Macam mana nak bagi pendidikan PERCUMA?? Terima kasih Kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat!!

#SkandalScorpene: TIADA PERBICARAAN DI PERANCIS!! #PRmenipu


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib. - BB


GR kata: Pakatan Haprak kaki menipu!!

HOT VIDEO: ADUN DAP KURANG AJAR PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!!




Walaupun ketika video ini direkodkan telah lama, suasananya adalah ketika umat Islam menyambut Hari Raya. GR ingin menyentuh kembali video ini, ternyata ini adalah perbuatan yang KURANG AJAR. Di manakah ostad-ostad PAS?? Hanya mendiam diri sajakah?? Diam kerana takut disebabkan nanti tidak akan mendapatkan tempat dalam politik bersama Pakatan Haprak??? Betui ka??

Adun DAP yang GR maksudkan ialah YB Chang Ming Kai merupakan Adun Simpang Pulai. Apa yang kita lihat sekarang puak-puak DAP sudah berani mempersendakan agama Islam. Inikah yang diperjuangkan oleh PAS?? Menuduh UMNO/BN bersekongkol dengan MCA dan MIC itu semua haram. Tapi apa yang mereka buat selama ini orang bukan Islam masuk masjid, baca Al-Quran bukankah ini menunjukkan mereka mempermainkan Islam. Ayuh umat Islam, sedarlah!! Jangan disebabkan politik korang sanggup memperjudikan agama yang suci ini.

Pada Ostad-ostad PAS sedarlah sebelum korang terlambat, jangan menyesal satu hari nanti. Jangan disebabkan kepentingan peribadi...perkara yang melibatkan agama Islam dibiarkan begitu saja. Apa hukum orang yang bukan Islam buat perkara sebegini?? Pada pembaca lihatlah video di atas dan nilailah sendiri buruk baiknya.... Wasalam!!!


GR kata: PAS bukan parti Islam! Parti Ajaran Sesat!!!

RAKYAT JOHOR WAJIB SERTAI! DAULAT TUANKU!!



PERHIMPUNAN TAAT SETIA KEPADA DYMM SULTAN JOHOR.

Ahad 10 Jun 2012 - Jam 12 Tengahari.
Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Membantah tindakan biadap Nizar dan sekutunya.
Sila sebarkan!!


Thursday, June 7, 2012

GEMPAR! @Khalid_Ibrahim DAH MULA BUAT KERJA DI BTR?? @rizalmanmokhtar #bn4wp


Betul ker apa yang GR dengar dan lihat ni?? Ahli Parlimen Bdr Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap akhirnya sudah mulai sedar bahawa selama ini beliau hanya penting diri sendiri dan TIDAK pentingkan kepentingan rakyat khususnya di Bdr Tun Razak. Biar betul?? Macam nak kiamat jer dunia ni, MP Pakatan Haprak sudah mula turun padang buat kerja...Yer ker??

GR macam tak percaya pun ada ni...yelah selama beliau menjadi Ahli Parlimen Bdr Tun Razak boleh dikira dengan jari berapa kali beliau turun padang berjumpa dengan rakyat di Bdr Tun Razak. Kenapa bila nak piliharaya baru nak turun padang?? Baru nak tunjuk muka....wayang semua ni wahai Pak MB. Jangan jadikan alasan memegang jawatan Menteri Besar Selangor tak boleh turun padang....Siapa yang cari penyakit gilakan sangat jawatan semuanya nak pegang, tapi hasilnya apa pun tak ada!!!

Pembaca ingin tahu, baca selanjutnya di Rezqeen Hill


GR kata: Mimpi disiang hari.... he he he

PANAS: "SAYA TAK TAHAN SEBAB ISTERI DALAM PANTANG"!!

Sekadar hiasan

“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa. Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh. Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi. 

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - SH


GR kata: Apa nak jadi kalau nafsu dah kuasai diri...fikir-fikirkanlah!!!

PANAS: STUDENT UNISEL JADI MANGSA KEBODOHAN @rafiziramli! #mejabulatPTPTN


Pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) dibuat bertujuan menentukan keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

"Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohohan baru," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Khaled berkata PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mahukan pelajar-pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara ini. Tambahnya, PTPTN membuat keputusan ini sejurus sebelum pengambilan pelajar bagi sesi baru bermula dan ia telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.

