Saturday, August 11, 2012

PANAS: USTAZAH PAS KANTOI TANGKAP BASAH!?


Nafsu tak mengenal status.. Begitulah yang boleh disifatkan dengan berita penangkapan seorang ustazah kerana berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang. - MPP


GR kata: Bulan poser pun jadi gak ker?? Isk isk isk....

VIDEO RAYA 2012 AKAN BUAT KITA MENANGIS!!




Pastinya pembaca tersentuh hati bila menonton iklan pendek terbitan Padiberas Nasional Berhad BERNAS untuk raya tahun ini.Video yang dimuat-naik di youtube berdurasi hampir 8 minit ini mengisahkan perjalanan 2 orang anak yatim yang kurang upaya iaitu Ahmad dan Fizi untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Jelas di sini mesej yang ingin disampaikan iaitu kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak  ada kepada insan lain,begitulah sebaliknya.

Untuk berjaya manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

DISKAUN TOL! PAKATAN MAKIN MEROYAN DENGAN #JanjiDitepati - @ShazimanMansor @NajibRazak


Sebanyak 24 lebuh raya akan menawarkan diskaun dan rebat tol antara 10 dan 37.5 peratus kepada pemilik kenderaan sempena Hari Raya dan Hari Merdeka.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jumaat berkata, insentif itu akan bermula antara 15 dan 23 Ogos untuk Hari Raya dan pada 31 Ogos untuk Hari Merdeka.

Katanya insentif tol tahun ini adalah istimewa kerana Hari Raya disambut pada bulan kemerdekaan dan diskaun 37.5 peratus adalah yang tertinggi yang pernah ditawarkan setakat ini

Pada 31 Ogos, semua pemilik kenderaan boleh menggunakan LDP dan Lebuhraya MEX secara percuma

Shaziman mengumumkan perkara ini selepas melawat ke tapak pembinaan susur keluar yang dicadangkan dari lebuh raya Latar di Kundang - mStar


GR kata: Terima kasih pada Kerajaan yang sentiasa membuat yang terbaik untuk rakyat.

PESANAN IKHLAS BUAT OSTAD & PUAK PAS!!


Sebagai orang Islam, semua orang tahu Hudud adalah hukum Allah. Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.

Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan ‘Islam’ di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan ‘Islam’ di dalam diri sendiri. Kenapa boleh jadi begini, sedangkan dalam diri mereka adalah umat Islam??

Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan mempergunakan hukum Hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti. Dan yang lebih penting mereka mempermainkan fikiran rakyat bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.

GR rasa jika kita berkata bahawa mereka-mereka ini yakin perjuangan hudud ini akan membawa mereka terus ke Syurga itu adalah amat tepat sekali. Bukan sedikit masyarakat Islam di Malaysia, yang mengambil sikap seperti ini iaitu melihat Syurga, Neraka sebagai hitam putih.

Benar, tidak salah kita mengejar pahala dan Syurga, malah kita wajib melakukannya. Memang itu yang dituntut dalam Islam. Allah S.W.T juga memberitahu dalam Al-Quran, taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W pasti akan mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Cumanya, kita perlu beringat iaitu yang akan ‘bertemu’ Allah nanti adalah roh yang membawa bersama segala apa yang terniat, terasa dan terfikir oleh kita dalam melakukan sesuatu perbuatan itu, bukannya perbuatan itu semata-mata. Yang akan dihisab ialah diri masing-masing, bukan orang lain dan bukannya negara ‘Malaysia’ yang Islam atau tidak.

Justeru, dalam kita mengejar pahala dan syurga, janganlah kita terlalu menumpukan kepada orang lain, politik dan negara melebihi diri sendiri. Jangan terlalu obses untuk beribadah dengan cara melihat kemungkaran orang lain. Dan jangan terlalu berfikir mengenai orang sekeliling mencari kesilapan mereka untuk ‘ditegur’ kerana ini akan menyebabkan kita alpa seolah-olah menganggap diri sendiri sudah begitu sempurna.

Malangnya, masyarakat Islam di Malaysia yang begitu galak bercakap soal hukum hakam dan hudud ini tidak pula berakhlak dan beradab. Bukankah lebih wajar kita memperkasakan asas Islam terlebih dahulu sebelum berbicara soal yang lebih tinggi?

