Sumbangan dan Bantuan

Sumbangan dan Bantuan

Saturday, December 22, 2012

Perbezaan @NajibRazak Dan @anwaribrahim Bila Turun Padang Jumpa Rakyat


Meskipun media sosial menyediakan pelbagai kemudahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata interaksi bersemuka membolehkan beliau mendekati rakyat Malaysia dan menterjemahkannya kepada inisiatif yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata komunikasi dalam talian tidak mampu mengganti pengukuhan hubungan interpersonal menerusi perlakuan berjabat tangan manakala laporan yang diterima juga tidak boleh mengatasi pengalaman melihat sendiri situasi dan kehidupan harian rakyat. "Meskipun media sosial mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini, namun saya masih beranggapan perlunya untuk saya turun padang dan bertemu dengan rakyat secara peribadi. Dengan kenyataan itu, mungkin anda akan menganggap saya sebagai seorang yang sangat tradisional, tetapi pada saya, dalam beberapa perkara lebih baik jika ia dilakukan secara bersua muka," katanya menerusi laman blog 1Malaysia.

Berkongsi pandangan bagi topik 'Menggabungkan Teknologi Dan Komitmen Untuk Mencapai Prestasi Cemerlang', Najib berkata: "Saya lebih gemar mendengar sendiri daripada ahli perniagaan sehinggalah kepada suri rumah berhubung masalah kesihatan mahupun berkaitan kos sara hidup yang semakin meningkat."

Beliau berkata semua masalah yang diceritakan itu akan disampaikan kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan sewajarnya dalam usaha mengubah dan menyediakan inisiatif bagi kehidupan yang lebih baik.

Najib berkata ini sekaligus menunjukkan bahawa mendengar denyut nadi rakyat sangat membantu kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik. "Sebagai contoh, selepas mendengar keluhan makcik-makcik mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat, dan bagi memastikan semua rakyat berkemampuan mendapat rawatan perubatan, Klinik 1Malaysia pula diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Najib mengakui dengan pelbagai medium media sosial hari ini, beliau mampu melakukan banyak perkara, daripada mendapatkan maklum balas berhubung belanjawan negara pada tahun depan hinggalah kepada menerangkan kepada rakyat Malaysia berkaitan dasar baharu yang diperkenal kerajaan, selain dapat menghantar perkembangan terkini di mana mana sahaja.

"Teknologi telah membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi, dan ia sekaligus membolehkan kita untuk terus membangunkan negara. Tetapi ia memerlukan komitmen dan semangat dedikasi untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang," katanya.

Najib juga berkata kerajaan Barisan Nasional selama ini bekerja keras untuk menepati setiap janji yang telah memberi manfaat kepada setiap rakyat, dan rekod cemerlang itu akan diteruskan agar satu keputusan yang mampu memberi manfaat terbaik untuk rakyat dapat dihasilkan.- BERNAMA


GR kata: Turun padang selesaikan masalah rakyat bukannya menambahkan lagi masalah...Anwar oh Anwar!!

HOT: ARTIS K-POP JATUH TERGOLEK MENAMPAKKAN 'MAHKOTA SULITNYA'!!


Nampaknya, malam Anugerah Filem 33rd Blue Dragon yang berlangsung bulan lalu akan menjadi kenangan yang pasti tidak dilupakan oleh pelakon Korea Selatan, Ha Na Kyung.

Mungkin disebabkan pakaian yang terlebih seksi dan gaya control ayu yang melampau di depan para jurugambar menyebabkan pelakon jelita berkenaan gagal mengawal keseimbangan badan sehingga terjatuh dan menampakan sebahagian buah dadanya.


Sebenarnya, masyarakat Korea tidak menerima gaya pemakaiannnya yang keterlaluan malam itu dan beberapa akaun Twitter dan Facebook dibuka bagi mengutuknya. Pelakon berkenaan kemudian memohon maaf melalui akaun Twitter miliknya atas apa yang berlaku.

Bagaimana pula dengan pemimpin ini, sudah jelas kelakuan buruk beliau diperlihatkan di alam maya mahupun di media cetak...tapi masih tidak mahu memohon maaf atas kesilapan beliau. Manusia jenis apakah ini yang merasakan diri mereka jauh dari sebarang melakukakan kesalahan...


Sememangnya ini bukan untuk tontonan umum tapi rakyat harus tahu pemimpin seperti inikah yang kita mahukan. Ini baru dalam jamban entah gadis mana yang menjadi mangsa mereka, takkan suatu hari nanti kawan kita ker, sedara mara kita yang jadi 'mangsa' mereka ini. Semua kenal puak Pakatan Haprak memang semuanya GILA.....baik dari gila kuasa hinggalah GILA NAFSU!!! Jaga-jaga haaaaaa....


GR kata: Dari aksi China Doll hinggalah makan ice cream. Hebatkan pemimpin Pakatan nie...lepas nie aksi aweks si baju krim pula akan dipertontonkan....siapa yer??? Tunggguuuuu....