“PTPTN mahu memastikan berapa seriuskah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti Unisel tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada para pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.


Tambah beliau, PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan permohonan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel.

Pembekuan berkenaan mula disedari melalui semakan di ruangan forum laman web rasmi PTPTN apabila pengendali ruangan itu memberitahu permohonan daripada pelajar Unisel ditangguhkan buat sementara waktu.

Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi twitternya turut melahirkan kekesalan terhadap pembekuan tersebut kerana menyifatkan langkah berkenaan seolah-olah mendiskriminasikan pelajar universiti tersebut.

Isu PTPTN mula hangat diperkatakan apabila sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah PTPTN di Dataran Merdeka April lalu serta janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman pelajaran itu jika parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menerusi sidang medianya menggesa Mohamed Khalid menjelaskan mengenai status pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Mohamed Khaled untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik sekarang," ujarnya.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini dan bukannya kerajaan negeri.

“Saya akan menyuarakan bantahan ini kepada kerajaan pusat...ini adalah komitmen kerajaan pusat kepada para pelajar pengajian tinggi," katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini.

Khalid menegaskan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak untuk membekukan pemberian pinjaman tersebut. Katanya walaupun Unisel milik negeri Selangor tetapi ia menerima pelajar dari seluruh negara.

Kepada satu soalan apakah kerajaan negeri bersedia memberikan pinjaman atau biasiswa kepada para pelajar Unisel, sebagai membuktikan negeri itu menyokong cadangan Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma, Khalid berkata itu hanya dapat dilakukan sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

"Ia tidak boleh dilakukan sekarang tetapi jika kami menang kami boleh melaksanakannya dalam tempoh 100 hari," tegas beliau. (Janji lagi, tak habis-habis dengan janji)


GR kata: Tau pulak gelabah puak-puak Pakatan Haprak ni...kata boleh bagi pendidikan PERCUMA, apa lagi TUNAIKANLAH janji melangit korang tu...!!!

SKANDAL SCORPENE: SUARAM KANTOI MENIPU, SANGGUP GADAI NEGARA??


Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.

Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh! Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.

Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang? Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM.

Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas. SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan. Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.

Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan. Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah. Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.

Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah.

Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah. Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.

Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK. PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta.

Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali.

Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah. Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.

Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM. SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.

Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya.

Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?.

Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama?

Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya? Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.

Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan. - Beruang Biru


GR kata: SUARAM pengkhianat negara....

Wednesday, June 6, 2012

INFO: MINYAK RON97 TURUN HARGA ESOK!!


Kerajaan pada Rabu bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. - BERNAMA


GR kata: Terima kasih pada Kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat!!

HOT VIDEO: STADIUM TITIWANGSA DITAWAN LAGI! @n_izzah @tonypua ANGKAT BENDERA PUTIH!! #bn4wp




Lihatlah video di atas, Stadium Titiwangsa ditawan lagi buat kali yang ke-2. Semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dan ahli Barisan Nasional (BN) begitu tinggi.

Teruskan momentum ni...siap siagalah semua, semboyan telah dibunyikan. Nantikan arahan untuk bertempur saja.


GR kata: Teruskan berjuang, utamakan kemenangan dan kelebihan parti. Tolak kepentingan keperibadi. Bekerjalah dalam satu keluarga jangan macam sorang pemimpin tu....dia saja yang betul!!


SENTAP! PAKAI TUDUNG APA MACAM NI??


Hebat tak gambar perempuan di atas?? GR tidak pasti perempuan ini Islam atau pun tidak...Jika seorang Islam, memang sedihlah cara berpakaiannya seperti ini ternyata mempersendakan Islam.

Pembaca nilailah sendiri....si pemakai ini sorang Islam atau tidak hanya dia sendiri yang tahu. Kalau GR cakap lebih-lebih nanti timbul fitnah pulakkan??? - Sumber


GR kata: Macam-macam dah sekarang....semua tak der rasa takut pada Yang Maha Esa!!

PANAS: ANWAR MAKIN PENING DAN MEROYAN LAGI DENGAN KENYATAAN INI!! @NajibRazak


Senator Amerika Syarikat, John McCain berkata, beliau mengadakan perjumpaan “yang mengesankan” dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang “reformis yang hebat”. “Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia,” tulis McCain dalam mesej Twitternya.

Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan Najib.

Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam serta wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu. - Kosmo


GR kata: Kepimpinan PM sudah terbukti, rakyat fikirlah secara matang dan nilaikan...

PANAS: ARTIS KAHWIN, LEPAS 17 HARI KENA CERAI!!


Media Hiburan hari ini melaporkan yang Adda Butterfly telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Ya, hanya 17 hari.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda Butterfly apabila di’tanya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang”

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda Butterfly yang di’temui baru baru ini.

Adda Butterfly mengakui beliau berusaha untuk menjernihkan keadaan rumahtangga beliau namun semenjak lelaki itu keluar rumah, perbincangan menemui jalan buntu. Dan, akhirnya Adda Butterfly di’ceraikan melalui telefon. - RotiKaya


GR kata: Kahwin cerai dah macam makan aiskrim...entahlahh!!!

AMBIL GADIS ISLAM KEMBOJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH - @Zahid_Hamidi


Malaysia masih memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung permintaan dan keperluan semasa selepas pembekuan penghantarannya ditarik balik baru-baru ini. Malaysia masih menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia ketika ini dan jumlah tersebut terus meningkat.

Sekarang ini di Malaysia mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara. Daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.

Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi. Apakah mereka ini sudah pandai demanding kerana gaji di Malaysia sedikit jika dibandingkan dengan negara lain??

Oleh sebab itu, GR tertarik dengan cadangan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mencadangkan untuk mengambil gadis Islam Kemboja untuk diberikan peluang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Ini adalah kerana permohonan pembantu rumah ini semakin hari semakin meningkat disebabkan oleh mereka yang berkeluarga mempunyai ahli keluarga yang besar dan juga kekangan masa dan menguruskan urusan harian rumah bagi mereka yang bekerja.
Katanya Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Restu boleh membantu majikan di Malaysia mendapatkan tenaga kerja di sini. "Saya akan berunding dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam masa terdekat supaya mengambil remaja perempuan Islam di Kemboja sebagai pembantu rumah keluarga Islam di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis penyampaian Bantuan Kemanusiaan di Kampung Cham di sini.

Ini cadangan yang sungguh baik, kerana baru-baru ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia telah membuat lawatan ke Kemboja dan telah mendapat idea yang baru di antara kedua-dua negara. Jika cadangan ini diterima oleh Kerajaan ia dapat menyelesaikan masalah keperluan pembantu rumah di Malaysia yang sekarang ini permintaannya mencecah 100,000.


Disamping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia - Kemboja dan juga dapat meningkatkan ekonomi negara. GR juga berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera kerana ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada gadis Kemboja di Malaysia. InsyAllah mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat kerana budaya dan cara pertuturan mereka di sana lebih kurang sama di Malaysia. Kupasan lanjut baca DI SINI

Lihat foto sekitar lawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kemboja :







GR kata: Tahniah DS Zahid Hamidi yang sentiasa membela nasib rakyat Islam di mana-mana saja. Inilah pengorbanan pemimpin BN yang dilakukan sejak dulu lagi....Bukan macam puak PAS, dia buat semuanya betul...orang lain buat semuanya haram. Apa daaaa!!!

Tuesday, June 5, 2012

PANAS: PKR KANTOI BUAT TARIAN BOGEL!!


Inilah dia puak Pakatan Haprak, paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih....

Lihat gambar di atas, tarian bogel apa tu?? Ini lagi dahsyat dari K-Pop ni...lagi jauh nilai keislamannya. Betul tak??? Sebelum ni kata orang perghhhhh, mulut macam longkang....So Bertam Nite di Kepala Batas ni apa citer??

GR malas nak hurai panjang, pembaca lihatlah video tarian bogel yang Pak Anwar suka dan stim bila layan ker? Pembaca nilai sendiri selepas lihat video di bawah yer....






GR kata: Ostad PAS cover sikit mata tu, kopiah jaga jangan terbang pulak yer. Ha ha ha

HOT VIDEO: RADHI OAG BIKIN KECOH APA TU?? #HBN2012 #BeeAntBlues

Walaupun Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya 2012 telah berlalu tapi kehangatannya masih terasa. Kenangan manis pengunjung yang hadir masih tergiang-giang dihati sanubari mereka yang hadir. Mereka masih bercerita tentang program-program yang dijalankan pada tahun ini adalah yang terbaik. 