Para Ulama dan pemimpin Islam wajib terlebih dahulu belajar merendah diri, bersikap tawaduk, meminta maaf bila bersalah, meminta izin untuk mencelah, mengucapkan terima kasih, mengsedekahkan senyuman bila bertentang mata walaupun dengan orang yang tidak dikenali, membantu orang yang dalam kesusahan dan sebagainya sebelum mereka layak mentarbiah atau mendakwah orang lain.

Oleh itu, sebelum bercakap soal hudud, Nik Aziz seharusnya memastikan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan benar-benar mempraktikkan kebersihan diri, rumah, kampung-kampung dan bandar-bandar mereka terlebih dahulu.

Kemudiannya, Nik Aziz juga wajib menghapuskan kemiskinan di Kelantan bagi mengelak rakyatnya menghampiri kekufuran. Ini kerana kemiskinan mampu membawa kepada berbagai-bagai masalah sosial akibat dari kurang pendidikan dan pelajaran. Tanpa pelajaran dan pendidikan, rakyat mudah menjadi ‘gedebe’, tidak berakhlak, suka bergaduh, bercakap kasar malah mencarut yang mana amat bertentangan dengan Islam. Pendek kata, rakyat akan menjadi masyarakat yang tidak beradab umpama masyarakat jahiliah.

Nik Aziz juga wajib memajukan negerinya sejajar dengan tuntutan Islam yang menggalakkan kemajuan. Rakyat Kelantan harus digalakkan menguasai sains dan teknologi mengikut arus dunia selaras dengan tugas manusia sebagai Khalifah di dunia.

Jika segala asas Islam ini tidak dapat diperkukuhkan di dalam hati sanubari rakyat Kelantan, maka Nik Aziz tidak ada hak pun untuk bercakap mengenai perkara yang jauh lebih tinggi di dalam Islam, apatah lagi hukum Hudud. Renung-renungkanlah....


GR kata: Mantapkan asas Islam dahulu sebelum bicara soal Hudud!!

Friday, August 10, 2012

RAKYAT MALAYSIA SETUJU TAK SOKONG DAP!


KUALA LUMPUR 8 Ogos Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.

"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

"Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya," katanya.

Ismail berkata, penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.

"Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam," katanya. - BERNAMA


GR kata: Fikir-fikirkanlah demi untuk selamatkan agama, bangsa dan negara...

LAHANAT: VIDEO @teresakok HINA ISLAM DAN RUMAH ALLAH!!




Lihat video di atas, puak DAP nie memang kurang ajar, dah la tak hormat ketika azan sedang dilaungkan. Masuk rumah Allah (masjid) dengan tidak menutup aurat. Berjalan ke hulur he hilir keluar masuk masjid pakai kasut pulak tue. Ostad-ostad PAS yang ada kat situ buat ape? Tengok jer ke, ker tengah sedap tengok lengok MP tunjukkan kesaksian dia?? Ingat nie gereja atau pun rumah berhala ker??

Manusia yang GR maksudkan ialah Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok. Pembaca lihat betapa KURANG AJARNYA beliau menghina rumah Allah dan Islam. Video ini diambil ketika dalam satu demo haram yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Dah la perangai sombong dan bongkak melulu nak masuk Masjid Negara tanpa menutup aurat. Bila ditegur pengawal keselamatan baru nak berpura-pura nak menutup aurat.

Mana Ostad-ostad PAS dan puak-puak mereka masa nie? Yang ada di situ hanya mampu tengok saja, kenapa tak ada ilmu agama ker dalam otak tue untuk menegur YB DAP haprak nie. Takkan tunggu Ostad Tian Chua pulak kot yang jika kita lihat dalam video di atas nak tunjukkan 'HERO'. Pembaca fikirlah, perkara yang sebegini pun mereka boleh menghina Islam dan rumah Allah. Apatah lagi kalau mereka benar-benar memerintah Malaysia ini, negara Islam akan bertukar menjadi negara kafir Laknatullah....


GR kata: Makom Ostad PKR dan Ostajah DAP lagi tinggi sebab tu PAS tak berani nak tegur!

CARILAH 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Dah 20 hari kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ni. Cuma tinggal lebih kurang 10 hari saja Ramadhan kali ni meninggalkan kita. 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, ada satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam LAILATULQADAR.

Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.

Di sini GR ingin kongsikan sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman : iLuvislam.com mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar.

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadhan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah S.A.W sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ramadhan berikut :
  • Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25
  • Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: "Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini".

Tanda Dan Alamat 
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah 
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.



GR kata: Selamat beramal dan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.

Thursday, August 9, 2012

GEMPAR: LATEST VIDEO ANWAR IBRAHIM SIRI 2 TERSEBAR!?


Mungkin ramai pembaca sekalian sudah melihat video China Doll Pak Anwar Ibrahim kita nie. Jika kita lihat lelaki dalam video tersebut 100% mirip Anwar Ibrahim baik dari raut wajahnya dan juga bentuk badannya. Tapi apakan daya, bukti yang sememangnya terang-terangan masih dinafikan beliau dan jawapan yang tak logik Anwar berikan demi untuk mengelak...pada hal dah goyang tue.

Apa pun GR malas mengulas lanjut sebab ramai puak-puak tegar Anwar nie dah tak heran dengan video China Doll beliau. So...lihat video di bawah yang lebih PANASSS :



Isk isk isk korang nie...kalau video yang melibatkan ala-ala satu kaler nie laju jerk korang tengokkan. Sebenarnya bukannya GR untuk menghebah-hebahkan video-video tak senonoh Pak Anwar nie, bukan ada faedah pun. Allah SWT akan tunjuk jugak suatu hari nanti perangai Anwar nie.

Lihat vide di atas, apa yang Anwar cakap mengenai DAP dan PAS dulu...DAP dan PAS tak guna otak!! Tapi tengok sekarang beliau bersekongkol dengan mereka-mereka nie demi untuk mencapai cita-cita busuk beliau. Al kisahnya...Anwar nie masih tak boleh terima kenyataan yang beliau tak dapat jadi Perdana Menteri. Itu yang meroyan tak tentu pasal....


GR kata: Kalau dah kena buang tue, tak payah la sibuk nakkan sangat jawatan. Malu lah sikit Anwar oiiii....Kenapa Anwar gila sangat nak jadi PM ek??

BN YOUTH CYBER TEAM PLATFORM BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA! @Khairykj @tunfaisal @BNYCyberTeam #BNYCT


KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) semalam melancarkan Pasukan Siber atau dikenali `BN Youth Cyber Team' (BNYCT) yang akan bertindak sebagai medium bagi menyalurkan maklumat umum kepada orang ramai.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pasukan tersebut yang terdiri daripada sukarelawan, akan menjadi perintis kepada generasi muda untuk bersama-sama menyebar maklumat tepat dan menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Menurutnya, pada masa ini, maklumat asal berkaitan politik semasa diperoleh daripada portal media arus perdana tetapi berita itu telah diwarnai dengan komen serta pendapat daripada pembaca yang lebih cenderung kepada pihak-pihak tertentu.

“Kita berharap platform ini akan mewujudkan satu gelombang atau ekosistem di mana maklumat kita dapat disampaikan kepada umum dengan lebih cepat dan tersusun.

“Kita terima hakikat generasi muda pada hari ini masih bergantung kepada media cetak arus perdana tetapi yang lebih dewasa mereka memilih untuk menggunakan media sosial sebagai sumber maklumat terkini,” katanya selepas majlis pelancaran pasukan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. - Kosmo

Jom sertai BNYCT, boleh lihat link di bawah :

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team/475344502477266

FACEBOOK BAHASA INGGERIS http://www.facebook.com/pages/BN-Cyber-Team-Eng/349963081745588

FACEBOOK BAHASA CINA http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Cyber-Team-CN/485480184812669

FACEBOOK BAHASA TAMIL : https://www.facebook.com/BNYCTTamil

TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam

BLOG : http://bnycyberteam.net

YOUTUBE : http://www.youtube.com/channel/UCDZC5AD-rQgUw6nXErZW_dw

GEMPAR: ANWAR KENA SOUND DENGAN PENYOKONG TEGAR SENDIRI!? @hairieothman @BNYCyberTeam


Inilah manusia bila dah tak ada modal dan hakikat sebenarnya memahami Kerajaan yang memerintah negara sekarang sentiasa membela rakyat. Tapi disebabkan muka tak tahu malu dan ego yang tinggi inilah jadinya. Pembaca lihatlah gambar screen shot yang GR dapat dari seorang penyokong tegar pakatan Haprak.

