Friday, March 2, 2012

PANAS: Ketua Puteri Sokong Kenyataan Anwar??


He he he...rileks jangan ada yang melatah dengan tajuk artikel di atas. GR saja nak 'panas' kan sikit suasana malam ini. Sebenarnya GR berbangga dengan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin No.1 Puteri UMNO Malaysia ni. Jom kita baca apa kenyataan beliau:


Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak berani mendedahkan kepada rakyat Malaysia surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, pendedahan itu sekali gus `membenam’ segala manipulasi yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berhubung perkara itu demi kepentingan politik mereka.

“Berbanding kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terbuka terhadap keselamatan Israel, ketiga-tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad pula jelas menunjukkan hala tuju serta pendirian Malaysia berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta sejauh mana hubungan dua hala dengan Israel boleh dilaksanakan,” katanya melalui satu kenyataan.

Rosnah berkata, pendedahan ktiga-tiga surat itu amat penting untuk membuktikan barisan pemimpin parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat gemar memanipulasi apa sahaja perkara bagi menghasut rakyat membenci kerajaan dan barisan kepimpinan kerajaan.

Malah, katanya, pemimpin pembangkang sanggup membuat apa sahaja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka terutama Anwar yang tanpa segan silu menyatakan sokongan terhadap Israel semasa ditemuramah Wall Street Journal (WSJ).


GR kata: Tahniah YB...seorang pemimpin wanita yang bersemangat tinggi...

No comments:

Artikel pelbagai