Bukan golongan Belia saja yang gembira kerana hadir HBN 2012 kali ini tapi golongan artis juga tidak ketinggalan. Tapi ada yang mungkin tak sedap hati apabila melihat artis ini bersuara. Nak tau apa dia, lihat di bawah :




Jatuh sekali dalam hidup tidak bermakna kita akan jatuh selama-lamanya. GR tabik pada Radhi OAG kerana beliau sudah benar-benar berubah dan dapat tinggalkan dunia DADAH dari hidupnya. Sekarang beliau memulakan hidup yang baru. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan....


GR kata: Sorang ketua pemimpin tu bila nak berubah yer...?? Syok sendiri jer tak sudah-sudah....

PANAS: RAKAMAN BERSIH 3.0 DITAYANG ESOK!! @HishammuddinH2O #Bersih3


Kementerian Dalam Negeri akan memuat naik rakaman video perhimpunan haram Bersih 3.0 dalam laman web kementerian itu selewat-lewatnya Rabu ini dilihat dan dinilai sendiri oleh orang ramai.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.

Katanya kementerian bersikap terbuka supaya rakyat boleh buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan lain yang sempit serta perhitungan tertentu.

“Video ini juga bantu semua pihak yang berkepentingan untuk cari pertimbangan sewajarnya untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku ‘Dian Desa 2012′ di Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini.

Hishammuddin berkata kementerian juga bersedia menghadapi tindakan saman jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan sumber rakaman video berkenaan. – BERNAMA


GR kata: Mana mau lari...???

PANAS: VIDEO KEGIATAN OIL MASSAGE DI SELANGOR DIDEDAHKAN!!


PANAS!! GEMPAR!! Pendedahan demi pendedahan telah dibuat tentang kegiatan kutipan ekonomi tertinggi di Negeri Selangor yang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat aka Pakatan Haprak. Rumah urut di negeri tersebut bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa sudah jadi?? Kenapa MB Selangor senyap tak perlu kata apa-apa?? Hanya menjadi pak turut saja...

Lihat pembongkaran video di bawah :




Ini video terbaru dari kumpulan Bangkang Dari Longkang, video ni akan mengegarkan kerajaan Selangor yang membiarkan rumah-rumah urut bermaharajalela di Selangor tanpa sebarang tindakkan dikenakan ke atas rumah-rumah urut ini.

Komedi gelap ini telah dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk ketawa pada sekumpulan rakyat Malaysia. Ia menyentuh mengenai topik-topik yang banyak dari hari ke hari situasi bahkan politik. Dah tengok, dah gelak jangan lupa like yee...


GR kata: Pak MB apa cer?? Join sekaki jugak ker?? Diam jer....

HIMPUNAN HIJAU PAS HIMPUNAN SETAN!! #HimpunanHijau #PRtipu


Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh PAS di Kedah pada Jumaat lepas tidak ada impak dan intipati yang berhasil dari himpunan ini. Himpunan yang tidak sampai 50 ribu orang yang hadir, mereka kata dalam Harakah Daily jumlah yang hadir 100 ribu. Ini bukan macam perangai SYAITAN ker?? Menipu rakyat jer kerjanya. Apakah puak-puak PAS ini bersetuju dan menerima bantuan dari alam ghaib SYAITAN demi mencapai hasrat mereka?? Tu yang ramai gila yang datang yer.. ha ha ha

Bersetuju dengan menerima bantuan SYAITAN bukan GR yang kata, tapi nak tau sapa yang kata?? Lihat video di bawah :




Apa cerita puak-puak PAS?? Bukan GR yang kata tau, 'fatwa' Pok Nik sendiri yang kata "Kalau syaitan nak bantu kita terima"...Apa macam?? Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Himpunan Hijau ini tidak mendapat sambutan dari rakyat Negeri Kedah sendiri. Ramai yang datang, puak-puak PAS dari negeri berdekatan seperti Penang, Kelantan dan sekitar mereka. Kenapa perlu dapatkan bantuan dari negeri lain yer?? Kata PAS sudah cukup kuat di Kedah?? Rakyat berterima kasih dengan pentadbiran PAS di Kedah selama ni. BOHONG jer kerjanya...



Memang lawaklah Ostad-ostad PAS ni, apa yang mereka buat semuanya betul belaka. Program yang mereka buat semuanya Islamiah kononya dan tidak ada maksiat. Gambar di atas tu apa cerita yer?? Budak-budak sekolah yang tidak cukup umur dan tidak faham dan tak boleh berfikir secara matang dibawa juga bersama dan terapkan nilai-nilai negatif dalam pemikiran mereka. 