HOT: ORANG TAK ADA OTAK SAJA YANG AKAN IKUT MAT SABUN NIE!!


Pada rakyat Malaysia yang pasti mempunyai pemikiran yang waras saja boleh termakan hasutan, fitnah dan penipuan puak-puak Pakatan Haprak nie. Ini adalah jalan terakhir mereka untuk menarik simpati rakyat menyokong mereka.

Fikirlah secara matang wahai pembaca sekalian, jika mereka-mereka ini boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan tidak pernah membuat sebarang kesilapan pun, kenapa nasib rakyat di negeri-negeri mereka perintah dan tadbir selalu mengeluh?

Pada 12 Januari 2013 nanti sekali lagi puak Pakatan Haprak ini akan membuat huru hara di ibu kota Kuala Lumpur. Himpunan Kebangkitan Rakyat?? Rakyat mana yang nak bangkit wahai Mat Sabun?


Jangan nak pusing-pusingkan fakta dan auta pada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup dengan aman dan damai selama ini dan bersyukur dengan rezeki dan bantuan yang Allah S.W.T berikan melalui Kerajaan BN di bawah pemerintahan YAB Perdana Menteri DS Najib Razak. Persoalannya sekarang rakyat mana yang marah? Jika nak dibandingkan dengan rakyat di negeri Selangor, Kelantan dan P.Pinang dan seluruh rakyat Malaysia boleh dibezakan tak??

Pada rakyat Malaysia GR mohon usah dilayan mereka-mereka yang tak guna otak nie. Kalau dilayan kita juga ikut perangai mereka tak ada otak. Belajar saja tinggi tapi akal letak kat pungkok. Sedarlah sejak kita Merdeka pelbagai nikmat kehidupan yang kita kecapi. Jangan dilihat hanya pada Janji Yang Ditaburi tapi lihat pada Janji Yang Ditepati demi masa depan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Mat Sabun belajar kat UiTM dulu pun kena tendang patutlah otak pun mereng....

Friday, December 21, 2012

Diskaun Tol Untuk Rakyat Sempena Krismas

Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata, kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.

"Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.— BERNAMA

GR kata: Terima kasih Kerajaan BN yang sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat.

PANAS PART 2: ANGKARA BLOGGER PRO-BN, RAFIZI RAMLI PULA BERSEDIH!!


Ha ha ha ha....jom kita gelak guling-guling kawan-kawan pembaca sekalian. Gelak sakan GR hari ini disebabkan 'hidup' lagi rupanya. Ingatkan hilang entah ke mana senyap sunyi jerk Pengarah Strategi PKR ni kan. Bila balik dari oversea bro Rafizi? Tau-tau timbul jerk... Hi hi hi

GR pun pelik kenapa Anwar Ibrahim melantik Rafizi Ramli ni Pengarah Strategi PKR yer. Kesian Anwar dapat anak buah yang dungu macam ni. Pi hantar jauh-jauh sampai oversea menuntut ilmu untuk menjatuhkan Kerajaan tapi hasilnya macam bontot kuali.

Semalam GR ada keluarkan artikel mengenai Rafizi Ramli ni. Sebenarnya ia berkenaan pendedahan yang dibuat oleh seorang blogger pro-BN pasal NFCorp yang jelas buktinya selama ini Rafizi Ramli MENIPU rakyat. Yang kelakarnya pula, Rafizi Ramli menuduh GR fitnah beliau mempunyai hubungan sejenis..Isk isk isk...dah kantoi lagi nak MENIPU lagi tuh!!


Inilah dia bila manusia nie tak bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita. Ada mata Allah berikan untuk kita melihat dan membaca perkara yang sebenar bukannya manipulasi cerita lain pulak. Macam nie ker IQ seorang Pengarah Staregi PKR...macam IQ budak tak sekolah jerk. Pembaca tahu artikel sebenar BACA SINI

Kalau tak buat salah tak perlu nak meroyan pagi-pagi...betul tak Bro Rafizi? Artikel yang GR tulis ada ker kata HUBUNGAN GAY? Baca kasi habis dulu ya...kang malu diri sendiri pulak yer. Kesian Anwar hantar hang pi study jauh-jauh untuk buat plan jahat masa PRU 13 nanti. Tak per...hang tunggu noooo chek akan dedahkan mana hang pi menghilang lama sangat duk kat oversea tu yer... Tungguuuuu!!!

Pada pembaca sekalian nak tau perangai sebenar Rafizi Ramli ni baca pengakuan blogger pro-BN terbabit DI SINI dan DI SINI dan juga DI SINI.

Terjawablah nanti rahsia selama ini yang disimpan....mana mau lari Bro Rafizi yer?? Kih kih kih


GR kata: Pada blogger Pro-BN tu jangan susah hati yer...Rafizi nie memang tak pandai amik hati orang. Hi hi hi

Pemimpin Melayu Dalam DAP "Tak Perlu Kata Apa-Apa"!!