Janji-janji Ditepati katanya janji-janji syaitan. Siapa yang syaitan sebenarnya? Bukankah pemimpin-pemimpin dari PR yang sentiasa menaburi janji-janji manis pada rakyat TAPI hasilnya macam mana? Janji tersebut DITUNAIKAN atau TIDAK?? GR bagi satu contoh la yer, janji Pak Anwar nie cukuplah...yang merenanya siapa?? Lihat video di bawah :



So...apa macam? Rakyat di kampung nie merana tak pikir pulak yer....Siapa yang bapak SYAITAN, bapak IBLIS sebenarnya?? Wahai saudara @Rosli6095, tak tau apa-apa jangan jadi BODOH. Kan dah kena batang hidung sendiri. Tengok lagi satu 'Setan' yang suka menyesatkan orang kat bawah nie :



GR kata: Ayat Quran surah An-Nisa ayat 120 nie memang elok tuju pada batang hidung korang sendiri...Hehe hehe


PANAS: KENAPA @AzminAli TAKUT DENGAN AISKRIM??


Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama


GR kata: Tahniah kepada semua pihak memberi sokongan pada Team Malaysia di Olimpik. Mane Azmin Ali ek?? Hehe hehe...

Wednesday, August 8, 2012

TERKINI: PAKATAN RAKYAT RAKSASA 3 KEPALA! @Khairykj



KUALA LUMPUR: Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengguna pakai tiga tema Hari Kebangsaan ibarat raksasa yang mempunyai tiga kepala. Beliau berkata, dahulu dalam tamadun Greece, terdapat cerita mengenaisatu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

"Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal)".

"Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (PakatanRakyat) menggembar-gemburkannya seolah-olahtidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri".

"Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya pada sidang media selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan tiga tema Hari Kebangsaan yang berbeza. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasarlain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi.

Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

"Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik partidan politik kenegerian. Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan pusat iaitu 'JanjiDitepati'.

Dilaporkan, logo Hari Kebangsaan bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih.



GR kata: Tema Merdeka kat Penang & Selangor maksudnya macam sama dgn 1Malaysia...camner tue?? Hehe hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

ASKAR, POLIS DAPAT KAD DISKAUN! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O


PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
   
Beliau berkata ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan "Wira Yang Tidak Didendang", sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
  
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau 'pendapatan boleh guna' rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
  
Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 ini menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan, yang membolehkan pemegang kad itu menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan dan banyak lagi, yang senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.  
  
Perdana Menteri berkata kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara, dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringit.
  
Beliau berkata pencapaian objektif yang lebih pantas diperlukan dalam usaha membawa transformasi besar negara, di samping penjanaan idea-idea yang kreatif, serta pelaksanaan agenda yang lebih cepat, tepat dan berintegriti.
  
"Saya percaya melalui usaha sebegini dan daripada dasar-dasar yang kerajaan jalankan, kejayaan negara akan menjurus kepada apa yang kita impikan, tapi segala impian kita ini tonggaknya mesti kepada keselamatan, keamanan dan kestabilan," katanya.
  
Inilah jaminan masa depan kita, di samping komitmen kita mempertahankan ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara, dan tuan-tuan dan puan-puanlah yang menjamin segala impian boleh menjadi realiti. Tuan-tuan dan puan-puan adalah wira yang tidak didendang tapi besar sumbangan dan pengorbanan kepada rakyat dan negara," tambahnya.

Perdana Menteri kemudiannya melawat ruang-ruang pameran yang disertai oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
  
Terdahulu, Husni dalam ucapannya di majlis itu berkata inisiatif 1Malaysia Privilege Card dilaksanakan dalam tiga fasa, yang bermula dengan pegawai serta anggota beruniform tentera dan polis, diikuti dengan fasa kedua yang melibatkan pesara kedua-dua pasukan, dan fasa ketiga melibatkan lain-lain kategori perkhidmatan yang akan dikenal pasti nanti.
  
Menurutnya bermula hari ini kad berkenaan akan diagih secara berperingkat kepada 241,000 pegawai serta anggota, melibatkan 130,000 dari pasukan tentera dan 111,000 dari pasukan polis. - Bernama


EDISI SAHUR: IKLAN RAYA 2012 YANG TERSENTUH HATI! WAJIB TONTON!!





GR kata: Hayati dan fahamilah maksud tersirat dari video Raya Aidilfitri ini....


BN YOUTH CYBER TEAM @BNYCyberTeam BAKAL CIPTA SEJARAH, AYUH SEMUA!! #BNYCT

SETELAH sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap-sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika & propaganda pembangkang di ruangan siber.

BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 8 Ogos ini (Rabu) pada jam 12.30 tengah hari.

Semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai BNYCT dijemput untuk hadir ke majlis pelancaran program ini di Dewan Seri Endon, PWTC pada hari Rabu 8/8/2012 pada jam 12.30 tengahari.

Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji pemerintahan dengan gagah selepas PRU13.

Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini... GEMPUR TERUS!


Tuesday, August 7, 2012

PANAS: AULAMAK POK NIK DAH MULA NAIK SAWAN!


Inilah kehebatan Pok Nik Aziz yang tak ada pada ulama' lain. Dia boleh sesatkan orang senang macam kacang goreng, termasuk anaknya sendiri. Entah apa yang diajar pada anak dia si Nik Abduh masa kecil sehinggakan suka-suka hati bercakap macam dia boleh berinteraksi secara terus dengan Tuhan. Astagfirullah Hal'azim....

Nik Abduh kata di dunia ini tidak ada satu pun perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan PAS. Perjuangan Rasulullah dahulu tidak sesuci perjuangan mahukan kuasa memerintah PAS? Paling melampau adalah kenyataan Nik Abduh yang mengatakan perjuangan mereka itu suci kerana Allah telah mengarahkan PAS ke Putrajaya!! BANGANG ke ape Ostad PAS kulup nie... Islam ke tak dia nie? Ke dah sesat?? Fatwa dan hadith mana dia cakap ikut sedap mulut jerk!!

Sampai macam nie sekali dia sanggup cakap semata-mata meraih undi simpati untuk PRU13 kelak. Manusia yang kita lihat berperwatakan berkopiah dan berjanggut, rupa-rupanya bertopengkan SYAITAN untuk menyesatkan orang lain.

Nik Abduh juga menghasut dengan berkata "biarpun permaidani bertukar menjadi merah dengan darah sekalipun HIJAU akan tetap ke Putrajaya". Bukankah ini satu hasutan di mana darah orang Islam yang meyokong Barisan Nasional dihalalkan untuk dibunuh asalkan mereka dapat merampas kuasa memerintah. Hanya Syiah sahaja yang menghalalkan darah Sunni untuk dibunuh. Jangan pandang mudah dengan kenyataan ini. Ini bukan main-main kerana dengan kenyataan sebegini tidak mustahil Peristiwa Memali berulang kembali. Masih ingatkah peristiwa tersebut??

Nik Abduh juga mengatakan orang yang menyokong Barisan Nasional adalah penyembah syaitan. Tapi dia lupa agaknya yang bapak dia sanggup bekerjasama dengan Syaitan tue apa citer der!??




GR kata: Cepat-cepatlah bertaubat wahai puak-puak PAS sebelum terlambat!!

INILAH PAS, HANYA JADI PAK TURUT JER LAH!!


Inilah agenda sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Di manakah PAS sebenarnya? Bersuara kononnya dialah yang berkuasa, tapi hakikatnya menikus, membisu dibelakang DAP dan PKR kerana tidak berani membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka.

Jika kita apa sebenarnya yang diperjuangkan PAS selama ini adalah wayang semata-mata. Perjuangkan Islam, apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Islam? Hukum dan fatwa yang terkandung dalam Al-Quran pun boleh diputarbelitkan. Apa yang mereka dari kalangan Pakatan Rakyat buat semuanya betul belaka, selain dari mereka salah dan haram.

Selepas itu pula, negeri kebajikan yang diwar-warkan oleh mereka. Pembaca lihat apa yang jadi dengan negeri Kelantan dan rakyatnya? Kenapa nasib mereka tidak terbela? Kenapa masih ramai rakyat hidup dalam keadaan DAIF di Kelantan. Sedangkan pemimpin mereka hidup senang lenang. Tapi puak-puak PAS nie mata depa mungkin dah BUTA gamaknya, masih tak nampak...tak ada apa yang dibuat oleh PAS untuk rakyat. Semua masalah yang berlaku, UMNO yang salah. Senangkan hidup depa nie??

Satu persatu apa yang PAS ingin semuanya hanyalah demi kepentingan peribadi mereka. Suara mereka dalam pakatan rakyat sebenarnya macam semut tidak diambil peduli oleh DAP dan PKR. Demi mencapai cita-cita BODOH mereka, mereka sanggup bersekongkol dan menjadi pak turut asalkan hasrat mereka tercapai. Lihat saja HUDUD, mereka ingin laksanakan dari dulu lagi, tapi bila ditentang oleh DAP kenapa PAS tak berani bersuara??

Pembaca yang budiman, fikir-fikirkanlah. Jika ingin selamatkan agama, bangsa dan negara buatlah pilihan yang bijak. Jangan menyesal satu hari nanti, menangis tak berlagu dah tak ada gunanya lagi....


