Thursday, June 7, 2012
PANAS: STUDENT UNISEL JADI MANGSA KEBODOHAN @rafiziramli! #mejabulatPTPTN
Pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) dibuat bertujuan menentukan keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.
"Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohohan baru," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Khaled berkata PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mahukan pelajar-pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara ini. Tambahnya, PTPTN membuat keputusan ini sejurus sebelum pengambilan pelajar bagi sesi baru bermula dan ia telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.
“PTPTN mahu memastikan berapa seriuskah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti Unisel tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada para pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.
Tambah beliau, PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan permohonan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel.
Pembekuan berkenaan mula disedari melalui semakan di ruangan forum laman web rasmi PTPTN apabila pengendali ruangan itu memberitahu permohonan daripada pelajar Unisel ditangguhkan buat sementara waktu.
Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi twitternya turut melahirkan kekesalan terhadap pembekuan tersebut kerana menyifatkan langkah berkenaan seolah-olah mendiskriminasikan pelajar universiti tersebut.
Isu PTPTN mula hangat diperkatakan apabila sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah PTPTN di Dataran Merdeka April lalu serta janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman pelajaran itu jika parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menerusi sidang medianya menggesa Mohamed Khalid menjelaskan mengenai status pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Mohamed Khaled untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik sekarang," ujarnya.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini dan bukannya kerajaan negeri.
“Saya akan menyuarakan bantahan ini kepada kerajaan pusat...ini adalah komitmen kerajaan pusat kepada para pelajar pengajian tinggi," katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini.
Khalid menegaskan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak untuk membekukan pemberian pinjaman tersebut. Katanya walaupun Unisel milik negeri Selangor tetapi ia menerima pelajar dari seluruh negara.
Kepada satu soalan apakah kerajaan negeri bersedia memberikan pinjaman atau biasiswa kepada para pelajar Unisel, sebagai membuktikan negeri itu menyokong cadangan Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma, Khalid berkata itu hanya dapat dilakukan sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.
"Ia tidak boleh dilakukan sekarang tetapi jika kami menang kami boleh melaksanakannya dalam tempoh 100 hari," tegas beliau. (Janji lagi, tak habis-habis dengan janji)
GR kata: Tau pulak gelabah puak-puak Pakatan Haprak ni...kata boleh bagi pendidikan PERCUMA, apa lagi TUNAIKANLAH janji melangit korang tu...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kesian hang ni..mengenai pendidikan adalah hak bersama kerajaan persekutuan dan negeri iaitu palang 1 dan 2.nampak sangat ko x tahu.terlalu byk rasuah..x ada tindakan terhadap kpd pemimpin bn yg mengamalkan rasuah...hak rakyat pasti semua dapat,bukan segelintir.lagi 1 kesian kat negara kita ni lebih lagi pelajar,,mereka x dapat menentukan cita2 sendiri syarat nak masuk ipta dah cukup ada segelintir yg cemerlang tapi x dapat..hak pendidikan x boleh dihalang....
Post a Comment