Walhal rata-rata anak-anak kecil yang datang mereka bersekolah di sekolah Kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang. Apa cerita ni...?? Apa pun himpunan ini tidak tercapai pun pada dasarnya, mereka nak menunjuk sebenarnya yang mereka ni 'power' dan sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 di Bkt Jalil sebelum ini dan HBN2012 semuanya bohong belaka. Mereka saja yang betul dan capai 100 ribu orang.... Pembaca fikir dan nilailah sendiri yer....



Lanjut baca DI SINI dan SINI


GR kata: Stadium Darul Aman besar macam Stadium Bukit Jalil ker???

PANAS: FASHA SANDHA KANTOI ADA 'ORANG KETIGA'??


Semalam berlangsungnya majlis persandingan selebriti sensasi tanah air, Fasha Sandha dan suami Rizal Ashram Ramli yang berlangsung di Perlis.

Majlis yang berlangsung di Tasoh Lake Resort & Retreat  itu telah berlangsung dengan meriah walaupun jemputan hanya lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, peminat dan wakil media.

Tambah menarik semasa persandingan ini apabila Fasha dan Rizal bersanding bersama orang ‘ketiga’. Mana tidaknya, Fasha kini telah disahkan hamil pada pertengahan Mei lalu.

Dalam pada itu, Fasha telah mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan tidak mengenakan kasut tumit tinggi atas permintaan suami sewaktu majlis persandingan yang sederhana tetapi meriah itu. Fasha dan Rizal telah selamat diijabkabulkan pada 27 April lalu dalam majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.




GR kata: Tahniah GR ucapkan pada Fasha dan Jejai, bakal jadi seorang ibu dan bapa.

Monday, June 4, 2012

WAJIB TAHU: PAS IALAH PARTI CACA MARBA...!!!


Percanggahan pendapat yang sering berlaku di kalangan pemimpin Pas termasuk berkenaan isu masuk syurga jika mengundi parti itu pada pilihan raya membuktikan Pas sebuah ‘parti keliru’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perbezaan pendapat yang ketara antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam termasuk penyokong Pas sendiri.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sudah tiba masanya seluruh umat Islam menilai dengan bijaksana percanggahan pendapat itu lebih-lebih lagi berkaitan peluang masuk syurga.

“Janganlah campurkan antara politik dengan agama sehingga bercanggah dengan ajaran Islam. Abdul Hadi kata lain, Nik Abdul Aziz pula kata lain.

“Mana boleh kalau undi Pas akan dapat masuk syurga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Kampung Tanjung di sini hari ini.

Ahmad mengulas percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dengan Nik Abdul Aziz berhubung peluang masuk syurga sekiranya seseorang itu menyokong dan mengundi Pas pada pilihan raya.Semalam, Abdul Hadi mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti berkenaan pada pilihan raya malah parti itu tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT. - Utusan


GR kata: Ostad-ostad PAS memang dari dulu cakap tak serupa bikin....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 3, 2012

PLAYER LIVERPOOL BAGI KATA AZIMAT PADA NAZMI!!


Kisah pemain remaja sensasi negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor yang menandatangani kontrak bersama kelab divisyen satu Portugal, S.C Beira-Mar baru-baru ini turut menarik perhatian bintang penyerang Liverpool, Craig Bellamy yang sempat meninggalkan nasihat buat pemain berusia 17 tahun itu.

Bellamy, 32, yang ditemubual ESPNSTAR.com dalam kunjungannya ke Singapura kelmarin, menasihati Nazmi agar sentiasa bekerja keras dan tidak berputus asa.

"(Nazmi) harus berusaha sedaya upaya dan sentiasa memajukan diri. Hargailah mereka yang berada di sekeliling kamu, sahabat-sahabat dan ahli keluarga.

"Dan ingatlah, ia hanya sukan. Kamu hanya boleh cuba meningkatkan keupayaan diri untuk menjadi setahap lebih baik, namun semua itu sahajalah yang kamu boleh lakukan," katanya apabila diminta wartawan ESPNSTAR.com untuk memberikan nasihat kepada Nazmi yang bakal membuat penampilan sulung di Portugal, bulan depan.

Pemain antarabangsa Wales itu menegaskan bahawa Nazmi tidak boleh dianggap gagal jika tidak berkesempatan melanjutkan kariernya di Eropah kelak.

"Jika dia kembali ke Malaysia satu hari nanti kerana perjalanan (karier) tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan, dia bukan seorang yang gagal.

"Namun jika dia dapat mencapai kejayaan di situ dengan hasil usaha kerasnya, maka dia boleh berasa gembira dan bangga dengan dirinya, dan menikmati setiap saat di situ.

"Saya percaya dia satu-satunya pemain yang beraksi di situ (dari Malaysia dan Asia Tenggara), ia sudah tentu menjadi penghormatan yang besar," ujarnya.

Bellamy yang memulakan karier Liga Perdana Inggeris pada 1996 bersama Norwich City, pernah berpindah sembilan kali termasuk ke Coventry, Newcastle, Celtic, Blackburn, Liverpool, West Ham, Manchester City, Cardiff City sebelum akhirnya kembali ke Anfield. - Utusan


GR kata: Teruskan harumkan nama negara, doakan adik Nazmi berjaya dalam karier bola sepaknya...

Published with Blogger-droid v2.0.4

HIMPUNAN HIJAU vs PELANCARAN BN WP! MANA YANG KUAT TEMBERANG?? #bn4wp


Pagi tadi berlangsungnya Pelancaran BN W.Persekutuan yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa, K.Lumpur. Program dirasmikan oleh YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi BN WP. Beliau diiringi oleh Timb Pengerusi BN WP, YB Dato' Raja Nong Chik dan barisan kepimpinan BN WP serta parti kompenan.

Terdapat banyak perbezaan antara Pelancaran BN WP dan Himpunan Hijau, tidak perlu GR huraikan satu persatu. Antara Himpunan Hijau di Kedah terdapat banyak PENIPUAN yang pembaca boleh lihat. Antaranya dalam akhbar PAS beritahu seramai 100 ribu yang hadir tapi di Malaysiakini beritahu 50 ribu yang hadir. Mana satu yang betul ni..???

Nak menipu pun agak-agaklaaaa...untuk pengetahuan pembaca sekalian, kapisiti penduduk boleh muat dalam Stadium Darulaman adalah sebanyak 35 ribu tempat duduk. Dan jika campur dengan keluasan padang pengunjung datang tambahan hanya kurang 10 ribu. Jumlah keseluruhan secara logik kurang 50 ribu pengunjung boleh dimuat masuk ke dalam stadium. Jika betul 100 ribu yang hadir confirm mereka semua duduk berhimpit-himpit. Takkan puak-puak PAS boleh berlaga dada dan pungkok sesama muslimah ke??

Berbanding pula dengan Pelancaran BN WP pagi tadi yang berlansung di Stadium Tertutup Titiwangsa, K.Lumpur. Jumlah kehadiran ahli dan penyokong BN WP yang hadir seramai 8 ribu. Ini adalah logik jika kita lihat kepadatan pengunjung yang boleh dimuat dalam stadium tersebut. Pembaca lihat gambar-gambar yang GR sertakan keadaan sebenar program tersebut dan tidak perlu diedit pun macam puak-puak PR ni ye tak?? GR berada semasa program berlangsung dan lihat semua yang hadir begitu semangat dan sudah bersiap siaga untuk berjuang..Teruskan momentum ini hingga berjaya pada PRU 13 nanti!!


GR kata: Tunggu kupasan sebenar Himpunan Hijau pada Jumaat lepas pada artikel akan datang...Pakatan Haprak kaki BOHONG kuat!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS: @Nor4Danish ADA BOYFRIEND BARU..??


Betul ker Nora Danish berpakwekan Mat Rempit? Nora Danish dilihat dalam program Evolusi R – RempitUnited di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu petang tadi….

Menurut sumber, Nora kononnya temankan pakwenya di sana. Atau kata mudah, dia ada bersama orang istimewa di sana… betul ker?

Hakikatnya …. Tidak benar sama sekali. Kehadiran Nora Danish petang tadi sebagai DUTA kepada RempitUnited…. Selain Nora, Duta lain ialah antaranya Sariyanti, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Zizan Raja Lawak, Adi Putra & ramai lagi...

Sumber: sahabat gunung


GR kata: Cayalah Nora...ada style on this candid picture..Hehehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Artikel pelbagai