Pemimpin Melayu dalam DAP disifat hanya mampu menjadi 'penonton' belakang tabir dan tidak akan mampu memperjuangkan kelangsungan bangsa Melayu dalam parti itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata ini kerana pengaruh pemimpin yang dilantik di atas kertas tidak setanding dengan pemimpin yang dipilih berdasarkan undi majoriti.

"Pemimpin Melayu dalam DAP tidak akan beri kesan apa-apa dalam pentadbiran kerana bilangan mereka terlalu kecil dan tidak dapat sokongan penuh oleh ahli sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BRiSK) Pulau Pinang di sini, Khamis.

Muhamad Farid berpendapat pelantikan dua wakil Melayu oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari sekadar memenuhi kuota bagi menujukkan DAP sebagai parti berbilang kaum.

Beliau menyarankan pemimpin Melayu berkenaan menilai sedalam-dalamnya perkara ini kerana majoriti anggota peringkat akar umbi yang tidak memilih pemimpin Melayu jelas menunjukkan mereka tidak menginginkan kaum lain menerajui parti itu.

Pada pemilihan CEC baru-baru ini, kesemua lapan calon Melayu termasuk pejuang DAP Melayu Ahmad Ton kalah teruk dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengumumkan pelantikan Ariffin dan Zairil dalam CEC.

Penubuhan BRiSK bertujuan mendidik pelajar supaya prihatin dengan isu masyarakat dan menyemai sikap bekerja secara sukarela dalam diri golongan itu.

Majlis berkenaan dihadiri seramai 100 pelajar dari enam kolej komuniti sekitar Pulau Pinang. - BERNAMA

GR kata: Orang Melayu gadaikan maruah sendiri sebab duit...terima jelah akibatnya.

PANAS: ANGKARA RAFIZI RAMLI, BLOGGER PRO-BN HILANG ENTAH KE MANA!!


Pertama sekali GR ingin mengucapkan selamat pulang ke Malaysia pada Rafizi Ramli. Lama betul menghilang yer...dengar khabar pergi oversea yer menuntut ilmu. Ilmu apa tu yer??

Apa sebenarnya terjadi pada Rafizi Ramli nie selepas isu NFC? Pada pandangan puak Pakatan mereka telah berjaya membongkar perkara sebenar berkenaan isu NFC ini. Betul ker? Dari sumber dalaman lain pula ceritanya. Cerita ini diceritakan sendiri pada GR oleh orang kuat PKR sendiri. Pening juga bila mengkaji kebenaran yang sebenar mengenai isu ini.

Terbaru pula, Rafizi Ramli dikatakan mempunyai hubungan yang agak intim dengan seorang blogger ini. Sudah kita semua ketahui perwatakan lembut Rafizi Ramli ini tidak hairan jika dikaitkan dengan lelaki. Sama seperti ketua mereka la kan...laki perempuan semuanya sapu. Isk isk isk....

Dari maklumat dalaman, GR difahamkan blogger tersebut berasa hati dengan Rafizi. Perasaan cemburu yang membuak-buak membolehkan sesiapa yang berada disamping mereka terfikir apakah sebenarnya yang berlaku. Ini adalah disebabkan satu perkara rahsia yang membuatkan hubungan mereka renggang tidak mesra seperti dulu.

GR tak mahu mengulas panjang...pembaca bacalah pendedahan ikhlas yang dibuat oleh blogger tersebut. Rafizi Ramli mana mau lari?? Dah sedap buat...jangan pulak tak nak bertanggungjawab yer....

KLIK SINI


GR kata: Pada blogger tersebut....GR ucapkan selamat menempuh alam kehidupan yang baru!!

Thursday, December 20, 2012

HOT: NEELOFA RUNTUHKAN HUBUNGAN CINTA PEMAIN BOLA SEPAK??


Dunia hiburan sememangnya menjadi carian yang paling tinggi baik dalam alam maya dan juga di media cetak. Ini adalah kerana mereka ini adalah golongan yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Apa saja yang mereka lakukan pasti menjadi bual mulut semua lapisan masyrakat.

NEELOFA...sapa tak kenal dengan pelakon yang semakin mencipta nama ini, betul tak? Muka dah la cantik, perwatakan juga menarik. Senang kata, meleleh la bila tengok awek cun ni. Dalam pada itu ada perkara yang kurang menyenangkan..yelah orang cantikkan.

Khabarnya ada sorang awek cun pada pemain bola sepak Harimau Malaya ini naik angin dengan Neelofa. Bunyi macam nak merampas kekasihnya, betul ke ni? Kategori bahaya gak ni...siapa pemain bola sepak tersebut....lihat di bawah :


Inilah yang GR maksudkan, kesian pun ada pada awek Fadli Shas ni. Tapi apa pun GR doakan yang terbaik pada mereka berdua berkekalan hendaknya.

