Wednesday, February 29, 2012

INFO: Bukti Kadar mSv LYNAS Rakyat Perlu Tahu!! #Lynas



Pembaca lihat gambar di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Ini adalah sebahagian dokumen mengenai kadar kandungan mSv yang dikeluarkan oleh MOSTI. InsyAllah GR akan keluarkan secara berperingkat untuk pengetahuan pembaca sekalian.

Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, ini adalah jawapan bagi tomahan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak terutama dari MP Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh (Fuziah Torron). Jelas terbukti Lynas adalah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya tapi memproses nadir bumi.

Walaupun ramai kaum Cina yang menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth' kedua di dunia. Ini juga boleh mendatangkan pendapatan yang baik untuk negara.

Namun tomahan buruk yang dilemparkan oleh puak pembangkang tidak membawa apa-apa kesan. Pembaca bayangkan apabila Malaysia dapat menjana ekonomi negara berbilion dollar hasil dari kilang Lynas ini. Negara China pasti sukar untuk mengawal harga 'rare earth' mereka apabila kita juga memiliki kilang tersebut di Kuantan.

Siemen juga dikhabarkan mahu melabur hampir RM 1 bilion untuk projek ini dan bayangkan betapa bertuahnya Malaysia apabila ia menjadi kenyataan.

Namun jika projek ini gagal sudah pasti pelbagai perspektif negatif dan tomahan yang begitu teruk akan dilemparkan oleh puak Pakatan Rakyat dan pasti rakyat akan terkena tempiasnya. Pada pendapat GR, ini  hanyalah 'game plan' Pakatan Rakyat di mana mereka hanya memburuk-burukkan Kerajaan dan semata-mata ingin meraih simpati rakyat supaya mereka mendapat undi pada PRU-13 nanti.

Kepada rakyat Malaysia, haruslah berfikir secara rasional. Janganlah dengar pendapat atau pun maklumat dari sebelah pihak saja. Carilah maklumat di mana saja, korang semua taukan mana nak dapat maklumat Lynas ini baik dari Kerajaan pun.... Internetkan di hujung jari sekarang ni, fikir-fikirkanlah!!!


GR kata: Kenapa puak-puak PR sibuk sangat pasal LYNAS ek?? Ada geng yang tak diberi kontrak ker?? Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai