Tuesday, February 28, 2012

PANAS: HEBAT SANGAT KE BLOGGER YY NI..??



Dari blog Khazah-MPM

Siapa yang tidak kenal dengan blogger Double Y antara senarai blogger terhebat tanah air dengan entri yang sentiasa membantu kerajaan dalam menangkis serangan dakyah pihak pembangkang yang ingin mencetuskan kekeliruan.

Setiap artikel yang dikeluarkan sentiasa dilihat berfakta dan selalunya kena pada sasaran. Bukan tembak berpeluru banyak tetapi sasaran selalu tersasar seperti sesetengah blogger SUPERSTAR.

Jauh sekali kalau kita baca blogger ini memainkan isu-isu lucah untuk menyerang pakatan haprak tetapi kebiasaannya pendekatan yang matang dalam menangkis serangan untuk menyakinkan pembaca bahawa isu yang cuba dibawa atau diketengahkan oleh pakatan haprak terlalu bersifat politik sahaja bukan kerana betul-betul membincangkan isu di utarakan.

Bezanya dikalangan blogger-blogger yang semangat juangnya ikhlas membantu parti dengan blogger SUPERSTAR (berkiblatkan uncang emas) adalah laporan mereka yang bersifat membetulkan maklumat dengan menolak cerita fitnah serta karut oleh puak pakatan haprak dan laporan bukan mengharapkan laba selepas itu.

Walaupun blogger DOUBLE Y dituduh sebagai Blogger UMB Berbayar (siapa bayar) tetapi tidak sedikit mematah semangatnya untuk berjuang malah kehadiran beliau bersama rakan seangkatan di dalam UMB telah melegakan pemimpin BN-UMNO kerana mereka diwujudkan atas entiti parti bukan blogger polong merayau mencari darah.

Kini blogger DOUBLE Y boleh diiktiraf sebagai blogger no 1 Pro-BN kerana kedudukan itu selayaknya beliau pikul dan bukannya blogger SUPERSTAR yang terkenal sebagai blogger lucah biarlah blogger matang seperti beliau mengambil alih supaya umum melihat blogger pro BN sangat berkaliber membincangkan isu politik bukan isu lucah.

Sekadar pandangan penulis bukan semua perkara yang kita buat boleh memuaskan semua orang dan itu adalah lumrah kita sebagai manusia termasuklah mereka yang bergelar blogger. Kadang-kadang penulisan mencerminkan identiti seorang penulis dan imej yang dibawa sekali untuk dipertontonkan.

Sebagai penulis blog apa yang membuat pembaca kagum adalah setiap hasil kerja dan laporan didalam blog ada mempunyai satu sikap bertanggunjawab terhadap apa yang dilaporkan bukanya LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN seperti blogger SUPERSTAR yang menulis kemudian lari bila kenyataan disanggah paling lucu mendabik dada mengiktiraf merekalah membantu itu dan ini bila ditanya.

Ikuti temubual blogger Double Y oleh malaysiandigest.com


GR kata: Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH!!!

No comments:

Artikel pelbagai