Cerita lanjut KLIK SINI


GR kata: Ada sorang pemimpin tu kira siapa...bini orang pun dia sebat!! Kih kih kih

KELAKAR: FUZIAH TORRON BUAT LAWAK KER DER VERSI PUSING KEPALA!! #PRmenipu


Sudah lama kita tak dengar Ahli Parlimen Kuantan puak Pakatan ni melalakkan. Ingatkan dah 'terkubur' di Kuantan dan sekarang mencari tempat baru untuk dia menampung. Bukannya apa, tempat baru tersebut yang beliau ingin tawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 nanti. Lepas tu rakyat di kawasan baru tu pun menerima nasib yang sama seperti rakyat di Kuantan...hari-hari kena "KENCING". Kesian...kesian....kesian!!

Rata-rata kalangan ahli parlimen dari Pakatan Haprak, apa yang mereka buat untuk kawasan mereka. Pembaca yang mungkin dari kawasan mereka yang memimpin lebih arifkan. Pembangunan yang lebih baik ada tak dilakukan di kawasan mereka sebagai pemimpin? Rakyat dibantu sehabis baik tak di kawasan tersebut? Korang rasa macam mana? Pendapat GR lagi senang, diaorang ni lebih suka melalak melolong sana sini sebar fitnah dan penipuan pada rakyat. Jangan libatkan rakyat, mereka tak bersalah dalam ini cerita. Ada faham ka!!!

GR nak gelak guling-guling pun ada ni pasal YB Fuziah Torron ni. Bukannya apa, pasal isu LYNAS ni. Al kisah sebenar pun sudah rakyat Malaysia ketahui bahawa LYNAS tidak membawa sebarang kesan negatif pada rakyat Malaysia. Kononnya kadar radioaktif yang sangat tinggi di kawasan kilang LYNAS dibina, sampai semua hidupan mati muntah hijau macam video low class yang MP Kuantan muat turun di Youtube.

Pada pertengahan Jun 2012, GR sendiri turun ke Himpunan Hijau di Kuantan dan melihat sendiri demo yang Pakatan Haprak ini lakukan. Ternyata tiada sebarang impak dan sokongan yang diberikan oleh rakyat khususnya dari Kuantan sendiri. Malah mereka yang datang dari negeri-negeri sekitarnya dan ada yang dari Kuala Lumpur juga. Mereka dibayar untuk membuat provokasi murahan agar PENIPUAN mereka ini didengar tapi itu semua hanyalah mimpi disiang hari.

Fuziah Torron kata pihak Kerajaan patut berterima kasih kepada beliau? Apakah kerajaan selama ini bodoh dalam membuat sesuatu perkara untuk rakyat dan negara? Dalam isu LYNAS ini, sudah semestinya kajian dibuat bertahun-tahun untuk memastikan tiada sebarang perkara yang boleh memudaratkan negara terutama sekali rakyat. Takkan lah buat sesuatu yang besar keberhasilannya pada negara pihak kerajaan akan buat keputusan sambil lewa. SAH!! Ahli Parlimen Kuantan ni yang tak guna otak!! Cakap main hentam keromo fakta tak ada.

Seharusnya Fuziah Torron yang patut MOHON MAAF pada pihak Kerajaan dan terutama sekali kepada rakyat Malaysia sebab banyak sangat tabur fitnah dan penipuan pada rakyat. Dah buat salah tu mengaku sajalah...betul tak? Apa yang susah sangatkan....

Setiap manusia ini Allah S.W.T jadikan tidak sempurna dan tak lari dari membuat kesilapan. So fikir-fikirkanlah yer wahai Ahli Parlimen Fuziah Torron. Nak tau pasal mSv dan radioaktif KLIK SINI


GR kata: Nak buat video Fuziah Torron jadi Gaban lah...Ok tak??

BONGKAR: BUKTI BUDAK ZAIRIL NIE BUKAN ANAK KANDUNG KHIR JOHARI!! #PRmenipu


Pembaca kenal dengan budak Cina DAP dalam gambar di atas ni? Nama budak hingusan ni Zairil juga merupakan Setiausaha Politik (Setpol) pada Lim Guan Eng. Hari ini sekali lagi penipuan puak Pakatan Haprak ni terbongkar.

Pertamanya budak Zairil ni BUKAN anak kandung Khir Johari. Keduanya status beliau beragama Islam juga meragukan kerana cara kehidupan beliau masih seperti budaya Cina DAP. Tidak mengamalkan langsung cara kehidupan orang Islam. Pembaca fikirkanlah sendiri amalan budaya yang GR maksudkan.


Inilah PENIPUAN yang amat dahsyat, puak DAP ni sanggup mempergunakan Islam semata-mata untuk menarik simpati undi dari bangsa Melayu dan yang beragama Islam. Budaya politik kotor yang mereka gunakan sebenarnya boleh membawa kehancuran agama Islam itu sendiri. Di manakah PAS dalam hal ini? Mereka tahu tentang perkara ini boleh meruntuhkan agama Islam yang suci tapi mereka hanya mampu berdiam diri saja kerana takut.