GR kata: Syurga PAS ada dalam DAP dan PKR ker??

RIBUAN SAMBUT KEPULANGAN LEE CHONG WEI


Ketibaan Datuk Lee Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua dalam Sukan Olimpik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi ini disambut meriah oleh ribuan peminat. Kira-kira lebih kurang 3,000 peminat yang hadir memberikan sambutan yang meriah kepada wira negara kita.

Lee Chong Wei tiba di KLIA pagi tadi lebih kurang jam 8.30 pagi bersama barisan kontijen badminton negara, Rashid Sidek dan ibu beliau. Ketibaan Datuk Lee Chong Wei disambut oleh Timb. Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Razali Ibrahim dan peminat-peminat badminton tanahair.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei....anda adalah wira negara. Teruskan berbakti harumkan nama negara dipersada dunia.

Lihat gambar suasana sekitar di KLIA :





EDISI SAHUR: MALU SIKIT DENGAN AMOI CUN NIE YER..!!


Kenapa dengan amoi cun nie yer?? Baca di bawah :

Ditanya pula apakah perasaan dirinya apabila terpaksa menahan lapar dan juga dahaga sedangkan ianya tidak wajib kepada dirinya, ini jawapanya “Apabila berpuasa saya rasa diri saya lebih tenang berbanding sebelumnya, badan pun tidak terlalu letih sangat dan biasa sahaja. Saya ingat bila saya berpuasa mungkin akan pengsan, ye la sebab tak pernah lagi berpuasa dan ini merupakan kali pertama saya puasa. Masa mula tu memang susah, tapi bila sudah lama ianya dah menjadi semakin biasa. Kalau nak tahu sampai ke hari ini saya tidak pernah ponteng puasa. Ini semua disebabkan dorongan dari peminat yang memberi semangat kepada saya untuk terus menahan lapar dan dahaga”

Soo Wincci juga memaklumkan kepada kami yang beliau juga bersahur. Juadah yang sering menjadi santapanya bila bersahur hanyalah Kurma dan juga air sahaja.

Pada mereka-mereka dan ostad-ostad segera tue, malu la sikit dengan Soo Wincci ni yer. Seorang yang bukan Islam boleh dan ingin belajar apa itu Islam dan belajar untuk mendalami erti berpuasa. Sekarang nie terbalik, orang Islam sendiri yang memecah belahkan Islam, memutarbelitkan fatwa Islam demi kepentingan peribadi. Siapa lagi yang nak pelihara dan pertahankan Islam, kalau bukan orang Islam itu sendiri. Renung-renungkanlah....


GR kata: Doakan semoga Soo Wincci akan diberikan hidayah untuk memeluk Islam...InsyaAllah!!

#IsuHudud : PAS & DAP DAH TAK SEBULU! @Zahid_Hamidi


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang kini ibarat 'retak menanti belah' ekoran tiada persefahaman antara DAP dan Pas berhubung prinsip pembentukan negara Islam. Ahmad Zahid berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berada dalam keadaan serba salah kerana parti itu selama ini hanya menjadi 'jambatan antara PAS dan DAP yang mungkin runtuh apabila dibebani dengan masalah'.

 "Walaupun DAP dan PAS menampakkan semacam ada kesepakatan tetapi dalam soal prinsip pembentukan negara Islam memang tidak dipersetujui langsung oleh DAP dan pendapat Karpal Singh sebagai pengerusi DAP adalah pendapat yang mewakili DAP keseluruhannya.

 "Atas nama kompromi politik, Pas seolah-olah semacam ada rasa toleransi apa yang dipegang oleh DAP tetapi sebenarnya Pas juga tidak pernah bersetuju dengan pendirian terbuka DAP," katanya selepas menutup Tadarus al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud apabila Karpal Singh menegaskan yang parti itu akan menentang sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud. Katanya, Karpal Singh merupakan jurucakap kepada DAP untuk menyatakan bangkangan terhadap dasar pembentukan negara Islam oleh Pas dan hukum hudud adalah termasuk dalam elemen penting pembentukan sebuah negara Islam.

 Ahmad Zahid berkata, Pas tidak perlu berdolak dalih dengan mendakwa DAP menyokong hukum hudud kerana hakikat sebenar Karpal Singh mengatakan Pas parti kolot yang mahu ke belakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud.