PAS dan seluruh Pakatan Haprak tak layak untuk memerintah negara ini kerana agenda tersembunyi mereka boleh membawa kehancuran negara. Rakyat harus sedar dan menilai mana yang baik dan buruk, jangan mudah percaya dengan JANJI MANIS bagaikan bulan dan bintang tapi akhirnya habuk pun tak ada.

Pembongkaran selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Islam dimainkan macam guli oleh DAP tapi masih ada Melayu yang BODOH itu bontot Pakatan. Mengong!!!

Wednesday, December 19, 2012

Dey Macha, Apa Pusing-Pusing Nie? Cakap Kasi Betullah...


Semakin hari nampaknya manusia bernama Deepak Jaikishan ni makin pelik perangainya. Sebelum ini beliau kata kenal sangat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tak mengapalah, tak salah pun apatah lagi perkenalan itu atas kapasitinya sebagai penjual karpet di mana Rosmah pernah berurusan dengannya seperti yang dia dakwa.

Kemudian dia muncul dan bersungguh-sungguh keluar kat Malaysiakini dan sebagainya MENAFIKAN fitnah yang mengatakan Rosmah dan Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, seperti yang disebut dalam pengakuan sumpah penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam.

P. Balasubramanian dalam pengakuan bersumpah itu mendakwa Najib dan Rosmah ada kaitan dengan kes tersebut. Selepas itu nama Deepak hilang begitu saja. Bila P. Balasubramaniam akhirnya keluar dengan pengakuan bersumpah kedua yang menafikan pula pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut, Deepak muncul kembali.

Sekarang nie ada 2 versi Deepak, satu kenal PM Najib Razak dan Rosmah dan lagi satu tak kenal. Mana satu yang betul nie? Nak jadi balaci Anwar pun janganlah duk nak menipu jugak kerjanya. Bila GR selidik dan kaji rupa-rupanya Deepak sedang menghadapi masalah kewangan dalam perniagaannya yang melibatkan jumlah ratusan juta ringgit.

Dia kemudian mengaku berjumpa dengan bapak segala putar alam, Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan berkenaan kemudahan pembiayaan dari sebuah bank Timur Tengah yang dihentikan separuh jalan.

Sebab itulah kini nada Deepak dah jadi lain benar, lari habis dari versi asal. Dan terbaru nak tahu apa? Deepak mendakwa terpaksa berbuat begitu kerana tertekan memikirkan mengenai Altantuya. Sampai pergi ke kuil Buddha untuk buat kemaafan, cara agama mereka sembahyang.

Wah macam tu pulak dah…dalam bahasa mudah, mula-mula nafi, lepas itu kata ya dan terbaru pergi minta maaf kat Altantuya di kuil pulak. Mana satu yang betul nie yer??

Lebih tepat mula-mula kata kenal Rosmah dan Najib, bila Rosmah dan Najib tak bantu menyelesaikan masalah kewangannya, dia lari pula ke Anwar, dan kini cuba nak tarik perhatian dengan menyebut semula kes pembunuhan model Mongolia itu.

Lepas ni apa agak-agaknya yang dia nak sebut. Yang menarik itu, bila Rosmah lancar buku biografinya, Deepak pun nak buat begitu. Dia pun nak lancar buku autobiografinya.

Tapi nak tahu berapa ‘tebal’ buku itu…cuma 26 helai. Majalah komik ker apa ni? Apa kejadah buku autobiografi tebal macam tu? Nampak sangat mamat ni ‘pressure’ dan dalam keadaan ‘desperate’ yang amat sangat. Ini semua adalah plan Anwar Ibrahim, Deepak ni mangsa terbaru beliau dan GR pasti Deepak dah telan duit yang diberi oleh Anwar. Orang tengah gila cari duit mesti sanggup buat apa saja!!

Sekadar teringat kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln :

” You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all the people all the time.”


GR kata: Makan roti putar, kepala pun jadi putar macam gasing daaa...

PAS GADAIKAN TANAH RAKYAT PADA DAP SEBAB GILAKAN JAWATAN MB PERAK! MOHON SIASAT!!


Memang cukup sesuai dengan peribahasa ''Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini Allah S.W.T bayar CASH, itu pun PAS masih heboh nak perjuangkan Islam. Kesian GR lihat rakyat di Perak entah apa kena kencing pun tak tau lah kan sehingga tanah pusaka mereka tergadai.

Sekarang heboh dokumen mendedahkan PAS Kelantan memberi tanah 10,526 ekar kepada Nga,Nge dan kronimya untuk memberi laluan kepada Nizar bagi jawatan Menteri Besar Perak telah mendapat perhatian umum sehingga tindakan laporan polis dibuat.

Jika kita imbas kembali pada PRU 12, senarai kerusi yang dimenangi oleh DAP lebih banyak jika dibandingkan dengan PAS dan PKR. Secara wajarnya DAP yang akan menjadi pucuk pimpinan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Tapi disebabkan DISOGOK oleh PAS, DAP dengan serta merta setuju untuk memberikan laluan Menteri Besar Perak kepada PAS. Jadi kambing hitamnya siapa lagi Nizar Lambai yang memegang jawatan MB Perak sekejap jer.

GR mohon semua pihak yang tahu mengenai perkara ini tampil untuk membuat laporan. Pihak berkuasa dan SPRM tolong siasat perkara ini yang jelas buktinya ada penyelewengan dan makan rasuah yang kuat. Jangan diberi peluang pada puak Pakatan ni, rakyat dah lama teruk merana. Belalah nasib rakyat....jangan sibuk siasat kegiatan rasuah dikalangan pihak Kerajaan saja, puak Pakatan ni lagi teruk sakau habis harta rakyat.

Baca selanjutnya DI SINI


GR kata: Siasat sampai lubang cacing...Jangan sampai terlepas DAP dan PKR nie!!

KENAPA PKR BODOH SANGAT? RAKYAT BELI RUMAH PUN SALAH!!

Perumahan swasta berkurun lamanya

Semakin hari semakin meluat bila meilhat pelbagai PENIPUAN yang tak masuk akal oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Malas nak layan pun ada puak-puak Pakatan nie tapi GR harus beritahu perkara yang benar pada pembaca yang budiman.

Hari ini kecoh pulak pencacai PKR nie, mengatakan ada seorang bekas pegawai Polis berpangkat tinggi mempunyai aset rumah lebih dari satu. Masalahnya ada ker bukti pembelian pegawai tinggi Polis terbabit terlibat dalam pembelian rumah tersebut. Jika beliau mampu kenapa tak boleh ker? Dan menyewakan pada golongan yang berpendapatan rendah dengan harga yang lebih murah.


Lokasi yang dimaksudkan oleh pencacai PKR adalah di Taman Miharja. GR pun terpanggil untuk menyatakan perkara sebenar. Dalam perkara ini beberapa penipuan yang ingin GR berikan pandangan yang sebenar.  

Pertamanya sekali di kawasan Taman Miharja TIADA sebarang pembinaan rumah kos rendah dibina oleh pihak DBKL. Ia merupakan kawasan perumahan swasta. GR sendiri melihat dengan mata kepala sendiri petang tadi di kawasan Taman Miharja, perumahan di situ bukan Flat PPR. Ianya kawasan perumahan yang dibangunkan oleh perumahan swasta sejak dari lebih 30 tahun dulu.

Kedua, jika mengikut carian yang kononnya dicari pada tahun 1999...sumber dalam GR memberitahu kalau berkaitan dengan sewaan rumah PPR, laporan awal menunjukkan tiada sebarang tawaran dibuat kepada pegawai polis berpangkat tinggi tersebut. Kalau benar bagai dikata, mesti ada pemalsuan dokumen yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak nie. GR mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera!!

Ketiganya, dalam hal pembelian rumah yang lebih dari 1 aset memang tidak dapat dikawal sekiranya ianya dibuat secara lelong atau subsales. Kita ambil contoh, kalau seseorang itu kita lihat dari latar belakangnya dia seorang yang mampu...dia membuat pembelian sewa beli ini. Rumah tersebut sudah semestinya menjadi hak milik dia. Dan jika suatu hari nanti beliau ingin menjualnya pada sesiapa saja yang berminat itu adalah mengikut keputusannya sendiri. Betul tak??

Memang lawaklah puak-puak Pakatan nie. Bila kita kata mereka nie BODOH, mereka marah. Tapi memang mereka ni BODOH. Sebenarnya mereka sudah kekeringan isu di Kuala Lumpur ini. Isu yang ingin memfitnah Kerajaan dan tanamkan persepsi buruk pada masyarakat. Manusia yang tak guna otak inilah jadinya. Jika kita lihat setiap permasalahan rakyat di Kuala Lumpur ini pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan akan menyelesaikan dengan TUNAIKAN janji pada rakyat.

Syabaslah GR ucapkan pada Pakatan Haprak kerana cipta isu yang tak gunakan otak. Akal fikiran kita ni Allah S.W.T ciptakan untuk kita berfikir dengan baik dan waras kerana ianya untuk memberikan idea yang berguna pada semua pihak bukannya untuk menghancurkan sesama masyarakat di Malaysia ni.


GR kata: Pemimpin Pakatan rumah macam istana...macam mana pulak tu yer??

Tuesday, December 18, 2012

DAP TAMAK HALOBA, ANWAR BERANI KER NAK TEGUR??


Kongres DAP telah pun tamat pada Ahad lepas tapi rakyat masih perlu ingat agenda sebenar yang mereka ingin bawakan untuk capai kepentingan peribadi mereka untuk menang PRU 13 nanti.