 "Pendapat Karpal Singh itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin Pas yang menyatakan hukum hudud adalah hukum qat'ie iaitu hukum yang tidak boleh dikompromikan atau dikemudiankan pelaksanaannya. Jadi pertentangan ini saya lihat adalah pertentangan yang cukup ketara," katanya.

 Sementara itu, beliau berkata, Pas akan hilang identiti sekiranya mereka menukar pembentukan daripada sebuah negara Islam kepada negara kebajikan atau lain-lain.

 Penukaran kepada negara kebajikan tidak lagi kepada negara Islam adalah untuk memenuhi kehendak pakatan pembangkang yang tentunya diwujudkan untuk berkompromi perbezaan dalam falsafah politik mereka, katanya. - Bernama


GR kata: PAS confirm kena sayur lepas nie...kah kah kah

Monday, August 6, 2012

LEE CHONG WEI KALAH TAPI PEMIMPIN PR JADI MENGONG!!

Kekalahan pemain badminton No.1 dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam dalam penentu pingat emas di final Olimpik, London sememangnya dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Pingat emas yang kita hajati masih belum menjadi rezeki kita semua. Seharusnya kita akur, dalam setiap perlawanan pasti ada menang dan kalah. Pasti ada gembira dan sedih.

GR ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana tunjuk semangat juang yang tinggi untuk memenangi pingat emas tapi nasib tidak menyebelahi kita. Tak per Datuk LCW, anda adalah sebagai wira negara. Suatu hari nanti pingat emas pasti menjadi milik kita.

Dalam rakyat Malaysia meratapi kesedihan semalam, ada pula seorang pemimpin yang entahlah otak dia letak kat mana pun GR tak tau. Kekalahan LCW nak jugak dipolitikkan...macam nie punye orang pun ada ka?? Lihat di bawah :


Lihat Twitter beliau di atas, YB Manoharan pemimpin PR nie boleh cakap tak pakai otak. Kalau PR berjaya tawan Putrajaya PRU 13 nanti Menteri Sukan dari kalangan PR nie beliau sendiri kah? PR nanti boleh CONFIRM sangat ker atlet-atlet negara kita boleh pulun semua emas di Olimpik nanti ker? Pasukan bola sepak boleh masuk Piala Dunia ker?? Aduyaiiii....awatla ada pemimpin yang BODOH macam nie kan!!!


GR sarankan YB tersebut pi sambung belajar lagi tinggi-tinggi sebelum nak cakap dalam bab sukan nie. Pi buat research dulu sebelum cakap...jangan sedap mulut jerk. Kalaulah Pakatan Rakyat nie bagus sangat, kenapa rakyat di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan semuanya mengeluh dan merana dengan pentadbiran korang sekarang??


GR kata: Tepuk dada tanyalah hati yer....

PANAS: OSTAD @hairieothman CALON PRU PALING BENGAP!!


Inilah dia bila diri sudah terlalu taksub dengan politik. Apa saja yang dibuat semuanya politik. Jangan kata makan minum, perlawanan sukan pun depa nak politikkan jugak. Akai letak kat mana ek depa nie?? Kata bagus dalam semua bidang yang mereka ceburi, dalam apa saja semuanya A++ lah kalau depa yang uruskan. Betui ka???

Nie lagi sorang 'Ostad Segera' PAS, siapa lagi kalau bukan si hantu Waris nie Hairie Othman. Bila terlalu ghairah dalam menimbulkan persepsi kadang-kadang boleh memakan diri, inikah contoh yang baik ditunjukkan oleh seseorang yang ingin memperjuangkan Islam.

Lihat Twitter beliau di bawah, bila dah bercakap tak gunakan akal fikiran dengan baik :


Adakah ini satu bentuk gurauan kasar dan mungkin untuk menambah publisiti murahan Hairie kepada para penyokongnya yang ingin disifatkan sebagai lantang bersuara. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila perbuatan tersebut menerima kritikan dan juga kecaman atas laku yang tidak profesional dan lebih kepada perangai macam budak sekolah.


Lihat lagi Twitter beliau di bawah :


Macam nie ciri-ciri seseorang yang matang? Inikah ciri-ciri seorang yang berfikiran tinggi dan jika beliau dicalonkan pada PRU nanti, layak ker si hantu Waris nie jadi pemimpin? Kalau perangai pun dah busuk macam nie, macam mana pula nak menjaga hak kebajikan rakyat?? Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Dia nie jadi calon alamaknya semua 'MATI' kena cekik dengan Waris. Hahaha...

KARPAL SINGH HINA PAS! POK NIK TAK APO...