Kita semua lihat beberapa orang anak Melayu yang terlalu BODOH sanggup mengadaikan maruah diri menjadi kambing hitam dalam DAP. Jelas terbukti dalam Kongres DAP baru-baru ini tiada tempat anak Melayu yang dibenarkan oleh Cina DAP ini memegang sebarang jawatan tertinggi dalam DAP. Hanya layak untuk jadi MACAI saja, itu pun masih tak sedar diri.

Inilah manusia bila diri sudah dibelai dengan wang, sanggup gadaikan maruah sendiri kerana duit. Orang pun selalu kata pasal duit adik beradik pun boleh bergaduh ini pula dalam politikkan. Pembaca sekalian haruslah berfikir secara matang, DAP tidak layak untuk perjuangkan hak semua kaum di Malaysia apatah lagi nak membela nasib rakyat di Malaysia, dalam Kongres DAP membuktikan kaum lain tidak diberi tempat langsung dalam jawatan tertinggi mereka. Nasib Melayu dan India dibela ker macam tu??

Percayalah, jika PKR dan PAS yang Bodoh akan jadi bertambah BODOH bila berikan DAP tambahkan kerusi untuk PRU 13 nanti. Negara akan tergadai disebabkan kesemua mereka tamak dan gila kuasa.


PASIR GUDANG: Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.

Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.

"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.

"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, Ahad.

Menteri Pengajian Tinggi itu mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan 13 kerusi - tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) - pada Pilihan Raya Umum berkenaan.

Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan. Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN. - BERNAMA






GR kata: Komunis mana ada perasaan belas kasihan....

Monday, December 17, 2012

BONGKAR! LGE LANGGAR BAPAK SENDIRI SEBAB GILAKAN KUASA!!!

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa.

Atas sebab itu katanya, segala cadangan yang dibuat oleh Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) atau mana-mana pemimpin parti.

Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.

''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.

''Saya sendiri pernah diberitahu oleh seorang senior di dalam DAP. Beliau berkata, Tunku sesiapa yang membangkang cadangan Guan Eng atau Kit Siang masa depannya habis,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz berkata, hakikatnya, jawatan yang dipegang oleh Guan Eng terlalu berkuasa dan itulah yang berlaku selama ini.

''Di dalam DAP, Setiausaha Agung dianggap jawatan tertinggi dan bukannya Pengerusi. Jawatannya ini sama dengan amalan dalam parti komunis dan sosialis.

''Jika tidak, sudah tentu jawatan Setiausaha Agung DAP sama peranannya seperti Setiausaha Agung UMNO atau Setiausaha Agung MCA,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memberitahu sebahagian besar pemimpin di dalam DAP bersifat 'yes man' kerana tahap kekuasaan yang ada pada Guan Eng selaku Setiausaha Agung.

''Keadaan ini berlaku sebab Guan Eng atas jawatan Setiausaha Agung yang disandangnya itu telah menyebabkannya menjadi terlalu berkuasa.

''Kecuali ada dua orang yang berani bertentangan pandangan dengan Guan Eng yang mana salah seorangnya pemimpin DAP di Selangor,'' katanya lagi.

GR kata: DAP kaki auta....

TERKINI: HEROIN IMPIAN ILLYANA SELAMAT LAHIRKAN BABY GIRL


Nur Lydia Ibtisam personaliti tv, host, pelakon dan penyanyi yang popular dengan drama bersiri Impian Illyana Sunsilk dan Dunia Anita telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 6.30 pagi tadi.

GR mendapat khabar berita gembira ini melalui kiriman sms dari suami beliau sendiri yang juga merupakan producer drama dan filem.


Anak perempuan mereka selamat dilahirkan di Hospital Shah Alam dengan berat 2.15kg. Kini Lydia Ibtisam popular sebagai pengacara Chop di TV9, producer dan penulis skrip serta pencipta lagu. Single terbaru beliau bertajuk Dalam Diam.


GR kata: Tak sabar nak tengok baby...Tahniah!!

"ALA NAMPAK TUTTT SIKIT JER PUN" - ARTIS EHEM EHEM


Luas sangat leher baju tapi 'aset' celebriti terkenal ini nampak jugak. Walaupun perkara ini terjadi pada celebriti di Hollywood, LeAnn Rimes tetap mengalami saat yang memalukan. Pokoknya ada perasaan malu ker? Tapi masih berpakaian macam ni. Hi hi hi

Celebriti terkenal ini berpakaian begini dalam salah satu program kebajikan di Los Angeles yang menampakkan puting payu daranya sedikit terkeluar kerana mengenakan kolar baju yang agak luas.


Macam mana pula dengan aksi pemimpin di atas yer? Nampak habis bogel satu badan. Kelakuan terkutuk yang sememangnya beliau suka bila orang menontonnya. Tak kisah apa orang kata yang penting cita-cita untuk gadaikan maruah negara tercapai.

Fikir-fikirkanlah...nak seorang pemimpin negara yang macam ni ker???


GR kata: Anwar pun nak jadi celebriti terkenal jugakkan..???

Sunday, December 16, 2012

BN GUNAKAN FORMULA DARI RAKYAT UNTUK #PRU13! @Zahid_Hamidi @Najib_Razak

Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya.

GR kata: Calon mestilah dari kalangan yang senang dihati rakyat....

HOT: BDR TUN RAZAK AKAN JADI KUBUR PADA PKR! @rizalmanmokhtar @umbkl #BN4WP


Nampaknya Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak akan tidur lena ini kerana kubu kuat yang mereka katakan baru-baru ini bakal diKUBURkan sendiri oleh rakyat Bdr Tun Razak. Ini jelas menunjukkan semua lapisan masyarakat di Bdr Tun Razak terutama sekali dari kalangan anak muda MENYESAL dengan undian mereka pada PRU 12 yang lepas. Apa yang mereka inginkan perubahan nampaknya jauhnya lebih buruk dari pemerintahan yang sebelum ini.

Di mana Khalid Ibrahim ketika rakyat memerlukan beliau? Di manakah bantuan diperlukan rakyat ketika mereka memerlukan beliau? Di manakah pembangunan yang baik untuk rakyat di Bdr Tun Razak? Yang penting sekali Khalid Ibrahim anak jati Bdr Tun Razak atau tidak??

Semalam anak muda di Bdr Tun Razak telah menunjukkan petanda bahawa mereka akan berjuang habis-habisan dan akan membantu untuk kembalikan UMNO/BN menjadi pemimpin mereka di Bdr Tun Razak. Sokongan yang sangat menakjubkan diberikan oleh golongan anak muda semalam mereka turut serta dalam Pelancaran Jentera Gerak Gempur & Poster Barisan Nasional peringkat Parlimen Bdr Tun Razak.


Pelancaran majlis tersebut telah dirasmkikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar merangkap Ketua Pemuda UMNO WP juga selaku Pengerusi Jenteri BN Bdr Tun Razak.

Apa yang diharapkan Pemuda BN Bdr Tun Razak harus memastikan sokongan anak muda di kawasan Bdr Tun Razak tetap pada BN inilah kerana kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh pihak-pihak yang bermasalah. Mereka juga tidak mahu PAS menjadi pemerintah kerana mereka hanya tahu mempersendakan agama dan menjadikan agama sebagai gula-gula politik mereka.


3 saranan yang diberikan oleh Datuk Rizalman dalam masa 100 hari :

1. Haruslah lupakan masalah dan sengketa yang dihadapi baik dalam parti kerana perkara yang penting adalah untuk kembalikan BN bertapak di bumi Bdr Tun Razak.

2. Jentera Gerak Gempur perlulah jumpa dengan golongan anak muda di kawasan masing-masing, yakinkan mereka kekalkan pemerintahan YAB Perdana Menteri sekarang kerana banyak Transformasi Negara bakal dilaksanakan pada masa depan.

3. Siapa saja calon yang dicalonkan bawah BN di Bdr Tun Razak harus diberikan sokongan tanpa berbelah bagi.


GR lihat semangan yang diberikan sangat baik pada pelancaran semalam. Seramai lebih 400 orang anak muda yang turun dengan rela hati untuk bersama BN kembalikan bertapak di bumi Bdr Tun Razak. Pada Khalid Ibrahim dan AMK Bdr Tun Razak jangan mimpi di siang hari yer...cakap sana sini saja pandai tapi yang buat kerja di Bdr Tun Razak hanya UMNO/BN.


GR kata: PKR Bdr Tun Razak goyang kaki saja pandai kan...Hi hi hi

PANAS: BAS PLKN DIGUNAKAN OLEH DAP! KP PLKN SALAHGUNA KUASA!?


Gambar di atas inilah BUKTI bas Pusat Latihan Khidmat Negara diberikan kepada puak DAP yang dijadikan sebagai transportation mereka dalam Kongres DAP di P.Pinang. Persoalannya kenapa diberikan kebenaran pada puak-puak DAP ni??

Ketua Pengarah PLKN perlu jawab perkara ini. Dalam hal perundangan Kerajaan, aset hak milik Kerajaan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk tujuan politik sama sekali. Inikan pula pada parti pembangkang. Bukti gambar bas ini ada udang sebalik mee...apa yang KP PLKN cuba lakukan.

GR juga mendesak agar KP PLKN agar jawab tentang perkara ini. Sumber juga mengatakan KP PLKN ada bersama beberapa pemimpin DAP di P.Pinang sebelum Kongres DAP ini bermula. Bikin apa tu?? GR juga desak jika terdapat kesalahan ini, perkhidmatan bas PLKN ini hendaklah DIBERHENTIKAN serta merta kontrak mereka. MOHON JAWAB SEGERA!!!

Baca cerita selanjutnya DI SINI


GR kata: KP PLKN amik 'percent' ker jumpa pemimpin DAP kat hotel tu??

Artikel pelbagai