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam. - Utusan


GR kata: Pok Nik tak berani kata ape...yg penting ke Putrajaya. Hancur la jawabnye....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 5, 2012

LIVE UPDATE: HUJAN MEMBAWA RAHMAT PADA ORANG HUTAN MELINTANG! @Zahid_Hamidi @shahrulyahya @NajibRazak

Sekarang berlangsungnya Program Ihsan Ramadhan  Al-Mubarak dan Aidilfitri 2012 kawasan DUN Hutan Melintang. Program yang julung kali diadakan setiap tahun adalah merupakan JANJI yang ditunaikan oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat dalam menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Bantuan disampaikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Melalui program ini bantuan khas diberikan kepada penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU), keluarga miskin, warga emas, golongan ibu tunggal dan keluarga muallaf. Bantuan yang diberikan seperti kain baju raya, buah kurma, air zam-zam, duit raya sumbangan 1MDB dan barang-barang keperluan harian.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyampaikan sumbangan khas dari YAB Perdana Menteri kepada Imam dan AJK masjid di kawasan Hutan Melintang. Sumbangan yang diberikan adalah baju jubah, air zam-zam dan duit sumbangan.

Inilah bukti dan tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, yang penting JANJI diberikan DITEPATI.

GR kata: Rakyat suka janji ditepati...tak suka janji ditaburi!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

KHAS BUAT PENYOKONG TEGAR PAS YANG TAK TENGOK BERITA!!


DAP tetap dengan pendiriannya tak akan terima negara Islam dan hukum hudud tetapi masa debat hari tu Ketua Pemuda PAS cakap DAP dah boleh terima. Siap kata lagi Ust Fathul Bari ketinggalan zaman. Mana satu yang betul nie ek??

Cakap memang senang macam tabur janji juga. Inilah dia pakatan Haprak, cakap saja bolehla. Buat tengok boleh ka?? Berani ka?? Lihat lagi di bawah :


Tak percaya lagi ka puak-puak PAS nie..meh tengok video kat bawah nie pulak :




GR kata: Siapa yang betul siapa yang salah yer?? Any comment puak-puak durjana PAS...

BULAN POSER BUAT AMAL, KHALID GAGAP BUAT APER?? @rizalmanmokhtar #bn4wp


Ini adalah program yang dilakukan saban tahun oleh Pemuda UMNO Bdr Tun Razak. Kalau hendak dikira program ini tidaklah sehebat mana pun, tetapi makanan yang diberikan ialah bubur lambuk cukup untuk buat penduduk tempatan jadikan juadah berbuka puasa dan sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

Minggu lepas di Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri, Pemuda UMNO Bandar Tun Razak diketuai oleh YBhg Datuk Rizalman Dato Mokhtar telah mengedarkan 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung bazar tersebut.

Program yang dikenali dengan nama Jariah Bubur Lambuk merupakan program tahunan "tanpa gagal" yang diadakan setiap tahun di bazar-bazar Ramadhan terpilih dan kawasan-kawasan tumpuan ramai di sekitar kawasan Parlimen Bdr Tun Razak.




Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Mana Khalid Gagap yer? Dengar cite bagi kad raya jerk pada penduduk BTR, itu pun insan yang terpilih jer. Macam tu pun ada ka??

EDISI SAHUR: PEMUDA & PUTERI BUAT KECOH DI ALAMANDA?? #bn4wp


Petang semalam, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya meneruskan tradisi membantu orang kelainan upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen tersebut.

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini diadakan di Parkson Alamanda, Putrajaya. Wakil rakyat Parlimen Putrajaya, YAM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa membeli- belah bersama-sama mereka.



Seterusnya baca DI SINI


GR kata: Teruskan membela dan membantu rakyat tak kira masa....

APA KES TPM BUAT DI TMN MELATI? @umbkl #bn4wp


Apa sebenarnya YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat di Taman Melati? Al kisahnya pada hari Khamis lepas berlangsungnya program Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program yang dinamakan Nur Ramadhan ini dilangsungkan di Masjid Salahuddin Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju. Hampir 1,000 ribu warga sekitar Tmn Melati yang hadir berbuka puasa bersama YAB TPM.


Pada majlis ini, TPM menyampaikan bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU), warga usia emas dan pertubuhan amal sebagai mengenang tanda ingatan dan meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Baca lagi DI SINI


GR kata: Terharu melihat mereka yang menerima bantuan...

Artikel pelbagai